Monday, June 15, 2009

PERANAN ULAMAK DLM JIHAD

Koleksi artikel : ALLAHYARHAM TUAN GURU HJ WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

Peranan ulama dalam silat hanya dapat penulis tonjolkan kepada pemikiran Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan keterlibatan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam jihad fi sabilillah. Kedua-dua ulama besar yang sangat terkenal itu dipercayai menggunakan 'senjata' qalam untuk mengajar umat Melayu dan juga senjata pedang untuk perjuangan di medan jihad fi sabilillah demi mempertahankan kesucian Islam dan watan daripada penjajah. Jika kita anggap ilmu silat adalah untuk mempertahankan diri peribadi, jihad pula adalah utk mempertahankan Islam dan tanah air. Jadi kedua-dua ulama kita itu adalah lebih agung, kerana banyak jenis silat yang dikuasainya. Yang dimaksudkan di sini ialah: jihad menggunakan pena, lidah, menggunakan siasah, dan lain-lain termasuklah silat ketangkasan di medan juang yang sebahagiannya dijadikan sebagai satu cadang seni atau budaya.


Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah ulama besar dunia Melayu yang terlibat langsung bersama-sama Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam medan jihad melawan pencerobohan Siam di bumi Patani Darus Salam. Tulisan-tulisan beliau mengenai hukum jihad telah penulis perkenalkan dalam penulisan-penulisan sebelum ini, di mana jelas menggambarkan bahawa Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah seorang ulama pejuang Islam sebenar dan sejati serta bertanggungjawab terhadap ummah dan watan Melayu daripada segala macam bentuk penjajahan kuffar.


Sebagai tambahan, di sini penulis petik pula pandangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani tentang jihad yang beliau tulis dalam kitab Bughyat at-Thullab. Transliterasi selengkapnya ialah: "Dan setengah daripadanya, perang sabil bagi kuffar, yakni wajib bagi Imam itu pergi berperang kepada negeri mereka itu, maka iaitu fardu kifayah dengan ijmak. Atau Naib Imam pergi dengan tentera kerana perang bagi mereka itu. "Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia, dan ditaruhkan senjatanya, dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu. Maka hendaklah diperbuat akan salah suatu daripada keduanya maka gugurlah fardu kifayahnya. Ini jika tiada mereka itu datang kepada negeri kita. "Maka jika datang ia kepada negeri Islam maka jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ... " (Bughyat at-Thullab, jilid 1, hlm. 95).


Ulasan dan pandangan, daripada kalimatnya "Maka jika datang ia kepada negeri Islam ... " dapat kita bandingkan peristiwa penjajahan bangsa Barat- (Portugis) Belanda, Inggeris (juga Jepun) di dunia Melayu pada zaman Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dengan peristiwa Amerika, pengganas terbesar dunia, yang telah menjajah Afghanistan dan Iraq. Sebagaimana telah disebutkan bahawa Belanda dan Inggeris telah menjajah dunia Melayu, perlu pula dinyatakan di sini bahawa Patani juga tidak terlepas daripada dijajah, bukan oleh bangsa Barat tetapi oleh Siam. Semua penjajah yang tersebut adalah bukan agama Islam kerana mereka telah menjajah negeri Islam.


Oleh itu, menurut Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani pada sambungan kalimat di atas bahawa "jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ..." berperang atau jihad terhadap mereka (penjajah). Bangsa-bangsa yang telah menjajah dunia Melayu, adalah bukan beragama Islam. Oleh itu fenomena yang berlaku sekarang, tuduhan umat Islam sebagai pengganas adalah tidak berasas sama sekali, kerana tidak terdapat dalam sejarah bahawa bangsa-bangsa yang beragama Islam datang menjadi penjajah di dunia Melayu. (Kecuali munculnya gerakan Wahhabiy yang bertindak memulau wakil Khalifah di Jaziratul Arab. Dan akhirnya berkomplot dgn British memerangi Daulah Uthmaniyyah. Bahkan sanggup membunuh sesama Islam atas nama jihad. Maka beratus ribu nyawa umat Islam melayang dan darah yang mengalir bagaikan sungai.( Ahmad Zaini Dahlan al-Syafi'ie, al-Umara fi Biladil Haram, hlm 512). Sedarlah bahawa senario inilah salah satu dari manifestasi keganasan yg diimport dari bukan Islam dan dipraktikkan ke atas umat Islam.


Sebenarnya bangsa-bangsa penjajah itulah yang layak dilabelkan sebagai pengganas atau terrorist atau penzalim. Gelaran tersebut terdapat (sinonim dgn) dua golongan yang sedang bermusuhan, yang pertama ialah pengganas yang sedang berkuasa (pemerintah) dan yang kedua ialah pengganas yang tidak berkuasa (rakyat).


Perjuangan jihad yang pernah dilakukan oleh ulama kita seperti Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan lain-lain tidak dapat disamakan dengan kedua-dua golongan pengganas yang tersebut di atas, kerana jihad Islam adalah cukup jelas berdasarkan perintah daripada Allah dan para Rasul-Nya (dlm konteks mempertahankan Islam dan watan). Sesiapa saja yang berjihad menurut perintah Allah dan Rasul-Nya adalah benar, tidak terdapat keraguan di dalamnya. (Ia berbeza dgn tindakan ganas sesetengah pihak yang menyerang dan membunuh hanya semata-mata berbeza pendapat dalam perkara furuk.) Pengertian jihad juga berbeza dengan mengebom berani mati. Kecuali dlm konteks palestin sbgmana yg dibenarkan ulamak kontemporari.)



Oleh itu, wajib dipertahankan kebenaran dan kesuciannya daripada pentafsiran-pentafsiran yang tidak betul. (Kerana yg tidak betul itu) disusun demikian rapi oleh pihak-pihak tertentu yang kononnya telah merasa lazat makanan dan minuman segar tetapi (sebenarnya) beracun yang mereka peroleh dari musuh-musuh Islam.


(Syeikh Daud juga ada menyentuh) tentang keperluan membuat persiapan sebagai benteng pertahanan. (Hal ini) dapat kita ketahui dari kalimat beliau, "Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia ...". Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyentuh pula tentang persiapan persenjataan dengan sambungan kalimatnya "dan ditaruhkan senjatanya" maksudnya bahawa dalam benteng pertahanan perlulah ada tersimpan persenjataan yang cukup dan siap digunakan apabila diperlukan.


Patriotik bangsa adalah sangat diperlukan, yang beliau gambarkan pada sambungan kalimatnya "dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu". Kalimat ini dapat dihubungkaitkan dengan "ilmu silat" kerana orang Melayu yang sanggup melawan musuh pada zaman itu perlu mempunyai ketangkasan. Ketangkasan dalam bentuk fizikal adalah mempelajari ilmu silat. Dan tidak dapat dinafikan diperlukan "kekuatan dalaman" atau "mental" atau "rohani". Baik Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani mahu pun Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga pernah mengijazahkan wirid-wirid pertahanan diri untuk menghadapi musuh dalam peperangan. (Dan ketahuilah bahawa golongan pelampau wahhabiy Msia cukup anti dgn penganugerahan ijazah spt ini. Sesetengah mereka pula menyifatkan sbg 'ijazah rekaan bahan cari makan'. Sebenarnya, ia amalan para ulamak. Dan kelihatan golongan ini mengungkapkan sesuatu yg tidak diketahui mereka. Nauzubillah.)

* Tulisan dlm kurungan adalah suntingan tuan blog.

7 comments:

amar husaini ismail said...

salam ziarah al ustaz,minta izin copy artikel...:)


posting yang bagus

AyKay said...

salam ust,

tk atas penulisan ini. minta izin untuk link ke sini dan copy artikel untuk tujuan penyebaran.

http://tangsibiru.blogspot.com

Ahli Sunnah Wal Jamaah. said...

Salam,kekuatan dalaman ulama-ulama terdahulu dengan amalan2 zikir dan juga hizib2 tertentu.Ada kitab Hizib yg diamalkan oleh ulama terdahulu yg penuh dgn zikir2 utk diamalkan.Malangnya kini ia dianggap khurafat dan syirik oleh puak2 tertentu sehinggakan amalan sebegini tidak lagi diperjuangkan.

Sangtawal Sakranta said...

salam Ustaz.

terima kasih atas artikel tuan

begitulah besarnya peranan dan misi perjuangan mereka yang juga merupakan pendekar sufi yang terkemuka.

izinkan saya copy & paste artikel ini.

wassalam.

ju_fird said...

Ustaz, saya sangat setuju dengan artikel ustaz ini.. Sememangnya Sheikh Abdul Shamad Al-Falimbani dan Sheikh Daud Al-Fathani telah terlibat di dalam jihad mentang kaum kafir Thai. Saya ini menjelaskan di sini bahawa Siam tidak sama dengan Thai. Siam adalah Islam sementara Thai adalah kafir buddha. Sila rujuk blog ini untuk penjelasan lanjut: http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
Sekian, jazakallah...

zarzh said...

Assalamualaikum, salam ziarah. Jazakallah, begitu banyak dapat saya pelajari dari blog Tuan Ustaz yang dihormati. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha Tuan Ustaz.

nasrul79 said...

Salam kepada kalian semua, saya tertarik dengan artikel ini semasa dikeluarkan lagi didalam utusan malaysia, amaln ini mengigatkan saya kepada amalan Jabat besi, jabat 14, jabat penimbul yang diwarisi dari allahyarham ustaz Nasri osmani yang beliau warisi dari tok kenali hingga sampai kepada Tuan Guru Syekh Muhammad Zain AlFathoni..hinggalah sekarang diwarisidan diijazaahkahn kepada Tuang Guru Ustaz Ahmad bin Che Mat. Persatuan ABJAD malaysia. kita ni kena rapat dan rajin rajin dekat dengan orang soleh..., orang kita makin jauh kerana makin jauh dengan orang alim.. dan kurang fikir dan kurang zikir.

Visit Bil.