Thursday, March 29, 2012

Seminar Perbandingan Ahli Sunnah Dan Syiah.


Alhamdulillah Al-faqir ila Rabbihi bersama Syeikh Dr Hanafi Abdul Aziz telah dijemput untuk membentangkan tentang penyelewengan fahaman Syiah yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 20 Mac 2012, Selasa bertempat di Dewan Utama Jabatan agama Islam Pahang.Seramai 800 lebih hadirin telah memenuhi Dewan Utama Jabatan Agama Islam Pahang untuk mendengar sendiri penjelasan tentang penyelewengan fahaman Syiah yang dibentangkan..Berikut ialah sedikit sedutan pembentangan yang diadakan untuk dikongsi bersama.



Thursday, March 8, 2012

TALAQI KITAB BERSANAD & BERIJAZAH.



Insya'allah pada 1 April 2012, Hari Ahad, bertempat di Wisma Permata Desa Pandan, akan diadakan program Bertalaqi Kitab Aqidah Bersanad & Berijazah yang akan dipimpin oleh TG Ustaz Hj Zamihan Bin Hj Mat Zin al-Ghari dan TG Ustaz Hj. Rasyiq Alwi. Program ini adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta yang berdaftar tentang betapa pentingnya memahami aqidah yang sebenar menurut kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah.Kitab yang akan digunakan ialah Kitab Jauharatu Tauhid dan Kitab Akidah Mursyidah.

Para peserta yang sudah berdaftar akan dibekalkan dengan kitab-kitab pengajian, kertas kerja dan beberapa lagi bahan bercetak.Adalah dimaklumkan bahawa program ini akan diadakan setiap dua minggu sekali iaitu pada minggu pertama dan minggu ketiga Hari Ahad.Ini bagi memudahkan para peserta merancang jadual mereka kerana didapati ada di antara peserta yang datang dari luar Lembah Kelang.Program ini juga mendapat tajaan daripada Permata 1 dan inilah julung-julung kalinya program berjadual seperti ini diadakan bagi memberi kemantapan fahaman berkenaan Aqidah kepada umat Islam.

Selain daripada pengajian bab Aqidah, pihak penganjur juga akan meneruskan program ini dengan pengajian Tasawwuf dan Feqah juga.Semoga program seperti ini dapat dimenafaatkan oleh setiap peserta yang hadir dan menyebarkan kepada masyarakat Islam tentang Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Dicatat oleh Mohd Hanif Mohd Salleh.

Monday, January 30, 2012

Program-program Maulidur Rasul 1433H/2012M

PROGRAM-PROGRAM MAULIDUN NABI 1433H/2012M OLEH AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH SILA HADIR DAN SEBAR-SEBARKAN










Wednesday, January 25, 2012

Tuesday, December 13, 2011

Memperkasakan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.









Alhamdulillah, Al-Faqir Ustaz Zamihan al-Ghari dijemput untuk membentangkan isu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Masjid Paroi Jaya, Seremban.Semua yang dibentangkan dengan dutunjukkan bukti-bukti yang kukuh tentang sikap golongan Wahhabiy yang suka menimbulkan polemik sehingga berani mengkafirkan ulama-ulama muktabar. Segala bukti-bukti yang ditunjukkan adalah dari kitab-kitab golongan Wahhabiy sendiri. Semoga umat Islam yang ada di negara ini tidak terjebak dengan fahaman pelampau Wahhabiy ini kerana ternyata kemunculan mereka adalah untuk memecah-belahkan kesatuan umat Islam di dunia ini.

Sunday, December 11, 2011

Khutbah Gerhana Bulan 1433H.



Alhamdulillah, pada 15 Muharam 1433H bersamaan 10 Disember 2011M, Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari telah diberi kesempatan untuk mengimami Solat Gerhana Bulan seterusnya menyampaikan khutbah di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.Bersama-samalah kita merenung tentang kebesaran Allah swt dan sebagai hambaNya, wajib bagi kita patuh dan taat dengan segala titah perintah Allah swt dan menjauhkan segala larangannya.

Monday, November 28, 2011

Majlis Ilmu Bersama Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari.


Mari kita sama-sama mengimarahkan majlis ilmu bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Zamihan Bin Haji Mat Zin al-Ghari bagi memantapkan lagi kefahaman kita tentang aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Diskusi Kitab Sifat Solat Nabi Yang Sahih akan dikupas bagaimana cara solat yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. agar umat Islam mendapat kualiti solat yang lebih baik.Akan diadakan juga jualan buku-buku "Sifat Solat Nabi Yang Sahih" cetakan kelima dengan penambahan mukasurat serta gambar-gambar yang mudah untuk dipelajari oleh segenap umur masyarakat.

Dicatat oleh hanifsalleh.blogspot.com.

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo