Tuesday, December 15, 2009

Dalil Sanggah Beza Tauhid Uluhiah Dan Rububiah


MENYAMBUNG persoalan minggu lepas tentang tauhid uluhiah dan rububiah yang dibezakan oleh pereka tauhid ini, adakah terdapat perbezaan di antara kedua-duanya? Maka minggu ini kami memaparkan pula dalil aqal dan naqal yang menafikan sama sekali perbezaan ini.


Kami tegaskan sekali lagi, bahawa dengan membezakan di antara kedua-dua tauhid ini, mereka menganggap orang musyrik sebagai ahli tauhid dengan tauhid rububiah.


Dalam erti kata lain, melalui konsep tauhid rekaan Ibnu Taimiyyah ini, orang musyrik atau orang yang tidak mengucapkan kalimah syahadah dianggap sebagai ahli tauhid atau orang yang mengesakan Allah.


Ini kerana, kononnya mereka percaya dan mengakui bahawa Allah yang mencipta segala sesuatu dan mentadbir segala urusan alam ini, tetapi mereka tidak bertauhid dengan tauhid uluhiah kerana menyekutukan Allah dalam sembahannya.


Maknanya juga, dalam satu masa seseorang itu boleh dikira sebagai ahli tauhid dan musyrik. Inilah salah satu kepincangan tauhid ini yang mendapat sanggahan yang hebat daripada ulama Ahli Sunnah.


Sebagai menjelaskan lagi kepincangan dan kebatilan tauhid ini, marilah sama-sama kita merujuk kepada dalil-dalil ulama dari sudut akal dan naqal.


Dari sudut aqal


Sekiranya orang-orang musyrik termasuk di dalam golongan ahli tauhid rububiah (sebagaimana yang mereka percayai), bermakna mereka ini beriktikad dengan iktikad yang jazam (teguh dan tidak berbelah bahagi).


Dengan iktikad ini, sudah pasti mereka tidak akan meragui bahawa Allah itu Esa pada ciptaan, kekuasaan, pentadbiran, takdir dan perbuatan-Nya serta dalam mendatangkan suatu kesan sama ada manfaat atau pun mudarat, yang kesemuanya ini adalah komponen bagi tauhid rububiah.


Jika inilah keadaannya, bolehkah diterima akal, dengan iktikad sedemikian mereka boleh pula mengambil tuhan selain Allah untuk disembah, sedangkan tuhan yang lain itu tidak berkuasa mendatangkan sebarang manfaat atau mudarat kepada mereka?


Orang-orang musyrik pada setiap zaman dan tempat menyembah pelbagai sembahan selain Allah. Mereka mempercayai bahawa sembahan-sembahan mereka itu boleh melakukan sesuatu perbuatan, mendatangkan kesan, manfaat dan mudarat.


Boleh mendekatkan mereka kepada Allah, boleh mendatangkan sesuatu kebaikan bagi setiap orang yang datang meminta pertolongan kepada tuhan-tuhan mereka dan boleh mendatangkan mudarat kepada setiap orang yang berpaling daripadanya.


Semua kepercayaan ini menafikan tauhid rububiah.


Dari sudut naqal


Nas-nas syariat telah menetapkan secara jelas, terang dan qatie (pasti) bahawa orang-orang musyrik pada setiap masa dan tempat tidak akan mampu bertauhid dengan tauhid rububiah semata-mata dan menafikan uluhiah, tetapi mereka semua adalah orang-orang musyrik pada uluhiah dan rububiah sekali gus kerana kedua-duanya adalah perkara yang satu.


Sebagai contoh, kami sebutkan di sini dalil-dalilnya:


1. Firman Allah SWT dalam menceritakan tentang orang-orang musyrik ketika ditanya tentang rahsia sebenar mereka menyembah berhala selain Allah:


Tidaklah kami (orang musyrik) menyembah atau memuja mereka (sembahan-sembahan mereka), melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah dengan sedamping-dampingnya.

(al-Zumar: 3)

Ayat ini jelas menunjukkan, orang-orang kafir beriktikad bahawa patung-patung mereka mempunyai kekuasaan untuk memberikan hidayah kepada mereka dan mendekatkan diri mereka kepada Allah. Maksudnya sembahan mereka itu mampu memberi kesan dengan sendirinya.


Maka di manakah letaknya tauhid mereka bagi tauhid rububiah?!.


2. Nabi Hud a.s ketika berdialog dengan orang musyrikin tentang patung-patung sembahan mereka dan ketika diterangkan kepada mereka bahawa sembahan mereka itu tidak berkuasa untuk mendatangkan sesuatu kepada mereka melainkan Allah, mereka berkata:


Kami hanya boleh berkata bahawa setengah daripada tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu).

(Hud: 54)

Kepercayaan bahawa sembahan-sembahan mereka boleh mendatangkan kesan yang buruk, jelas menunjukkan bahawa orang musyrik mempercayai pada sembahan-sembahan mereka ada kekuasaan yang boleh melakukan sesuatu perbuatan dan mendatangkan kesan mudarat atau manfaat.


Ini menunjukkan bahawa orang musyrikin tidakpun mengesakan Allah pada rububiah tetapi menyekutukan Allah dengan tuhan-tuhan yang lain pada tauhid uluhiah. Iktikad mereka ini ternyata berbeza dengan apa yang dipercayai oleh pendokong bidaah pembahagian tauhid.


3. Allah SWT berfirman:


Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai tuhannya (Rabb) kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku (Rabbi) ialah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Ia (Namrud) menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan.
(al-Baqarah: 258)


Berdasarkan ayat di atas jelas dapat dilihat, Namrud telah mendakwa dirinya dengan perkara yang berkaitan tentang rububiah seperti mempunyai kerajaan, kekuasaan dan pemerintahan.


Dia juga mempercayai mempunyai keistimewaan rububiah yang boleh menghidupkan dan mematikan. Kemudian selepas itu, dia berdebat dengan Nabi Ibrahim a.s tentang Rabbnya (tuhan yang menjadikan) dan bukan tentang Ilahnya (tuhan yang disembah) sebagaimana penggunaan istilah dalam ayat tersebut.


Adakah selepas penjelasan ini, masih ada yang mendakwa: Sesungguhnya Namrud adalah ahli tauhid dengan tauhid rububiah dan Nabi Ibrahim a.s telah datang kepadanya untuk mengajak kepada tauhid uluhiah sahaja?


4. Allah SWT telah berfirman dalam menceritakan tentang Nabi Yusuf a.s yang mengajak sahabat-sahabat sepenjaranya kepada akidah tauhid yang suci:


Wahai sahabat sepenjaraku berdua! Memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan (Arbaab - jama' kepada Rabb) yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa?

(Yusuf: 39)

Marilah bersama saya memerhatikan perkataan Nabi Yusof a.s ketika mempersoalkan tentang Tuhan yang lebih baik disembah:


"Adakah Tuhan-tuhan (Arbab) yang bercerai-berai. Beliau tidak berkata: "Tuhan-tuhan (Aalihah - jamak kepada Ilah)."

Adalah jelas bahawa penghuni penjara menyembah lebih daripada satu Rabb dan lebih daripada satu Ilah.


Adakah masih boleh diterima oleh akal yang sejahtera, jika dikatakan: Orang-orang musyrikin bertauhid dengan tauhid rububiah dan Nabi Yusuf datang kepada mereka dengan membawa tauhid uluhiah sahaja? Maha Suci Allah, ini adalah suatu pembohongan yang besar!.


5. Allah SWT berfirman menceritakan tentang Firaun yang berkata ketika menakut-nakutkan kaumnya agar mereka mentaatinya. Firaun berkata:


Akulah tuhan kamu (Rabbukum) yang tertinggi.
(al-Naazi'aat: 24)

Demikianlah dakwaan rububiah Firaun bagi dirinya dan dia cuba mengagamakan kaumnya dengan rububiah ini. Maka dari sini, tidakkah ada langsung sebesar zarah perasaan salah bagi mereka yang mendakwa bahawa Firaun dan kaumnya bertauhid dengan tauhid rububiah dan telah datang kepada mereka Musa Kalimullah a.s dengan tauhid uluhiah sahaja?


Di ketika yang lain, Firaun juga mendakwa uluhiah bagi dirinya ketika dia berkata:


Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui adanya bagi kamu sebarang tuhan (ilah) selain daripadaku.

(al-Qasas: 38)

Ini menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan di antara rububiah dan uluhiah. Oleh kerana itu, sesiapa yang mendakwa dirinya dengan rububiah, maka dia telah menjadikan dirinya Ilah (sebagai tuhan yang patut disembah).


Sesiapa yang mendakwa dirinya dengan uluhiah pula, maka dia telah menjadikan dirinya sebagai Rabb (tuhan yang menciptakan, mentadbir dan sebagainya) bagi orang lain.


6. Mayat-mayat yang berada di dalam kubur, masing-masing tidak ditanya tentang uluhiah dan tauhidnya, tetapi malaikat akan bertanya kepadanya: Man Rabbuka? (Siapakah rab (tuhan) kamu?"


Sekiranya tauhid itu seperti yang dipercayai oleh Ibnu Taimiyyah, yang mana semua manusia di sisinya beriktikad dengan tauhid rububiah, kenapakah soalan malaikat ini masih diperlukan dan bermanfaat?


Ini menunjukkan bahawa dakwaan Ibnu Taimiyyah adalah tidak benar dan palsu semata-mata.


Kesimpulannya, orang yang syirik pada uluhiahnya dikira sebagai syirik pada rububiahnya juga. Sesiapa yang syirik pada rububiah maka dia juga adalah syirik pada uluhiah.


Minggu hadapan kami akan mengemukakan dalil-dalil mereka dan jawapan ulama tentang kesamaran dakwaan mereka. Benarlah perumpamaan Quraniy bahawa,


sesungguhnya rumah yang paling rapuh ialah rumah labah-labah.

(al-Ankabut: 41). Wallahu a'lam.

20 comments:

PakLongChup said...

Assalamualaikum Ust Zamihan,

Saya berpandangan sebaiknya Ustaz mengeluarkan satu artikel bagi membetulkan fitnah oleh para wahhabiyyin keatas Syeikh Hassan As-Saqqaf ni..mudah2an terbongkar segala kecelaan yang mereka lakukan keatas ulama ASWJ

http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=9643/postdays=0/postorder=asc/start=0.html

Pak Tua Jaga said...

Salam,

saya mengarapkan ustaz terus menerus mengenai artikel Wahabi supaya sedikit sebanyak membuang kecelaruan puak Wahabi snediri, membuka jalan bagi yg belum mengenali dan menguatkan iman dan amal bagi ASWJ

Jongos D Macho said...

Bagi saya, kita sbg org awan hendaklah diam tak payah masuk campur mengatakan org lain sesat dan sebagainya.Kita serahkan lah segalanya pada pengadilan Allah di hari kiamat,siapa benar dan siapa yang sesat.Sementara itu carilah rujukan rujukan di internet mahupun gedung ilmu untuk mengetahui hujah yang mana lebih kuat.Dalam hal wahabi mengwahabi ni saya rasa lebih adil jika kita mentelaah juga sumber sumber lain.
Agar kita dapat berfikir dgn lebih adil , contoh

http://abusalma.wordpress.com/2007/11/07/siapa-pencetus-pertama-istilah-wahhabi/

aryna said...

hmm... cari rujukan di internet dan buku2 ... hmm...

saya setuju hal ini dapat membantu tapi hanya selepas kita berguru..
berguru bukan hanya dengar ceramah2saja.. berguru dalam makna yang lebih khusus..

berguru dengan internet dan buku2 SAHAJA boleh menyesatkan apabila syaitan/iblis mengambil alih ..

Jongos D Macho said...

saya bersetuju dgn aryna mengenai mencari guru bagi menuntut ilmu, rasanya di negara kita tidaklah terlalu sukar untuk mencari guru pegi saja ke masjid atau surau hadiri kuliah agama,dekati golongan ilmuan dan berdialog dgn mrereka mengenai apa yg kita dapati dari gedung gedung ilmu dan internet.Sesungguhnya itu yg saya lakukan selama ini, alhamdulillah semakin banyak ilmu yg saya perolehi .

MORAD said...

Kadang2 org awam ni, bukan wahabi tegar pun, cuma jahil dan ikut2 je. Bila kita sabar bg penerangan diorang terbuka jugak akhirnya. Lg malang, jenis taqlid membid'ah dholalah. Sesat aje semuanya. Alhamdulillah, setakat pengalaman saya, golongan awam taklid wahabiy ni, kena rajinlah kita bg penerangan. Diorang tak ihathoh dgn ilmu. Dalil yg didapati pun dah ditapis oleh ikutan mereka.

cjb said...

insyaallah sama2 kita berlapang dada dan mendengar penerangan mantan mufti perlis di link http://www.youtube.com/user/TVSUNNAH#p/u/23/dgWIC8NTh68

cjb said...

tokoh wahabi diberi Anugerah Tokoh Maal Hijrah??

rujuk link http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=455718&extra=page%3D1

Al-Humairah said...

Yusuf Qaradhawi melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam fiqh al-Zakat pada 1973. Beliau terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim.

Dalam kebanyakan penulisannya, Yusuf sering mengambil pendapat tiga tokoh berkenaan.

MIRIAH ENTERPRISE said...

ni kali pertama sy dengar yusuf qardawi adalah wahabi

pelik sungguh...

sy menunggu respon tuan blog ini..

lepas ni tok2 guru dalam PAS pun akan dikata WAHABI padahal ustaz zamihan sendiri mengagumi tok guru nik aziz....

IbnuNafis said...

Assalamu'alaikum,

Bacalah sehabisnya dalam blog ini di mana dr yusof al qardhawi dihukum sesat oleh wahhabi.

Nak guna nama Dr Yusof al Qardhawi, tapi darihal disiplin ilmu taknak pula rujuk pada beliau pula ?. Kepada yang pemalas nak baca blog ini, anda disaran baca sehingga tamat blog ini. Dan lihat sumber rujukannya sekali.

IbnuNafis said...

Dr Yusof al Qardhawi juga menyelar mereka yang kononnya nak mengajak orang supaya tidak fanatik dan taqlid tetapi mereka sendiri taqlid. Begitu juga mereka yang kononnya hendak menyatukan pendapat hanya pada golongan mereka sahaja.

Semata-mata baca ulasan Dr Asri kendian hendak dibawa di blog ini tanpa mengkaji kitab-kitab dr Yusof al Qardhawi menunjukkan sikap taqlid buta yang tidak berbelah bagi.

Miriah Interprise (ini lagi contoh seorang yang hanya membaca komen tetapi malas hendak membaca dan menilai secara holistik blog ini) - adakah bukti yang menunjukkan blog ini menghukum Dr Yusof al Qardhawi sebagai wahhabi ?

Dr Yusof al Qardhawi mengakui bahawa majoriti umat Islam adalah mengikut asya'iroh, bahkan beliau mengharuskan juga maulidul rasul. Anda nak kata beliau ini sebagai apa pula selepas ini ?

Payah jika yang jenishanya belajar dalam internet nih dan malas mengkaji dari kitab serta berguru.

Ulamak Wahhabi menghukum sesat kepada ikhwanul Muslimin, anda nak kata apa pula selepas ini ?

Takkan Dr Asri tak kenal siapa tokoh di bawah ini :


Jawapan Syeikh Ibn Bazz rahimahullah: “Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin termasuk tujuh puluh dua firqah yang sesat kerana barangsiapa berselisih dengan akidah Ahli Sunnah, ia akan masuk ke dalam tujuh puluh dua yang disebut oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai “umatku”. Maka yang dimaksudkan “umatku” adalah golongan yang masih menjadi umat baginda iaitu umat Islam”.

Beliau (Ibn Bazz) ditanya lagi: Apakah keduanya (Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin) termasuk ke dalam tujuh puluh dua golongan tersebut?

Jawapan Ibn Bazz: “Ya, (Ikhwanul Muslimin) termasuk dalam keumuman tujuh puluh dua golongan tersebut! Termasuk juga Murjiah dan Khawarij”. (Lihat: Majalah as-Salafiyah. Hlm. 47. No. 7 tahun 1422)


Takkan tak kenal siapa ulamak yang mengikut Ikhwanul Muslimin ?

Zulnasri said...

Maaf, ringkas sahaja. Ini pandangan saya berdasarkan apa yg saay belajar selama 5 tahun di sek. arab dan 6 tahun di UIAM (Usuluddin & Perbandingan Agama).

Pengajian tauhid adalah method sahaja dan yg boleh membawa kepada syirik/sesat adalah kekeliruan dalam belajar.

Saya mempelajari Tauhid Asyairah di Syamsul Maarif, Kelantan dan Tauhid tiga ini di UIAM. kedua2nya tidak mensyirikkan Allah & saya tidak nampak ianya boleh membawa kepada kekufuran.

Rububiyyah membawa maksud 'Tuhan yang menciptakan' dan bukan semata2'satu tuhan'

Konsep triniti dalam kristian meletakkan Jesus sbg sembahan (uluhiyyah) untuk membawa doa2 penganut ini kepada Allah (pencipta). Mereka tetap mempercayai Allah satu2nya pencipta alam ini seperti diterangkan di dalam New Testament. Adalah wajar pihak Yayasan Sofa mendapatkan 1st hand info daripada penganut Kristian sendiri untuk kajian ini.

Arab jahiliyyah mempercayai Allah tetapi mengharapkan berhala2 mereka menyampaikan kehendak mereka kepada Allah (mediator). Pengantara inilah yg menjadikan mereka syirik.

Alangkan orang Islam sendiri syirik apabila meminta no ekor di kubur.

Wallahua'lam.

Jongos D Macho said...

Pening...Yusuf Qaradhawi sanjung pemikiran ibnu tamiyah dan ibnu qayim .Ustaz Hadi Awang kata apa yang di hidupkan oleh Ibnu Tamiyah adalah yang di bawa oleh Imam Ahmad bin Hambal..dan Salaf adalah ASWJ, kata Ustaz Harun Din ..ibnu tamiyah ada seorang mujadid..tapi depa duk kata ibnu tamiyah sesat..mcm mana nih?

n.ajis said...

Perangai suka sesatkan orang lain nih sbb terpengaruh dengan el-ahbash. Sbb tu kena hati-hati dengan el-ahbash. Pemilik blog ni pun dah hampir-hampir jatuh ke taraf el-ahbasyi!

JomFikir said...

Pelik juga, bukankah setiap artikel yang dikeluarkan mempersoalkan bagaimana datangnya dalil yang mengatakan adanya TAUHID DIBAHAGIKAN KEPADA 3. Bahkan diberikan persoalan-persoalan yang timbul serta kesannya.

Tetapi nampaknya bukan respon jawapan yang bernas diberikan. Hanya sekadar cemuhan dan tuduhan pula ?

Yang dipersoalkan mengapa ada TAUHID RUBUBIYYAH dan diasingkan dengan TAUHID ULUHIYYAH (sedangkan sepatutnya tauhid rububiyyah dan uluhiyyah adalah satu dan tidak terpecah ? - cuba lihat pada setiap penjelasan artikel yang berurutan).

Lemah la bagi yang memang malas mengkaji dan berfikir.

Kepada n.ajis - anda ini memang kuncu yang dihantar oleh golongan tajdid lapuk itukah ? Setiap komen anda (bagi saya semuanya sampah). Tidak habis-habis menuduh tuan blog tanpa ada satupun bukti.

Siapa yang mengajar anda menuduh tanpa bukti nih ? Elok anda jumpa sendiri atau telefon beliau dan tanya serta boleh lah buat pemeriksaan fikrahnya adakah beliau adalah ahbash.

JomFikir said...

Pening...Yusuf Qaradhawi sanjung pemikiran ibnu tamiyah dan ibnu qayim .Ustaz Hadi Awang kata apa yang di hidupkan oleh Ibnu Tamiyah adalah yang di bawa oleh Imam Ahmad bin Hambal..dan Salaf adalah ASWJ, kata Ustaz Harun Din ..ibnu tamiyah ada seorang mujadid..tapi depa duk kata ibnu tamiyah sesat..mcm mana nih?

---------

Hujjah lapuk yang dibawa ke sana sini untuk beri sokongan kepada ibnu taimiyyah.

Cubalah bawa hujjah yang lebih ilmiyyah lagi. Jika sebut mujaddid itu maka adakah Dr Haron Din fanatik dan taksub pada Ibnu Taimiyyah ?

Apa yang dibawa oleh Sheikh Ibnu Taimiyyah adalah dari Imam Ahmad bin Hambal ? Boleh buktikan tak ?

JomFikir said...

Jongos tulis :

Untuk penilaian lebih adil maka rujuklah tulisan dari abusalma ? :

Tahukah anda siapakah tuan punya blog tersebut ? Dia adalah antara penyebar fahaman wahhabi salafi tegar yang menghukum sesat kepada Imam Hasan al Banna, dan ikhwanul Muslimin.

Anda menggunakan pula blog ini sebagai sandara sokongan anda ? Pelik ya ?

Sila rujuk link tulisan abusalma ini :

http://abusalma.wordpress.com/2007/05/15/ahli-bid%E2%80%99ah-mengaku-ngaku-ahli-sunnah/


Sekaligus sebenarnya abusalma ini membabitkan Dr Yusof al Qardhawi sendiri yang mengikut pergerakan Ikhwanul Muslimin.


Nampaknya anda ini bertaqlid buta tanpa mengkaji dan menyelidik terlebih dahulukah jongos ?

Jongos D Macho said...

wahabi kah abu salma itu?..wahabi kah ana?...oohhh bin bazz itu imam besar wahabi...lucu..cuba perpikran secara rasional...itu pendapat beliau tak semestinya sama dgn keseluruhannya..bahkan Dr Maza sendiri tidak bersependapat dgn Ustaz Rasul Dahri mengenai isu ini ada di youtube sejak 2 tahun lepas. pegi ke youtube cari ..sendiri ana tak tipu ..ana pernah lihat perbezaan pendapat mrk mengenai isu ini...bahkan Dr Maza kelihatan agak keras menentang ...mudahan ini hujah ana di hadapan Allah ..ana melihatnya sendiri di youtube

JomFikir said...

Terpulang pada anda Jongos. Tidak perlu bawa link berkenaan untuk menyebarkan fikrah AbuSalma tersebut di sini. Keadilan pulak tuh dirujuk dari AbuSalma ? Pelikkan ?

Memang anda cuba membawa fikrah wahhabi di sini dan menyebarkannya.

Bayangkan orang yang mengambil bulat link yang diberikan anda tersebut. Membaca hasil penulisan AbuSalma yang merujuk tokoh-tokoh (taknak letak wahhabi pun, kita letak salafi je, tak pun tokoh 'tajdid')tapi hukuman yang ada di situ nyata amat keras.

Jangan ingat orang tak mampu berfikir dan menyelidik JONGOS.

Visit Bil.