Monday, April 14, 2008

PERUBAHAN TEMPAT SA'IE









PENDAHULUAN :

Dunia Islam gempar seketika dengan langkah kerajaan Arab Saudi menokok nambah tempat Sa'ie yang baru. Iaitu pembaharuan yang melibatkan kawasan yang terletak diluar dari tempat Sai'e yang asal. Dengar khabar, cadangan ini turut dibantah secara keras oleh para ulamak Saudi sendiri. Namun, terdapat sebahagian ulamak Wahhabi yang menjadi tunjang kepada pemerintahan Bani Saud menyokongnya. Lalu pembinaan diteruskan juga walau dibantah. Walau wujud pertentangan pendapat dikalangan mereka.


ASAL USUL :
Seperti yang diketahui umum, ibadat sa'ie itu tidak akan sah kecuali dilakukan di antara Bukit Sofa dan Marwah sahaja. Kedudukan mas'a ini sudah diketahui sebagaimana yang termaktub di dalam pelbagai kitab karangan ulamak. Sebenarnya, kita tak kisah jika pembaharuan itu mengikut nas atau maslahat. Namun, dimana nas dan maslahatnya? Isu utamanya : adakah pembaharuan ini berada dalam lingkungan bukit Sofa-Marwah atau sebaliknya? Inilah yang menjadi pertikaian utama.


Jika anda melihat gambaran pengubahsuaian di atas, didapati ibadah Sa'ie dari Sofa ke Marwah tidak bermasalah. Ini kerana ibadah berkenaan masih menggunakan platform yang asal walaupun bersifat sehala.
JALAN BARU :
Perkara yang dipertikaikan ialah jalan sehala Sa'ie dari Marwah ke Sofa yang menggunakan jalan baru (dikatakan oleh para alim ulamak) berada diluar dari kawasan bukit Sofa dan Marwah. Kawasan luar itu sedikitpun tidak pernah dijadikan Nabi, para sahabat RA dan Tabi'in untuk bersa'ie. Ketentuan ini boleh dinilai berdasarkan beberapa keterangan yang berkaitan dengan amalan mereka semasa mengerjakan Sa'ie. Tak percaya, buka Kitab al-Hajj..bab Sa'ie. Justeru, jika ketiadaan nas yang menyokong...dengan apa mereka berijtihad untuk menjustifikasi pembaharuan ini?


MASLAHAH?
Kalau nak disandarkan kepada maslahat tentu jauh menyimpang dari kepenggunaan maslahah itu sendiri. Apa tidaknya, maslahah hanya boleh digunakan selagi tidak bertentangan dengan nas. Bahkan ciri maslahah yang paling ideal bagi menampung keperluan jamaah kini ialah dengan menyediakan tempat Sa'ie secara bertingkat. Cadangan ini telah digariskan para fuqaha' semenjak dulu lagi. Dan ia tidak diperselisihkan dengan kesahihannya. Ternyata ia sah. Cuma antara ahsan dan tidak sahaja. Tapi..ok lah. Sekurang-kurangnya boleh dijadikan alternatif dalam menangani isu zahmah (kesibukan). Kalau nak menangani zahmah pun bukan sekadar disini je. Kat tempat lain pun zahmah jugak. Boleh ke dengan alasan zahmah dan ingin menampung permintaan penduduk dunia yang ramai diperluaskan pula tempat wuquf di arafah atau mabit di Mina melibatkan kawasan tanah halal. Masya Allah.


JUSTIFIKASI :
Nampak ok pada kita. Tapi tidak diendahkan oleh Saudi. Oleh itu, dengan mudah mereka mengubah haluan Sa'ie dari Marwah ke Sofa ikut jalan baru diluar kawasan sa'ie sepatutnya. Jika jalan ini berada diluar dari kawasan sa'ie sebenar, maka ibadah umrah atau haji seseorang tidak sah. Bahkan selamanya seseorang itu berada di dalam ihram. Balik ke negeri masing-masing perlu bertahlul dan menyelesaikan ihsar. Manakala ibadahnya tergantung bagaikan tak bertali.

Sebenarnya, pemerintah Saudi pun terkesima dengan bantahan demi bantahan dari ulamak seluruh dunia. Setakat ini mereka belum membuat kenyataan rasmi berhubung isu ini kepada negara umat Islam. Malah, jika anda datang ingin membuat penyelidikan tentang isu ini..anda akan diminta menunjukkan permohonan rasmi dari Kerajaan anda.

Saya percaya, jika anda menanyakan Tabung Haji pun...anda tidak ketemui jawapannya. Alasannya, isu ini belum ada hitam putih dari Pemerintah Bani saud. Lalu menyukarkan panel Tabung Haji untuk bersidang dan mencari keputusan yang berkaitan. Ini kerana kaedah feqh telah menggariskan : al-Hukm 'ala syai'in far'un 'an tasawwurihi.."

KESIMPULAN :

Apa yang nyata, terdapat beberapa kesimpulan. Antaranya :

1) Pemerintah Bani Saud tidak prihatin dengan sejarah peradaban umat Islam. Satu demi satu syiar Islam dikorbankan dek kerana ledakan kemajuan ciptaan mereka. Mereka juga tidak peka kepada sensitiviti umat ini.


2) Ulamak pro pemerintah Saudi akan mengiyakan apa sahaja keputusan pemerintah. Namun, ulamak yang benar pasti bangkit menentang sebarang perubahan yang tidak bertunjangkan nas dan melencong dari prinsip maslahah. Mungkin ia boleh dikategori sebagai bid'ah dhalalah?

3) Jika benar, jalan dari Marwah ke Sofa itu diluar kawasan Sa'ie maka ibadah umrah dan haji pasti tidak sah. Satu dari rukun Islam ummat ini bakal terlerai. Dan siapa pula yang bertanggung jawab. Tanggung di dunia..dan jawablah di akhirat.




2 comments:

Anonymous said...

kalau mcm tu,uztaz tak perlulah gi buat haji nanti..nanti tak sah pula..

Abu Tholhah said...

Nak bertaqlid kena bersandarkan kepada dalil2 dan nas..bukan jadi pak turut & pak angguk sahaja..
X semestinya dia tu kerajaan,dia buat kita main ikut jer...

Visit Bil.