Friday, January 30, 2009
Juanda mahu teruskan pendekatan 'lantang' Asri
Tuesday, January 27, 2009
MUFTI BARU PERLIS

KANGAR: Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya, 37, akan dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru, menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kontraknya ditamatkan pada akhir November lalu. Pelantikan Dr Juanda yang juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak, disahkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, semalam, sekali gus merungkai spekulasi mengenai calon Mufti Perlis sejak jawatan itu dikosongkan dua bulan lalu.
"Ya, Dr Juanda akan dilantik menggantikan Dr Asri sebagai Mufti Perlis yang baru. Malah, pelantikan beliau ke jawatan berkenaan juga sudah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail. "Berdasarkan kontrak, Dr Juanda dipinjamkan kerajaan Sarawak untuk mengisi jawatan Mufti Perlis bagi tempoh dua tahun dan beliau dijangka memulakan tugas awal Februari ini, selepas urusan pemindahan selesai dengan kerajaan Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). "Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sudi meluluskan peminjaman Dr Juanda untuk berkhidmat di Perlis," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Wednesday, January 7, 2009
Malaysiakini PERLEKEH USAHA BANTU PALESTIN
KUALA LUMPUR 7 Jan. – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengutuk tindakan portal berita Malaysiakini kerana menyiarkan kenyataan pembacanya yang disifatkan menghina usaha semua pihak yang memberi maklum balas positif terhadap isu Palestin. Setiausaha Agungnya, Khairul Anuar Mustafa berkata, kenyataan ABDULLAH ANTI ISRAEL POSTURING bertarikh 6 Januari yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu jelas memperlekehkan usaha semua pihak yang ingin membantu rakyat Palestin daripada cengkaman tentera Zionis termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam.‘‘Mereka bukan sekadar menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin. Bahkan, orang ramai termasuk NGO yang menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah untuk tujuan tersebut. Perbuatan ini sungguh biadab dan tidak boleh dimaafkan,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
link asal sila klik sini : http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/dari-permatang-pauh-ke-putrajaya-anwar.html
Monday, January 5, 2009
KEWAJARAN SARINGAN HIV/AIDS

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga 2007 didapati seramai 33 juta manusia telah dijangkiti HIV/AIDS yang terdiri daripada 30.8 juta orang dewasa, 15.5 juta wanita dan kanak-kanak pula berjumlah 2 juta orang. Menurut WHO lagi, sejak 1981 hingga 2007 seramai 25 juta pengidap AIDS telah meninggal dunia. Benua yang teruk mengalami wabak HIV/AIDS ialah Afrika di mana terdapat 11.6 juta kanak-kanak mengidap HIV/AIDS dan yatim.
Sementara itu, kedudukan di negara kita pula, menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 2007 didapati seramai 80, 938 orang pengidap HIV, 13, 635 orang pengidap AIDS dan seramai 11,539 orang pengidap AIDS telah meninggal dunia. Menurut sumber itu pada masa ini kira-kira lima orang pengidap AIDS meninggal dunia sehari.
Apa yang paling membimbangkan berdasarkan penemuan kajian oleh KKM pada 2007, didapati 72 peratus pengidap HIV/AIDS adalah terdiri daripada orang Islam. Pengidap wanita menunjukkan peningkatan yang ketara. Daripada 1.1 peratus (1990) bertambah menjadi 16.3 peratus (2007).
Pada awalnya, kes-kes HIV/AIDS banyak ditemui daripada mereka yang mengamalkan homoseksual, tetapi pada masa ini banyak dikesan mereka yang mengamalkan seks bebas, pelacuran, dan perkongsian jarum di kalangan penagih dadah. Kajian KKM pada 2007, mendapati penyebaran HIV/AIDS melalui perkongsian jarum suntikan paling tinggi meliputi 57.3 peratus, hubungan seks 32.9 peratus dan selebihnya melalui kelahiran, pemindahan darah yang tercemar dan lain-lain.
Bagaimanapun menurut KKM lagi, didapati penyebaran HIV/AIDS melalui perhubungan seksual sedang meningkat iaitu daripada 5.2 peratus (1990) bertambah menjadi 32.9 peratus pada 2007. Persoalan besar timbul ialah apakah pencegahan yang sesuai diambil dalam mencegah dan merawat gejala HIV/AIDS ini? KKM dari segi aspek kepakaran perubatan telah mengambil beberapa langkah untuk mencegah dan merawat penyakit HIV/AIDS. Antara pendekatan yang diambil ialah mengedar kondom, membahagikan jarum dan memberi methadon kepada pembawa HIV/AIDS dan penagih dadah.
