Wednesday, November 18, 2009

FAHAMI KERANGKA WAHHABIY

Riduan Isamudin @ Hambali adalah bekas Ketua Wakalah Jamaah Islamiah yang beroperasi di Sungai Manggis, Banting, Selangor. Kini beliau ditahan di Teluk Guantanamo, Cuba


ًIsu aliran pemikiran Islam sentiasa datang dan pergi. Ia diibaratkan seperti pasang surut air laut. Sekejap memuncak.. dan surut pula seketika. Apapun, pengurusan isu-isu yang berkaitan pemikiran Islam ini perlu ditangani secara bijaksana oleh pemerintah atau pihak autoriti agama supaya isu sebegini tidak merugikan umat Islam.

Perlu diketahui bahawa Wahhabiy bukan sekadar fahaman yang berkisar kepada isu-isu furuk. Sebenarnya ia berteraskan kepada isu-isu akidah. Pengasasnya, iaitu Muhammad Abdul Wahhab sendiri dikatakan begitu fanatic kepada doktrin akidah kontroversi sebahagian ulamak al-Hanabilah al-Mujassimah. (Ibn Humaid al-Hambali al-Najdi, al-Suhub al-Wabilah, hlm 275).

Manakala Imam Ibn al-Jauzi al-Hanbali (bukan Ibn Qayyim) sendiri menjelaskan bahawa terdapat tokoh ulamak Hanabilah al-Mujassimah yang mengotorkan mazhab Imam Ahmad bin Hanbal dengan akidah tajsim. Iaitu fahaman akidah yang mengkhayalkan Allah seperti makhluk. (Ibn Jauzi al-Hanbali, Daf'u Syubah al-Tasybih bi Akhaffi Tanzih, Cetakan Dar Imam al-Nawawi, 1991, hlm 98-101)

Fahaman Muhammad Abdul Wahhab sebenarnya melalui beberapa peringkat :

1) Peringkat permulaan bersama ayahnya(dibendung)
2) Peringkat selepas kewafatan ayahnya (permulaan dakwah)
3) Peringkat dakwah fahaman Wahhabiy (dakwah secara aktif)
4) Peringkat politik Wahhabiy (bersama Uthman bin Muammar + Muhammad bin Suud)
5) Peringkat gerakan ketenteraan Wahhabiy (berperang dgn Kerajaan Uthmaniyyah bersama Muhammad bin Suud – eksport fahaman ke seluruh dunia dengan jenama pelbagai)
6) Peringkat pengikut Wahhabiy. (kontemporari)

Dalam sesebuah negara umat Islam, fahaman Wahhabiy ditampilkan dengan ke enam-enam pakej lengkap di atas. Jika anda ingin membuat sebarang ulasan berkaitan dengan fahaman ini anda harus menelusuri perbincangan pakej sedari awal lagi. Memahami kronologi fahaman ini separuh jalan menyebabkan anda gagal menjustifikasi isu ini secara menyeluruh. Sekaligus anda berpegang kepada hipotesis yang pincang.

Jika anda melihat isu ini dari jendela feqhiyyah, anda simpulkan bahawa fahaman Wahhabiy tidak memberi sebarang masalah. Anda pasti membuat justifikasi mudah. Iaitu masalah Wahhabiy dianggap sebagai permasalahan khilafiyah furuk sahaja. Pada hal, isu ini sebenarnya melampaui batasan khilafiyyah itu sendiri. Cuba perhatikan sedalam-dalamnya bahawa tiada disana satu aliran mazhab pun di dalam ASWJ yang bertindak keras mengkafir @ menyesatkan umat ini hanya semata-mata berselisih pendapat dalam masalah furuk. Melainkan fahaman ekstrem seperti Khawarij, Syiah Rafidhah, Karramiyyah dan lain-lain. Tidak hairanlah jika Imam Ibn Abidin di dalam kitab Raddul Mukhtar menjelaskan bahawa pengikut kepada fahaman Muhammad Abdul Wahhabiy adalah golongan khawarij di zaman modern.

Jika anda melihat isu dari jendela akidah, akidah tajsim dan tasybih ini memberi impak yang besar terhadp isu kafi-mengkafir dan perpecahan ummat. Jika anda melihat isu dari aspek politik, MAW sendiri terpaksa menggunakan platform politik untuk merealisasikan fahamannya setelah seruannya ditolak para ulamak. Perlu disedari bahawa, wahhabiy dari pelusuk manapun akan mengggunakan kriteria politik yang sama untuk mencapai objektif dakwah mereka. Kiaskanlah terhadap senario yang berlaku kebelakangan ini. Golongan yang membawa pemikiran berdasarkan metodologi MAW pun tak mengaku Wahhabiy. Mereka lebih selesa merapati orang-orang politik bagi sebagai alat untuk mencapai matlamat. Inilah rupa paras Wahhabiy kontemporari.

Di sesetengah negara, fahaman Wahhabiy membentuk gerakan bersenjata. Lihatlah apa yang tersirat disebalik gerakan Lasykar E Janghavi, Sipah E Sahabat di Pakistan. Lihat pula gerakan dan sayap kumpulan al-Qaedah di Iraq dan Yaman. Lihat juga kumpulan al-Shabab di Somalia yang membid'ahkan golongan wanita yang memakai coli. Jangan lupa juga untuk menyiasat latarbelakang Jamaah Islamiah (JI) pimpinan Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Basyir dari Indonesia. Mengapa gerakan ini menerbitkan fahaman radikal : demokrasi sistem kafir, umat islam yang tunduk kepada demokrasi juga dikira kafir, pilihanraya bid'ah, menghalakan darah orang kafir, berjihad hanya dengan senjata dan lain-lain. Bagi sesetengah mereka yang tidak mempunyai fakta, mereka merasakan semua ini adalah rekaan penulis. Tetapi jika didedahkan buku2 dari sumber JI dan anggota JI sendiri, barulah mereka menyedari ancaman semua ini melibatkan keselamatan negara.

Oleh itu, buatlah pengkajian menyeluruh berdasarkan kerangka teori yang benar. Nescaya ada hipotesis yang jelas berkaiatan dengannya. Kalau sekadar berdasarkan maklumat picisan dan bertunjangkan simpati...anda tidak perlu mengulas tentang sesuatu yang tidak anda ketahui. fakta ilmiah lebih diutamakan berbanding perasaan. Syukran

69 comments:

PutraRocker said...

WE WERE WARNED...!o_Ocr

Unknown said...

Pendokong mazhab nusantara mencanangkan merekalah panglima syafie tulen.

Hakikatnya mazhab Syafie di negara ni pun dah berpecah2 kepada beberapa sect yg di kenali sbg:

1. Syafie Acuan Adat Resam.
2. Syafie Acuan Melayu.
3. Syafie Ikut Bila Nak, Bila Tak Nak Buang.
4. Syafie Tulen, follow kitab2 syafie yg asal.
5. Syafie Separuh-separuh, bila fulus masyukkk cepat2 nak ikut Qaradawi.

aryna said...
This comment has been removed by the author.
aryna said...

saya nak remind kata2 terakhir tuan blog dlm artikel ini..

Oleh itu, buatlah pengkajian menyeluruh berdasarkan kerangka teori yang benar. Nescaya ada hipotesis yang jelas berkaiatan dengannya. Kalau sekadar berdasarkan maklumat picisan dan bertunjangkan simpati...anda tidak perlu mengulas tentang sesuatu yang tidak anda ketahui. fakta ilmiah lebih diutamakan berbanding perasaan. Syukran

silalah.. atas dasar ilmu yg dihujah.. silakan.. jgn lari.. jgn ubah tajuk.. jgn maki hamun..
[dah biasa dah.. saya diperlakukan sebegitu tiap kali org2 spt arsenalezz (dan arsenalezz sendiri) tak leh jwb soalan saya..]

wsalam..

mfrstudio said...

salam ustaz.

saya cuba menulusuri kronologi yang ustaz sebutkan, dan saya melihat dengan adil memang di sana bukan semua wahabi itu wahabiy yang ustaz letakkan.

sebab itu apabila saya menyemak dan meneliti fahaman ini juga punya kelompok-kelompok yang masing-masing tidak menyetujui antara satu sama lain dalam sesetengah perkara yang sebenarnya menjadi perkara penting untuk mereka tidak bersatu dalam erti kata sebenar. mereka hanya kelihatan bersatu manhaj apabila masing-masing cuba bermusuh dengan yang mereka panggil sebagai "ahlul bidaah".

saya melihat sekurang-kurangnya ada 3 jenis ilmuwan yang menggerakkan gerakan ini yang kelihatan sama tapi tak serupa.

1. wahabi yang memang mengagungkan tokoh sekalian wahabi dan mewarisi ilmu dari kalangan wahabi jua. mereka banyak pro segala fatwa saudi.

2. wahabi yang bukan wahabi sebenar, hanya menyetujui manhaj anti taklid buta, cuba berijtihad dalam isu kontemporari, menggunakan logik dan analitikal, cuba menyaring ilmu dengan ilmiah. mereka mengambil manhaj salaf sebagai pendirian tapi masih meraikan pendirian khalaf. Cth, mereka ambil tauhid 3 sebagai metod tauhid yang mereka setuju tapi tak pula menafikan kaedah sifat 20, malah isu takwil dalam akidah juga mereka anggap sebagai khilafiyyah.

3. wahabi partisan iaitu mereka yang taklid kepada manhaj ini tapi mereka sendiri tidak menguasai kaedah mengeluarkan hukum. mereka boleh jadi menyokong kumpulan 1, boleh jadi menyokong kumpulan 2. sikap mereka kasar, cuba bersikap ekstrem dan mereka boleh muncul dalam parti politik, dalam kumpulan militan, mahu menjadi pelayar-pelayar setan yang menurut nafsu untuk jadi jaguh membela wahabi.

saya berminat berkongsi pandangan yang dinyatakan oleh Dr Asmadi Mohamed Naim di dalam blognya ketika mengulas tulisan Dr Uthman el muhammady.

"Saya setuju dengan hujjah Ustaz Uthman al-Muhammady.

Namun, pengalaman saya mendengar pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat saya yang mengajar tauhid (pecah tiga ini, uluhiyyah, rububiyyah & asma' wa sifat), ada dikalangan mereka tidak ekstrem sampai mengkafirkan/mensyirikkan golongan yang tidak sependapat. Contohnya bila memperkatakan tawassul dan menziarahi kubur, ada di kalangan mereka menerimanya tanpa mengkafirkannya atau menyesatkannya. Demikian juga persoalan penafsiran ayat-ayat sifat, ada yang tidak menerima/ tidak taklid bulat-bulat kenyataan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, dan lebih kepada menyerahkan kepada Allah SWT.

Persoalan kenabian Nabi Adam 'Alaihissalam tidak dipertikai oleh mereka. Mereka lebih suka merujuk terus ke Ibn Taymiyyah berbanding Sheikh Abd Wahhab.

Di kalangan mereka (mengikut cerita adik saya ketika dia belajar di Universiti Yarmuk, Jordan), pensyarah Aqidahnya mengatakan: Kamu orang-orang Malaysia, ramai mengikut Ahlu sunnah aliran Asyairah. Tapi tauhid yang diajarkan ini mengikut susunan Ibn Taymiyah kerana menjadi silibus Universiti ini. Terserah kepada kamu mengikut keyakinan Asyairah itu(tanpa beliau menyesatkannya). Mereka menyedari ramai ulama-ulama Silam (samada muhadithin, fuqaha' atau mufassirin) dari kurun ke 3 Hijrah berpegang kepada huraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari (w324H) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (333H).

Ketika kami di Universiti Jordan, ada pensyarah mengajar Sifat 20, dan ada yang mengajar tauhid 3 tersebut. Kitab yang digunakan untuk mensyarahkan sifat 20 ialah kitab Risalah Tauhid karangan Sheikh Muhammad Abduh.

Wallahu a'lam."


sumber

saya melihat kita tak wajar melihat kumpulan ini sebagai suatu kelompok atau pukul rata, padahal kita jua tahu di kalangan mereka ada yang kafir mengkafir sesama sendiri.

abu razeen said...

saya sependapat dengan mfrstudio, fenomena kekhilafan ini seolah-olah setiap individu Islam Malaysia wajib @ terpaksa membuat pilihan, samada awak Wahabi atau awak ASWJ dan tiada pilihan ketiga. Bukankah lebih bagus kalau kita cari titik persamaan daripada memperbesarkan ruang perbezaan. Saya pernah berbincang dengan sahabat mutakharrijin dari Mekah. Secara realitinya memang salafi di Saudi(atau diistilahkan wahabi disini) bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu Salafi Al-Aqaidi; menekankan kepentingan akidah, manakala dari segi fiqh mereka bebas bertaklid kepada mana-mana mazhab. yang kedua Salafi Al-Manhaji; semua kena berpandukan kepada amalan yang saheh, tiada mazhab, tiada istilah politik bagi mereka, tiada demokrasi, parti, taat kepada pemerintah dll.

