Wednesday, June 17, 2009

WIRID SHEIKH ABDUS SOMAD FALIMBANI

Seorg Ulamak yg menguasai disiplin ilmu, bersilsilah, mengaji, mengkaji dan bekerja sendiri. Beliau beberapa kali dijemput bersama2 tuan blog membentangkan ceramah & k. kerja samada diperingkat daerah dan negeri. Namun, beliau juga pernah di tohmah sbg syiah oleh para juhala'. Semoga Allah menyucikan sirnya. Aamin
Sambungan Artikel : Peranan ulamak dalam Jihad
Untuk memantapkan keyakinan diri menghadapi jihad, Syeikh Abdus Somad Falimbani (SASF) dalam karyanya berjudul Mulhik fi Bayanil Fawa'id an-Nafi'ah fil Jihadi fi Sabilillah atau judul terjemahan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani sendiri iaitu "Suatu Perhubungan Pada Menyatakan Akan Beberapa Faedah Di Dalam Perang Sabilillah", beliau membahagi dalam risalah tersebut kepada empat bahagian, iaitu:

1) Faedah Yang Pertama Pada Menyatakan Ayat Quran Yang Jadi 'Azimat Yang Bermanfaat Di Dalam Perang Sabilillah, Dan Peliharaan Yang Menegahkan Daripada Kejahatan Orang Kafir.

2)Faedah Yang Kedua Pada Menyatakan Doa Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah Dan Lainnya.


3)Faedah Yang Ketiga Pada Menyatakan Doa Yang Membinasakan Bagi Segala Seteru, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Seteru.


4)Faedah Yang Keempat Pada Menyatakan Doa Membinasakan Seteru, Dan Segala Kafir, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Mereka Itu.

Salah satu amalan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pernah diterima oleh pahlawan Mat Kilau. Kisah ini termaktub dalam Kitab Mat Kilau, cetakan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, 1970, hlm. 23, iaitu " Berikut merupakan sebahagian doa yang diambil daripada Sheikh Abdus Somad Falimbani, siapa yang mengamalkan doa ini nescaya (kaut keyakinan pada dirinya bahawa) tidak mengenai padanya pedang, atau panah, atau segala rupa kejahatan dari seteru.." Perkara yang disebut dalam Kitab Mat Kilau itu memang termaktub dalam karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut yang beliau tempatkan pada Faedah Yang Kedua.


Sheikh Abdus Somad al-Falimbani telah menterjemahkan wirid untuk perang itu daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu (utk memudahkan penghayatan awam). Dalam empat buah karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga membicarakan wirid yang sama, di antaranya dalam kitab Mun-yat al-Mushalli. Selengkapnya lihat Mun-yat al-Mushalli yang telah penulis transliterasi (lihat terbitan Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1424 H/2003 M hlm. 96-98).

Walau bagaimanapun, tidak terdapat terjemahan wirid itu oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani. Ingin juga penulis (Syeikh Wan Muhd Saghir) sentuh di sini bahawa dalam terjemahan wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut ada hubungkait dengan persilatan. Bahawa ilmu silat yang pernah penulis (SWMS) pelajari adalah melalui tiga jalan, iaitu:


*Belajar secara fizik di gelanggang.
*Belajar wirid-wirid yang boleh mendatang gerak dengan sendirinya.
*Mengabungkan pelajaran fizik dan wirid.


Pada Faedah Yang Keempat wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani terdapat satu doa yang sama dengan yang diamalkan dalam Silat Al-Mu'azat. Walaupun dalam Silat Al-Mu'azat tidak mempelajari gerak fizik, tetapi apabila mengamalkan wirid, maka gerak fizik akan datang dengan sendirinya.

Silat Al-Mu'azat pernah dikembangkan di Johor oleh Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad dalam tahun 1970-an. Wirid yang diamalkan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, yang sama dengan amalan dalam Silat Al-Mu'azat itu, lebih lengkap ditulis oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitab Ward az-Zawahir (lihat hlm. 189).


Kesimpulan:

1) Seni dan budaya persilatan diajarkan dalam dua bentuk, iaitu dalam gerak fizik dan kerohanian.


2) Ilmu persilatan yang menggunakan wirid, hizib, doa, dan yang sejenis dengannya adalah berasal dari ajaran Islam yang benar. Namun, terdapat juga aktiviti silat yang menggunakan mantera, jampi, serapah, dan yang sejenis dengannya. Mengenai ini sukar dijejaki sumber-sumber asal hingga ke atasnya. Oleh itu, ada yang boleh diamal dan digunakan. Sebaliknya ada pula yang mengandungi unsur khurafat yang menjerumuskan ke arah syirik yang bertentangan dengan akidah Islam. (Anda semua dinasihatkan supaya tidak mengambil pendekatan pukal sahaja dengan mengharamkan seni ini secara mutlak).


3) Ulama-ulama Nusantara yang terlibat dalam jihad fi sabilillah mempunyai asas ilmu menggunakan senjata. Mereka memiliki ilmu ketahanan diri yang bersambung dari satu guru ke satu guru hingga sampai kepada pahlawan-pahlawan Islam terdahulu. Bahkan sumber amalan itu ada yang sampai silsilahnya kepada Rasulullah SAW sendiri.

4) Ulama-ulama Nusantara yang melakukan jihad fi sabilillah demi untuk memperjuangkan Islam dan mempertahankan negeri-negeri Melayu dari dijajah oleh bangsa yang bukan Islam adalah wajib diteruskan secara bersambung dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.


Sekianlah yang dapat disampaikan pada ruangan kali ini, mudah-mudah kita dapat menghidupkan seni dan budaya yang dibenarkan syarak dan mengetepikan apa saja seni dan budaya yang bertentangan dengan syarak. Mudah-mudahan hanya pemikiran ulama yang betul saja yang menjadi ikutan kita. Manakala pemikiran (ulamak & tokoh) yang tidak betul walau dari siapa pun datangnya perlu dijauhi. Dan sama-sama kita berdoa supaya fahaman dan pemikiran yg jelek itu dihindari oleh-Nya.

9 comments:

Ahli Sunnah Wal Jamaah. said...

Salam, amat benar apa yang ditulis di dalam artikel ini berkenaan wirid dan hizib.Ibu saya masih menyimpan Kitab Hizib peninggalan arwah ayah saya.Kitab tersebut adalah pemberian seorang Tuan Guru kpd. arwah ayah saya pada tahun 50an.Kitab tersebut di ambil dari sebuah surau yang ingin dibakar kerana telah dijadikan sarang pengganas komunis pada tahun itu.Surau tersebut gagal dibakar walaupun telah dicurah dgn minyak api.Akhirnya Tuan Guru tersebut telah masuk ke dalam surau tersebut dan menemui Kitab Hizib yg terletak di atas para surau tersebut.Setelah Kitab Hizib tersebut dialihkan, barulah surau tersebut berjaya dibakar.Kitab tersebut penuh dengan hizib2 utk diamalkan termasuklah hizib perang.Kitab Hizib itu pernah saya tunjukkan kpd Ust Mahfuz al-Subki sewaktu beliau berkunjung ke rumah saya.Beliau telah menerangkan tentang hizib2 yg ada pada kitab tersebut.

fadzly extenders said...

saman?

fajridil adha said...

salam..

ustaz, apa ya wirid-wirid yang mat kilau amalkan itu?
[my blog]

Asqalani said...

kalau saya baca wirid tuh...agak2 sy boleh mati syahid macam para sahabat dak?...

InsyaAllah saya akan emailkan wirid-wirid yang mengelak dari sebarang anak panah kepada pejuang HAMAS di Palestin dan Afghan.

Mungkin Sayyidina Hamzah Syahid disebabkan tidak beramal dengan wirid kebal ini....

wali keramat said...

Kalau Asqalani nak tentu boleh.Dah cukup ke amal-amal sunat spt bertahajud setiap malam, puasa2 sunat,menjauhi dari makan & minum yg subahah dan lain2?Rasulullah s.a.w sendiri pernah membaca satu ayat dari surah Yasin dan mencampakkan pasir hingga membuatkan musuh2 yg nak membunuhnya terlena.Apa Asqalani tak percaya ke?Nak amalkan wirid2 sebegini mestilah dgn secara istiqamah, bukannya nak guna baru baca.Ini adalah santapan jiwa agar tidak gentar kepada musuh2 tetapi hanya takut kpd Allah swt.

perindu_sepi said...

salam..moga Allah cucuri rahmat ke atas para sahabat yang telah gugur di medan perang jihad fisabilillah..

Asqalani, moga saudara juga dikurnaiakan syahid suatu hari nnt insyaAllah.dan syahid tu kan banyak cara.lihatlah sebagai contoh pada 4 sahabat yang terbaik di kalangan para sahabat,abu bakr,umar,uthman dan ali.cukup banyak peperangan yang telah mereka sertai,cukup banyak kisah2 pertempuran mereka di medan perang,tapi di mana akhir hayat mereka??bukankah mereka juga tergolong dalam kalangan para syuhada???wallahua'lam...

saya percaya khazanah ilmu ini akan kekal hingga ke akhir zaman, cumanya sekarang ni ia tersembunyi.pasti ada hikmahnya.terpulanglah kepada kita untuk mencari,menggali ilmu2 tersebut pada jalannya..

Asreemoro @ Asreesulu said...

Kami masyarakat MORO hingga kini masih mengamalkan ilmu-ilmu wirid gerak seperti ini.

Orang MORO atau Tausug dan Kesultanan Sulu tidak terkalah ketika berperang dengan Spanyol adalah kerana bantuan kerohanian para ulamak yang punya ilmu wirid gerak seperti ini.

Dan kami anak-anak MORO ketika sampai ke semenanjung Malaysia menemui perguruan seperti ini di sini alhamdulillah. Sedangkan ilmu persilatan gerak wirid telah hampir hilang di bumi MORO. Sila lawat blog perguruan ini di http://nurul-haq.blogspot.com

Oghang Ba Ado said...

Tahniah Ustaz.. Teruskan Usaha tuan..

ament said...

ada sesiapa yang mengetahui tentang al-mua/zat kerana guru saya yang juga anak angkat kepada Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad ingin mencari ahli2 seperguruan

Visit Bil.