AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH KONTEMPORARI
1)Berpaksikan al-Qur'an,al-Sunnah & Ijmak Ulamak
2)Menyusuri Kebenaran melalui Ulamak yang Haq
3)Berprinsip Wasathiyyah
4)Membanteras fahaman Pelampau Agama
5)Memperkasakan kerohanian
"Menjaga keselamatan dan keharmonian negara pluralistik dari ancaman ekstremis agama merupakan satu kewajipan pemerintah.Kemunculan fahaman dan gerakan ekstremis Wahhabiy tidak boleh dipandang ringan. Gejala ini merupakan virus zaman kini yang perlu dibendung dari akar umbi."-Demikian petikan ceramah yg dsampaikan Us Zamihan kpd Profesor Universiti & pegawai kanan Keselamatan Negara : Talk Executive,anjuran Majlis Keselamatan Negara K.L pd 11 Feb 10 baru ni
THE EXPLOITATION OF ISLAM BY TERRORIS
"Kita perlu mengenalpasti beberapa aliran pemikiran kontemporari yg berpotensi menyumbang kpd kegiatan radikalis agama supaya ia dapat dibendung dari menghuru-hara fahaman, amalan umat Islam sehingga membantut usaha Kerajaan membangun tamadun" Demikian ceramah yg disampaikan Us Zamihan kpd 40org peserta Kursus Menangani Ancaman Keganasan Negara.Antara peserta yg hadir : Bekas Duta,Hakim Kanan Persekutuan,Pegawai Kanan MKN,Pegawai Perundangan PDRM Bukit Aman,Pegawai Kanan Tentera dan Pegawai Kanan Wisma Putra DLL di Hotel Vistana, KL pada 24 Nov 2009 lalu. Ceramah 3jam tanpa henti berjaya memberi input berguna dlm menangani Isu eksploitasi Agama. Anjuran SEARCT,Wisma Putra
PEMIMPIN ULAMAK AHLI BAYT RASULILLAH SAW
ALLAMAH AL-MURABBI SHEIKH AL-SAYYID MUHAMMAD 'ALAWI AL-MALIKI AL-QURASYI. Beliau menghasilkan ribuan murid dan banyak berkarya bagi menyampaikan ilmu dan seruan dakwah. Khususnya dalam menyanggah syubhat fahaman Wahhabiyyah Modern. Walaupun beliau agak berlembut dengan Wahhabiy, namun beliau sendiri dianggap 'kafir, setan toghut dan tarekat sesat oleh Golongan pelampau Wahhabiy. Semoga Allah meredhai beliau.
PAKAR HADIS AL-SUNNI
Syeikhuna al-Muhaddith al-Hafidz al-Maghribi Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari. Dibesarkan dalam baitil ulamak al-Hadis. Beliau banyak menguasai disiplin ilmu hadis. Menghasilkan hampir ratusan karya dalam bidang hadis. Berupaya menilai kedudukan sesuatu hadis secara spontan.Mempunyai sanad hadis yang kuat. Melahirkan ramai ulamak hadis. Beliau juga seorang sufi yang benar.
SYEIKH UTHMAN JALALUDDIN PENANTI
"Dan dikehendaki dengan kaum yang keluar dari Ahlus Sunnah Wal Jama'ah itu spt kaum Wahhabi dan kaum Rafidhi dan lain2, kerana diriwayatkan dari Ibn 'Umar bahawa Nabi SAW bersabda: "Akan keluar oleh manusia dari sebelah masyriq (timur) Madinah, hal keadaan mereka itu membaca akan al-Quran padahal tiada melampaui akan segala halqum mereka itu. Tiap-tiap diputuskan suatu kurun, nescaya digantikan oleh kurun yang lain pula hingga akhir mereka itu berhubung dengan keluar dajjal bersama-sama dengan Nabi 'Isa AS." Ini Kerana puak Wahhabi dan Rafidhi itu diam mereka itu pada pihak masyriq Makkah & Madinah dan mereka itulah yg membaca akan al-Quran tiada melampaui ia akan halqum mereka itu. Bahkan pada mulut jua, tiada mesra ia pada memberi faedah ia akan mengikut mereka itu akan barang yang menyuruh ia akan mereka itu."-Kitab ad-Durratun Naafi'ah fi Asyraathis Sa'ah-Bab Kenyataan Alamat Kiamat Yg Telah Jatuh, hlm 15-16
WASIAT Datuk Mufti Syeikh Abdullah Fahim
• Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. • Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah. • Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri. • Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia."- Dipetik dr kitab SENJATA SYARIAT,ABU Qani'ah & Abu Zahidah
"Adalah mazhab as-Salafiyah yang dihidupkan oleh al-Allamah Ibnu Taimiyah dan yang dipakai serta diamalkan oleh al-Wahhabiyah itu bukan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia keluar dari mazhab yang empat. Mazhab as-Salafiyah berdasarkan Allah berjisim dan menyerupai makhluk"-Tasawuf dan Tarikat Menurut Pandangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah hlm 155-156
SYEIKHUNA AL-MUHADDIS
Allamah Dr Hassan Ali al-Saqqaf al-Husaini al-Qurasyi al-Hasyimi. Ulamak kelahiran Jordan. Mempunyai pertalian dengan Nabi SAW melalui keturunan Sayyidina Husain. Murid kanan Syeikh Abdullah al-Ghumari. Mengarang lebih 100 karya ilmiah. Hujahnya disegani kawan dan lawan. Banyak menjawab kritikan al-Baani dan pelampau Wahhabiy. Sehingga beliau dituduh Muktazilah kerana mentakwil. Ditohmah berfahaman Syiah oleh Wahhabi Sedunia. Termasuk Pelampau Wahhabi M'sia kerana pentingkan Ahli Bayt Rasulillah SAW. Sedangkan beliau bebas dan berlepas diri dari semua tuduhan berkenaan.
SYEIKHUNA DATO HASYIM YAHYA
Beliau merupakan salah seorang ulamak kontemporari yg tegas. Banyak menyumbang tenaga utk pembangunan Islam di negara kita. Aktif sbg Penasihat Bank Negara, AJK Bank Pembangunan Islam Sedunia, Penasihat Syariah KFC, Suruhanjaya Sekuriti, Bekas Mufti Wilayah,Pakar Rujuk JAKIM. Dan kini sbg Akademik Fellow UIAM. Us Zamihan bertalaqqi dgn beliau selama 2 tahun menerusi pembacaan kitab al-Mughni al-Muhtaj, Bab an-Nikah melalui Kelas Tafaqquh Pegawai JAKIM
WACANA RAMADHAN
"Nak jaga makan-minum, harta, kuasa, rupa dan glamour amat mudah. Tetapi sukarnya manusia untuk menjaga harta keimanannya. Apatah lagi bertatahkan Taqwa. Demikian antara kata-kata US Zamihan Al-Ghari ketika menyampaikan Wacana Ramadhan pd 25/8/09 lalu di PTG, Kuala Lumpur. Sesi wacana secara ekspress melalui prinsip 'demokrasi terpimpin' selama 1 jam lebih tu berjaya mendedahkan hakikat ramadhan kpd para pegawai dan kakitangan yang hadir.Para peserta juga sempat bertanyakan beberapa hukum hakam dan kaffarah puasa secara live & exclusive.
RAMADHAN PENDIDIK NAFSU
"Medan terbaik bagi manusia mendidik nafsunya ialah di bulan Ramadhan yg mulia. Dikala ini kita menyahuti titah perintah Allah SWT dgn bertaubat, solat berjamaah,berpuasa,bertarawih, bertadarrus, berdoa, berselawat, berzikir dan beriktikaf. Memandangkan nafsu manusia terlalu halus dan tiada sekolah untuk mendidiknya, maka amal ibadat ramadhan adalah ramuan terbaik untuk dijadikan pemakanan nafsu Ammarah kita." Demikian kata-kata Us Zamihan ketika menyampaikan kuliah zohor Ramadhan di Masjid Mizan Zainal Abidin pd 5 Rmdhan 1430H. Kehadiran jamaah dianggarkan lebih 2000 orang.
MINDA KELAS PERTAMA
Us Al-Ghari dijemput menyampaikan ceramah MINDA ULUL ALBAB kpd 42 Pegawai Kanan JPJ seluruh Msia pd rabu 11/2/09 lalu.Beliau menekankan kepentingan pembangunan modal insan : iman & taqwa, strategi, pemain pasukan, kerjasama satu pasukan, akautabiliti dan integriri dalam perkhidmatan awam. Sesi ceramah bersahaja yang diselangi dgn soalan sinis dan menduga, sesekali disusuli dgn isu panas dari peserta dikendalikan dgn jayanya oleh Us al-Ghari.
KURSUS PEMIKIRAN ISLAM-UM
Us Zamihan al-Ghari mendedahkan tentang senario pertembungan ALIRAN PEMIKIRAN KONTEMPORARI : Islam Liberal, Sekular, Syiah, Wahhabiy, Satanisme & Ajaran sesat yg lain kpd 160 bakal guru dari Fakulti Pendidikan UM. Tp ada gak guru yg bias Wahhabiy tp taqiyyah je. Di sebelah ptg diadakan perlawanan bolasepak persahabatan antara bakal guru, ILIM menang 6-2 dgn Us Zamihan berjaya melakukan hatrik dlm perlwanan itu.
INTEGRITI UPM
"Kita sebenarnya sdg bekerja dgn Allah. Allah akan membayar segala gaji, bonus dan dividen kita. Asalkan gerak aktiviti kita berteraskan akidah yang benar, syariat yg sahih dan niat yg ikhlas krnNya" Demikian sbhgn ucapan Us Zamihan alGhari ketika menyampaikan ceramah AMALAN KERJAYA MULIA kpd para pegawai & kakitgn Bahagian HEP, UPM pd 10pg jumaat, 5 jun 09 lalu.
KONVENSYEN PEMANTAPAN DASAR NILAI2 MURNI AWAM 2009
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Konvensyen Pemantapan Dasar Nilai–Nilai Murni Dalam Perkhidmatan Awam 2009 kepada semua Ketua-Ketua Jabatan di peringkat persekutuan dan negeri bertujuan bagi mendapatkan pandangan dan input-input yang segar daripada ahli panel dan peserta, bagi mempertingkatkan pelaksanaan dasar-dasar berkaitan dengan nilai Islam dalam perkhidmatan awam bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bandar Baru Bangi, Selangor.
KURSUS PELANCONG MASJID
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Islamic Outreach ABIM telah telah berjaya menganjurkan Kursus Pemandu Pelancong Masjid di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 27 hingga 30 Jamadilawwal 1430H bersamaan 22 hingga 24 Mei 2009. Para peserta seramai 65 orang terdiri daripada pesara kerajaan, pesara swasta , siswazah IPTA / IPTS. Ustaz Zamihan salah seorg penceramah menyampaikan ceramah berjudul PROFESIONALISME DLM BERDAKWAH pd pg Jumaat 22hb Mei yg lalu.
Kursus Induksi S27
Bahagian Latihan JAKIM telah mengadakan Kursus Asas Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (PHEI) kepada kakitangan Kumpulan Sokongan 1 (Gred 27) pada 17 – 25 Mei 2009 bertempat di ILIM, Bangi. Seramai 118 orang peserta Gred S27 lantikan 1 April 2009 telah menghadiri kursus berkenaan. Ustaz Zamihan turut diundang berceramah ISU SOLAT, TAHLIL & DOA selama 21/2 pd mlm 19hb Mei. Pd ptg 20hb pula diadakan perlawanan bolasepak persahabatan antara ILIM dan peserta Induksi. Berkesudahan ILIM menang 3-2. Ustaz Zamihan turut menjaringkan 1 gol kemenangan.
SEMARAK CINTA MASJID (SCM)
Us Zamihan dijemput menyampaikan ceramah MASA UTK BERUBAH- HIJRAH sempena dengan program Semarak Cinta Masjid di Masjid Usamah ben Zaid, Wangsa Maju. Majlis yang dihadiri VIP, Pegawai Kanan JAWI, pegawai masjid, artis dan lebih 600 jamaah begitu meriah. Ditambah dgn vokal ceramah tuan blog berjaya menghangatkan keadaan hujan renyai2. Walaupun paparan slide terganggu dgn masalah teknikal dan masa ceramah yg singkat tidak melemahkan semangat Ustaz untuk membimbing jamaah. Selepas sesi ceramah jamaah disajikan pula dgn santapan & hiburan Islam. Walaupun Us Zamihan bersama Zaujah dan anak2nya tidak berapa selesa dgn muzik dan lagu kontemporari, namun beliau turut serta sehingga tamat program lebih 12 mlm. Ini semua kerana Semarak Cinta Masjid.
KURSUS PEMANTAPAN IMAN
ILIM dgn kerjasama ABIM menganjurkan Kursus Pemantapan Iman kepada 130 pimpinan ABIM seluruh negara pd 19-21 Disember lalu. Sesi 3 hari dua malam ini memuatkan 4 pembentangan kertas kerja oleh Prof Dr Sidek Baba, Dr Abd Halim el-Muhammadiy, Dr Farid Shahran dan Dr Abd Ghafar Surip. Us Zamihan diberi penghormatan ucapan aluan dan menyampaikan kuliah subuh. Disebelah petang pula diadakan perlawanan bolasepak persahabatan antara ILIM dan ABIM. Pasukan ILIM yg diterajui Us al-Ghari + pemain import berjaya mengalahkan pilihan ABIM 7-3. Dua gol disumbangkan oleh Us al-Ghari dgn larian solo sambil menggelecek berjaya menghiburkan penonton.Kursus ini berlangsung dgn baik dan sempurna.Selamat Maju jaya ILIM dan ABIM.
MUZAKARAH JAWI
Us Zamihan dijemput sebagai panel muzakarah pemegang tauliah Guru-guru Agama JAWI. Beliau mengendalikan sesi ANCAMAN KONTEMPORARI PEMIKIRAN ISLAM selama 3jam secara langsung. Para peserta didedahkan dgn Bahaya Syiah, Islam Liberal, Pelampau Wahhabiy, Rasul Palsu, Black Metal, Ashabul Kahfi, Ripen Besut, Zikr Laga Lutut dan ajaran sesat yg lain. Sesi ini berlangsung selama 2 hari di Hotel Rosa Pasadena, Cameron Highland pada 13- 14 Disember 2008 lalu.
MUZAKARAH TAKMIR JAIS
Jab Agama Islam Selangor (JAIS) dgn Kerjasama PIMPINAN telah menganjurkan Muzakarah Imam, Nazir Masjid peringkat Negeri Selangor pada 3 Disember 2008 lalu bertempat di Dewan Utama, Masjid Negeri. Us Zamihan dijemput membentangkan fakta EKSTREMISME AL-WAHHABIYYAH ANCAMAN UMMAH. Sesi 3 jam itu mendapat respon amat positif dari 600 peserta yang hadir sehingga berjaya mencapai resolusi penting berkaitan fahaman pelampau Wahhabiy.
CERAMAH PEMANTAPAN
Us Zamihan al-Ghari diberi pengormatan menyampaiakan PERIBADI UNGGUL MINDA ULUL ALBAB SEMPENA 'Talk Executive' Bersama Pegawai & kakitangan PTPTN pada 29 Nov 2008 di ILIM, Bangi. Para peserta dibekalkan nota & slide show.
MUZAKARAH ILMIYYAH
Us Zamihan diemput menyampaikan ceramah AHLI SUNNAH DAN MEMAHAMI ANCAMANNYA kpd Guru-guru Takmir JAWI Labuan pada 21 - 23 Nov lalu di Kingfisher, Beringgis Beach Resort, KK, Sabah
SEMINAR ISU SEMASA
"Liberalisasi agama adalah salah satu dari produk pemikiran terbitan sarjana Yahudi untuk merosakkan fahaman, pegangan, amalan dan identiti umat Islam. Gelora Islam Liberal ini perlu dihapuskira dalam apa jua situasi sekalipun"..Demikian kata-kata Us Zamihan al-Ghari ketika membentangkan kajian ANCAMAN LIBERALISME & PLURALISME AGAMA kpd lebih 400 pegawai kerajaan pelbagai agensi sempena Seminar Isu-isu Semasa Akidah, pada 10hb OKT 08 lalu di Masjid Wilayah, K.Lumpur anjuran JAWI.Beliau berucap secara ekspress, berani, tegas dan bernas secara live selama 2jam nonstop. Dapatkan salinan video ceramah panas ini secara percuma dari Bhgn Penyelidikan JAWI.
MUZAKARAH FEQHIYYAH
ADAB IKHTILAF DLM PEMBENTUKAN INTEGRITI..Demikianlah ceramah yang disampaikan Us Zamihan al-Ghari dlm Muzakarah Feqhiyyah anjuran JAWI Labuan pada 8hb Okt 08 lalu. Beliau mengambil masa 2jam utk mengupas tajuk berkenaan kpd guru-guru,guru agama JAWI,guru takmir,para Imam dan Guru SRA JAWI Labuan.
CERAMAH MODAL INSAN
Us Zamihan al-Ghari diundang menyampaikan ceramah AKAUNTABILITI & KAITANNYA DGN HARI PEMBALASAN pd hari Selasa, 5 OKT lalu kpd Pegawai & Kakitangan Jabatan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan.Ceramah selama 2 jam itu turut dihadiri Tuan Bendahari Negeri dan para pegawai kanan Jabatan.
MUZAKARAH TAULIAH JAWI
Us Zamihan al-Ghari diberi penghormatan oleh JAWI utk menyampaikan ceramah kpd guru-guru,guru takmir dan pendakwah pada 4 Okt lalu di Ismah Beach Resort,Pantai Pdg KamuntinG, Masjid Tanah Melaka. Turut hadir ialah Timb Mufti Wilayah,Ketua Penolong Mufti dan barisan Pegawai Kanan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan K.Lumpur. Penceramah turut membuka sesi maklum balas bersama peserta.
MUZAKARAH PEMEGANG TAULIAH
Us Zamihan dijemput menyampaikan ceramah PERTEMBUNGAN ALIRAN PEMIKIRAN KONTEMPORARI kpd Pra Pemegang Tauliah mengajar Agama Islam melibatkan guru2 JPN WP Labuan, guru takmir dan pendakwah pada 1hb Nov 08 yang lalu bertempat di Manikar Beach Resort, Labuan. Beliau berjaya menjawab beberapa persoalan yg ditimbulkan audien. Turut hadir ke majlis itu ialah Ketua Pen Mufti Labuan,Imam Masjid Negara dan para pegawai JAWI/JAKIM Labuan. Di sebelah petang program disemarakkan pula dgn forum perdana AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
CERAMAH INTEGRITI
Tuan blog dijemput menyampaikan ceramah PEMBENTUKAN MODAL INSAN CEMERLANG kpd semua warga pegawai & kakitangan Bhgn Hal Ehwal Undang2 JPM pada 31hb Okt 08 lalu. Beliau menegaskan bahawa sebarang usaha pembentukan modal insan tidak akan berjaya tanpa jiwa agama. Beliau juga menyeru agar semua pihak bertanggungjwb dalam memartabatkan undang2 Kanun Jenayah Syariah Islam Msia.
DAKWAH DI KEMTA - ISA
Us Zamihan dijemput menyampaikan ceramah KESEDERHANAAN MENURUT ISLAM kpd tahanan ISA muslim di Kamunting, Taiping, Perak pada 28 OKT 08 lalu. Sesi ceramah 3 jam itu dicelahi dgn pelbagai soal-jwb dari audien. Dan berjaya dijawab secara live oleh penceramah. Para tahanan terdiri dari suspek warga asing (pemalsuan dokumen) anggota JI, KMM, Darul Islam dan lain-lain termasuk RPK. Peserta rata-rata berpuas hati dgn penyampaian penceramah dan berharap beliau datang lagi menyampaikan ceramahnya.
DAKWAH BERTERUSAN
Tuan blog dijemput menyampaikan ceramah AHLI SUNNAH WAL JAMAAH & ANCAMANNYA di INSTUN, Behrang Stesen, Perak Darul Ridzuan pada 23 Okt 08 lalu. Beliau mengupas secara terperinci maksud sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah & realitinya sbg aliran arus perdana negara. Beliau juga menjelaskan ancaman dalaman dan ancaman luaran yang melanda Akidah Sunniyyah kontemporari. Sesi seterusnya disempurnakan al-Fadhil Us Mahfuz Muhammad berjudul Bahaya Fahaman Tabdik- Kaum Muda : Satu Analisa. Kelihatan regu ini merupakan regu yang ampuh dalam memperjuangkan Ahli Sunnah arus perdana.
SEMARAKKAN SUNNAH
Us Zamihan al-Ghari dijemput membentangkan HADIS PALSU DAN IMPLIKASINYA KPD MASYARAKAT di Dewan Seminar Imam al-Syafi'ie di Institut Perguruan Islam (IPIS) Bangi pada 22 Sept 09 baru-baru ini. Sesi lebih 3 jam itu mengupas pelbagai topik penting berkaitan Hadis Maudhu kepada lebih 300 bakal pendidik yang mengikuti Kursus Ijazah Perguruan di IPIS. Beliau juga menjawab secara live beberapa soalan yang diajukan peserta. Rata-rata peserta teruja dengan ceramah yang disampaikan.
TG HJ AWANG FAKIR (1876-1964)
Nama sebenar Hj Abdullah bin Hj Yusuf Bekeng. Ibunya dikenali dgn Mek Teh. Berketurunan Raja Patani. Menetap di Kg Biah dekat Nilam Puri. Mengaji di pondok Chenok, Pondok Bendang Jong dgn Tok Chaok (masyhur dgn gelaran ahli Makrifat). Tiga bulan makan labu sbb kehabisan beras semasa memondok.Balik ke Kelantan untuk berkahwin.Diberi 'Doa Patani' oleh Tok Chaok.Mengaji pula dgn Tok Mufti Hj Wan Musa, TG PakSu Lah Kg Bot dan Tok Kemuning Tua.Mengaji pula di Makkah 2 tahun. Akhirnya, pulang dan thn 1929 menetap di Kg Lembu (Nilam Puri). Melahirkan ramai murid. Amalan istimewa : Doa surah al-Ikhlas, Ayat al-Kursi, Ayat 33 n Selawat. Pencuri labunya sakit perut serta merta. 3 Penyamun tidak boleh keluar dari sebuah kebun hingga ke pg kecuali dgn kebenarannya. Kembali kerahmatullah pada 5.50pg, Isnin 4 Mei 1964.
TG HJ YAHYA KUPANG (1906-1959)
Nama sebenar Hj Yahya bin Muhammad Taha bin Idris. Beliau dilahirkan di Kg Pisang, Kupang, Baling, Kedah. Berasal dari Pattani. Belajar al-Qur'an dgn bapa saudaranya Awang Besar dan TG Hj Ahmad Awg Besar. Belajar di Sek Melayu Sik hingga darjah 3. Kemudian memondok dan menadah kitab dgn TG Hj Yaakub selama 6 thn. Kemudian menyambung pelajaran di Makkah selama 12 tahun.Antara gurunya : Pak Chik Daud Fathoni, TG Hj Yahya Reman, Pak Da Eil, Syekh Mukhtar Utarid, Syeikh Muhammad Ali al-Maliki, Syeikh Syed Alawi DLL Beliau bersama Pak Su Hj Ahmad berarak sambil bertakbir dan berzikir dgn kuat sehingga komunis mengundurkan diri. Beliau juga dijemput menghalau komunis di Batu Kurau. Perak. Melahirkan murid yang ramai. Dipercayai seorang yg mempunyai keramat. Meninggal dunia petang Khamis di rumah isteri ke3nya tahun 1959. Dikuburkan di Tanah Perkuburan Masjid al-Huda, Kg Hangus.
TG HJ NIK MAN KHATIB(1911 - 1968)
Beliau ialah Hj Abdul Rahman bin Abdullah bin Abdul Samad. Dilahirkan di Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1911 di zaman Sultan Muhammad ke IV. Atau dikenali dgn zaman kemajuan Kelantan. Bapanya salah seorang ulamak terbilang Kelantan. Mula belajar Feqh dan Tasawuf dgn ayahnya dan TG Hj Ahmad Mannan dan lain-lain.Beramal dgn tarekat Ahmadiyyah. Ke Makkah pd thn 1935 utk belajar. Seorg yg warak & tidak suka menonjol diri. Sahabtnya kaki masjid, Hafiz Qur'an dan Ahli ibadat. Dilantik Imam Tua Masjid Muhammadi thn 1946. Menjadi ahli Jemaah Ulamak MAIK 1949. Beliau adalah sahabat baik TG Hj Daud Bukit Abal. Meninggal dunia 22 Jan 1968 dlm usia 57 tahun.
Siapakah yang menjual Palestine kepada Yahudi? Dan siapa pula yang membantu penyerahannya. Video ini menyingkap segala kerjasama berkenaan dengan paparan dokumen dan gambar eksklusif yg berkaitan.
Ketahuilah bahawa Penyerahan Palestin kepada Yahudi ditulis sendiri oleh Amir Abd Aziz Ali Saud dalam suratnya kpd british : "Saya Amir Abd aziz Ali saud bersetuju dan mengiktiraf seribu kali kepada Sir perry Cox bahawa tiada halangan bagi saya untuk menyerahkan palestine kepada Yahudi dan selainnya.."
Naskah asal surat ini dlm bentuk tulisan tangan seperti yang dilampirkan. Ia mengandungi cop dari Amir Abd Aziz sendiri. Surat ini boleh didapati di Pusat Dokumen British, London, Bahagian timur Tengah. Ia membuktikan adanya perhubungan dan perkaitan rapat antara British dan Kerajaan Bani Saud.
Usaha penyerahan bermula apabila Capt WHI Shakespeare (seorang agen British) di Kuwait menemui Amir Abd al-Aziz pada tahun 1910M dan mengatur pertemuan dgn Sir Perry Cox. Beliau merupakan Ketua SB British di Timur Tengah. Hasil pertemuan, mereka bersetuju untuk melantik seorang agen british, John Philby sbg penasihat kepada Amir Abd Aziz pada tahun 1915M.
Berlakunya Uqary Conference antara British dan Pemerintah Bani Saud. Amir Abd AZiz dianugerahkan 5000 pound sebulan = 60,000 pound setahun kerana khidmatnya pada British dan kemudiannya dianugerahkan gelaran Knight of Grand Commander of The Most Eminent Order of The Indian Empire. Lihatlah gambar perjumpaan amir Abd Aziz dengan Sir Pery Cox (pakaian seragam tentera). Lihatlah juga foto eksklusif perjumpaan Presiden US, Roselvelt Laknatullah di atas kapal bersama Amir Abd Aziz.
Akibat keakraban Amir Abd al-Aziz dengan British, muncul pula golongan Wahhabiy Ekstrem (Ikhwan al-Najdiy)untuk memberontak. Amir Abd Aziz meminta bantuan British untuk mematahkan pemberontakan berkenaan. Sebagai sokongan, Kerajaan British membekalkan 4 pesawat, 200 kenderaan tentera dalam operasi ini. Pemimpin pemberontak, Faisal al-Duuwaish telah ditangkap oleh British di Kuwait dan diserahkan kepada Amir Abd al-Aziz pada tahun 1930M.
Pada tahun 1931M, Philby membawa masuk jutawan Amerika Syarikat, Charles R. Crane & Karl Twithcell utk meneroka penemuan minyak di teluk. Pada tahun 1933M, Syarikat Standard Oil of California mendapat konsesi minyak selama 60 tahun dan dikenali dgn AramCo. Ini merupakan strategi Philby utk membawa campurtangan Amerika (proksi Yahudi) terhadap Saudi. Lihat gambar John Philby (lelaki berjambang putih)sbgmana yg dipaparkan. Justeru, tak kisah kan..jika harga minyak dunia dikawal yahudi kini.Inilah kesannya.
Seterusnya, Pemerintahan Bani Saud yang dibayangi gerakan Wahhabiy berjaya dibentuk secara rasminya pada tahun 1932M dengan gelaran negara Arab Saudi dengan lambang pedang bersilang dan sebatang pokok tamar.
Lihatlah paparan gambar Amir Abd Aziz Ali Saud bertemu dgn Eirlakh al-Yahudi (bekas Menteri Kewangan Israel) dengan penuh mesra pd tahun 1945.
Jangan sesekali lupa peranan T.E Lawrence terhadap Kerajaan Bani Saud. Sejarahwan Inggris, Martin Gilbert, di dalam tulisannya "Lawrence of Arabia was a Zionist" seperti yang dimuat di Jerusalem Post edisi 22 Februari 2007, menyebut Lawrence sebagai agen Zionisme.
Seterusnya, Lihatlah, bagaimana Jimmy Carter bersama al-Malik Fahd melakukan ikrar. Apakah ikrar mereka itu? Dan bagaimana pula mereka minum air kencing setan berjamaah? al-Malik Fahd juga dirakam bersama seorang primadona Lubnan dlm keadaan beliau cuba mengelakkan diri dari jurugambar. Inikah watak pemimpin dua tanah haram?
Anda juga harus tahu mengapa Kerajaan saudi enggan meghulurkan sumbangan/bantuan kepada Hizbullah yang berperang dgn Israel. Anda juga harus tahu kenapa Ibn Jibrin memfatwakan haram umat Islam memberi bantuan terhadap Hizbullah?
Anda juga harus tahu mengapa begitu erat hubungan atara kerajaan Saudi, US dan British hingga kini. Dan mengapa kerajaan Bani Saud hanya membantu umat Islam yang sefahaman dengan mereka sahaja serta begitu bersungguh2 menyebarkan fahaman Muhammad ben Abd Wahhab.
Apakah semua ini tidak dihitung kira oleh Allah? Apakah ia tidak berkait dengan kepentingan ummat sejagat? Dengan apa anda katakan wahhabiy tak salah? Banyak lagi paparan kami.Tunggu...Insya Allah.
Kitab ini dedikasi untuk semua umat Islam, pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah, Intelektual, Agamawan, Ulama, Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam & Jabatan Mufti Negeri. Harga senaskah RM 26 termasuk pos.Dapatkan kitab ini dari wakil pengedar Alhimna Enterprise dengan menghubungi Ustaz Mohd Hanif 013-3493799 atau terus dari penulis buku ini.
DVD Seminar Perbandingan Ahli Sunnah Dan Syiah.
Dapatkan DVD Seminar Perbandingan Ahli Sunnah Dan Syiah yang dianjurkan oelh Jabatan Mufti Pahang.Beberapa kupasan tentang penyelewengan fahaman Syiah dibentangkan dengan secara berilmiah oleh Al-Faqir Ustaz Zamihan al-Ghari berserta dengan bukti-bukti yang kukuh.Harga RM15 termasuk pos dengan menghubungi wakil pengedar Ustaz Mohd Hanif di talian 013-3493799.
DVD Seminar Pemikiran Wahabi.Tel:013-3493799 ALHIMNA ENTERPRISE.
Seminar Anjuran Jabatan Mufti Pahang, PANAS!!! Dapatkannya sebelum stok kehabisan.RM20.00 (tidak termasuk pos)
SIAPA SEBENARNYA WAHHABIY?.
Buku ini menjelaskan tentang latarbelakang fahaman Wahhabiy, sejarah kemunculan,sejarah perbandingan, realiti sejarah global dan sejarah kemunculan Wahhabiy di Tanah Melayu.Buku ini juga membongkar doktrin pemikiran Wahhabiy, tokoh-tokoh Wahhabiy Timur Tengah, kesan negatif fahaman Wahhabiy dan perkaitannya dengan keganasan global, perbandingan hujjah di antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Wahhabiy, kritikan ulama sunni terhadap Wahhabiy dan status terkini Wahhabiy di Malaysia.Garapan buku ini bertambah menarik apabila ia didedahkan oleh seorang pakar pengkaji Wahhabiy.Beliau telah menyampaikan lebih 2000 ceramah berkait dengan ajaran sesat dan gerakan ekstrimis di Malaysia kepada pelbagai Universiti,Inst. Pengajian Tinggi, Kementerian & Jabatan Kerajaan, Jab. Agama Islam, Jab. Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO),Masjid2 dan Surau2 dan pelbagai Syarikat Swasta.Dapatkan buku terhangat ini dengan Harga RM25.00 (tidak termasuk pos) dengan menghubungi ALHIMNA ENTERPRISE 013-3493799.
BUKU TERBARU
Sifat Solat Nabi Yang Sahih karangan Syeikh Hassan al-Saqqaf, terjemahan Us Zamihan al-Ghari, semakan Dato Hj Saleh Ahmad, Dr Uthman El Muhammady, 354 hlm,harga rm35 termasuk pos, Buku ini menjawap Sifat Solat al-Baani al-Wahhabiy. Berminat masukkan akaun mybank : 5660 1010 3481 dan berikan alamat utk kurier. Beli banyak dpat diskaun.Jazakumullah khayran.
Komen/Bual/Bincang/Diskusi
Search/Cari Isi Blog Ini
Waktu Sekarang
SELAMAT BERTAMU
BUKU TERBARU
Hukum Gerak Jari Dlm Solat berdasarkan 4 Mazhab,padat dgn hadis-hadis sahih bg menolak hujjah al-Baani al-Wahhabiy yg menggalakkan gerak jari secara berterusan ketika tahiyyat, 60ms,cetakan terbaru.Hanya rm10 termasuk kurier.Berminat masukkan ke Maybank: 5660 1010 3481 dan sms alamat utk kurier ke 012 246 5518.Syukran
BUKU UTK DIJUAL
Buku HUJJAH MENOLAK WAHHABI Terjemahan Syed Zain al-Habshee. Mengandungi 138ms. Ia hasil terjemahan dari kitab al-Durar al-Saniyyah karangan mantan Mufti Makkah al-Syafi'iyyah : Syeikh Ahmad Zaini Dahlan. Beliau menjelaskan kekeliruan fahaman Wahhabiy dan bahayanya. Akibatnya, Pelampau Wahhabiy menuduhnya sebagai Syiah Rafidhah. Ikuti hujjah beliau menerusi buku ini. Tempah sekarang. Berminat, masukkan RM18 +(pos laju) ke dlm akaun & sms alamat anda utk kurier segera: 012 2465518.
TAKWIM HIJRIYYAH
Followers
UCAPKANLAH
KULIAH JUMAAT US AL-GHARI
TOK KENALI (1871 - 1933)
Beliau ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871M. Ulamak & Wali Besar Negeri Kelantan. Di kenali diperingkat awal dengan panggilan Awang Kenali oleh gurunya Syeikh Ahmad bin Mustafa bin Muhammad Zain al-Fathani.Pada tahun 1887 ke Makkah utk belajar. Beliau seorang yang warak hatta tidak mempunyai pakaian lebih dari sehelai, tidak memiliki wang, tiada siapa yang mengetahui beliau makan ataupun tidak samada siang ataupun malam. Seorang yang dianggap aneh. Beliau tidak membawa kitab sebagaimana orang lain dlm majlis ilmu. Tetapi memiliki ingatan yang begitu kuat. Beliau duduk dalam halaqah ilmiyyah dengan memejamkan mata. Sehingga orang menyangka beliau tidur. Hampir semua murid Tok Kenali meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam ilmu dan masyarakat. Antaranya ialah Syeikh Idris al-Marbawi,Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung dan ramai lagi dikalangan ulamak. Beliau aktif menulis. Antara karyanya: Risalatud Durril Mantsurterjemahan dan penjelasan Fadhilat Burdah Bushiri, Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfi, Mulhiq li Miftahit Ta'allum fi I'rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih. Terlibat dlm menyelesaikan pertikaian antara Syeikh Yusuf al-Nabhani dengan Muhammad Abduh (pemimpin Kaum Muda Mesir)Para alim ulamak, asatizah dan orang ramai menyembahyangkan jenazahnya di hari kewafatan beliau pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Jenazahnya ditalkinkan oleh Tuan Guru Hj Mohammad Nor bekas Mufti Kelantan.
Selasa minggu 1/3
Penawar Hati, Masjid Muhsinin, Tmn Desa, KL
Rabu minggu 1 :
Sifat Solat Nabi Yg Sahih, Surau al-Madaniah USJ 18
Rabu minggu 3 :
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Masjid Ehsan, Sek 24 Shah Alam
Sabtu minggu 1 :
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Masjid Bdr Kinrara
Kuliah Ahad minggu 2/4 :
Sifat Solat Nabi Yg Sahih, Masjid Muqarrabin, Bdr Tasik Selatan, K.Lumpur
Isnin minggu 2/4 :
Sifat Solat Nabi Yg Sahih, Masjid Darul Ehsan, Tmn TAR
Selasa minggu 2/4 :
Sifat Solat Nabi Yg Sahih, Masjid al-Mukminun USJ 2
Rabu minggu 2/4 :
Sifat Solat Nabi Yg Sahih, Masjid Bangsar, K.Lumpur
KELUARGA ULAMAK GHUMARIYYIN
Syeikh al-Hafidz al-Muhaddith Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari (duduk berselubung) Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Gumari (kiri) Syeikh Zamzami al-Ghumari (kanan) dan Syeikh Abd Hayyi al-Ghumari (tengah)
TG HJ MAT PINTU GENG (1889-1967)
Namanya Hj Muhammad bin Ahmad al-Kalantani. Lebih dikenali dengan PakCu Hj Mat. Seorang ulamak dan ahli dalam ilmu tajwid. Menanda Qiraat 7 dlm al-Qur'an kegunaannya. Lahir pada 1889 di Kg Paloh, Pintu Geng, Kota Bharu. Ibunya berasal dari Patani. Bapanya dari Kelantan tetapi meninggal di Makkah sewaktu beliau masih kecil.Mempelajari al-Qur'an, Ilmu Feqh, Nahw, ilmu usul DLL dengan TG Hj Idris Pasir Kota, Kota Bharu.Seterusnya meyambung pelajaran di Makkah selama 5 tahun. Kembali dan membuka pondok di Pintu Geng thn 1920. Di pondok ini, beliau mengajar kitab2 dan al-Qur'an sekaligus.Mengajar al-Qur'an selama 40 thn dan mengarang : Muqaddimah al-Mubtadi fi Ilmi al-Tajwid.Mempunyai murid yg ramai. Meninggal dirumahnya pd thn 1967.
JOM ERATKAN SILATURRAHIM
ILIM diberikan amanah untuk menjadi tuan rumah bagi Hari Keluarga & Sukan agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Temasya ini bakal berlangsung pada Sabtu, 2 Ogos 2008 ni. Sebanyak 18 acara dipertandingkan. Antaranya : bolasepak, sepakraga, pingpong, karom, acara sukaneka dan banyak lagi. Seramai 5000 peserta dijangka hadir memeriahkan temasya. Ia bakal dirasmikan oleh YB Menteri JPM. Agensi spt JAKIM, IKIM, YADIM, JAWHAR, TABUNG HAJI, DLL akan mengambil bahagian. Bersama mengeratkan silaturrahim.
KENALI ULAMAK SUNNI
Syeikh al-Muhaddith Syeikh al-Sayyid Muhammad Ibrahim al-Kattani al-Masri. Antara murid senior Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari. Beliau merupakan rakan seguru Syeikh Hassan al-Saqqaf. Mempunyai sanad periwayatan yang kuat kepada Imam al-Bukhari dan Nabi SAW. Pakar dalam ilmu hadis dan Jarh Wa Ta’dil. Banyak mengarang kitab menjelaskan kekeliruan fahaman Wahhabiy ke seluruh pelusuk dunia. Dan baru-baru ini beliau dijemput Akademi Pengajian Islam UM membentangkan k.kerja sempena Seminar Pemantapan Akidah.
MUHADHARAH ILIM
ILIM akan mengadakan sidang Muhadharah Eksekutif kali ke 2/2008 pada 31 Julai 2008 di Auditorium A, Blok Akademik. Tema kali ini ialah JIHAD MEMBASMI RASUAH yang akan dibincangkan oleh dua panelis undangan Dato' Hj Zakaria Hj Jaafar (Timb Ketua Pgrh BPR) dan Dr Zulkifli al-Bakri dari USIM. Semua penjawat awam (agensi agama) dijemput hadir. Ahlan Wa Sahlan.
MEMBELA AKIDAH AL-SUNNIYYAH
Jabatan Mufti Selangor telah menganjurkan Forum Nabi Palsu di Kg Kemensah, Hulu Kelang pd 29 Ogos 08 yg lalu. Us Zamihan al-Ghari bersama Dato' Hj Mokhtar Syafie berjaya menjelaskan penyelewengan ajaran Nabi Palsu secara terperinci. Kedua ahli panel juga begitu cemerlang dalam menjawab soalan secara live peserta pd mlm itu. Forum bermula jam 9-12mlm itu turut dihadiri SS Dato' Mufti Selangor, SS Dato' Timb Mufti Sel, Ajk Fatwa, Dato' Org Besar Daerah Gombak, YB Saari Sungib, Pegawai Kerajaan, pengikut Nabi Palsu dan orang awam.Takbiir!
ILIM diberi mandat menganjurkan Kelas Tafaqquh Fi Ad-Din sessi 02/2008. Kelas ini bermula pada 10hb Julai lalu dan bakal berakhir 10hb Julai 2009. Program ini bertujuan melahirkan para pegawai yang berkemampuan memahami dan menguasai kitab-kitab thuras dengan baik. Sekaligus mampu dijadikan pakar rujuk JAKIM masa hadapan dalam pelbagai bidang. Antara kitab yang dimuzakarahkan ialah : Mughni Muhtaj (Imam Khatib Syirbini), Kitab al-Asybah Wa al-Nazhoir al-Feqhiyyah (Imam al-Suyuthi), Kitab Minhaj al-Abidin (Imam al-Ghazali), Tasyri’ al-Jina’ie Fi al-Islam (Syeikh Abd Qader Audah), Kitab-kitab Nahwu/Sorf, Balghah, Qamus Arabiy dan lain-lain. Panel Muzakarah terdiri dari : Dato’ Hj Hasyim Yahya, Dato’ Hassan Hj Ahmad, Dato’ Hj Saleh Hj Ahmad dan Us Ghazali Taib (AJK Fatwa Wilayah Persekutuan, K.Lumpur).Kelas ini melibatkan 14org peserta terpilih. Us Zamihan dipilih sebagai peserta merangkap ketua urusetia program.
DAKWAL GLOKAL
Us Zamihan diundang menyampaikan ceramah kepada para pegawai PDRM sempena KURSUS ASAS KAUNSELING pada 23HB Julai 2008 lalu. Sesi PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM selama 2jam berlangsung dalam suasana meriah dengan soaljawab secara langsung dgn peserta Kursus. Tahniah warga PDRM atas usaha membina Insan menerusi Iman.
CERAMAH EKSKLUSIF MPC
RAMADHAN MENJANA PRESTASI KERJA CEMERLANG. Demikianlah tajuk ceramah yang disampaikan oleh Us Zamihan kepada para Pegawai & Kakitangan Msian Productiviti Corporation (MPC) di Dewan Besar MPC, PJ pd 29 Ogos lalu. Sesi yang dihadiri sebahagian besar warga MPC begitu meriah dgn transformasi fakta dlm kerjaya, komunikasi dua hala & lawak yang mencanang kematangan minda dan jiwa.
Awalnya Darul Arqam ......
-
Pada awal, dakwah yang dimulakan oleh Allahyarham Ustaz Haji Ashaari dengan
Yayasan Darul Arqamnya tidaklah melenceng dari jalan kebenaran. Amalan
Aurad M...
Ahli Bait Umpama Kapal Nabi Nuh عليه السلام
-
*Soalan:*
مثل أهل بيتي فيكم كمثل سفينة نوح في قوم نوح ، من ركبها نجا، ومن تخلف عنها
هلك، ومثل باب حطة في بني إسرائيل .
روى الطبراني بسنده عن أبي ذ...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...
Us Zamihan dijemput menyampaikan Tazkirah Subuh berjudul "Kembali Kepangkuan Allah" Sempena Aidil Fitri 1429H, pagi Ahad ini 12 Oktober 2008 di Masjid Putra, Putrajaya. Beliau diberi sejam untuk mengupas Hari Raya menurut Kesufian menerusi Kitab al-Ghunyah oleh Sayyidi Syeikh Abd Qader al-Jailani
SYEIKHUNA AL-FAQIH
Dato Tuan Guru Hj Mohd Saleh Hj Ahmad. Dilahirkan di Permatang Sg Dua, Kepala Batas. Belajar di Pondok Gajah Mati Pendang 7 Tahun. Menyambung pelajaran di Irsyadiah, Bagan Dato dan ke MPI, Kota Bharu. Memiliki 2 Ijazah Sarjana Muda Syariah. Dan Master dalam Feqh Muqarin dari al-Azhar 1978. Pernah menjadi Pensyarah YPTIK, UM Nilam Puri, UM KL dan kini pensyarah UIAM, AJK Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Perak,AJK Fatwa Perak, Panel Syariah Bank Muamalat, Panel Syariah JAKIM dan banyak menulis buku,menyampaikan kuliah serata nusantara. Us Zamihan bertalaqqi Mughni al-Muhtaj dgn beliau Bab al-Solat dan Kitab al-Asybah Wa al-Nazhair tnt Qawaid Feqhiyyah. Beliau sering dirujuk Us Zamihan dari semasa ke semasa.
KITAB SAHIH SIFATUSSOLAH AN-NABIY
Kitab ini diperbahaskan mengikut kerangka Mazhab al-Syafi'ie/ Ahli Hadis. Ia merupakan Satu Jawapan Total Terhadap Sifat Solat Nabi al-Albani.
SANAD PENGAJIAN ILMU
Ini Merupakan Ijazah Am Pengajian Ilmu Dari Tuan Guru Hasan Ali Al-Saqqof Kepada Ustaz Zamihan Al-Ghari
PAKAR HADIS DAN 'ILAL
Syeikhuna al-Muhaddith al-Hafidz al-Maghribi Syeikh Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari. Beliau banyak menghasilkan karaya dalam bidang hadis. Berupaya membahaskan kedudukan hadis secara terperinci dan banyak menyanggah penyelewengan al-Baani dalam ilmu al-Hadis. Beliau juga seorang sufi yang warak dan tegas.
SHAYKH AL MUHADDITH MAHMUD SAI'D MAMDUH
Syakh Mahmud sedang menyampaikan ceramah Isu-Isu Akidah dan Hadis di Multaqa Ilmi yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Johor pada 24hb Mac 2008 bertempat di MARSAH, Johor Bahru. Samahatus Syeikh turut menjawab beberapa isu hadis yang dieksploitasi oleh fahaman liar Wahhabi semasa.
DATO' SYED ALWI BIN TOHIR AL-HADDAD
Beliau merupakan Mufti Johor yang ke IV (1934-1941) dan VI (1947-1961). Beliau pernah mengeluarkan fatwa tentang Fahaman Wahhabiy (Kaum Muda). Beliau menasihati masyarakat Islam supaya tidak terpengaruh dengan fahaman Kaum Muda kerana fahaman kaum muda itu menyamai metodologi golongan Khawarij yang gemar mentakfir dan menyesatkan umat Islam dengan permasalahan furuk. fatwanya boleh disemak pada Himpunan Fatwa Negeri Johor.
DATO' TG DATO' HJ AHMAD MAHER(1904 - 1968)
Beliau dilahirkan pd thn 1324H di Ma'ala, Makkah oleh ibunya Hj To' yg dtg ke Makkah dgn ayahnya utk mengerjakan haji dan menuntut ilmu. Ayahnya yg dikenali dgn Tok Kemuning mengajar anaknya menghafaz al-Qur'an, b. Arab dan kitab2 agama. Balik dari Makkah menetap di Kemuning, Machang. Berpindah ke Bachok dan akhirnya di Kubang Pasu. Beliau belajar pula dgn Tok Kenali, Hj Ali Pulau Pisang, Hj Ahmad Hakim, Tok Khurasan, Hj Yaakob Gajah Mati Dll. Antara kitab yg dipelajari : Misykat Masabih, Sunan Tirmidzi,, Mantiq al-Qurtubi dan Ihya' Ulumiddin. Syeikh Muhammad Bakhit (bekas Mufti Mesir) menggelarnya "maher" krn kemahiran beliau dlm usul feqh. Anak Kelantan pertama mendpt syahabah alimiyyah dlm masa singkat di Azhar Syarif. Banyak menghafaz mutun. Bijak berhujjah. Pernah mengajar di Masjidil Haram. Pengarang Majalah Pengasuh. Pada bulan Okt 1935 dilantik sbg Qadhi besar Kelantan. Pada tahun 1938 dilantik sbg Mufti Khas Sultan Ismail. Pada tahun 1941 dilantik sbg Mufti Kelantan hingga akhir hayat. Pernah berlaku debat "Jilatan Anjing" beliau bersama TG Hj Ibrahim mempertahankan mazhab Syafi'ie. Manakala Hj Abbas Taha, Hj Wan Musa & Dr Burhanuddin Helmi dgn fhmn Kaum Muda. debat dimenangi beliau apabila Hj Abbas Taha gagal membalas hujahnya. Banyak menulis kitab.Meninggal dunia pd sabtu 17 Zulhijjah 1387 bersamaan 16 Mac 1968. Dimakamkan di Kubor Banggol, Kota Bharu.
TG PAKCU HIM GAJAH MATI(1894- 1968)
Tuan Guru Hj Wan Ibrahim Gajah Mati merupakan salah seorang ulamak Kedah yg masyhur. Berusaha memberi ilmu pengetahuan serta menolak pndgn yang menyeleweng tnt akidah. Dilahirkan di Pattani tetapi menetap di Kedah. Adik kpd Tuan G uru Pak Da Ail Pattani yg masyhur mengajar di Makkah. Ayahnya ialah TG Hj Wan Kadir Wan Mustafa (Tok Bendang Daya). Belajar dgn ayahnya. Kemudiannya dgn Tok Jakar di Bermin, Pattani kemudiannya belajar di Makkah. Menguasai penulisan syair arab. Buku Qawaid Feqhiyyah ditulis dlm syair. Mempunyai hubungan yg rapat dgn Tok Kenali. Balik ke Kedah berkahwin dan membuka pondok. Pondoknya mendapat sambutan hangat. Beliau mengajar Fathul Wahhab, Sahih Bukhari DLL. Kitabnya Fathul Jalil Wa Syifa' al-Ghalil ditulis utk menolak pndgn Qidam Mustahil. Meninggal dunia dlm usia 74 tahun dgn memiliki 11 org cahaya mata. Di makamkan di Kg Gajah Mati, Pendang, Kedah.
1 comment:
sAY No To wAHhABi !
Post a Comment