Wednesday, December 9, 2009

Tauhid Uluhiah Dan Tauhid Rububiyyah



Syarat sah syahadat kita adalah mengucap dengan lisan, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota.


Menyorot ruangan Relung Cahaya minggu lepas, kita telah pun mempersoalkan dan membincangkan secara ringkas tentang sumber tauhid tiga serangkai ini.


Setelah kita mengetahui dengan jelas bahawa pembahagian tauhid kepada tiga ini tidak mempunyai sumber yang sahih di sisi syarak, maka pada minggu ini kami ingin mengajak pembaca menghalusi lagi penelitian tentang permasalahan ini agar kebenaran akan terserlah dan kebatilan akan terpadam.


Memandangkan pereka tauhid bidaah ini mengklasifikasikan tauhid kepada tiga, maka kami ingin mengemukakan persoalan, apakah terdapat perbezaan di antara tauhid uluhiah dan rububiah?


Sebelum persoalan ini dijawab, kami ingin berkongsi dengan pembaca tentang jawapan ringkas melalui e-mel yang kami terima daripada seorang pembaca yang pro-tauhid tiga serangkai ini.


Namun, jawapan yang mewakili penghantar tidak menjawab persoalan yang diutarakan pada minggu lepas.


Beliau hanya mengemukakan hujah hasil dari pemikiran Ibnu Taimiyyah seperti yang dapat dilihat di dalam kitab-kitabnya, sedangkan hujah Ibnu Taimiyyah ini telah lama disangkal oleh ulama ahli sunnah.


Perlu kita fahami, tidak semua ilmu yang diformulasikan atau semua hasil istiqra' (telaah) atau pemikiran seseorang itu boleh diterima jika tidak sejajar dengan al-Quran dan sunnah.


Apatah lagi, ilmu yang berkaitan dengan akidah yang mesti dirujuk dengan rapi dan betul kepada sumber yang sahih lagi mutawatir. Jika wujud kepincangan, maka ia tertolak sama sekali.


Kepincangan itu telah pun dibincangkan oleh ulama dan telah pun kami paparkan dan akan kami sebutkan, insya-Allah.


Menurut penghantar e-mel itu lagi, mengingkari tauhid tiga ini bererti tidak bertafaqquh terhadap kitab Allah, tidak mengetahui kedudukan Allah, mengetahui sebahagian dan tidak mengetahui sebahagian yang lainnya.


Dengan spontan benak hati kami bertanya, inikah jawapan yang sepatutnya kami peroleh daripada seseorang yang merasa telah bertafaqquh dengan kitab Allah?


Kami juga agak terkejut dengan kenyataan ini. Jika mereka yang mengingkari tauhid tiga ini dianggap tidak bertafaqquh dengan kitab Allah, bagaimanakah kedudukan ulama dan para sarjana yang telah saya sebutkan pada siri pertama yang mengingkari pembahagian tauhid ini?


Apakah al-Azhar, sebuah universiti yang diiktiraf oleh dunia Islam, mempunyai ulama dan tokoh-tokoh yang lemah kefahamannya tentang kitab Allah? Bagaimana pula dengan Mufti Mesir yang telah menafikan dengan lantang perkara ini di dalam fatwanya?


Apa pun jawapan yang dikemukakan oleh pro tauhid tiga serangkai ini, ia telah kami rujuk di dalam kitab asalnya yang sememangnya tersimpan kemas di perpustakaan kami.


Ramai ulama yang telah menjawabnya, cuma pada keluaran kali ini kami tidak berkesempatan untuk menyertakannya.


Sebaiknya kita tinggalkan dahulu tajuk ini dan kembali kepada persoalan hari ini.


Kenapa soalan ini dikemukakan dan sebelum persoalan ini dijawab, kami ingin nyatakan di sini bahawa melalui tauhid tiga serangkai ini didapati perekanya, Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya telah menyatakan bahawa:


1. Orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah adalah ahli tauhid (orang yang mengesakan Allah) dengan tauhid rububiah.


2. Tauhid orang musyrik ini samalah dengan tauhid sebahagian orang Islam yang bertawassul, beristighathah dan bertabarruk dengan para nabi dan orang-orang soleh.


Ini bermaksud orang Islam yang bertawassul (memohon kepada Allah melalui perantaraan), beristighathah (menyeru minta tolong) dan bertabarruk (ambil berkat) samalah dengan orang musyrik kerana tidak memiliki tauhid uluhiah kerana dianggap menyembah apa yang ditawassulkan.


Kenyataannya berbunyi:


"Tauhid rububiah sahaja tidak menafikan kekufuran seseorang dan tidak mencukupi bagi keimanan/keislaman seseorang".

(Risalah Ahli al Suffah H: 34.)

"Sesungguhnya orang-orang musyrik adalah ahli tauhid dengan tauhid rububiah. Mereka tidak termasuk dari kalangan ahli tauhid uluhiah kerana telah mengambil sembahan-sembahan yang lain untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT".


Mereka juga menyatakan:


"Sesungguhnya orang-orang Islam yang bertawassul dan beristighathah dengan para Nabi dan orang-orang soleh serta bertabarruk dengan mereka (para nabi dan orang-orang soleh), adalah kufur. Bahkan, kekufuran mereka lebih dahsyat daripada kekufuran Abu Lahab, Firaun, Haman dan lain-lain".

(Fatawa Ibni Taimiyyah 14/380).

Ini adalah antara kenyataan yang tidak ditulis dan tidak ditemui di dalam kebanyakan kitab-kitab berkaitan pembahagian tauhid ini di Malaysia.


Di negara kita, tauhid ini masih berada dalam peringkat pengenalan. Tetapi jika kita merujuk kepada kitab Ibnu Taimiyyah, Muhammad ibn Abdul Wahhab dan pemuka-pemukanya, kenyataan ini banyak ditulis di dalam kitab-kitab mereka. Inilah natijah sebenar yang akan kita dapati dari pembahagian tauhid ini.


Oleh kerana itu, kita dapati di kebanyakan negara timur tengah yang telah lama memakai tauhid ini berlaku pergolakan, perpecahan dan pembunuhan akibat gejala sembarangan mengkafirkan dan menghalalkan darah umat Islam yang dianggap menyanggahi tauhid ini.


Malah, dengan tauhid inilah menyebabkan berlakunya keruntuhan kepada Empayar Uthmaniyyah yang merupakan empayar terbesar Islam suatu ketika dahulu. Insya-Allah, perinciannya akan kami susuli pada keluaran akan datang.


Apa yang pasti, kenyataan Ibnu Taimiyyah ini jelas bertentangan dengan dalil-dalil syarak dan telah diketahui secara dharuri di sisi ulama.


Bagi menjelaskan tentang kesalahan dan kebatilan pendapat mereka ini, maka soalan ini dijawab:


Sesungguhnya tidak ada perbezaan di antara tauhid uluhiah dan tauhid rububiah.


Kedua-duanya adalah perkara yang sama dan tidak boleh dipisahkan serta tidak menerima sebarang pembahagian. Allah tidak menerima daripada hamba-hamba-Nya, melainkan akidah tauhid yang tulus dan suci kepada-Nya, Tuhan sekelian alam, yang dilafazkan dengan lidah, diiktikad dengan hati, diamalkan dengan anggota jasad dan dimanifestasikan dengan kalimah (Laa Ilaaha Illallah).


Dengan perkara inilah, semua Nabi dan Rasul diutuskan.


Adakah orang kafir ahli tauhid?


Terhadap pendapat yang menyatakan bahawa orang kafir dan musyrik sejak zaman berzaman adalah ahli tauhid dengan tauhid rububiah dan para Rasul a.s tidak diutuskan melainkan dengan tauhid uluhiah.


Jawabnya:


Hakikatnya, pendapat ini merupakan suatu perkara yang telah menutup pintu kebenaran dan hakikat, menyalahi akal dan syarak dan mendustai penjelasan daripada nas-nas al-Quran dan sunnah.


Perkara ini juga merupakan perkara bidaah yang sesat dan tidak terdapat pada umat salaf yang terawal. Tauhid seperti ini meruntuhkan akidah dan bersifat saling bercanggah.


Dalam satu masa, mereka telah menjadikan sekelompok orang Islam sebagai ahli tauhid dan bukan ahli tauhid. Ini suatu perkara yang pelik.


Sedangkan, realitinya ialah seseorang itu mesti berada di salah satu kedudukan, iaitu sama ada berada dalam kedudukan ahli tauhid atau pun musyrik. Tidak boleh seseorang itu berada di antara dua keadaan (tauhid dan kufur).


Kepercayaan mereka juga tentang ketauhidan orang musyrik dengan tauhid rububiah tidaklah benar. Bahkan dakwaan ini adalah suatu penipuan yang ditolak sama sekali oleh akal dan naqal.


Insya-Allah, kami akan mengemukakan dalil-dalil dari akal dan naqal pada minggu hadapan.


Sesungguhnya perkara yang paling pelik ialah menganggap orang kafir sebagai ahli tauhid dan menganggap orang Islam yang telah mengucapkan kalimah tauhid sebagai bukan ahli tauhid.


Renungilah! Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat 70 tahun. Ibadah Abu Darda' r.a yang paling utama selepas melaksanakan kefarduan ialah bertafakur kerana dengannya dia sampai kepada hakikat suatu perkara dan membezakan di antara yang hak dan batil.


Bahkan, dengannya juga dia dapat menilik kerosakan dan helah nafsu yang halus, tipu daya dunia, dan mengenali helah-helah untuk lebih berwaspada dengannya.

Sumber : Yayasan Sofa

54 comments:

Frank said...

http://www.al-fikrah.net/News/article/sid=850.html

Yusoff bin Ishak said...

Frank, apa yang ditulis oleh binsahak tu (anak buah asri) saya rasa adalah bersandarkan fahaman kewahabian dia dan bukannya mengikut kefahaman ulama ASWJ. Kebiasaannya, mereka menaqalkan tulisan ulama ASWJ tetapi menafsirkan mengikut kefahaman mereka seolah2 mrk adalah alim besar yang begitu memahami kalam ulama...tak percaya? Saya yakin para ustaz2 ASWJ di Malaysia ni akan counter balik artikel camtu...

JomFikir said...

Assalamu'alaikum,

Link yang diberi oleh Frank dan jalak sama sahaja isinya. Cuma bila saya baca, para ulamak yang disebut namanya itu serta perkataan mereka. Mengapa hanya diambil kalam mereka sikit-sikit sahaja tanpa ada perbahasan ?

Contohnya :

Kedua: Firman Allah yang bermaksud: “Dan kebanyakan mereka tidaklah beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mensyirikkanNya.” (Yusuf: 106). Kata ‘Ikrimah R.A. (sahabat Nabi S.A.W.): “Kamu bertanya kepada mereka (orang-orang musyrik): Siapa yang menciptakan mereka? siapa yang mendiptakan langit dan bumi? Pasti mereka akan menjawab: Allah. Demikian itulah iman mereka kepada Allah (iman kepada rububiyyah Allah), sedangkan mereka menyembah selain daripada Allah (syirik dalam uluhiyyah Allah).”

Lihat perkataan dalam kurungan adalah penambahan dari penulis artikel tersebut bukan dari kalam ulamak itu sendiri.


Ketiga: Ibn ‘Abbas R.A. berkata: “diantara keimanan mereka (orang-orang musyrik), apabila ditanya kepada mereka: siapa yang menciptakan langit, bumi dan gunung-ganang? Mereka akan menjawab: Allah. Sedangkan mereka mensyirikkan Allah (dalam uluhiyyahNya).”

Yang di atas ini pun sama juga, tiada syarahnya pula tu? setahu saya setiap perkataan ulamak muktabar atau para sahabat ini biasanya ada syarahnya. Atau sememangnya penulis itu menggunakan logikanya untuk mengaitkan perkataan ulamak-ulamak ini demi menyokong fahaman mereka ?

Contoh lain :

Keempat: Qatadah R.H. berkata: “Iman mereka ini, sesungguhnya kamu tidak berjumpa dengan salah seorang daripada mereka, melainkan dia memberitahu kepada kamu bahawa Allah adalah tuhannya (rabb), Dialah yang mencipta dan memberi rezeki kepadanya (rububiyyah), sedangkan dia melakukan syirik di dalam ibadah (uluhiyyah).”

---

sama juga bukan ? Lihat apa yang ditambah di dalam kurungan tersebut. Bukankah dalam artikel yang terkini ini mempersoalkan bahawa tunjukkan bukti para salaf memang ada sebut secara langsung contoh : TAUHID ITU DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA IAITU RUBUBIYAH, ULUHIYAH dan ASMA Wa As Sifah. Nampaknya mereka yang cuba mengaitkan perkataan sahabat itu sendiri yang mereka-reka dengan akal sendiri.

Bahkan tiada jua bukti dari Sunnah RasuluLlah ? Mana ada RasuluLlah mengajar tentang adanya PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA TIGA ? Ingat ini perkara aqidah bukan furuk lagi.

JomFikir said...

Di akhir artikel disebutkan :

Sikap malas dan ‘taklid buta’ perlu dijauhi, jika tidak, ada baiknya kita mendiamkan diri sahaja, agar kebodohan dan malas diri sendiri tidak diketahui ramai dan menyusahkan orang lain.

------


Agaknya siapa yang taqlid buta, bodoh serta malas tersebut sebenarnya ? Jangan ingat semua orang malas mengkaji dan menyelidik.

Yan said...

tak berjawab pulak si Frank & Jalak tu...maklumlah.. rujukan diaorang ni Tamiyyah ngan Muhamad ibnu Wahab je.. habis idea la tu...

Aufa said...

Saje je tu...nak menempek di blog orang..buat kacauu...

aryna said...

khas buat orang2 yang suka belajar atau berguru dari internet:-

di petik dari artikel kali ini:
"Sesungguhnya orang-orang Islam yang bertawassul dan beristighathah dengan para Nabi dan orang-orang soleh serta bertabarruk dengan mereka (para nabi dan orang-orang soleh), adalah kufur. Bahkan, kekufuran mereka lebih dahsyat daripada kekufuran Abu Lahab, Firaun, Haman dan lain-lain".
(Fatawa Ibni Taimiyyah 14/380).


sila, baca artikel dari site berikut kerana amat jelas akan penerangannya (entahlah jika masih lagi mau taklid buta kerana dah bagi spoon feed) :-

http://www.seruan-global.com/kajian-umum/tabarruk-mengambil-berkah-para-salafus-shaleh-dari-pribadi-rasulullah-saw--tabarruk--bag3.html

selamat membaca...

aryna said...

ada byk penerangan tentang hal yg dibincang.. antaranya:

bertawassul : http://www.seruan-global.com/kajian-umum/mengapa-bertawassul-tawassul-dengan-sahabat-a-shalihin-serta-tawassul-dengan-orang-yang-sudah-mati.html

selain, jika kita ikuti kisah seorang nenek tua yg minta tolong Rasulullah SAW agar doakan beliau masuk ke syurga, itu kira bagaimana?

ibn harun said...

jom kita padamkan tauhid tiga serangkai dlm buku2 teks sekolah anak-anak kita. kita mulakan dgn tahlil, yasin mlm jumaat kita bakar ramai-ramai. sebabnya para nabi terdahulu, para sahabat nabi terdahulu semuanya belajar sifat 20 dgn imam asy'ari. mrk tu semuanya pensyarah aqidah sifat 20 dan amat bencikan tauhid tiga serangkai. jom!!!

Yusoff bin Ishak said...

Insyaallah Sudin, dengan izin ALlah kami (ASWJ) akan menghapuskan tauhid 3 serangkai hangpa tu dari buku2 sekolah menengah...Usaha2 dengan pihak berwajib telah dimulakan oleh pihak berkaitan (mengikut kata Ust Zamihan dalam ceramah dia dulu).Buku2 ugama yg ada tauhid 3 tu dulu diapprovekan oleh bahagian pendidikan msia yg terjangkit wahabi. Jadi ia tidaklah samapai ke peringkat JAKIM atau Badan2 lain yang berkaitan. Penerangan demi penerangan yang diberikan oleh tuan blog kepada pihak berwajib, insyaallah hasrat tersebut akan tercapai satu hari nanti...wallahualam

Al-Humairah said...

Dalam buku tulisan Dato' Dr Haron Din iaitu "Manusia dan Islam" ada mengajar tentang Tauhid 3 serangkai ni. Sebab apa ye???

razi70 said...

La hidup lagi rupanya Cikgu tak beradab Mohd Shamsudin ni ya.Masuk ke blog orang nak sindir2 pulak.Inilah contoh intelektual yang tak beradab seperti apa yang Dr Uthman Mahamadiy kata bila beliau menempelak perangai Asri,Ust Fauzi Deraman yang mempersenda-sendakan Imam Syafie dan pengajian sifat 20.Cikgu Mohd Shamsudin ni sebenarnya suka baca blog Ust Zamihan sebab blog dia tak laku.Dulu pernah Cikgu Mohd Shamsudin ni mengaji Al-Quran, memang sedap tapi kalau ikut kata Wahabi, tak boleh kita melagu-lagukan bacaan Al-Quran, itu bidaah.Cikgu tak takut ke kena tuduh bidaah kat geng-geng Cikgu sendiri?Kalau nak jadi Cikgu kenalah beradab, barulah anak murid hormat.Ini tidak, sama juga macam Asri dengan Ust Fauzi Deraman, dok persendakan pengajian sifat 20.Entah berapa ramai anak murid yang Cikgu dah Wahabikan tak tahulah.

anawahabi said...

Jom kita padamkan tauhid tiga serangkai dlm buku2 teks sekolah anak-anak kita. kita mulakan dgn tahlil, yasin mlm jumaat kita bakar ramai-ramai. sebabnya para nabi terdahulu, para sahabat nabi terdahulu semuanya belajar sifat 20 dgn imam asy'ari. mrk tu semuanya pensyarah aqidah sifat 20 dan amat bencikan tauhid tiga serangkai. jom!!!
Ana sukalah dengan Mohd Shamsudin ni sebab dia satu aliran dengan ana.Ana kalau dah suka mesti ana ambil gambar dia dan masukkan dalam blog ana.Kira-kiranya jadi fan analah gitu.Kepada Mohd Shamsudin ana ucapkan "Welcome To Wahabi World".

anawahabi said...

Alhamdullilah, ana dah dapat gambar Mohd Shamsudin, siap pakai tie dengan songkok lagi. Dalam blog dia susah, tak ada gambar, tapi jangan risau, ana suka dia, ana mesti simpan gambar dia.

Frank said...

JomFikir dan yg lain2,

Boleh bentangkan hadith nabi tentang "sifat ALLAH itu terbahagi kepada 20". Kalau ada, sila tunjukkan.

Akal boleh menjadikan kita semulia2 kejadian. Akal juga bisa menjadikan kita sehina2 makhluk.

Yusoff bin Ishak said...

Frank,

Kebodohan kau yang sebenarnya ialah kerna kau tak pernah ngaji sifat 20. Itu pasal kau condemn pengajian tauhid sifat 20..Kaedah sifat 20 inilah yang nenek moyang kau belajar dulu-dulu...cuba tanya bapa kau...

maaf kawan ASWJ semua, kita dah tak boleh lagi bertasammuh dengan wahabi ni..kita perlu serang depa habis2an sampai depa nampak akan kebenaran...

JomFikir said...

Blogger Al-Humairah said...

Dalam buku tulisan Dato' Dr Haron Din iaitu "Manusia dan Islam" ada mengajar tentang Tauhid 3 serangkai ni. Sebab apa ye???

------

Cuba anda baca sampai habis sama atau tidak dengan pemahaman wahhabi bahawa tauhid rububiyyah itu membawa maksud orang kafir pun bertauhid.

Kalau tak baik anda koreksi dahulu. Tidak perlu nak libatkan Prof Dr Haron Din dalam soal ini. Mengapa anda tak lihat soal jawab yang beliau susun dalam bukunya yang mengajar sifat 20 ?

Ini ambil sikit-sikit nak kata Prof Dr Haron Din fahaman Tauhid 3 serangkai ?

Saya pelik juga jika yang jenis yang suka disuap sahaja dan malas hendak mengaji. Suka tanya kendian masa itu juga nak jawapan. Mengaji malas, hidup tahunya hendak mudah sahaja. Sifat 20 itu memang ada dinyatakan dalam al Quran, tetapi bukan bermakna sifat ALlah itu ada 20 sahaja. Kerana penyusunan sifat 20 itu adalah secara umum yang merangkumi sifat-sifat ALlah yang lain.

Boleh sahaja bentangkan. Tapi yang jenis suka disuap - saya sarankan cari di google search. Bagi yang memang nak belajar carilah dengan berguru.

Sahabat saya boleh mengajar. (jika sudi).

n.ajis said...

pandangan ini membuktikan keahbashan zamihan el-ahbash! Minta JAIS ambil tindakan menyekat ajaran sesat ini daripada menular dan memecahbelahkan masyarakat.

aryna said...

alahai en. n.ajis...
ust.zamihan tak sekat kamu bercakap di sini dah cukup baik buat kamu..
ALLAH tak sekat kamu bercakap sesuka hati dah cukup baik untuk kamu bersyukur..
cakaplah.. sementara diberi nikmat berbuat sesuka hati..

nampaknya, sekali lagi en.n.ajis terlupa akan peringatan di heading komen di atas ni..

dan, en.n.ajis barangkali lupa pada Malaikat yg mencatat dan Tuhan yang melihat..

banyak2 istighfar dan zikrullah en. n.ajis, moga dpt lembutkan hati dan tenangkan fikiran..

fa li said...

kalau lah tulisan kalam ulama silam tersohor pun mereka berani menambahkan perkataan mengikut citarasa mereka,apantah lagi ulama sekarang dan juga kita semua yang kerdil ini.

siap jaja seantero dunia plak tu kononnya kebenaran.kata suruh mengkaji jangan bertaqlid,apasal yang tu tak mau kaji plak..

er...Nabi ada ajar ke suruh tambah perkataan lain dalam kalam ulama?

ist ist ist..ikut "sunnah" betul aliran wahabi ni.....

JomFikir said...

Inikah ulamak yang anda tuduh ahbash itu n.ajis kerana menolak Tauhid 3 Serangkai bawaan Ibnu Taimiyyah dan diikuti oleh Wahhabi ?

1.
*Al ‘Allamah al Mufassir al Muhaddith Sheikh Yusof al Dijwi RA, Ahli Lembaga Majlis Ulama Besar al Azhar.

2. *Al Muhaddith al ‘Allamah Sheikh Salamah al Qudha’i al ‘Azzami al Syafi’i r.a dalam kitabnya al Barahin al Sati’ah fi Raddi b’ad al bida’ al Syai’ah.

3. *Al Allamah al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani,

4. *Mufti Besar Mesir, Prof. Dr. Ali Jumu’ah.

5.
*Prof. Dr. Muhammad Sa’id al Ramadhan Bouti, Ulama Kontemporari Dunia Islam dari Syria.

6.
*Prof. Dr. Isa ibn Abdullah Mani’ al Himyari

7. *Al ‘Allamah Abu Abdullah ‘Alawi al Yamani dalam kitabnya Intabih Dinuka fi Khatorin.

8. *Dr. Sheikh Yusof al Bakhur al Hasani

9. *Sheikh Sirajuddin Abbas

10. *Al ‘Allamah Muhammad al ‘Arabi ibn al Tabbani al Hasani, Tenaga Pengajar di Masjid al Haram.

11. *Dr. Umar Abdullah Kamil,

12. *Al Allamah Abdur Rahman Hasan Habannakah al Maidani.

Bukankah dalam blog bank ahbash itu sendiri ada nama-nama ulamak di atas ini yang menolak ahbash ? Bahkan ada ulamak ini yang tidak mengenal pun golongan ahbash yang anda tuduhkan itu.

Mungkin sebenarnya minda anda ini telah dicemari dengan nick anda sendiri apabila n.ajis (dibuang titik) akan jadi benda kotor dan jijik itu ?

Anda datang ke blog orang bawak fitnah dan tuduhan yang anda sendiri tak dapat buktikan. Saya minta yang bawa fahaman busuk begini tidak perlulah masuk ke blog ini. Ustaz Zamihan pun tak mengganggu blog anda.

Yusoff bin Ishak said...

Wahabi Malaysia dok ungkit balik apa yang bos besar (asri) dia buat dulu...bengong sungguh rupa2nya wahabi ni..bila dah habis modal mula tuduh orang tu orang ni syiah...

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=9643/postdays=0/postorder=asc/start=0.html

Moga2 mereka mendapat balasan yang dpt mengembalikan mereka kepada kebenaran...

FZY said...

Sebenarnya bukan sifat 20 atau tauhid tiga yg bermasalah. Yg menjadi masalah adalah diri kita sendiri yg tertutup utk mendengar hujah pihak lain.

Kalau kedua2nya keras.., hancurlah Islam, org awam akan bertambah keliru.. Sebaliknya yg menang adalah syaitan.

Sepatutnya kena faham cabaran pada setiap zaman yg berlainan. Bukannya mengapi2kan perkara khilafiyah.

Masing2 ada tokohnya yg tersendiri. Kalau kump sifat 20 ada tokoh terhebat.., kump tauhid 3 juga ada tokoh terhebat mereka.

Bila nk berkesudahan.

Sepatutnya sesudah kita mempelajari tauhid, maka makin kuat akidah kita., bukan makin kuat bergaduh. Ini terbalik.., sepatutnya bertenang dan jgn gopoh menjatuhkan hukum.

Belajar cabaran pada setiap zaman dulu., baru kita akan faham ijtihad mereka..

Berbeza ijtihad kerana berbeza zaman, cabaran dll.

wallahu'alam.

FZY said...

JomFikir said...

"Bahkan tiada jua bukti dari Sunnah RasuluLlah ? Mana ada RasuluLlah mengajar tentang adanya PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA TIGA ? Ingat ini perkara aqidah bukan furuk lagi."

Jawapan:

Perkara akidah memang bukan perkara furu', tapi cara nk faham tu yg berbeza.

Saya ingin bertanya dgn ikhlas utk memuaskan iman & hati saya agar tenteram.

Kalau tauhid 3 tiada dalil.., ..boleh x datangkan dalil bahawa sifat 20 ni adalah sabit dari nabi Muhammad saw.

Wallahu'alam.

FZY said...

Yan said...

"tak berjawab pulak si Frank & Jalak tu...maklumlah.. rujukan diaorang ni Tamiyyah ngan Muhamad ibnu Wahab je.. habis idea la tu..."

Jawapan:

Saudara Yan x tahu ke Ibnu Tamiyah digelad Syeikhul Islam?? Tahu x apa maknanya Syeikhul Islam?? Kalau x tahu belajar dulu bab2 gelaran dlm Islam.

Jgn main sindir Ibnu Taimiyah mcm adik2 kita pulak ye. Khilaf buat cara khilaf, tapi adab jgn dilacurkan.

Wallahu'alam.

FZY said...

PakLongChup said...

"Kebodohan kau yang sebenarnya ialah kerna kau tak pernah ngaji sifat 20. Itu pasal kau condemn pengajian tauhid sifat 20..Kaedah sifat 20 inilah yang nenek moyang kau belajar dulu-dulu...cuba tanya bapa kau...

maaf kawan ASWJ semua, kita dah tak boleh lagi bertasammuh dengan wahabi ni..kita perlu serang depa habis2an sampai depa nampak akan kebenaran.."

jawapan:

PakLongChup kata: Kaedah sifat 20 inilah yang nenek moyang kita belajar dulu-dulu.

Termasuk yg nabi ajar ke? Atau ada sahabat ajar?

Jgn guna nenek moyang sahaja sebagi pemati hujah.

Ramai yg x faham asal usul, tapi berlagak pandai..

Saya ingat.., paling senang beli buku Tn Guru Abd Hadi Awang yg bertajuk: "Mazhab Akidah Umat Islam".

Disana ada beliau ceritakan sedikit asal usul sifat 20.

PakLongChup kata: "serang depa habis2an". Jgn lupa juga serang UMNO, kerana kepercayaan UMNO kepada sekular dan assobiyah adalah lagi merbahaya.

Kesesatan akidah dlm bentuk baru..
Kita berjuang ikut cabaran dan zaman masing2, jgn asyik dgn pergesaran yg lama, hingga terlupa ada akidah dlm bentuk baru yg lagi bahaya., yg cuba disampaikan oleh pemerintah.

Wallhu'alam.

JomFikir said...

Assalamu'alaikum FZY,

Orang baru ke tuan, selamat datang ke blog ustaz zamihan.

soalan anda :


Kalau tauhid 3 tiada dalil.., ..boleh x datangkan dalil bahawa sifat 20 ni adalah sabit dari nabi Muhammad saw.

-----

:) Lepas ini kita boleh la memadamkan perkataan mereka yang suka menghukum bid'ah sesat tanpa hak. Ini menunjukkan bahawa Tauhid 3 sendiri tiada asal dari al Quran dan Sunnah langsung. Tak begitu ?

Seterusnya, sifat 20 ini ada dalilnya dalam al Quran. Anda dah belajar dari Tuan Guru Haji Hadi Awang, takkan tak belajar perbahasan mengenainya pula ? Asal usulnya menurut ulamak muktabar yang disusun oleh Imam Abu Hasan al Asy'ari beserta sejarah perkembangan ilmu tauhid ini ?

Cuma kasihannya anda tak faham pokok permasalahan Tauhid 3 Ibnu Taimiyyah yang dikembangkan oleh Wahhabi sendiri, iaitu menghukum musyrik pada umat Islam. Kerana dalam Tauhid Rububiyyah itu mengatakan orang kafir pun bertauhid bahawa ALlah itu Esa, sedangkan pernyataan ini batil setelah diterangkan dari 2 artikel sebelum ini. Maka kerana itulah adanya tindakan terroris membunuh ulamak dan umat Islam berlaku di dunia Islam. Menghukum musyrik pada umat Islam yang bertawassul kepada orang soleh yang sudah meninggal dunia termasuklah Nabi Muhammad sendiri (saya pelik anda mendiamkan perkara ini jika anda sudah benar-benar hadam Tauhid 3 ini? )

Anda tahu mengapa isu ini ditimbulkan ? Atau masih tidak faham lagi ? Dan mengapa ramai ulamak menolak Tauhid 3 ini ?

Antaranya : telah disebutkan jawapan yang diberikan oleh Yayasan Sofa.

Dan seterusnya : pihak yang sibuk menghukum bid'ah sesat, kafir dan musyrik tanpa hak. Maka dipersoalkan pula TAUHID 3 ini terutamanya yang taksub dan taqlid buta.

Lihat sendiri bagaiamana penambahan-penambahan logik dari penulis institut ibnu qayyim sendiri dan disebar dalam laman web al-fikrah yang telah dijelaskan di atas untuk menyokong kononnya para salaf telah lama menyebutkan mengenai Tauhid 3 serangkai padahal tiada satu bukti pun.

WaLLahua'lam

JomFikir said...

Saya setuju untuk menghormati siapa jua ulamak Islam. Sebagaimana anda tegur pemberi komen lain, maka wajar juga anda tegur mereka yang tidak menghormati tuan blog seolah-olah hilang adabnya. (Jangan diam sahaja bila sudah nampak). Sama-samalah bersikap adil ya.

JazakaLlah

Yusoff bin Ishak said...

FYZ, bagi aku, kau terlalu taksub dgn politik. Apa saja perkara, mesti balik jugak kepada politik kepartian. Yg kita dok penat menaip nih adalah demi untuk menjaga akidah asas umat Islam ASWJ. Kalu tidak tak kuasa den nak habiskan masa join perbincangan ni...takut apa? takut keturunan den berpegang dgn akidah Allah bermata, berkaki, bertangan dsb...

almukminun said...

Bukan kami para Ahlus Sunnah mahu berterusan berbez pendapat soal furuiyyah. Dgn mata hati lihat siapa yg menimbulkan kembali isu-isu furuiyyah ini? Sedang ia telah selesai lama.Apatah lagi tauhid 3T yang diada-adakan oleh pemuka wahabbi.

Ku petik:

Kata Abu Zahrah, golongan ini berpegang kepada prinsip bahawa pegangan kami adalah benar tidak mungkin tersilap pegangan anda tersilap tidak mungkin benar (anna ‘ulama’ al-Wahhabiyyin yafriduna fi ara’ihim al-sawab alladhi lam yuqbal al-khata’ wa fi ara’ ghairihim al-khata’ alladhi la yuqbalu al-taswib bal annahum a’tabiruna ma ’alaihi ghairuhum min iqamatil-udruhah wa al-tawaf haulaha qariban minal-wathaniyyah wa hum fi hadha yuqaribunanal-Khawarija alladhina kanu yukaffiruna mukhalifihim wa yuqatilunahum kama dhakarna [ ibid.hal.214.
]

n.ajis said...

Yg penting tauhid uluhiyyah, rububiyyah, asma dan sifat mengajar bahawa tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah dalam perbahasan yg amat mudah difahami. Tidak seperti tauhid sifat 20 yg memeningkan kepala, mengelirukan, memayahkan serta tidak ada hala tuju yang jelas serta hanya sekadar menjadi alat hafalan di dalam kepala sahaja tanpa ada pengisian. Bahkan tidak terdapat pun di dalam nas pengajaran sifat 20 e.g. ada lawan tiada, mendengar lawan pekak dan pelbagai lagi istilah yang pelik lagi lucu serta memeningkan kepala. Sedangkan Quran mengajar Allah Maha Besar, Maha Mendengar, Maha Berkuasa, Maha Melihat dll. Baca saja ayat Quran kita tahu sifat Allah. Tidak perlu belajar "berlawan" untuk tahu sifat tuhan. Maka disebabkan itulah murid yg belajar sifat 20 tidak dibenarkan bertanya dan berbahas kerana yg mengajar turut pening kepala tanda tidak faham. Maka guru pun berkata "barangsiapa banyak bertanya maka lemahlah imannya". Maka anak murid pun tidak bertanya. Lucu, lucu dan lucu...:-)

goldenduas said...

PLEASE DOWNLOAD FROM WEBSITE www.goldenduas.com relating to
GOLDEN DUAS FROM HOLY QURAN for PEACE, SECURITY,HEALTH& WEALTH, FOR
MANKIND.

THE SAME MAY BE DISTRIBUTED TO ALL FAMILY MEMBERS, RELATIVES
& FRIENDS WHO ARE RESIDING ALL OVER THE WORLD AS PER THE ORDER,
GUIDANCE AND DIRECTIONS OF OUR LORD BASED ON THE HOLY QURAN VERSES
2:2, 10:57, 17:11,16 & 39:55&57,65:8,13:37
WITH KIND REGARDS

Plz add a link to our website so your visitors will benefit from the duas in Quran Insha allah

Yusoff bin Ishak said...

n.ajis, kau memang anak murid Asri yang patuh dan taat padanya. Hatta tulisan dia pun kau hafal..hee...hee...Itu taklik namanya bang..cuba reka ayat sendiri tapi masih maksudnya sama...tak der masalah...kau dah macam menghafal puisi asri tu...itu bukan cerita ugama...cerita ugama mesti diambil dari Al-Quran dan Hadis kan?

n.ajis said...

Blh tak sesiapa dari ASWJ ala nusantara beritahu saya apa faedahnya belajar Allah ada lawan tiada, Allah mendengar lawan pekak, Allah melihat lawan buta etc? Nampak macam xde faedah jee... kan senang kalau kita refer Quran terus saja menerangkan sifat Allah "straight forward". Apa nak pening2 kepala? Sbb tu bukan Islam tak minat Islam. Sifat tuhan yg mudah dipayah2kan. Bukan Islam pun kebingungan. Tuhan ada lawan tiada-bukan Islam pun tanya mengapa tuhan mula2 ada lepas lawan sudah tiada? Lucu, lucu dan lucu...:-)

Yusoff bin Ishak said...

Apa pulak faedah belajar tauhid 3 kalau orang kafir pun dikatakan bertauhid kepada Allah...tak kelakar belajar ilmu macam tu..maknanya org kafir ko tu sedara seislam kau lah n.ajis.(nick kau tu elok dibuang titik..lagi sedap bunyi...hee.hee..jangan marah no..

Cuba baca ni :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Mudah2an Allah memberi hidayah kepada kau dan kaummu semua kepada(ASWJ)yg sebenar. Kembalilah wahai n.ajis kepada ASWj yang sebenar. Bebasknlah diri mu dari belenggu wahabi tu...

MIRIAH ENTERPRISE said...

sy selalu dngr ceramah nik aziz tiap2 pg jumaat di dataran ilmu KB
katanya, sebanyak nama2 allah yg 99 seperti termaktub dlm quran tu, sebanyak tu la jugok sifat allah...

sy juga selalu dengar kata2 tok guru lupa lak name dieh..lupa...tp disegani juga beliau di kelantan ni..untuk beriman pada allah ni bukan hanya satu cara tu saja..
sifat 20 saje k...tauhid 3 serangkai saje k...

malah, boleh mengenal allah dengan memerhatikan kejadian alam ini, seperti kisah nabi ibrahim...

baiklah..kalu sy x blaja tauhid sifat 20, tp sy tetap beriman dngn penuh yakin pada allah...adakah iman sy tidak sah?

mohon penjelasan tuan2 ASWJ sekalian

Yusoff bin Ishak said...

Miriah, kalau kau belajar tauhid kaedah sifat 20..selepas habis ko pelajari 20 sifat terlepas..kau akan belajar Allah itu bersifat kamalat (kesempurnaan). Tidaklah ianya terhad kepada 20 sifat jer...yang ni yang wahabi yang tak mengaji sifat 20 tu dok pertikai..ibarat macam budak umur 2 tahun pertikai orang dewasa makan nasi lauk kambing...hee..hee.

Cuba belajar balik...apakah syarat sah syahadah dan apakah syarat kesempurnaan iman..belajar dengan berguru dan bukan melalui bacaan atau internet..

selamat berguru...

MIRIAH ENTERPRISE said...

sblm ni blaja jugak sifat 20 tp x dan abis..kena tukar tmpat kije..

bile balik kg..g masjid nk dengar pengajian agama...tp penceramah bnyk meleret citer pasal hal ehwal semasa...ngajar ilmu sikit2 jah...

sy dulu blaja UIA...mmg ade silibus 3 serangkai ni diajar...

Jongos D Macho said...

Kenapa Ibnu Tamiyah sering difitnah oleh mrk?

Benarkah Ibn Taimiyyah pencipta kaedah tauhid 3 serangkai ?

Dakwaan pihak PPYS bahawa Ibn Taimiyyah ( w. 728H) adalah pereka kepada bid’ah tauhid tiga serangkai tidak benar. Pihak PPYS disyorkan meluaskan lagi penyelidikan terhadap banyak lagi kitab-kitab turath lain yang mudah diperolehi di zaman IT ini. Jika tidak dijumpai dikedai-kedai buku, carilah dalam internet atau kitab secara e-book.

Antara tokoh terdahulu yang telah memperkatakannya ialah :

1 ) Al-Imam Abi Abdillah Ubaidillah bin Muhammad bin Battah Al-Akbariy , meninggal tahun 387 H di dalam kitab Al-Ibanah ‘An Syariah Al Firqah An Najiah Wa Mujanabah Al Firaq Al Mazmumah . Dalam teks kata-kata belaiu , antara lain ..

“ …. Bahawa Asal Iman kepada Allah yang wajib atas sekelian makhluk beri’tikad dengannya dalam mengisbatkan iman adalah tiga perkara :

Pertama : Bahawa seorang hamba beri’tiqad akan sifat ketuhanannya ( rububiyyah) agar jadilah perkara itu satu perbezaan dari mazhab ahl at ta’til yang tidak mengisbatkan adanya pencipta.

Kedua : Bahawa seorang hamba beri’tiad akan keesaanNya ( uluhiyyah) agar jadilah ia satu perbezaan dari golongan ahli syirik yang mengakui kewujudan pencipta ( Allah ) tetapi melakukan syirik dalam amalan ibadah mereka.

Ketiga : Bahawa seorang hamba beri’tiqad bahawa Allah Taala bersifat dengan sifat-sifat yang tidak haruslah Dia melainkan bersifat dengan sifat seperi ilmu, qudrat, hikmah dan semua sifat yang Dia sifatkan didalam kitabNya.”
Seterusnya beliau menyebut sebagai sambungan : “ Kerana kita dapati Allah Taala telah memerintahkan hambaNya kepada I’tiqad dengan setiap satu dari tiga perkara ini dan beriman dengannya.” Tiga perkara yang dimaksudkan oleh Ibn Battah di sini ialah tauhid rububiyyah , uluhiyyah dan asma wa sifat.

Jongos D Macho said...

Salam.. bukan ana bertujuan menyebelahi sesiapa.. boleh tak sesiapa bagi tahu kenapa nama bapa Nabi s.w.t Abdullah?..dan apakah erti perkataan abdullah dalam bahasa melayu?.terima kasih

razi70 said...

Salam semuanya.Nampaknya tulisan oleh Ahli Panel Yayasan Sofa ini semakin mendapat tempat setiap munggu di Utusan Malaysia.Ini satu perkembangan yg amat baik bagi menerangkan kepada orangramai tentang kebathilan Tauhid 3 serangkai.Nampaknya puak2 Wahabi panas punggung bila membaca artikel kebathilan Tauhid 3 ini sehinggakan web Al-Mizan I'tibba as-Sunnah K.Pilah cuba menjawabnya walaupun tiada hujah atau dalil yg menyokong jawapan mereka.Bagi n.ajis @najis yg tak pernah belajar asas pengajian sejak dari kecil, maka beliau memperlekehkan pengajian sifat 20 ini.Bila dah dewasa, dengar pula ceramah Asri, maka n.ajis @najis terus telan bulat-bulat dan menjadikan internet sebagi Tok Syeikhnya.Sifat 20 ini bukannya sekadar berkata ada lawannya tiada, kekal lawannya binasa dan sebagainya.Ini orang yg tak faham dan tak pernah mengaji punya dalil.Pengajian sifat 20 ini menerangkan secara terperinci tentang sifat2 yg wajib, sifat2 yg mustahil bagi Allah.Bila tak pernah mengaji, maka puak Wahabi akan menyamakan Allah dengan makhluknya seperti Allah di atas, Allah turun di kaki langit, Allah bertangan, berkaki dan sebagainya sedangkan ini semua adalah sifat yg mustahil bagi Allah.Bagi yg tak faham tentang pengajian Sifat 20 ini maka terang-terangan mereka ini menolak apa yg telah disampaikan oleh ulama-ulama terdahulu sedangkan pengajian Sifat 20 ini bersandarkan dalil-dalil yg amat jelas berpandukan Al-Quran.Nak dalil? Cari guru dan belajar dengan memahami apa dia Sifat 20.Tak faham? Tanya guru2 anda betul2.Tak pernah ada Tuan Guru yg sebut macamana dakwaan Asri,"Kalau banyak bertanya, maka lemahlah imannya".Selama 8 tahun saya memondok dan seramai 7 orang guru,,tak pernah seorangpun guru saya menyebut seperti apa yg disebut oleh Asri.Yang dilarang bertanya ialah tentang kejadian Allah kerana akal kita yg terbatas tidak akan mampu utk memikirkannya dan apabila terlalu mempersoalkannya maka fikiran akan merewang dan iblis-iblis akan mempermain2kan akal kita yg terbatas ini.Ini kena faham betul2, kalau tak mengaji maka tak akan faham.

MIRIAH ENTERPRISE said...

se lagi sy nk tanya
dulu2 sy ngaji ade ustaz kate, ttg ayat quran yg mutasyabihat..yg kate 'tangan allah', ade ulama yg tafsirkan tangan sbg kuasa, dan ade yg tafsir tangan allah maksudnye tangan yang tidak same dengan makhluk, tangan yg selayaknya bagi allah...
jdnye, ustaz ni menerima kedua2 pendapat itu...adakah pendapatnya ini sbg wahabi?

sangbogoroyo said...

Assalamu'alaikum,

Maaf saya tak banyak ilmu. Tetapi cuma saya nak katakan kepada sesipa yg mengecam pembelajaran kaedah sifat 20 ni rentikan lor. Kalau diperlekehkan dan kalau bagi kamu itu satu perkara yang lucu, maka cubalah kamu huraikan erti WUJUD (ADA) dan lawannya TIADA. WUJUD Allah itu bagaimana. Serupakah dengan wujud makhluk? Memanglah nampaknya mcm ringkas tetapi jika dok pi ngadap kat mana2 guru yg benar2 AHLI SUNNAH WAL JAMAAH maka anda dipersilakan mendengarkan huraiannya.

Unknown said...

n.ajis ape payohnye belajor sifat 20.Sifat Allah banyok dok terkira Allah jua yg tahu.Nak bezakan Allah dgn makhluk
Mestilah kena ada lawan,melihat lawan nya buta,tahu lawan dok tahu,Ada lawan takdok dsb sebab nak beza dgn makhluk.n.ajis makhluk dari takdok pastu diberanokkan ada pastu kekgi mati, takdok pulok.n.ajis dari bodo dok tahu jadi tahu sebab gi sekoloh tapi dok tahu sume ilmu dlm dunia. Ade ilmu siket2 nak kondem ulamak2 sohor terdahulu.Pastu sakit pale ah. Allah Mahatahu dengan IlmuNYa apa yg ada dilangit dan bumi antara kedua2 nya dan didalam/luarnya,apa yg telah dan akan berlaku.Belajor sifat 20 bukan nak ngafal je,tapi nak tengok afa'al Allah,bertapa Agong NYa Allah,kejadian/kelakuan makhluk, siang malam,ape2yg berlaku dilangit dan bumi dan ape2 sahaja kejadian waima pergerakan atom,proton,boton,sel2,nyawa ape2makhlok pun dok lepas dari Ilmu Allah,MasayaAllah Maha Agung Nya Allah SWT.Puak wahabi sakit pale belajor sifat 20,pastu kate dokleh bahaslah, sape kate?.Kata akupun sembah Allah gok,Allah dok kenal, ngaku sembah Allah.

MIRIAH ENTERPRISE said...

dok eh..soklan ambo takdok ore jawab lg..tolong la jawab..kalu asyik dok kutuk n.ajis tu nanti ade plak ore simpati kat puak2 wahabi ni kan...

ADAKAH DENGAN TAK BLAJA SIFAT 20 MAKA IMAN SY TAK SEMPURNA? ATAU UNTUK MENGENAL ALLAH INI ADA BANYAK JALAN DAN SIFAT 20 HANYALAH SALAH SATU DARI JALAN2 ITU?

Jongos D Macho said...

Moh kita baca blog nih ..best
http://saifulislam.com/?p=7219

JomFikir said...

1 ) Al-Imam Abi Abdillah Ubaidillah bin Muhammad bin Battah Al-Akbariy , meninggal tahun 387 H di dalam kitab Al-Ibanah ‘An Syariah Al Firqah An Najiah Wa Mujanabah Al Firaq Al Mazmumah . Dalam teks kata-kata belaiu , antara lain ..

“ …. Bahawa Asal Iman kepada Allah yang wajib atas sekelian makhluk beri’tikad dengannya dalam mengisbatkan iman adalah tiga perkara :

Pertama : Bahawa seorang hamba beri’tiqad akan sifat ketuhanannya ( rububiyyah) agar jadilah perkara itu satu perbezaan dari mazhab ahl at ta’til yang tidak mengisbatkan adanya pencipta.

Kedua : Bahawa seorang hamba beri’tiad akan keesaanNya ( uluhiyyah) agar jadilah ia satu perbezaan dari golongan ahli syirik yang mengakui kewujudan pencipta ( Allah ) tetapi melakukan syirik dalam amalan ibadah mereka.

Ketiga : Bahawa seorang hamba beri’tiqad bahawa Allah Taala bersifat dengan sifat-sifat yang tidak haruslah Dia melainkan bersifat dengan sifat seperi ilmu, qudrat, hikmah dan semua sifat yang Dia sifatkan didalam kitabNya.”
Seterusnya beliau menyebut sebagai sambungan : “ Kerana kita dapati Allah Taala telah memerintahkan hambaNya kepada I’tiqad dengan setiap satu dari tiga perkara ini dan beriman dengannya.” Tiga perkara yang dimaksudkan oleh Ibn Battah di sini ialah tauhid rububiyyah , uluhiyyah dan asma wa sifat.

------------

Sama juga, penambahan dari penulis itu sendiri, dengan meletakkan tanda kurungan - itu menunjukkan penambahan penulis. Tiada bukti yang jelas ulamak-ulamak yang disebutkan mengatakan TAUHID DIBAHAGI KEPADA TIGA. Hujjah yang tidak menjawab persoalan.

Miriah - ayat mutasyabihat diserahkan kepada Allah maknanya. Bukan diterjemahkan mengikut bahasa lain.

Sebab itu para ulamak salaf menyebut begini :

Imam Sufian bin Uyainah r.a. berkata:
Quote
“Apa yang disifati oleh Allah s.w.t. tentang diriNya dalam kitabNya, maka bacaan perkataan tersebut (seperti yadd) ialah tafsirannya (maknanya, cukuplah dengan menyebut perkataan tersebut, maka itulah yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t., tanpa perlu tahu makna sebenar dari sudut bahasa ataupun sebegainya- penulis). Tidak boleh seseorang menafsirkannya dengan Bahasa Arab (dengan mengisbatkan sifat tersebut dari sudut Bahasa Arab) ataupun menafsirkannya dengan bahasa Farsi (merujuk kepada menterjemahkan perkataan tersebut kepada bahasa asing, menurut maknanya dari sudut Bahasa Arab, seperti menterjemahkan perkataan Yadd Allah kepada tangan Allah)”
(Al-Asma’ wa As-Sifat: 314).

Begitu juga dengan apa yang diriwayatkan oleh Imam Az-Zahabi dari perkataan Ibn Suraij: “Tidak boleh menterjemahkan sifat-sifatNya (yang mutasyabihat tersebut) ke dalam bahasa selain daripada bahasa Arab”.

Imam Abu Sulaiman Al-Khitobi r.a. berkata:
Quote
“Mutasyabihat itu, cukuplah sekadar beriman mengenai sifat tersebut, dan cukuplah dengan mengetahui lafaz yang terzahir. Adapun maknanya yang sebenar(batinnya), diserahkan kepada Allah s.w.t. semata-mata…”
(Al-Asma’ wa As-Sifat: 454).

FZY said...

salam.

utk pengetahuan Pak Chup..

mngkin Pak Chup x tahu kesesatan akidah dlm bentuk baru.., iaitu nasionalisma, sekularisma dll.

tapi x pe sama2 kita belajar.

saya orang awam sahaja.., tapi selalu juga mendengar kuliah Tok Guru Hadi Awang, Tok Guru Nik Aziz, Dato' Dr. Harun Din, Ust. Azhar Idrus dll.

Mereka tahu mana perkara khilaf dan mana perkara asas. saya x nafikan juga ust2 yg lain.

bukannya apa.., nanti hilang fokus.

kalau x silap saya Dr. Harun Din sendiri menggelarkan Ibnu Tamiyah sbg Mujadid, cuma beliau x setuju dgn Muhammad Abd Wahab sahaja. Tapi penolakannya dgn gaya bahasa yg baik, x mcm sesetengah pengomen, hentam mcm diri sendiri terlalu hebat, hingga lupa adab.

Manakala Syeikh Yusoff Al-Qardhawi pula menggelarkan Muhammad Abd Wahab sbg Mujadid Akidah.

Jadi mcm mana ni?? org awam akan jadi keliru.

setiap kump ada penyokongnya yg tersendiri dgn Ulama'2 yg hebat2 juga.

Syeikh Wahbah Az-Zuhayli juga mengiktiraf Muhammad Abd Wahab.

Apa lagi.., bertekak la kita., tengok tauhid sape yg power.. x gitu??

kedua2nya ada dalil.

kump 20 hentam kump 3, kump 3 hentam kump 20. bagus.., bagus..

kedua2nya ada tokoh hebat. bukan calang2 orang.

wallahu'alam

cjb said...

INSYAALLAH SAMA-SAMA KITA BERLAPANG DADA DAN MENDENGAR CERAMAH DR ASRI DI LINK BERIKUT:

http://www.youtube.com/user/TVSUNNAH#p/u/19/z6jAvKpLQlw

Jongos D Macho said...

Salam, boleh tak sesiapa jawab soalan ana, kenapa nama bapa nabi Abdullah ?dan apakah terjemahan nama Abdullah dalam bahasa melayu.harap harap sesiapa dapat menrungkai kan kekusutan ana ini.Sbb ana terfikir masakan nama Abdullah itu diberi nabi pada ayahnya?

JomFikir said...

To Jongos : Cuba tanya mereka yang pakar hadith, sirah = http://allangkati.blogspot.com

Yan said...

Fyz said..

Yan said..
"tak berjawab pulak si Frank & Jalak tu...maklumlah.. rujukan diaorang ni Tamiyyah ngan Muhamad ibnu Wahab je.. habis idea la tu..."

Jawapan:

Saudara Yan x tahu ke Ibnu Tamiyah digelad Syeikhul Islam?? Tahu x apa maknanya Syeikhul Islam?? Kalau x tahu belajar dulu bab2 gelaran dlm Islam.

Jgn main sindir Ibnu Taimiyah mcm adik2 kita pulak ye. Khilaf buat cara khilaf, tapi adab jgn dilacurkan.

Wallahu'alam.


Wahai En FYZ yg bodoh.. adakah saya menyindir Ibnu Tamiyyah??

Saya menyidndir Asri sebab dia hanya merujuk kepada Ibnu TAmiyyah dan Muhamad ibnu Wahab sahaja..sedangkan banyak lagi ulama2 ASWJ yg boleh dirujuk...awak memang BODOH!...KAYU!..

n.ajis said...

siapa yg suka belajar tauhid ASWJ el-nusantarawiy dan rasa tak pening kepala akibat kebingungan melampau, teruskanlah. Kami dari kalangan generasi muda lebih mudah faham tauhid melalui tiga serangkai. buka saja Quran terus boleh faham Allah itu satu. buat apa buang masa pening kepala belajar "sekejap ada sekejap tiada". Aik! Dah macam iklan biskut la pulak!

JomFikir said...

n.ajis, disebabkan kesombongan andalah maka pintu ilmu itu tertutup.

saya dahulu pun belajar tauhid 3 serangkai ini. dan sekarang ini belajar pula sifat 20.

Sekarang sudah ada ilmuwan agama yang sudah membukukan sifat 20 dengan cara yang lebih mudah difahami beserta dalil yang qotie. Nak beli bukunya ? saya ada..

Visit Bil.