Tuesday, May 5, 2009

SESAT DALAM NYATA



Antara website Qadyaniyyah

Walaupun telah difatwakan sebagai ‘SESAT’, ajaran Ahmadiyyah @ lebih dikenali dengan ajaran Qadyaniyyah yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadyani masih bermaharajalela di negara ini. Lihat sahaja kewujudan medium dakwah sesat mereka seperti website, blog dan pamplet yang ditaburkan di merata tempat. Termasuklah di stesen2 LRT, stesen bas dan tempat-tempat awam lain. Terutamanya di Kawasan Keramat dan Lembah Kelang. Maknanya, fatwa sebelum ini seolah-olah tidak memberi kesan kepada golongan ini. Malahan mereka tampil dengan lebih berani dan agresif dalam menyesatkan umat ini secara sistematik.



Seketika dulu, Mirza Ghulam Ahmad pernah mengaku menjadi Nabi. Setelah dakwaannya dihujani bedilan hujjah dari ulamak Islam, beliau mula gementar dengan dakwaan palsunya. Namun, beliau tidak pernah menarik balik buhtannya itu. Maka berlakulah pertembungan antara beliau dengan para alim ulamak dan seterusnya membawa kepada peristiwa sumpah laknat. Beliau bersumpah bahawa beliau adalah utusan Allah dan memohon laknat dikenakan ke atas ulamak yang ingkar dengan dakwaannya. Manakala, sebahagian ulamak India pula bersumpah bahawa beliau bukannya utusan Allah. Dan memohon allah menurunkan laknat ke atas pendustaannya. Akibat dari sumpah laknat berkenaan, makhluk Allah yang dipopularkan oleh British ini tidak henti-henti beraknya. Akhirnya, beliau mati dalam keadaan hina dengan berlumuran najis di badannya (al-Ghumari, Itqan al-Sun’ah fi Tahqiq Makna al-Bid’ah hlm 37). Bagi saya, inilah kesan segera dari melakukan pendustaan terhadap Allah dan RasulNya.



Kini jawatan Utusan Allah @Khalifatul Masih diteruskan pula oleh anak cucu cicitnya dengan pelbagai gelaran dan siri tertentu. Sekali pandang seakan tiada unsur kesesatannya. Namun, jika dianalisa secara halus, ternyata seruan mereka bagaikan api di dalam sekam. Gerakan ini secara terang menggunakan jenama Islam dan cuba memperkotak katikkan umat Islam dengan propaganda sesat mereka. Inilah sebahagian dari contoh bid’ah (rekacipta) yang sesat dalam bidang akidah yang perlu dibanteras secara serius oleh Menteri Agama yang baru dan semua agensi pelaksana dibawah seliaannya.




Sehubungan itu, saya dengan rendah diri meminta, para sahabat di R&D JAKIM, Penguatkuasa JAWI, JAIS dengan kerjasama PDRM dan pelbagai pihak segera bertindak sebelum kesesatan Qadyaniyyah semakin berleluasa. Sayangi akidah anda dan akidah umat ini dari dinodai oleh ahli al-Bid’ah Wa aD-Dholal. Jangan sampai gerakan, pertubuhan, website, blog dan artikel yang tak sesat disiasat. Manakala dakyah yang sesat dilepaskan begitu sahaja. Semoga Allah terus memperteguhkan langkah kita dalam memperjuangkan kebenarannya. Aamiin.



13 comments:

Ibnu Muslim said...

Salam,
Inilah sebenarnya contoh maksud bidaah yg disabdakan oleh Nabi saw
sedangkan Asyairah & Matudiriyah adalah pembela ASWJ.

Mohd Al-Amin Daud said...

Salam,,

Bidaah ini sepatutnya dibesar-besarkan bukan masalah tahlil, talqin dan sebagainya daripada masalah khilafiyyah..

Bidaah di dalam akidah yang membawa ke neraka seperti mafhum hadis Nabi SAW yang diwar-warkan oleh golongan wahabi..

AyKay said...

ana rasa ada 'tangan2 besar' yg membantu menghidupkan puak2 yg sesat ini (itulah yg pernah disuarakan oleh seorang pegawai JAIS).

lihatlah sejarah penubuhan pergerakkan ini di Msia. dari situ kita boleh buat rumusan siapakah dalang mereka...

mySAP said...

TAHNIAH! pada Ust atas teguran pada AJK sekarang Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara berkenaan dengan menghabiskan wang masjid pada benda2 kecil- buat pagar baru sedangkan byk perkara2 utama perlu dilihat dulu. Duit byk, program kuliah terlalu sikit. Inilah masalahnya bila masjid ditadbir oleh bukan ahli. TAHNIAH! atas teguran pedas itu!

Ahli Sunnah Wal Jamaah. said...

Salam,Sejak 1950an ajaran ini dibiarkan bertapak di Baitul Salam,Kg Nakhoda Selayang.MAIS menghalang mereka mengadakan solat Jumaat pada 24/4/09 yg lalu.Cuma ada papantanda di Baitul Salam dgn perkataan "Qadiyani Bukan Agama Islam".Apa tindakan KDN dan lain2?Jurucakapnya Ainul Yakin pula minta diberi kebebasan beragama dan Qadiyani pula masih meneruskan aktivitinya di Baitul Salam.Hairan juga kita kenapa tiada tindakan pro-aktif spt merobohkan bangunan mereka atau menangkap ketuanya dilakukan.Takkan nak tunggu parah macam ayah Pin baru nak bertindak.Lagi satu Pak-Pak Wahab tak ganggu pulak mereka ni tapi asyik ganggu umat Islam beramal.

farah said...

assalamualaikum
ust yang dikasihi , apa pendapat ust berkaitan abdullah harari menhalalkan wine arak putih? sayan nak tahu apakah memang ada pendapat ulama seperti beliau cakapkan dalamhttp://www.youtube.com/watch?v=x6KB6mj-IFI&feature=related -arak boleh minum

wali keramat said...

Salam pada al-Ghari.Dlm blog Ust Mahfuz telah dipaparkan 2 buah surau menjadi markas Wahabi.Surau Muhajirin di Tmn Sri Ukay & Surau An-Naim, Wangsa Maju.Ana minta ustaz gunakan kuasa & pengaruh dlm JAWI serta menasihati MAIS bagi mengekang penyebaran fahaman Wahabi ini di kedua2 surau ini.Tindakan kena ambil segera kerana mereka dah melampau dan tidak menghormati enakmen kerajaan negeri.Surau An-Naim dibawah kuasa JAWI so Ust Zakariah Isa,Ust Helmi,Ust Mahadi,Ust Syed Abdullah kenalah pantau.Minta al-Ghari buat sesuatu bantu al-Subki.

IbnuNafis said...

saya juga nak tahu, anda sudah bertemu dengan Sheikh abduLLah al harari sendiri? Dan dengar suaranya?

Kemudian, mengapa sekerat sahaja fatwa tersebut?

Saya pun konfius ni.. Saya ingikan penjelasan.

IbnuNafis said...

Saya sudah melawat blog anda farah. Dan ini profile anda :

ummu harari

* Jantina: Lelaki
* Lokasi: Afghanistan

Mengenai Saya

seorang yang menyintai agama dan amat membencikan ajaran sesat dan menyesatkan seperti AHBASH,AYAH PIN, SYIAH,SUFI dan penganut penyembah kubur seperti ahbash


Anda gunakan nick FARAH di dalam blog itu pula nick anda adalah UMMU HARARI kemudian ada foto wanita. Tetapi profile anda adalah LELAKI.. Ermm... anda ini boleh dipercayai ke?

Dan kemudian anda memasukkan sekali secara umum SUFI adalah sesat? Ramai ulamak yang mengikut tasawuf seperti Hasan Al Basri, Imam Izzudin Abdissalam dan ramai lagi anda sesatkan ye..

Maaf le.. saya berlepas dari anda. Nih pakar menyesatkan umat Islam.

Ahli Sunnah Wal Jamaah. said...

Dalam artikel Malaysiakini dipaparkan JAIS pantau gerakan Ahmadiah di Baitul Salam agar tidak melakukan solat Jumaat di bangunan 2 tingkat tersebut.Rasanya pantau aja tak cukup kerana pusat tersebut telah membuka kelas pengajian utk kanak2 sedangkan terang2an ia terkeluar dari landasan ajaran Islam.Jika dah ada pelapis nanti makin berkembanglah ajarannya.Bertindaklah lebih pro-aktif utk mengekang kegiatan mereka2 yg cuba menyesatkan umat Islam.

almukminun said...

Assalammualaikum..
ilmiah sungguh blog Encik / Cik Farah ya..gender confusion ye.

"DIA (ALLAH) mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati"(al-Mukmin;19)

=)

Panglima Perang Cyber said...

tuan blog, gerakan wahabi perlu diperangi dengan hikmah dan mauizah hasanah.

harap JAKIM dapat memantau dengan segera masalah yang ditimbulkan oleh mereka.

pendekatan salah akan menjadikan mereka ekstrim atau melampau.

gunakan sifat Rahmat Allah pada diri Rasulullah untuk didik mereka yang mengaku menjadi wahabi.

salam

future phenomenon said...

salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

Visit Bil.