Tuesday, January 27, 2009

MUFTI BARU PERLIS



KANGAR: Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya, 37, akan dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru, menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kontraknya ditamatkan pada akhir November lalu. Pelantikan Dr Juanda yang juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak, disahkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, semalam, sekali gus merungkai spekulasi mengenai calon Mufti Perlis sejak jawatan itu dikosongkan dua bulan lalu.


"Ya, Dr Juanda akan dilantik menggantikan Dr Asri sebagai Mufti Perlis yang baru. Malah, pelantikan beliau ke jawatan berkenaan juga sudah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail. "Berdasarkan kontrak, Dr Juanda dipinjamkan kerajaan Sarawak untuk mengisi jawatan Mufti Perlis bagi tempoh dua tahun dan beliau dijangka memulakan tugas awal Februari ini, selepas urusan pemindahan selesai dengan kerajaan Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). "Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sudi meluluskan peminjaman Dr Juanda untuk berkhidmat di Perlis," katanya kepada pemberita di sini, semalam.


Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Tahun Baru Cina anjuran MCA negeri di Dewan Khoon Aik, di sini. Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Jawatan Mufti Perlis kosong apabila kontrak Dr Asri yang dipinjamkan Universiti Sains Malaysia (USM) kepada kerajaan negeri tamat tempoh pada 1 Disember lalu. Malah, Dr Asri sebelum berangkat ke England untuk membuat kajian berkaitan perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundamentalis dan orientalis di Lampetex, United Kingdom pernah menamakan beberapa calon, termasuk Dr Juanda yang dianggap sesuai sebagai pengganti beliau. Dr Juanda dari keturunan Melanau adalah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Md Isa berkata selain diperkenan Tuanku Raja Perlis, pemilihan Dr Juanda untuk mengisi kekosongan jawatan Mufti Perlis berdasarkan kelayakan peribadi, terutama akademiknya yang tinggi serta sumbangannya kepada agama Islam. "Paling penting, beliau dianggap calon paling sesuai kerana begitu memahami mengenai Mazhab Sunnah Wal Jamaah yang selari dengan perlembagaan negeri," katanya.


Ulasan :

1) Kenyataan ini pertama-tamanya memberi pengesahan kepada kita bahawa Jawatan Dr Asri sebagai Mufti terdahulu bukannya 'meletak jawatan'. Akan tetapi 'kontraknya ditamatkan' hasil kontroversi yang dicetuskannya. Kini, Dr Asri tidak habis-habis dengan isu-isu kontroversinya seantero dunia. Nampaknya, dia lebih selesa mempopularkan dirinya dengan cara begitu.

2) Perlantikan Dr Juanda hanya meneruskan legasi Wahhabiy yang dicetuskan Dr Asri dan rakan-rakannya atas jenama perjuangan al-Sunnah. Hakikatnya, obor Sunnah yang diperjuangkan mereka hanya menurut persepsi Muhammad Abdul Wahhab sahaja. Tak percaya? Lihatlah, apakah 'tajdid' yang dilakukan oleh Dr Asri semasa menjawat jawatan Mufti Perlis dahulu. Berapa banyak pula keputusan fatwa Perlis yang bertentangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan? Dan siapakah yang membawa masuk geng2 Dr Asri seperti Dr Johari Mat, Dr Azwira Abd Aziz dan Dr Juanda sebagai Ahli Majlis Fatwa Perlis bagi memperkuatkan perjuangan Sunnah 'ala masyrab al-Wahhabiyyah. Walaupun segelintir manusia yang ambil kira. Namun semua ini telah direkodkan Allah Azza Wa Jalla.


3) Benarkah Dr Asri ke UK untuk membuat kajian perbandingan tafsiran hadis antara fundamentalis dan orientalis? Atau sekadar bercuti disamping perabih duit kepada kuffar sahaja? Jika benar dia ingin mengkaji hadis..kenapa tidak dilakukan di negara yang dipenuhi dengan ulamak Islam. Berapa ramai orientalis yang menguasai ilmu Islam secara bersanad? Bolehkah kajiannya ditsiqahi? Apa yang pasti, Dr Asri bercuti sabatikal. Bolehkah penjawat yang bercuti sabatikal melakukan kajian? Dan badan mana pula yang menaja kajian beliau? Atau beliau hanya syok dengan kajian diri sendiri? Wallahua'lam. Semuanya mesti diperjelaskan.

4) Sebenarnya, tahap kelayakkan akademik Dr Juanda tidaklah terlalu tinggi Jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih tinggi nilai taraf akademiknya berbanding beliau. Perlis bukan takdak ulamak yang hebat. Ada..tetapi, tidak diperkenankan oleh pemerintah. Lantaran itu, Kerajaan terpaksa mengimport calon luar sekali lagi bagi mengisi jawatan Mufti. Anak-anak Perlis seolah-olah tidak berdaya saing untuk mengisi jawatan berkenaan. Khabar dari Sarawak memberitahu penulis bahawa Dr Juanda sebenarnya telah di 'reject' dari Timbalan Mufti Negeri Sarawak dahulu disebabkan sikapnya yang suka membid'ah dan menyesatkan umat Islam Sarawak yang bertahlil, bertalkin, baca Ya`sin malam jumaat dan lain-lain. Sayangnya, diambil pula oleh Perlis kononya bagi meneruskan legasi Sunnah. Hakikatnya, sama sahaja dengan Mufti sebelumnya. Tak percaya. Sama-samalah kita saksikan nanti.

5) MB Perlis sebenarnya telah mendedahkan kepada kita syarat terpenting utk menjadi Mufti Perlis. Iaitu memahami mazhab Sunnah Wal Jamaah yg selari dengan perlembagaan negeri. Ya ka..Dato Seri MB? Betui ka? Kalau betul..kenapa Perlis acapkali memperjuangkan tafsiran Sunnah al-Wahhabiyyah? Selalu mengeluarkan pandangan yang bertentangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan? Nampaknya Sunnah pada mereka itu hanya Sunnah retorik sahaja. Tapi tidak secara berjamaah. Contoh terdekat, negeri Perlis masih menggunakan gelaran 'Raja' yang merupakan pengaruh hindu berbanding negeri-negeri lain yang menggunakan gelaran Sultan yang menampakkan syiar Islam.Bagaimana pula dengan keseluruhan pengurusan kerajaan Negeri.? Secara perbandingan congak minda : Mana yang sunnah? Kelantan ke Perlis?

Apapun kita lihatlah nanti bagaimana rentak tari Mufti yang baru ini. Saya percaya, Majlis Fatwa Kebangsaan ada pendekatan tersendiri dalam situasi ini. Kita mengalu-alukan sesuatu yang positif untuk umat. Namun begitu, menjadi kewajipan bagi kita untuk memperbetulkan keadaan jika syubhat dan tasykik yang ditimbulkan oleh beliau. Selamat bertugas dan Selamat perjuangkan Ahli al-Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Wednesday, January 7, 2009

Malaysiakini PERLEKEH USAHA BANTU PALESTIN

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengutuk tindakan portal berita Malaysiakini kerana menyiarkan kenyataan pembacanya yang disifatkan menghina usaha semua pihak yang memberi maklum balas positif terhadap isu Palestin. Setiausaha Agungnya, Khairul Anuar Mustafa berkata, kenyataan ABDULLAH ANTI ISRAEL POSTURING bertarikh 6 Januari yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu jelas memperlekehkan usaha semua pihak yang ingin membantu rakyat Palestin daripada cengkaman tentera Zionis termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam.


‘‘Mereka bukan sekadar menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin. Bahkan, orang ramai termasuk NGO yang menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah untuk tujuan tersebut. Perbuatan ini sungguh biadab dan tidak boleh dimaafkan,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.


Menurut Khairul, portal itu juga turut mempersoalkan tindakan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dalam menangani isu Palestin. Soalan saya : Siapa di belakang portal Malaysiakini? Kenapa mereka asyik memberi liputan special kepada antiIslam di Malaysia? Dan sering tersalah laporannya hingga berkali-kali memohon maaf kepada umat Islam? Lihatlah sedutan dari blog Anwardotcom :"Matlamat utama penajaan FNF adalah untuk mewujudkan konsep liberalisme di Malaysia. Aktivis PKR termasuk Jonson Chong, Dr Zaliha Mustafa, Cheah Kah Peng, Beh Lih Yi (Malaysiakini) turut ditaja oleh FNF untuk menjayakan konsep ini."