Pendekatan ini menimbulkan kontroversi di kalangan ulama dan masyarakat. Bagaimanapun ulama bersetuju jika pendekatan yang diambil KKM itu dibuat kepada penagih dadah dan pengidap HIV/AIDS tegar. Pada 18 Disember 2008 dalam sidang akhbar sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bagi HIV/AIDS, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan pada tahun 2009 ujian saringan HIV/AIDS akan diwajibkan kepada semua pasangan Islam yang hendak berkahwin. Arahan beliau itu telah mendapat ulasan daripada pelbagai pihak.
Berdasarkan analisis ulasan itu, didapati sebahagian besarnya memberi pandangan positif. Mereka hanya berbeza dari segi tahap positif, sama ada memadai dengan sukarela atau bersetuju diwajibkan. Pihak yang menentang ujian saringan beralasan ia bercanggah dengan hak asasi manusia. Isu HIV/AIDS bukan hanya persoalan kesihatan atau kedoktoran semata-mata tetapi berkait rapat juga dengan isu keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Mereka yang hendak berkahwin adalah dalam rangka membentuk keluarga bahagia dan mewujudkan generasi yang berkualiti. Bagaimana pun persoalan besar timbul ialah mengapa Ujian Saringan HIV/AIDS ini diwajibkan dan bukan sukarela?
Ujian saringan dibuat secara mandatori kerana:
-Pertama: Wabak HIV/AIDS amat menakutkan berbanding penyakit lain dan menyerang dunia secara perlahan-lahan melemah, mengaibkan keluarga dan menghapuskan nasab manusia.
-Kedua: Memenuhi tuntutan Maqasid Syariah, salah satunya ialah menjaga kesucian nasab bagi mewujudkan generasi yang sihat.
-Ketiga: Mencegah kemudaratan yang ada pada individu dan mengelakkan kemudaratan kepada orang lain.
-Keempat: Menutup punca kemudaratan (Saddu az-Zaraa’i) agar tidak mendatangkan kemudaratan yang lebih besar kepada manusia.
-Kelima: Sebagai kempen kesedaran penjagaan kesihatan ‘Mencegah lebih baik daripada mengubati’.
-Keenam: Keputusan resolusi seminar yang dibuat untuk mencegah wabak HIV/AIDS.
Jabatan Agama Islam Negeri Johor adalah perintis pertama pada 2001 mewajibkan pasangan yang hendak berkahwin menjalani ujian saringan HIV/AIDS. Selepas mendapat sambutan hebat dan kepuasan daripada ibu-bapa, orang alim, imam-imam, pemimpin masyarakat dan bakal-bakal pengantin sendiri maka beberapa negeri lain mengikut jejak negeri Johor. Negeri Melaka, Perlis dan Selangor mula mewajibkan pada 2005 dan diikuti oleh beberapa negeri lain. Ini bermakna ujian mandatori bukan dibuat secara membuta tuli atau tangkap muat tetapi dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengambil kira analisis persekitaran dan kesan positif ujian saringan itu.
Pada 2007, misalnya seramai 144, 267 orang menjalani ujian saringan HIV/AIDS. Daripada jumlah ini didapati 90 kes (0.04 peratus) positif HIV/AIDS dan 12 kes meneruskan perkahwinan. Sekurang-kurangnya ujian ini telah memberi peringatan dan amaran awal tentang kesejahteraan rumah tangga mereka. Ujian saringan dibuat di hospital atau di Pusat-pusat Kesihatan Kerajaan dan diurus mengikut piawaian perubatan. Pada ketika ini KKM memberi kerjasama dan sokongan amat kuat pendekatan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam ini.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) menyedari bahawa langkah mandatori itu bukanlah menjamin secara mutlak keberkesanan pencegahan HIV/AIDS. Tetapi ia sebenarnya sebagai sebahagian langkah menyokong pendekatan bersepadu lain yang diambil oleh KKM, Majlis AIDS Malaysia, individu dan lain-lain Pertubuhan Bukan Kerajaan dalam pencegahan HIV/AIDS.
Usaha juga sedang dibuat memberi latihan kepada para imam dan pemimpin agama bagi membantu mengurangi stigma di kalangan masyarakat serta membimbing pembawa HIV/AIDS kembali ke pangkal jalan masyarakat. Dalam usaha menjalankan pencegahan perkara munkar ingatlah peringatan Allah dalam surah al-Maaidah, ayat 2, bermaksud: Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan janganlah kamu bertolong-tolong pada melakukan maksiat.
-Dipetik dari tulisan Ustaz Ghafani Awang Teh ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jakim.
Friday, January 2, 2009
SELAMATKANLAH PALESTIN

Fadilatul Ustaz juga memberitahu bahawa Umat Islam WAJIB bersatu padu menentang penjajahan rejim zionis. Kekuatan umat ini perlu dijana dengan sikap keprihatinan mereka terhadap perintah agama. Beliau juga menggena supaya umat Islam memberi sokongan kepada gerakan Islam (Hamas-Fatah dan Hizbullah) yang berjuang utk membebaskan diri mereka dari cengkaman yahudi. Umat ini haram untuk terus berpeluk tubuh atas pencerobohan Israel. Malah perlu meningkatkan sensitiviti dgn perkembangan umat Islam seluruh dunia. Jika kita bencikan Yahudi dan sekutu-sekutunya : Katakan tidak kepada barangan Amerika & Kroninya. Ungkapkan bantahan anda dengan memulau produk syarikat proksi yahudi. Ringankanlah tangan untuk menghulurkan pelbagai sumbangan kepada mereka yang memerlukan sekadar termampu. Al-Fadhil Ustaz juga mengadakan qunut nazilah ketika mengimamkan solat jumaat tengahari tadi. Mudah-mudahan Allah mendengar rintihan hamba-hambaNya yang dizalimi. Sekaligus mengalahkan gerombolan tentera kuffar dgn kekalahan yang hina-dina. Ya Allah, selamtkanlah Palestin.Takbir!
Thursday, January 1, 2009
WAHHABIY SOMALIA MENGGANAS
Wahhabiy Somalia sedang menghancurkan maqam ulamak Sufi di Somalia dgn anggapan bahawa maqam berkubah(kayu/batu) itu adalah bid'ah yg sesat. Sedangkan mereka lupa bahawa binaan maqam berkubah itu adalah harus sbgmana yg diputuskan ulamak mazhab. Dan Pemakaman seperti ini juga terdapat pada maqam Nabi SAW, Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq, Sayyidina Umar al-Khattab dan lain-lain seluruh dunia Kecuali Pemakamam Baqi' / Ma'ala yg diratakan Pelampau Wahhabiy. Saksikan keganasan mereka hanya semata-mata dalam masalah furuk ini melalui capaian di bawah:http://www.youtube.com/watch?v=RPWI-p9Kl4g&eurl=http://english.aljazeera.net/news/africa/2008/12/20081220113644851788.html&feature=player_embedded
Al-Shabab took control of Somalia's third-largest city about four months ago and quickly announced it would not tolerate anything it deemed un-Islamic. Al Jazeera correspondent Mohammed Adow said Kismayo's Roman Catholic church was torn down just days after they seized power through bloody fighting. "The 60-year-old church had not been used for nearly 20 years and not a single Christian lives in the city - but that was not a good enough reason for the militias to spare the building, he said." "They are planning to replace it with a mosque."
Graves targeted The fighters then turned their hammers on graves, some of which contained the remains of followers of Sufi, a mystical form of Islam.
The sites have been revered for decades and are regularly visited by people paying homage to the dead, a practice al-Shabab has condemned as being akin to idolatry. "We are a chosen lot by Allah to try and correct the mystics of the people and guide them," Hassan Yaqub, a spokesman for the Kismayo administration, told Al Jazeera.
"We have a responsibility to the people to guard the people against all evil deeds."
In Marka, another coastal town in the south of the country, Al Jazeera witnessed the public implementation of Sharia, or Islamic law. Three men accused of smoking hashish were given a public flogging before the al-Shabab fighters set fire to the drugs that were purportedly found when the men were arrested.
