Wednesday, January 25, 2012

PROGRAM BERSAMA ULAMA KETURUNAN RASULULLAH S.A.W.



Tuesday, December 13, 2011

Memperkasakan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.









Alhamdulillah, Al-Faqir Ustaz Zamihan al-Ghari dijemput untuk membentangkan isu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Masjid Paroi Jaya, Seremban.Semua yang dibentangkan dengan dutunjukkan bukti-bukti yang kukuh tentang sikap golongan Wahhabiy yang suka menimbulkan polemik sehingga berani mengkafirkan ulama-ulama muktabar. Segala bukti-bukti yang ditunjukkan adalah dari kitab-kitab golongan Wahhabiy sendiri. Semoga umat Islam yang ada di negara ini tidak terjebak dengan fahaman pelampau Wahhabiy ini kerana ternyata kemunculan mereka adalah untuk memecah-belahkan kesatuan umat Islam di dunia ini.

Sunday, December 11, 2011

Khutbah Gerhana Bulan 1433H.



Alhamdulillah, pada 15 Muharam 1433H bersamaan 10 Disember 2011M, Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari telah diberi kesempatan untuk mengimami Solat Gerhana Bulan seterusnya menyampaikan khutbah di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.Bersama-samalah kita merenung tentang kebesaran Allah swt dan sebagai hambaNya, wajib bagi kita patuh dan taat dengan segala titah perintah Allah swt dan menjauhkan segala larangannya.

Monday, November 28, 2011

Majlis Ilmu Bersama Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari.


Mari kita sama-sama mengimarahkan majlis ilmu bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Zamihan Bin Haji Mat Zin al-Ghari bagi memantapkan lagi kefahaman kita tentang aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Diskusi Kitab Sifat Solat Nabi Yang Sahih akan dikupas bagaimana cara solat yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. agar umat Islam mendapat kualiti solat yang lebih baik.Akan diadakan juga jualan buku-buku "Sifat Solat Nabi Yang Sahih" cetakan kelima dengan penambahan mukasurat serta gambar-gambar yang mudah untuk dipelajari oleh segenap umur masyarakat.

Dicatat oleh hanifsalleh.blogspot.com.

Tuesday, November 22, 2011

Sifat Solat Nabi Yang Sahih - Masjid Padang Lalang, Bukit Mertajam.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana majlis ilmu untuk menghuraikan "Sifat Solat Nabi Yang Sahih" telah berjaya disempurnakan di Masjid Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 13 November 2011.Rata-rata jemaah yang hadir berasa puas dengan kehadiran Ustaz Zamihan al-Ghari dengan penjelasan yang begitu memberansangkan.Walaupun pada malam tersebut hujan turun berterusan tanpa henti di Bukit Mertajam tetapi ia tidak menghalang orangramai untuk datang beramai-ramai bagi mendapatkan ilmu yang bermanafaat yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari.Sebagaimana lazimnya, di akhir ceramah, Ustaz Zamihan al-Ghari akan memberi peluang kepada jemaah yang hadir untuk bertanyakan apa jua soalan dan kesempatan ini diambil oleh beberapa jemaah untuk bertanyakan tentang permasalahan fahaman Wahhabiy yang semakin menular di kawasan mereka.Dengan berbekalkan buku bertajuk "Siapa Sebenarnya Wahhabiy", maka sidang hadirin semakin jelas dengan fahaman yang merosakkan kesatuan umat Islam di Negara ini.Syabas kepada semua penduduk Bukit Mertajam yang hadir bersama-sama dalam memartabatkan ilmu yang berteraskan kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

                                          

     
Dicatat oleh: hanifsalleh

Monday, November 14, 2011

Teguran Ke Atas Aizam Mas'od atas penyelewengan fakta Akidah



Assalamu'alaikum.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya memohon agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM memintan Mohd Aizam Bin Mas'od agar bertaubat kepada Allah kerana ;

1- Aizam Mas'od telah mendakwa Allah itu bersifat KAKI dan Allah itu BERKAKI. Sedangkan perkataan "Qodam" apabila disandarkan bukanlah ia bererti Allah itu bersifat kaki atau berkaki. Maha suci Allah dari bersifat makhluk berkaki. Malangnya Aizam Mas'od dengan jelas mendakwa sifat bagi diri dan zat Allah itu adalah KAKI.

Mantan Ketua Pengarah Jakim Dato Wan Mohamed dengan jelas menyatakan sesiapa yang mendakwa Allah itu berkaki maka ketahuilah bahawa itu bukan Allah kerana KAKI itu bukan sifat bagi Allah. Kenyataan Mantan KP JAKIM ini amat sesuai dengan displin ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia juga dapat menjawab tohmahan orang kafir kononnya umat Islam menyembah sama seperti mereka berhala berkaki cuma ia tiada/tidak nampak.

Kenyataan Aizam bahawa sifat bagi zat Allah itu berkaki boleh didengari sendiri dengan jelas dalam tazkirahnya di surau-surau seperti dalam rakaman bertarikh 12.5.2011 pada minit 22:00 - 22:30 ketika mana dia (Aizam) mengajar sebuah kitab yang jelas cenderung kepada pemikiran TAKFIR dan Wahhabi berjudul Al-Iman Arkanuhu Haqiqatuhu Nawaqidhuhu karangan Muhammad Naim Yasin yang jelas didalamnya mengkafirkan sesiapa yang mentakwil istawa bagi Allah itu sebagai menguasai dan juga mengkafirkan takwilan ayat-ayat lain walaupun secara hak.
Sedangkan ulama Salaf sendiri seperti Ibnu Mubarak mentakwilkan istawa bagi Allah dengan erti Menguasai. Mengapakah sampai terlalu MELAMPAU mengkafirkan pula sesiapa yang mentakwilkan ayat mutasabihaat tersebut. Nah! buku inilah yang diajar oleh Aizam di surau-surau disamping disana terpadat banyak penyelewengan yang amat jelas.

2- Aizam Mas'od juga mendakwa Allah bersifat MENIPU secara mutlak tanpa di'qaid'kan dengan membalas tipu daya orang musyrik ke atas orang Islam. MAKAR itu bukanlah sifat bagi Allah yang boleh diitlaqkan begitu sahaja sehingga menampakkan MENIPU & TIPU itu adalah sifat mutlak bagi Allah. Yang dimaksudkan dalam ayat bukan menetapkan sifat MAKAR itu bagi Allah tetapi dengan makna Allah membalas mereka orang kafir di atas tipu daya mereka kepada umat Islam.

Aizam MAs'od juga mendakwa sifat Allah itu adalah TERTARIK HATI, TURUN, DATANG, BERSEMAYAM  secara HAKIKI. Sedangkan jika disebut semua tadi sebagai sifat Allah secara HAKIKI maka ia jelas boleh membawa kepada TASHBIH menyamakan Allah dengan makhluk.

Aizam Mas'od juga setuju dengan kenyataan bahawa Allah itu BERSIFAT SAMSENG. Semua ini boleh didapati dalam tazkirahnya ketika menyebarkan ajarannya di surau-surau bertarikh rakaman 12.5.2011 bermula pada minit 33:00 - 45:10.



3- Aizam Mas'od juga dengan mempergunakan nama Pegawai Penyelidikan Akidah JAKIM telah membuat banyak majlis-majlis sulit tersembunyi dikumpulkan pegawa-pegawai agama lalu menebarkan fitnah dalam pembentangan tersebut bahawa ulama Islam dan ramai umat Islam sebagai sesat dan sebagainya. Aizam Mas'od dalam program2 tertentu itu menuduh kononnya ulama-ulama Islam menghalalkan riba, menkafirkan sahabat Nabi dan pelbagai tohmahan palsu tanpa bukti. Sudahlah ulama-ulama Islam itu dihina dan dituduh dalam majlis2 tersebut kemudian tuduhan itu pula tiada bukti bahkan hanya sekadar fitnah mahu memburuk-burukkan ulama Islam. Inilah Aizam Mas'od yang kini menjaja jawatannya sebagai orang besar JAKIM tetapi menghina dan menuduh ulama Islam TANPA BUKTI.

Kenyataan Aizam tersebut boleh didapati pada file kajian akidah JAKIM dan saya amat sedih apabila kajian dikaji atas nama Penyelidikan JAKIM tetapi TANPA BUKTI kukuh kemudian menuduh/memfitnah pula.

Dan banyak lagi penyelewengan pegawai JAKIM ini yang sering menjaja dirinya sebagai orang besar JAKIM. Saya memohon agar orang yang benar-benar besar dalam JAKIM terutama Ketua Pengarah JAKIM agar meminta Aizam Mas'od ini bertaubat dengan taubat nasuha atas kenyataan-kenyataannya yang bahaya pada akidah dan menghina ulama dan umat Islam dengan tuduhan tanpa pembuktian sehingga apabila ditanya dimana bukti2nya maka dijawab bukti memang tiada yang ada cakap-cakap orang sahaja.

Bertaubatlah Wahai Aizam Bin Mas'od ! Apalah nak jadi dengan kau nih!

Sekian.

Oleh: PENGARAH PENYELIDIKAN BERBUKTI. Untuk bacaan sebelum klik SINI

Friday, November 11, 2011

Diskusi Ilmiah Dan Ceramah Perdana.




Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, Al-Faqir Illallah Ustaz Hj Zamihan Bin Hj Mat Zin dijemput untuk satu diskusi ilmiah bertajuk, "Memperkasakan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah" di Masjid Ar-Rahimah Kuala Kubu Baru pada 12 November 2011. Seterusnya saya akan ke Pulau Pinang untuk satu lagi diskusi berkenaan "Sifat Solat Nabi Yang Sahih" yang akan diadakan di Masjid Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada hambaNya untuk berjalan menuju jalan dakwah yang sahih walaupun ada cubaan halangan dari golongan Munafiq yang tidak mahu menerima kebenaran dalam majlis ilmu yang hendak disampaikan.Kepada semua dijemput beramai-ramai menghadirkan diri dalam majlis ilmu yang penuh keberkatan ini, semoga kita semua tergolong dalam hamba-hambaNya yang bersatu dalam aqidah yang sahih lagi diredhai Allah dan RasulNya.

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo