Monday, May 19, 2008

JAKIM BERGERAK MAJU



JAKIM sekali lagi mengorak langkah bergerak maju ke hadapan apabila mengambil inisiatif mengiktiraf Maahad Tahfiz Darul Qur'an Wa al-Qiraat di Kuala Kubu Baru sebagai kolej Universiti.


Asalnya ia dikenali dengan Unit Pengajian Menghafaz al-Qur'an Masjid Negara pada tahun 1984. Kemudiannya diperbesarkan menjadi salah satu Cawangan di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS). Apabila aktiviti semakin berkembang cawangan ini dikenali pula dengan Maahad Tahfif al-Qur'an Wal Qiraat. Kini, ia diiktiraf sebagai Koleh Universiti. YAB Menteri Jab Perdana Menteri akan membentang kertas kerja berkaitan kepada Kabinet untuk mendapat kelulusan pada tahun ni juga. Manakala peningkatan taraf infrastuktur dan latihan kakitangan akan mengambil masa selama 3 tahun.


Pengiktiran ini sekaligus membolehkan DQ melahirkan penghafaz al-Qur'an berkelulusan sarjana muda, sarjana dan Phd. Tentu ada kelas kan? Berbanding program pensijilan sebelum ini diusahakan bersama UIAM. Dan terbukti, alumni DQ dah ramai berkhidmat di sektor2 kerajaan terutamanya di JAKIM sendiri.


Yang syoknya, Kolej ini diletakkan di bawah Jab Perdana Menteri bertaraf Institut Pengajian Tinggi Kerajaan (IPTK). Bukannya dikelolakan oleh Jabatan Pengajian Tinggi. Lebih manis lagi, DQ mula menerima kemasukan OKU - yakni golongan kurang daya penglihatan bagi program hafazan menggunakan kaedah braille. Kira-kira... kami ni 'mesra pelanggan' jugak la kan?


Paparan ni membuktikan bahawa JAKIM sedang bergerak maju ke hadapan dalam semua bidang. Kami dalam proses tajdid! Insya Allah. Tak la jumud sangat kan? Ia bukan sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab! Tahniah Warga DQ, Tahniah Dato' KP dan syabas buat YB Menteri. Ni bukan bodek..tp realiti. Gracias buat semua!


Thursday, May 15, 2008

PELAMPAU MEMVISUALISASIKAN ALLAH!

Kitab : Aqidah Ahl Iman Fi Khalqi Adam 'Ala Surah al-Rahman (Akidah Orang yg Beriman dalam menjelaskan Penciptaan Adam Mengikut Gambaran Allah yang Maha Penyayang)
Oleh : Syeikh Hamud bin Abdullah bin Hamud al-Tuwaijiri, Cetakan Dar al-Liwa', KSA

Perakuan dari Ibn Bazz bahawa pegangan Allah menciptakan Nabi Adam berasal dari Pegangan Ahl al-Kitab terdahulu. Khususnya Yahudi.


Perakuan dari Syeikh Ibn Bazz terhadap Kitab Syeikh Hamud al-Tuwaijiri


Sambungan Perakuan dari Syeikh Ibn Bazzterhadap kitab Hamud al-Tuwaijiri


INILAH SEBAHAGIAN BUKTI EKSKLUSIF DARI KITAB PELAMPAU WAHHABIY YANG BERJUDUL: "AQIDAH AHL IMAN FI KHOLQI ADAM 'ALA SURATIR RAHMAN".(AKIDAH ORG YG BERIMAN DLM MENJELASKAN PENCIPTAAN ADAM MENGIKUT GAMBARAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG) OLEH SYEIKH HAMUD BIN ABDULLAH BIN HAMUD AL-TUWAIJIRI.



DALAM KITAB INI SYEIKH HAMUD MENDAKWA BAHAWA RUPA BENTUK, GAYA DAN DIRI ALLAH ITU SAMA DAN SERUPA DENGAN RUPA BENTUK NABI ADAM. NA'UZUBILLAH.


Sebenarnya, ini merupakan roh akidah Yahudi. Ini kerana Yahudi juga mendakwa Allah Berbentuk dan Allah mencipta manusia seperti rupa parasNya. Na’uzubillah min zalik. Akidah Yahudi boleh dilihat : http://www.arabicbible.com/bible/ot/gen/1.htm



Dalam kitab Yahudi berjudul Muqaddas Awwal Safar Takwin Al-Ishah Awwal 26 Yahudi mendakwa فخلق الله الانسان على صورتهdan Yahudi juga mendakwa على صورة الله خلق
Kedua-dua akidah yahudi diatas amat jelas menyatakan Allah mencipta manusia seperti rupa bentuk Allah. Sayangnya, Pelampau Wahhabiy juga berakidah sedemikian. Subhanallah.