Kehadiran Beh Lih Yi mewakili Malaysiakini telah mengesahkan kaitan Anwar, PKR dan Malaysiakini berasaskan sumber penajaan yang sama. Portal itu sendiri dalam artikelnya “Malaysiakini: Free or pay?” mengakui bahawa Malaysiakini ditaja oleh FNF, Asia Foundation dan Open Society Institute (OSI), milik George Soros.

Malah satu lagi projek rangkaian Malaysiakini iaitu Asia247.tv (Malaysian Internet TV channel) merupakan projek tajaan FNF. Jeremiah Foo, Sam Hui team video Malaysiakini juga merupakan team video Asia247.tv. Malah team tajaan FNF ini berusaha mencari pelapis-pelapis baru dengan menaja bengkel pembikinan video dengan bekerjasama Youth for Change (Y4C)
link asal sila klik sini :
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/dari-permatang-pauh-ke-putrajaya-anwar.html

Bagi Tuan Blog : Berdasarkan kepada kontroversi yang sering ditimbulkan Malaysiakini jelaslah bahawa pemikiran sebahagian penulis dilaman ini berorientasikan pemikiran liberalisasi agama. Sayangnya, ia tidak mudah dihidu kerana berkonsepkan politik dan sosial. Akhirnya ia dianggap sebagai media alternatif untuk mereka yang memperjuangkan keadilan sejagat. Semoga Allah memelihara kita dari penyelewengan pemikiran liberalisasi agama.

Monday, January 5, 2009

KEWAJARAN SARINGAN HIV/AIDS


AIDS (Acquired Immunodefiency Syndrome) adalah gejala pelbagai penyakit kronik menimpa manusia disebabkan sejenis virus yang disebut HIV (Human Immonodefienc Virus). Virus ini secara perlahan-lahan mereputkan sistem kekebalan tubuh dan dalam tempoh lima hingga 10 tahun pengidapnya mengalami pelbagai gejala penyakit yang menyebabkan maut. Setakat ini tidak ditemui ubat yang boleh mencegah atau merawat HIV/AIDS.


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga 2007 didapati seramai 33 juta manusia telah dijangkiti HIV/AIDS yang terdiri daripada 30.8 juta orang dewasa, 15.5 juta wanita dan kanak-kanak pula berjumlah 2 juta orang. Menurut WHO lagi, sejak 1981 hingga 2007 seramai 25 juta pengidap AIDS telah meninggal dunia. Benua yang teruk mengalami wabak HIV/AIDS ialah Afrika di mana terdapat 11.6 juta kanak-kanak mengidap HIV/AIDS dan yatim.


Sementara itu, kedudukan di negara kita pula, menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 2007 didapati seramai 80, 938 orang pengidap HIV, 13, 635 orang pengidap AIDS dan seramai 11,539 orang pengidap AIDS telah meninggal dunia. Menurut sumber itu pada masa ini kira-kira lima orang pengidap AIDS meninggal dunia sehari.
Apa yang paling membimbangkan berdasarkan penemuan kajian oleh KKM pada 2007, didapati 72 peratus pengidap HIV/AIDS adalah terdiri daripada orang Islam. Pengidap wanita menunjukkan peningkatan yang ketara. Daripada 1.1 peratus (1990) bertambah menjadi 16.3 peratus (2007).


Pada awalnya, kes-kes HIV/AIDS banyak ditemui daripada mereka yang mengamalkan homoseksual, tetapi pada masa ini banyak dikesan mereka yang mengamalkan seks bebas, pelacuran, dan perkongsian jarum di kalangan penagih dadah. Kajian KKM pada 2007, mendapati penyebaran HIV/AIDS melalui perkongsian jarum suntikan paling tinggi meliputi 57.3 peratus, hubungan seks 32.9 peratus dan selebihnya melalui kelahiran, pemindahan darah yang tercemar dan lain-lain.


Bagaimanapun menurut KKM lagi, didapati penyebaran HIV/AIDS melalui perhubungan seksual sedang meningkat iaitu daripada 5.2 peratus (1990) bertambah menjadi 32.9 peratus pada 2007. Persoalan besar timbul ialah apakah pencegahan yang sesuai diambil dalam mencegah dan merawat gejala HIV/AIDS ini? KKM dari segi aspek kepakaran perubatan telah mengambil beberapa langkah untuk mencegah dan merawat penyakit HIV/AIDS. Antara pendekatan yang diambil ialah mengedar kondom, membahagikan jarum dan memberi methadon kepada pembawa HIV/AIDS dan penagih dadah.


Pendekatan ini menimbulkan kontroversi di kalangan ulama dan masyarakat. Bagaimanapun ulama bersetuju jika pendekatan yang diambil KKM itu dibuat kepada penagih dadah dan pengidap HIV/AIDS tegar. Pada 18 Disember 2008 dalam sidang akhbar sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bagi HIV/AIDS, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan pada tahun 2009 ujian saringan HIV/AIDS akan diwajibkan kepada semua pasangan Islam yang hendak berkahwin. Arahan beliau itu telah mendapat ulasan daripada pelbagai pihak.


Berdasarkan analisis ulasan itu, didapati sebahagian besarnya memberi pandangan positif. Mereka hanya berbeza dari segi tahap positif, sama ada memadai dengan sukarela atau bersetuju diwajibkan. Pihak yang menentang ujian saringan beralasan ia bercanggah dengan hak asasi manusia. Isu HIV/AIDS bukan hanya persoalan kesihatan atau kedoktoran semata-mata tetapi berkait rapat juga dengan isu keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Mereka yang hendak berkahwin adalah dalam rangka membentuk keluarga bahagia dan mewujudkan generasi yang berkualiti. Bagaimana pun persoalan besar timbul ialah mengapa Ujian Saringan HIV/AIDS ini diwajibkan dan bukan sukarela?


Ujian saringan dibuat secara mandatori kerana:

-Pertama: Wabak HIV/AIDS amat menakutkan berbanding penyakit lain dan menyerang dunia secara perlahan-lahan melemah, mengaibkan keluarga dan menghapuskan nasab manusia.


-Kedua: Memenuhi tuntutan Maqasid Syariah, salah satunya ialah menjaga kesucian nasab bagi mewujudkan generasi yang sihat.


-Ketiga: Mencegah kemudaratan yang ada pada individu dan mengelakkan kemudaratan kepada orang lain.


-Keempat: Menutup punca kemudaratan (Saddu az-Zaraa’i) agar tidak mendatangkan kemudaratan yang lebih besar kepada manusia.


-Kelima: Sebagai kempen kesedaran penjagaan kesihatan ‘Mencegah lebih baik daripada mengubati’.


-Keenam: Keputusan resolusi seminar yang dibuat untuk mencegah wabak HIV/AIDS.
Jabatan Agama Islam Negeri Johor adalah perintis pertama pada 2001 mewajibkan pasangan yang hendak berkahwin menjalani ujian saringan HIV/AIDS. Selepas mendapat sambutan hebat dan kepuasan daripada ibu-bapa, orang alim, imam-imam, pemimpin masyarakat dan bakal-bakal pengantin sendiri maka beberapa negeri lain mengikut jejak negeri Johor. Negeri Melaka, Perlis dan Selangor mula mewajibkan pada 2005 dan diikuti oleh beberapa negeri lain. Ini bermakna ujian mandatori bukan dibuat secara membuta tuli atau tangkap muat tetapi dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengambil kira analisis persekitaran dan kesan positif ujian saringan itu.


Pada 2007, misalnya seramai 144, 267 orang menjalani ujian saringan HIV/AIDS. Daripada jumlah ini didapati 90 kes (0.04 peratus) positif HIV/AIDS dan 12 kes meneruskan perkahwinan. Sekurang-kurangnya ujian ini telah memberi peringatan dan amaran awal tentang kesejahteraan rumah tangga mereka. Ujian saringan dibuat di hospital atau di Pusat-pusat Kesihatan Kerajaan dan diurus mengikut piawaian perubatan. Pada ketika ini KKM memberi kerjasama dan sokongan amat kuat pendekatan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam ini.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) menyedari bahawa langkah mandatori itu bukanlah menjamin secara mutlak keberkesanan pencegahan HIV/AIDS. Tetapi ia sebenarnya sebagai sebahagian langkah menyokong pendekatan bersepadu lain yang diambil oleh KKM, Majlis AIDS Malaysia, individu dan lain-lain Pertubuhan Bukan Kerajaan dalam pencegahan HIV/AIDS.


Usaha juga sedang dibuat memberi latihan kepada para imam dan pemimpin agama bagi membantu mengurangi stigma di kalangan masyarakat serta membimbing pembawa HIV/AIDS kembali ke pangkal jalan masyarakat. Dalam usaha menjalankan pencegahan perkara munkar ingatlah peringatan Allah dalam surah al-Maaidah, ayat 2, bermaksud: Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan janganlah kamu bertolong-tolong pada melakukan maksiat.


-Dipetik dari tulisan Ustaz Ghafani Awang Teh ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jakim.

Friday, January 2, 2009

SELAMATKANLAH PALESTIN


Prihatin dgn nasib umat Islam Palestin, Us Zamihan menyeru para jamaah USJ 18-24 supaya kembali menelusuri sejarah asal Negara Palestin sebagai tempat kelahiran dan kediaman Para Nabi A.S, Qiblat pertama umat Islam dan bumi berkat. Kini 2/3 bumi Palestin menjadi milik Israel setelah PBB membuat Ketetapan 181 Nov 1947. Hanya 1/3 shj yg diperuntukan utk umat Islam. Semenjak itu, kehidupan ikhwan kita tidak pernah aman. Saban hari, bulan dan tahun ada sahaja ikhwan kita yang menjadi mangsa. Kini, sekali lagi mereka bermandikan darah. Kejayaan Obama sbg Presiden Amerika seolah memberi 'lampu hijau' kepada Israel utk terus bertindak lebih rakus terhadap ikhwan kita disana. Dan Israel juga seakan berpesta apabila melakukan serangan mengakibatkan lebih 400 maut sempena sambutan tahun baru Kristian. Seperti biasa, Pak-Pak Arab yang kaya raya hanya berani mengutuk sahaja. Mereka berfikiran jumud kerana tidak berani melakukan sesuatu untuk membantu saudara seagama.


Fadilatul Ustaz juga memberitahu bahawa Umat Islam WAJIB bersatu padu menentang penjajahan rejim zionis. Kekuatan umat ini perlu dijana dengan sikap keprihatinan mereka terhadap perintah agama. Beliau juga menggena supaya umat Islam memberi sokongan kepada gerakan Islam (Hamas-Fatah dan Hizbullah) yang berjuang utk membebaskan diri mereka dari cengkaman yahudi. Umat ini haram untuk terus berpeluk tubuh atas pencerobohan Israel. Malah perlu meningkatkan sensitiviti dgn perkembangan umat Islam seluruh dunia. Jika kita bencikan Yahudi dan sekutu-sekutunya : Katakan tidak kepada barangan Amerika & Kroninya. Ungkapkan bantahan anda dengan memulau produk syarikat proksi yahudi. Ringankanlah tangan untuk menghulurkan pelbagai sumbangan kepada mereka yang memerlukan sekadar termampu. Al-Fadhil Ustaz juga mengadakan qunut nazilah ketika mengimamkan solat jumaat tengahari tadi. Mudah-mudahan Allah mendengar rintihan hamba-hambaNya yang dizalimi. Sekaligus mengalahkan gerombolan tentera kuffar dgn kekalahan yang hina-dina. Ya Allah, selamtkanlah Palestin.Takbir!