Public support
The crowds which were made to witness the flogging in Marka appeared to be overwhelmingly supportive of the new measures being taken by the new Islamist authorities. "We support their efforts 100 per cent. The establishment of Sharia is a source of joy for us all," one resident told Al Jazeera. Another said: "We are happy with the Islamists, we now have peace and the criminals have nowhere to hide." Somalia has had no effective government since a coup removed Siad Barre from power in 1991, leading to an almost total breakdown in law and order. The only relative stability areas of the country have enjoyed in recent years was during the short period of rule by the Islamic Courts Union in 2006. "For the Somali people the choice is really a very difficult one ... which one would they want to live with, a strict sharia or a situation with no security,"
Billow Kerrow, a Kenya-based regional analyst, told Al Jazeera."I think in the beginning they ight find it easier to implement a very strict code of Islam, but as the government esponsibilities start setting in the challenges will be enormous ... to try and practice a system which will be accommodating to all."
Tuesday, December 23, 2008
FAHAMAN TAJSIM MODERN

Kita perlu berhati-hati dengan sikap sesetengah penulis yang cuba mengetengahkan pemikiran Tajsim ke dalam masyarakat. Di peringkat permulaan penulisan, sememangnya mereka membicarakan isu agama berbentuk umum. Namun, apabila sudah mendapat nama dan menjadi terkenal, mereka mula mengorak langkah untuk menyampaikan fikrah akidah yang berbentuk Tajsim pula. Iaitu dengan membicarakan nas-nas mutsyabihaat yang menunjukkan Allah SWT zahirnya menyerupai makhluk. Mereka menerimapakai ketentuan zahir itu tanpa sebarang pertimbangan dengan nas-nas atau melalui kaedah bahasa arab yang sepatutnya. Atau tidak merujuk ulamak muktabar. Mereka juga mendakwa nas-nas mutasyabihhat (ayat @ hadith) yang memaksudkan erti yang zahir perlu diimplementasi secara zahir juga walaupun zahirnya nas berkenaan menujukkan Allah bersifat seperti makhluk. Seperti Allah berjisim, beranggota, duduk di atas Arasy dan lain-lain. Mereka mendakwa inilah sebahagian dari sifat Khabariyyah.
Lihatlah dengan mata hati yang suci terhadap apa yang diutarakan oleh Dr Aidh Abdullah al-Qarnie dari Arab Saudi yang popular dgn bukunya : Jangan Bersedih dalam hal ini. Buku asal diterjemahkan di Indonesia. Tetapi menyusup masuk ke negara kita dengan judul baru. Khulasahnya, walau judul baru boleh diterima tetapi isinya pula satu kelainan dari akidah Islam. Bukankah ini seni tajsim yang halus untuk merosakkan akidah umat ini.
Jika tuan/puan membuat kajian terhadap kepercayaan yahudi, kristian atau hindu sememangnya mereka percaya bahawa Tuhan mereka duduk diatas langit (Arasy), ada muka, tangan, kaki, telapak tangan, telapak kaki, betis, paha, kepala, mulut, bibir DLL. Subhanallah dari apa yang mereka sifatkan.
Soalnya, apakah intisari akidah yang diutarakan penulis diatas adalah akidah SalafusSoleh. Ternyata, tidak sama sekali. Sebenarnya, akidah Para Nabi A.S , para sahabat, tabi-ien dan para ulamak jelas merupakan akidah tanzih. Ia jelas berbeza dgn doktrin Yahudi, kristian mahupun hindu. Justeru, para ulamak muktabar sudah melarang kita dari bertindak memvisuallisasikan Allah dgn zahir nusus mutasyabihaat. Buktinya, Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim, hlm 19 juz 3, Cet Dar Ihya Thurath al-Arabiy, Bayrut mengatakan : "Sesungguhnya Maha Suci Allah daripada berjisim, berpindah, mengambil ruang @ bertempat. Ini kerana Maha Suci Allah dari menyerupai makhluk."
Imam al-Bajuri di dalam Tuhfatul Murid Syarh Jaurah Tauhid hlm 98 menjelaskan : "Adalah menjadi pegangan Ahl Sunnah dari kalangan Salaf dan Khalaf bersepakata bahawa wajib mentakwil nusus mutasyabihaat yang zahir bagi menjauhkan Allah dari maksud nusus zahir tersebut. Kaedah ini disepakti oleh Ahli Haq dan lain-lain. Maka sebaiknya bagi kita ialah menggunakan pendekatan ulamak muktabar ketika berinteraksi dengan nusus mutasyabihaat agar kita tidak terlibat dengan budaya mentajsimkan Allah mengikut tafsiran bebas tanpa ilmu. Hindarkan diri anada dari pemikiran Tajsim modern. Allah yahdina ila sawa' al-Sabiil. Barakallahu fikum.

