Wednesday, April 21, 2010

SUKA LANGGAR PERATURAN


Anak bekas mufti mohon petisyen pembatalan


KUALA LUMPUR 19 April - Anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya hari ini memfailkan petisyen pengisytiharan untuk membatalkan penggunaan Seksyen 53 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004) bagi mendakwa beliau kerana mengajar agama tanpa tauliah di negeri itu.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi Seremban pagi ini bagi mengisytiharkan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan tiada bidang kuasa untuk membicarakan sesuatu kesalahan di bawah seksyen tersebut. Petisyen ke atas kerajaan Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) itu dibuat melalui peguam Kamarul Hisham Kamaruddin.

Fathul Bari, 30, berkata, tindakan itu diambil untuk menegakkan haknya seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan beliau memohon petisyen. "Saya tidak menafikan peranan institusi agama. Tetapi bidang kuasa yang digunakan untuk mendakwa saya bersama rakan lain tidak menurut Perlembagaan Persekutuan," jelasnya pada sidang akhbar selepas permohonan tersebut difailkan di sini hari ini.

Turut hadir, Nik Amirul Faiz Nik Md. Yusof, 25, yang membuat permohonan yang sama.
Fathul Bari dan Nik Amirul Faiz bersama dua pengikutnya, Abdullah Sanusi Othman, 40; dan Khairudin Daud, 55, ditahan oleh JHEAINS pada pukul 11.30 pagi, 28 Februari lalu. Ketika itu beliau sedang menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul kepada 50 orang awam di Maahad Ittiba Sunnah, Kilometer 1.5, Jalan Lama Seremban-Kuala Pilah.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kuala Pilah untuk soal siasat selain beberapa buah buku serta peralatan yang digunakan turut dirampas dalam serbuan itu.
Fathul Bari dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah dan dituduh di bawah seksyen tersebut manakala pengikutnya ditahan mengikut Seksyen 34 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004) yang dibaca bersama Seksyen 37 enakmen sama kerana dituduh bersubahat.

Keempat-empat mereka tidak mengaku salah dan dibebaskan dengan jaminan RM2,200 ke atas Fathul Bari dan RM2,000 kepada setiap pengikutnya. Bagi kesemua pertuduhan tersebut, setiap tertuduh boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.


Ulasan :

1) Kesalahan mengajar agama tauliah merupakan satu enakmen negeri yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan @ Yang Dipertuan negeri sebagai ketua Agama Islam negeri berkenaan. Sesiapapun samada Datuk, Profesor, Tengku, Dr, Ustaz mahupun Cikgu perlu mendapatkan tauliah utk menyampaikan ceramah agama. Kecuali mereka diberi pelepasan dengan pengecualian tertentu. Manakala permit polis diperlukan untuk sebarang ceramah politik kepartian. Ketetapan ini terunjur dari akta dan enakmen sedia ada dalam negara kita. Barangsiapa yang tidak mematuhi undang-undang yang sedia ada boleh dikatakan sebagai samseng. Bukan sekadar samseng undang-undang konvensional. Tetapi ramai juga yang cuba berlagak samseng mencabuli enakmen agama.

2) Maahad Ittiba' al-Sunnah Kuala pilah memang dikenali menyebarkan fahaman kaum muda sejak dulu lagi. Pengasasnya, Arwah Ustaz Hashim Ghani pernah mengarang buku : HARAM DAN SESAT BERMAZHAB. Jika kita menganalisa buku ini didapati beliau secara sengaja menghukum sesat,bid'ah dan haram kepada berjuta-juta umat Islam di dunia ini yang berpegang kepada pandangan mazhab muktabar. Walhal beliau bukan seorang ulamak. Bukan pula seorang mujtahid. Sebaliknya beliau juga seorang pentaqlid kepada pandangan Syeikh Ma'syumi Khojandi yang berfikrah Wahhabiy. Nampaknya, secara tanpa sedar, Ustaz Hasyim Ghani juga menghukum dirinya sendiri dan juga gurunya sebagai pembuat bid'ah, haram dan sesat. Idea ini kemudiannya diperjuangkan oleh anak dan pengikutnya. Bahkan sesiapa sahaja yang sehati sejiwa dengan metodologi kaum muda kelihatan mempunyai keterikatan dengan dengan maahad ini. Termasuklah individu di atas.

Inilah buku yang didakwa 'Sunnah' tetapi sebenarnya bersikap anti mazhab serta menghukum sesat umat Islam yang berpegang kepada pandangan mazhab muktabar. Mereka bukan sekadar mendakwa diri mereka suci (golongan sunnah) tetapi dlm masa yang sama menuduh orang lain sbg ahli bid'ah, sesat, jumud, syiah, ahbash dan pelbagai gelaran yang buruk. Jelasnya, ini adalah sebahagian dari pemikiran yang punah - ranah.

3) Selain itu, Rasul Dahri juga dikesan berkeliaran di Maahad ini bagi menyebarkan dakyahnya. Dalam masa yang sama, terdapat beberapa individu dari kumpulan Muhammadiyah Singapore turut menghadirkan diri dalam beberapa program yang dianjurkan. Oleh itu, saya menyeru pihak JAHEINS, PDRM dan SB supaya terus melakukan siasatan dan pemantauan kerana kemungkinan besar maahad ini dijadikan pengkalan untuk melakukan aktiviti yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dan tidak mustahil aktiviti mereka menjurus kepada aktiviti radikalisme agama memandangkan beberapa pemimpin JI pernah menjadikan maahad ini sebagai markaz mereka satu waktu dahulu.

4) Untuk makluman semua, Us Fathul Bari sebelum ini pernah ditangkap JAIS kerana mengajar agama tanpa tauliah. Kesnya sama dgn Dr MAZA, Dr Abdullah Yasin, Rasul Dahri dan beberapa individu lain. Kronologi kes ini membuktikan kepada kita bahawa pemahaman dan pemikiran agama mereka ditolak oleh pihak berkuasa agama kerana bertentangan dgn prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar. Walaubagaimanapun, mereka tetap mencari jalan untuk melepaskan diri dari disabitkan kesalahan dengan apa cara sekalipun. Bagi mereka : menyambut maulidurrasul bid'ah sesat. tetapi kalau mereka ceramah..tak bid'ah pulak. Inilah sikap sebenar perjuangan mereka. Iaitu mengeluarkan hukum terhadap orang lain sesuka hati sahaja. Tetapi 'melepas pandang' untuk diri sendiri. Mereka juga gemar bersikap keras kepala dan membelakangi undang-undang yang berkuatkuasa dalam negara. Anak Pak Wahhab memang suka langgar peraturan pihak autoriti agama.

1 comment:

Ibn Salleh. said...

Salam, Fathul Bari juga menjadi counselor di IJN, tempat orang yang mengidap sakit jantung melakukan pembedahan.Alangkah malangnya jika orang ini berada di IJN, takut-takut di talqinnya orang yg nak buat pembedahan jantung ,"katakanlah wahai makcik atau pakcik, bahawa Allah itu duduknya di atas Arasy, bertangan, berkaki dan sebagainya".Seandainya jika makcik atau pakcik itu meninggal dunia selepas pembedahan, maka iktiqadnya "Allah di atas, di bawah, bertangan dan sebagainya sebab dah di counselor ataupun ditalqinkan oleh Fathul Bahri di IJN.Bak kata al-Fadhil Syeikh Fuad, jika inilah orangnya yang diletakkan bekerja di IJN, tak payah bedah jantung pun tak apa, lebih baik minum air tawar, takut2 iktiqad kita ikut cara Wahabi mentauhidkan Allah.Naizubillah.....

Visit Bil.