KANDUNGAN INI MEMBUKTIKAN KEPADA KITA BAHAWA PELAMPAU WAHHABIY SEMEMANGNYA MEMVISUALISASIKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK. SEDANGKAN TIADA SATU PUN AYAT @ HADITH YANG MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK.
BAHKAN TIADA SATUPUN NAS YANG SAHIH MENYATAKAN "RUPA BENTUK ALLAH SERUPA DENGAN RUPA BENTUK NABI ADAM".

TAJUK KITAB TERSEBUT AMAT MENGGERUNKAN SESIAPA SAHAJA YANG MEMBACANYA. KECUALI WAHHABIY TOTOK SECARA JELAS MENYOKONG DAN MENDOKONG DOKTRIN BERKENAAN.
PERHATIKAN PADA LINE YANG TELAH DIMERAHKAN. AMAT JELAS KESEMUA PELAMPAU WAHHABI MENDAKWA ALLAH MENCIPTA MANUSIA SERUPA DENGAN ALLAH SENDIRI. KEMUDIANNYA MEREKA MEMPERAKUI BAHAWA DAKWAAN INI SAMA DENGAN AKIDAH MUJASSIMAH AL-YAHUDIYYAH. PELIKNYA, MEREKA PULA YANG MENGIKUTI YAHUDI. PELIK..TAPI BENAR!


Hakikatnya, pegangan ini bertentangan dengan akidah Sebenar Islam yang menjelaskan Allah tidak menyerupai makhlukNya (SURAH Syuura ayat 11). Atau diterangkan DALAM firmanNya : "Tiada sesuatupun yang menyamaiNya (al-Ikhlas 4). Imam al-Tohawiy al-Salafiy pula mengatakan : Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat-sifat manusia, Sesungguhnya dia telah menjadi Kafir.” Nau’zubillah min zalik.


Malangnya, Ulamak Wahhabiy turut ‘memperakui’ kitab Syeikh Hamud al-Tuwaijiri di atas. Buktinya : Syeikh BIN BAZ PADA KITAB TERSEBUT TELAH MEMUJI AKIDAH TAJSIM YANG MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK.


DI ATAS ADALAH COP DAN PENGAKUAN DARI SYEIKH ABDUL AZIZ BIN BAZ SENDIRI BAHAWA KITAB DIATAS TERUS TERANG MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK. BUKAN ITU SAHAJA, MEREKA MENDAKWA BAHAWA RUPA BENTUK ALLAH SAMA DENGAN RUPA BENTUK NABI ADAM. DOKTRIN INI KEMUDIANNYA DIBAWA PULA OLEH PELAMPAU WAHHABI NUSANTARA. TAKKAN..KITA NAK KELIH JE...AKIDAH YANG BENAR MESTI DIPERJUANGKAN. MANAKALA AKIDAH YANG SALAH MESTI DIHANCURKAN.



Justeru, apa pandangan anda? Sukar menerima hakikat? Adakah Ini fitnah? Atau tokok Tambah? Atau ... anda masih simpati pada Wahhabiy? Jangan marah Tuan Blog. Sabar, Tenang..dan jangan gabra. Fikirkan dengan baik. Jauhi Pelampau Agama. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua terhadap pegangan yang disukai lagi diredhaiNya.

Monday, May 12, 2008

TARBIYAH DARUL SUNNAH?



Semenjak dua menjak ni, kita disajikan dengan pelbagai kes yang menyayat hati. Terbaru, kes Hatib Leman, seorang buruh kasar diseret oleh 20 sekumpulan penduduk ketika menonton Televisyen bersama isteri dan anak-anak di rumahnya di Kuala Perlis. Kononnya, beliau dituduh mengintai anak dara jiran dan cuba mencabulnya. Lalu beliau dibelasah bertubi-tubi didepan mata isterinya. Isterinya yang masih dalam pantang juga dipukul ketika cuba mempertahankan suaminya itu. Hamba Allah yang malang itu akhirnya mati syahid.


