Tuesday, September 2, 2008

MEMBONGKAR IDENTITI SEJARAH WAHHABIY



Bagi yang tidak tahu menahu tentang sejarah Wahhabi, kemungkinan paparan ini keterlaluan jika nak dibandingkan dengan gerakan Wahhabiy versi sekarang. Namun, jika anda menelusuri sejarah, terbukti bahawa Wahhabiy bukan setakat fahaman tetapi merupakan satu gerakan ketenteraan. Dengan Ketumbukan ketenteraan yang ada golongan ini bertindang menyerang dan membunuh umat Islam ketika mereka hendak menakluki Kota Thoif.


1- WAHHABI MENYERANG KOTA THOIF SETELAH MENGALAHKAN PEMERINTAHAN ASY-SYARIF GHOLIB, WAKIL PEMERINTAH KERAJAAN UTHMANIYYAH DI MAKKAH PADA ZUL QAEDAH TAHUN 1217H BERSAMAAN 1802M. DALAM SERANGAN INI, GERAKAN WAHHABI MEMBUNUH PENDUDUK THOIF TERMASUK WANITA DAN KANAK-KANAK SERTA WAHHABI TURUT MENYEMBELIH BAYI YANG MASIH DIPANGKUAN IBUNYA.( Sila rujuk : Kasyfu Al-Irtiyab Fi atba' Muhammad Abd Wahhab, Syeikh Muhammad Muhsin Al-Amin,Cet Ke-3, t.pt, t.thn, hlm 18 dan Umara' Fi Bilad al-Haram, Syeikh Ahmad Zayni Dahlan, Cet Dar al-Muttahidah li Nasyr, hlm 297


2- Tentera WAHHABI MEMBUNUH UMAT ISLAM DI DALAM MASJID, RUMAH, DAN WAHHABI BERTINDAK MENGEJAR SESIAPA YANG LARI DARI SERANGAN MEREKA LALU MEMBUNUH KEBANYAKAN MEREKA YANG MELARIKAN DIRI.(Umara' Fi Bilad al-Haram, Syeikh Ahmad Zayni Dahlan,hlm 297


3- TENTERA WAHHABI JUGA MENGUMPUL SEBAHAGIAN PENDUDUK THAIF DALAM SATU KAWASAN. KEMUDIAN DITETAK LEHER MEREKA HINGGA MATI. SEBAHAGIAN PENDUDUK THAIF JUGA DIBAWA OLEH TENTERA WAHHABI KE SATU LEMBAH BERNAMA WADI ALUJ (JAUH DARI PERKAMPUNGAN). LANTAS MEREKA DITINGGALKAN DI LEMBAH YANG KOSONG ITU DALAM KEADAAN BERBOGEL TANPA PAKAIAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN. ( Sila rujuk : Sofahaat Min Tarikh Al-Jazirah Al-Arabiyah Al-Hadithah, Dr. Muhammad 'Audh Al-Khatib, hlm 178.


Kesimpulan :

1) Menyokong Gerakan Wahhabiy beerti menyokong pembunuhan dan kekejaman mereka terhadap umat Islam.

2) Islam tidak menghalalkan pembunuhan terhadap saudara seislam tanpa ketentuan syarak yang sah.

3) Tidak syak lagi bahawa fahaman Wahhabiy akhirnya membentuk kekuasaan & gerakan. Gerakan ini digunakan untuk melanyak umat Islam sendiri sehingga mengorbankan beribu-ribu nyawa yang tidak berdosa.

4) Sejarah membuktikan kepada kita bahawa gerakan Wahhabiy meletuskan kekacauan dan keganasan. Mula-mula kekacauan berfikir dalam kerangka agama. Akhirnya membawa keganasan yang menumpahkan darah.

5) Kemungkinan besar KMM, JI, TALEBAN, SIFAH E-SAHABAT, LASYKAR E-JANGAVI DAN AL-QAEDAH adalah versi dakwah bersenjata hasil produk Gerakan Wahhabiy. Inilah fitnah yang dibayangkan Nabi SAW dari negeri Najd. Maka Perhatikanlah.

2 comments:

Abu madani said...

assalamulaikum
SS us zamehan
di malaysia ini wahabi versi yang mana satu? maknanya tak de kena mengena dengan negeri perlis lah yer....diorang tu salafi.....ust pulak dari golongan khalaf. masing2 ada hujjah yang dipegang. tetapi disisi allah yang benar itu satu sahaja, yang mengikut al-quran dan as sunnah sebagai tonggak...terima kasih kerana terangkan siapa itu wahabi....

Ibnu Muslim said...

Ana sokong abu madani. Ana lihat yg Ust Z tentang adalah Wahabi ghuluw (pelampau). Itupun secara baik(hujah) bukan dengan kekerasan.Pasal Perlis ni tak berani komen salaf ke atau wahabi. Kalau Sheikh Qaradawi, jelas la Salafi moderate (beliau tak bantah Maulidurrasul). Perlis ni patutnya tak yah ler sebar fahaman diaorang ke negeri2 lain yg bergolongan khalaf. Ana tengok Perlis yg start dulu kacau, negeri lain kena pertahan la, kalu tak, ingat Perlis je yg tepat sedangkan hujah golongan khalaf juga kuat.

Visit Bil.