Thursday, September 4, 2008

TAKZIAH & PUJIAN

Ketua Pengarah JAKIM : Dato' Hj Wan Mohammad Dato' Syeikh Abd Aziz



Jenazah Syeikh Abdullah sewaktu dikelurkan untuk disemadikan berdekatan Masjid Jamik Abi Haydar, Bayrut



PERUTUSAN KHAS TA'ZIAH DAN PUJIAN OLEH: KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DATO' HJ WAN MOHAMAD BIN DATO' SHEIKH ABDUL AZIZ DI ATAS KEMBALINYA AL-MUHADDITH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI KE RAHMATULLAH

Y.Bhg Dato' mengucapkan :" Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan insan yang soleh dan mulia, pemergian beliau juga pada bulan yang mulia (Ramadhan). Benarlah ungkapan: 'orang yang mulia kembali kepada Allah pada bulan yang mulia'. Ta'ziah saya ucapkan untuk ahli keluarga, anak-anak murid dan seluruh pengikut Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari Rahimahullah.- Wan Mohamad KP JAKIM " .

* Sumber ucapan dipetik daripada perutusan khas yang dihantar sendiri oleh KP JAKIM kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah pada Rabu, 3hb September 2008, jam 11:07pm waktu Malaysia.

Malah Mufti-Mufti lain turut mengucapkan takziah dan pujian terhadap Syeikh Abdullah. Antaranya SS Mufti Negeri Pahang, SS Mufti Terengganu, SS Mufti Selangor, SS Mufti Johor, YADIM, SS Mufti Australia dan lain-lain NGO Islam seluruh dunia.
Apakah mereka ini dikira sebagai 'Ahbash', Jamaah Takfir, Kumpulan sesat, Fanatisme Agama??? Hanya Wahhabiy @ mereka yang mengakses maklumat dari tokoh Wahhabiy yang menjenamakan mereka sedemikian. Jika Syeikh Abdullah tidak menentang doktrin Wahhabiy ternyata tak wujud gelaran sebegini. Ramadhan juga telah menyaksikan bahawa jutaan Umat Islam seluruh dunia menunaikan solat jenazahnya. Semoga Allah menyucikan sirnya. Aamiin.

2 comments:

YenG said...

salam ustaz zamihan, bila lagi nak buat kuliah jumaat kat masjid ar-rahman, universiti malaya?

Ibnu Muslim said...

Allah jua sebaik-baik pengadilan. Tetapkan pegangan & teruskan perjuangan Ust. Kebenaran pasti jelas jika tidak di dunia,Insyaallah tunggu diakhirat kelak.

Visit Bil.