Thursday, January 1, 2009

WAHHABIY SOMALIA MENGGANAS

Wahhabiy Somalia sedang menghancurkan maqam ulamak Sufi di Somalia dgn anggapan bahawa maqam berkubah(kayu/batu) itu adalah bid'ah yg sesat. Sedangkan mereka lupa bahawa binaan maqam berkubah itu adalah harus sbgmana yg diputuskan ulamak mazhab. Dan Pemakaman seperti ini juga terdapat pada maqam Nabi SAW, Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq, Sayyidina Umar al-Khattab dan lain-lain seluruh dunia Kecuali Pemakamam Baqi' / Ma'ala yg diratakan Pelampau Wahhabiy. Saksikan keganasan mereka hanya semata-mata dalam masalah furuk ini melalui capaian di bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=RPWI-p9Kl4g&eurl=http://english.aljazeera.net/news/africa/2008/12/20081220113644851788.html&feature=player_embedded


Al-Shabab, an armed group fighting transitional government and Ethiopian forces in Somalia, is desecrating religious shrines in the south of the country, Al Jazeera has learned. The ancient graves of clerics and other prominent people are among holy sites being targeted by the armed group in the port city of Kismayo.

Al-Shabab took control of Somalia's third-largest city about four months ago and quickly announced it would not tolerate anything it deemed un-Islamic. Al Jazeera correspondent Mohammed Adow said Kismayo's Roman Catholic church was torn down just days after they seized power through bloody fighting. "The 60-year-old church had not been used for nearly 20 years and not a single Christian lives in the city - but that was not a good enough reason for the militias to spare the building, he said." "They are planning to replace it with a mosque."
Graves targeted The fighters then turned their hammers on graves, some of which contained the remains of followers of Sufi, a mystical form of Islam.

The sites have been revered for decades and are regularly visited by people paying homage to the dead, a practice al-Shabab has condemned as being akin to idolatry. "We are a chosen lot by Allah to try and correct the mystics of the people and guide them," Hassan Yaqub, a spokesman for the Kismayo administration, told Al Jazeera.

"We have a responsibility to the people to guard the people against all evil deeds."
In Marka, another coastal town in the south of the country, Al Jazeera witnessed the public implementation of Sharia, or Islamic law. Three men accused of smoking hashish were given a public flogging before the al-Shabab fighters set fire to the drugs that were purportedly found when the men were arrested.


Such practices have become more frequent as al-Shabab has increased its influence across southern and central Somalia, taking back many of the areas which were formerly controlled by the Islamic Courts Union until late 2006. In October, a 13-year-old girl was reportedly stoned to death in Kismayo after she was found guilty of adultery. The UN later said that she had been raped. Last month, 32 people were whipped for taking part in a traditional dance in the town of Balad, about 30km north of the capital Mogadishu.

Public support
The crowds which were made to witness the flogging in Marka appeared to be overwhelmingly supportive of the new measures being taken by the new Islamist authorities. "We support their efforts 100 per cent. The establishment of Sharia is a source of joy for us all," one resident told Al Jazeera. Another said: "We are happy with the Islamists, we now have peace and the criminals have nowhere to hide." Somalia has had no effective government since a coup removed Siad Barre from power in 1991, leading to an almost total breakdown in law and order. The only relative stability areas of the country have enjoyed in recent years was during the short period of rule by the Islamic Courts Union in 2006. "For the Somali people the choice is really a very difficult one ... which one would they want to live with, a strict sharia or a situation with no security,"



Billow Kerrow, a Kenya-based regional analyst, told Al Jazeera."I think in the beginning they ight find it easier to implement a very strict code of Islam, but as the government esponsibilities start setting in the challenges will be enormous ... to try and practice a system which will be accommodating to all."

Tuesday, December 23, 2008

FAHAMAN TAJSIM MODERN




Kita perlu berhati-hati dengan sikap sesetengah penulis yang cuba mengetengahkan pemikiran Tajsim ke dalam masyarakat. Di peringkat permulaan penulisan, sememangnya mereka membicarakan isu agama berbentuk umum. Namun, apabila sudah mendapat nama dan menjadi terkenal, mereka mula mengorak langkah untuk menyampaikan fikrah akidah yang berbentuk Tajsim pula. Iaitu dengan membicarakan nas-nas mutsyabihaat yang menunjukkan Allah SWT zahirnya menyerupai makhluk. Mereka menerimapakai ketentuan zahir itu tanpa sebarang pertimbangan dengan nas-nas atau melalui kaedah bahasa arab yang sepatutnya. Atau tidak merujuk ulamak muktabar. Mereka juga mendakwa nas-nas mutasyabihhat (ayat @ hadith) yang memaksudkan erti yang zahir perlu diimplementasi secara zahir juga walaupun zahirnya nas berkenaan menujukkan Allah bersifat seperti makhluk. Seperti Allah berjisim, beranggota, duduk di atas Arasy dan lain-lain. Mereka mendakwa inilah sebahagian dari sifat Khabariyyah.