Tragisnya, tindakan ganas yang dilakukan atas sangkaan semata-mata terbongkar apabila anak dara (yang diintai) tampil mengesahkan bahawa mereka tersilap orang. Manakala isteri mangsa memberitahu bahawa suaminya berada bersama beliau dan anak-anak sewaktu kejadian pengintaian itu. Jika benar sekalipun, seseorang yang mengintai @ cuba mencabul tidak sepatutnya dikenakan hukuman mati mandatori. Demikian, penjelasan yang boleh difahami secara umum menurut perspektif Al-Qur'an dan al-Sunnah.


Fenomena ini menyerlahkan kepada kita beberapa pengajaran :

1) Manusia yang bertindak sedemikian sudah tidak lagi berpedoman kepada al-Kitab Wa al-Sunnah. Sebaliknya menurut sangkaan hawa nafsu yang kejam. Situasi ini memperlihatkan kepada kita bahawa Darul Sunnah tak 'matching' dengan rakyatnya. Ni, baru kes pukul. Tak campur lagi kes dadah, penyeludupan beras, curi motor, rempit, gangster, peras ugut, rompakan DLL. Dalam konteks Semenanjung, Saya kira, Kelantan lebih mengaplikasi Sunnah berbanding Perlis.


2) Undang-undang sekular yang sedia ada sudah tidak diyakini lagi. Disebabkan itu, manusia suka mengambil undang-undang rimba sebagai jalan penyelesaian. Akhirnya, insan yang tidak bersalah menjadi mangsa. Allyarham Hatib sudah 'selamat' kembali. Tetapi bagaimana dengan nasib isterinya dan 5 orang anak yang masih kecil. Tentu zalim kan? Siapa yang zalim itu? Kerajaan @ rakyatnya? Atau kedua-duanya sekali.


3) Tindakan ini juga membuktikan kepada kita bahawa Kerajaan Darul Sunnah gagal mentarbiyah rakyatnya secara bersepadu dan menyeluruh. Sebab itulah, mereka mudah bertindak secara 'cowboy' dalam menyelesaikan sesuatu masalah.


Nasihat saya buat Mufti Perlis, islahkan dahulu hamba rakyatmu. Didiklah mereka dengan rukun Islam, Iman dan Ihsan. Bawakan mereka kepangkal jalan. Biarlah mereka hidup dengan benar-benar mengenal Tuhan Sekalian Alam. Tak payahlah Tuan Mufti 'menyibuk-nyibuk' dengan urusan persekutuan, masjid Cina, Faizal Tahir, Sunnah Wahhabiy, menyerang peribadi tertentu...renunglah pada bidang tugas Mufti. Mufti sepatutnya membimbing dan mentarbiyah masyarakat. Bukannya meragukan mereka dengan pelbagai permasalahan agama. Atau menjadi jaguh secara SS ( syok sendiri). Dimana tajdid yang dilaungkan? Fikirkanlah.


MUFTI PERLIS DIKESALI


KENYATAAN AKHBAR: PISANG KESAL KENYATAAN MUFTI PERLIS

6 Mei 2008


Kami amat kesal dengan kenyataan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, kerana membuat kenyataan melulu yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang mufti.



Harian Metro keluaran hari Isnin 3 Mei 2008 melaporkan Dr Mohd Asri memperlekehkan kemampuan Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) dengan menggunakan ungkapan “dua tiga” hari berada di United Kingdom (UK). Kami ingin menegaskan bahawa PISANG bekerjasama dengan Melayu UK yang sudah lama bertapak di UK. PISANG bukanlah badan yang ditubuhkan di Malaysia tetapi ia adalah satu pertubuhan yang sekarang di dalam proses pendaftaran di UK.



Saya, selaku Pengerusi PISANG telah menetap di UK selama 32 tahun. Oleh itu kami lebih mengetahui keadaan sebenar dan mampu bergerak secara professional di UK berbanding dengan pengalaman Dr Mohd Asri.



Dr Mohd Asri juga menyatakan yang beliau lebih berminat untuk mendengar apa yang dikatakan oleh persatuan Islam yang sudah lama bertapak di UK. Kami mencabar Dr Mohd Asri supaya menyatakan nama persatuan Islam yang mengambil berat hal Sufiah Yusof dan apa kenyataan serta tindakan yang mereka ambil. Dr Mohd Asri sepatutnya berusaha memperbaiki diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain.



Hamidi Abdul RahmanPengerusi PISANGPresiden Melayu UK
7 Falcon MeadBicesterOxfordshire OX26 6XE Hamidi Tel: 07717 654144
Editor : Memang Mufti Perlis seorang yang 'hyperaktif'. Pendek kata, semua isu hendak diulasnya. Dia akan mengulas tak kira apa jua skop dan siapa sahaja yang berkaitan dengannya. Tentu hebatkan? Masa kat Jordan dulu, beliau sememangnya diakui sebagai orang yang suka menonjolkan diri. Dah balik ke Malaysia, jadi Mufti..perangai nakal dulu-dulu masih ada lagi. Kalau dulu-dulu, dia bolehlah diibaratkan seperti Profesor Serba Tahu dalam Majalah Gila-gila. Woow..kelas gitu?

Thursday, May 8, 2008

WAHHABIY DI PARLIMEN



SINOPSIS :


Petang Isnin- Selasa (5-6hb Mei) lalu, Parlimen bergegar lagi. Kali ini isu Wahhabiy pula mencuri tumpuan. Ia diutarakan oleh YB Zulkifli Nordin, YB Hamim Samuri dan lain-lain. Ringkasnya, para YB meminta penjelasan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Zahid Hamidi tentang kedudukan fahaman Wahhabiy. Dan saya tak terkejut dengan jawapan yang diberikan Menteri.


Sememangnya, Majlis Fatwa sudah 6x bersidang berkaitan fahaman Wahhabiy ni. Walau tiada fatwa rasmi mengenai kesesatan Wahhabiy, keputusan Majlis Fatwa adalah jelas untuk menghalang Fahaman ini dari disebarkan di negara kita. Tak percaya, cuba dapatkan penjelasan dari JAKIM : 03 - 88864000. Penjelasan itu semestinya berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Bukannya, ulasan pegawai tertentu.


Apabila tiada kajian tentang metodologi dan implikasi fahaman Wahhabiy, maka tiada sebarang hitam putih mengenainya. Lagipun, di cawangan Akidah, masih terdapat beberapa individu yang bias kepada fahaman Wahhabiy. Saya bukan menuduh. Tapi, ini satu hakikat yang perlu diperjelaskan. So, macamana nak keluar fatwa? Akhirnya, senyap je laa. Tapi, bila ada isu berbangkit..mula lah semua pihak tertanya-tanya. Ada juga yang menggelabah.


CARA KITA :


Secara mudahnya, negara kita mempunyai metodologi tersendiri dalam menunjangi Isu Agama mahupun isu pengurusan Islam di Malaysia. Dasarnya diputuskan oleh Majlis Kebangsaan Islam (MKI) yang dipengerusikan YAB PM dan dianggotai oleh EXCO Agama Negeri. Ia diuresetia oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Semenjak dari merdeka sampai sekarang, dasar ini masih releven. Bahkan menampakkan perkembangan yang efektif dalam memartabatkan agama Islam di negara kita. Cuba bayangkan...dulu..kita hanya ada UNIT AGAMA JPM. Kini, JAKIM dan pelbagai ajensi agama.Rasanya, tak perlu seinci pun untuk mengambil pendekatan menurut gaya Wahhabiy.


KLASIFIKASI WAHHABIY :


Ketahuilah bahawa Fahaman Wahhabiy kini terbahagi kepada tiga kelompok utama : Golongan Wahhabiy Muqallid, Wahhabiy Sederhana dan Wahhabiy Ekstrem (Ghuluw). Kelompok Wahhabiy Muqallid dan Sederhana hanya mencetuskan beberapa permasalahan biasa sahaja. Kebanyakkannya bersifat feqhiyyah. Tapi, kadang2 menjalar kepada masalah akidah. Walaupun Wahhabiy ni kategori biasa @ sederhana, namun.. Wahhabiy tetap dari latarbelakang sejarah yang satu.


Di sudut yang lain, terdapat kelompok Wahhabiy Ekstrem. Atau dengan istilah lain dikenali dengan Wahhabiy TOTOK. Kelompok ini dikesan memberi masalah besar kepada umat Islam sedunia. Samada dari sudut akidah, syariah, akhlak, perpaduan ummat (sosial), politik dan keselamatan negara.



WAHHABIY M'SIA :


Gejala ekstremis Wahhabiy di Malaysia bermula 1930an lagi. Di zaman penjajah mereka mengetahkan fahaman baru ala 'modernisme' agama menurut tafsiran Muhammad Abdul Wahhab. Kemudiannya obor Wahhabiy ditiupkan pula oleh Muhammad Abduh, Jamaluddin Afghani, Rasyid Ridha dan lain-lain di timur tengah. Penuntut agama yang terkesan dengan 'revolusi' ini pula cuba menerapkan perjuangan yang sama di Tanah Melayu waktu itu. Muncullah watak2 'reformis agama' seperti Syekh Syed al-Hadi, Us Abu Bakar Asya'ri (Perlis) Ibrahim 'Aqidi (P Pinang) Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falaki, Zaaba DLL.

Perjuangan mereka dilihat berbeza dengan fahaman arus perdana kerana cuba mengetengahkan metodologi baru. Akhirnya menerbitkan pendapat yang pelik2 seperti tupai, biawak, labi2 boleh dimakan, dibolehkan 'bercina-buta'. Mempraktikkan nusus mutasyabihat secara zahir. Kononya, itulah mazhab al-Salaf @ akidah al-Salaf. Akhirnya, mereka dikenali sebagai golongan Kaum Muda. Nak tahu kenapa mereka ini dipuji oleh Dr Asri dlm Mingguan Utusan 11 Mei lalu. Sebabnya mereka satu metodologi.



WAHHABIY KINI :

Kini, gelombang ekstrem Wahhabiy kembali lagi. Berselindung di sebalik NGO Islam, Ajensi Agama dan parti politik. Mereka mendakwa hanya mereka satu-satunya golongan yang memperjuangkan Islam @Sunnah yang sebenar. Menjenamakan diri mereka sebagai 'Salafiyyah" (pengikut kpd golongan Salaf = generasi awal umat Islam). Selain itu, mereka turut memperaga beberapa nama : Ittiba' al-Sunnah, Ansar al-Sunnah, Tajdid Agama, Modernisme Agama, Salafi DLL. Kalau Salafi sebenar eloklah. Tapi, Hakikatnya, mereka memperjuangkan tafsiran Agama menurut metodologi Muhammad Abdul Wahhab sahaja. Justeru, walau apapun jenama, mereka tetap Wahhabiy. Kalau Wahhabiy biasa, tak kisah sangat. Tetapi, mereka memperjuangkan metodologi Wahhabiy yang ekstrem. Berikut merupakan sebahagian metodologi Wahhabiy ekstrem :


1) Fanatik kepada Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad Abd Wahhab, al-Albaani DLL



2) Membid'ah, mensyirik @ mengkafir umat Islam dengan masalah furuk



3) Memecahkan Tauhid kepada 3 bahagian



4) Memvisualisasikan Allah dgn Nusus Mutasyabihat secara zahir



5) Menolak pendekatan Mazhab Muktabar



6) Mentajrih ulamak yang tidak sealiran



7) Beranggapan hanya mereka sahaja yang benar



8) Mentahrif khazanah ulamak



9) Menghapus sumber dan nilai sejarah umat Islam



10) Melahirkan ekstremis (al-Qaedah, Taleban, JI Dll)



Jika anda mempunyai ciri di atas. Sah..anda salah seorang Wahhabiy TOTOK. Sedarlah, anda berada di tahap kritikal dan memerlukan rawatan kecemasan. Tetapi, jika ciri di atas sedikitpun tidak berkaitan dengan anda...bertenanglah..kita semua dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Seseorang tidak perlu mengkafirkan seseorang yang lain selagi ia terdiri dari ahli Qiblat. Kecuali Mujassim dan sesiapa yg ingkar ilmu juz'iyyat. Demikian keterangan Imam al-Syafi'ie di dalam al-Asybah Wa al-Nazha'ir hlm 441 juz 2, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Bayrut, 2005.


Sebenarnya, ketika kemunculan Wahhabiy dan sebelum gerakan ini mendapat kuasa politik dan pemerintahan Jazirah Arab, para ulamak tampil dengan pelbagai fatwa terhadapnya. Antaranya : Ibn 'Abidin, Imam al-Showi al-Maliki, Syed Ahmad Zaini Dahlan, Imam Ibn Humaid al-Hanbali DLL telah memfatwakan Gerakan Wahhabiy sebagai golongan Khawarij. Nantikan...paparan kami dari kitab-kitab mereka secara eksklusif.



Malahan, jika tuan-puan menelusuri fatwa negeri Johor, Dato Syed Alawi al-Haddad telah memfatwakan Fahaman Wahhabiy juga sebagai fahaman Khawarij. Fatwa ini senada dengan apa yang diungkapkan oleh Syeikh Abdullah Fahim (Datuk kpd PM) dalam muqaddimah Kitab Senjata Syariah yg ditulis oleh Abu Qaniah dan Abu Zahidah. Dan ramai lagi ulamak melayu yang tampil memperjelaskan kedudukan Wahhabiy.Namun, bila gerakan Wahhabiy mendapat kuasa politik dan pemerintahan, kelihatan tidak ramai ulamak & negara yang berani membuka mulut.

REALITI :

Justeru, apabila seorang Menteri diasak bertubi2 berkaitan fahaman Wahhabiy, maka itulah jawapannya. Jawapan yang mengambil kira faktor politik tempatan, politik antarabangsa, perpaduan melayu Muslim, mengelak tanggapan negatif non Muslim DLL. Bahkan saya amat bersetuju dengan jawapan YB Menteri bahawa..kita memerlukan forum yang lain bagi membicarakan tentang fahaman ini secara mendalam.


Kesimpulannya, secara umum, golongan Wahhabiy terbahagi kepada 3 golongan. Selagi mana mereka mengamalkan Rukun2 Islam/Iman mereka masih layak bergelar Muslim Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tetapi jika fahaman dan pegangan mereka melampaui batasan syarak (ghuluw) dan aktif dengan teori takfir Umat Islam, secara automatik..mereka tidak layak di gelar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka terus melancarkan provokasi kepada siapa sahaja yang mengkritik mereka. Tengoklah kandungan Majalah I bulan ni. Terbaru, kononnya Syeikh Abdullah Harari mengkafirkan Imam Hassan al-Banna dan Syed Hassan al-Saqqaf mengkafirkan Muawiyah r.a. Sebenarnya, kedua-dua Syeikh berkenaan berlepas diri dari tohmahan mereka. Itu sebenarnya sebahagian dari seni fitnah Wahhabiy Ghuluw. Wallahua'lam.


Wednesday, May 7, 2008

APA NAK JADI?


Harapkan pagar, pagar tak makan padi. Tetapi harapkan Saudi, Saudi jejas maruah Muslimin lagi. Kali ni, mereka gagal menangani penyeludupan Kunci Kaabah pada abad ke-12 ke luar negara. Menyebabkan Kunci Kaabah itu dilelong di London beberapa minggu lalu dengan harga RM57 juta.


Pewaris penjaga Kaabah, Saleh al-Syaibi kesal dengan situasi yang berlaku. Beliau merayu semua pihak agar kunci tersebut dipulangkan ke tempat asalnya. Manakala sejarahwan Arab Saudi Hani Fairouzi hairan bagaimana kunci berkenaan boleh dicuri. Beliau seterusnya menyeru semua pihak (kerajaan Saudi, Pertubuhan Islam dan jutawan) berusaha untuk mengembalikan khazanah umat Islam itu.


Eleeehhh, isu kunci kecik je. Biarkanlah mereka seludup dan jual. Dapat duit berjuta-juta. Masyyuuuk Syeikh. Masalahnya, kalau dibeli Jutawan Islam dan untungnya untuk manfaat umat Islam tak pe lah. Tapi.. yang seludup tu.. tentu orang kenamaan jugak kan? Untungnya pun untuk individu tertentu sahaja. Itu tak adil, kejam, zalim dan adik beradik yang setaraf dengannya.


Paling tragis, pelelongan ini mencalar maruah dan identiti umat Islam. Kaabah tu mulia. Kunci Kaabah tu pula sebahagian dari Kaabah yang mulia. Dibuat secara khas dibawah penyelenggaraan Kerajaan Arab Saudi. Kalau anda seorang muslim..terasa jugak kan? Kunci Kaabah yang mulia berada ditangan orang kafir. Macam takde benda lain nak dilelong. Ingat sekal..sedih. Ingat dua kali..geram. Ingat sekali lagi..kelakar jugak dgn Bani Saud ni. Dah la minyak disedut Amerika Yahudi. Kini, kunci Kaabah pulak... Bila ada duit..lupa diri. Bila takdak duit semua benda bernilai hendak dilelong. Sikit masa lagi..semua akan dilelong Saudi. Apa nak jadi? Perasaan kita ditutup bercampur-campur...macam bursa Saham Kuala Lumpur.

Friday, May 2, 2008

BANTAHAN 'SYUKRAN GEERT WILDERS'


Saya agak terkejut apabila membaca artikel "Syukran Geert Wilders" oleh Us Mohd Aizam Mas'od dari Bahagian Penyelidikan JAKIM. Artikel ini masih disiarkan di website JAKIM hingga kini. Seolah-olah direstui Jabatan dan merupakan suara rasmi JAKIM. Saya tidak berpendapat begitu. Mungkin, artikel ini tidak ditapis terlebih dahulu. Atau pengurusan tertinggi terlepas pandang mengenainya.


Secara keseluruhan, isi kandungannya baik. Tetapi tidak menjustifikasi tajuk yang ditulis. Jika dianalisa, tajuknya AMAT BERTENTANGAN dengan kandungan yang ditulis. Jika penulis ingin menjelaskan kejahatan Wilders yang menghina Islam sepatutnya beliau menulis : "Kufran ya Wilders" bukannya Syukran Geert Wilders".



TIDAK REALITI


Jika diamati dengan mendalam. Tulisan pegawai JAKIM ini tidak berpijak dibumi realiti. Beliau kelihatan syok sendiri apabila menampilkan tulisan dengan tajuk bombastik tetapi tidak sedar tajuknya menentang arus realiti.


Realitinya, Geert Wilders seorang tokoh kuffar yang menghina Islam. Takkan kita nak ber 'Terima Kasih' kepadanya di atas penghinaannya terhadap kita. Jika kita berterima kasih kepada Wilders yang menghina Islam. Kita pun sama sehati sejiwa dengannya. Iaitu sama-sama redha dengan penghinaan terhadap Islam. Inilah wajah tasybih (keserupaan) yang boleh diterjemahkan hasil kepenggunaan kalimah 'Syukran' terhadap Wilders. Masya Allah.


PENYAMAAN:


Diawal perenggan, Us Mohd Aizam menyamakan Wilders dengan tokoh2 Jahiliyyah yang lain yang menghabiskan sisa hidupnya utk menghina Islam. Ya..saya setuju. Malangnya, penulis berterima kasih dengan lafaz Syukran. Tindakan ini terlalu berat untuk diterima umat ini. Ucapan ini zahirnya, seolah2 olah merangkumisatu penghargaan kepada Wilders atau tokoh2 jahiliyyah yang menghina Islam.



BAHASA AL-QUR'AN & AS-SUNNAH :


Jika kita membuka lembaran suci al-Qur'an, Allah secara jelas mengkritik keras usaha mereka. Lihatlah kes Abu Lahab, Ubay & Umayyah bin Khallaf, Walid bin Mughirah DLL. Tidakkah Allah menyifatkan daya usaha mereka dengan 'Tabba" atau "Wail". Bahkan dijanjikan kepada mereka dengan azab yang pedih/berat @ sengsara. Kalimah ini menandakan Allah SWT amat memurkai sikap dan tindak tanduk mereka yang memusuhi Islam. Kenapa pula saudara memandai-mandai mengucapkan 'Syukran' kepada penghina Islam. Apakah saudara ingin mendahulukan gaya bahasa yang dipergunakan al-Qur'an al-Karim. Masya Allah!



VERSI YANG LAIN :


Dalam versi yang lain, ada ke Allah SWT bersyukur (berterima kasih) kepada Fir'aun yang menentang Nabi Musa dan Harun. Walaupun semakin ramai orang yang mengikuti ajaran Nabi Musa, Allah SWT sesekali tidak bersyukur kepada Fir'aun. Malah Nabi Musa juga tidak 'berterima kasih kepada Fir'aun yang kejam itu.


Di sudut lain, cuba anda teliti, Allah SWT juga tidak berterima kasih kepada Qarun, Haamaan, Namrud, Kaum Aad, Kaum Tsamud, Kaum Tubba' DLL. Bahkan realiti berlaku sebaliknya. Dimana, Allah membalas kritikan dan makar mereka dengan siksa yang teramat pedih. Justeru, jika Allah tidak bertindak memuji si kafir.. jangan pula ada orang yang beriman hendak memuji mereka. Bukankah kalam Allah itu lebih benar dari segala makhlukNya?



Demikian juga ketentuan al-Sunnah. Jika kita mengkaji kedudukan Sunnah atau atsar didapati tidak pernah Nabi SAW, para sabahat dan tabi'in menghamburkan pujian kepada golongan yang mencerca atau menghina Islam. Jika tiada penjelasan terhadap perbuatan sedemikian, maka kita tidak perlu mereka-cipta pujian-pujian terhadap mereka yang mentohmah agama kita tercinta.



KABUR :


Saya rasa, Us Aizam masih kabur tentang lafaz ' syukur' dan maksudnya. Melalui Mu'jam al-Mufahras Lil Alfaz al-Qur'an didapati kalimah 'Syukur" dipergunakan dengan pelbagai sighah. Perhatikan disana-disana.


Imam al-Thabbari di dalam Tafsirnya berpendapat Syukur dan Puji sebgai satu makna. Tetapi tidak dipergunakan lafaz itu untuk memuji golongan yang menghina Islam. Mufassir yang lain pula membezakan lafaz Puji dan Syukur. Walupun begitu, mereka juga tidak pernah mempergunakan lafaz ini (syukur) untuk diucapkan kepada golongan yang menghina atau memusuhi Islam. Tetapi Us Aizam ternyata keliru dan mengelirukan.



PEPATAH ARAB :


Dalam kes ini, Penulis juga tidak boleh menggunakan pepatah : "Rubba Syarrin yajlibu Khayran". Maksudnya : Kemungkinan kejahatan menempah kebaikan." Ini kerana pepatah berkenaan hanya ungkapan biasa. Bukannya dari lisan al-Syari'. oleh itu, ia tidak layak untuk dijadikan hujjah dasar bagi memuji orang yang memfitnah Islam. Tambahan pula pepatah di atas dipergunakan untuk memujuk seseorang yang telah ditimpa musibah. Supaya individu berkenaan tidak memprotes takdir Allah dan mengambil sikap berputus asa. Kesimpulannya, pepatah ini sesekali tidak boleh dijadikan hujjah untuk menjustifikasikan pujian terhadap mereka yang menghina Islam.



MAKSUD TERSIRAT:


Ya..ada maksud tersirat dari apa yang ditulisnya. Namun, secara asasnya, kita perlu memulakan dengan maksud yang tersurat terlebih dahulu. Maksud tersurat dlm penulisannya ialah...Wilders adalah satu watak jahat yang menghina Islam...Manakala maksud tersirat pula ialah..perbuatan Wilders menyebabkan orang barat berminat untuk mengkaji tentang Islam...dan memeluk Islam. Manakala maksud yang terhayat : Islam sentiasa dicemburui oleh musuh-musuhnya. Namun, setiap kali musuhnya mengancam..Allah tampil membela agamanya walaupun si kafir, munafiq dan zalim tidak menyukainya. Pendek kata, jika ada maksud tersirat bertentangan dengan realiti tersurat dan terhayat didahulukan realiti tersurat dan terhayat berbanding tersirat. Sebabnya maksud tersirat bukan dari keputusan manusia. Sebaliknya ia satu ketentuan dari Allah yang menerbitkan hikmah. Justeru, kita hanya menghukum secara zahir. Wallahu yatawalla bil sarayir.



Ingin saya pertanyakan penulis. Berapa sen sangat orang berminat mengkaji tentang Islam hasil tindakan Wilders?. Berapa peratus pula orang masuk Islam kerana Wilders. Kalau ada..mungkin peratusannya amat kecil. Sebaliknya, orang berminat dengan Islam ialah kerana faktor kajian, faktor kebenaran, faktor keinginan, faktor kesukarelaan, dakwah dan faktor ketuhanan yang sebenar.


Artinya, bukan kerana Salman Rushdie, Taslima, Wilders, Orientalis atau mana-mana penjahat pun yang menyebabkan manusia berduyun-duyun memeluk Islam. Tetapi atas fitrah agama Allah. Jika anda inginkan ketenangan, mari kita telusuri bersama Surah al-Nasr. Ternyata, kemasukan bangsa arab dan 'ajam ke dalam Islam disebabkan oleh pertolongan Allah dan kebenaran risalahNya. Justeru, tidak hairan jika Islam semakin difitnah maka kebenarannya menjadi semakin terserlah. Bukan kerana dek fitnah atau pemfitnah..tetapi kerana Sunnatullah. Jadi...AMAT tidak kena jika kita bersyukran kepada pemfitnah. Malah tindakan itu AMAT-AMAT salah. Sebaliknya, bersyukurlah pada Allah! Dialah pemelihara kepada agamaNya yang Maha Benar.



Secara peribadi, saya telah menasihati pihak yang posting artikel ini ke website JAKIM,Bahagian Penyelidikan serta KP JAKIM sendiri. Tetapi, sampai sekarang artikel Terima Kasih kpd Si kafir masih ada. Maka artikel ini akhirnya ditulis. Ia bukanlah satu provokasi terhadap individu. Tetapi hanya sekelumit usaha untuk menghapuskan kesamaran yang berlaku. Lebih-lebih lagi menggunakan paltform rasmi JAKIM untuk berterima kasih kepada si kafir Laknatullah. Bagi saya, Kebenaran itu sentiasa ditegakkan walaupun melibatkan periuk nasi sendiri. Aku kerja dengan Allah. Allahu Allah!


Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo