Tuesday, September 29, 2009

IMAM SUNNI DITUKAR

Masjid al'A'la, Behor Temak, Perlis : Lambang campurtangan Wahhabiy Perlis

Imam bukan Wahabi ditukar?

Jimadie Shah Othman Sep 28, 09 5:17pm


Arahan pertukaran beberapa orang imam di Perlis baru-baru ini telah mencetuskan tanggapan mengenai kemungkinan wujudnya usaha untuk memperluaskan fahaman ‘Sunnah Perlis' atau ‘Salafi' yang pada masyarakat umum, dikenali sebagai Wahabi. Walaupun negeri-negeri di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie dalam pengamalan fekah masing-masing, tetapi Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab, sebaliknya menggunapakai hujah yang terkuat daripada keempat-empat mazhab utama bagi mengeluarkan sesuatu hukum.


Perdebatan agama sentiasa tercetus di negeri itu ekoran terdapat fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan dalam fahaman ‘Sunnah Perlis; antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah, tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh, manakala bacaan bismillah sebelum bacaan al-Fatihah dalam solat, dibaca secara perlahan, berbanding yang diamalkan dalam Mazhab Shafie.


Walaupun Perlis menerima ‘Sunnah Perlis' atau ‘Salafi' dalam undang-undang tubuh negeri itu, tetapi sejak 40 tahun lalu, ia tidak dikuatkuasakan. Ia juga diterima sebagai tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bagaimanapun, sehingga ini Malaysiakini difahamkan sebahagian besar atau 65 peratus daripada kira-kira 100 masjid di Perlis, tidak mengamalkan ‘Sunnah Perlis' tersebut kerana mereka berpegang sepenuhnya kepada ajaran Mazhab Shafie. Malaysiakini juga difahamkan bahawa dua imam di sebuah masjid di Kangar itu - Masjid Al-A'la Behor Temak - yang tidak mengamalkan fahaman ‘Sunnah Perlis' - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu. Menurut sumber, fahaman ‘Sunnah Perlis' atau ‘Salafi' itu mula digiatkan kembali apabila Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi mufti Perlis. Sumber itu juga mendakwa, mufti sekarang Dr Juanda Jaya, turut meneruskannya.


‘Tidak beri alasan pertukaran'
Menurut sumber tersebut, dalam surat yang ditandangani pengarah JAIPs, Malik Hussin, itu juga tidak menyatakan sebab pertukaran itu dengan jelas, tetapi sebaliknya memberikan alasan ia merupakan penyelarasan dan penyusunan semula imam di Perlis."Sekarang mereka mula dengan Masjid Al-A'la Behor Temak dulu, nak tengok respons (masyarakat) dulu," katanya sambil menambah, dua lagi masjid di Kangar, Masjid Behor Empiang dan Masjid Jalan Guar Syed Alwi bakal menjadi sasaran seterusnya."Mereka sudah pergi dan maklumkan kepada masjid-masjid tersebut," kata sumber itu lagi.


Menurutnya, fahaman tersebut tidak pernah dikuatkuasakan sepanjang Datuk Alim Panglima Mat Jaya Hussin menjadi mufti selama 22 tahun di negeri itu sebelum ini. Manakala Dr Mohd Asri pula hanya mengeluarkan "fatwa" supaya ajaran itu diikuti, tanpa mengambil tindakan menukarkan imam masjid. Difahamkan, sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga imam masjid di Behor Temak itu meletakkan jawatan pada 31 Ogos, walaupun hanya dua daripada mereka yang terbabit dalam pertukaran tersebut.


Penduduk hantar memo
Beberapa penduduk setempat juga membantah arahan pertukaran JAIPs dan telah menghantar surat rayuan bertarikh 14 September lalu dan memorandum bantahan yang ditandatangani kira-kira 200 penduduk. Ia diposkan kepada JAIPs Sabtu lalu. Difahamkan juga, beberapa tokoh dalam majlis agama negeri itu dan NGO - Institut Sunnah Perlis - dikaitkan sebagai usaha menggiatkan pengembangan fahaman tersebut.


Di segi sejarahnya, aliran Wahabi diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab di Arab Saudi pada 1701 dan popular di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania. Di Malaysia, ia mula dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang dikenali sebagai gerakan Kaum Muda yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah sebelum kemerdekaan negara pada 1957.Aliran itu dikembangkan daripada pandangan-pandangan Ibnu Taimiyyah - tokoh pembaharuan Islam pada abad kelima selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW - yang membawa idea menyucikan agama dengan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah, menggalakkan ijtihad (walaupun jahil tukil) dan menolak bid'ah dalam Islam (walaupun ianya sunnat menurut mazhab lain). Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/113749


Ulasan :

1) Saya tidak terkejut langsung apabila mendengar ada imam ditukar di Perlis atas alasan tidak mamatuhi peraturan Sunnah ala Wahhabiy yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Perlis. Kekeliruan berhubung pengurusan hal ehwal agama Islam di Perlis sentiasa berlaku apabila pentadbirnya bersikap keras kepala untuk tidak berpegang kepada pandangan mazhab muktabar. Mereka sebenarnya bukan berpegang kepada pandangan terkuat dikalangan ulamak. Akan tetapi lebih cenderung kepada pendapat Wahhabiy. Iaitu, metodologi Syeikh Muhammad Abdul Wahhab yang berinspirasikan pendapat Syeikh Ibn Taimiyyah dan Syeikh Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Akhirnya, mereka jenamakan sebagai pendapat Sunnah @ Salafi. Jika benar mereka mengikut sunnah @ salafi, nescaya tiada 'pertelingkahan' dalam soal usul mahupun furuk. Tetapi jika sering berlaku pertelingkahan..inilah padahnya berpedomankan Salafi Wahhabiy.


2) Menurut observasi yang dilakukan, sekali sekala, mereka juga mengikut pandangan terkuat. Tetapi kebanyakkannya mereka mengutip rukhas ulamak(pandangan yg ringan dikalangan ulamak). Contohnya, dalam kes anak yang lahir dibawah 6 bulan boleh di daftarkan kepada bapa yang menyetubuhi ibunya. Mereka telah fatwakan. Ternyata, keputusan ini bertentangan dgn Ijmak ulamak dan Enakmen Negeri Perlis sendiri dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Sebab itulah, fatwa ini dibantah oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Lalu ia tidak boleh dikuatkuasakan. Perlu disedari bahawa pertelingkahan agama yang sering berlaku ini bukan hanya dalam negeri Perlis sahaja. Sebaliknya turut menghuru-hara fahaman umat Islam se-Malaysia.


3) Pada hemat saya, Imam tersebut tidak perlu meletak jawatan. Tunggu sahaja untuk dipecat. Kemudian ambil tindakan undang-undang. Ini kerana pemakaian 'Sunnah' di negeri Perlis itu banyak tafsirannya. Lagipula, undang-undang tubuh negeri yang berasaskan 'Sunnah' tidak pernah dikuatkuasakan sehingga kini. Ia hanya conggakan beberapa individu tertentu sahaja. Jika hendak dikuatkuasakan pun, undang2 Sunnah Wahhabiy perlis pula perlu diselaraskan dengan Enakmen Undang2 Syariah yang sedia ada di Negara kita. Kita akan lihat apa yang boleh diterima dan ditolak.


4)Sepatutnya, pihak berkuasa agama menghormati pandangan dan amalan majoriti 65% penduduk Perlis.Menyelesaiakan kekusutan yang berlaku. Sayangnya, mereka hilang fungsi. Sebaliknya hanya tunduk akur kepada arahan individu tertentu sahaja. Dr asri dengan Dr Juanda tu 5x10 sahaja. Mana2 mereka yang tak kick "Salafi-Wahhabiy' pasti tak dapat jadi Mufti Perlis. Inilah penangannya. Orang lain dah lama maju, kita dok berbalah benda2 yang merugikan ummat. Allah akbar!


5) Hamba rakyat yang tidak berpuas hati boleh menghantar memorandum kepada Raja Perlis. Jika tiada tindakan, hantar kepada Agung dan PM. Kalau tak puas hati juga, tukar kerajaan sempena pilihanraya akan datang. Kalau tak puas hati juga, swastakan masjid berkenaan. Jadikan ia bebas dari pihak berkuasa agama.

12 comments:

Ibn Salleh. said...

Salam, Dr Asri kata dia bukan Wahabi."Sunnah Perlis" bukan Wahabi tetapi aliran pembahruan utk memajukan umat Islam.Ini adalah kata2 Dr Asri kpd Malaysiakini.
Ulasan:Kita tidak disuruh ikut "Sunnah Perlis" spt apa yg dikatakan oleh Dr Asri.Kita dituntut ikut "Sunnah Nabi".Kalau semua amalan dikatakan bida'ah, itu kerja Wahabilah tu.Golongan Salafi tak pernah nak membida'ahkan orang lain apatah lagi sewenang-wenangnya mengatakan seseorang itu sesat.Barzanji dkatanya syirik,selawat Syifa' juga syirik,tahlil bida'ah,inilah dia ajaran Wahabi.Kalau Dr Asri tak nak mengaku pun tak apa tapi satu Malaysia dah tahu dah yang mana dia Salafi dan yang mana dia Wahabi.

Dakwah Orang Awam said...

Hebahan utk semua.Kekosongan Imam di masjid Al'A'la,Behor Temak Perlis.Syarat2 untuk jawatan Imam adalah seperti berikut:
1)Tidak membaca Basmallah di awal Surah Fatihah.
2)Tidak berqunut pada waktu Subuh.
3)Tidak mengamalkan bacaan Yasin pada malam Jumaat.
4)Tidak bertahlil walaupun ada permintaan.
5)Tidak mengamalkan bacaan wirid selepas Solat.
6)Tidak mentalqinkan mayat sewaktu dikebumikan.
7)Tidak menyambut Maulidur Rasul spt. apa yg. dilakukan oleh negeri lain.
8)Tidak mengamalkan bacaan Yasin pada malam Nisfu Sya'aban.
9)Kalau berdoa tak boleh bertawassul.
10)Tidak mengamalkan bacaan barzanji jika diundang.
Jika anda melepasi kelayakan2 tersebut, sila berhubung dengan Dr. Juanda atau Dr.Asri.

JomFikir said...

Assalamu'alaikum,

sudah masanya mereka yang sedar tentang bahaya wahhabi dan dakyah mereka untuk disebarkan pada masyarakat Islam samada melalui sms, emel, dan segala jenis medium yang ada.

Sudah banyak permusuhan, kekeliruan yang dibawa oleh ustaz yang beraliran wahhabi ini.

Banyak masa terbuang untuk menjawab dan melayan tuduhan tidak berasas mereka. Amalan ibadah yang disyariatkan pun dituduh sesat oleh golongan wahhabi salafi.

rilek la said...

lu kech la bro. 13 negeri lu control... nak masuk surau n masjid lu band lu x kecuh lak bro...

Ni baru 1 masjid lu dah nak buat kecuhh. lu memang kecuh la bro.

Unknown said...

Salam.
Satu lagi syarat nak jad Mufti Perlis, mesti bijak dan boleh berfikir, tidak jumud dan taksub mazhab. Sebab tu lah dia boleh jadi felo akademik di Universiti Oxford.

JomFikir said...

kepada rilek la..

lua lagi la kecoh... takkan lu tak tahu imam yang dibenci oleh penduduk, boleh tak dia jadik imam kat tempat tu?

Cuba lu belajar balik dalam hadith apa RasuluLlah ajar.

Imam yang dibenci

Makruh berimamkan orang dibenci oleh kebanyakan makmumnya. Dalilnya sabda Nabi s.aw:

"Tiga golongan yang solatnya tidak diangkat oleh Allah dari kepala mereka:(salah satunya) seorang lelaki yang menjadi imam kepada satu kaum sedangkan mereka benci kepada imam itu." (Hr Ibnu Majah - hasan)

Abu Nur al-Dununiyy said...

Tak hairanlah Dr. Mohd Asri dapat jadi felo akademik di Universiti Oxford, krn "kesarjanaan"nya diiktiraf oleh universiti milik org kafir... Cuba dia minta jadi felo @ pensyarah di pondok, pesantren, ribat @ madrasah Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah sudah tentu dia tak diterima, mungkin dia dinasihatkan menjadi murid dulu... Pengajian universiti tak punya sanad, dan inilah cara Yahudi & Kristian...

pendekartua said...

Mungkin Imam-Imam yang ditukar tu cuba nak buat mazhab baru di Perlis.

Macam jadi tekong tahlil waktu kenduri aruah, nak kata wahabi pun bukan, nak kata mazhab Shafie pun bukan.

Nak kata tok Imam tu bertaraf mujtahid mutlak nak buat mazhab baru tentulah jauh sekali.

Mr Priceless said...

Salam,

saya bukanlah orang yang tahu menahu, dan cuma memberi pendapat peribadi saja. Hal ini saya pernah dibincangkan dengan seorang Ustaz ditempat saya bekerja, kata sebagai umat Islam kita perlu bersatu sebagai Ummatanwahidah, dan kesamaan itu perlu dalam masyarakat. Dan mengambil kira mazhab syafie dalam perundangan Malaysia adalah sebagai satu kesepakatan kepada umat Islam di Malaysia. Sebagai contoh di Perlis mereka menggunakan hujah terkuat dr mana2 mazhab akan menimbulkan kesukaran untuk melaksanakan sesuatu arahan dan perlaksanaan. Namun begitu beliau berkata, sebagai individu adalah tidak salah sekiranya menggunakan mazhab selain Shafie, tp untuk keseluruhan umat Islam malaysia ianya perlu, atas dasar kesatuan dan perundangan. Katanya lagi, untuk membuat satu sistem atau untuk menyatukan umat Islam mengambil masa bertahun2 lamanya, namun untuk memecahkan umat Islam dalam masa sehari ianya sudah memadai.
Selain itu, saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin.

anis al-faqiir said...

Kalau betul-betul nak ikut Sunnah, x laratlah gayanya. Manakan tidak, walaupun Nabi s.a.a.w terawih 8 rakaat, tapi sampai hampir masuk waktu Subuh. Startnya pun bukan terus lepas Isya'. Pada para Wahhabi sekalian, ikutlah sunnah Nabi yang paling agung, Akhlaknya yang mulia. Ni dak, nak tolak ulama2 majoriti dan muktabar seolah2 mereka tu bodoh. Tolonglah cermin diri tu sikit.

Prebet Lapok RELA said...

Sahabatku....

saya pernah berdebat dengan biras saya (tak tahulah dia ni terikut wahhabi ke tak) dia ada cakap, ada orang kata '4 mazhab feqhiyyah (hanafi, syafei, maliki dan hanbali) merupakan ciptaan yahudi untuk mengucarkacirkan umat Islam, dan kita kenalah ikut sunnah Nabi SAW........'

Pening jugaklah nak terangkan, puas terangkan mengenai adab kita dengan ulamak, cara2 ulamak mengambil hukum dsb seperti yang pernah Syeikh Mohd. Fuad Rembawi terangkan dalam kuliahnya...dahlah tu, saya gunakanlah "kalau kita guna kereta nih kita tak ikut sunnah Nabi SAW..."

Dia boleh jawab: " Itu bid'ah dalam kehidupan seharian, tak mengapa kita ikut, ni bid'ah dalam agama......"

last2 dengan bantuan Allah teringat akan hadith bersugi dalam kitab Jawhar Mauhub, saya pekenalah dia " kalau tak bersugi berdosa, sebab hukumnya wajib.....kalau tak mandi Jumaat berdosa sebab hukumnya wajib...."

Terdiam jugaklah dia kan...masuk kat kepala...dan saya terangkanlah ulamak2 mazhab ni memperincikan lagi hadith Nabi SAW....diorang buat ada displin, bukan main taram je.....

Kalau betul2 nak ikut Nabi SAW, sanggup nak solat malam sampai bengkak2 kaki, sanggup tak makan kalau orang rumah tak masak? silap2 pelempang kita bagi kat orang rumah.....

Barulah dia faham.....

Dan last sekali saya bedal..." kalau ikut sunnah, kenapa kahwin hantaran nak tinggi2?.......Nak amalkan agama mau yang mudah je, tap nak amalkan adat2 yang karat marat ni ikut satu2....biar mati anak jangan mati adat.........sedangkan antara agama dan adat, agama didahulukan..."

Memang kaw2 saya pekenakan dia...huhuhuhuhu.....

Unknown said...

usahlkah berkelahi, tuduh menuduh dalam blog antara orang Islam. Dah le orang Melayu berpecah kerana parti ni nak berpecah kerana aliran pemikiran agama. Buat satu forum atau dailog. Dr Asri orang pandai, Uztaz Zamihan orang berilmu ada ijazah berjela=jela, ada pangkat pulak dalam JAKIM. Jangan buat orang keliru, jangan tuduh menuduh buat orang sesat.

Visit Bil.