Saturday, November 14, 2009

EXCO BELA JAIS TAHAN ASRI



Exco hal ehwal Islam Selangor berkata tindakan tegas yang dikenakan ke atas Dr Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini antara lainnya bertujuan mengelakkan perpecahan di kalangan orang Islam di negeri itu. Datuk Dr Hasan Ali, berkata beliau menerima laporan bahawa terdapat ceramah-ceramah agama dibuat di dua hingga tiga tempat berasingan dalam satu lingkungan kawasan yang kecil."Apa erti kita nak membangunkan Islam kalau buat (ceramah) berasing-asing?" katanya, ketika menggulung perbahasan bajet 2010 di DUN Selangor semalam.

Tambahnya, tidak timbul soal kekasaran dalam penahanan ke atas bekas mufti Perlis itu, yang disifatkan oleh pihak tertentu seolah-olah seperti untuk menahan pengganas, kerana penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terlatih dalam hal itu."Saya telah diberi taklimat beberapa kali oleh pegawai Jais, mereka yang berada di tempat kejadian juga beri taklimat kepada saya."Mereka nafi perkara itu. Mereka telah diberikan kursus mengenai aspek perundangan dan juga pendekatan untuk membuat tangkapan," kata Dr Hasan lagi. "Mereka buat dengan lemah-lembut, dengan menghormati orang, dengan tidak menyentuh sebarang tubuh badan." Katanya, isu melibatkan penangkapan Dr Mohd Asri itu kini telah difailkan di mahkamah dan "tidak cantik" jika beliau mengulas isu tersebut ketika persidangan DUN.

Mengulas mengenai jumlah besar anggota polis yang dikerahkan oleh kumpulan pegawai penguatkuasa Jais ketika menahan bekas mufti itu, Dr Hasan berkata ia disebabkan kehadiran kira-kira 100 orang di tempat itu. "Kenapa ramai? Sebab yang ada di situ 100 orang, jadi mereka memandang ke hadapan dan bersedia. "Mereka menggunakan apa guna segala yang patut dan segala yang adil untukl seorang seperti kedudukan Dr Mohd Asri," jelasnya. Mengulas lagi rentetan peristiwa menjelang tengah malam 1 November lalu di sebuah banglo di Hulu Kelang, beliau berkata 100 orang hadirin di situ telah bertindak menghalang anggota penguatkuasa daripada menahan Dr Mohd Asri. "Lepas habis ceramah, saya diberitahu (Dr Mohd Asri) dibawa masuk ke bilik. Ada 100 orang di luar bilik itu pula buat perisai.

"Mereka hanya datang untuk beritahu (Dr Mohd Asri) langgar peraturan enakmen pentadbiran (Islam) 2003. Tapi itu tidak boleh dilakukan hingga jam 12 lebih," katanya. Dr Hasan berkata beliau tidak mempunyai apa-apa masalah untuk bertemu dengan Dr Mohd Asri bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak tokoh agama popular itu. "Ketika dia mula-mula balik dari Jordan dulu, saya antara orang pertama yang bermesyuarat dengan (Dr Mohd Asri). Saya tidak ada masalah untuk bertemu beliau," katanya.

Beliau turut menafikan wujudnya "tangan-tangan ghaib" yang menghalang individu tertentu daripada menerima tauliah untuk mengajar agama di Selangor seperti dibangkitkan ADUN Pakatan Rakyat, Saari Sungib. Dr Hasan berkata, dakwaan "tangan ghaib" itu tidak timbul kerana hanya Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri itu yang digunakan sebagai asas pentadbiran. "Kalau kita ada peraturan tapi tak ikut, nanti akan jadi anarki. Kita tidak mahu perkara agama jadi anarki. "Kalau kita keluarkan pendapat yang bertentangan dengan enakmen itu sendiri, pun akan jadi sukar kepada kita untuk mentadbir. Enakmen itulah yang menjadi kamus kita untuk mentadbir," katanya.

Menjawab satu soalan daripada Saari, wakil rakyat PAS bagi Hulu Kelang, Dr Hasan berkata ulama juga perlu meletakkan kepercayaan kepada ahli-ahli jawatankuasa pentauliahan. "Kita kena bagi kepercayaan kepada jawatankuasa, kena yakin kepada orang dalam jawatankuasa itu. "Kalau ada teman yang minta tauliah guna budi bicara tapi jawatankuasa tidak luluskan, boleh datang berjumpa dan dapatkan sebab apa tidak dapat tauliah," katanya.

39 comments:

cjb said...

dulu2 bukan orang yg sama ke yg marah2 sebab penceramah2 dari PAS diharamkan dari membuat tazkirah agama di Selangor & negeri2 UMNO? sekarang kenapa pelik sangat ucapan Hasan Ali. tumpang tanya gaya soklan Zamihan "Hasan Ali ni ada degree syariah ke?"

Muhammad Eimaduddin said...

http://my-ansarullah.blogspot.com/

Ibn Salleh. said...

Salam,Alhamdulilah, nampaknya tune Hassan Ali ni dah berbeza.Sebelum ini ada juga suara yg mengatakan beliau ada sidikit keWahabiannya apabila mengeluarkan surat perkeliling arah masjid Selangor tarawikh 8 rakaat.Bagus juga kenyataan yg dikeluarkan oleh Hassan Ali ini sekurang2nya bukan semua ahli PAS sokong Wahabi.

Unknown said...

Alhamdulillah ....
Taniah YB Datuk Hassan Ali kerana mempertahan tindakan JAIS dan penjelasan terperinci mengenai penahanan Asri,puak2 wahhabi masih tidak dapat menerima hakikat yg Asri telah melakukan kesalahan. Susah juga nak jadi penguat kuasa ugama...ya.Susah jugak berhadapan dgn puak2 wahhabi. Puak wahhabi terhijab dengan degree dan ilmu mereka.
Sabar Ustaz Hasan Ali....
Kami penyokong PAS tolak pemimpin yg menyokong/ pendokong wahhabi.. demi agama dan penyatuan ummah.

Anonymous said...

tahniah YB! tindakan anda betul!!

cjb said...

Takut Hantu Wahabi!
Disiarkan pada Nov 15, 2009 dalam kategori Isu Semasa |
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin


Ada beberapa orang mencadangkan agar saya menyentuh sedikit apa yang disebut minggu lepas oleh seorang akvitis tarekat yang menulis mengenai penangkapan saya dalam kolum di bawah saya ini.



Bagi saya, adalah perkara biasa untuk ahli tarekat tidak selesa dengan saya kerana beberapa artikel saya sebelum ini turut mengkritik budaya meminggirkan rasional atau budaya taklid buta yang sering berlaku dalam banyak tarekat sehingga pengikut melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh ‘syeikh’ mereka tanpa bertanya lagi dalilnya.


Namun persoalan yang besar yang sering ditimbulkan ‘siapakah Ahlus Sunnah wal Jama’ah?”. Oleh kerana jenama ini begitu laku, bahkan ia juga sering dijadikan senjata, maka banyak pihak mengistiharkan jenama ini milik mutlak mereka dan sesiapa yang menentang mereka bererti terkeluar dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Mereka ini mengingatkan kita kepada Napoleon Banaparte yang berkata: “I am France and France is me”.

Maka ramailah orang mendakwa Ahlus Sunnah wal Jama’ah, walaupun jika ditanya mereka apakah itu Ahlus Sunnah wal Jama’ah mereka meraba dan terpinga mencari jawapannya. Atau jika diberikan jawapan, ia mempunyai kepentingan yang tersendiri.


gambar hiasan

Sehingga kelompok tarekat yang sering mencetuskan dakwaan berbagai-bagai termasuk konsep ‘wahdatul ujud’ (kesatuan tuhan dengan makhluk) yang dilaungkan oleh Ibn ‘Arabi juga mendakwa mereka Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

cjb said...

sambungan........


Lebih sedih lagi, ada yang mendakwa “Ahlus Sunnah hanya yang ikut mazhab Syafi’e”. Kalau demikian, habislah terkeluar imam-imam lain seperti al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam Ahmad dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah!.

Sehinggakan mereka yang tidak qunut pun dikeluarkan dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Maka barangkali tiga perempat dari umat Islam ini terkeluar dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

Padahal istilah Sunnah di sini merujuk Sunnah Nabi s.a.w yang merangkumi penghayatan al-Quran dan sunnah, maka ahli sunnah ialah mereka yang menghayati hakikat ini. Sementara perkataan jama’ah merujuk kepada para sahabat Nabi s.a.w dalam ertikata lain menghayati al-Quran dan Sunnah seiring dengan jalan yang ditunjukkan oleh generasi agung Islam iaitu para sahabat. Sesiapa yang yakin bahawa al-Quran dan Sunnah adalah pegangan mereka sementara penghayatan para sahabah adalah panduan mereka, maka mereka adalah Ahlus sunnah wal Jama’ah (lihat: al-Mausu’at al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu’asarah, 40-54, WAMY).

Maka dengan itu berbagai mazhab fekah sekalipun ada perbezaan pandangan mereka tidak dikeluarkan dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Ini seperti kata ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi (wafat 429H): “Maka termasuk dalam golongan ini mereka yang mengikut al-Imam Malik, al-Imam Syafi’i, al-Auza’i, al-Thauri, Abu Hanifah, Ibn Abi Laila, Abi Thaur, Ahmad bin Hanbal, Ahli Zahir dan sekelian yang beriktikad dalam bab yang menggunakan akal berdasarkan prinsip-prinsip tauhid sifat. Mereka tidak mencampur-adukkan sedikit pun dengan bida’ah ahli hawa nafsu dan sesat” (al-Baghdadi, al-Farq bain al-Firaq, m.s 314-315, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

Jika kita lihat di sini, Mazhab Zahiri yang hanya berpegang kepada zahir nas sahaja dikategorikan sebagai Ahlus Sunnah, apakah tidak qunut, letak tangan atas dada ketika solat, tidak berwirid beramai-ramai selepas selepas solat terkeluar dari Ahlus Sunnah?!

Lihatlah, wakil JAIS dalam temubual Utusan menyebut antara ciri sesat itu mereka yang membicarakan pecahan tauhid kepada Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma dan Sifat. Namun dalam ciri-ciri Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang dikeluarkan oleh WAMY, bahkan sukatan UIA, sukatan sekolah negara kita dan kebanyakan universiti di dunia ini, itulah ciri manhaj kefahaman tauhid Ahlus Sunnah yang diajar.

Sejak saya sekolah rendah, dalam usrah, dalam buku akidah Presiden PAS, dalam buku sekolah Kerajaan UMNO dan di negara-negara Arab, di UK, US dan Eropah itulah bentuk perbahasan akidah Ahlus Sunnah yang diajar.

Hari ini wakil JAIS dalam temubualnya dengan Utusan menyatakan itu bukan akidah akidah Ahlus Sunnah bahkan dikaitkan dengan akidah penyembah berhala. Akhirnya, dikaitkan dengan wahabi. Kalau begitu telah lamalah kita semua wahabi.

Saya amat dukacita, jika golongan agama itu suka menjadikan senjata kafir mengkafir, sesat menyesat sebagai alat untuk mempertahankan kedudukan dan diri, akhirnya umat yang musnah. Izinkan sekali lagi saya menyebut perkataan Prof Hamka: “Kadang-kala dikatakan Kaum Muda tidak hormat kepada ulama. Padahal yang mereka katakan ulama itu bukanlah Imam Malik atau Imam Syafie, tetapi beberapa pegawai kerajaan yang memakai serban dan jubah. Dan beliau pun merasakan dirinya ulama kerana pada tangannya sudah ada surat tauliah”. (Hamka, Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m.s. 66).

Daripada cerita tauliah pergi ke cerita wahabi. Setiap yang berbeza pendapat dengan mereka yang memegang kuasa agama dilebelkan wahabi.

Unknown said...

Slm akhi2 sekalian,

Forgive me for my ignorance and "lembapness" in the process of understanding this very "beautifully written" article from our muallim Zamihan. Tp ape isu sebenarnya? Sekejap kate sebab takder tauliah, sekejap kate sbb sebar ajaran wahabi. Of course, from his previous articles, "wahabi" was the main issue here. Then come another guy who make a statement dakwaan takder tauliah. Can someone plz clarify it for me.

And may I dare say one other thing.

No wonder most of our non muslims society (including me) view us especially the religious officials as unprofessionals as well as no good work ethics at all. Don't u guys think that it is a bit unfair to jst hear the story from one other side? Yes, I do admit Datuk Dr Hassan Ali had made the right decision utk mendengar taklimat drpd pegawai2 JAIS yg terlibat. But then what abt the other side ie orang2 yg dtg mendengar ceramah Dr Asri yg berada di tempat kejadian.

Do u mean to say that JST by hearing one side, gives us the right to make the conclusion out of everything? Funny, isn't it?

Kadangkala, ana tersenyum dan tergeleng2 membaca komen2 from our brothers and sisters in this blog. Bukan ape, teringat kate2 Plato:

Wise men speak bcoz they have something to say, fools speak because they have to say something.

Sebahagian drpd kita grumbled(if I may say so) sbb fahaman tajdid mendapat tempat di masyarakat(eg:especially the young ones like myself and a lot of friends of mine), tp have any of u actually make an effort to find out the reason as to what is the cause for it? Or most of our religious officials "syok sendiri", dreaming in their own world, unaware that society have begun to make a significant point to look at their professionalities and work ethics. Contohnya, mengapa tidak terdapatnya at least one financial statements yg dikeluarkan drpd LZS, aside from all of the other useful fatwas?

But hey, I meant no harm at all. And do forgive my ramblings.

Of couse, I'd expect some of us will eventually bash me for making this stupid post. Tp, do remember, that this is jst one small opinion from one small guy who's like to see that our religion will once again be the envy of others for its compassion as well as its enlightenment for all of its believers. Islam for all and certainly for the good of all humanity.

With that, Wallahua'lam.

Unknown said...

Mereka2 masih menghina ulamak2 Tasawwuf dan Tariqat,sedangkan ilmu mereka masih jauh dan cetek, mereka masih butahati dan terhijab dengan ilmu sangkaan mereka, sesungguhnya mereka telah mengistiharkan perang kpd ALLAH dan WaliNYa... nauzubillah

cjb said...

Bapak pun tak boleh mengajar anak2 ilmu agama klu di Selangor. Komunis pun tak mcm ni.


16 November 2009
Saksi tidak pasti
Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
PETALINGJAYA: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini,semalam, bahawa seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islamtermasuk mengucap dua kalimah syahadah kepada bakal saudara baru ataumengajar Muqadam jika tidak mempunyai tauliah.

Penguat KuasaJabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Tarnuzi Nokin berkatademikian ketika memberi keterangan di dalam kes seorang penceramahagama, Dr Abdullah Yasin, 63, yang didakwa mengajar tafsir al-Quran,Surah al-Baqarah, ayat 14 hingga 20 yang berhubung agama Islam tanpatauliah yang diberikan mengikut Seksyen 118(3), Enakmen PentadbiranAgama Islam.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah PusatRukun Tetangga, Seksyen 14/26 Petaling Jaya, pada jam 4.30 petang, 24April 2006.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliahmengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang membawahukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih duatahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

abdullahdiwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman manakala pendakwaandijalankan Pegawai Pendakwa Syarie Mohamad Nazri Basrawi di hadapanHakim Syarie Ghazali Ahmad.

KAMAR: Pada 24 April 2006, kamu berada dalam dewan tempat kejadian, kamu dengar apa yang diajar?
TARNUZI: Saya tidak mendengar dengan jelas, tetapi dia (Abdullah) ada menulis ayat al-Quran di papan putih.
KAMAR: Apa ayat itu?
TARNUZI: Saya tidak pasti.
KAMAR: Kamu pasti ia ayat al-Quran bukan bahasa Arab?
TARNUZI: Ya.
KAMARRujuk kepada tafsir al-Quran yang didakwa digunakan Abdullah pada harikejadian) Cuba tunjukkan kepada mahkamah, ayat mana kamu kata tertulisdi papan putih?
TARNUZI: Saya tidak ingat.
KAMAR: Ada kamu atau sesiapa rakamkan tulisan di papan putih itu?
TARNUZI: Tidak ada.
KAMAR: Sila rujuk sekali lagi, al-Quran ini dicetak oleh siapa?
TARNUZI: Tidak pasti tetapi ada cop 'Royal Saudi of Arabia'.
KAMAR: Adakah al-Quran ini yang diluluskan atau palsu?
TARNUZI: Saya tidak pasti.
KAMARrujuk kepada tafsir al-Quran) Tolong bacakan kepada mahkamah tafsirSurah al-Baqarah ayat 14 hingga ayat 20. Setuju jika saya katakan ayatini menerangkan sifat orang munafik?
TARNUZI: Ya.

KAMAR: Adakah salah bagi orang yang berilmu memberi peringatan mengenai sifat orang munafik kepada jemaah?
TARNUZI: Tidak boleh tanpa tauliah.
KAMAR: Adakah itu kehendak Islam?
TARNUZI: Tidak, tetapi ia undang-undang berdasarkan Islam.
KAMAR: Adakah Abdullah tidak layak mengajar Islam?
TARNUZI: Layak, tetapi dia tidak mempunyai tauliah.
KAMAR: Saya katakan kepada kamu di Selangor hanya orang ada tauliah boleh mengajar?
TARNUZI: Ya.
KAMAR: Kalau kamu sendiri yang tidak mempunyai tauliah mengajar anak kamu membaca Muqadam?
TARNUZI: Tidak boleh.
KAMAR: Jika ada seorang mualaf datang kepada kamu dan meminta supaya diajarkan solat?
TARNUZI: Tidak boleh.

Sementaraitu menjawab soalan Mohamad Nazri, Tarnuzi berkata, tauliah diperlukanbagi mengelak individu mengajar ajaran tidak betul serta lari darilandasan Islam.
NAZRI: Selain ajaran tidak betul, apa lagi?
TARNUZI: Mengelak daripada ajaran sesat atau fahaman yang tidak betul, tetapi ia hanya pendapat saya.
NAZRI:Adakah perlu ada pengiktirafan atau tauliah walaupun dimasukkan didalam senarai dikecualikan daripada mendapat tauliah mengajar yangdikeluarkan Jais?
TARNUZI: Ya.

Dalam prosiding semalam,Mohamad Nazri memohon sapina dikeluarkan terhadap Ketua PenolongPengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jais, Mohd Zaki Arshad untukmemberi keterangan dalam prosiding akan datang.

Prosiding bersambung 28 Januari ini.

cjb said...

Nampaknya hujah JAIS & penyokong2 JAIS semakin lama semakin lemah dan semakin tak masuk akal. Bila dah masuk mahkamah mcm ni lagi la nampak tak masuk dek akal. Pity you JAIS.


++++++++++++++++++++
Penguat KuasaJabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Tarnuzi Nokin berkata demikian ketika memberi keterangan di dalam kes seorang penceramahagama, Dr Abdullah Yasin, 63, yang didakwa mengajar tafsir al-Quran,Surah al-Baqarah, ayat 14 hingga 20 yang berhubung agama Islam tanpa tauliah yang diberikan mengikut Seksyen 118(3), Enakmen PentadbiranAgama Islam.

KAMAR: Adakah salah bagi orang yang berilmu memberi peringatan mengenai sifat orang munafik kepada jemaah?
TARNUZI: Tidak boleh tanpa tauliah.

KAMAR: Adakah itu kehendak Islam?
TARNUZI: Tidak, tetapi ia undang-undang berdasarkan Islam.

KAMAR: Kalau kamu sendiri yang tidak mempunyai tauliah mengajar anak kamu membaca Muqadam?
TARNUZI: Tidak boleh.

KAMAR: Jika ada seorang mualaf datang kepada kamu dan meminta supaya diajarkan solat?
TARNUZI: Tidak boleh.

cjb said...

KAMAR (PEGUAM SYARIE): Adakah salah bagi orang yang berilmu memberi peringatan mengenai sifat orang munafik kepada jemaah?
TARNUZI (PENGUATKUASA JAIS): Tidak boleh tanpa tauliah.

KAMAR (PEGUAM SYARIE): Adakah itu kehendak Islam?
TARNUZI (PENGUATKUASA JAIS): Tidak, tetapi ia undang-undang berdasarkan Islam.

KAMAR (PEGUAM SYARIE): Kalau kamu sendiri yang tidak mempunyai tauliah mengajar anak kamu membaca Muqadam?
TARNUZI (PENGUATKUASA JAIS): Tidak boleh.

cjb said...

Hasan Ali pun dulu kerap bagi ceramah agama tanpa tauliah semasa Selangor dipegang oleh Khir Toyo. Sekarang nada beliau sudah berbeza. lain mcm jer.

JomFikir said...

cjb : anda nih memang malas baca kenyataan dari Dr Hasan Ali ke ?

Ini bukan masalah politik.

apa yang tak masuk akalnya ? Kalau memang jenis anda ini menyokong fahaman wahhabi haaa itu lain ceritanya.

Saya nak tanya, sebagai CONTOH : jika anda mengajar anak anda mengaji.. tapi anda tak pandai tajwid, panjang pendek pun tunggang langgang. Adakah anda akan mengajar atau diserahkan kepada orang lain ?

Dan apabila anda serahkan kepada orang lain - anda kena pastikan dia juga boleh mengajar atau anda main ambik sahaja orang yang mengajar tersebut (tak kisah la orang yang mengajar itu pun taktahu tajwid sebenarny).

Di negeri johor contonya : memang nak mengajar kelas al Quran kena ada tauliah, mereka ada kursus, ada sijilnya supaya apa yang diajarkan itu betul. Bagi saya ini lebih selamat.

Kawan saya yang jadi guru al Quran memang pernah menceritakan masalah mereka yang meengajar tanpa tauliah walaupun muqaddam, kerana tajwidnya salah.

Ini semua untuk kemaslahatan ummah.

Masuk universiti pun kena ada syarat-syaratnya, itu pun tak boleh fikir ke guna logik ? Nak jadik doktor pun kena ada tauliah sekarang ini.

Itu pun takkan tak boleh fikir.

cjb said...

KAMAR (PEGUAM SYARIE): Jika ada seorang mualaf datang kepada kamu dan meminta supaya diajarkan solat?
TARNUZI (PENGUATKUASA JAIS): Tidak boleh.

cjb said...

pulak dahh? JAIS menafikan tauliah tak diberi kerana tujuh penceramah itu dicop wahabi. Nafi pulok dah? JAIS bila dah gelabah mula la tak konsisten. sekejab wahabi, sekejab tauliah. mana satu ni JAIS?



Jais: Bukan kerana mereka Wahabi

Abdul Rahim Sabri

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menafikan ketujuh-tujuh ilmuwan Islam yang tidak diberikan tauliah, seperti yang dibangkitkan di DUN Selangor semalam, disebabkan mereka menganut aliran Wahabi.

Ketua penolong pengarah Bahagian Dakwah Jais, Ahmad Zaki Arshad berkata, permohonan mereka ditolak kerana "tidak mengikut prosedur mengisi borang".

"Borang yang diisi mesti disokong oleh ketua jabatan sekiranya berkerja kerajaan atau penghulu. Kita beritahu siapa yang boleh beri sokongan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"(Permohonan mereka) ini penyokongnya adalah (ADUN Hulu Kelang) YB Saari Sungib. (Cara) itu tidak mengikut peraturan.

"Kalau pekerja swasta, bosnya yang kena tandatangan, supaya kita boleh rujuk dengan ketua jabatan sekiranya berlaku apa-apa."

Wakil rakyat PAS itu mendedahkan nama tujuh penceramah agama, termasuk pensyarah kanan di universiti tempatan, tidak diberikan tauliah dalam satu surat Jais pada 19 Ogos lalu. [Baca juga Jais tolak 7 penceramah Wahabi?]

Ahmad Zaki juga menjelaskan, setiap calon yang ingin memohon tauliah mesti menjawab 20 soalan bertulis yang telah disediakan oleh jabatan itu untuk semua pemohon.

cjb said...

ajar solat kpd mualaf wajib ada tauliah di Selangor.

KAMAR (PEGUAM SYARIE): Jika ada seorang mualaf datang kepada kamu dan meminta supaya diajarkan solat?
TARNUZI (PENGUATKUASA JAIS): Tidak boleh.

JomFikir said...

Jika saya jadi anda cjb, dan saya ini tidak arif : saya anjurkan jumpa sahaja pihak yang berkenaan untuk mengajar lebih selamat.

Jumpakan dengan ustaz dan ustazah yang ada tauliah mengajar di sekolah, di masjid, surau.

Kenalah campur dengan masyarakat. Baharulah kenal siapa yang perlu kita minta bantuan.

JomFikir said...

Seronok pula liht orang copy paste keratan akhbar.

Penceramah agama di Johor perlu kebenaran MAIJ
JOHOR BAHRU 8 Nov. - Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menegaskan, setiap penceramah agama perlu mendapatkan kebenaran daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk menyampaikan ceramah di negeri ini.

Beliau berkata, ia adalah peraturan yang wajib dipatuhi bagi memastikan ceramah yang disampaikan tidak bercanggah daripada pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Selain itu, katanya, peraturan itu bukan untuk menyekat mana-mana aktiviti dakwah, sebaliknya bagi membendung sebarang usaha untuk mengembangkan fahaman Wahabi yang boleh menyebabkan perpecahan ummah.

"Sesiapa sahaja yang berceramah di Johor tidak mengira apa kedudukan atau kelulusannya maka dia mesti perlu mendapatkan kebenaran MAIJ.

"Ini penting bagi memelihara perpaduan dan ketenangan yang wajib dijaga dalam masyarakat Islam dan usaha-usaha untuk membawa kerosakan keamanan itu perlu dibanteras," katanya.
Beliau mengulas kenyataan pihak tertentu semalam yang menyatakan para penceramah agama sama ada penduduk tempatan atau orang luar tidak perlu mendapatkan tauliah daripada pihak berkuasa jika mahu menyampaikan ceramah di negeri ini.

Tahrir berkata, usaha-usaha mengembangkan fahaman Wahabi di negara ini perlu ditolak dan dibendung kerana ia akan menyebabkan perbalahan ummah kecuali di satu negeri.

"Kita tidak menyalahkan dia (fahaman Wahabi) tetapi ia hanya sesuai di negeri tertentu begitu juga fahaman Syiah sesuai di negara tertentu.

"Rantau ini sesuai dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah bermazhab yang selama ini kita amalkan maka sesiapa tak perlu kacau," tegasnya.

Beliau berkata, pegangan Al Sunah bermazhab Syafie selama ini berjaya membawa kepada suasana tenang, hormat-menghormati dalam soal hukum fiqah, manakala dalam soal tauhid, ia dipelopori Abu Hassan al-Asy'ari dan Abu Mansur al-Maturidi yang memberi impak besar kepada masyarakat Islam negara ini.
"Ini khususnya meletakkan keagungan dan kemuliaan Allah SWT yang langsung tidak serupa dan setanding dengan makhluk berpandukan kepada firman Allah yang bermaksud, Tiada Allah itu mempunyai persamaan sedikit pun dengan makhluk," katanya.

Justeru, tegas Tahrir, fahaman Wahabi yang menjisimkan Allah SWT adalah ditolak.

Selain itu, dalam hubungan sosial, jika fahaman Wahabi dikembangkan, tegas beliau, akan menimbulkan perselisihan di kalangan anggota masyarakat termasuk pergaduhan sesama ahli keluarga.

Tahrir berkata, Wahabi antaranya mencerca amalan membaca surah Yasin, tahlil dan talkin yang dikatakan bidaah, maka keadaan itu akan mengelirukan umat Islam.

Justeru, Tahrir berkata, umat Islam diingatkan supaya berwaspada dengan pihak-pihak tertentu yang cuba mengembangkan fahaman Wahabi di negara ini.

"Saluran pendidikan merupakan saluran penting untuk diperkasakan agar umat Islam terus berpegang kepada Ahli Sunah Wal Jamaah yang membawa kepada suasana damai dan aman di negara ini," katanya.

JomFikir said...

Mufti Pahang sokong tindakan Jais

KUANTAN - Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin ketika menyampaikan ceramah agama di sebuah banglo di Selangor.

Katanya, Dr Mohd Asri didakwa cuba mengelirukan masyarakat Islam melalui pertikaian mengenai amalan-amalan sunat yang dilakukan umat Islam sebelum ini, di dalam ceramah yang disampaikan.

“Pahang sudah menyedari perkara berkenaan dan tahun lalu, Jaip tidak membenarkan tokoh ulama (Dr Mohd Asri) itu mengadakan ceramah, di sini atas dasar itu.

“Kita tidak mahu masyarakat terkeliru dengan ceramah yang disampaikan mengenai amalan-amalan sunat yang sering dilakukan sebelum ini dan beliau seharusnya menghormati amalan yang diamalkan setiap negeri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Abdul Rahman berkata, itu tidak bermakna setiap penceramah perlu mendapat tauliah terlebih dahulu sebelum menyampaikan ceramah di negeri.

“Selagi mereka tidak mempertikaikan perkara sedemikian, tidak timbul masalah dalam soal tauliah atau tidak. Yang penting, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) memandang serius isu berkenaan bagi mengelak berlaku kekeliruan terhadap fahaman dan amalan yang dilakukan.

“Kita mempunyai amalan yang dilakukan mengikut dalil yang sahih merujuk kepada kitab yang diperakui.

“Kita juga tidak mempertikaikan ilmu yang beliau ada, namun pendekatan yang digunakan itu, menggambarkan beliau mahu memecah-belah masyarakat dengan isu sensitif dalam ceramah yang disampaikan,” katanya.

Katanya, Jaip juga sudah mengenal pasti beberapa pihak yang mempunyai niat seumpama itu ketika menyampaikan ceramah di negeri ini.

“Jaip sedang mengawasi pihak yang berkemungkinan cuba menyebarkan fahaman yang cuba mengelirukan masyarakat Islam dan penguat kuasa Jaip juga sudah bersedia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya pihak berkenaan meneruskan aktivitinya.

“Saya berharap, masyarakat peka dan tidak keliru sekiranya terdapat pihak yang tampil dan cuba menyampaikan dakwah bertujuan untuk mengelirukan dan mempertikaikan amalan yang diamalkan sebelum ini,” katanya.

manies said...

Tahniah kepada saudara blogger kbn
di atas keberanian anda menegur pemimpin PAS no wahid diselangor aka exco agama yang boleh dikategorikan sebagai tiada prinsip.

http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/

Sebelum menjawat exco agama selangor hatta sebelum selangor diperintah oleh PR berapa ramai penceramah pas tidak boleh masuk Masjid hasil daripada enakmen bengong yang perlukan tauliah ni.

Di awal kemengan Pas dan PR di negeri selangor menghasilkan ramai ustaz2 yg dpt menembusi masjid2 sehingga surau2 menjadi muram kerana kekurangan ustaz2.

Hari ini Allah mentakdirkan kita melihat seorg ustaz ditangkap kerana tiada tauliah. Ini bukan kes terpencil bahkan ramai lagi yang serupa tidak punya tauliah. INGAT hari ni ustaz asri kena mungkin suatu hari nanti ustaz pas pulak kena.

DUN Selangor majoriti dimiliki oleh PR. Bila2 masa saja boleh membawa usul untuk pembaikian enakmen tauliah ni. Antara nak buat kerja dengan tidak je.

Jangan jadi sesumpah la bro bila x da kuasa ckp lain bila dah ada kuasa ckp lain. Sesumpah kalau kat rumput jadi hijau kalau kat pokok2 jadi coklat. Muak tgk manusia prejudis.

Kepada semua AJK Masjid terutama Nazir2 masjid yang ada kuasa renungilah firman ALLAH dibawah ni.

"Wahai orang-orang yang beriman,
hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah,
lagi menerangkan kebenaran;
dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.

Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

[al-Maidah 5:08]

Biar Aku hilang jawatan tapi tanggungjawab aku untuk terus konsisten diwaktu belum ada kuasa dan selepas ada kuasa tetap sama adil, cakap mesti serupa bikin. Kepada Allah aku berdoa semoga diriku terus tetap istiqamah.


MaM

Ibn Salleh. said...

Dr Asri bidas wakil JAIS tentang penolakan ASWJ berkenaan Tauhid 3.Kini di ruang agama Utusan Malaysia dipaparkan kajian Ahli Panel Yayasan Sofa tentang Tauhid 3 Serangkai.Dr Asri and all the Wahabies, please read and understand what have been written in Utusan Malaysia.Kalau tak faham juga pergi berguru dengan Syeikh Fuad al-Maliki.
Di antara kandungan tulisan di Utusan Malaysia ialah:

"Untuk mempertahankan agama tidak cukup bermodalkan semangat juang dan sijil menjela-jela semata-mata sehingga kita terpekik dan terlolong tidak kena pada tempatnya tetapi memerlukan kemantapan ilmu, kecemburuan terhadap penodaan yang dilakukan ke atas agama dan umatnya, keikhlasan kepada Allah dan hati yang disinari cahaya oleh Allah."

cjb said...

Jemaah tabligh tidak dibenarkan berdakwah di Selangor. Berdasarkan keterangan pegawai JAIS di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya baru-baru ini Jemaah Tabligh juga menerima kesannya kerana kehadiran jemaah ini kini dipersoalkan oleh ahli jawatan kuasa masjid memandangkan mereka memerlukan tauliah dari JAIS untuk sesi ta'alim dan bayan jika melakukannya di masjid-masjid dalam negeri Selangor.

Dr. Hasbullah Ahdar, MD. said...

Assalamu'alaikum kepada semua,

Kita terlalu disibukkan dengan isu tauliah mengajar tafsir / hadist di surau surau dan masjid masjid.

JAIS memang berhak dan ada kuasa untuk melaksanakan undang undang untuk mengawal ajaran sesat dari diajar dan disebarkan.

JAIS mesti Jujur, 'Adil dan bijak dalam isu pemberian tauliah ni. Masyarakat Islam kini semakin mempunyai kecenderungan di hujung dua ekstrim -

1. Menjauhi Islam dan menjadi tak kesah agama

2. Mahukan pengisisan Islam dalam hidup mereka

Kedua dua golongan ini memerlukan guru guru , 'alim untuk mengajar mereka. Golongan 2 mahukan sesuatu yang lebih dari sekedar kuliah asas agama. Jadi, mereka lebih gemarkan pensyarah, tok guru dan 'Ulama, tidak lagi guru/ustaz 4 SANAWI yang kandungan kuliahnya KURANG ilmiah (too basic).

Maaflah JAIS / jabatan agama islam yang lain jika saya salah. Berdasarkan berita dari salah seorang pensyarah (Assoc. prof, dia baru saja dapat tauliah setelah sekian lama memberi kuliah di masjid masjid dan surau surau tanpa tauliah. Boss beliau (mestilah full Prof kan..?) masih tak diberi tauliah. Jadi, tak hairan kalau bekas mufti pun tak dapat tauliah.

PALING KELAKAR, TEMUDUGANYA IALAH UJIAN BACAAN FATIHAH. Saya dengar pun macam nak tergelak dan dah tergelak pun. Maaflah. Bagi saya macam tak kena gaya je.

Malang sekali ilmu masyarakat Malaysia setakat tahap 4 SANAWI je. Maka lahirlah masyarakat islam yang bertaqlid sahaja dengan apa yang guru/ustaznya ajar dan jangan banyak tanya. Banyak tanya nanti tak boleh jawab pula/tak cukup ilmu. Maka tahap pengetahuan mereka sekadar biasa biasa sahaja dan pemikiran tidak kritis dan tidak berkembang.

-----JAIS BUKA MATA DAN TELINGA ---

KENAPA TAK TANGKAP KETUA DAN PENGIKUT PENGIKUT QADIANI DI KG NAKHODA, BATU CAVE GOMBAK????????. Ajaran ini masih berkembang. Mereka lebih berbahaya lebih bahaya dari WAHABBI / SALAFI. Sekurang kurangnya WAHABBI / SALAFI
itu tidak dihukum sesat / murtad.

Jadi, beri tauliah kepada semua ustaz, pensyarah, tok guru dan 'ulama yang layak. Masyarkat islam memerlukan semua golongan ini.


Wassalam. Maaf kepada yang tersinggung.

JomFikir said...

Hasbullah,

Kelakarkah bila disuruh baca al Fatihah semasa temuduga ?

Berapa ramai yang boleh baca al Fatihah dengan betul ? Itu baru basic ... Al Fatihah tak betul, solat pun tak sah.. perkara asas je kan..

Anda tak taqlid ke Hasbullah ? sudah sampai taraf mujtahid mana anda ? Tarjih atau mutlaq sehingga tidak perlu taqlid ? Anda belajar al Quran dan hadith selama ini dengan siapa pula ? Adakah secara langsung kepada RasuluLlah ?

Cakap macam seolah-olah sudah tinggi ilmu kengkadang orang zaman sekarang nih (segelintir la), kononlah mencela taqlid, tapi tak sedar diri sendiri bertaqlid.

Kasihan pada diri sendiri yang tidak tahu mana duduknya..

JomFikir said...

Ulamak mujtahid mazhab yang boleh berpindah mazhab bahkan boleh mendirikan mazhab sendiri pun dalam permasalahan tertentu masih bertaqlid dan mengikuti mazhab.

Terpulanglah jika ilmu mungkin sudah tinggi, bahasa arab pun sudah dikuasai, nasikh mansukh, umum dan khas, asbabun nuzul, muhkamat dan mutasyabihat, balaghah/majaznya sudah dikuasai.. Begitu juga ulumul hadith dan ulumul quran sudah diteliti..

Lepas nih boleh kita tanya bebanyak pada mereka yang sudah tidak bertaqlid tu.. Harapnya jawapan hukum syarak dari diri sendiri. Bukan dari jawapan ulamak lain.

Takut jadi begini sahaja :

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Na'uzubiLlah.

Memang ada perkara yang jika kita tanya maka kita sendiri akan keliru, sebab kita tidak memahami. Contohnya proses mengistinbath hukum. Kalau bercakap dengan orang yang sudah ada latarbelakang pendidikan usul feqh, feqh dan belajar feqh muqarran tentu takda masalah. Tetapi jika yang bertanya itu sendiri adalah jahil, dan sekiranya dijawab akan menambahkan kekeliruan. Memang tidak perlu dijawab.

Pemahaman tentang hadith sahih pun ramai yang GAGAL nak menguasai.. sebab dia ingat semua hadith sahih boleh diguna terus.

Dr. Hasbullah Ahdar, MD. said...

Ralat...

Berdasarkan berita dari salah seorang pensyarah (Assoc. prof. Pengajian Islam sebuah Universiti terkemuka di negara ini, beliau baru saja dapat tauliah setelah sekian lama memberi kuliah di masjid masjid dan surau surau tanpa tauliah. Boss beliau (mestilah full Prof kan..?) masih tak diberi tauliah. Jadi, tak hairan kalau bekas mufti pun tak dapat tauliah.

JomFikir said...

Ulamak mazhab syafie pun ada yang dihalang berceramah oleh Dr Asri semasa beliau jadi mufti. Jika nak besarkan isu berkenaan tentu dh boleh. Sebab ulamak tersebut datang untuk mengajar dan memberi kuliah agama, bukan ajaran sesat pun, serta boleh merujuk pada pihak kedutaan mengenainya. Tentu boleh pertikai lagi sebagaimana yang dibuat oleh Dr Asri.. Tetapi begitulah, perkara ini tidak mahu diperbesarkan.

Dr. Hasbullah Ahdar, MD. said...

Ustaz JOMFIKIR,

saya bertaqlid macam enta juga. Maksud saya bila ada ramai 'alim yang tinggi ilmunya, akan meninggkatkan lagi tahap keilmuan masyarakat. Saya tak perlekeh Ustaz 4 SANAWI, level basic ni tetap penting. Harus enta ingat kedahagaan ilmu seseorang berbeza beza. Apa firasat enta tentang saya?..

Mungkin enta tergolong dari para 'alim yang saya maksudkan yang dapat membantu perkembangan ilmu alquran,al-hadist dan lain lain untuk masyarakat di Malaysia.

Di mana enta mengajar?.

Kalau berkebetulan dengan kelapangan masa saya, saya boleh duduk belajar.

Saya yakin dengan kelebihan/fadhilat menuntut ilmu belajar ilmu dan mengamalkan ilmu yang dipelajari semampu yang boleh.

Wassalam.

Unknown said...

nak ajar solat & mukaddam pun kena ada tauliah kalau di Selangor. apa yg pegawai JAIS ni merepek? JAIS is too much. terlalu nak menunjuk kuasa.

Unknown said...

Hasan Ali Terima Surat Tunjuk Sebab

SHAH ALAM, 10 Nov (Bernama) -- Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau telah menerima surat tunjuk sebab daripada Jawatankuasa Disiplin parti itu semalam dipercayai berhubung kenyataannya yang bercanggah dengan pendirian parti.

JomFikir said...

Muhammad afiq :

nak ajar solat & mukaddam pun kena ada tauliah kalau di Selangor. apa yg pegawai JAIS ni merepek? JAIS is too much. terlalu nak menunjuk kuasa.

------------------

Patutnya baca penjelasan dan buka minda anda yang saya nampak menyempitkan. Patut anda tanya juga di Perlis dahulu, Dr Asri membenarkan tak orang mengajar tanpa tauliah ?

---------------


Hasbullah, perkataan anda itu menyebabkan orang salah tafsir. Lain kali tulis betul-betul. Tak perlu belajar dengan saya Hasbullah, saya hanya dapat memberi kefahaman pada mereka yang nak faham. Hasbullah boleh belajar dengan alim ulamak yang ada di negara ini. Terlalu ramai. Di Sekolah pondok Pasir Tumboh, Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin, Ustaz Abdul Kadir al Joofre, ramai lagi... sambil belajar... sambil kita perbaiki akhlak kita dalam belajar dan beradab dengan ilmu dan juga sesama manusia.

Unknown said...

so i can't teach my own child mukaddam & solat if i stay in selangor? don't give me a very lame reason bro just bcoz you hate Dr Asri. pls use our own rasional & common sense.

jomfikir, do you teach yr kids mukaddam & solat? i'm sure you are. don't simply defend JAIS bcoz you hate Dr Asri & his friends. we need to use our common sense too insyaallah.

mfrstudio said...

dah teruk sangat nifaq syaitan-syaitan ini.

tak cukup menyamar di cbox, menyamar di dalam ruang komen pula.

bersusah payah klon akaun blog orang.
akaun sebenar ustaz zamihan:
http://www.blogger.com/profile/07170806664539178035

akaun penyamar:
http://www.blogger.com/profile/17868429323569154492

akaun sebenar aryna:
http://www.blogger.com/profile/18276515932200361536

akaun penyamar aryna:
http://www.blogger.com/profile/13945441555216095034

saya kira sindrom setan ini dah semakin teruk, kronik, dan sangat mencelakakan diri si penyamar ini.

dia sakit mental atau sakit jiwa, kita pun tak faham kenapa dia sampai nak jadi setan semata-mata nak cetuskan fitnah macam ni. entahlah, dunia dah pelik.

JomFikir said...

Muhammad Afiq said...

so i can't teach my own child mukaddam & solat if i stay in selangor? don't give me a very lame reason bro just bcoz you hate Dr Asri. pls use our own rasional & common sense.

jomfikir, do you teach yr kids mukaddam & solat? i'm sure you are. don't simply defend JAIS bcoz you hate Dr Asri & his friends. we need to use our common sense too insyaallah.

--------------------------

Muhammad afiq, jika anda nak mengajar sendiri disebabkan anda mampu nak mengajar silakan. Nak mengajar solat pun silakan juga.

soalan saya pun tak berjawab lagi, di Perlis bagaimana soal pentauliahan tersebut ? Sibuk nak menyerang JAIS Selangor. Dr Asri yang tidak membenarkan ulamak lain berceramah mengapa tidak dihebohkan ? ada apa-apa ke saudaraku ?

Urusan agama di sana biarlah di sana. Jabatan Agama negeri masing-masing yang uruskan.

Di tempat saya, memang sudah ada guru-guru agama yang ditauliahkan untuk mengajar mengaji, nak belajar solat samada ibu bapa hendak mengajar atau di sekolah. Jika di rumah, ibu dan ayah meneruskan didikan dari pembelajaran di sekolah. Guru-guru tu ada tauliah mengajar.

JomFikir said...

Alhamdulillah,

saya dapat membezakan siapa aryna yang benar dan siapa aryna yang menyamar dan berbohong. Sungguh yang berniat jahat itu Allah akan dedahkan juga siapa dirinya.

nick Aryna palsu jika diview baru berbelas orang, manakala Aryna yang tulen sudah mencapai seribu lebih orang melihat profailnya.

Melampau juga yang menggunakan nick puan Aryna, bagi saya tidak beradab.

aryna said...

sila.. sila... kasihan si penyamar aryna dengan sengaja dan di dalam sedar berbuat dosa..
tu la.. suka sgt bidaahkn ibadah orang.. sendiri tak nak buat ibadat, tapi buat dosa boleh pulak ya...

saya nak ingatkan tuan, di akhirat nanti, jika tak ada pahala tuan yang dapat diberikan kepada orang2 yg tuan aniaya, maka dosa orang2 yg dianiaya itu pula yg tuan akan tanggung..

saya setuju dgn tuan Jomfaham..
berbincang secara ilmiah.. berlapang dada bila berhujah..
lakukan dengan seikhlas yang dapat utk mencari kebenaran dan keredhaan ALLAH..

hati yang bersih InsyaALLAH mudah mendapat taufik dan hidayah..
ALLAH takkan sesiakan..

wallahualam..

nobody said...

yang menyamar Ustaz Zamihan pun aderr kat sini...

Ibn Salleh. said...

Salam untuk Tuan Blog.Nasihat saya agar Tuan tidak memaparkan fitnah dari pengomentar yang menyamar sebagai Tuan dan juga Aryana dalam blog Tuan.Cukuplah segala penyamaran yg berlaku dalam chat box oleh individu2 yang tidak bertanggung-jawab.Tujuan komentar adalah utk memberi pandangan baik secara persetujuan ataupun secara kritik sebagai feedback kepada penulisan Tuan dan bukannya secara memfitnah.

Visit Bil.