Wednesday, November 3, 2010

Solat Macam Yahudi

Buku panduan solat Yahudi



Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan solat sebagaimana diajarkan Nabi SAW dengan memenuhi rukun, syarat sah dan beberapa aksesori sunat yang lain. Cara pelaksanaan begini boleh didapati melalui keterangan ayat2 suci al-Qur'an dan hadis2 yang sahih, hasan dan dhaif. Lisan ulamak mujtahid memudahkan kita untuk mencontohi sifat solat Nabi SAW. Semua ini mudah diperolehi dalam pelbagai mazhab muktabar. Disini kami bawakan satu alternatif Sifat solat Nabi SAW menurut mazhab al-Syafie yang dipersembahkan Tuan Guru Kami syeikh Dr Hassan Ali al-Saqqaf al-Qurasyi al-Syafie al-Asya'ri. Buku ini saya terjemahkan sebagai peneguhan hujjah mazhab al-Syafie, sebagai respon Sifat Solat al-Baani dan juga jawapan terhadap ciri2 solat syiah.

Awas! Jangan belajar solat dengan fahaman Wahhabiy kerana mereka mengajar cara solat persis Yahudi. Anda boleh telusuri SOLAT YANG PELIK LG TAK BENAR di bawah ini;

Pelampau Wahhabi akan mencela sesiapa yang bersolat tidak meletakkan kedua tangannya di atas dada. Bagi mereka, sesiapa yang tidak melakukan sedemikian maka solatnya dianggap tak betul. Sebahagian wahhabiy mendakwa tidak sah. Ketentuan ini dilihat ada persamaan dengan cara 'solat' Yahudi. Yahudi meletakkan kedua belah tangan mereka di atas dada dan mendakwa sesiapa yang tidak berbuat demikian maka 'solat'nya dikira tidak sah!. Sila lihat buktinya dari awal hingga akhir persamaan di antara mereka (wahabi-yahudi).

Di bawah ini Yahudi cuba mengajar kita cara 'solat' sebenar mereka seperti yang mereka dakwa iaitu meletakkan dua belah tangan di atas dada. Perhatikanlah :





Ini pula Yahudi mengajar dalam 'solat' boleh jalan-jalan dan bergerak2 banyak kali.


Ini pula sebahagian cara solat ulamak muda UMNO yang bersolat di PWTC baru2 ni. Mereka bukan sekadar mengamalkan..tetapi turut mengajar orang lain untuk bersolat dengan meletak dua tangan atas dada yang mempunyai persamaan dengan yahudi. Lebih dahsyat lagi, ada pula yang membenarkan boleh berjalan2 ketika bersolat. Perhatikan aksi dibawah dengan baik :


Berikut merupakan cara 'solat' Yahudi yang paling 'best' . Iaitu boleh main baring-baring sambil menekap muka ke lantai :

Serupa tapi tak sama @ sama@ serupa ? :


Solat orang muda yang mengaku ulamak :


Ini pula perbuatan menekap muka ke muka ke punggung orang (astaghfirullah?!).


Kesimpulannya :


1) Tunaikanlah solat dengan sempurna sebelum masa berangkat tiba. Kesempurnaan solat pemangkin integriti.


2) Ciri-ciri solat Nabi yang sahih boleh diperolehi melalui kitab-kitab karangan ulamak muktabar. Bukannya melalui orang yang mendakwa dirinya sebagai ulamak.


3) Dapatkan kitab kami di atas sebagai satu solusi solat sempurna. Selagi stok masih ada.


4) Jangan bersolat cara syiah atau cara Wahhabiy persis yahudi. Bersolat cara sunni. Insya Allah, solat yang sempurna boleh mencegah perbuatan keji dan munkar.

Friday, September 17, 2010

الله أكبر - DAULAT TUANKU

Tengku Muhammad Faris Petra adalah Sultan Kelantan yang Soleh

KOTA BAHARU, 14 Sept — Seorang anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang juga seorang peguam terkenal, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. Katanya, ini kerana keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan berdasarkan Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. "Oleh itu, tiada pihak yang boleh mencabar keputusan MPN dalam urusan pelantikan atau pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru kerana ia dibuat mengikut perlembagaan di bawah undang-undang tubuh kerajaan Negeri," katanya pada siding akhbar di Pejabat Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, di sini hari ini.


Hadir sama pada sidang akhbar itu Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.
Mohd Shukri yang mengaku dititahkan oleh Sultan Kelantan untuk mengendalikan sidang media itu juga turut merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh seorang peguam dari firma guaman Tetuan Rashid Zulkifli mewakili Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra semalam yang mempertikaikan keputusan MPN mengadakan majlis pemasyuran pelantikan Sultan Kelantan yang baru itu. — Bernama


ULASAN :

1) Perlantikan TMF Petra sebagai Sultan Kelantan ke-29 sememangnya menepati aspirasi rakyat Kelantan yang berada di bawah kepimpinan ulamak. Ia menamatkan kemelut DiRaja Kelantan yang sebelumnya bergolak selepas kegeringan Sultan Ismail Petra yang menghadapi komplikasi jantung dan stroke yang serius.

2) Kehadiran Sultan yang berjiwa Solihin memang dinantikan jutaan rakyat Kelantan. Beliau bukan sahaja prihatin kepada permasalahan rakyat, tetapi begitu mengambil berat soal agama di Tanah Rendah Sekebun Bunga. Bahkan Baginda selalu menghadiri solat berjamaah dan mendengar kuliah maghrib di masjid Muhammadiy Kota Bharu yang disampaikan para asatizah tempatan. Baginda juga pernah menghadiri kuliah maghrib saya di masjid yang sama beberapa tahun dahulu dengan memakai baju melayu - berkain pelikat dgn menyandarkan badannya di tiang masjid sambil membilang biji tasbih. Selepas itu Baginda dengan rendah hati menghampiri jamaah dan asatizah untuk bersalaman.

3) Fenomena ini diharapkan memberi suntikan dan anjakan baru kepada kerajaan negeri dan rakyat jelata kearah merealisasikan Kelantan sebagai negeri yang maju berasaskan syariah dalam semua urustadbirnya sesuai dengan falsafah : بلدة طيبة ورب غفور Yakni Negeri yang makmur dan penduduknya mendapat keampunan dan keredhaan Allah SWT.

4) Semoga pembesar yang mengelilingi Tuanku juga terdiri dari kalangan mereka yang berjiwa agama : ahli sunnah Wal Jamaah (bukan Wahhabiy atau Syiah), jauh dari sifat munafiq, mengampu dan cintakan dunia. Tahniah Tuanku kerana menghargai jasa para ulamak kita dan menganugerahkan mereka dgn gelaran Dato. Daulat Tuanku : Allahu akbar!

'اللهم سدد خطاكم إلىطريق حق و إلى طريق مستقيم


Tuesday, August 31, 2010

PENETAPAN TARIKH AWAL SYAWAL

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
sila klik sini

Laporan penetapan tarikh awal bulan Syawal dikemukakan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam pada 13 April 2010 Miladiah untuk diterimapakai oleh ahli mesyuarat segala keputusan penetapan tersebut yang telah dianalisa mengikut kriteria Imkanur Rukyah seperti berikut :


1) Di ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk (horizon) tidak kurang dari 2° dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang dari 3°. Atau :


2) Di ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam
( selepas ijtimak berlaku).



Manakala Data-data Kajian Rukyah dan Hisab Awal Bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah :


i) Koordinat Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur)
U 5° 16’ 55"T 119° 15’ 15"


ii) Koordinat Tg. Chincin di Pulau Langkawi, Kedah (stesen paling barat)
U 6° 26’ 10"T 99° 38’ 30"


Oleh itu, penentuan Awal Syawal 1431 Hijriah adalah seperti berikut :


1.1. Pada petang hari merukyah hilal Syawal pada 29 Ramadan 1431 Hijriah bersamaan 8 September 2010 Miladiah (Rabu). Ijtimak (conjunction) berlaku pada jam 6.30 ptg (18:30)

1.2. Data-data kedudukan hilal pada 8 September 2010 Miladiah (Rabu) seperti berikut :

i) Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur)

J MMatahari Terbenam : 18 06
Bulan Terbenam : 17 52
Tinggi Bulan : -04° 03’
Jarak Lengkong : 05° 09’
J MUmur Bulan : -00 38
J MBulan Di ufuk Barat : -00 14


ii) Tg. Chincin di Pulau Langkawi, Kedah (stesen paling barat)
J MMatahari Terbenam : 19 25
Bulan Terbenam : 19 13
Tinggi Bulan : -03° 20’
Jarak Lengkong : 05° 07’
J MUmur Bulan : 00 44
J MBulan Di ufuk Barat : -00 12


Urusan penentuan merukyah hilal adalah tanggungjawab pemerintah melalui kebijaksanaan para ulamak. Mana-mana individu atau pihak tertentu dibenarkan untuk merukyah hilal. Tetapi keputusan muktamadnya adalah berada di bawah kelolaan pemerintah. Jika perisytiharan telah dilakukan dan masih ada golongan yang tidak mahu menerima perisytiharan berkenaan, sebaliknya membuat perisytiharan yang lain ia dikira mencetuskan fitnah terhadap umat Islam. Kumpulan ini boleh didakwa dan dikenakan hukuman takzir. Wassalam.

Tuesday, August 24, 2010

ISU DOA KPD LGE

1)Tindakan al-Fadhil Us Zakaria Ahmad yang mendoakan agar KM PP : Lim Guan Eng mendapat hidayah adalah diharuskan syarak. ketentuan ini boleh diperolehi dengan benar apabila kita membuka kitab2 fekah pelbagai mazhab sekalipun. Malahan Nabi SAW sendiri pernah mendoakan agar dua Umar (Umar al-Khattab /Amr bin Hisham) mendapat hidayah dan memeluk Islam.

2)Mendoakan seorang Raja, Sultan @ YDP Agong adalah sesuatu yang harus hukumnya. Namun ia bukanlah satu rukun khutbah yang wajib dibaca oleh khatib. Malah khutbah tetap dikira sah tanpa doa khusus kepada VVIP di atas. apa yang berlaku di negara kita hanyalah satu adat yang dipandang mulia sahaja memandangkan Sultan, Raja dan YDP Agong bertanggungjawab sbg Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri. Justeru, meninggalkan adat bukan satu kesalahan.

3) Salah satu dari rukun khutbah yang 5 ialah : mendoakan umat Islam. Jika mana-mana khatib melafazkan doa utk umat Islam ia sudah merangkumi semua VVIP di atas dalam konteks yang umum. Kecuali raja tersebut rajagopal, rajaswari, rajalinggam dan yang se hindu dengannya. Untuk raja yang berkategori seperti ini ia tidak termasuk dalam umum doa di atas.

4) Tindakan Us Zakaria adalah menepati syarak. Saya mengenalinya. Malah dua abangnya : Dato Hj Saleh dan Dato Hassan adalah mursyid saya. Tetapi praktik yg dilakukan Us Zakaria adalah di masa dan tempat yang salah. Sekaligus menimbulkan fitnah terhadap ummat kerana mengkhususkan doa utk LGE dan melafazkan secara umum doa pemerintah Umat Islam. Akhirnya, mazhinnatul fitnah itu menggegerkan umat ini dgn pemikiran politik kepartian. Lahir pula pengulas politik kepartian yang memburukkan keadaan. Maka bertaqwalah kita semua kepada Allah SWT. dan ingatlah waktu kita semua dikembalikan kepadaNya.

5)Peristiwa ini membuktikan kepada kita bahawa ilmu dan semangat sahaja tidak mencukupi. Malah ia turut memerlukan kebijaksanaan dalam berdakwah. Hasilnya, kita mampu membawa keharmonian kepada orang yang beriman dan menarik hati golongan bukan Islam utk memeluk Islam. والله المستعان وإليه التكلان

Tuesday, August 17, 2010

Fatwa Mufti Selangor & Jabatan Mufti Selangor Perihal Akidah WAHABI





Nombor Rujukan Jabatan Mufti Selangor: ( 90 ) dlm.mufti.sel 500-1.Jld.3 Bertarikh 13 Ogos 2010 / 03 Ramadhan 1431. Jawapan Fatwa Adalah Seperti Berikut:

i- Kepercayaan Allah berjisim dan bersifat duduk bersila atau Allah bertempat adalah kepercayaan atau i'tiqad kaum MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH). Dinamakan kaum musyabbih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Di antara i'tiqad sesat mereka yang bertentangan dengan i'tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah ialah seperti berikut:

a. Allah bermuka dan bertangan.
b. Allah duduk bersila di atas arasy.
c. Allah berada di langit.

d. Allah bertubuh serupa nur.

I'tiqad seperti di atas adalah bertentangan dengan i'tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah lagi sesat dan menyesatkan kerana Allah tidak boleh sekali-kali diserupakan dengan makhluk (al-Syura ayat 11). I'tiqad ini membawa kepada syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.

ii- Amalan bertawassul sama ada dengan nabi atau orang soleh adalah diharuskan kerana pada hakikatnya mereka yang bertawassul itu beri'tiqad segala usaha ikhtiar dan doa yang dilakukan oleh manusia hanya Allah sahaja yang memperkenankannya. (al-Maidah 35)

Sekian, Wassalam.

"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"

Saya yang benar,


(MAT JAIS BIN KAMOS)
Pegawai Hal Ehwal islam (Istinbat)
b/p: Mufti Negeri Selangor

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT BERMUJAHADAH



Selamat Menyambut bulan Ramadhan 1431 H dengan amalan yang mendekatkan kita kepada Allah SWT melalui sunnah Nabi SAW. Dapatkan pancaran amalan dari ilmu yang bermanfaat hasil sentuhan para alim ulamak ahlillah. Semoga mujahadah ibadat secara hakikat menyampaikan kita kepada makrifat dan semua ini dijadikan bekalan pulang ke akhirat. Barakallahu fikum buat semua umat Islam, saudara di jalan Allah dan rakan seperjuangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Wa syukran.

Monday, August 9, 2010

ABB ditahan lagi

Siapa orang ini? Apa akidah dan pemikirannya?Mengapa ABB berfahaman ekstrem?

JAKARTA 9 Ogos - Guru agama Indonesia, Abu Bakar Bashir yang pernah dipenjarakan kerana kaitannya dengan serangan bom di Bali pada 2002 ditangkap hari ini kerana didakwa terlibat dengan satu rangkaian militan yang baru. Peguamnya, Muhammad Ali berkata, Abu Bakar ditangkap polis antikeganasan Indonesia, Detasmen 88 di daerah Ciamis, Jawa Barat pagi ini.
Dia didakwa terlibat dengan kumpulan militan baru yang mempunyai kem latihan di wilayah Aceh, kata ketua unit antikeganasan kerajaan, Ansyaad Mbai.


Polis kelmarin menangkap lima suspek dan merampas bahan letupan dalam serbuan berasingan di beberapa kawasan di Jawa Barat. Pihak berkuasa pada Februari lalu menemui kumpulan baru tersebut yang didakwa merancang untuk membunuh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan melancarkan serangan ala Mumbai ke atas warga asing di negara ini. Berpuluh-puluh suspek yang dikaitkan dengan kumpulan itu, yang menggelarkan diri mereka al-Qaeda di Aceh, ditangkap atau dibunuh dalam serbuan dalam tempoh beberapa bulan lalu. Khabar angin tersebar sejak berminggu-minggu lalu bahawa Abu Bakar yang terkenal kerana ceramah berapi-api yang menghamburkan kebencian terhadap warga asing, termasuk dalam senarai suspek yang akan ditangkap.


Abu Bakar paling dikenali sebagai pengasas dan pemimpin agama Jemaah Islamiah (JI), kumpulan yang melancarkan serangan bom yang meragut 202 nyawa di pulau Bali pada 2002.
Dia menjalani hukuman penjara selama beberapa tahun kerana pembabitannya dengan JI tetapi dibebaskan pada 2006. Abu Bakar yang juga pengasas pesantren al-Mukmin di Ngruki, Solo kini memimpin kumpulan Jema'ah Ansharut Tauhid (JAT). Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang berpangkalan di Brussels dalam laporannya pada bulan lepas mendakwa, beberapa anggota JAT didapati terlibat dalam komplot keganasan yang berjaya dipatahkan oleh polis. - AP/Reuters

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo