Sunday, November 1, 2009

MAZINNATUL FITNAH

Dr Asri menuduh ulamak kita takut lakukan perubahan. Baginya, perubahan ialah : semua bid'ah adalah sesat, termasuk maulidurrasul, baca yasin mlm jumaat, talkin, kenduri arwah dan lain-lain. Beliau juga menuduh ulamak kita sebagai 'konservatif' dan jumud.


Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin kesal dengan tindakan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang memfitnah dan menjatuhkan imejnya dalam satu memorandum bantahan bertarikh 12 Oktober lalu. Beliau berkata, memorandum itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan ditandatangani Pengerusi PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip yang turut disertai 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana membantah jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) diberikan kepadanya.

Ulasan :
Memang patut jika PGSM dan 12 NGO Islam membantah perlantikan Dr Asri sebagai YDP YADIM yang baru. Ini kerana memorandum yang diserahkan kepada YDP Agong mempunyai pelbagai justifikasi yang jelas berdasarkan kepada tulisan dan ceramah yang disampaikan beliau melalui media massa mahupun elektronik. Khabarnya, lampiran bukti yang disertakan dalam memorandum itu menyebabkan YDP Agong murka. Sekaligus Baginda memperkenankan untuk membatalkan perlantikan yang dibuat oleh Menteri Agama itu. Menteri sepatutnya, siasat dulu latarbekang individu yang hendak dilantik ke jawatan NGO Kerajaan khususnya YADIM. Dikhuatiri institusi itu dimanipulasi oleh individu @ kumpulan tertentu yang berkepentingan. Sebabnya, YADIM ada budget jutaan ringgit dan mempunyai rangkaian dakwah yang amat besar dgn Kerajaan dan NGO lain. Tidak hairanlah, jika ramai pihak yang cuba mengambil kesempatan.


Asri mendakwa : antara tuduhan dalam memorandum itu ialah mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali serta tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah. “Mereka perlu mengemukakan bukti sebelum mengeluarkan tuduhan. Ayat mana yang saya keluarkan menghina atau mencerca ulama, menghina Imam Nawawi dan Imam Ghazali dan menolak solat hajat. “Ini satu pembohongan yang pastinya mempunyai kaitan individu yang mahukan jawatan Yang Dipertua Yadim,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Ulasan :
Bagi Saya, anda seorang ustaz yang mudah lupa diri. Cuba renung kembali tulisan dan ceramah anda. Dlm kes Imam al-Nawawi contohnya: anda pernah menyifatkan bahawa solat kanak-kanak (belum baligh) di belakang saf adalah khurafat yang disandarkan kepada feqah." Sedangkan ia merupakan pandangan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmuk Syarh al-Muhadzab. Anda juga pernah membuat penilaian kepada hukuman murtad dengan mengomentari hadis : Man baddala dinahu faqtuluh." anda cuba meragui kesahihan hadis tersebut. Sedangkan hadis ini terdapat dalam Sahih Bukhari DLL. Anda juga pernah mengomentari secara 'keras' tentang Imam al-Ghazali menerusi Ihya Ulum al-Din. Sedangkan kritikan terhadap ulamak memerlukan adab dan nilai estetika ilmiah. Anda juga pernah menuduh Para Mufti tukang baca doa, Ustaz Nuruddin al-Banjari sebagai ulamak ongkos, mencerca keturunan Sayyid, mengkafirkan Syeikh abdullah Harari, Menuduh Syeikh Hasan alSaqqaf sebagi syiah. Bahkan pernah membuat kenyataan secara terbuka kepada KP JAKIM supaya Zamihan dikenakan tindakan tatatertib. Anda lupa? bahawa anda sendiri mazinnatul fitnah (tempat terbitnya fitnah agama). Tuan blog ada bukti atas semua ini. Mahu ke mahkamah. Ingin debat...silakan.


Dr Asri berkata, beliau sebelum ini berasakan YADIM boleh menjadi ruang untuk berdakwah, kini tidak lagi berminat dengan jawatan berkenaan. “Tetapi setelah memorandum ini dibuat, biarlah saya tidak menerima jawatan berkenaan,” katanya. Beliau juga hairan mengapa terdapat individu yang menggelar diri mereka sebagai pengamal agama, tetapi masih boleh melakukan pembohongan dengan memburukkan peribadi seseorang.


Ulasan :
Saya mendapat maklumat terdekat mengatakan bahawa kemasukan Dr Asri ke YADIM sebenarnya di atur oleh Pemuda UMNO dan mantan MB Perlis. Mereka melobi jawatan YDP YADIM melalui Menteri Agama memandangkan fungsi dan kedudukan YADIM yang agak strategik dalam bidang dakwah. Gamaknya, ada can la untuk mengembangkan ideologi kaum mudanya itu. Namun, apabila NGO Islam mengetahui perkara ini, mereka membantah atas alasan Dr Asri tidak sesuai untuk jawatan itu kerana buah fikiran dan keilmuannya telah banyak mencelarukan urusan agama Islam di negara kita. Manakala YDP Agong pula telah bertindak tepat utk tidak memperkenankan perlantikan Dr Asri. Justeru, jika Dr asri kecewa atau membantah atau tidak berpuashati dengan 'pembatalan' berkenaan, beliau sebenarnya boleh dikira menderhaka kepada YDP Agong. Oleh itu, sidang akhbar belaiu sebenarnya membuka pekungnya sendiri.


Ditanya adakah memorandum berkenaan akan menjejaskan reputasi beliau sebagai penceramah dan pendakwah bebas, Dr Asri berkata: “Tidak terjejas langsung kerana saya masih lagi menerima jemputan untuk berceramah dan esok pun saya ada program.” Memorandum itu turut mendakwa Dr Asri dan pengikutnya mencetuskan pelbagai perbalahan dalam kalangan umat Islam kerana mengkritik amalan umat Islam di Malaysia. Sebelum ini, Dr Asri ditawarkan mengisi jawatan Yang Dipertua YADIM oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ulasan :
Memorandum berkenaan sememangnya menjelaskan sutiasi sebenar yang berlaku sebelum ini. Takkanlah PGSM dan 12 NGO Islam irihati dengan beliau. Takkanlah pemimpin dalam NGO Islam ini berkepentingan pada jawatan YDP YADIM. Bila terkena batang hidung sendiri..orang lain pula disalahkan. Mungkin, kalau zamihan mengkritik asri...zamihan akan disalahkannya. Tetapi jika badan2 NGO mengkritik..maknanya..ada sesuatu yang tak kena pada beliau. Senangnya, Tuan-puan pikirlah la sendiri. Bagi saya, memorandum ini benar2 menjejaskan kreadibiliti beliau sebagai pendakwah. Ramai dikalangan kita semakin sedar dan bangkit menjelaskan beberapa fatwa beliau yang seleweng dan kontroversi.perlu diingat, walaupun beliau masih menerima jemputan ceramah disekitar Kl dan Selangor..beliau sebenarnya tidak memilki tauliah. Jika beliau berkeras ingin berceramah tanpa tauliah, beliau boleh ditangkap dan dikenkan tindakan undang2. Sabit kesalahan beliau boleh dikenkan denda RM3000 @ dua tahun penjara @ kedua-duanya sekali. Justeru, jangan memaksa kami untuk bertindak. Syukran.

35 comments:

Ibn Salleh. said...

Salam, Asri juga pernah memperlekehkan kewibawaan Syeikh Jaafar al-Barzanji dalam ceramahnya dengan mengatakan, Syeikh Jaafar al-Barzanji bukanlah seorang yang hebat sangat.Apakah itu tidak menghina ulama namanya?

akitiano said...

Bukan hanya itu...dia menuduh al-Barzanji seorang Syiah!!!!

Unknown said...

Bukti ustaz? Kalau tak dikira fitnah. Kalu masuk court dia kira hearsay evidence. Inadmissible. Mardud

JomFikir said...

Ini buktinya :

http://www.youtube.com/watch?v=wdPcL22AsiY

Jika ada yang nak removedkan silalah. Kita pun dah save.

Anonymous said...

AL-GHARI ADALAH SEORANG PEMBOHONG, PENOLAK KEBENARAN, KATA-KATANYA SOMBONG DAN ANGKUH, PERKATAAN YANG HAMPIR KEPADA TAKFIR ORG MUSLIM YG LAIN, PEMFITNAH, PENYOKONG KUAT TARIQAT DAN LAIN-LAIN..

JAUHILAH ORANG INI..

Anonymous said...

diharap saudara al-ghari (tak layak dipanggil ustaz)... percayakah saudara, yang saudara tak tahu langsung mengenai "wahhabi"??? saudara tak tahu langsung sejarah "wahhabi"... istilahnya pun dah salah... sedar tak sedar saudara dah menganjurkan "mengumpat" dalam blog saudara.??? saudara pernah tinggal solat????????

JomFikir said...

Assalamu'alaikum,

sudahlah masuk di blog ustaz zamihan tak beri salam. Seolah-olah anda ini tak belajar beradab melalui al Quran dan Sunnah.

Kemudian terus menyerang tuan punya blog.

Yang lagi best, anda takkan dapat peluang begini di blog Dr Asri = DRMAZA.COm kerana kat situ tiada langsung ruangan KOMEN.

Orang hanya menerima, angguk2, geleng2, ya2,. Kasihan-kasihan..

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
anis al-faqiir said...

to arsenalezz....

kalau ko tak suka, belahlah dari blog ni... nampak sangat ko taksub. ko yang buta sejarah. x tau dari mana muncul Wahhabi. tulah, ALLAH bagi akal pakai fikir, ko tak pakai... tapi akal tu ko pakai untuk hentam orang. Pikir lah sikit, kalau tuan blog ni nak fitnah orang, takkanlah seberani ini. lagi satu, setiap yang diutarakan ada hujjahnya. buykan macam ko,semberono.ko tu yang x sedar memfitnah orang. kurang ajar betol ko... tak beradab langsung. kalo ko anak jantan, teleponlah nak tau kebenaran!nampak sangat ko melulu ikut hawa nafsu, dah xda dalil macam tulah... membabi buta... jangan jadi babi sudah...

thenone said...

salam..

saya rasa kebanyakan orang islam yang minat menambah ilmu agama kat malaysia ni mesti sentiasa mengikuti perkembangan sama ada yang pro dan kontra terhadap dr. asri.

setiap orang bebas untuk berpegang dgn apa2 kefahaman yang mereka rasakan sesuai dgn diri mereka dan begitu juga dengan saya.

sepanjang saya mengenali dr. asri lewat tulisan dan juga ceramah beliau samada di tv tau di youtube, apa yang saya dapati beliau tersangat la bias, sikapnya seperti dia dengan mudahnya mengkritik orang lain, tetapi apa bila orang lain pula mengkritik beliau atau tokoh sanjungan beliau seperti Ibn Taimiyah atau Ibn Qayyim, akan kelihatanlah beliau melenting tak tentu pasal, beliau menganjurkan supaya masyarakat untuk menghormati pemerintah dan undang2 negara tetapi dalam masa yang sama apabila beliau dikenakan tindakan, beliau seperti pendekar yang melatah terus mecabut keris untuk bertarung.

sepatutnya sebagai orang yang berpendidikkan tinggi dalam agama, patutnya beliau bersabar dan memberikan ulasan secara berhemah, bukan melenting tak tentu pasal.. just my 2 cent...

akitiano said...

Jomfikir....

Ana harap anta save semua document2 DRMAZA yang pernah dia tulis seperti membid'ahkan solawat syifa', penolakan terhadap tarekat2, al-Barzanji sebagai syiah, dan apa2 perkataannya yang membawa arus wahabi/salafi...

Dia nak guna cara bahasa..."Saya bukan Wahhabi...apa itu Wahhabi?" berikut kata Dr. Maza..

Ingat, Wahhabi is not just a name...yang penting apa kepercayaan dia dan apa yang dilakukan...kalau dia buat apa yang identical dengan Wahhabi, so he is a Wahhabis...if tak then tidak...TOLONG SEMUA FAHAM NI...

akitiano said...

arsenalezz...

tolong bicara yang sopan...

Kepada Ustaz Zamihan...

Ayoo ustaz...buktikan kepada rakyat Malaysia atau dunia sekalipun...ini bukan tuduhan...tapi fact...

Unknown said...

Kalau lihat Dr Asri ada banyak sumbangan kepada masyarakat. Ceramah2nya di merata tempat dan juga dalam ruang siber, tulisan-tulisannya media cetak. Kuliah dan ceramahnya banyak menepati prinsip ilmu dengan mengambil dalil2 dari Quran dan Sunnah. Beliau kritik kpd seseorang bukan terlalu peribadi tp berdasar isu-isu yang berkait dgn agama. Itu pun disertakan dgn dalil2 kenapa beliau mengkritik. Apa agaknya sumbangan Ustaz berbanding Dr Asri? Blog Ustaz, hanya blog kritikan kpd Dr Asri. Ilmu.....

Anonymous said...

anis al-faqir.. memang pun ko miskin, faqir, papa kedana nak mampos!!! ko tu anak luar nikah hahahahahaha.. mak bapak ko main tak baca apa2 kot. hahaha.. tak pun ko ni anak luar nikah..

opss sorry, tak beradab eh?? haha, padan muka! aku kenal la anis al-faqir.. ko tu sombong nak mampus! berlagak ilmu banyak.. tapi perangai cam taikkkk!!!

Panglima Perang Cyber said...

Tokoh tak mohon tauliah dibidas

Oleh Nazura Ngah, Hazpaizi Mohd Zain dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Beberapa tokoh agama Islam kesal dengan sikap segelintir tokoh agama yang menganggap mereka kebal dan tidak perlu mendapatkan tauliah untuk menyampaikan ceramah agama.

Sambil menganggap golongan itu sebagai takbur, mereka berpendapat populariti, kedudukan dan kelayakan bukan ‘lesen besar’ untuk menyampaikan ceramah kerana mereka terikat dengan undang-undang.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata peraturan yang dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah satu keperluan dan diselaraskan di seluruh negara selepas persetujuan Majlis Raja-Raja.

Katanya, adalah wajar peraturan itu dihormati dan dipatuhi sebagai tanda menjunjung kedaulatan undang-undang dalam prinsip Rukun Negara.

“Sistem pentauliahan bertindak sebagai mekanisme kawalan terhadap mana-mana pihak yang cuba menghidupkan amalan dan ajaran sesat.

“Saya tidak nampak kenapa peraturan seperti itu tidak boleh dipatuhi dan mereka yang enggan mendapatkan tauliah adalah mereka yang takbur. Doktor dan peguam juga perlu mendapat tauliah sebelum dibenarkan berkhidmat.

“Walaupun seseorang dianggap intelektual, dia tidak seharusnya sengaja melanggar undang-undang. Dalam isu ini, Jais hanya menunaikan tanggungjawab dan mereka mempunyai asas membuat tangkapan kerana ada peruntukan. Salah atau tidak, itu isu berbeza dan mereka boleh dibicarakan,” katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempertikaikan tindakan Jais menahannya kerana berceramah tanpa tauliah kerana menganggap dirinya bukan orang asing di negara ini dan pandangan beliau boleh dibaca dalam akhbar perdana selain mengajar di Universiti Sains Malaysia (USM).

Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, berkata semua pihak perlu kembali kepada prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menetapkan Sultan Selangor sebagai ulil amri bagi rakyat negeri itu.

Katanya, rakyat wajib taat kepada baginda sebagai ulil amri dan kuasa yang diturunkan kepada Jais untuk melaksanakan tugas dalam bidang agama.

Beliau berkata, jika seorang tokoh agama menganggap dirinya berpengetahuan, matang serta beradab, maka lakukan dakwah secara intelektual, berdisiplin, beradab dan mengikut saluran sah tanpa provokasi, sensasi atau menangguk di air keruh yang akhirnya memakan diri.

“Kita kembali pada prinsip menyerahkan sesuatu kepada pihak berkuasa. Kita mengawal diri dengan disiplin dan adab secara berkesan untuk melihat isu selesai mengikut syarak,” katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata tindakan Jais tidak wajar dipertikai kerana mengikut enakmen negeri berkenaan.

Katanya, kekeliruan berlaku kerana orang yang ditahan adalah bekas mufti sedangkan hampir semua negeri menguatkuasakan sistem pentauliahan bagi membendung pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan amalan, fahaman dan ajaran sesat.

lanjuta klik link bawah.

sumber : Berita Harian

http://bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20091104011649/Article/index_html


Nampak gaya Dr Asri sekali lagi kena tempelak dengan Dato Harussani.

anis al-faqiir said...

to arsenaless adab....

ye, memang aku faqir... tapi aku tau aku faqir... ko? ko marah ke... jangan marah tau... nanti cepat tua...

apapun ko dah kalah... xda hujjah, macam tulah... semoga ALLAH memberi hidayah dgn orang yang 'kaya' macam ko...

p/s: selalunya, orang yang tuduh org tanpa bukti, dialah mcm tu... dia tuduh mak bapak aku... jgn2... apapun aku taknak biadap sgt... nanti sahlah aku pun terkena virus Wahhabi yang biadap...

teringat aku tentang al-Imam al 'Arif Billah al Habib Abdul Qadir bin Ahmad as Seggaf Jiddah ketika diugut Wahhabi. Wahhabi dah siap cekup bahagian leher jubah dia, murid2 dia siap dah nak lanyak badut2 tersebut (kalau dia orang lanyak, dah jadi dough dah...), namun dia isytihar cuti 3 hari...

Selepas peristiwa itu, ketika ditanya pada al Habib kenapa dia berbuat begitu, maka al Habib pun menjawab, "kalau kita dah tak mengikut akhlak Sayyidina Rasulullah s.a.a.w, siapa lagi yang dijangka akan mengikut akhlak mulia Baginda di muka bumi ini?" (lebih kurang cerita)

Renung2kan dan selamat beramal....

anis al-faqiir said...

to saudaraku nazri...

...............................
Kalau lihat Dr Asri ada banyak sumbangan kepada masyarakat. Ceramah2nya di merata tempat dan juga dalam ruang siber, tulisan-tulisannya media cetak.
................................

APA SUMBANGANNYA? TOLONG LIST DOWN... SETAHU SAYA, DIA BANYAK MEMECAHBELAHKAN UMAT.... TENTANG CERAMAH MERATA TEMPAT, ITU BUKAN HUJJAH... KHOMEINI LAGI POPULAR DAEI ASRI, ADAKAH APA YANG DIA BAWA ITU BETOL? ASTORA JABAT PUN BANYAK MENULIS DALAM KOLUM2... ADAKAH DIA BETOL?... SEKURANG2NYA... YANG EMPUNYA BLOG BERANI MENGULAS SESUATU SECARA ILMIAH, X PUAS HATI SILA BERHUBUNG... NO HP DAH TERTERA... MALU BERTANYA SESAT JALAN.

................................
Kuliah dan ceramahnya banyak menepati prinsip ilmu dengan mengambil dalil2 dari Quran dan Sunnah.
.................................
Macam mana anta tau? apa dalil itu ada 2 sahaja? apa sumber hukum Islam? 1) Al-Quran, 2) As-Sunnah, 3) Al-Ijma' 4) Qiyas. Itu basic. Analogikan dengan law kita... takkan semua rujuk Perlembagaan. Namun Perlembagaan ada allocate atau iktiraf undang2 lain seperti akta2, ordinan2. Al-Qur'an membenarkan Sunnah dan Ijma', Sunnah membenarkan Ijma', Ijma' membenarkan Qiyas.

Sebab tu, kita kena cari 'ilmu terlebih dahulu. apa ulama yang asri tuduh tak ikut al Quran dan sunnah? kita ikut al Quran dan Sunnah menurut kaca mata ulama kerana kita ni rabun.

................................
Beliau kritik kpd seseorang bukan terlalu peribadi tp berdasar isu-isu yang berkait dgn agama. Itu pun disertakan dgn dalil2 kenapa beliau mengkritik.
..................................

Siapa cakap? dia perlekeh Sayyid Ja'far al Barzanji. katanya dia itu bukan orang yang berapa sangat. sia tuduh habaib (keturunan Rasulullah s.a.a.w) tawaf di maqam Nabi Hud dan byk lagi... Anta tau tak siapa al 'Allamah al Muhaddits al Musnid Sidi Ja'far al Baezanji?

dia dulu Mufti Syafi'ie di Madinah. Kalau ikut logik.. mufti Perlis ke Mufti Madinah lebih patut diikut? 'ulama kini ke 'ulama dulu paling dekat dengan Baginda s.a.a.w. ?Dari segi nasab pun asri dah tak leh lawan. apatah lagi ilmu! Sidi Ja'far seorang muhaddits (>20000 hadits dalam kepala). tolonglah ukur sikit. Asri tu hadits 40 dah hafal ke?

kalau anta jumpa doktor mengadu sakit kepala (demam), tapi dia cek anak tekak... ada anta persoalkan? kalau ikut logik, kepala yang sakit, kenapa tekak pula yang dicek? itulah ilmu pada doktor yang kita tak tau. sama jugak pada ulama... ilmu mereka umpama lautan, ni dak... kita yang baru belajar agama dah lancang memperlekeh ulama kononnya x ikut Quran dan Sunnah! tajwid Fatihah dah betol ke? kalau belum, cermin dulu ye...

..................................
Apa agaknya sumbangan Ustaz berbanding Dr Asri? Blog Ustaz, hanya blog kritikan kpd Dr Asri. Ilmu.....
..................................

Ada... dia dedahkan kesilapan asri dan buka ruang untuk anda bertanya. kalau dak, x bolehlah anta nak komen... no tepon dah ada, apa lagi? untuk kebenaran ni x adil kita dgr satu pihak je... sepatutnya sedia bukak telinga untuk mendengar kedua2 pihak barulah gunakan akal yang dbagi ALLAH Ta'ala untuk menilai dan doa byk2 agar ditunjuk jalan yang betol...semoga ALLAH memberi kita hidayah... kalau ternyata kita salah, terima walaupun pahit kerana itulah ubatnya..ingat! al Ulama waratsatul anbiya.... Wallahua'lam...

ir. haji redzuan said...

ye ye ye galuh galuh lagi

Anonymous said...

ANIS AL-faqiir.. .seorang yang bodoh lagi sombong... ha'ah, ko memang ikut akhlaq nabi ke? tapi kenapa perangai macam setan?? dahlah sombong nak mampos!! masa aku jumpe kat kedai makan ari tu pun , ko wat belagak tak habis2 kewahabian ko tu!! eh, jap2 ke ko yg wahabi ni?? perangai macam iblis lak aku tengok ko.. mak bapak ko main tak baca ape2 ni..hahahahahahaha

anis al-faqiir said...

to arsenaless adab more marah...

apa jumpa kat kedai makan? aku orang serawak lah ngok... aku nang sik ekot perangey nabi... thats why aku faqiir... tapi aku ngakuk... kau? dahlah sik beradab... membabi badak buta lagik... aku tok bukan yang kau jumpa kat kedey makan!(unless mun kau pegi serawak lah). tapi kalau ko nak jumpa aku, jumpa kat sitok bah. (unless mun ko anak jantan)...

tapi i know, u've gone insane because of your anger that's why you come to somebody's personality... typical Wahhabi, like asri as well...

jangan marah tau... nanti cepat tua...

anis al-faqiir said...

to ir haji rezuan...assalamu'alaikum

x baik mengapi2 tau....

p/s: lain kali masuk bagi salam k...:-)

Unknown said...

salam.

semoga ada titik nokhtah kpd masalah ini.

sahabat@ seagamaku, tolong lah kembali kepada jalan yang diredhoi Allah. bantulah agama hanya kerana Allah.


Kes Dr. Asri : Zamihan dah gelabah dah!!
Posted by Anak Sungai Derhaka at 6:28:00 PM
Penolong pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendakwa wartawan Utusan Malaysia membuat kesimpulan salah terhadap kenyataannya berhubung status ijazah Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Zamihan Mat Zin al-Ghari berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa bekas mufti Perlis itu mempunyai kelayakan palsu dalam bidang syariah daripada Universiti Jordan.

Jelasnya, beliau hanya memberi kesimpulan bahawa Dr Mohd Asri bukan seorang ahli hukum dan tidak layak dilantik kepada jawatan mufti.

Dr Mohd Asri hari ini dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Zamihan berdasarkan kenyataannya yang dilaporkan dalam akhbar berkenaan semalam.

"Kalau dia nak saman, samanlah Utusan, bukan saman saya," kata Zamihan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Itu bukan tafsiran saya (kelayakan palsu), bukan dipetik daripada keterangan saya, sebaliknya (tafsiran) daripada wartawan (Utusan Malaysia)."

Menurut Zamihan, ketika dihubungi wartawan Utusan pada Isnin lalu, beliau tidak ditanya mengenai ijazah Dr Mohd Asri yang dipalsukan.

'Laporan salah'

"(Wartawan) bukan tanya palsukan kelulusan tapi dia tanya saya, status sebenar ijazah Dr Asri.

"Saya kata Dr Asri cuma ada ijazah sarjana muda bahasa Arab daripada fakulti sastera Universiti Jordan, bukannya mempelajari jurusan syariah dan pengajian Islam.

"Laporan daripada wartawanlah (akhbar Utusan) yang salah kerana dia kata saya dakwa dia palsukan Ijazah," jelasnya.

Unknown said...

HABISLAH USTAZ ZAMIHAN...MUNGKIN LEPAS NI USTAZ PULAK KENA TANGKAP...ADA KAWAN2 YANG LAIN NAK TOLONG USTAZ KE? ATAU ADA MENTERI2 YANG AKAN TOLONG...MENTERI PERTAHANAN PUN MUNGKIN SOKONG DR ASRI...HARAP2NYA GITU LAH.

Jawab lah ustaz zamihan...mintak sahaja maaf dengan dr asri.tengok PGSM pun pandai mintak maaf...wallahualam.sy baru ternaca berita dibawah ni..


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) telah memberi jaminan bertulis untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik semua tuduhan terhadapnya.

Katanya, jaminan bertulis itu ditandatangani dan diserahkan kepadanya oleh Presiden PGSM, Mohd Isa Abd Ralip selepas pertemuan dua jam di sebuah hotel di ibunegara petang semalam.

Dr Mohd Asri berkata, jaminan bertulis itu juga turut ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi halehwal Islam, Datuk Mohamad Jamil Khir Baharum sebagai saksi.

Katanya, pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz turut menghadiri pertemuan tersebut.

Menurutnya lagi, beliau akan menunggu PGSM memohon maaf secara terbuka kepadanya dengan disiarkan dalam lamanweb rasmi persatuan tersebut dan melalui saluran media yang lain.

Bercakap kepada pemberita selepas satu forum di Pulau Pinang malam tadi, Dr Mohd Asri berkata sekiranya persatuan tersebut memohon maaf dan menarik balik semua tuduhannya terhadapnya, maka beliau bersedia memaafkan mereka.

Ditanya sama ada beliau akan meneruskan tindakan menyaman PGSM jika persatuan itu gagal berbuat demikian, Dr Mohd Asi berkata beliau akan tunggu dan lihat apa pula alasan mereka, sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.


Bagaimanapun, beliau percaya, PGSM akan mengotai jaminan bertulisnya untuk berbuat demikian.

Sebagai sebuah persatuan Islam yang mewakili peguam Islam, Dr Mohd Asri percaya PGSM akan mengotai janjinya.

Sebelum itu, PGSM telah menghantar memorandum - yang disokong oleh 13 NGO Islam - kepada Yang di-Pertuan Agong membantah cadangan pelantikan Dr Mohd Asri sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Mereka membantah cadangan pelantikan Dr Mohd Asri ke jawatan tersebut atas alasan beliau telah menghina beberapa ulama Islam.

Berikutan itu, Asri telah menggesa persatuan tersebut mengemukakan bukti yang beliau telah menghina ulama besar Islam seperti Imam Nawawi, Imam Bukhari dan Imam Ghazali.

Dr Mohd Asri berkata, presiden PGSM telah menemuinya hari ini untuk mencari penyelesaian berhubung perkara tersebut.

Dalam pertemuan tersebut atas inisiatif menteri berkenaan, Dr Mohd Asri berkata, beliau menuntut permohonan maaf secara terbuka dan semua tuduhan terhadapnya ditarik balik.

Katanya, ini kerana semua tuduhan tersebut adalah tidak benar dan tidak masuk akal serta berunsur fitnah terhadapnya.

Sementara itu, katanya, Wan Sheikh pula menjelaskan kepadanya bahawa kenyataan seorang pegawainya, Zamihan Mat Zain, mempertikaikan ketulenan ijazah sarjana muda bekas mufti Perlis itu dari Universiti Jordan, bukanlah pandangan Jakim.

"Ketua pengarah Jakim itu memberitahu saya bahawa Zamihan bercakap atas kapasiti peribadinya," kata Dr Mohd Asri.

anis al-faqiir said...

to abdur rahman...

betol lah dakwaan ustaz zamihan... kelulusan asri adalah bidang bahasa dan minor nya syariah. maksudnya asri bukannya ada authenticity dalam bidang syariah. baca betol2 ijazah yang ditunjukkan asri.

anis al-faqiir said...

sila rujuk post tahun 2007...

Para pembaca boleh menatapi tipu daya beliau dalam bukunya: 10 PERKARA BATAL IMAN & APA ITU SYIRIK.
Pada cover belakang bukunya, ruangan biodata : Asri mendakwa bahawa beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Bahasa Arab dan Syariah Islam dari Universiti Of Jordan, Jordan. (rujuk 10 Perkara Batal Iman & Apa Itu Syirik, 2007M, Cetakan Pertama, Wholesale Mart Business Point Sdn Bhd : Cheras)

hakikatnya beliau cuma memiliki ijazah sarjana muda bahasa arab dari kuliyyah adab...

desktop said...

Salam! aku terpanggil untuk menyahut cabaran
semasa yang meminta kita buktikan satu dakwaan yang mengatakan bahawa dr asri ada mempersoalkan ulama besar seperti Imam Nawawi dan al Gazali Busairi dan lain lain ulama aswj. Hukum bersugi untuk orang berpuasa lepas gelincir adalah makruh kerana bau mulut mereka itu lebih harum disisi Allah daripada kasturi. Ini hukum bagi mereka yang berpuasa bukan bau mulut orang makan bawang atau petai yang ditimbulkan oleh asri ,beliau ini tak boleh kenal bau mulut orang makan petai dengan bau mulut orang yang berpuasa kerana Allah semata -mata sebab itu dia boleh mempersoalkan pendapat ulamak yang begitu hebat dan jauhlebih mulia daripada dirinya .Aku rasa apa yang berlaku ini sebagai kifarat kepada keceluparannya sendiri ,yang tidak tahu menghormati sesiapa saja kerana berlainan fahaman dengannya.kerana mereka ini mengaku dia saja yang benar sedangkan orang lain semuanya salah belaka .Inilah sikap mereka yang telah disesatkan oleh Allah pada hal kita cuma boleh mengakui kebenaran kita sedangkan orang lain juga boleh jadi betul juga disisi Allah swt.

desktop said...

Salam! aku terpanggil untuk menyahut cabaran
semasa yang meminta kita buktikan satu dakwaan yang mengatakan bahawa dr asri ada mempersoalkan ulama besar seperti Imam Nawawi dan al Gazali Busairi dan lain lain ulama aswj. Hukum bersugi untuk orang berpuasa lepas gelincir adalah makruh kerana bau mulut mereka itu lebih harum disisi Allah daripada kasturi. Ini hukum bagi mereka yang berpuasa bukan bau mulut orang makan bawang atau petai yang ditimbulkan oleh asri ,beliau ini tak boleh kenal bau mulut orang makan petai dengan bau mulut orang yang berpuasa kerana Allah semata -mata sebab itu dia boleh mempersoalkan pendapat ulamak yang begitu hebat dan jauhlebih mulia daripada dirinya .Aku rasa apa yang berlaku ini sebagai kifarat kepada keceluparannya sendiri ,yang tidak tahu menghormati sesiapa saja kerana berlainan fahaman dengannya.kerana mereka ini mengaku dia saja yang benar sedangkan orang lain semuanya salah belaka .Inilah sikap mereka yang telah disesatkan oleh Allah pada hal kita cuma boleh mengakui kebenaran kita sedangkan orang lain juga boleh jadi betul juga disisi Allah swt.

desktop said...

Salam! aku terpanggil untuk menyahut cabaran
semasa yang meminta kita buktikan satu dakwaan yang mengatakan bahawa dr asri ada mempersoalkan ulama besar seperti Imam Nawawi dan al Gazali Busairi dan lain lain ulama aswj. Hukum bersugi untuk orang berpuasa lepas gelincir adalah makruh kerana bau mulut mereka itu lebih harum disisi Allah daripada kasturi. Ini hukum bagi mereka yang berpuasa bukan bau mulut orang makan bawang atau petai yang ditimbulkan oleh asri ,beliau ini tak boleh kenal bau mulut orang makan petai dengan bau mulut orang yang berpuasa kerana Allah semata -mata sebab itu dia boleh mempersoalkan pendapat ulamak yang begitu hebat dan jauhlebih mulia daripada dirinya .Aku rasa apa yang berlaku ini sebagai kifarat kepada keceluparannya sendiri ,yang tidak tahu menghormati sesiapa saja kerana berlainan fahaman dengannya.kerana mereka ini mengaku dia saja yang benar sedangkan orang lain semuanya salah belaka .Inilah sikap mereka yang telah disesatkan oleh Allah pada hal kita cuma boleh mengakui kebenaran kita sedangkan orang lain juga boleh jadi betul juga disisi Allah swt.

Unknown said...

AL GHARI SEORANG YANG TIDAK IKHLAS DALAM BERDAKWAH. BANYAK MEMFITNAH DAN MEMBURUKKAN ULAMAK PEWARIS NABI. JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN KAJIAN PALSUNYA. SAYA RASA DIA NI HANYA NKKAN JAWATANTINGGI DALAM KERAJAAN SAJA TANPA MEMIKIRKAN KECEMERLANGAN ILMU DAN KESINAMBUNGAN DAKWAH RASULULLAH SAW.JAUHI BLOG INI JIKA ANDA SEORANG YANG BENAR-BENAR BERIMAN

Unknown said...

SILAKAN SAHABAT-SEMUA RUJUK ARTIKEL DI BAWAH UNTUK MENGETAHUI HAKIKAT KEBENARAN SIAPA WAHABI:

http://blumewahabi.wordpress.com/
http://muslim.or.id/manhaj/apa-itu-wahabi-1.html
http://muslim.or.id/manhaj/apa-itu-wahabi-2.html
http://muslim.or.id/manhaj/buku-putih-s ... hab-1.html
http://muslim.or.id/manhaj/buku-putih-s ... hab-2.html
http://drmaza.com/home/wp-content/wahhabi.pdf

PAKAR BATU said...

Salam. Apa khabar semua? Semoga anda berbahagia semua di hari cuti ini. Kelompok "ahlul-fattan" spt asri akan ada tak kira masa dan tempat, sebab itu kita kena berhati-hati dengan golongan ini, termasuklah yang utamanya si asri wahabi laknatullah ekstremis kontemporari itu. Biarpun 2 ekoq anjing wahabi yang bernama asri sudah tidak lagi berkhadam di perlis, tapi salakan mereka telahpun mencetuskan kontroversi di seluruh Malaysia. Sebelum asri di tangkap Jais, si asri junior anjing wahabi telahpun membuat tohmahan kepada amalan-amalan masyarakat Islam setempat di perlis, sehinggakan Pemuda Pas Perlis telahpun membuat laporan polis (telah disiarkan di akhbar harakah). Namun tidaklama selepas itu, kumpulan pelobi wahabi perlis, persatuan islah (seperti pelobi yahudi di amerika) telahpun menghantar memorandum kepada raja perlis berkaitan isu ini. Sekali lagi puak2 wahabi nak memperalatkan raja dalam hal ini. Jangan pulak wahabi seperti asri memperalatkan parti-parti politik samada pas atau umno. Dengar khabar dr harun taib suruh si asri sertai pas. Untuk apa? Kalau dia suruh ulama' ahlus-sunnah wal jamaah sertai PAS bagi mempertingkatkan prestasi Pas sebagai parti politik umat Islam, oklah. Jangan pula kemasukan Asri akan memburukkan lagi keadaan. Kenapa pulak dr asri tak mau join Umno bersama shahidan kasim (@ syaitan kasim) idola dia semasa jadi muftari perlis dulu? Heran bin berita hairan pulak dah. Apa pun, kebenaran akan menang di atas kebathilan, manakla golongan munafiq seperti wahabi, sekular mahupun syiah akan tewas dan musnah di dunia sebelum mereka mendapat habuan mereka di akhirat kelak. Wallahu ‘alam!

pelik said...

Askum bg semua yg membaca .Bagi Anis sabar jelah ye layan penyakit mental asrsenelezz ni .memang dah lezz akal nak buat mcm manakan.bg pakar batu ,esok asri akan berjumpa dengan nik aziz di pejabatnya .Pas ni pun satu hal juga .Tapi saya rasa awak pun tahukan wahabi dalam pas mcm mana . Kerja Ust Zahimin dan kita semua para2 ust yg beraliran sunnah waljamaah dan khas dari sahabat2 saya dr pondok pasir tumbuh amat berat sekali ,untuk menyampaikan pada orang2 awam .Yg penting sekarang cuba buat banyak penulisan buku mengenai sunnah waljamaah dan dakyah wahabi untuk tatapan umum.Kami di pondok pasir tumbuh sendiri dah ada guru2 yg ada blog untuk diketengahkan .Buat sesuatu lebih baik daripada berdiam diri supaya senang ada jawapan didepan Allah nanti

Unknown said...

Haron taib,TGNA,TGHH!!?....
berbeza dengan pengasas parti PAS Almarhum Dr.Burhanuddin, dari pendokong kaum muda (fahaman wahhabi) jadi Tok Sheikh Tarikat Naqsyabandiah..
Wahhabi.. anti Tasawwuf Tarikat

anis al-faqiir said...

To Qistina....

Kalau aku tetap nak melayari blog ni bermakna? adakah aku tidak beriman? Kalau nak mengulas pun biarlah berasas cik Qistina oii...

Kalau blog ni x betol, taklah dia bagi ruang untuk saudari bagi komen. lagipun ada hujjah... hujjah cik Qistina tentang ketidakikhlasan ustaz zamihan pulak? adakah cik Qistina dapat menilai sesuatu yang bersifat abstrak sepertimana Wahhabi menilai orang yang bertawasul sebagai syirik?

Sebaik2nya, cik lah yang patut berhati2 sebelum memberi komen. wallahua'lam

la_abwa said...

Kalau nak kenal sifat 'wahabi' lihat macam mana depa guna bahasa. di 'rumah orang' pun dia biadap, apa nak harap pada ilmu atau amalannya.

tak ada agama orang yg tidak berakhlaq mcm wahabi..

ingat kalau kita komen pedas kat web Dr Maza dia nak publish ker? emm kirim salam la, dia cuma publish komen yg memuji memuja. Lagipun puak non wahabi mana ada yg perangai samseng?

Visit Bil.