Tuesday, April 8, 2008

CEMERLANG, GEMILANG, TUMBANG..


Saya tidak terkejut dengan senario anak Malaysia seperti Sufiah Yusof. Satu waktu dahulu memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun kerana cemerlang dalam ilmu matematik. Sebenarnya, bukan dia sorang je yang cemerlang. Malah orang lain pun berlambak lagi. Tapi tidaklah se sensasi seperti beliau yang akhirnya menjadi pelacur sukarela. Kononnya, selesa dan tidak pernah menyesal apa yang berlaku.

Rentetan itu, terdapat usaha pihak tertentu untuk menyelamatkan Sufiah dari kancah pelacuran. Usaha ini mulia. Tetapi masih terdapat usaha yang perlu diutamakan untuk menyelamatkan maruah melayu muslim kita yang lain menjadi pelacur.

Tak payah pergi jauh sampai Britain. Usahakan dahulu untuk menyelamatkan para pelacur kita di Lorong Hj Taib, Jln Tuanku Abd Rahman, Jln Bukit Bintang, pelayan rumah tumpangan dan GRO di kelab malam yang berdaftar dgn kerajaan. Walupun ada lesen..aktiviti pelacuran tetap haram di dalam Islam. Dulu, kini dan selamanya.
Pendek kata, kalau nak cegah mungkar..biar betul. Biar betul-betul. Operasional ini harus bermula dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Barulah diperluaskan ke arena global. Isu pendidikan, penguatkuasaan, undang-undang dan hak asasi manusia perlu diperinci dan diperkasakan.

Soalnya, macamana nak basmi pelacuran jika kita sendiri yang mengundang unsur berkenaan. Inilah hasilnya apabila manusia amat jahil dengan tuntutan agama. Etika pakaian Islam tidak dipedulikan. Aurat dipertontonkan. Bahkan menjadi nilai komersial artis-artis kita serta dicontohi oleh anak-anak bangsa. Mereka tidak segan-silu menunjuk-nunjuk paras bahaya kehormatan kepada umum. Budaya apa ini? Tentunya budaya Kristian dan Yahudi and The Gang. Ternyata, sebagaimana mereka…begitulah kita. Imam al-Bukhari, Muslim dan selainnya sudah lama menghidangkan kepada kita tentang nasihat Baginda SAW supaya menjaga maruah diri. Tetapi..itulah orang kita..cemerlang dunia..temberang agama.

Diperingkat kanak-kanak atau awal remaja, mereka kelihatan begitu cemerlang. Kecemerlangan mereka mengemilangkan negara. Tiba diperingkat pertengahan remaja atau arus rumahtangga..mereka tumbang kerana hati tidak dipenuhi dengan cahaya iman & taqwa. Mereka tidak kenal siapa Tuhan? Sebaliknya hanya celik mata..kasih dan cintakan keduniaan sahaja.

Justeru, tidak hairanlah jika ada manusia yang cerdik sanggup melacurkan dirinya semata-mata kerana habuan dunia. Tapi harus diingat..sebelum melacurkan diri..sebenarnya manusia terlebih dahulu telah melacurkan agamanya. Zaman kita..manusia lebih mudah melacurkan agama berbanding dirinya dalam sekelip mata. Dan aku ini hanya di dalam kekuasaan Allah. Takutlah akibat yang datang dariNya 24 jam dalam hidup kita. Apa gunanya..cemerlang, gemilang..jika akhirnya tumbang dan isi kehidupan menjadi tunggang langgang.

Nampaknya, gagasan ini hanya tinggal slogan retorik dan tidak realistik terhadap apa yang berlaku. Benarkah begitu? Fikir-fikirkanlah.

4 comments:

the indie story said...

Minta Laluan...dengan keizinan dan budi bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,

ARTIKEL:
Sanusi Junid sudah bawa keluar Pedang Samurai...Haaiiittt!

Benarlah sepertimana yang tersebar diseluruh negara satu waktu dulu bahawa, dengan Pak Sanusi ini jangan dibuat main-main; kerana beliau mengamalkan semangat Bushido; yang sering dipegang oleh Samurai Berani Mati dari Negara Terbit Matahari...

Dato' Seri Sanusi Junid yang kini merangkap Presiden UIAM sememangnya ahli politik yang berani dan mempunyai prinsip kesetiaan yang tinggi kepada bekas ketuanya... Haaaittt!

Lihat sahaja keberaniannya mempertahankan Enche' Ghaffar Baba (Tun) daripada serangan bertubi-tubi media yang dikuasai oleh kem Anwar Ibrahim dan juak-juaknya, pada masa perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993; yang penuh berliku dan bersejarah itu.

Sanusi mengepal penumbuk berdiri teguh diatas Rostrum membela Tun Ghaffar Baba habis-habisan biarpun selepas itu beliau kalah mempertahankan kerusi Naib Presiden Tempat ke-3, yang disandangnya pada masa itu. Perhimpunan Agung, tahun 1993 menyaksikan Dato; Seri Sanusi Junid menongkah arus 'Kem Wawasan' yang dikepalai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim; yang disokong oleh juak-juaknya seperti Mike Tyson, Muhyiddin Yasin dan Rahim Tamby Chik.

Sila baca ulasan seterusnya di :
http://theindiestory.blogspot.com
Check it out!
TQ

hegerian said...

salam,,,,,
hegerian felt distinguished by the precious gift from The Lord,,, prise be Him....... ISLAM,,,, one and only,, the way of life... pure guidence from daily life toward all complexities that they (heathens, secularists,atheists, agnostics, and bla bla bla.....) poured towards us.
Sufiah, the like, pure product ECEDEMIC ONLY achievement, innihils all ancillary value that they ignored.
poor Sufiah,,,,.. iwas 16 and she was 13. she went to oxford and i was wandering to go....... ... and now i'm.
may God bless all, OO... God, show me the path to escape this labyrinth...... ma'a ssalamah.........................

the indie story said...

Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,

Foto-Foto Terkini "PERHIMPUNAN RAKSASA RAKYAT DI DEWAN SULTAN SULAIMAN", KG. BARU, KL. Tarikh:14hb. April / Masa: 8.30pm - 10.30pm (Sejarah Tercipta!)

Foto-Foto Eksklusif Hanya Daripada

theindiestory.blogspot.com

CHECK IT OUT! tq

Divine love said...

Assalamualaikum Ustaz...

Secara peribadi saya menghormati akan usaha dan tindakan ustaz untuk berdakwah masyarakat ke arah kebenaran...

Dalam kes manhaj wahabiyyah, tindakan ustaz adalah selaras dengan usaha beberapa pihak untuk menentang perkembangan puak wahabi ini. pada pendapat saya, tindakan menentang perkembangan arus wahabiyyah adalah mesti dilakukan agar perkara-perkara yang luar biasa oleh golongan wahabi dapat dikekang daripada menguasai negara ini...

Kadang-kadang, saya melihat ustaz agak kerap menyebut tentang ajaran sesat. Adakah ustaz turut membabitkan golongan tasawuf yang mengikut aliran tarekat yang berbagai itu sebagai sesat? sebagai contoh, tarekat samaniah, tarekat qadiriah, tarekat naqsyabandi, tarekat ahmadiah, tarekat shatariah, tarekat shazaliah, dan bermacam-macam lagi...

Untuk pengetahuan ustaz, datuk kepada PM kita sekarang pun adalah pengikut tarekat samaniah. Sheikh Abdul Samad Al-Falimbani juga pengikut tarekat samaniah. Sheikh Wan Sulaiman Wan Siddiq, Mufti Kedah dahulu adalah khalifah murshid tarekat ahmadiah naqsyabandi. Moyang dan datuk saya dulu juga pengikut tarekat ahmadiah naqsyabandi, bahkan moyang saya merupakan guru agama kepada Sultan Kedah dan datuk saya adalah Qadhi daerah...

Pada pandangan saya, janganlah sekali-kali melibatkan tarekat-tarekat yang ada di Malaysia sebagai aliran sesat. Carilah bukti yang jelas yang menunjukkan bahawa tarekat-tarekat yang dibawa oleh nenek-moyang itu sebagai sesat dan tidak mengikut sunnah wal jamaah. Ilmu yang ada dalam tarekat itulah yang diwarisi daripada khalifah-khalifah tarekat terdahulu, jadi jikalau ulama-ulama dahulu dikatakan membawa aliran tarekat yang sesat maka kita telah menghukum mereka itu sesat. Nauzubillah...

Sewajarnya ilmu tasawuf yang dibawa oleh tarekat-tarekat yang ada di Malaysia ini diperkukuhkan bukan dihentam secara semborono. Sebab itulah bermacam-macam bahana turun kepada umat Islam sekarang kerana ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah itu diperlekehkan oleh tokoh-tokoh Islam sekarang.

Dalam bab politik, saya faham bahawa ustaz adalah penyokong PAS yang taat setia. Tetapi janganlah bersikap "menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal". Itu adalah pandangan peribadi saya terhadap hasil karya ustaz. Saya melihat perkara sedemikian wujud dalam hasil karya ustaz. Sewajarnya ustaz meminta petunjuk dan ilham daripada Allah sekiranya mahu menulis karya. Amalan yang biasa dilakukan oleh ulama yang berpegang kepada aliran tarekat dan berteraskan sunnah wal jamaah sebelum menulis karya:
1- mengambil wuduh
2- solat dua rakaat
3- mohon keampunan Allah
4- selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
5- memohon ilham daripada Allah dengan bertawasul melalui Guru yang murshid (rabitah guru)
6- mengucapkan syukur kepada Allah

Saya syorkan ustaz mempelajari ilmu tasawuf melalui terakat-tarekat yang ada di Malaysia melalui guru yang murshid...

Semoga ustaz diberi hidayah oleh Allah dan terus mempertahankan kebenaran Islam dan kedaulatan bangsa Melayu yang menjadi teras kekuatan Islam di negara ini...

Visit Bil.