Monday, October 31, 2011

Aizam Mas'od - Sila Buktikan Tohmahan Kamu!!!

Ana baru membaca komen dari pengunjung blog yang menyiarkan sebuah blog atas nama Marhaini Yusof. Ia ditulis oleh Pengerusi ESQ Malaysia iaitu Puan Marhaini Yusof. Baru dibina dari rupa blog tersebut.
Untuk kepastian Ustaz Moden sudah menelefon ESQ untuk mendapatkan nombor telefon beliau untuk memastikan tulisan di blog tersebut adalah tulisan beliau.
Alhamdulillah sms Ana dijawab dengan kepastian bahawa beliaulah pemilik blog beralamat di http://marhainiyusoff.blogspot.com
Di situ juga Ana bertemu surat terbuka yang ditulisnya.
Cukup sedih dan jelas sekali menzahirkan kekecewaan seorang rakyat terhadap Pegawai JAKIM yang terlibat secara langsung dalam bab penyelidikan.
Sebelum ini dua artikel Ustaz Moden ada menyentuh tentang beliau yang tidak menerima konsep Nur Muhammad seperti link inihttp://ustazmoden.wordpress.com/2010/07/17/pegawai-penyelidik-jakim-sendiri-masih-sesat-isu-nur-muhammad/ selain agak memuji Wahaby seperti tulisannya di sini http://mufakkirislami.files.wordpress.com/2009/12/wahhabi.pdf
Sebelum itu memang Ustaz Moden juga ada menyiarkan bukti tulisan beliau yang ada menulis tentang pengasas Wahabi iaitu Muhamad Abd Wahab. Bagi ustaz bagaimana seorang pegawai penyelidik JAKIM boleh cenderung kepada Wahabiy ?
Adakah ini puncanya kenapa banyak firqah sufi ditohmah sesat oleh JAKIM akibat kecelaruan minda pegawai JAKIM sendiri ?
Lihat buktinya di bawah di link ini yang jelas mengaitkan beliau dengan fahaman Wahabi
Harap Ust Aizam Masod akan menjawab tulisan Puan Marhaini Yusof dan jika beliau memilih untuk mendiamkan diri tentu ramai akan fikir itu adalah tanda keabsahan  dakwaan Puan Marhaini yang seolah olah tidak diberi peluang menjelaskan situasi dirinya.
Untuk info fatwa pengharaman ESQ ada dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan di sini http://mufakkirislami.files.wordpress.com/2010/06/fatwa_esq.pdf dan ia boleh dibaca untuk rujukan lanjut oleh anda semua.
Apabila fitnah bahawa ESQ membawa fahaman Islam Liberal tersebar maka saya boleh merasai bagaimana terseksanya diri beliau selaku Pengerusi ESQ.
Ana sendiri yakin ESQ tidak akan membawa Islam Liberal ke negara kita sedangkan para mufti dan timbalan Mufti turut sama terlibat dalam kursus tersebut.
Bahkan Majlis Fatwa Kebangsaan sudah 7 kali bermesyuarat perihal ESQ dan kesungguhan ESQ menerima pandangan dan bekerjasama membuktikan mereka tidak seperti sesetengah individu yang takbur lagi sombong hingga enggan mengadap para Mufti untuk menjelaskan pandangannya.
Lihat permintaan Ust Zamihan Al Ghari agar kita menerima Fatwa Kebangsaan yang membenarkan ESQ diteruskan di sini http://al-ghari.blogspot.com/2010/07/patuhi-fatwa-kebangsaan.html Ia perlu dihormati demi menjaga maruah Majlis Fatwa Kebangsaan agar dihormati semua pihak.
Isu ini juga penting kerana Ust Aizam Masod sebagai Pegawai JAKIM secara peribadinya menulis di sini http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/07/komen-peribadi-tentang-fatwa-esq-mufti.html menyokong fatwa Mufti Wilayah yang ‘syaz’ dan tidak menjadi ‘IJMAK’  kepada pandangan alim ulama di Malaysia.
Dalam hal ini para Mufti perlu bersepakat atas Majlis Fatwa Kebangsaan bukan mengeluarkan pandangan tersendiri hingga mencetuskan kekalutan dalam masyarakat.
Marilah kita pastikan agenda peribadi tidak menjadi agenda negara sehingga merosakkan orang yang tidak sealiran dengan kita. Mari kita meninggalkan ‘apa yang diragu’ dengan memegang fatwa Majoriti Mufti kita berbanding menggunakan pandangan minoriti yang lebih besar ‘kesilapan’ berbanding ‘ketepatannya’
Jangan kita membesarkan hujah kita dan menggalakkan agar pendapat majoriti Mufti tidak dihormat. Ust Aizam perlu mengelakkan diri dari mengeluarkan hujjah yang boleh mencalar imej Majlis Fatwa Kebangsaan.
Harap Ketua Pengarah JAKIM dapat lakukan sesuatu agar pegawai beliau ini tidak menjadi ‘musang berbulu ayam’ dan membuat sesuatu yang bercanggah dengan pandangan alim ulama Mufti Malaysia.
Cadangan saya baik digantikan orang lain yang lebih jelas pandangannya terhadap wahabiy dari jenis ‘muzabzabin’ yang tidak jelas samada pro atau anti wahabi.
Mohon maaf jika tulisan ini menyinggung mana mana pihak. Tulisan ini tidak dibayar oleh sesiapa dan tulisan ini pandangan peribadi ana dan boleh ditolak tanpa sebarang kos.
Wallahu A’lam.
Dari blog : ustazmodenwordpress.com.
Diulang siar oleh :Mohd Hanif Bin Mohd Salleh.

Wednesday, October 26, 2011

Pembongkaran Tentang Wahhabiy!!!



Buku "Siapa Sebenarnya Wahhabiy?" membongkar doktrin pemikiran Wahhabiy berserta bukti-bukti yang kukuh yang tidak mampu dijawab oleh golongan Wahabbiy.Kemunculan buku ini telah membuka mata ramai pihak dan ini membuatkan beberapa Jabatan Agama telah mula mengatur program-program bagi memberi kefahaman kepada masyarakat tentang isu Wahhabiy.


Saya telah dijemput untuk membentangkan tentang doktrin pemikiran Wahhabiy di Sabah selama dua kali, begitu juga dengan Jabatan Mufti Pahang, telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk "Seminar Pemikiran Wahabi" yang diadakan di Dewan Jabatan Agama Islam Pahang.Di atas permintaan ramai, maka satu rakaman DVD telah diterbitkan dan kini sedang berada di pasaran, rakaman "Seminar Pemikiran Wahabi" yang berlangsung di Pahang.
Beberapa program juga telah diatur oleh beberapa agensi kerajaan untuk saya memperjelaskan kepada masyarakat betapa bahayanya doktrin pemikiran Wahhhabiy ini jika tidak dibendung secara pro-aktif. Di antaranya ialah pada 29/10/2011, bertempat di Masjid Paroi Jaya Seremban, N.Sembilan, akan berlangsungnya satu Ceramah Perdana selepas Solat Maghrib bagi memberi kefahaman kepada masyarakat setempat betapa fahaman Wahhabiy yang sekian lama bertapak di I'ttiba Us'Sunnah Kuala Pilah dan beberapa gerakan Wahhabiy yang lain perlu ditangani secara pro-aktif. Keterlibatan beberapa pihak untuk bersama-sama berjuang bagi melenyapkan aqidah Tasybih dan Tajsim yang dibawa oleh Wahhabiy membuatkan saya bertambah yakin bahawa perjuangan yang begitu murni ini tidak akan terhenti selagi subsidi nyawa diberi oleh Allah SWT, saya akan terus berjuang menegakkan yang haq tanpa ada noktahnya.

Tuesday, October 25, 2011

Tuduhan Liar Aizam Mas'od!!!



Setelah kecewa dengan pembongkaran berbukti kukuh tentang pemikiran dan fahaman Wahhabiy oleh Us Zamihan al-Ghari, muncul Mohd Aizam Mas'od (MAM) dengan sewenang-wenangnya ingin mengharamkan buku Us Zamihan : Salafiah Wahhabiyah Satu Penilaian. Saya difahamkan usaha MAM ini bermula semenjak 2006 lagi. Iaitu setelah beliau diterima masuk sebagai pegawai JAKIM. Salah seorang dari KPP Bahagian Penyelidikan dan Ahli Panel Jawatankuasa Kajian Akidah JAKIM pernah memberitahu saya berkenaan tindakan MAM ini. Nampak ketara bahawa beliau tidak senang hati dengan kritikan terhadap Wahhabiy.

Apa nak dihairankan sangat, sebelum MAM menyertai JAKIM, beliau telah menulis beberapa artikel menyanjung tinggi Muhammad Abdul Wahhab (pengasa Wahhabiy). Beliau dengan penuh takzim menggelarkan pemimpin Wahhabiy tersebut dengan gelaran Syeikh al-Islam al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab. Soalnya, setakat mana keilmuan Muhammad Abdul Wahhab?. Berapa banyak karya aslinya yang disumbangkan kepada kesarjanaan Islam berbanding mukhtasar-mukhtasarnya? Siapakah yang mengiktiraf Muhammad Abdul Wahhab sebagai Syeikhul Islam al-Imam? Orang sezaman dgn Muhamad Abdul Wahhab atau selepas Kerajaan saud dibantu British? Bagaimana pula dgn pandangan ulamak muktabar dalam hal ini?

Sebaliknya, bagaimana pula dengan doktrin takfir Muhammad Abdul Wahhab terhadap umat Islam? Apakah tindakan muhammad Abdul Wahhab menyerang, merampas dan membunuh umat Islam dianggap sebagai 'jihad fi sabilillah'? Bagaimana pula dengan beratus kitab yang dikarang ulamak muktabar menjelaskan tembelang Wahhabiy? Apa yang hendak dipertahankan MAM sebenarnya sehingga beliau gigih membela dan menyanjung Wahhabiy? Apakah beliau simpati kepada fahaman Wahhabiy atau memang nak jadi pahlawan Wahhabiy? Lu pikir la sendiri..

Lihat sahaja tulisan Ustaz Aizam Mas'od yang begitu sinonim dengan pemikiran Wahhabiy di laman http://al-fikrah.net/News/article/sid=928.html. Lihat juga beberapa artikelnya yang diterbitkan atas nama JAKIM membela Wahhabiy. Artikel ini membuktikan bahawa fahaman Wahhabiy yang dibawa beliau begitu ketara sekali. Jika anda ke bahagian Penyelidikan JAKIM dan pertanyakan tentang Wahhabiy..ternyata jawapan yang diberikan mereka agak pro Wahhbiy. Apa semua ini?

MAM juga pernah mendakwa bahawa Pengerusi Jawatankusa Fatwa Kebangsaan sendiri telah memuji tokoh Wahhabiy dalam jurnal akademik UKM sehinggakan masyarakat terpedaya dengan tindakan sesetengah individu yang membayangkan seakan JAKIM mengiktiraf Wahhabiy. Padahal itu pandangan peribadi Tan Sri Shukor Husin sahaja yang kekurangan sumber kajian tentang Wahhabiy. Dan JAKIM tidak pernah mengiktiraf Wahhabiy. Bahkan sebelum ini terdapat 12 kali mesyuarat JK Fatwa Kebangsaan berkaitan Wahhabiy. Keputusannya jelas bahawa JK Fatwa bertindak untuk menyekat fahaman Wahhabiy dari disebarkan. Bukan kerana sad al-Zara'ie..tapi mmg kerana akidah Wahhabiy menyeleweng. Baca la beratus karangan ulamak tenatng Wahhabiy tu bro.

Saya melihat MAM sebenarnya ketiadaan hujjah dalam membela Wahhabiy. Namun akibat timbul rasa tidak senang hati  keatas Us Zamihan maka dengan mudah beliau mengaitkan Us Zamihan dengan syiah. Rakaman video di atas menjadi saksi bahawa beliau sanggup mentohmah Us Zamihan sebagai syiah sebelum kemunculan buku Us Zamihan : SIAPA SEBENARNYA WAHHABIY lagi. Tapi bila bersemuka dengan Us Zamihan dalam Kelas Tafaqquh atau majlis2 JAKIM..pandai pula berlakon. Wahhabiy pun taqiyyah juga ke? Bagi saya, jika Us Zamihan tidak membuat pendedahan pun..Aizam mas'od mmg dikenali dengan pegawai JAKIM yang bias Wahhabiy. Beliau sebenarnya adalah tukang fitnah. Jika tidak sila bawakan bukti tentang kesyiahan Us Zamihan sebagaimana yang enta dakwakan. Silakan syeikh..jangan hanya pandai melempar batu sembunyi tangan.

Untuk itu, Saya menyarankan agar Ketua Pengarah JAKIM membuat satu siasatan rapi ke atas MAM dan rakan-rakanya dalam Penyelidikan JAKIM.Atau beliau bersama kroninya ditukarkan ke tempat lain.  Hal ini penting sebelum satu persatu racun Wahhabiy menular dalam tulisan terbitan JAKIM tanpa kita sedari. Jika ini tidak dilakukan, JAKIM sendiri akan terkena bahang fitnahnya. Malah tidak mustahil Negara ini akan mendapat bala dengan fahaman Wahhabiy yang akan menghancurkan kesatuan ummat dan merosakkan aqidah umat Islam keseluruhannya.

ikhlas dari saya,

Hanif Soleh

Tuesday, October 18, 2011

SIAPA SEBENARNYA WAHHABIY? Buku Kajian Rapi Berbukti

Saya mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jama'ah sebenar dan menolak fahaman Syiah dan Wahhabiy.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pembaca sekalian boleh mengkaji bahaya fahaman Wahhabi ini secara berfakta dan berbukti dari buku yang dikumpulkan isi kandungannya oleh saya Al-Faqir Ila Robbihi Ustaz Hj Zamihan Bin Mat Zin berjudul Siapa Sebenarnya Wahhabiy?.

- Kepentingan Mempelajari Ilmu Akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

- Bahaya Fahaman Baru, Ajaran Sesat dan Murtad.

- Cara Mengatasi Permasaalahan Ummah.

Buku ini boleh didapati dikedai-kedai buku dan juga boleh diperolehi dengan cara menghubungi terus saya di talian 012 246 5518 dengan harga yang murah. 












Tuesday, August 23, 2011

Sunday, August 14, 2011

Surat Jawapan Dr Uthman Kepada Mufti Perlis

Bertarikh 1 Ogos, 2011

Kepada Sahibus samahah Mufti Kerajaan Negeri Perlis dengan alamatnya

Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Tuan

Dengan merujuk kepada surat tuan (…) bertarikh 27hb Julai 2011 dinyatakan dengan hormatnya, surat itu itu telah dibaca dan difahami.

2. Bagi menjawabnya, oleh kerana kenyataan-kenyataan saya dalam sesi berkenaan dibuat dalam majlis anjuran KDN Bahagian Keselamatan Dalam Negara, menyentuh aliran-aliran tertentu, dalam Islam, saya meminta pihak tuan memohon kepada JAKIM dan Majlis Keselamatan Negara (yang merupakan pihak-pihak yang berwenang tentang  sesi itu) untuk mengadakan satu Persidangan Pakar bagi menangani masalah kebocoran maklumat rahsia ini dan menyelesaikan masalah salah tanggapan oleh pihak-pihak yang berpandangan tidak tepat itu dengan kadar yang segera.

3. Ahli-ahli yang mengambil bahagian itu hendaklah pakar-pakar yang ditentukan oleh JAKIM dan MKN, dan orang-orang yang tidak berkenaan hendaklah dikecualikan daripada hadir di dalamnya kalau perlu dengan “screening” dilakukan oleh MKN.

4. Maklumat-maklumat rahsia itu kalau diputuskan oleh MKN munasabah disebarkan kepada sasaran yang sesuai barulah ia disebarkan. Atas nama individu-individu penyebarannya tidak dibenarkan.

5. Dalam hubungan itu, dengan ini tidak timbul “bahaya’ dari mana-mana kerajaan tertentu (saya tambah lagi di sini: juga tidak timbul “sesat” mana-mana kerajaan tertentu, dan “keganasan” kerajaan tertentu, itu tuduhan tidak benar, fitnah) dan masalah ibadat haji tidak perlu ditunda sebab saya sendiri pun baru menunaikan haji akhir tahun 2010.

6. Saya menanti dengan penuh harapan agar permohonan pihak tuan dilaksanakan oleh MKN dan JAKIM.

Wassalam,
Yang benar
Muhammad Uthman El-Muhammady
ISTAC IIUM
Kuala Lumpur Campus

Dengan cc kepada YAB Menteri Dalam Negeri, KP JAKIM, dan Setiausa Bahagian Keselamatan Dalam Negeri KDN.


Nota tambahan: Tidak timbul daripada surat ini saya tidak mahu bertemu dalam dialog, hanya saya mahu ia menyelesaikan  masalah, menjamin kesejahteraan negara, menjaga hubungan negara dengan negara-negara lain, tanpa sensasi, budaya benci membenci, mencari nama, mencaci orang, menangguk di air keruh. Allahumma sallimna wal-muslimin.

Tentang orang hendak menuduh saya itu dan ini respon saya ialah: hasbuna’Llahu wa ni’mal-wakil ni’mal maula wa ni’man-nasir. Kita serah kepadaNya Amin.

Yang benar
Muhammad Uthman El-Muhammady  ISTAC Campus KL 9-8-11  3.03 ptg

Wednesday, August 10, 2011

Isu JAIS-Gereja. Warkah Terbuka Buat Dua Insan Mulia : YANG DI-PERTUAN AGONG & SULTAN SELANGOR



Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Dan

Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

MOHON TITAH PERINTAH ISU JABATAN AGAMA ISLAM (JAIS) MENYELAMATKAN BEBERAPA UMAT ISLAM DI GEREJA

Kehebatan Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor sebagai pemimpin amatlah disanjung dan dijulang. Kehaibatan Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor menyelesaikan apa-apa isu yang timbul sememangnya bernas dan dinilai ia berdasarkan ketegasan mempertahankan Islam sebagai agama yang mulia mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah (Allah Exists Without A Place). Patik insan yang faqir disisi Robnya sukacita merujuk kepada perkara di atas

2- Isu di Selangor berkaitan pemeriksaan JAIS baru-baru ini ke atas beberapa individu muslim di sebuah gereja yang tidak berdaftar telah memperhangatkan bualan masyarakat dan timbul perasaan dan tindakan tidak senang dari pelbagai lapisan pemikiran masyarakat. Pelbagai cara dikaitkan dengan isu ini demi kepentingan kemasyhuran masing-masing dan tujuan selainnya sehingga ia kelihatan dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu yang mungkin boleh membawa kepada pertelingkahan dan perbalahan yang besar antara masyarakat.

3- Pandangan dari saf kepimpinan Islam dilantik negara dalam isu agama ini seolah tidak lagi dilayan bahkan diherdik dan dikritik dengan tidak beradab sehingga boleh menjejaskan nama baik Islam itu sendiri. Sekalipun jabatan agama negeri atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri yang memberi pandangan dalam isu ini untuk kebaikan umat sejagat ia tetap dipandang serong oleh beberapa pihak yang mempunyai kepentingan kumpulan masing-masing.

4- Justeru itu patik mewakili umat Islam yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jam'ah sebenar (Al-Asya'irah bukan Musyabbihah moden) memohon titak perintah dari tuanku berdua dalam menangani isu ini dengan selamat dan ia akan dipatuhi. Sebelum ini titah tuanku telah banyak menyelesaikan masaalah yang timbul. Segala titah perintah tuanku berdua dalam isu ini sememang akan menmbuahkan hasil penyelesaian yang terbaik berdasarkan Al-Quran, Al-Sunnah.

5- Setelah warkah pertama patik yang tidak seberapa ini dibaca tuanku berdua. Dimohon agar titah perintah Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor berkaitan isu ini kelak dihebahkan kepada media untuk disalurkan titah perintah tersebut kepada masyarakat umum.

Sekian, ampun tuanku.

Wassalam.

Patik Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary (019-3801979)

www.abu-syafiq.blogspot.com

11-Ogos-2011 Jam 10.00pagi.

Dipetik dari sini http://abu-syafiq.blogspot.com/2011/08/isu-jais-gereja-warkah-terbuka-buat-dua.html 

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo