Monday, February 2, 2009

DAR IFTA' JAKIM



PENUBUHAN BAHAGIAN PENGURUSAN FATWA DAN PEMBANGUNAN IJTIHAD, (DAR IFTA' MALAYSIA)


Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menubuhkan Bahagian Pengurusan Fatwa Dan Pembangunan Ijtihad yang mula berkuat kuasa pada 2 Januari 2009. Bahagian ini diberi mandat untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan pembangunan Fatwa, pengurusan Fatwa dan penyelarasan Fatwa. Penubuhan Bahagian ini amat penting bagi menyeragamkan fatwa2 yang dikeluarkan oleh negeri. Sekaligus mengelak pertentangan fatwa antara negeri dan mengurangkan jurang kontroversi yang membingungkan ummat.


Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam pengurusan ijtihad. Ijtihad dari para alim ulamak tempatan diselaraskan dengan ulamak semasa dalam menatijahkan hukum-hukum kontemporari lagi mencabar. Pelarasan diantara kedua pandangan ini membolehkan kita mengikuti sesuatu pandangan secara berdisiplin dan teratur. Bagi mencapai maksud usahasama, bahagian ini mempunyai jalinan yang erat dgn Majlis Feqh Sedunia, Dar Ifta' Mesir, Muslim College, Badan-badan Islam seluruh dunia dan lain-lain.



Sebarang pertanyaan atau surat-menyurat ke Bahagian ini boleh dialamatkan seperti berikut:
PengarahBahagian Pengurusan Fatwa Dan Pembangunan IjtihadJabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 5, Blok D7, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62519 PutrajayaTel: 03-88864240 / 88864233/88864180Faks : 03-88892032

4 comments:

Khairi Jalalluddin said...

Bagus tu untuk menyelaras fatwa yang kadang-kadang di salahgunakan oleh pihak2 tertentu.

Anonymous said...

bagi aku, bukan setakat menyelaras fatwa, mufti pun kena distandardkan agar tidak jadi macam drmaza. samada dari segi ilmu, mazhab,akhlak, mahupun dari segi kethiqahan di pandangan alim ulama lain. biar tahu yang mana ilmu fatwa dan ilmu untuk amal diri dan ilmu untuk dihebahkan pada orang ramai.jangan berani tak tentu pasal tanpa ada adab dan etika orang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat dan agama.

la_abwa said...

setuju dgn komen dari 'masalah umat',malah sepatutnya JAKIM kena ujudkan j/kuas pemantau blog dan laman web. begitu juga buku2 agam septunya dilulus oleh JAKIM baru boleh keluar/publish. Sekarang ramai sangat penyusun2 buku yg macam pandai...walaupun tak pernah berguru. Mereka berasakan pendapat bahawa Islam itu haq semua orang bukan haq org sekolah agama shj.. itu yg payah.

Unknown said...

yerla tu, wujudkan ulama yg pengecut? yg dayus? apa2 yg dikatakan yg tak kena selera perut kita oleh sorang ulama tu, lalu ulama itu dikatakan melampau? tader akhlak? jd ulama mcm al-ghari ni? dok terpekik terlolong mengata saudara muslimnya sendrik? nak ulama yg mcm al-ghari ke? ulama JAKIM? dok tader keja kuar fatwa yg terang2 dah ada hukumnya dr Quraan dan Hadis? baik gi dok nasihat raja2 melayu, PM, TPM dan yg seangkatan dgnnnya...tak berani? nape? takut kena lucut jawatan? kata hebat sgt ilmunya? dahla, cukup2la menghentam org lain...buat keja elok2...bagi kuliah yg berisi skit, bukan kuliah kosong, bunyi jek lebih, tp kosong, mcm ketuk tin kosong! jgn jd HIPOKRIT!

Visit Bil.