Lihatlah dengan mata hati yang suci terhadap apa yang diutarakan oleh Dr Aidh Abdullah al-Qarnie dari Arab Saudi yang popular dgn bukunya : Jangan Bersedih dalam hal ini. Buku asal diterjemahkan di Indonesia. Tetapi menyusup masuk ke negara kita dengan judul baru. Khulasahnya, walau judul baru boleh diterima tetapi isinya pula satu kelainan dari akidah Islam. Bukankah ini seni tajsim yang halus untuk merosakkan akidah umat ini.

Jika tuan/puan membuat kajian terhadap kepercayaan yahudi, kristian atau hindu sememangnya mereka percaya bahawa Tuhan mereka duduk diatas langit (Arasy), ada muka, tangan, kaki, telapak tangan, telapak kaki, betis, paha, kepala, mulut, bibir DLL. Subhanallah dari apa yang mereka sifatkan.

Soalnya, apakah intisari akidah yang diutarakan penulis diatas adalah akidah SalafusSoleh. Ternyata, tidak sama sekali. Sebenarnya, akidah Para Nabi A.S , para sahabat, tabi-ien dan para ulamak jelas merupakan akidah tanzih. Ia jelas berbeza dgn doktrin Yahudi, kristian mahupun hindu. Justeru, para ulamak muktabar sudah melarang kita dari bertindak memvisuallisasikan Allah dgn zahir nusus mutasyabihaat. Buktinya, Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim, hlm 19 juz 3, Cet Dar Ihya Thurath al-Arabiy, Bayrut mengatakan : "Sesungguhnya Maha Suci Allah daripada berjisim, berpindah, mengambil ruang @ bertempat. Ini kerana Maha Suci Allah dari menyerupai makhluk."

Imam al-Bajuri di dalam Tuhfatul Murid Syarh Jaurah Tauhid hlm 98 menjelaskan : "Adalah menjadi pegangan Ahl Sunnah dari kalangan Salaf dan Khalaf bersepakata bahawa wajib mentakwil nusus mutasyabihaat yang zahir bagi menjauhkan Allah dari maksud nusus zahir tersebut. Kaedah ini disepakti oleh Ahli Haq dan lain-lain. Maka sebaiknya bagi kita ialah menggunakan pendekatan ulamak muktabar ketika berinteraksi dengan nusus mutasyabihaat agar kita tidak terlibat dengan budaya mentajsimkan Allah mengikut tafsiran bebas tanpa ilmu. Hindarkan diri anada dari pemikiran Tajsim modern. Allah yahdina ila sawa' al-Sabiil. Barakallahu fikum.

Sunday, December 21, 2008

TAHDZIR AKIDAH TAJSIM

AKIDAH TAJSIM ialah satu fahaman akidah yang mempercayai bahawa Allah SWT memiliki anggota badan dan bersifat sebagaimana keterangan ayat mutasyabihaat yang zahir. Tetapi dlm masa yang sama mereka menafikan Allah dari menyerupai makhluk. Mereka tidak mengaku mentajsimkan Allah (mengkhayalkan Allah). Bahkan mereka mendakwa inilah akidah Salafusoleh @ Ahli Sunnah Wal Jamaah. Padahal ia adalah manifestasi Akidah Tajsim yang setara dengan akidah yahudi, Hindu dan Kristian. Tetapi cuba dimplementasikan ke dalam Islam. Prinsip ini kemudiannya dipopularkan oleh sebahagian dari pendakwah Wahhabiy ghuluw. Apapun, sila ikuti penjelasan Ibn al-Jauzi al-Hambali (bukan Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah) dalam hal ini :


