Pada 14 April 2012, Sabtu telah berlangsungnya siri ceramah Al-Fadhil Ustaz Hj Zamihan al-Ghari di Masjid Daerah Manjung yang dihadiri oleh ribuan jemaah.Kupasan demi kupasan tentang penyelewengan ajaran Wahhabiy, Syiah dan Hizbut Tahrir dibentangkan agar umat Islam tidak mendekati ajaran-ajaran yang menyeleweng ini. Alhamdulillah, dengan kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah swt, maka segala penyampaian untuk menegakkan yang haq dan membenteras ajaran-ajaran yang bathil dapat disempurnakan dengan baik sekali.
Sebagaimana lazimnya, sebelum bertolak ke Manjung untuk sesi ceramah, Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari akan ada blog-blog penyokong Wahhabiy tegar dan mereka yang jahil dalam memahami isu Aqidah akan menyerang Al-Fadhil Ustaz Zamihan di blog-blog mereka.Salah satunya penulis blog yang pengecut, bersembunyi di sebalik nama manjungmari.blogspot. yang nama sebenarnya ialah Mohd Desa Bin Ahmad akan menulis dengan kata-kata tohmahan dan fitnah terhadapa sesiapa sahaja yang menyatakan kebenaran tentang Aqidah dan menyanggah kata-kata bathil dari pemimpin kesayangannya di blognya yang penuh dengan fitnah jahat.
Mohd Desa Bin Ahmad @ Manjung Mari.
Inilah dia wajah yang konon-kononnya berjuang untuk Islam tetapi tidak kenal Aqidah Islam yang sebenarnya.Maka tidak hairanlah, sebelum ini Mohd Desa menyerang Ustaz Kazim Elias, Ustaz Abu Syafiq dan Ustaz Zamihan al-Ghari sendiri di dalam blognya tetapi menjadi kecut apabila hadir dalam ceramah yang diadakan. Sumber dari sebuah blog Taiping Mali mendedahkan kebiadapan penulis blog Manjung Mari ini yang turut menyerang peribadi pemimpin-pemimpin Negara kerana beliau gagal dalam mendapatkan habuan kontrak untuk menjadi kontraktor di Pengkalan Tentera Laut, Lumut Perak.Inilah dia sikap orang yang kecewa kerana nak mendapatkan habuan duniawi sehingga sanggup menjadi alat memecahkan kesatuan umat Islam yang ada.Kepada Mohd Desa Bin Ahmad @ Manjung Mari, nasihat saya, janganlah jadi manusia yang pengecut, menulis di blog kamu setelah semuanya berakhir tetapi tidak berani tampil dan bangkit untuk berhujah secara berilmiah dan beradab dalam majlis ceramah yang diadakan.
Tulisan ini adalah dari Ustaz Mohd Hanif.