Di Malaysia pulak bolehlah kita bahagikan kepada 3, 1) Salafi Dakwah, yang selalu berusaha amar maaruf wa nahi mungkar, menghindari perpecahan, tolerate dan moderate. 2) Salafi Ilmi, suka buat muqaranah atau perbandingan, berbahas dan mungkin boleh buat orang lain sakit hati.
3) Salafi Jihadi, yang ni semangat sikit. Tersilap langkah boleh termasuk dalam ekstrimist atau lebih dahsyat terrorist. Nauzubillah.
Sebagai salam ukhuwah saya, suka saya datangkan saheh bukhari ini Narrated Al-Hasan: (Al-Ahnaf said:) I went out carrying my arms during the nights of the affliction (i.e. the war between 'Ali and 'Aisha) and Abu Bakra met me and asked, "Where are you going?" I replied, "I intend to help the cousin of Allah's Apostle (i.e.,'Ali)." Abu Bakra said, "Allah's Apostle said, 'If two Muslims take out their swords to fight each other, then both of them will be from amongst the people of the Hell-Fire.' It was said to the Prophet, 'It is alright for the killer but what about the killed one?' He replied, 'The killed one had the intention to kill his opponent.'" Volume 9, Book 88, Number 204:Bukhari

Malam ni 19hb kat TV3 ada alkulliyah tokoh ASWJ Dr Usman Muhammad dan tokoh Salafi/Wahabi (ikut suka mu) Dr MAZA pastinya hebat...

Unknown said...

syabas saudara mfrstudio, pendapat anda lebih waras berbanding dgn golongan mazhab nenek moyang yg cenderung menyesatkan sarjana2 islam yg mengambil tauhid 3 sebagai method tauhid.

JomFikir said...

sayangnya fanatik mazhab nenek moyang tak pernah ambil tahu apa larangan2 dlm kitab as-syafie. sbb mentaliti mrk ialah whatever yg dah biasa diamalkan di Msia adalah Mazhab Syafie belaka. termasuklah budaya masak bubur asyura paling afdal 10 muharam, tahlil aruah dll. Dlm otak mrk apa yg tok nenek mrk dah biasa buat itulah syafie.

-----------------

Itulah, yang anda baca semuanya anda cari yang larangan. Tapi anda tidak pula mengkaji ulamak yang membenarkan dan toleransi dalam perkara ini.

Maka saya suka juga mengatakan, anda sebenarnya masih tak faham mengenai mazhab syafie. Anda sudah hadam habis ke mengenai kitab ulamak mazhab syafie yang ramai ? Sebelum anda memberikan sect tersebut, respon dalam artikel sebelumnya anda hanya melihat pada ulamak yang melarang sahaja ? Dan kemudian tidak datangkan bukti lagi, terus diam ?

Mandi safar dah lama tak diadakan pun. Dan memang dilarang sama sekali.

Syafie fulus masyuk - yang ini satu tuduhan. Sila berikan contohnya ? cepat-cepat ikut Qardhawi ? Sebelum bertambah lagi fitnah anda. Sila berikan buktinya.

JomFikir said...

Perkara furuk yang anda sebutkan itu mohd, semua sudah ada hujjahnya. Nak buat silakan, taknak buat terpulang sebab ia ada dalil dan hujjahnya. Itu sebabnya saya lihat anda ini sudah ketinggalan.. dan jumud dengan fikiran untuk menyempitkan ruang ijtihad tersebut.

Tiada dalil yang mengharamkan untuk buat bubur pada hari asyura, biarlah samada hendak buat atau tidak tiada orang yang mengatakan ia wajib. Cuma dihari tersebut ada kelebihannya :

1. Bilakah ‘Asyura‘?

* Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 9 Muharram.
* Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha‘ berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa?

* Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.
* Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari ‘Asyura‘).
* Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.
* Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.
* Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha’.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?

* Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).
* Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir’aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada ‘Asyura‘) kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?

* Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya. (Riwayat Muslim dan Abu daud)
* Membezakan dengan amalan orang Yahudi.
* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.
* Termasuk bulan-bulan haram.
* Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha‘.

JomFikir said...

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?

* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.
* Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari ‘Asyura‘?

Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?

Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*

* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari ‘Asyura‘?

Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul ‘Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitab Almadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?

Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?

Ada.




Do'a dibaca pada hari 'Asyura‘

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi’ah pada hari ‘Asyura‘ meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas`ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah).”

Wallahu A’lam

Nak beri makan pada orang lain apa masalahnya ? Jika wahhabi akan kata ia sebagai bid'ah sesat.

Majlis tahlil ? Kan itu adalah majlis zikir menyebut La ilaha illaLLah :

Hukumnya Sunat.

Dalil dari Hadith Sahih :

dikatakan oleh ANAS :

Nabi kata , "Siapapun berkata " Tiada yang hak untuk disembah selain Allah (TAHLIL) dan hatinya memiliki keimanan setara berat dari suatu butir barli bakal jadilah terambil keluar dari neraka . dan siapasaja berkata : " " Tiada yang hak untuk disembah selain Allah (TAHLIL) dan hatinya memiliki keimanan setara berat dari suatu butir gandum bakal jadilah terambil keluar dari neraka . dan
Siapasaja berkata , " " Tiada yang hak untuk disembah selain Allah (TAHLIL) dan hatinya memiliki keimanan setara berat dari atom bakal jadilah terambil keluar dari neraka . "

(SAHIH BUKHARI 1/42)

JomFikir said...

Siapa yang nak mengekang wahhabi yang ijtihadi tu ye ?

Yang ada sekarang suka berbahas dan suka menghukum sesat, syirik bahkan boleh membawa kepada fahaman islam liberal. iaitu mentafsir al Quran dan Sunnah ikut akal sendiri. Sebab:

1. Hujjah biasa yang diguna ialah ulamak tidak maksum dengan tujuan untuk menolak perkataan ulamak. Ini alasan biasa yang digunakan oleh mereka yang kurang ilmu walaupun sebenarnya dirinya jahil dari ulamak yang ia tolak tersebut.

2. Mereka bertaqlid juga sebenarnya pada ulamak yang mereka kagum.

3. Berani mengeluarkan hukum walaupun sebenarnya jahil tentang disiplin ilmu.


Perpecahan yang berlaku :

Sekiranya ada sect sebagaimana mfr timbulkan, yang moderate itu sendiri terlalu sedikit. Mereka boleh berlapang dada (tapi minta maaf nick mohd itu terkeluar dari segi ini).

Yang bermasalah adalah yang masih sibuk membuka isu furuk yang sepatutnya sudah tidak menjadi perbalahan lagi. Dan inilah antara yang menimbulkan permusuhan. Fahaman yang seperti ini juga boleh berjangkit kepada yang lebih parah iaitu menghukum syirik dan sesat hingga merasakan diri sudah betul

Hinggalah sekiranya tidak terkawal akan membawa kepada wahhabi ijtihadi.

Persoalannya : Adakah ini sebenarnya yang hendak dibawa oleh wahhabi ? Jika hendak disebarkan pada diri sendiri dan tidak membabitkan orang lain itu tidak menjadi masalah. sebab itulah fatwa kebangsaan pun menyebutkan ia tidak sesat, tetapi ia ditolak.


Yang menjadi masalahnya apabila disebarkan, manakala yang ikut pula taqlid membuta tuli. Dan akhirnya permusuhan dan perpecahan umat Islam. Telah disebutkan sendiri dari artikel sebelum ini iaitu pergerakan salafiah yang berlaku di Mesir.

Inikah sebenarnya yang dikehendaki al Quran dan Sunnah ?

JomFikir said...

Hendak melihat bukti nyata keekstriman wahhabi salafi ? ini mungkin yang melampau la (bukan yang moderate menurut mfr :

Bukti nyata :

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/02/050-bahaya-pemikiran-hasan-al-banna-di.html

Menghukum sesat kepada Imam Hasan al Banna dan Said Hawwa. Iaitu berkenaan tarikat sufiyah (dihukum sesat secara total), tawassul, dengan orang yang sudah meninggal dunia - sedangkan perkara ini ada sandaran dari al Quran dan hadith sahih.

Di dalam artikel ini terdapat hukuman sesat oleh ulamak wahhabi salafi sendiri iaitu Bin Baz :

Jawapan Syeikh Ibn Bazz rahimahullah: “Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin termasuk tujuh puluh dua firqah yang sesat kerana barangsiapa berselisih dengan akidah Ahli Sunnah, ia akan masuk ke dalam tujuh puluh dua yang disebut oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai “umatku”. Maka yang dimaksudkan “umatku” adalah golongan yang masih menjadi umat baginda iaitu umat Islam”.

Beliau (Ibn Bazz) ditanya lagi: Apakah keduanya (Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin) termasuk ke dalam tujuh puluh dua golongan tersebut?

Jawapan Ibn Bazz: “Ya, (Ikhwanul Muslimin) termasuk dalam keumuman tujuh puluh dua golongan tersebut! Termasuk juga Murjiah dan Khawarij”. (Lihat: Majalah as-Salafiyah. Hlm. 47. No. 7 tahun 1422)

Unknown said...

JomFikir said...
Yang bermasalah adalah yang masih sibuk membuka isu furuk yang sepatutnya sudah tidak menjadi perbalahan lagi. Dan inilah antara yang menimbulkan permusuhan.

+++++++++

kalo anda kata furuk apsal pula muslim yang lepas solat nak terus beredar puak mazhab nenek moyang tuduh mrk tak beradab dgn Allah? siapa yang ghuluw sekarang?

Unknown said...

JomFikir said...
Syafie fulus masyuk - yang ini satu tuduhan. Sila berikan contohnya ? cepat-cepat ikut Qardhawi ?

+++++++++++++++++++

mazhab nenek moyang kononnya dakwa Msia ikut as-syafie. ajaran2 dari mazhab lain spt tak baca qunut & terus bangun tak berdoa bersama imam dituduh kurang ajar & menyebabkan kegelisahan masyarakat. betul ke menyebabkan kegelisahan masyarakat? atau temberang puak mazhab nenek moyang semata2?

Bab fulus boleh pulak ikut mazhab lain tanpa gelisah. cuba tanya, Zakat pendapatan itu ikut kitab mazhab mana? Pendokong mazhab nenek moyang tak pernah tau kot zakat pendapatan tu ijtihad Qaradawi & pengikut dia yg dikatakan wahabi tu. Bab fulus cepat2 jer nak ikut. Masuk bab fulus tetiba boleh pulak keluar dari mazhab as-syafie. Tapi tak baca qunut kononnya masyarakat gelisah.

Unknown said...

Ini la dia mazhab nenek moyang Syafie Ikut Bila Nak, Bila Tak Nak Buang.

Dalam Mazhab Syafie, adalah wajib utk membayar zakat fitrah dengan menggunakan makanan ruji sesuatu tempat itu (beras di Malaysia). pi baca balik kitab as-syafie.

Unknown said...

dalam mazhab Syafie, bila orang islam berjual beli, maka adalah wajib utk dilafazkan aqad “aku beli” & “aku jual”, jika tidak, maka jual beli tidak sah. Tapi ada ke pengikut mazhab nenek moyang nak ikut ajaran as-syafie? as-syafie konon. tapi tak ikut pun. Hanya pakai bila nak, bila tak nak buang.

itulah mazhab nenek moyang di Msia ni yg mengaku "kami mazhab syafie tulen".

Unknown said...

Mazhab nenek moyang ni memang gemar sangat buat upacara 'bersempena-sempena' nih.

Mazhab nenek moyang kata masak bubur asyura 10 muharam disyariatkan dlm Islam, sempena mengingati peristiwa Nabi Noh.

Kalau lagu tu boleh la agaknya mandi safar bersempena Nabi sembuh dari sakit kuat.

Malahan mazhab nenek moyang di indonesia masih percaya mandi safar itu bukan bidaah sebab dibuat bersempena Nabi sembuh dari penyakit yg teruk. Mrk claim takda niat nak menyekutukan Allah.

foto mandi safar muslim indonesia:
http://kotimkab.go.id/foto.php?category_id=&parent_id=0&photo_id=24

Anonymous said...

aryna bodoh ni suka la mandi safar. biase dia buat tu..
ko tak padan dgn pmpuan! ko kan suka zzikir berjoget. aku tau..

Admin said...

Assalamu'alaikum,

Kelakar pula mohd ini membawa cerita dari indonesia mengenai mandi safar. Patutnya dibawa foto itu dari Malaysia.

Di Malaysia, mufti-mufti kita sudah jauh berbincang mengenai perkara yang lebih utama. Tetapi pemikiran mohd kasihannya, masih di takuk lama.

Di Malaysia ini :

Kita sudah melangkah kepada :

Hukum Penggunaan Alat Direct Current Shock ;
http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=51


Hukum penggunaan Hormon Psh-p (Otak Babi)
http://jomfaham.blogspot.com/2009/03/penggunaan-hormon-psh-p-otak-babi.html

Hukum terapeutik dan penyelidikan cell stem :

http://jomfaham.blogspot.com/2009/03/kategori-sosialsyariah-tajuk-hukum.html

Hukum Pengklonan Manusia Dan Perubatan Dari Sudut Syarak :

http://jomfaham.blogspot.com/2009/03/hukum-pengklonan-pembiakan-manusia-dan.html

----

Tetapi mentaliti mohd ini masih membincangkan perkara yang sudah disepakati.

Kalau anda belajar lebih jauh tentang fatwa contohnya di selangor :

Ini terkandung dalam Perkara 54 qaul muktamad yang diikuti dalam mengeluarkan fatwa dalam Undang-undang Negeri Selangor, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah Seksyen 48 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah Seksyen 53, Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Shafie.

Bagaimanapun, jika berpendapat dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Jawatankuasa Fatwa boleh mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.

------------

Jadi di sini jelas, dalam keadaan yang memerlukan maka boleh menggunakan pendapat mazhab lain, tetapi bukan tujuan bermudah-mudah, sebagaimana tuduhan rambang mohd.

Mengapa diguna pakai juga pendapat Dr Yusof al Qardhawi ? Kerana sekiranya hanya petani, penternak yang wajib bayar zakat, bagaimana pula halnya dengan orang yang bergaji adakah mereka tidak perlu membayar zakat ? Dan ia sudah ada dalil-dalil yang jelas yang menyokong.

Mengenai orang yang selepas solat tidak berdoa dianggap tidak beradab, mungkin agaknya di tempat anda sebegitu. Tetapi memang jelas selepas solat disuruh untuk berdoa :

Hukum Berdoa Selepas Solat

Hukumnya adalah sunat.


Hadith Sahih

1. Riwayat daripada Muaz bin Jabal yang menyatakan (yang bererti) :"Wahai Muaz! Demi ALlah! Sesungguhnya aku menyayangimu. Janganlah kamu meningalkan doa berikut setiap kali selepas solat iaitu :

ALlahumma a'inni 'ala zikriKa wa syukriKa wa husni 'ibadatik

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, al Nasa'ie dan telah dihukumkan sahih Imam Ibnu Hibban dan al Hakim.

2. Hadith Zaid bin Arqam yang berbunyi : "Aku telah mendengar RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam telah berdoa setiap kali selepas solat : "ALlahumma Robbana wa robbi kulli syai in (Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan al Nasaie

3. Hadith Suhaib daripada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam , katanya : "Adalah Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam apabila selesai daripada solat, akan berdoa : "ALlahumma aslih li dini - (Hadith riwayat Imam al Nasa'ie dan telah dihukumkan sahih oleh Imam Ibnu Hibban dan lainnya.

Sumber : Fathul Bari li Ibni Hajar (Jilid 18/m.s 96)

Admin said...

Mengenai zakat fitrah dengan bayaran menggunakan wang, maaf cakap disebabkan mohd ini jahil dalam mazhab syafie dan tidak mendalaminya maka bolehlah kita bersangka baik dan suka untuk menjelaskan :

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57, bertarikh 10 Jun 2003.

Kategori: Zakat
Tajuk: Penentuan Zakat Fitrah Seluruh Malaysia

Keputusan:

a) Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.

b) Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg

Oleh: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57
Tarikh Keputusan: 10 Jun 2003
Tarikh Muzakarah: 10 Jun 2003 hingga 10 Jun 2003

---------------

Di dalam kitab Mustika Hadits, Jilid Ketiga terbitan JAKIM, dinyatakan: Tersebut di dalam kitab al-Itsaarah (الايثارة), karangan Shohibul Fadhilah Dato’ Haji Mahmud Ghazali bin ‘Abdullah, Mantan Mufti Negeri Selangor [menjadi mufti sekitar tahun 1968 – 1973, beliau kemudiannya kembali ke Perak dan menjadi Mufti Perak dari tahun 1977 - 1981], terbitan Majlis Agama Islam Selangor:

Berdasarkan hadits yang lalu, zakat fitrah WAJIB dikeluarkan dari jenis makanan utama [asasi] penduduk sesebuah negeri, dan ini menjadi pegangan dalam mazhab Syafie (kecuali adanya dharurat, atau diperintahkan oleh pihak yang berkuasa, maka diHARUSkan membayarnya dengan wang sebagai ganti makanan – beras), seperti yang sedang di’amalkan oleh jabatan-jabatan agama Islam di Malaysia, kerana memudahkan urusan pemungutan zakat fitrah dan pembahagiannya [pengagihannya]. Masalah ini dihuraikan di dalam kitab al-Itsaarah [Al-Ithaarah Pada Huraian Hukum-hukum Zakat dan Fitrah] seperti berikut:

Admin said...

Berfitrah dengan wang:

(a) Membayar fitrah dengan wang adalah TIDAK SAH mengikut MAZHAB SYAFIE jika diniatkan wang menjadi zakat fitrah seperti diniatkan “Wang ini fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang tanggunganku”. Tetapi HARUS digantikan makanan dengan wang dan hendaklah diniatkan seperti berikut: “Wang ini ialah ganti beras fitrah yang wajib atasku, bagiku dan (orang-orang) tanggunganku – pada tahun ini".

(b) Berfitrah dengan wang sebagai ganti beras (makanan) adalah HARUS dalam mazhab Syafie tetapi LEBIH AFDHAL dengan makanan. Di dalam mazhab Hanafi pula lebih afdhal dengan harga daripada makanan.

Didalam mazhab kita Syafie yang mengharuskan ialah;

* Kerana dharurat
* Kerana diperintahkan oleh raja (pemerintah) [menurut kitab al-Itharah, bahwa keterangan mazhab Syafie tersebut ada dinyatakan dalam kitab Majmu’ Syarah al-Muhazzab 5/431 dan keterangan mengenai mazhab Hanafi yang mengatakan: Tiap-tiap benda yang harus disedekahkan maka haruslah dikeluarkan menjadi bayaran ganti zakat – ada disebutkan dalam kitab al-Majmu’ (5:429). Dalam kitab al-Itharah juga ada menyebutkan keterangan kitab al-Majmu’ (5:429) bahawa dalil pihak yang mengharuskan zakat fitrah dengan harganya ialah hadits yang disebut oleh Imam Bukhari رحمه الله dengan tegas sebagai ulasan, bahawa Sayyidina Muadz رضي الله عنه, semasa diutuskan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ke negeri Yaman sebagai pemungut zakat, ia telah meminta mereka membayar zakat dengan kain keluaran negeri itu sebagai ganti gandum (kerana cara yang demikian katanya bukan sahaja memberi kemudahan kepada pembayar-pembayar zakat bahkan orang-orang miskin yang berhak menerima zakat di Madinah juga memerlukan pakaian].


Pemerintah menghukumkan berfitrah dengan wang itu kerana beberapa sebab yang bertujuan baik, di antaranya:

* Asnaf yang 8 terutama faqir dan miskin lebih suka menerima wang daripada beras

* Menyimpan wang lebih selamat, sedang beras selain daripada menyusahkan pihak pemerintah, pejabat agamadan memerlukan upah mengangkutnya – akan rosak jika disimpan lama.

Admin said...

Mohd - saya lihat jelas kebebalan anda.

Sekiranya bubur asyura dimasak untuk tujuan itu, maka saya pun tidak berani untuk menghukumkan apa-apa kerana tidak tahu. Tetapi memberi sedekah makanan pada hari tersebut amat digalakkan. Sebab sudah dinyatakan hujjah dan dalil yang telah diberikan di atas.

Mandi safar ? :

Anda boleh baca di sini, JAKIM dah keluarkan lama dah tentang amalan mandi safar. Kalau anda ada melihat orang yang melakukannya cepat-cepatlah cegah ya :

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=773

Memang tidak dinafikan bahawa ada umat Islam yang tidak mengikut ajaran Islam dengan baik. Di mana-mana pun sama sahaja.

Begitu juga dengan wahhabi, yang kata hendak ikut al quran dan Sunnah sahih. Bukan tiada yang tak buat jenayah, yang mengebom orang yang tidak berdosa seperti yang telah diterangkan oleh saudara-saudara lain di atas. Yang menghukum sesat, kafir dan syirik pada majoriti ulamak dan umat Islam taknak pulak dikritiknya. Itu lebih bahaya.

Mohd ? Anda ikut mazhab apa? Atau tiada mazhab ? Atau ikut al quran dan sunnah ? Rajin bangun malam hingga bengkak kaki sebagaimana RasuluLlah ?

Jika anda merasakan ada yang tak betul mengenai pengamalan mazhab syafie di Malaysia, apa kata anda perbaikinya ?

Tetapi yang jelas bukan dengan ikut pemahaman anda yang senteng tersebut. Kerana saya lihat anda sendiri gagal memahami mazhab syafie dan perbahasan ulamaknya di dalam permasalahan hukum.

Unknown said...

IbnuNafis said...
Pemerintah menghukumkan berfitrah dengan wang itu kerana beberapa sebab yang bertujuan baik, di antaranya:
* Asnaf yang 8 terutama faqir dan miskin lebih suka menerima wang daripada beras
* Menyimpan wang lebih selamat, sedang beras selain daripada menyusahkan pihak pemerintah, pejabat agamadan memerlukan upah mengangkutnya – akan rosak jika disimpan lama.

++++++++++++++++++

Terimakasih IbnuNafis kerana memberitahu golongan mazhab nenek moyang terpaksa keluar mazhab utk mencari hukum fekah yg lebih memudahkan mrk. Bila susah bayar guna beras lalu mrk keluar mazhab. Bila susah ambil wuduk di Mekah mrk keluar mazhab. Bila susah nak dpt sumber fulus mrk guna ijtihad Qaradawi utk wajibkan zakat pendapatan. So apa ALASAN mrk keluar mazhab? Bila terasa susah cepat2 nak keluar mazhab?

Tapi dlm masa yg sama mrk pandang serong muslim lain yg ikut mazhab berbeza tak baca Qunut & menuduh muslim yg tak berdoa bersama imam lepas solat sbg tak beradab. So ironi.

aryna said...

saya lebih bimbang dgn konsep 1Malaysia..
beberapa minggu lepas, saya lihat kat rtm seorang pemimpin Islam dgn bangganya bersama-sama masyarakat budha yang mmeraikan sambutan pesta mereka dan bukan itu saja, dia turut makan makanan yg disediakan di hadapan patung yang diraikan itu untuk penganut2 budha tersebut sbg tanda sokongan.
masyaALLAH... rasa nak gugur jantung saya...!!!

jika berziarah meraikan deepavali atau krismas atau ucap salam (merupakan doa) saja sudah bersalahan, apatah pula meraikan bersama pesta keagamaan itu!!! nauzublillah minzaliq.

Unknown said...

http://umnodamak.blogspot.com/2009/01/puteri-cawangan-turut-serta-program.html

PUTERI UMNO CAWANGAN TURUT SERTA PROGRAM BUBUR ASYURA

Puteri UMNO Bahagian Kota Raja telah mengadakan program "Memasak bubur Asyura" bagi memperingati peristiwa yang menimpa Nabi Noh a.s dan umatnya.

Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli Puteri UBKR sesama sendiri. Bubur Asyura telah dimasak dan diagih-agihkan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim.

Admin said...

Assalamu'alaikum MOHD :

Meh saya ajarkan dalam apakah kriteria yang diajarkan oleh Imam Syafie siapakah yang layak mengistinbath hukum, rujukan dari DrAsmadinet :

Pandangan Imam Shafie Rahimahullah:

Berkata Imam al-Shafie Rahimahullah (nasir al-sunnah) dalam kitabnya al-Risalah (Hal: 510) yang bermaksud:

Tidaklah berijtihad (qiyas) kecuali sesiapa yang mempunyai kemampuan iaitu ilmu mengenai kitabullah samada perkara fardhunya, kesusasteraannya (balaghahnya), nasikhnya, mansukhnya, ‘amnya, khasnya dan panduannya. Dia (mujtahid) berdalilkan pada perkara-perkara yang boleh ditakwilkan dengan sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya tidak ada, maka dengan ijma’ al-muslimin. Sekiranya tiada ijma’, maka dengan qiyas.



Kemudian Imam Syafie berkata lagi:

Tidaklah boleh untuk sesiapapun berijtihad sehingga ia menjadi alim dengan sunnah-sunnah, perkataan-perkataan Salaf, persepakatan masyarakat dan perbezaan pandangan di kalangan mereka dan mahir bahasa Arab.


Imam Shafie berkata lagi:

Tidaklah boleh untuknya berijtihad (qiyas) sehingga dia merupakan seorang yang berakal sehingga boleh membezakan antara yang musytabih, tidak gopoh untuk memperkatakan sesuatu sehingga ia mempastikannnya.



Tambah Imam besar itu lagi:

Dia (mujtahid) tidak menolak untuk mendengar pandangan orang yang menyanggahnya kerana kemungkinan melalui mendengar tersebut dapat mengelakkan lupa dan menambah keyakinannya pada perkara yang ia yakin kebenaran.



Tegahan Imam Shafie:

Imam Shafie berkata lagi dalam kitabnya al-Risalah (Hal. 511):

Manakala sesiapa yang sempurna akalnya, namun bukan seorang yang berilmu (sebagaimana diperkatakan tadi), tidak halal baginya berijtihad, kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui apa yang diijtihadkannya, sebagaimana tidak dibolehkan seorang ahli fiqh memperkatakan mengenai harga dirham walhal dia tidak mempunyai pengalaman di pasar.

Di dalam Mazhab Syafie kita ada ulamak mujtahid tarjih antaranya :

1. Syeikh Ibnu Hajar

2. Syeikh Ramli

3. Syeikh Zakariah Al-Ansari

Mujtahid Fatwa antaranya :

1. Imam Nawawi

2. Imam Rafie.

Mujtahid Mazhab :

1. Imam Haramain

2. Imam Ghazali

3. Syeikh Syairazi

Admin said...

ANTARA PENDAPAT ULAMA MENGENAI MAULID

Imam Jalaluddin Al-Sayuti (Lihat kitab: Husnul Maqsad Fi Amal Maulid).

Beliau ditanya tentang hukum perayaan Maulid pada bulan Rabiulawal: Apakah orang yang merayakannya mendapat pahala? Beliau menjawab: Perayaan Maulid pada hakikatnya ialah mengumpulkan kebanyakkan orang untuk membaca beberapa ayat al-Quran. Kemudian menjelaskan jalan-jalan dakwah sejak mula diutuskannya Rasulullah. Acara itu diisi dengan menghidangkan makanan sebelum para hadirin kembali ke tempat masing-masing. Dengan tidak berlebihan saya katakan bahawa perayaan semacam itu tergolong dalam bidaah hasanah yang bila dilakukan akan mendapat pahala. Mereka telah mengagungkan kedudukan Nabi S.A.W. dan menyatakan kesyukuran mereka di atas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. sebagai penghulu umat.

Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah (Lihat kitab: Iqtidha as-Shirath al-Mustaqin).

Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyah: Memuliakan Maulid dan merayakannya setiap tahun seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah Taala kerana niatnya baik dan memuliakan Rasulullah S.A.W.

Terdapat ramai lagi ulama yang turut membolehkan sambutan Maulidur Rasul ini antaranya seperti: Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Al-Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad al-Khazraji, al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki, Syeikh Atiyah Saqar, Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi, Syeikh Prof. Dr. Ali Jumaah dan lain-lain lagi.

Sudah jelas, Imam Suyuthi, Ibnu Hajar al Asqolani, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Dr Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi al maliki, Prof Dr Ali Jumaah : Mereka ini tergolong dalam Ulamak Mazhab Syafie.

Oleh itu, tak perlu anda kata kami keluar dari mazhab Syafie. Anda yang nampaknya perlu belajar memahami apakah erti mengikuti MAZHAB SYAFIE. Selepas ini saya harap tidak perlu datagn tohmahan dan tuduhan disebabkan KEJAHILAN anda sendiri dalam usul feqh, dalam mazhab syafie dan kemudian hendak membicarakannya dengan kejahilan.

WaL;lahua'lam

Pondok Moden said...

Mohd Said kata:

"Terimakasih IbnuNafis kerana memberitahu golongan mazhab nenek moyang terpaksa keluar mazhab utk mencari hukum fekah yg lebih memudahkan mrk."
********************************

Alahai kesian Sdr Mohd Said ni, panjang lebar Ibnu Nafis dan rakan-rakan lain terangkan, tapi masih tak faham juga. Bahasa yang saudara guna juga 'agak manis' iaitu saudara kata orang-orang Islam di Malaysia bukan ikut mazhab Syafi'e tapi mazhab nenek moyang mereka sendiri. Sdr Mohd Said, orang yang tak belajar agama maka begitulah keadaannya, dia akan ikut-ikut apa yang orang lain buat. Tapi Sdr Mohd Said tak boleh jadikan perbuatan orang jahil sebagai batu loncatan bagi menghentam umat Islam yang bermazhab Syafi'e. Kalau saya memandang pada perbuatan pengikut wahabi yang jahil, dan saya jadikan hujah bahawa pengikut wahabi semua begitu, tentu saudara dan orang-orang yang seangkatan dengan saudara tidak akan bersetuju. Ada orang wahabi di negara Arab yang tak mahu naik bas yang di dalamnya ada orang perempuan, kononnya ia adalah haram sebab berlaku pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Lalu hamba Allah tadi setiap hari pergi kerja lambat kerana dia akan naik bas hanya apabila bas tersebut tiada orang perempuan! Jadi apa macam Sdr Mohd Said, walaupun si hamba Allah tadi berdegar-degar dakwa faham ajaran agama berteraskan sumber yang suci (al-Quran dan Hadis), tapi fahamannya menunjukan dia amat daif dengan pengetahuan agamanya.

Pondok Moden said...

Sdr Mohd Said kata lagi:

"Bila susah bayar guna beras lalu mrk keluar mazhab. Bila susah ambil wuduk di Mekah mrk keluar mazhab. Bila susah nak dpt sumber fulus mrk guna ijtihad Qaradawi utk wajibkan zakat pendapatan...
*********************************

Saudara kena faham bahawa penentangan ulama-ulama ahlus sunnah kepada wahabi adalah disebabkan penyelewengan yang mereka lakukan dalam akidah. Selain itu golongan wahabi juga mengharam dan membid'ahkan orang yang ikut mazhab yang muktabar. Mereka juga suka menjadikan perkara khilafiah sebagai perkara ijmakiyah (hanya satu yang betul, yang lain sesat dan salah).Janganlah saudara ingat ulama-ulama menentang wahabi kerana wahabi benarkan orang bayar fitrah gunabkan wang ringgit,atau ulama menentang wahabi kerana wahabi benarkan orang taklid mazhab lain dalam sesetengah keadaan, tidak, bukan kerana itu saudara. Saudara jangan terkeliru dan jangan sampai dikelirukan oleh tokoh-tokoh wahabi yang mahu saudara membenci ulama-ulama Melayu yang bermazhab syafi'e. Tentang penyelewengan wahabi telah banyak ditulis oleh tuan blog dan juga ada dalam blog-blog anti-wahabi yang lain, jadi tak perlulah saya ulang di sini. Saudara buka dan bacalah, saudara akan dapat lihat sebab ulama-ulama kita menentang wahabi. Apa yang pasti, ulama-ulama tentang wahabi bukan kerana wahabi benarkan umat Islam bayar fitrah guna wang ringgit dan juga bukan kerana wahabi benarkan umat Islam taklid mazhab lain dalam sesetengah keadaan.

Pondok Moden said...

Sdr Mohd Said kata lagi:

"Tapi dlm masa yg sama mrk pandang serong muslim lain yg ikut mazhab berbeza tak baca Qunut & menuduh muslim yg tak berdoa bersama imam lepas solat sbg tak beradab. So ironi."
***********************************

Seperti yang saya nyatakan di atas, tindakan yang dilakukan oleh orang jahil tidak boleh dijadikan sabagi hujah. Kalau saudara tak baca qunut dan tak berdoa bersama imam kerana saudara beranggapan ia haanyalah perkara SUNAT dan bukan BID'AH maka ternyatalah orang yang memandang serong kepada saudara tersebut seorang yang rendah pengetahuannya. Tapi yang saya bimbang ialah, saudara tidak baca doa qunut dan tidak berdoa bersama imam selepas solat dengan iktikad saudara ia adalah perbuatan yang BID'AH, maka di sini wajarlah saudara dipandang SERONG kerana tidak ada ulama muktabar yang mengatakan baca doa qunut dan berdoa bersama imam sebagai bid'ah melainkan puak wahabi jua (soal tak mengaku wahabi soal lain, saudara boleh guna nama lain muslim progresif, salafi dan sebagainya, namun itulah hakikat ajaran wahabi yang suka membid'ahkan umat Islam dalam perkara khilafiah!)

Sebelum saya berundur, izinkan saya bertanya: saudara tak baca doa qunut dan tak berdoa bersama imam selepas solat kerana saudara anggap ia hanyalah amalan SUNAT atau ia adalah BID'AH? Harapan saya agar saudara tidak memandang serong kepada pertanyaan saya ini. Wassalam.

n.ajis said...

Pusat Zakat Selangor kutip zakat pendapatan...ini terkeluar dari mazhab syafie. Apa lagi? tangkap la...

Unknown said...

Pondok Moden said...
izinkan saya bertanya: saudara tak baca doa qunut dan tak berdoa bersama imam selepas solat kerana saudara anggap ia hanyalah amalan SUNAT atau ia adalah BID'AH? Harapan saya agar saudara tidak memandang serong kepada pertanyaan saya ini. Wassalam.

+++++++++++++++++++

Salam saudara pondok moden,
As Syafie pernah berpesan jika pendapatku ada kelemahan dan kamu temui pendapat yg lebih kuat,sisihkan pendapat ku ke tepi.Jadi Syafie tidak pernah melarang kita menggunakan pendapat imam yg lain jika pendapat mereka lebih kukuh.

Unknown said...

Zakat fitrah bayar guna beras pendapat siapa? Syafie tidak pernah melarang kita menggunakan pendapat imam yg lain jika pendapat mereka lebih kukuh. Samalah dengan imam yg lain, mereka juga tak melarang kita ikut yg lain jika pendapat yg lain lebih baik. Untuk pengetahuan semua, ada imam mazhab yg empat yg menyingkirkan pendapatnya sendiri apabila menemui pendapat dan dalil yg lebih kuat, maka beliau memansuhkan pendapat pertamanya.

Unknown said...

Keratan Akhbar: http://i46.tinypic.com/2mcu6ur.jpg

TG Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) komen tentang perarakan Maulid: "Orang seronok dengan berarak, pakai kain songket, angkat sepanduk. Saya rimas tengok. Saya tak pernah ikut sama berarak atas jalan.."

TGNA dalam kuliah mingguannya di Medan Ilmu Kota Bharu mengulangi apa yang dikatakannya tentang Maulid di dalam khutbah Jumaatnya pada 21 March 2008 di Masjid Yayasan Albukhari Alor Malai Alor Setar.

Menurut apa yang dilaporkan oleh Mingguan Wasilah 12 April 2008, TGNA mahu mengubah paradigma rakyat supaya mereka mengutamakan Nuzul Quran iaitu saat turunnya al-Quran pada bulan Ramadhan.

Menurut laporan berkenaan, TGNA mahukan rakyat lebih memeriahkan Nuzul Quran berbanding Maulid Nabi s.a.w. Hal ini dipraktikkan oleh kerajaan negeri selama PAS mentadbir Kelantan selama 18 tahun, mereka tidak menganjurkan perarakan sempena Maulid Nabi s.a.w. Sebagai gantinya, kerajaan negeri lebih menekankan terhadap kempen supaya rakyat memperbanyak membaca al-Quran dan qiyamul lail pada bulan Ramadhan.

Bagaimanapun pendapat TGNA tentang maulid disanggah dengan keras oleh seorang tokoh dari Indonesia yang terkenal dengan pendirian tegasnya mempertahankan bentuk-bentuk amalan warisan turun menurun.

TGNA sebagaimana yang diketahui umum amat tegas di dalam menjaga kemurnian ajaran Islam dari dicemari oleh unsur-unsur yang tidak dikehendaki, samada ada amalan itu baru diamalkan atau amalan warisan turun menurun.

Tinjauan didapati, ramai yang menyokong pendapat TGNA tentang Maulid Nabi s.a.w. Sebahagiannya pula berpendapat bahawa pandangan TGNA menyebabkan mereka berfikir semula tentang sambutan Maulid Nabi s.a.w. Kerana bagi mereka apa yang TGNA ketengahkan ada kebenarannya.

wahbah said...

apa itu tajsim ?

menganggap sesuatu berjisim.

Apa itu jisim ?

sesuatu yang ada sel atau zarah ?

adakah apabila Allah sendiri menyandarkan namanya kepada sesuatu sifat seperti sifat manusia secara sepontan kita beranggapan Allah taala itu berjisim .bila berjisim ia menyerupai makhluk ?
adakah kesimpulan ini benar ?
kalau benar kenapa kita tak buang sahaja ayat yang menyentuh perkara seumpama ini utk elak kekeliruan .

atau kesimpulan yang dibuat itu bersandarkan premis yang tak tepat ?

Adakah bila Allah sebut sesuatu sifat yang berbentuk zat itu secara sepontan kita terlintas sifat itu sama dengan makhluk .

adakah apabila kita tergambar sifat itu seperti sifat makhluk lalu tergambar di fikiran kita zat Mausuf itu seperti zat manusia .

Jika itu andaian kesimpulannya zat pun perlu di takwilkan . Kerana manusia ada zat . Kalau diisbatkan tuhan ada zat maka ia menyerupai makhluk ....maka zat tuhan itu mahu ditakwilkan dengan apa ya ????

Persoalannya jika disebut tangan atau mata lalu tergambar mata dan tangan manusia , lantas tak boleh dinisbahkan kepada tuhan zat kerana manusia jua punya zat . kalau kata tuhan ada zat maka tuhan serupa manusia .....

Kalau muktazilah menafikan adanya bagi tuhan sifat kerana hujah mereka kalau isbat sifat maka sifat itu ada banyak banyak nya sifat membawa kepada berbilang zat maka mereka menafikan adanya sifat bagi allah taala . yang ada hanya nama .

gitu jg dengan Asyairah mereka kata sifat zat kena takwil . kenapa ? bwa kepada tasybih . Tasybih dengan apa ? dngan sifat manusia . Jadilah tangan kuasa , istiwa jadi istaula dsbnya .

dimana pandangan wahabi .

wahabi melihat segala sifat yang Alah sebut tak sama dengan apa yang manusia dapat gambarkan .

ambil satu contoh yang buleh kita dekatkan dengan kefahaman kita . ada orang hulu yang tak pernah tengok kereta . satu hari ia tersesat sampai ke tempat yang ada manusia . Dia tengok ada kenderaan yang beroda yang dipanggil kereta hari ini . Oleh kerana takut dia pun lari lintang pukang balik ke penempatannya .Bila dia sampai dia pun ceritalah kepada kaum dia dia nampak satu benda pelik yang boleh bergerak laju macam kuda . Lalu apakah dalam pemikiran kaum dia muncul gambaran kereta atau gambaran kuda . Kaum dia yang tak pernah jumpa kereta tak boleh gambarkan bentuk kereta dan tak boleh bayangkan ada kenderaan yang lebih laju dari kuda . Puas dia nak terangkan kepada kaum dia benda yang dia jumpa tu tak serupa kuda tapi laju macam kuda bahkan lebih dahsyat lagi lajunya .

Itu perbandingannya dengan kita hari ini . Bila quran kata ada ayat sebut tangan Allah diatas tangan manusia . Lalu puak yang anggap tangan itu sama dengan tangan makhluk samalah macam kaum hulu tadi yang tak boleh terima ada sesuatu yang lain dari kuda yang boleh bergerak pantas . Sebab takat tu sahaja tahap capaian pancaindere mereka . samalah macam kita bila kita dengar tangan allah atas tangan manusia kita dok fikir macamana tuhan boleh ada tangan . tngan dia pulak di atas tangan kita . kan boleh jadi sewel kalau kita cuba nak bayangkan . hah hah hah .

Samalah macamm roh . bolehkah kita bayangkan roh . ....... aaah penatlah nanti sambung . syok juga tengok orang asyairah ni bagi hujjah tapi kebanyakan hujjah mereka tak sampai kemana .
balik - balik pegang hujjah akal . hujjah akal pula ambil dari dalil mantik yunan . Patutlah tak jumpa jalan

Unknown said...

ulamak ada 2 jenis, 1ulamak neraka,1 ulamak syurga,very simple,yg gagal menbawa umat memenuhi masjid ,jgn ikut mereka,hakikat nya 2% yg hadir setiap tiba 5 waktu yg wajib.all mosque became white elephant,that the sad story in malaysia,we are malaysian not arab yet we fight about zaman dahulu kala.kita pilih yg terbaik,gunakan akal dan muliakan mereka,any ugama become no good if umah perut nya kosong.malaysian need mental revolution dan pemikir hebat macam saudara2 semua
termasuk asri.membuka minda
dari segala segi,ugama ,ekonomi dan perpaduan umah,let us malaysian muslim shine,better than those arabs !!in future, semua ulama besar dan pemikir ada lah dari kalangan org kita,hebat dalam segala ilmu dan syiar islam bergemilangan,tamadun kebenaran yg tidak akan musnah saperti yg terjadi pada utmaniyah!!jadi tangungjawab kamu semua membimbing umah memenuhi masjid2 di malaysia berpandukan alquran dan hadis...allah akan gembira jika kita berjaya to show the truth of islam melalui discussion instead slaughtering each other among us dan melahirkan tokoh yang lebih hebat dari iman iman mahzab yg saudara2 perdebatkan!!hakikat nya akan ada dan lahir pemikir islam yg lebih hebat dari meraka, munkin ia se orang melayu saperti saudara2 semua?kesimpulan nya siapa yg memecahkan umah di malaysia?tanya diri sendiri!!jawapan yg baik ia lah saudara2 semua pewaris nabi hadir ke masjid dan melihat nya kosong kontang , ada kah kita di jalan yg benar?jadi hayati lah islam yg di ajar muhamad , kita berpandukan al quran dan hadis,islam itu mudah dan progresive sifatnya,melihat syurga di masa depan bukan nya melihat neraka sepanjang masa di belakang kita!,sekian satu pandangan bukan cherchaan untuk semua,jumpa lagi,maaf

Admin said...

Assalamu'alaikum Mohd Said,

Apa yang anda nak kaitkan tuan guru nik aziz tersebut dalam hal maulid ? Orang dah habis beri dalil dan hujjah. Anda hanya datangkan dalil dari cerita Tok Guru pulak..

Saya lihat dari awal thread sampai sekarang ini, tiada langsung hujjah dan yang dibawa.

Jika saya nak bawak hujjah lain boleh sahaja. Tok Guru dihukum syirik oleh pemuka yang mengatakan bawak fahaman tajdid, salafi - bagi saya wahhabi, kerana mengamalkan selawat syifa'.

Boleh juga saya bawakan hujjah bahawa Tok Guru juga menerima tawassul walaupun kepada RasuluLlah yang sudah meninggal dunia. Yang mana ia dihukum syirik oleh mereka yang membangkang iaitu wahhabi salafi itu.

Ini dari buku yang ditulis oleh Tok Guru Nik Aziz :

"Rasulullah Muhammad S.A.W. insan teladan sepanjang zaman", turut mengisahkan perlakuan tabarruk mereka dalam satu bab khusus dengan tajuk "Tabarruk Digalakkan dan Disyariatkan oleh Islam". Tok Guru juga turut memperkatakan berhubung persoalan tawassul dengan Junjungan Nabi SAW setelah baginda wafat. Pada halaman 175 - 176, Tok Guru menulis, antara lain:-

Oleh yang demikian, apabila telah mengetahui bahawa mengambil berkat dengan sesuatu itu bererti mencari kebaikan melaluinya. Maka fahamlah bahawa bertawassul ataupun bertabarruk dengan kesan-kesan baginda itu adalah suatu perkara yang digalak dan disyariatkan oleh Islam. Lebih-lebih lagi mengambil berkat daripada zat Nabi yang mulia.

Mengambil berkat daripada kesan Nabi itu tiada beza antara semasa hidup ataupun selepas baginda wafat. Kerana para sahabat di zaman hidup Rasulullah SAW mengambil berkat dengan air basuhan wuduk baginda, ataupun air peluh dan juga air ludah serta rambut baginda. Kesan-kesan itu sama sahaja selepas wafatnya, semuanya bukanlah suatu yang hidup dan keadaannya sama semasa hayat baginda.

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Sahih Bukhari. Ramai orang menjadi sesat selepas kewafatan Rasulullah SAW, kerana dalam hati mereka tiada kasih kepada baginda. Mereka telah menidakkan tawassul terhadap zat baginda selepas wafatnya. Mereka menganggap bahawa kesan keberkatan Rasulullah SAW itu telah habis apabila baginda wafat. Jika bertawassul selepas baginda wafat bererti bertawassul kepada suatu yang tidak berkesan.

Hujah seperti itu menunjukkan bahawa mereka sebenarnya jahil mengenai Rasulullah SAW. Persoalannya, adakah semasa hayat baginda ia memberi kesan? Sedangkan kesan hanya datang daripada Allah SWT sebagai Khaliq, tiada makhluk yang memberi kesan. Tiada siapa pun boleh mendakwa bahawa Rasulullah SAW boleh memberi kesan secara peribadi semasa hayatnya. Kerana dakwaan itu telah disepakati boleh membawa kerosakan akidah.

Para sahabat mengambil berkat daripada kesan-kesan baginda, bukan kerana baginda boleh memberi kesan. Tetapi baginda adalah seafdal-afdal manusia di muka bumi ini. Seluruh makhluk di langit atau di bumi, hanya Rasulullah SAW sahaja orang yang menjadi kesayangan Allah SWT. Baginda juga menjadi rahmat Allah kepada seluruh alam. Ia adalah tawassul disebabkan Rasulullah SAW sangat akrab dengan Allah SWT, melalui bagindalah seluruh makhluk mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Admin said...

Apa yang anda repekkan ariffin mengenai takwil ? Macam tak belajar sahaja mengenai aqidah dan kemudian buat analogi sendiri ? Mana anda dapat idea ini ?

Jika tuan ingin belajar mengenainya, saya mengajak tuan untuk mempelajarinya dari sahabat saya yang pakar dalam perkara ini, bahkan beliau sudah membaca berpuluh kitab tulisan ibnu taimiyyah sendiri. Dan pernah dahulu mengikut fahaman wahhabi. :

http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/152

Admin said...

Zakat fitrah bayar guna beras pendapat siapa? Syafie tidak pernah melarang kita menggunakan pendapat imam yg lain jika pendapat mereka lebih kukuh. Samalah dengan imam yg lain, mereka juga tak melarang kita ikut yg lain jika pendapat yg lain lebih baik. Untuk pengetahuan semua, ada imam mazhab yg empat yg menyingkirkan pendapatnya sendiri apabila menemui pendapat dan dalil yg lebih kuat, maka beliau memansuhkan pendapat pertamanya.

------------

Dah tuh, apa sebenarnya yang saudara ingin jelaskan sejak dari awal lagi ?

Di dalam mazhab Syafie bahkan yang saya pelajari dari sirah RasuluLlah dan para sahabat serta para salafussoleh sekiranya berselisih pendapat dalam perkara khilafiyyah - mereka tidak akan menghukum bid'ah sesat/kafir/syirik.

Tetapi yang membawa hukuman itu adalah wahhabi, maka kerana itulah wahhabi ini ditolak.

Anda sendiri yang libang-libu dan kemudian mendatangkan pertuduhan dan tohmah, sedangkan anda sendiri tidak jelas apa yang anda hendak bawakan.

Anda nak guna pendapat imam mazhab lain silakan. Tetapi awas juga, jangan sampai jatuh pada talfiq yang haram iaitu berpindah-pindah mazhab untuk kepuasan nafsu sendiri.

Bagi saya, saya lebih selesa mengikut mazhab syafie (sedaya upaya untuk mengikutinya) kecuali sudah memang ada keperluan yang lain. Dan ini sudah dijelaskan sebagaimana rakan yang lain di atas.

Admin said...

Sedikit jawapan lagi :

Zakat fitrah bayar guna beras pendapat siapa?

------

Anda cuba skrol dan baca sampai habis sebenarnya dah ada jawapan.

Yang seterusnya ini jawapan dari Ustaz Abu Zahrah iaitu jawapan : dari Dr Ali Jum'ah (muhaddith dan ulamak dalam mazhab syafie) Begitu juga Syeikh As Siddiq al Ghumari :

Fadhilatus Syaikh Dr. ‘Ali Jumaah, Mufti Mesir, ketika ditanya mengenai membayar zakat dengan menggunakan wang, maka beliau mengatakan ianya dibolehkan. Hal ini tersebut di dalam kitab beliau bertajuk al-Bayan al-Qawwim li Tashih Ba’dhi al-Mafaahim [pertanyaan 27] dan al-Bayan Lima Yashghal al-Azhan [pertanyaan 71].

Pertanyaan: Apakah boleh mengeluarkan (membayar) zakat fitrah dengan menggunakan wang?

Jawaban: Boleh mengeluarkan (membayar) zakat fitrah dengan menggunakan wang. Ini adalah pendapat segolongan para ‘ulama yang memandang sebagaimana itu adalah pendapat segolongan tabi’in, antara lainnya:

* Imam Hasan al-Basri رضي الله عنه; diriwayatkan darinya, bahawa beliau berkata:لا بأس أن تعطي الدراهم في صدقة الفطر “Tidak mengapa memberikan wang-wang dirham di dalam membayar zakat fitrah.” (Diriwayat oleh Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Abi Syaibah)

* Imam Abu Ishaq As-Subai’e, meriwayatkan dari Zuhair, bahawa beliau berkata, Aku mendengar Imam Abu Ishaq berkata, “Aku berjumpa dengan mereka, dan mereka memberikan wang-wang dirham pada membayar zakat fitrah dengan senilai makanan.”

* Sayyidina ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz رضي الله عنه; meriwayatkan dari Waqi’ dari Qurrah, bahawa beliau berkata, “Telah sampai kepada kami surat dari Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz رضي الله عنه tentang zakat fitrah, satu sha’ (Satu Sha’ mengikut nilaian lama menyamai 5 1/3 rithil (الرطل) ‘Iraqi iaitu gantang Baghdad atau dikenali sebagai 1 gantang Baghdad disini – abu zahrah) ke atas setiap orang atau nilainya adalah setengah dirham.” (‘Abdurrazaq, Mushannaf ‘Abdurrazaq, vol. 2, hlm. 316 (5778))

* Dan, ini juga adalah mazhab ats-Tsauri, Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusuf.

Admin said...

Dan juga pendapat dari para ‘ulama Mazhab Hanafi. Pendapat inilah yang diamalkan dan difatwakan di kalangan mereka pada setiap jenis zakat, kaffarah, nazar-nazar, cukai, dan lain-lainnya. [Bada’i’ ash-Shana’i’ oleh al-Kasaani, 2/979 dan 980, cetakan Zakaria ‘Ali Yusuf; dan al-Mabsuuth oleh as-Sarkhasi, 3/113 dan 114] Ini juga adalah pendapat al-Imam an-Naashir dan al-MuayyadbilLah, dari kalangan para imam ahlul bait mazhab az-Zaidiyyah. [al-Bahr az-Zakhkhar al-Jami’ li Madzahib ‘Ulama al-Amshar oleh Ahmad ibn Yahya ibnal-Murtadha, 3/202 dan 203].

Dan, pendapat ini yang dikemukakan oleh Ishaq bin Rahawiyah dan Abu Tsaur kecuali mereka berdua mengaitkannya dengan keadaan darurat, sebagaimana pendapat para ‘ulama ahlul bait yang lainnya. [as-Sail al-Jarrar ‘ala Hadaaiq al-Azhaar oleh Asy-Syaukani, 2/ 86] Saya maksudkan boleh mengeluarkan nilai pada keadaan dharurat. Dan mereka menjadikannya (membayar zakat fitrah dengan wang) termasuk di dalam keadaan darurat, kerana Imam menuntut harta sebagai ganti apa yang telah ditegaskan di dalam nash.

Admin said...

Ini juga merupakan pendapat sekumpulan ‘ulama dari mazhab Maliki seperti Ibnu Habiib, Ashbagh, Ibnu Abi Haazim, Ibnu Dinaar, dan Ibnu Wahab, berdasarkan pengambilan dari mereka yang berpendapat secara muthlak di dalam membolehkan mengeluarkan nilai-nilai (harga) dalam zakat; mencakupi zakat harta dan zakat individu-individu (zakat fitrah). Dan itu adalah berbeza-beza (yakni, tidak secara muthlak) dengan pendapat yang mereka ambilkan daripada Ibnu Qasim dan Asyhab, bahawa mereka berdua membolehkan mengeluarkan nilai harga pada zakat kecuali pada zakat fitrah dan kaffarat sumpah.

Dan atas dasar ini jugalah, kami melihat bahawa terdapat segolongan besar para imam, kalangan para tabi’in, dan para ahli feqah umat ini yang berpendapat bahawa tidak mengapa dan boleh mengeluarkan nilai harga zakat fitrah di dalam bentuk wang. Padahal ketika masa itu, sistem barter (pertukaran barang) masih lagi berlaku, dalam erti deklarasi setiap barang layak sebagai media pertukaran, khususnya biji-bijian. Jadi, sistem barter itu menjual gandum (al-qumh) dengan gandum (sya’ir), menjual bijian (zarrah) dengan gandum (al-qumh), dan seterusnya. Adapun, pada masa sekarang ini, media-media pertukaran sudahpun terhimpun pada mata wang sahaja, sehinggakan kami berpandangan bahawa pendapat inilah yang lebih tepat dan lebih kuat. Bahkan, kami mengira bahawa orang yang berbeza pendapat dengan pendapat ini dari kalangan para ‘alim ‘ulama masa lalu, seandainya mereka menemui (berada pada) masa kita sekarang, nescaya akan berpendapat sama dengan pendapat Imam Abu Hanifah رضي الله عنه. Jelaslah di sini bagi kita, hal ini dari feqah mereka dan kekuatan pandangan mereka.

Mengeluarkan zakat fitrah di dalam bentuk wang adalah lebih utama, kerana memberikan kemudahan bagi orang yang faqir untuk membeli apa sahaja yang ia inginkan pada hariraya kelak. Sebab, kadang-kadang dia tidaklah memerlukan beras, tetapi lebih memerlukan kepada pakaian-pakaian, daging atau selain itu. Dengan memberikan beras kepadanya, membuatkannya terpaksa berjalan jauh sekeliling untuk mendapatkan orang yang ingin membelikan beras tersebut. Kadang-kadang dia harus menjualkan beras itu dengan harga yang lebih murah daripada apa yang diperolehinya, iaitu dengan harga yang sedikit daripada harga beras yang sebenar yang diperolehinya. Ini semuanya di dalam keadaan mudah dan banyaknya beras yang beredar di sekitar pasar-pasar. Adapun, pada keadaan yang sulit (susah) dan jarangnya beras di pasar-pasar, maka membayar dengan benda adalah lebih utama daripada nilai harga kerana menjaga kemaslahatan orang faqir. Prinsip dasar yang menjadi alasan disyariatkannya zakat fitrah adalah kemaslahatan orang faqir dan mencukupkan keperluannya pada hari di mana seluruh kaum muslimin bergembira pada saat itu.

Al-‘Allamah Ahmad bin Shiddiq al-Ghummari telahpun mengarang sebuah kitab tentang masalah ini, dan memberikannya judul “Tahqiq Al-‘Amal fi Ikhraj Zakat Al-Fithri bi Al-Mal.” Beliau merajihkan di dalam kitab tersebut pendapat ‘ulama dari Mazhab Hanafi dengan dalil-dalil yang banyak dan tinjauan dari berbagai pendapat yang berbeza-beza hinggalah mencapai kepada 32 pendapat. Oleh kerana itu, kami berpandangan bahawa, pendapat mereka yang menyatakan untuk mengeluarkan nilai harga zakatnya adalah kuat dan rajih. Dan itulah yang lebih utama pada masa sekarang ini. Dan Alllah Ta’ala Maha Tinggi dan lagi Maha Mengetahui.

Admin said...

Pendapat yang mengharuskan pembayaran zakat fitrah dengan matawang ini juga disetujui oleh ramai ulama kontemporari seperti Dr. Yusuf Qardhawi (di dalam kitabnya Fiqh Zakat), Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili di dalam Fatawa al-Mu’ashirahnya, Dr. Musthafa al-Khin dan Dr. Musthafa al-Bugha yang menjelaskan dalam kitab mereka al-Fiqh al-Manhaji. Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji di sebutkan:

Di dalam mazhab Syafie, bahawa ianya tidak memadai jika dikeluarkan dengan nilaian, bahkan mesti dikeluarkan makanan asasi bagi sesebuah negeri itu sendiri. Walaubagaimanapun, tidak mengapa mengikut [bertaklid] mazhab Abu Hanifah رضي الله عنه dalam masalah ini pada zaman sekarang, iaitu harus mengeluarkan zakat fitrah dengan nilaian. Ini kerana pada hari ini mengeluarkan dengan nilaian lebih memberi manfaat kepada orang faqir daripada makanan asasi dan lebih dekat untuk mencapai matlamat yang diharapkan.


Pun begitu ...... bagi mereka yang masih berpegang pendapat yang di dalam mazhab Syafie yang mengatakan bahawa zakat fitrah hanya sah dengan bahan makanan, maka jalan keluarnya adalah dimana penerima zakat seperti orang faqir atau orang miskin atau amil menyediakan beras sebanyak 1 gantang Baghdad, dan pembayar pula membeli beras tersebut dari mereka dan seterusnya digunakan beras tersebut untuk membayar zakat fitrah. Keadah ini masih terdapat di berapa kawasan ambo di Kedah. Nak mudah lagi bayar zakat fitrah dengan beras terus kepada mereka yang layak menerima zakat tersebut.

Sekian. Segala salah dan silap mohon dimaafkan dan diperbetulkan.

Al-Faqir Abu Zahrah al-Qedahi
Taman Seri Gombak
Sahur, 20 Ramadhan 1430H

Rujukan:

* e-Fatwa JAKIM
* Mustika Hadits, Jilid 3 (Edisi Jawi) oleh Syaikh ‘Abdullah bin Muhammad Basmieh; Terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Lumpur
* Al-Bayan Lima Yashghal al-Azhan oleh Syaikh Dr. ‘Ali Jumaah, Mufti Mesir.
* Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam asy-Syafie, Jilid 1; Terbitan Dar al-Qalam, Dimasyq.

**Sila baca dan fahamkan. Semoga bermanfaat.

Unknown said...

IbnuNafis said...

Dah tuh, apa sebenarnya yang saudara ingin jelaskan sejak dari awal lagi ?

Di dalam mazhab Syafie bahkan yang saya pelajari dari sirah RasuluLlah dan para sahabat serta para salafussoleh sekiranya berselisih pendapat dalam perkara khilafiyyah - mereka tidak akan menghukum bid'ah sesat/kafir/syirik.

+++++++++++++++++++++

Salam saudara IbnuNafis. Itulah yg saya maksudkan. Jika semua pengikut 'mazhab nenek moyang' berfikiran waras spt saudara alangkan bagusnya. Malangnya mrk menuduh muslim lain yg tak mempraktiskan apa yg biasa masyarakat setempat amalkan dianggap membawa keresahan masyarakat. Walhal itu diambil dari pendapat imam2 mazhab yg empat juga. Mencari pdpt & dalil terkuat adalah tanggungjwb semua org islam. So, kpd golongan ini jgnlah cepat menuduh org lain wahabi semata2 mrk tak baca qunut & tak hadir tahlil aruah kerana imam syafie sendiri melarangnya.

Unknown said...

Apabila ulama2 membincangkan utk mencari dalil & nas yg lebih kuat maka itu adalah perbincangan ilmiah....malangnya dlm proses itu tiba2 ada kumpulan2 yg terasa.

Sendiri yg terasa jgnlah menyalahkan org lain. Ada tak sapa2 di sini yg buat tahlil aruah pernah kena penampaq dgn imam2 yg dituduh wahabi ni? tak pernah bukan? Sendiri yg terasa jgnlah menuduh org lain menyesatkan anda. Tiada siapa menyesatkan sesiapa.

Apa nak buat, dlm proses membincangkan dalil2 & nas yg kuat maka ada pihak2 yg terasa hati.

Contohnya dlm membincangkan soal tangkal, azimat & patung berhala, tetiba ramai la pulak yg terasa hati walaupun diskusi itu tak ditujukan secara khusus kpd empunya badan. For example kita memberitahu perbuatan bertafakur depan tugu negara itu adalah haram & boleh membawa kpd syirik. Tiba2 ada sekelompok manusia melenting menuduh kita menyesatkan Pak Lah. Walhal kita tak pernah mengeluarkan sepatah perkataan pun yg tuduh Pak Lah sesat. Dlm diskusi itu kita cuma mengatakan perbuatan bertafakur depan tugu itu menyesatkan tanpa menuduh sapa2.

Susah la nak berdiskus secara ilmiah kalau asyik orang itu & orang ini terasa hati. Itu yg sampai sanggup menuduh kononnya penggerak tajdid menghina imam Ghazali & imam Nawawi.

Unknown said...

IbnuNafis said...

Ini dari buku yang ditulis oleh Tok Guru Nik Aziz :

"Rasulullah Muhammad S.A.W. insan teladan sepanjang zaman", turut mengisahkan perlakuan tabarruk mereka dalam satu bab khusus dengan tajuk "Tabarruk Digalakkan dan Disyariatkan oleh Islam". Tok Guru juga turut memperkatakan berhubung persoalan tawassul dengan Junjungan Nabi SAW setelah baginda wafat. Pada halaman 175 - 176, Tok Guru menulis, antara lain:-

Oleh yang demikian, apabila telah mengetahui bahawa mengambil berkat dengan sesuatu itu bererti mencari kebaikan melaluinya. Maka fahamlah bahawa bertawassul ataupun bertabarruk dengan kesan-kesan baginda itu adalah suatu perkara yang digalak dan disyariatkan oleh Islam. Lebih-lebih lagi mengambil berkat daripada zat Nabi yang mulia.

++++++++++++++++++++

jgnlah IbnuNafis sangka kami taksub dgn seseorang tokoh itu. Tak kiralah siapa tokoh tu baik Dr Asri, Tok Guru Nik Aziz, Haji Hadi, Noh Gadut etc jika mereka membawakan nas & dalil yg lebih kuat maka kita patut menimbangkannya. Jika tokoh2 ini membawakan dalil yg lemah & hadis2 yg dhoif belaka sebagai sandaran maka jika tokoh lain membentangkan nas yg lebih kuat kenapa tidak kita membuka minda kita?

Unknown said...

Pejuang mazhab syafie mengajak kembali kpd ajaran syafie yg sebenar.


+++++++++++++++++++++++
Ulama saran zakat diguna kembali kaedah mazhab syafie

SIK, 26 Sept- Pihak pemerintah disaran mengembalikan kaedah pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan beras sebagaimana ajaran Mazhab Syafie yang menjadi pegangan di negara ini.

Demikian saranan yang dilontarkan Mudir Madrasah ar-Rahmaniah, Tuan Guru Salleh Musa semasa menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Bantuan Makanan Dan Sumbangan Duit Raya Untuk Penduduk Miskin, Warga Emas Serta Ibu Tunggal Dan Pelajar Sempena Ramadan anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Sik, di sini 14 September lalu.

Katanya, kaedah pembayaran yang diamalkan kini iaitu menggunakan wang tidak sah dan tidak memadai.
Jelasnya, sebagaimana yang terdapat dalam kitab-kitab fekah Mazhab Syafie, zakat fitrah mestilah ditunaikan dengan memberi fakir miskin makanan yang mengenyangkan dan afdal pemberi sendiri memberi kepada penerima.

"Mesti bagi beras, beras itupun tidak boleh berubah, mesti bagi biji beras. Apatah lagi duit.
"Mengikut Mazhab Syafie, harga makanan tidak boleh, mesti beri makanan yang mengenyangkan ahli negeri. Macam di Makkah itu makan gandum, ikut makanan negara masing-masing yang mengenyangkan ahli negeri.

Macam kita di sini beraslah makanan yang mengenyangkan," terang beliau ketika diminta mengulas lanjut perkara itu selepas majlis tersebut.

Tegasnya, pembayaran menggunakan harga beras yakni menggunakan wang tidak ada dalam Mazhab Syafie.

Admin said...

Kepada Mohd : Persoalan anda mengenai zakat fitrah beras sudah dijawab dan dijelaskan di atas dengan panjang lebar.

Mengapa wahhabi ditolak - sudah diterangkan oleh saudara Pondok Moden.

Anda sendiri yang membawa pertuduhan mengenai maulid dan bawakan provokasi kononnya bersempena-bersempena.. orang yang baca komen pun dapat menilainya dan kemudian akhirnya hujjah anda adalah dari Tok Guru mengenai maulid.. alahai..

Insya ALlah, orang yang membaca akan dapat menilai apa sebenenarnya yang anda hendak bawa di sini.

Bagaimana ya.. sudah pukul curi, kemudian lari berkeliling. Saya melihat anda ini sebenarnya bukan tujuan menulis membawa keharmonian.


Seterusnya :

Apabila ulama2 membincangkan utk mencari dalil & nas yg lebih kuat maka itu adalah perbincangan ilmiah....malangnya dlm proses itu tiba2 ada kumpulan2 yg terasa.

---------
Bagi saya yang kata nak cari kuat atau tidak dalilnya itu kena ada disiplin ilmu..

Takda disiplin ilmu.. hanya setakat cari dan copy paste, guru pun tiada, asas dalam belajar pun tiada.. itu bukan cari dalil yang kuat namanya.. Tetapi cari dalil yang memuaskan kehendak sendiri dengan kejahilan.

Anda nak mengambil hujjah yang lebih kuat terpulang pada anda sendiri, pendapat yang kuat itupun . Sedangkan hadith sahih itu terlalu banyak bukan hanya dalam sahihain. Kerja mentarjih - untuk ketahui mana dalil kuat dan lemah inipun bukan satu kerja yang mudah. Anda hanya boleh ambil -- oo pendapat ulamak ini -- inilah yang paling kuat. Nanti ada pula yang berpandangan inilah juga yang paling kuat..

Sebab ia tetaplah dari kefahaman ulamak yang mentarjih.

Jika ada hadith sahih pun - jangan ingat semua hadith sahih boleh terus dijadikan sumber hukum jika tak belajar pembahagian hadith sahih. Sebab ada juga hadith sahih tetapi berlawanan dengan hadith-hadith sahih yang lain. Ini dinamakan hadith syaz dan ia tertolak.

Begitu juga dalam memahami hadith dhoief.. jangan ingat hadith dhoief itu lemah sahaja. Jika ada hadith lain yang banyak menyokong akan naik darjatnya kepada hadith hasan lighoirih.

Mengenai isu zakat fitrah saya dah berikan jalan untuk beri penjelasan. Malas nak komen. Makin diterangkan nampaknya bukan anda makin belajar untuk faham. Memang dicari jalan untuk keluar dari kefahaman.

Admin said...

Mohd : Boleh ke lepas ini saya kata awak mengikut mazhab campur aduk ? Atau mazhab ikut suka hati ?

Admin said...

Susah la nak berdiskus secara ilmiah kalau asyik orang itu & orang ini terasa hati. Itu yg sampai sanggup menuduh kononnya penggerak tajdid menghina imam Ghazali & imam Nawawi.

-------------

Ilmiyyah bagi anda bagaimana ? Adakah hanya menyentuh tentang hukum dari al Quran dan Hadith maka itu disebut ilmiyyah. Tetapi mengabaikan akhlak dan adab ? Seolah-olah al Quran dan Sunnah tidak pernah mengajar beradab ?

Anda ini pejuang gerakan tajdid yang tiada adab ? Memang diajar begitukah oleh penggerak tajdid tersebut ?

Unknown said...

IbnuNafis said...

Ilmiyyah bagi anda bagaimana ? Adakah hanya menyentuh tentang hukum dari al Quran dan Hadith maka itu disebut ilmiyyah. Tetapi mengabaikan akhlak dan adab ? Seolah-olah al Quran dan Sunnah tidak pernah mengajar beradab ?

+++++++++++++++

usahlah IbnuNafis berbicara soal adab kalau pendokong mazhab nenek moyang anda sendiri menabur fitnah mantan Mufti Perlis memalsukan degreenya. sungguh kelakar bila kaki tabur fitnah bercakap pasal adab.

Unknown said...

IbnuNafis said...

Bagi saya yang kata nak cari kuat atau tidak dalilnya itu kena ada disiplin ilmu..

++++++++++++++++++++++

Disiplin ilmu konon. Sambutan bubur Asyura sempena kisah Nabi Noh yg terang2 takda dlm syariat Islam pun geng mazhab nenek moyang terkial2 mencari dalilnya. Sungguh kelakar.

Admin said...

usahlah IbnuNafis berbicara soal adab kalau pendokong mazhab nenek moyang anda sendiri menabur fitnah mantan Mufti Perlis memalsukan degreenya. sungguh kelakar bila kaki tabur fitnah bercakap pasal adab.
--------------

Betulkah begitu Mohd Pengikut Gerakan Mazhab Suka Hati ?

Perkara ini sudah dijawab habis oleh tuan punya blog sendiri. Saya ini pengunjung, yang ingin melihat keindahan Islam dalam berbicara. Juga ingin lihat keindahan Islam itu pada Wahhabi jika ada dalam respon-respon yang diberi (nampaknya semakin kabur).

Benarlah disebut :

"Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".

AlhamduliLlah, dalam ruangan komen ini saya ditunjuk orang yang sudah diberi penjelasan diberi kefahaman, walaupun dengan cara yang baik. Tetapi tidak mahu belajar.

Mazhab nenek moyang inilah yang masih ada sanadnya sebagaimana mazhab 3 yang lain. Mazhab nenek moyang ini jugalah mengikut jalan para salafussoleh berserta dengan kaedah-kaedahnya. Dan bertebaran ulamak-ulamak mazhab nenek moyang ini menyebarkan risalah Islam dan diterima di Malaysia sampai ke hari ini dalam membina ummah dan keutuhannya dengan izin ALlah.

WaLLahua'lam

Unknown said...

IbnuNafis said...
Perkara ini sudah dijawab habis oleh tuan punya blog sendiri.

++++++++++++++++++++

jawab habis? sepatah permohonan maaf pun tak keluar dari mulut Zamihan setelah dia menabur fitnah. Inikah akhlak seorang ulama?

JomFikir said...

Aha... ada lagi Mohd ni.. Saya terfikir jugak, penggerak mazhab suka hati ini dah minta maaf dengan mufti lain yang dilekehkan, dan dituduh ? Ulamak yang di'pandir'kan oleh Dr Asri ape cerita eh.. Dr Asri yang menghina sistem pengajian pondok padahal tuduhannya itu adalah satu penipuan, bila Dr Asri ni nak mintak maaf ?

Ulamak muktabar yang meninggal macamana tu nak minta maaf ?


Sebab mohd pemalas nak baca apa yang sudah diterangkan ustaz zamihan - maka tak perlulah dijawab tersebut.

Terjunlah dalam kebebalan penggerak tajdid mazhab suka hati dan tidak beradab itu. Biarkan...biarkan...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

JomFikir said...
Ulamak muktabar yang meninggal macamana tu nak minta maaf ?
+++++
anda menudu penggerak tajdid bebal? kebebalan itu berbalik kpd anda pendokong adat resam sedangkan islam bukan agama adat. mantan mufti tak pernah menghina ulama2 muktabar. Nyatakan satu ayat yg mantan mufti pernah menghina imam syafie. Soklan yg patut ditanya ialah bila agaknya puak nenek moyang nak minta maaf dgn Ibn Taymiyyah dll ulama yg dihina tanpa belas kasihan?

Ulama2 tajdid ini cuba membanteras kekarutan & kejahilan tetapi dihina oleh puak nenek moyang yg memang sangat suka dgn adat resam yg karut spt berzanji & marhaban tanpa mengetahui maknanya. Moga pendokong nenek moyang bertaubat dari terus menghina ulama zaman silam & ulama zaman sekarang.

Pondok Moden said...

Mohd Said kata:

As Syafie pernah berpesan jika pendapatku ada kelemahan dan kamu temui pendapat yg lebih kuat,sisihkan pendapat ku ke tepi.Jadi Syafie tidak pernah melarang kita menggunakan pendapat imam yg lain jika pendapat mereka lebih kukuh.

**********************************

Memang Imam As-Syafie pernah kata begitu, bahkan imam-imam mazhab yang lain juga kata perkara yang sama. Cuma satu hal yang Sdr Mohd Said kena fikir: Adakah Imam Syafi'e dan imam-imam mujtahid selain beliau menujukan kata-kata tersebut kepada orang awam (bukan ahli ijtihad), atau kata-kata tersebut ditujukan kepada mereka yang dalam kalangan ahli ijtihad? Kata-kata tersebut bukan ditujukan untuk semua orang seperti yang difahami oleh golongan wahabi (atau apa-apa namalah yang saudara hendak).

Kata-kata Imam As-Syafie tersebut telah dibaca oleh ulama-ulama mazhab Syafie dan mereka mengerti akan maksudnya. Masakan mereka tidak mengerti, sebab mereka mengikut mazhab si empunya diri. Peliknya orang yang tak ikut mazhab beliau pula 'lebih faham' kata-kata Imam As-Syafie berbanding dengan ulama-ulama mazhab Syafie sendiri.

Baiklah Mohd Said, saudara suka amalkan suatu hal yang saudara rasa lebih kuat dalilnya tak kira daripada mazhab mana bukan?. Soalan saya, bagaimana saudara tahu (sebagai contoh) bahawa doa qunut dalam solat subuh adalah
'bid'ah' kerana dalilnya yang 'lemah', dan tidak berqunut itu 'lebih kuat' dalilnya, macam mana saudara tahu? Sejak usia berapa saudara tahu? Saudara kaji terus dari Al-Quran dan hadis ke? atau....saudara jawablah sendiri...saya menunggu jawapan yang tulus dan ikhlas tanpa perlu pusing sana sini dan ubah tajuk lain. jgn marah!

Azzikraa said...

Saya nak tunggu juga jawapan dari MOHD ini. Semoga dia dapat berikan satu hujjah dan dalil yang qot'ie dari jawapannya sendiri. Bukan dicedok atau dari pendapat ulamak yang lain.

MOHD ini kenal atau tidak ulamak yang mengarang barzanji itu ? Apa kekarutan yang ada di dalam barzanji ?

Boleh buktikan. Jika tidak dapat datangkan bukti kita anggap MOHD ini adalah seorang penipu dan penuduh.

Dan sekiranya bila sudah didatangkan hujjah dan dalil untuk memberi penjelasan tapi masih ditolak lagi. Saya yakin MOHD ini bukanlah penggerak tajdid yang sebenar. Sebab ulamak silam dapat menerima perbezaan pendapat. Tidak mudah menghukum sesat. kafir, dan syirik tanpa diselidik. Sebab yang selalu menuduh tanpa menyelidik ini telah menolak ayat Allah iaitu :



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ (٦)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(Surah al Hujaarat: Ayat 6)

Dan gerakan TAJDID ini yang diuarkan mungkin juga adalah gerakan TAFSID iaitu mengajak orang untuk membuat tohmahan dan perpecahan umat Islam. Itu yang saya dapat lihat apa yang dibawa oleh MOHD dalam blog orang lain ini.

nobody said...

Terimakasih IbnuNafis kerana memberitahu golongan mazhab nenek moyang terpaksa keluar mazhab utk mencari hukum fekah yg lebih memudahkan mrk. Bila susah bayar guna beras lalu mrk keluar mazhab. Bila susah ambil wuduk di Mekah mrk keluar mazhab. Bila susah nak dpt sumber fulus mrk guna ijtihad Qaradawi utk wajibkan zakat pendapatan. So apa ALASAN mrk keluar mazhab? Bila terasa susah cepat2 nak keluar mazhab?

Tapi dlm masa yg sama mrk pandang serong muslim lain yg ikut mazhab berbeza tak baca Qunut & menuduh muslim yg tak berdoa bersama imam lepas solat sbg tak beradab. So ironi.

----------------------------------

INILAH GAMBARAN KEBEBALAN AKAL KAUM WAHABI....SINGKATNYA AKAL MEREKA INI DITAMBAH DGN KESOMBONGAN, MENYEBABKAN PEMIKIRAN MEREKA MENJADI SEMPIT & MENYENAKKAN. BILA DIBAWA DALIL & HUJAH, DAH X DPT JAWAB..PUSING KOT LAIN!..PADAHAL MEREKA INILAH YG ASYIK DOK TERKELUAR DR MULUT DIORG SYIRIK,BIDAAH,SESAT KPD KAUM MUSLIMIN & ULAMA2 KAUM MUSLIMIN YG TAK SEPENDAPAT DGN DIORG.

nobody said...

Pondok Moden said...
....Baiklah Mohd Said, saudara suka amalkan suatu hal yang saudara rasa lebih kuat dalilnya tak kira daripada mazhab mana bukan?. Soalan saya, bagaimana saudara tahu (sebagai contoh) bahawa doa qunut dalam solat subuh adalah'bid'ah' kerana dalilnya yang 'lemah', dan tidak berqunut itu 'lebih kuat' dalilnya, macam mana saudara tahu? Sejak usia berapa saudara tahu? Saudara kaji terus dari Al-Quran dan hadis ke? atau....saudara jawablah sendiri...saya menunggu jawapan yang tulus dan ikhlas tanpa perlu pusing sana sini dan ubah tajuk lain. jgn marah!
-----------------------------------
BETUL TU TUAN PONDOK MODEN...KAMI SOKONG, DEN PUN TERINGIN NAK MENDENGAR JAWAPANYA...

n.ajis said...

Ini masalahnya apabila institusi umat Islam dipimpin oleh golongan 'school drop out'. Akhirnya pandangan mereka kelihatannya sangat sempit, jumud, ketinggalan zaman serta melucukan. Ini semua salah ibu bapa kerana meletakkan mentaliti "anak aku ni apa pun tak boleh...aku hantar mengaji agama je la.." Ibu bapa harus berubah dan hantar anak mereka yang paling cerdas dan pintar untuk mempelajari agama supaya kebekuan institusi agama seperti hari ini tidak berlaku. Islam agama syumul tetapi hari ini institusi agama hanya jadi bahan lawak dan perli masyarakat sivil kerana pendekatan mereka dalam dakwah sangat lapuk, tidak ilmiah, tidak menarik bahkan hanya dipenuhi unsur-unsur lawak jenaka serta amat melucukan. Institusi agama tidak sepatutnya kelihatan seperti kumpulan lawak Senario kerana beban dakwah adalah perkara serius.

aryna said...

n.ajis said...
Ini masalahnya apabila institusi umat Islam dipimpin oleh golongan 'school drop out'. Akhirnya pandangan mereka kelihatannya sangat sempit, jumud, ketinggalan zaman serta melucukan


huh! bongkak lagi sombongnya penyokong dr.asri ni, mcm ketua dia jugak...
akhlak orang2 wahabiyyah memang gini lah kebanyakannya, meski tak semua tapi ramai..

jgn hina orang2 pondok.. mrk ini ramai dr kalangan bijak pandai dan malahan tuan belum tentu akan menang berhujah dengan anak murid mereka..
tuan bersangka mereka yg sekolah pondok ini orang2 reject sekolahkah? tuan silap..

jika tuan selalu baca risalah2 jabatan agama, saya pernah baca satu makalah MAINS keluarkan (maaf, tahun tak ingat..)
bahawa, Al-Azhar telah mensyaratkan pelajar2 dari Malaysia hendaklah mengambil ujian kertas khas utk melayakkan mereka diterima di Al-Azhar.
Kenapa sebelum sekolah2 diubah silibus oleh kerajaan berduyun2 pelajar pondok dan kolej Islam diterima di Al-Azhar?!

Us Abu Nik Abdullah Azzam said...

akhi.. jika Mohammad Abdul Wahab (wahabi) ini sesat, kenapa kah Dr. Yusof al-Qurdhawi dan Dr. Wahbah az-Zuhaily memuji Mohammad Abdulwahab dan mengatakan benar..??

akhi.. apakah pandangan akhi terhadap Dr. Yusof al-Qurdhawi dan Dr. Wahbah zuhaili..??

ikhlas,
abu nik a azzam

Azzikraa said...

Assalamu'alaikum,

memuji muhammad bin abdul wahhab (ini MUNGKIN benar), tetapi jika anda belajar lebih lagi. Anda akan lihat pengikut Muhammad bin Abdul wahhab dikritik oleh beliau.

Tak perlu gunakan nama ulamak-ulamak ini untuk sokong fahaman wahhabi. Muhammad bin Abdul Wahhab mungkin dipandang baik oleh mereka. Tetapi jika anda rajin baca fatwa Dr Wahbah Zuhaili, saya tidak tahu pula samada wahhabi sendiri akan menghukum sesat pada beliau atau tidak.

Bab nak menyokong diambil pendapat ulamak-ulamak. Kemudian bila bab hukuman lain, ulamak-ulamak ini dihukum sesat oleh Wahhabi sendiri.

Saya mengharapkan sebelum anda komen di blog ini sila baca penerangan dan penjelasan lain bagaimana ulamak-ulamak dihukum sesat oleh Wahhabi Salafi sendiri. Harapnya begitu dan kemudian buat penilaian.

Us Abu Nik Abdullah Azzam said...

cotohnya fatwa dr. Wahbah Zuhaili yg mana tuu..?? dlm kitab mana..?? halaman berapa...?? tentang apa..?? yg anta yakin Mohammad Abdulwahab al-Wahabi akan menyesatkan beliau..??? ada ker fatwa Dr.wahbah ini yg tidak berasas dari al-Quraan was-Sunnah atau dari fatwa-2 ulamak zaman lama..??? dan apa pula pendapat anta dengan Dr Yusof al-Qurdhawi yg sokong mohammaad wahabi tuu..??? kawee pening..

Azzikraa said...

Assalamu'alaikum alhalimi,

Emosi nampak ? Baca habis tak apa jawapan yang diberi ? Saya sebutkan Muhammad bin Abdul Wahhab atau Wahhabi yang menghukum sesat tersebut kepada Dr Wahbah Zuhaili ?

Itulah kita baru buka sikit sahaja, cuba baca sendiri fatwa kontemporari beliau. Versi terjemahan pun ada. Dr Wahbah Zuhaili terima takwil samada dari salaf mahupun khalaf. Beliau juga sependapat dengan mazhab syafie dan mazhab lain yang mengatakan sampainya pahala kepada si mayyit. Kalau rajin - cuba baca apa pendapat mereka yang berfahaman wahhabi yang kata ia adalah bid'ah sesat membaca al quran untuk menghadiahkan pahalanya kepada mayyit.

Banyak lagi sebenarnya nak ulas. Cuma wahai Halim, enta kena rajin lagi lah belajar ya. (untuk diri saya juga.

Mengenai Dr Yusof al Qardhawi saya dah jelaskan. Dr Yusof al Qardhawi memuji Muhammad bin Abdul wahhab. Tetapi pengikut Muhammad bin Abdul Wahhabb yang ghuluw menghukum sesat pula kepada beliau. Tak reti bezakan ke saudaraku ?

Us Abu Nik Abdullah Azzam said...

WALAIKUM SALM

NAPA NK EMOSI SEDANG KAN ANA NI ANAK MURID AYAH DIR SELA BUDI (tuan guru abdul qadir wangah) SEKAM MAYO PATHONI, SIFAT 20 TUU ANA BOLEH MAMAH TELAN GITU JER... KITAB FARIDAH BUKURATUL AMANI, TAKRIB... DLL KITAB TUA PATHONI ADA JUGA ANA DAH KHATAM... YG ANA TANYA ANTA HANYA SEKADAR NK SIMPAN MAKLUMMAT NAS-2 DAN BUKTI KERJA SESAT MENYESAT JER... ANTA NI SEMPERNA TAK AQAL.... SIKIT2 EMOSI... ATAU ANTA BELAJO AGAMA UTK MENYESAT ORNG... ANA SEDANG CARI NAMA KITAB UTK SENANG BUAT MURAJIK.. HALAMAN NYA DLL...

Azzikraa said...

Saya tak faham apa yang hendak disampaikan oleh Halimi, maaf tuan, saya sungguh tak faham.

Anda minta saya buktikan bahawa Dr Wahbah Zuhaili dihukum sesat, lalu saya minta anda agar semak lagi fatwa kontemporari Dr Wahbah Zuhaili. Dan anda akan dapati bahawa beliau ini membenarkan amalan khilafiyyah yang dituduh bid'ah sesat oleh Wahhabi sendiri.

Kemudian anda pulak kata saya menghukum sesat? Sejak bila saya ada menghukum sesat? (kecuali lah jelas melanggar al quran dan sunnah serta IJMAK ulamak).

Jika anda lihat dalam blog ini pun dah banyak hukuman sesat yang dibuat Wahhabi terhadap ulamak dan majoriti umat Islam. Takkan tak boleh baca dan rujuk ? Sila baca sampai habis blog ini.

Visit Bil.