Ana baru membaca komen dari pengunjung blog yang menyiarkan sebuah blog atas nama Marhaini Yusof. Ia ditulis oleh Pengerusi ESQ Malaysia iaitu Puan Marhaini Yusof. Baru dibina dari rupa blog tersebut.
Untuk kepastian Ustaz Moden sudah menelefon ESQ untuk mendapatkan nombor telefon beliau untuk memastikan tulisan di blog tersebut adalah tulisan beliau.
Di situ juga Ana bertemu surat terbuka yang ditulisnya.
Cukup sedih dan jelas sekali menzahirkan kekecewaan seorang rakyat terhadap Pegawai JAKIM yang terlibat secara langsung dalam bab penyelidikan.
Sebelum itu memang Ustaz Moden juga ada menyiarkan bukti tulisan beliau yang ada menulis tentang pengasas Wahabi iaitu Muhamad Abd Wahab. Bagi ustaz bagaimana seorang pegawai penyelidik JAKIM boleh cenderung kepada Wahabiy ?
Adakah ini puncanya kenapa banyak firqah sufi ditohmah sesat oleh JAKIM akibat kecelaruan minda pegawai JAKIM sendiri ?
Lihat buktinya di bawah di link ini yang jelas mengaitkan beliau dengan fahaman Wahabi
Harap Ust Aizam Masod akan menjawab tulisan Puan Marhaini Yusof dan jika beliau memilih untuk mendiamkan diri tentu ramai akan fikir itu adalah tanda keabsahan dakwaan Puan Marhaini yang seolah olah tidak diberi peluang menjelaskan situasi dirinya.
Apabila fitnah bahawa ESQ membawa fahaman Islam Liberal tersebar maka saya boleh merasai bagaimana terseksanya diri beliau selaku Pengerusi ESQ.
Ana sendiri yakin ESQ tidak akan membawa Islam Liberal ke negara kita sedangkan para mufti dan timbalan Mufti turut sama terlibat dalam kursus tersebut.
Bahkan Majlis Fatwa Kebangsaan sudah 7 kali bermesyuarat perihal ESQ dan kesungguhan ESQ menerima pandangan dan bekerjasama membuktikan mereka tidak seperti sesetengah individu yang takbur lagi sombong hingga enggan mengadap para Mufti untuk menjelaskan pandangannya.
Dalam hal ini para Mufti perlu bersepakat atas Majlis Fatwa Kebangsaan bukan mengeluarkan pandangan tersendiri hingga mencetuskan kekalutan dalam masyarakat.
Marilah kita pastikan agenda peribadi tidak menjadi agenda negara sehingga merosakkan orang yang tidak sealiran dengan kita. Mari kita meninggalkan ‘apa yang diragu’ dengan memegang fatwa Majoriti Mufti kita berbanding menggunakan pandangan minoriti yang lebih besar ‘kesilapan’ berbanding ‘ketepatannya’
Jangan kita membesarkan hujah kita dan menggalakkan agar pendapat majoriti Mufti tidak dihormat. Ust Aizam perlu mengelakkan diri dari mengeluarkan hujjah yang boleh mencalar imej Majlis Fatwa Kebangsaan.
Harap Ketua Pengarah JAKIM dapat lakukan sesuatu agar pegawai beliau ini tidak menjadi ‘musang berbulu ayam’ dan membuat sesuatu yang bercanggah dengan pandangan alim ulama Mufti Malaysia.
Cadangan saya baik digantikan orang lain yang lebih jelas pandangannya terhadap wahabiy dari jenis ‘muzabzabin’ yang tidak jelas samada pro atau anti wahabi.
Mohon maaf jika tulisan ini menyinggung mana mana pihak. Tulisan ini tidak dibayar oleh sesiapa dan tulisan ini pandangan peribadi ana dan boleh ditolak tanpa sebarang kos.
Wallahu A’lam.
Dari blog : ustazmodenwordpress.com.
Diulang siar oleh :Mohd Hanif Bin Mohd Salleh.