Sunday, December 20, 2009

Tokoh Tajdid Dihukum Sesat Oleh Wahhabi

Dalam akhbar mingguan hari ini 20hb Disember 2009, Dr Asri mengaitkan Tokoh Ma'al Hijrah 1431 Hijrah iaitu Dr Yusof Al Qardhawi dengan Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim melalui hujjah yang digunakannya di dalam kitab yang disebutkan dalam artikelnya di sini.

Bahkan, untuk menguatkan hujjahnya demi meraih sokongan juga dikeluarkan juga mengenai pengakuan Tokoh Ma'al Hijrah ini yang dituduh sebagai wahhabi.

Sekiranya mereka yang rajin mengkaji pemikiran dan fikrah Dr Yusof al Qardhawi tentunya akan sedar bahawa Dr Yusof al Qardhawi pernah mengkritik sendiri golongan yang kononnya melarang taqlid, tetapi mereka inilah sendiri yang taqlid pada ulamak mereka sendiri di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat.

Bahkan juga menyelar golongan yang memerangi golongan yang bermazhab. Lihat sendiri kata-kata beliau :

Ada golongan yang memerangi konsep bermazhab, memerangi mazhab fiqh dengan melarang (bermazhab) walaupun daripada golongan awam untuk bertaqlid. Pada masa yang sama mereka bertaqlid dengan pandangan guru mereka maka jadilah ia mazhab yang kelima!

(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Min Murahaqah Ila al-Rusyd).


Sedarkah mereka yang hanya taqlid buta kepada Dr Asri, Pro Bahtera Perubahan, Tajdid (sebenarnya tajdid lapuk) tanpa mengkaji bahawa Dr Yusof Al Qardhawi sendiri ada membukukan kitabnya yang bertajuk : Al Fatwa Bayna Al Indibat al Tasayyub


Di dalam kitab ini, Dr Yusof Al Qardhawi mengajar dan mendidik agar mereka yang ingin berfatwa agar menguasai disiplin ilmu sebelum berani mengeluarkan apa-apa hukum dari al Quran dan Hadith. Ia telah dijelaskan di dalam blog ini di dalam tajuk : Jangan Segan Untuk Berkata Aku Tidak Tahu..


Bahkan mereka yang hanya belajar suka tebuk-tebuk, dan kemudian mengeluarkan hukum seolah-olah sudah menjadi mujtahid diselar dengan kata beliau :



Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis. Lantas merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun mengecapi permulaannya. Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, di dalam masa yang sama ilmu Bahasa Arab serta komponen-komponennya serta nahu dan saraf tunggang langgang. Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari usul fiqh! Hanya meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan sebarang permasalahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik. Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu.


(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd).

Sekiranya diselusuri artikel, ceramah samada di dalam akhbar sebelum, semasa dan selepas menjadi mufti (bagi mereka yang benar-benar mengkaji dan rajin menyelidik) tentu ramai yang sedar apakah isu yang selalu dibawa oleh Dr Asri. Apakah yang dilekehkan oleh beliau secara halus dan terang. Apa pula kata Dr Yusof al Qardhawi mengenai hal ini ?


Menjadi satu bentuk pengkianatan terhadap umat pada hari ni dengan membawakan mereka tenggelam di dalam kancah perdebatan masalah-masalah furuk fiqh atau pinggiran akidah.


(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Baina al-Ikhtilaf al-Masyruk Wa al-Tafarruq al-Mazmum).

Jangan pelik, jika tokoh tajdid ini (pada pandangan Dr Asri) dijadikan hujjah pula untuk dijadikan sandaran kepada fikrah yang dibawanya.

Tokoh Tajdid Yang Dihukum Sesat Oleh Wahhabi

Jangan lupa, Dr Yusof al Qardhawi sendiri dihukum sesat oleh wahhabi sendiri. Sebenarnya telah dijelaskan sebelum ini. Tetapi memandangkan di dalam komen-komen yang ditulis oleh mereka yang taksub dan taqlid buta pada golongan dan individu tertentu ada yang malas hendak membaca dan mengkaji dengan fikiran yang rasional tidak melihat akan kebenaran yang telah dibuktikan.

Antara contoh penyesatan yang dibuat oleh tokoh Wahhabi :

Dalam Mukhtashar Muslim lil Hafiz al Munziri ketika berkomentar hadith no 2060 tentang turunnya al Masih alaihis salam di akhir zaman. Sheikh Albani berkata :

"Ini jelas menunjukkan bahawa Isa 'alaihissalam akan berhukum dengan syari'at kita dan memberi keputusan dengan al Quran dan Sunnah, bukan dengan selain keduanya iaitu Injil atau Fiqh Hanafi atau yang seumpamanya".


Pernyataan Albani ini telah dibidas oleh Dekan Fakulti Usuluddin Universiti al Imam Muhammad bin Su'ud al Islamiyah Riyadh iaitu Dr Ibrahim al Manshuri di Akhbar Harian 'Ukkaz dalam tiga makalah yang ditampilkan bersiri. Beliau berkata :


"Bagaimana anda menyamakan mazhab-mazhab dengan Injil yang sudah tidak asli dalam hal kebatilan? Dan bagaimana pula anda menggolongkan para pengikut mazhab yang empat berada dalam kesesatan seperti Yahudi dan Nasrani dan bahawa semua itu adalah pengikut kebatilan sebagaimana sangkaan anda?

*Sheikh Albani menyamakan Fiqh Hanafi yang dalil dan hujjahnya adalah dari Al Quran dan Sunnah dengan Injil yang terang jelas sudah terpesong.


Pernyataan Albani di atas juga pernah dikritik keras oleh Dr Said Ramadhan Al Buthi dalam kitabnya : Allaa Mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syariiata Al Islamiyyah. Persoalan yang perlu difikirkan : Bukankah tokoh di atas ini (diwarnakan merah) selalu juga digunakan oleh Dr Asri ?

Di dalam sebuah blog dimiliki oleh pengikut Rasul Dahri (Wahhabi tegar di Malaysia) terdapat satu fatwa dari Bin Baz seperti berikut :

Jawapan Syeikh Ibn Bazz rahimahullah: “Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin termasuk tujuh puluh dua firqah yang sesat kerana barangsiapa berselisih dengan akidah Ahli Sunnah, ia akan masuk ke dalam tujuh puluh dua yang disebut oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai “umatku”. Maka yang dimaksudkan “umatku” adalah golongan yang masih menjadi umat baginda iaitu umat Islam”.

Beliau (Ibn Bazz) ditanya lagi: Apakah keduanya (Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin) termasuk ke dalam tujuh puluh dua golongan tersebut?

Jawapan Ibn Bazz:
“Ya, (Ikhwanul Muslimin) termasuk dalam keumuman tujuh puluh dua golongan tersebut! Termasuk juga Murjiah dan Khawarij”.
(Lihat: Majalah as-Salafiyah. Hlm. 47. No. 7 tahun 1422)


Sila rujuk laman blog ini : http://bahaya-syirik.blogspot.com.

Dr Yusof al Qardhawi sendiri amat menghadami jalan Imam Hasan al Banna dan mengikuti pergerakan Ikhwanul Muslimin.
Sebagai ulangkaji dari pendedahan bahayanya Wahhabi di Malaysia khususnya, kita sama-sama soroti hukuman sesat yang telah dibuat oleh golongan yang melampau ini :

1. Menghukum sesat kepada Prof Dr Yusof al Qardhawi, Imam Hassan al Banna, dan Jemaah Ikhwan Muslimin :

http://salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=630

2. Menghukum sesat kepada Imam Hasan al Banna :

http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=375

3. Menghukum sesat kepada golongan Asya'iroh :

http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=715


Dalam risalah berjudul Minal Itsnain Wasab'iina Firqotan tulisan dari SHEIKH BEN BAZ, NASHIRUDDIN AL BANI, SYEIKH SOLEH FAUZAN dan SYEIKH BAKAR ABU ZAID cetakan 2001 halaman 14 : DI ANTARA FIRQAH-FIRQAH SESAT YANG MUNCUL PADA KEBELAKANGAN INI :

1. Firqah Hassan al banna (Al Ikhwaniyyah)

2. Firqah hasan al Turabi ( at Turabiyyah)

3. Firqah Sayid Qutub ((al Qutubiyyah)

4. Firqah Muhammad surur (as Sururiyyah)

5. Firqah Abdurrahman Abdul Khaliq (at Turatsiyyah)

6. Firqah Muhammad Ilyas (at Tablighiyyah)

7. Firqah Mahmud al Haddad (al haddadiyyah)

8. Firqah al Habsyi (al-Habasyiyyah)

9. Firqah Ahmad Yasin (al Hamasiyyah)

Adakah sama 'tajdid' yang dibawa oleh Dr Asri dengan tajdid yang dibawa oleh Dr Yusof Al Qardhawi ? Dr Yusof al Qardhawi banyak dalam kitab yang ditulisnya mengandungi pengajaran mengenai kepentingan adab, mengajak kepada kesatuan umat Islam dan tidak pula melekehkan ulamak muktabar dan sesama umat Islam.

Pesanan : Belajarlah menyelidik dan mengkaji, lihat tokoh mana yang selalu digunakan oleh pihak berkenaan. Sebelum memberi komen bacalah dan nilailah terlebih dahulu secara keseluruhan. Bukan hanya membaca sedikit dan terus buat kesimpulan. Bagi yang sebenarnya taqlid buta dan taksub pada Dr Asri, perlu difikirkan semula bahtera yang sedang dinaiki. Adakah ia dapat menguntungkan ataupun sedang membawa kepada perpecahan ?

41 comments:

ajim said...

salam..

dah sah2 dr asri tak mengaku wahabi, kalo da ada "wahabi" menuduh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai sesat.. xda kena mengena dgn dr asri.. adoyai..

JomFikir said...

Assalamu'alaikum,

Ajim, artikel di terbaru nih ada tuduh Dr Asri wahhabi ke ? Atau anda tak pandai membaca ?

MIRIAH ENTERPRISE said...

tima kasih ustaz menyiarkan artikel ni sekaligus menjawab kemusykilan sy kelmarin...

mmg sy penah membaca sebelum ni dr blog tuan ttg yusuf qardawi...tp bile kuar komen kate dr yusuf wahabi, sy jd terkaget...

walaupun begitu, masih ade musykil sy, ttg kate2 yg kate dr yusuf menyanjung tinggi imam al-ghazali, ibn taimiyah dan ibn qayyim...di sini menunjukkan keterbukaan dr yusuf...betulkan sy jika sy silap..

wassalam..

Ibnu Muslim said...

Kesanggupan Sheikh Yusuf untuk meraikan Maal Hijrah di Malaysia menunjukkan beliau seorang yg tidak menentang program bidaah hasanah malah beliau mengharuskan sambutan Mawlid.
Wahabi haramkan Maal Hijrah mahupun Mawlid tapi sambut Hari keputeraan Raja mereka besar-besaran melebihi Hari Kelahiran Nabi saw sendiri.
Sangat menghairankan..

gagasan_warisan said...

Kelakar betul bila baca tulisan Dr Asri....pusing pusing....ayat2 dalil2...last2 keluar jugak nama Ibn Taimiyah..kuar juga nama Ibn Qayyum.....dia nak juga kaitkan dengan depa ni......nampak sgt dia lagik taasub.....
sampaikan Al Qardhawi pun nak diheretkan sama dalam menyanjung Ibn Taimiyah....huhu

Lagi satu Si Asri ni kagum dengan Al Qardhawi bukan sebab namanya tetapi kesarjanaan......tak habis2 dengan sarjana...tuan sarjana buah kana......para sahabat nabi takder sarjana pun tapi hebat2....

cjb said...

insyaallah sama2 kita berlapang dada dan mendengar penerangan mantan mufti perlis di link http://www.youtube.com/user/TVSUNNAH#p/u/23/dgWIC8NTh68

MIRIAH ENTERPRISE said...

sy ade membaca buku karangan dr yusuf qardawi...kalu x silap sy judulnya fiqh awliyyat (terjemahan bahasa melayu) di dalamnya ada tersenarai tokoh2 pembaharuan dalam islam, antara yg sy masih ingat, muhammad abdul wahab, jamaladdin afghani, muhamaad abduh, hasan al bana, syed qutb

tersenarai nama muhammad abdul wahab...kalulah beliau sesat, tak betul.. kenapa syeikh al-qordowi menyenaraikan name beliau?

Unknown said...

Yang betul kita ambil. Yang salah kenalah kritik. Kalau tak boleh kritik, nanti jadi taqlid pula.

Bab khilafiyah, kita berlapang dada. Tapi bab usul, tak kan kita nak diamkan aje. Yang benar kenalah kata benar. Terutama bab aqidah.

Jika benar Dr. Yusuf Qardhawi sanjung Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim atau Muhammad Abdul Wahhab, itu dalam bab apa?

Tauhid atau Fekah? Khilafiyah atau Usul? Apa dalil2 yang diguna pakai? Wajib ke taqlid kepada Dr. Yusuf Qardhawi?

Isunya, bila Wahhabi menghukum umat Islam sebagai sesat, dalil2nya tak boleh disanggah. Dr. Yusuf Qardhawi sokong Muhammad Abdul wahhab, semua wajib sokong dan bertaqlid.

Ini yang payah. Slogan Sunnah untuk Wahhabi. Slogan Bidaah Dholalah untuk umat Islam Bukan Wahhabi. Akhirnya definisi taqlid semakin kabur.

cjb said...

Raja Perlis Dukacita Perlis Dilabel Mengamalkan Fahaman Wahabi

KANGAR, 18 Dis (Bernama) - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dukacita dengan tindakan pihak tertentu yang melabelkan Perlis sebagai negeri yang mengamalkan fahaman Wahabi.

Tuduhan itu sering dilemparkan termasuk melalui media massa dengan alasan Perlis tidak mengamalkan doa qunut semasa solat Subuh dan tidak berdoa beramai-ramai selepas solat untuk menidakkan amalan Sunnah yang diamalkan di negara ini.

"Sebagai Raja Perlis, saya amat dukacita dengan apa yang berlaku tersebut. Tak baiklah buat kenyataan dalam akhbar atau TV. Lebih wajar dibawa muzakarah. Kalau apa yang dibuat di Perlis tak ikut syarak, tunjuk nas-nas lengkap, Perlis sedia mengubah (dari apa yang diamalkan sekarang)," titah baginda.

Raja Perlis bertitah demikian pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan 2020 di sini. Turut berangkat Raja Perempuan, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid manakala yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan isteri, Datin Seri Asiah Asmuni.

"Jika tidak ada nas-nas kukuh yang boleh menguatkan hujah mereka mengatakan apa yang diamalkan di Perlis tidak betul, janganlah 'buat bising' sangat. Kalau tak mahu ikut Perlis, senyap sudahlah. Nanti kata pula, Perlis Darul Wahabi," titah baginda.

Baginda bertitah, pihak-pihak berkenaan tersebut harus faham bahawa Perlis tidak terikat kepada mana-mana mazhab sebaliknya menerima semua mazhab.

"Kalau ada sesiapa yang tidak puas hati tentang apa yang diamalkan di Perlis, boleh tulis surat kepada Jabatan Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan Majlis Fatwa Negeri untuk berbincang. Kalau perlu bahas kita bahas untuk mencari kebenaran. Hentikanlah tuduhan yang tidak sepatutnya kepada Perlis," titah baginda.

Baginda turut menasihati pihak-pihak berkenaan di Perlis jangan pula sampai mengambil tindakan mahkamah kepada pihak yang membuat tuduhan itu kerana jika ini dilakukan, penyelesaiannya tidak sampai ke mana.

Sementara itu, sebanyak 44 kontinjen menyertai perarakan sempena sambutan Maal Hijrah itu.

Pada majlis itu, Raja Perlis juga berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Ma'al Hijrah kepada Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Prof Madya Datuk Syed Omar Al-Saggaf, 66, dengan menerima hadiah wang tunai RM5,000 sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Padang Besar Utara pula diisytiharkan sebagai masjid terbaik peringkat negeri dengan menerima hadiah RM3,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan yang juga disampaikan Raja Perlis.

-- BERNAMA

Jongos D Macho said...

Salam..
Dalam perjalanan menuju ke satudestinasi,tetiba beberapa kawan ana bertanya apa itu wahabi?kenapa dia di gelar wahabi?apa yang menyebabkan wahabi itu sesat?apa definasi wahabi?ana kata no komen...ana cuma bagi cd dato ustaz shamsuri yang bertajuk "azan stylo tepuk tangan" CD 305 bagi diaorang dengar...kemudian diaorang berkata mungkin ustaz shamsuri ni wahabi sbb dia sangah cara orang melayu siram air kat kubur...ana kata no komen... itu biasa ..nik aziz pon kena label wahabi..

Yusoff bin Ishak said...

Pada ambo, Ust Shamsuri tu bukan wahabi tetapi dah terkena virus wahabi. Ada kala dia menegur orang tanpa hikmah (ambo dengar melalui ceramah dia lah). Tapi Asri..ambo berani kata dia benar2 wahabi walaupun dia tak mau mengaku..ade ker pencuri mengaku pencuri?hee..hee

MIRIAH ENTERPRISE said...

menjadi musykil sy jugok iaitu imam di masjidil haram...
apakah mazhab mereka? atau adakah mereka wahabi? ada kata orang saudi bnyk yg mazhab hanafi dan hambali..cuma raja saudi dan bangsawan jer yg wahabi..benarkah begitu?

Ibn Salleh. said...

Salam Maal Hijrah Untuk Semua.Jom dengar ceramah Maal Hijrah di blog ana atau Youtube berbentuk audio.Ceramah oleh al-Fadhil Syeikh Mohd Fuad al-Maliki berkenaan dengan sambutan Maal Hijrah, Bidaah dan sebagainya.Satu ulasan yang cukup ilmiah daripada Syeikh Fuad al-Maliki baru diuploadkan ke dalam Youtube.Selamat mendengar.

cjb said...

Sejak yusuf qardawi dianugerah tokoh maal hijrah ni nampaknya ramai golongan tradisionalist nusantara (baca golongan jumud)yg semakin kehilangan arah. Terutama fatwa mrk yg menyesatkan Ibn Taymiyyah & Muhammad bin Abdul Wahhab. Ini krn golongan tradisionalist nusantara (baca golongan jumud) ini baru tahu yg ulama besar Yusuf Qardawi begitu byk merujuk kpd pdpt2 & kitab dari Ibn Taymiyyah & Muhammad bin Abdul Wahhab.

So amacam sekarang? Masih mahu menuduh Ibn Taymiyyah & Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai sesat??

Nampaknya yg pasti golongan tradisionalist jumud ini perlahan2 akan insaf & makin perlahan nadanya utk menyesatkan Ibn Taymiyyah & Muhammad bin Abdul Wahhab.

Syukur Alhamdulillah.

cjb said...

akan tiba ketikanya nanti golongan tradisionalist nusantara (jumud)akan berpura2 hairan & berpura2 bertanya "bila masa kami menyesatkan Ibn Taymiyyah & Muhammad bin Abdul Wahhab? kami tak pernah berkata begitu."

Spt mana mrk berpura2 bertanya "bila masa kami fitnah Ustaz Asri guna degree palsu? kami tak pernah kata pun."

Mengfitnah tapi kini tidak mengaku. Alangkah sedihnya bila golongan 'agama' yg melakukannya.

n.ajis said...

Kaedah ulama jumud al-nusantarawiy ini mudah saja; kalau qaradawi mengiktiraf ibn taymiyyah, abd wahhab maka ulama nusantarawiy akan berfatwa; dr qaradawi tidak layak mengeluarkan fatwa, yang layak keluar fatwa hanya ulama nusantarawiy Tanah Melayu seperti allamah sheikhul islam zamihan el-ahbash dan muhammadiy el jummudiy (puuii!).

n.ajis said...

siapa yg suka belajar tauhid ASWJ el-nusantarawiy dan rasa tak pening kepala akibat kebingungan melampau, teruskanlah. Kami dari kalangan generasi muda lebih mudah faham tauhid melalui tiga serangkai. buka saja Quran terus boleh faham Allah itu satu. buat apa buang masa pening kepala belajar "sekejap ada sekejap tiada". Aik! Dah macam iklan biskut la pulak!

MIRIAH ENTERPRISE said...

n.ajis said...
Kaedah ulama jumud al-nusantarawiy ini mudah saja; kalau qaradawi mengiktiraf ibn taymiyyah, abd wahhab maka ulama nusantarawiy akan berfatwa; dr qaradawi tidak layak mengeluarkan fatwa, yang layak keluar fatwa hanya ulama nusantarawiy Tanah Melayu seperti allamah sheikhul islam zamihan el-ahbash dan muhammadiy el jummudiy (puuii!).

weh n.ajis...nyamar jd tok guru aku plak..beradab sikit ngn ulama..jgn dok suka pui2 orgg..kan tuhan koyak mulut tu kat akhirat nanti kan...beradab sikit..kite boleh berdiskusi di sini, tp dengan beradab..

Anonymous said...

to ibnul muslim :
kalaulah mereka yang dikatakan "wahhabi" ini meraikan secara besar-besaran keputeraan raja, tidak menjadi masalah pun..sebabnya, mereka tidak mengganggap perayaan itu sebagai satu syiar islam..bukan seperti maulid..maulid dianggap seolah2 part of upacara keagamaan islam..ibnu muslim, bercakap biar biar berdalil..


to gagasan warisan :
mengambil pendapat-pendapat daripada sh.ibnu taimiah atau ibn qayyim tak menunjukkan beliau taksud kepada mereka..sekadar menakalkan..biarla beribu kali pun dia sebut ibnu taimiyyah..tetap tak menunjukkan dia taksub pada ibnu taimiyyah..adakah beliau tak pernah sebut dr.qardhawi?dr.wahbah zuhaili..ibnu katsir..lainkali, jangan la baca satu artikel jer..baca keseluruhan..bila kita ada masalah "hasad" dalam hati, kita menilai org dengan tidak adil..

kalau kita asyik sebut berkata umar..berkata abu bakr..berkata ibnu khuzaimah dll..adakah kita taksub pada mereka?tidak kan?kita mengambil manfaat daripada mereka..begitu juga daripada ibnu taimiyyah dan ibnu qayyim

lagi satu..kesarjanaan di zaman nabi juga berbeza dgn zaman skrg...jangan la nak suruh samakan semua benda yg tak ada zaman nabi dengan yg ada skrg..buka minda sedikit..apa ingat tak ada sarjana ke zaman nabi dan para sahabat dan seterusnya?ibnu umar dengan sarjananya..abu hurairah dengan sarjananya..anas bin malik dengan sarjananya..tapi tak ada la yg bertulis prof/dr anas bin malik..


to darul semangka :
bila masa plak wahhabi kata dalil2 mereka tak boleh disanggah..bila org2 wahhabi kata tntg ssuatu perkara tu adalah bida'ah..itu adalah pendapat mereka..tak ada plak dia kata, siapa yang tak ikut pendapat mereka, masuk neraka..come on la darul semangka..jangan buat tuduhan tak berasas..skrg ni kat mana2 masjid pun, yg semangat duk tuduh org adalah ust mahfuz (anti-wahhabi) dan di pondok2 pun..di masjid2 kat kampung..kalau imam tak baca qunut...kecoh satu kampung..sedangkan org2 wahhabi tak pernah sekalipun rampas mic/buat kecoh tengah2 majlis tersebut ada perkara2 yg mereka rasakan bid'ah..tak pernah ada kes pun kat msia ni yg jadi bergaduh melainkan golongan yang anti-wahhabi yg bersungguh2 marah, maki, tuduh, kutuk dll..boleh tengok contoh2 ni di masjid2..kalau tak percaya, cuba la ke mana2 masjid kampung..kemudian jadi imam tak baca qunut..lepas solat zikir perlahan..dan jgn lupa tak usap dahi lepas salam tahiyyat..mesti lepas tu akan kecoh dan org akan marah..kita tgk, siapa yang tak beradab...

Anonymous said...

to darul semangka :

sekiranya ada antara glgn "wahhabi" ini yang mengatakan itu bida'ah dan ini bida'ah..adakah mereka berdosa dan ini tidak dibenarkan dalam ilmu islam?

kita lihat, byk perkara yang kita buat juga disebut oleh imam nawawi rh sebagai bida'ah..lepas tu, nak kata imam nawawi ni suka bida'ah2 ke?banyak fatwa2 beliau yang kata ini dan itu adalah bida'ah..habis tu, imam nawawi juga wahhabi?

JomFikir said...

Assalamu'alaikum,

Kesian dengan wahhabi ni, semua ulamak hendak dihukum sesat. Sebab itulah agaknya artikel ini diterbitkan untuk melihat kerja-kerja mereka yang kononnya mengaku salafi/tajdid.

Tok Guru Nik Aziz wahhabi ? Dia pun kena hukum sesat jugak nanti sebab beliau mengatakan tawassul pada orang yang sudah mati itu boleh. Yang pro wahhabi takkan tak tahu tentang tawassul pada yang sudah meninggal dunia ?

Pada saudara/ri miriah, saya yakin kita pun tak perlu taksub dan taqlid buta pada seseorang ulamak semata-mata. Bukankah itu yang diajar selama ini ? Adakah hanya kerana Dr Yusof al Qardhawi dipilih sebagai Tokoh Ma'al Hujrah maka segala perkataannya perlu ditelan bulat ? Jika begitu keadaannya maka kerana itulah terjadinya taqlid buta dan taksub serta fanatik. Cuba tanya sendiri dengan Dr Yusof al Qardhawi boleh tak fanatik pada seseorang semata-mata ?

Ada perkataan dari Dr Yusof al Qardhawi mengenai ibnu taimiyyah dan kita akan lihat kesederhanaannya :

"WAWASAN ISLAM ANTARA KEASLIAN DAN KEMODENAN" HLM 72-76 BERKATA:

"...Secara jujur saya katakan,bahawa saya sangat tertarik dengan manhaj dan metodologi al-Salafiyah yang diperbaharui seperti yang dipelapori oleh Syeikh Islam Ibn Taimiyah dan anak muridnya Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah,tetapi tidak menutup kemungkinan bagi saya untuk berbeza pendapat bagi keduanya dalam masaalah2 tertentu.Dengan sikap seperti ini,pada hakikatnya saya sedang mempraktikkan manhaj dan metodologi keduanya yang selalu MENGAJAK DAN MENYERU PARA ULAMA berijtihad dan meninggalkan taklid.Dan jika terpaksa saya bertaklid dengan keduanya pasti saya juga akan berbeza pendapat dengan mereka dalam masaalah2 tertentu"

Inilah manhaj salafiyah menurut Syaikh Prof Dr Yusuf al-Qardhawi.

* Ulama yang diseru, bukan orang awam.
* Mengajak dan menyeru maksudnya menggalakkan, bukan mewjibkan atau memestikan.
* Qardhawi mengaku mencontohi IT dan IQ dalam kebanyakan hal, tetapi dia tidak mengaku mengikut kaum Wahabi hari ini yang juga menjadiakn IT dan IQ idola utama mereka. Harap jelas perbezaannya.

JomFikir said...

sekiranya ada antara glgn "wahhabi" ini yang mengatakan itu bida'ah dan ini bida'ah..adakah mereka berdosa dan ini tidak dibenarkan dalam ilmu islam?

kita lihat, byk perkara yang kita buat juga disebut oleh imam nawawi rh sebagai bida'ah..lepas tu, nak kata imam nawawi ni suka bida'ah2 ke?banyak fatwa2 beliau yang kata ini dan itu adalah bida'ah..habis tu, imam nawawi juga wahhabi?

----------

Memang patut anda belajar balik apa erti bid'ah. Tapi tak perlu lah nak berbahas di sini. Sebab tajuk artikel pun dah lain. Perkara ijtihad dalam ibadah ia bukan bid'ah sesat (sebagaimana fahaman wahhabi).

Imam nawawi pun dihukum sesat oleh Wahhabi. Takkan tak tahu ? Sejak bila pula beliau menjadi pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab yang menghukum bid'ah sesat tanpa hak tu ?

JomFikir said...

to my ansarullah :

bila masa plak wahhabi kata dalil2 mereka tak boleh disanggah..bila org2 wahhabi kata tntg ssuatu perkara tu adalah bida'ah..itu adalah pendapat mereka..tak ada plak dia kata, siapa yang tak ikut pendapat mereka, masuk neraka

--------

Janganlah berdolak dalih, seolah-olah orang tidak tahu apa dalil yang selalu digunakan oleh Wahhabi sendiri. Iaitu menggunakan zahir matan hadith kullu bid'atin dholalah, wa kulla dholalah fi annar - An nar tuh apa maknanya my ansorullah ? Inilah dalil yang digunakan sewenang-wenangnya untuk mengeluarkan hukum pada segala perkara yang baharu.

Hinggalah para salafussoleh yang berijtihad, ulamak yang berkelayakan untuk mengeluarkan ijtihad dalam perkara yang tidak pernah dinyatakan, atau ada di zaman RasuluLlah dihukum sebagai bid'ah dholalah.

Jadi bila berkata jangan cuba bawak satu fakta penipuan dan pembohongan ya.

Contohnya di sini :

http://www.tranungkite.net/lama/c11/ap127.htm

(Bacalah kalau rajin, tetapi jika terus buat kesimpulan. Memang sahih la pemalas nak baca).

Ini contoh lain dari laman web al-fikrah.net :

http://al-fikrah.net/News/article/sid=322.html

Guna tasbih itu bid'ah. Dan bid'ah itu adalah semuanya sesat (pada fahaman wahhabi)

Anonymous said...

Kata al-Qaradawi: “Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, kerana seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma’ dalam persoalan ini dan itu..”.


seringkali mengambil kata2 ibnu taimiyyah tak bermaksud taksub padanya..


kpd jomfikir :
Kesian dengan wahhabi ni, semua ulamak hendak dihukum sesat.

tlg berikan buku/audio/video yg wahhabi kata semua sesat..atau hendak kata semua sesat.."SEMUA"

hrp bckp biar ada bukti..
org wahhabi jgk tk la bodoh hingga nk jadikn IT,IQ idola mrk..cukuplah dgn rasulullah..

JomFikir said...

Betul memang anda PEMALAS membaca bukti. Blog ini sudah memberikan sumber rujukan di mana perkataan tokoh-tokoh wahhabi yang menghukum sesat tersebut.

Persoalan anda yang sudah terjawab tidak perlu dijawab.

Anda sendirilah yang perlu merujuk kepada sumber-sumber yang telah disebutkan.

JomFikir said...

kata myansarullah :

Kata al-Qaradawi: “Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, kerana seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma’ dalam persoalan ini dan itu..”.

-------

Hujjah biasa.. ambil sikit-sikit tak habis kemudian ditempelkan. Dari Dr Asri pulak tu..

Jongos D Macho said...

JomfIKIR..
Sila rujuk perjumpaan Dr Maza dgn Nik Aziz..antara kenyataan Nik Aziz ketika pertemuan itu ..saya juga pernah di label kaum muda @ wahabi..
kata tuk guru yg ana ingat ingat lupa tapi pernah kontraversi ..sifat 20 tidak wajib di pelajari...maka keluar lah satu kenyataan dari blog Ustaz Mahxxx...http://drmaza.com/home/?p=840 yg menyata kan Tuk guru juga wahabi...ini telah diulas oleh Dr Maza baru baru ini...kalau bab tawasul nie rasanya .. Muhamad Abdul Wahab sendiri menyatakan bertawasul pada orang mati itu di bolehkan...contoh dengan berkat doa abu bakar as sidiq.. Sesungguhnya ana berlepas dari mu wahai jomfikir...berhujah lah engkau di hadapan Allah ..dgn hujah mu...ana cuma menyampaikan...anta lebih faham hukum berdusta itu...

Jongos D Macho said...

PakLongChup said...

Pada ambo, Ust Shamsuri tu bukan wahabi tetapi dah terkena virus wahabi. Ada kala dia menegur orang tanpa hikmah (ambo dengar melalui ceramah dia lah). Tapi Asri..ambo berani kata dia benar2 wahabi walaupun dia tak mau mengaku..ade ker pencuri mengaku pencuri?hee..hee


Wahai hamba Allah ..ana juga berlepas diri dari mu...perkataan terkena virus wahabi pada ustaz shamsuri itu adalah fitnah sedangkan beliau berhujah dengan al-quran dan hadis..moga anta dapat memberikan hujah anta di hadapan Allah..

Ibn Salleh. said...

Golongan Ahlussunnah menurut Imam al-Baghdadi

Oleh DR. ASMADI MOHAMED NAIM

SAYA membaca tulisan mengenai makna atau definisi Ahlu al-sunnah wal Jamaah (ASWJ) daripada seorang penulis mingguan pada pertengahan November 2009 lepas. Penulis mengutip definisi Ahlussunnah yang ditulis oleh Imam al-Baghdadi (wafat429H) dalam kitabnya, al-Farq Baina al-Firaq.
Namun malangnya perkataan al-turuq al-sifatiah atau 'jalan-jalan sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal, itulah antara perkara yang penting untuk menentukan sama ada tauhid yang mensyarahkan sifat-sifat 20 adalah sesuatu yang baru atau sememangnya sudah lama.
Pada saya, ada sedikit masalah 'ketidakjujuran ilmu', bila dia tidak menerangkan secukupnya maksud al-Baghdadi apabila mensyarahkan pengertian ASWJ.
Demikian juga, ada sebuah lagi penulisan yang menceritakan aliran pemikiran tauhid di Nusantara, yang merujuk bahawa aliran yang mensyarahkan Sifat 20 hanyalah muncul selepas tahun 1,000 Hijrah melalui Imam Sanusi dengan kitabnya Umm al-Barahin.
Penulis tidak merujuk kemunculan metod tersebut kepada penyusunnya yang sebenar iaitu Abu Hassan al-Asy'ari (wafat324H) yang muncul pada akhir kurun ke 3 Hijrah. Ini masalah 'sikap amanah' dalam penulisan.
Dalam kesempatan ini, saya hanya mahu menjelaskan siapakah Ahlussunnah menurut penulisan Imam al-Baghdadi yang telah menjadi rujukan definisi ASWJ supaya pembaca dapat memahaminya secara jelas.
Dapatkan artikel penuh ini di Utusan Malaysia 23/12/09/

MIRIAH ENTERPRISE said...

saudara my-ansarullah...di satu tempat di kg laut, tumpat kelantan ni mengamal mazhab hanafi...doa qunut tak baca...x kecoh pun...tp lepas tu mereka berwirid dengan suara yg lantang lagi..mereka juga beramal tarekat ahmadiyah..so camne? yg part2 tak baca qunut tu nk dikata kena virus wahabi sikit2 k?

mereka berlapang dada...dan kalu ade dijemput penceramah ke surau mereka yg mazhab syafie, mereka mengikut sahaja..mengikut cara2 syafie..

begitu juga imamnya yg mazhab hanafi ni, bile jd imam di luar kawasannya, beliau mengikut mazhab syafie kerna itulah mazhab kebnyakkan orang2 kite...

kan indah kalu camtu..xde kecoh pun...

Yusoff bin Ishak said...

Yang dikatakan tak berqunut tu kena virus wahabi bilamana mereka mendakwa baca qunut tu bidaah. Lagi satu, kalau masuk ceramah kat tempat orang depa tak reti meraikan orang setempat. Klu kau jadi imam bacalah juga qunut kerana org setempat amal qunu walaupun kau tidak mengamalkan qunut. Dan klu tak reti qunut tak yah jadi imam solat suruhlah imam tempatan jadi imam. Kan ker camni lagi lunak dan tenteram.

gagasan_warisan said...

Wahabi...wahabi apasal laa korang marah sgt ngan imam 4 mazhab tu...sedangkan drang pun berlapang dada sesama mereka.

Memang lah semasa para sahabat ada kesarjanaan masing2 tapi hari ni kesarjanaan tertakluk pada gelaran samaada Prof, Dr dan sebagainya dan itu lah yang Dr Asri pandang pada hari ni......huhuhu mentang2 lah dia gelaran Dr tak perlu mintak tauliah heheheh...ikut jerk laa undang2 tak yah kecoh2.

Tak perlu jadi punca masalah wahai Dr Asri dan konco wahabi...dulu punca masalah Astora Jabat...asri duk lawan debat ngan astora ...bila dah ada nama ...asri plak jadi punca masalah. Biarkan wahabi ditempatnya dan disini biarkan cara disini.

aryna said...

alam...

saya tolong paste kat sini jugak..

Golongan Ahlussunnah menurut Imam al-Baghdadi
Oleh DR. ASMADI MOHAMED NAIM

manusia diseru supaya tunduk kepada Allah serta berpegang kepada al-Quran dan hadis.
-----------------------------------
SAYA membaca tulisan mengenai makna atau definisi Ahlu al-sunnah wal Jamaah (ASWJ) daripada seorang penulis mingguan pada pertengahan November 2009 lepas. Penulis mengutip definisi Ahlussunnah yang ditulis oleh Imam al-Baghdadi (wafat429H) dalam kitabnya, al-Farq Baina al-Firaq.

Namun malangnya perkataan al-turuq al-sifatiah atau 'jalan-jalan sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal, itulah antara perkara yang penting untuk menentukan sama ada tauhid yang mensyarahkan sifat-sifat 20 adalah sesuatu yang baru atau sememangnya sudah lama.

Pada saya, ada sedikit masalah 'ketidakjujuran ilmu', bila dia tidak menerangkan secukupnya maksud al-Baghdadi apabila mensyarahkan pengertian ASWJ.

Demikian juga, ada sebuah lagi penulisan yang menceritakan aliran pemikiran tauhid di Nusantara, yang merujuk bahawa aliran yang mensyarahkan Sifat 20 hanyalah muncul selepas tahun 1,000 Hijrah melalui Imam Sanusi dengan kitabnya Umm al-Barahin.

Penulis tidak merujuk kemunculan metod tersebut kepada penyusunnya yang sebenar iaitu Abu Hassan al-Asy'ari (wafat324H) yang muncul pada akhir kurun ke 3 Hijrah. Ini masalah 'sikap amanah' dalam penulisan.

Dalam kesempatan ini, saya hanya mahu menjelaskan siapakah Ahlussunnah menurut penulisan Imam al-Baghdadi yang telah menjadi rujukan definisi ASWJ supaya pembaca dapat memahaminya secara jelas.

Beliau menyatakan (hal.19): "Maka golongan yang ke 73 ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu golongan ahl al-ra'y (Ibu Hanifah dan murid-muridnya) dan ahlu al-hadis; bukan mereka yang mempermain-mainkan hadis; dan ulama fikah mereka, penghafal al-Quran mereka, perawi hadis daripada mereka, dan ulama hadis di kalangan mereka, semuanya sepakat atas keesaan Pencipta, keesaan sifat-sifat-Nya, keadilan-Nya, hikmah-Nya dan nama-nama-Nya dan pada bab kenabian dan kepimpinan, hukum hudud dan pada perkara usuluddin."

Seterusnya, Imam al-Baghdadi Rahimahullah memperincikan lapan golongan yang termasuk dalam Ahlusunnah wal Jamaah (lihat bukunya dari halaman 240-243):

lGolongan pertama, mereka yang menguasai ilmu khususnya dalam bab Tauhid (meng-esa-kan Allah) dan kenabian, hukum-hukum wa'ad (khabar gembira) dan wa'id (ancaman seksa), pahala dan balasan, syarat-syarat ijtihad, pemerintahan dan kepimpinan. Mereka yang melalui jalan ini ialah ulama Kalam (Tauhid) yang bebas dari fahaman tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan makhluk) dan bebas daripada fahaman ta'til (yang menafikan sifat-sifat yang Azali bagi Allah SWT), dan bebas daripada bidaah al-Rafidhah, Khawarij, Jahmiah, Najariah dan seluruh pengikut bidaah dan hawa nafsu.

lGolongan kedua ialah imam-imam fiqh sama ada kumpulan yang cenderung pada rakyun (dalil aqal) atau hadis. Iaitu mereka yang beriktikad (berkeyakinan) pada perkara usuluddin dengan mazhab-mazhab sifat pada Allah dan pada sifat-sifatnya yang azali (membicarakan sifat-sifat Allah SWT sebagaimana sifat 20), dan mereka bebas daripada fahaman Qadariah dan Muktazilah; mereka menetapkan melihat Allah Taala dengan mata (di akhirat kelak) dengan mata tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta'til' (menafikan sifat-sifat Allah). Termasuk dalam golongan ini ialah murid-murid kepada Malik, al-Shafie, al-Auza'i, al-Thauri, Abu hanifah, Ibn Abu Laila (wafat148H), sahabat-sahabat Abu Thaur (wafat240H), sahabat-sahabat Ahmad bin Hanbal (wafat241H), ahli al-Zahir, keseluruhan ulama fiqh yang beriktikad dalam bab-bab akal ini dengan prinsip-prinsip Sifat (tauhid yang membahaskan Sifat-sifat Allah). Dan mereka tidak mencampurkannya dengan apa-apa daripada ahli bidaah dan hawa nafsu.

[bersambung...]

aryna said...

[sambungan...]

Golongan ketiga ialah mereka yang menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan periwayatan hadis dan sunnah yang disampaikan oleh Nabi SAW, mereka berupaya membezakan antara sahih dan cacat antaranya, mengetahui sebab-sebab al-jarh wa al-ta'dil (kredibiliti seorang rawi) dan mereka tidak memasukkan ilmu mereka dengan apa-apa daripada ahli bidaah dan nafsu yang menyesatkan.

lGolongan keempat ialah kaum yang menguasai kebanyakan topik-topik sastera Arab, nahu dan saraf. Mereka berada atas jalan pakar bahasa seperti al-Khalil (wafat175H), Abu 'Amr bin al-'Ala (wafat 145), Sibawaih (wafat 180H), al-Farra' (wafat 207H), al-Akhfash (wafat 215H), al-Asma'i, al-Mazini (wafat 236H), Abu Ubaid (wafat 224H) dan seluruh imam-imam Nahu sama ada ulama-ulama Kufah atau Basrah, yang mana mereka tidak mencampurkan ilmu mereka dengan sesuatu daripada bidaah al-Qadariah, atau Rafidhah atau Khawarij.Maka sekiranya seseorang itu cenderung ke arah nafsu yang menyesatkan, maka bukanlah ia daripada golongan Ahlussunnah walaupun kata-katanya adalah 'hujah' dalam ilmu bahasa dan Nahu.

lGolongan kelima, antaranya ialah mereka yang menguasai ilmu yang berkaitan dengan jenis-jenis qiraat untuk al-Quran dan jenis-jenis tafsiran al-Quran, penakwilannya berdasarkan mazhab-mazhab Ahlussunnah, tanpa berpegang dengan takwilan ahli nafsu yang sesat.

lGolongan keenam ialah, antaranya ialah para ahli zuhud sufi yang mempunyai ilmu maka jauh pandangan, yang telah dinilai maka ia diiktibarkan, mereka reda dengan hidup yang ringkas, mereka mengetahui bahawa penglihatan, pendengaran dan hati dipertanggungjawabkan terhadap kebaikan dan kejahatan; menghisab dengan neraca zarah-zarah, justeru menyediakan diri mereka dengan sebaik-baik persiapan untuk hari Kiamat. Perkataan mereka berjalan di atas dua jalan iaitu secara jelas dan isyarat di atas jalan ahli hadis, tanpa mereka 'membeli' pandangan yang mempermainkan hadis. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak, tidak pula meninggalkan kebaikan kerana malu kepada orang lain. Agama mereka hanya satu dan menafikan pentasybihan (menyerupakan Allah dengan makhluk), mazhab mereka ialah tafwidh (menyerahkannya) kepada Allah SWT, bertawakal kepada-Nya, penyerahan kepada-Nya, tenang dengan apa yang direzekikan-Nya.

lGolongan ketujuh ialah, antaranya kaum yang terikat dengan barisan hadapan peperangan dengan orang-orang kafir, berjihad melawan musuh-musuh Islam, mereka menjadi benteng melindungi umat Islam, meninggalkan isteri-isteri mereka dan negara mereka dan menzahirkan pada barisan hadapan mereka Mazhab ASWJ.

lGolongan kelapan ialah, antaranya kebanyakan negara-negara yang secara kebiasaannya terdapat syiar ASWJ, bukannya negara yang menzahirkan syiar ahli hawa-nafsu yang sesat.

[bersambung...]

aryna said...

[sambungan..]

Itulah huraian sebenar al-Imam Abdul Qahir bin Tohir bin Muhammad al-Baghdadi. Rupanya, ramai sebenarnya yang diiktiraf sebagai Ahlussunnah. Ia berbeza dengan pandangan yang meminoritikan dan mengeksklusifkan ASWJ hanya untuk golongannya sahaja, dengan tuduhan sesat dan bidaah pada perkara remeh-temeh seperti qunut, talkin, zikir selepas solat, berdoa beramai-ramai dan sebagainya.

Lihat kata Imam al-Baghdadi tentang perkara-perkara cabang (hal. 19): "Mereka (ASWJ) hanya khilaf mengenai halal dan haram pada cabang hukum, bukanlah khilaf tersebut mengundang kepada sesat dan fasik; mereka adalah puak yang terselamat, kerana mereka bersatu pada keesaan Pencipta dan qidam-Nya, qidam segala sifatnya sejak azali, dan harus melihat-Nya tanpa sebarang perumpamaan dan gangguan, serta yakin terhadap isi kandungan kitab-Nya dan rasul-Nya, dan mengikut segala syariat Islam dan menghalalkan segala yang dihalalkan oleh al-Quran, dan mengharamkan segala yang diharam oleh al-Quran serta menerima apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan beriman pada hari kebangkitan dan perhitungan, dan soal dua Malaikat dalam kubur, beriman dengan telaga Kauthar dan Timbangan.

Semoga masyarakat Islam tidak terbelenggu dengan perpecahan yang lebih parah, lantaran perkara-perkara tersebut.

Banyak masa yang perlu digunakan untuk memperbetulkan generasi muda yang menyongsang arus dengan pelbagai gejala sosial. Wallahu a'lam.

link: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

[tamat]

aryna said...

baca ek... jgn malas baca dan fahamkan...

JomFikir said...

Tuan Jongos yang macho. Saya tidak pula kata Tok Guru tidak dituduh sebagai wahhabi. Jadi di mana yang anda nak kata saya berbohong ? Apa yang anda melalut-lalut nih saudara ?

Dan saya juga yakin melalui pendapat Tok Guru yang kata tawassul dengan orang yang meninggal dunia, beliau juga akan dihukum sebagai ahlul bid'ah atau paling berat sebagai musyrik oleh Wahhabi.

Takkan anda tak menghadami fahaman wahhabi sendiri ?

FZY said...

Bahaya perbincangan jika syaitan sudah menguasai.

Cuba berlapang.., bertenang.., cari titik persamaan.., jgn cari titik pertembungan.

Sepatutnya:

"Walaupun terdapat pertelingkahan & perselisihan yg keras & tajam antara satu sama lain, namun pertelingkahan tersebut jgn tersasar drpd dasar2 akidah.

Kerana ia boleh membawa kesan buruk, dlm hubungan sesama umat islam.

Perselisihan pendapat & pentafsiran itu adalah perbezaan fahaman dlm mentafsirkan teks yg sama & kadang2 kerana perbezaan masa & tempat serta cabaran yg dihadapi & keperluan hujah bagi menghadapi cabaran luaran.

Dgn kemudahan sumber2 rujukan & hubungan yg ada pada zaman ini, menghidupkan semula persefahaman sesama aliran.

Pada masa yg sama ia tidak dihabiskan dgn pertelingkahan sesama sendiri, ..tetapi lebih memberi tumpuan bagi menghadapi masalah pokok yg melanda umat islam & menentang musuh yg sebenarnya."

(Dipetik drpd Buku: Fahaman & Ideologi Umat Islam. Abd Hadi Awang)

Wallahu'alam.

Ibnu Muslim said...

My-ansarullah,
Maaf ana lama bercuti baru ni; so untuk isu meraikan Mawlid ni dah lama ana nak tanya geng Wahabi ni
1) Ngapa korang anggap sambutan Mawlid sebagai kategori ibadah?
Mengapa korang tak husnul zan yakin kami nyambut Mawlid sama seperti merayakan Hari Kemerdekaan atau hari lahir korang sendiri, so selesai masalah kan ikut kaedah fiqh korang tu?
2)Anta tak jawab lagi kenyatan ana bahawa Dr Yusof sambut Maal Hijrah & Mawlid, so Dr MAZA kata ikut aliran Dr Yusof tapi ngape pulak tak sama faham ngan Dr Yusof berkaitan perkara ni?..sama jugak kata ikut Imam Syafie tulen tapi qunut tak baca sholat Subuh.
Bile kami kata Wahabi tak ngaku jugak sedang elemen2 Wahabi tu nampak ada.

Ibn Salleh. said...

Salam untuk Tuan Blog.Tuan Blog banyak menggunakan penulisan untuk counter-back artikel2 yg ditulis oleh pihak2 yg tidak sealiran dengan pegangan majoriti umat Islam di negara ini.Namun bagi saya dengan cara penulisan bukanlah satu cara yg memberi kesan apatah lagi sikap sesetengah masyarakat kita yg kurang membaca.Adalah lebih baik Tuan Blog bersama2 rakan2 seperjuangan berbincang utk mewujudkan satu sesi ceramah berbentuk video kerana saya melihat dengan cara paparan di Youtube, ia lebih berkesan utk memberi penerangan kepada umat Islam.Saya melihat bagaimana gigihnya Dr Asri,Rasul Dahri dll. menggunakan paparan Youtube seperti TV Sunnah, Paradisewood,al-ahkam dan sebagainya dan ini mempengaruhi lebih ramai pelayar internet.Saya pernah terlibat utk memaparkan siri ceramah seperti Us.Mahfuz,Dr Uthman dan Syeikh Fuad di Youtube,tapi sayang kerana saya tidak dapat meneruskannya atas beberapa sebab tertentu.Tuan Blog sendiri tidak ada siri ceramah yang boleh ditonton dan diperdengarkan kepada pelayar internet, maka bagi saya ini amatlah rugi kerana kita tidak mengguakan kemudahan teknologi yg ada sebagaimana yg digunakan oleh pihak2 lain untuk menyebarkan fahaman mereka.Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa pihak mereka telah mendahului kita dan jika ini masih lagi berterusan, maka akan ramailah golongan muda yang akan terus menjadikan paparan Youtube sebagai satu bentuk penyampaian dakwah.Harap Tuan Blog berserta rakan2 fikir2kan dan jika ada keperluan bolehlah terus berhubung dengan saya.

MIRIAH ENTERPRISE said...

FZY..sy pun ade tgk buku karangan abdul hadi awang tu ari jumaat br ni selepas dengar pengajian tafsir al quran tok guru nik aziz...

dalam buku tok guru abdul hadi ni, bab 2: AHLI SUNNAH WALJAMAAH
Asya'irah
Maturudiah
Salafiah
Wahabiah

salafiah mengikut abdul hadi diasaskan oleh ibn taimiyah manakala wahabiah oleh muhammad abd wahab

Visit Bil.