Imam Ibn al-Jauzi al-Hanbali (w597H) mengatakan : “Aku melihat golongan dari mazhabku membicarakan tentang usuluddin secara tidak benar. Mereka diwakili oleh 3 orang tokoh : Abu Abdullah al-Hassan bin Hamid bin Ali al-Baghdadi, rakannya Qadhi Abu Ya’la Muhammad Bin Hussain al-Farra al-Hanbali dan Abu Hassan Ali bin Ubaidillah bin Nasr al-Zaghuni (w527). (Biografi ketiga tokoh ini ditahkik oleh Imam al-Muhaddith al-Kautsari dlm ualasan beliau terhadap kitab Imam Ibn al-Jauzi ini)
Imam Ibn al-Jauzi berkata lagi : "Mereka menulis kita yang membicarakan (pendapat) mazhab. Dan aku telah melihat mereka turun ke martabat awam. Lalu memperlakukan Sifat Allah mengikut apa yang mampu dirasa oleh panca indera (iaitu mengkhayalkan Allah dengan sifat-sifat makhluk). Lalu kedengaranlah mereka melaungkan : "Allah SWT mencipta Adam atas gambaranNya. Mereka menetapkan bagi Allah ada muka sbg sesuatu yang menumpang di Dzat). Bagi Allah ada dua mata, dua bibir, dua gigi geraham, wajah yang bercahaya, dua tangan, dua telapak tangan, jari jemari, ibu jari, dada, dua paha, dua betis dan dua kaki.”

Sesetengah mereka mengatakan : “Kami tak mendengar Allah mempunyai kepala.” Sesetengah mereka pula berkata : “Harus bagi Allah menyentuh dan disentuh dan mendekatkan DzatNya kepada hambaNya. Sesetengah mereka pula mendakwa : “Allah itu bernafas. Kemudian mereka (Ahli Tajsim al-Hambali) mendekati masyarakat awam dengan mengatakan : “Ia (sifat-sifat Allah itu) bukan sebagaimana yang kamu bayangkan.”

Padahal zahir ucapan diatas adalah sesuatu yang diketahui. Zahir ucapan ini adalah dari anggotan anak adam. Dan sesuatu itu boleh ditanggung atas hakikatnya jika memungkinkan. (Ini adalah sesuatu yang tidak memungkinkan) Kemudian mereka menyempitkan diri dengan pemikiran Tasybih (menyerupai Allah dengan makhluk) Dan menafikan dari menyandarkan Allah dengan sifat2 yang sedemikian. Lalu mereka berkata : “Kami adalah Ahli Sunnah. Sedangkan ucapan mereka secara jelas adalah Tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk). Dan segelintir masyarakat ada yang terpengaruh dengan mereka.”

Aku telah menasihati pendakwah dan pengikut mereka : “Wahai ashab al-Hanbaliyyah, kamu adalah golongan penukil Hadis Nabi SAW. Imam kamu adalah Imam Ahmad Bin Hanbal yang mengatakan : “bagaimana kamu memperkatakan sesuatu yang aku tidak memperkatakannya.”


Imam Ibn al-Jauzi berkata lagi : "Jagalah diri kamu dari melakukan bid’ah yang bukan dari asas mazhab ini (Hambali). Kamu bicarakan hadis (al-Sifat) dan ditanggungkan hadis berkenaan secara zahirnya. Sedangkan zahir lafaz kaki itu adalah anggota. Ini kerana jika golongan Kristian mendakwa Isa adalah Ruhullah, mereka percaya bahawa Allah SWT itu bersifat dengan roh yang menjelma di dalam tubuh Maryam. Jika sesiapa yang mendakwa : "Allah bersemayam dengan DzatNya maka sesungguhnya dia telah menjadikan Allah sesuatu yang terkesan dengan pancaindera. Dan sewajarnya sesuatu yang zahir itu tidak ditetapkan (sebagaimana) menurut penjelasan akal yang sihat.” - Imam Ibn al-jauzi al-Hambali, Daf'u Syubah al-Tasybih, edit : Syeikh Hassan bin Ali al-Saqqaf, 1991, Cet Pertama, Dar Imam al-Nawawi : Jordan, hlm 97-102.


Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo