Thursday, June 18, 2009

BENDUNG FAHAMAN KELIRUKAN ARUS PERDANA

Syeikhuna Dr Muhammad Uthman El-Muhammady merupakan salah seorg tokoh ulamak Sunni kontemporari yg zuhuh lg warak. Beliau amat disegani dgn kajian kualiti akademik, profesional dan amat berhikmah dlm berdakwah. Pakar dalam pemikiran Islam. Beliau mengkaji pemikiran Wahhabiy dan Syiah lebih dari 30 tahun. Disebabkan itulah beliau amat dibenci oleh kedua golongan ini. Allah yusaddid Khuthakum ya sayyidi!


Gerakan Islam liberal, Syiah, Wahhabiah, pemikiran sekular, budaya konsumerisme antara ancaman ummah ISLAM arus perdana. Ummah ini sedang berhadapan tentangan dan cabaran daripada gerakan aliran pemikiran baru yang mengancam akidah, akhlak serta moral yang menjadikan agama kurang atau tidak berkesan dalam hidup bermasyarakat. Ia menjadikan masyarakat terlalu bersifat kebendaan berlebihan hingga melihat semua perkara sebagai barangan selain berpecah belah akibat fahaman pelbagai jenis yang bercanggah dengan pemikiran arus perdana. Hingga ada yang melihat agama sebagai pemusnah kerana kegagalan menjayakan matlamat agama sebagai penasihat yang dihuraikan dalam pemikiran arus perdana Islam ditambah pula gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar yang bertindak mempengaruhi NGO negara secara negatif.



Itulah antara perkara yang dibincangkan pada sesi terakhir Konvensyen Pendakwah Negara 2009 oleh tokoh akademik Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady. Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Gerakan Aliran Pemikiran Baru dan Cabarannya Kepada Umat Islam' menjelaskan cabaran gerakan membabitkan fahaman serta cara berfikir seperti Islam liberal, gerakan Syiah, Wahhabiah, pemikiran sekular, budaya konsumerisme dan mengagungkan selebriti.


Menyentuh Islam liberal, ancaman terhadap peradaban Islam aliran arus perdana datang daripada buku yang mengetengahkan beberapa tokoh liberal dalam Islam yang menentang Islam dari dalam Islam itu sendiri. Ini termasuk pendekatan yang dikehendaki kelompok itu dalam menafsirkan Islam secara teguh, mengikut konteks dan sesuai dengan peradaban manusia yang sedang serta terus berubah dengan mempertikaikan apa yang sudah ditetapkan syariah. Antaranya, umat Islam tidak boleh melihat dirinya sebagai masyarakat atau umat yang terpisah daripada golongan lain kerana manusia adalah keluarga sejagat yang disatukan oleh kemanusiaan. Kesan daripadanya, hukum Islam yang membezakan kedudukan umat Islam dengan bukan Islam diubah berdasarkan sifat manusia yang sejagat.


Begitu juga pendekatan mengaitkan Nabi SAW dengan mitos yang dikagumi melalui pendirian Ulil Abshar dalam buku suntingannya Islam Liberal and Fundamental bahawa Nabi Muhammad SAw adalah tokoh sejarah yang harus dikaji dengan kritis kerana Baginda manusia biasa yang ada kelemahan. Sedangkan, ia bercanggah dengan al-Quran, sunnah dan ijmak ulama iaitu Nabi bersifat maksum.


Dalam hubungan dengan gerakan Syiah, walaupun fatwa melarang pergerakan itu, Dr Uthman berkata, akidah yang pada pokoknya berlawanan dengan arus perdana akidah Islam itu berkembang secara senyap (dlm pelbagai ruang). Katanya, (kemelampauan) akidah syiah sehingga mengkafirkan sahabat Rasulullah SAW dan implikasinya boleh meruntuhkan Islam kerana sahabat adalah pemimpin umat yang menyampaikan al-Quran, sunnah serta sejarah awal Islam. Banyak lagi unsur dalam pergerakan itu yang menyalahi akidah seperti (dakwaan wujudnya) al-Quran Sayyidah Fatimah (Mushaf Fatimah) yang menjadi pegangan Syiah Imamiah yang ada sekarang. Mereka mengamalkan kahwin mutaah hingga ke tahap ia boleh dilakukan dengan isteri orang. Tetapi hukumnya hanya makruh menurut mereka. (Sedangkan Jumhur ulamak mengharamkan nikah mutaah ini. "Akidah ini sedang berkembang secara senyap dan kita mesti berwaspada supaya Muslimin Ahlissunnah tidak terikut dengan ajaran mereka kerana ia (boleh) memusnahkan agama serta menjadi ancaman kepada keselamatan negara," katanya.


Beliau berkata, gerakan Wahhabiah juga mencabar Ahlissunnah dan keselamatan negara ini dengan sikap mereka yang terkenal mudah mengkafirkan atau mensyirikkan serta membidaahkan orang lain yang tidak sealiran dengan mereka. Katanya, fesyen berfikir dan memahami agama seperti itu tidak boleh dibiarkan berkembang kerana akan menimbulkan banyak masalah termasuk menyebabkan kekeliruan seolah mereka adalah Ahlissunnah yang sebenar, sementara yang lainnya tidak.


Dr Uthman berkata, umat Islam juga perlu berhati-hati dengan ancaman lain seperti pemikiran sekular, budaya kebendaan yang secara diam turut menggugat pemikiran akibat pengaruh daripada luar tamadun Islam sendiri. Katanya, langkah menyeluruh perlu diambil termasuk mempelajari Islam arus perdana Ahlissunnah supaya ajaran yang dijamin benar dan kekal hingga hari kiamat difahami, menjadi neraca intelektual, akhlak dan rohani. Gerakan dakwah menyeluruh perlu dilakukan semua golongan dan memasukkan fahaman Ahlissunnah dalam sistem pendidikan akidah, epistemologi dan kerangka peradaban supaya selari pendekatan Islam Hadhari. Pendedahan mengenai aliran yang mencabar Islam arus perdana juga perlu dilakukan kepada semua lapisan masyarakat Islam terutama golongan terpelajar dan NGO melalui seminar, bengkel serta bahan penerbitan. -Dipetik dari tulisan Hasliza Hassan, Berita Harian.


Ulasan :

1) Saya amat bersetuju dengan pendedahan yang dijelaskan oleh Syeikhuna Dr Muhammad Uthman al-Muhammadiy ini. Ia sebahagian dari cabaran pemikiran kontemporari dan bersifat realiti yang perlu diketahui oleh semua pejuang akidah yang benar.


2) Pihak-pihak berwajib perlu mengambil inisiatif segera bagi membendung fahaman ini dari menular dan membarah dalam masyarakat. Dan akhirnya memusnahkan keharmonian dan perpaduan umat Islam sendiri. Ingat, Kita bukan Iraq, Pattani @ pakistan. Sebaliknya, negara kita tanggungjawab kita.


3) Perhatikan idealisasi & tindakan NGO2 @ individu tertentu secara teliti. Nescaya anda boleh membaca ideologi yang diperjuangkan mereka dgn tepat. Anda akan tahu Siapa mereka dan siapa pula dibelakangnya? Apa yang lebih penting ialah : apa tanggungjawab anda dalam akidah. Mampukah anda berhujjah dgn Allah nanti?


4) Ketahui bahawa Akidah yang benar pasti membawa penyatuan & keharmonian. Manakala akidah yang batil pasti membawa pelbagai kemusnahan. Kemana langkah anda sebenarnya?Selamatkanlah akidah anda dari virus yang merbahaya ini. Selamatkanlah akidah ummat ini Ya Allah! Ya Dzal Jalali Wal Ikram.

13 comments:

Poksu Yajid said...

Ustaz...bersabar dan terus berjuang...saya sentiasa menyokong ustaz..krn sy tahu ustaz ikhlas dlm memperjuangkan akidah ASWJ.

smoga dakwaan dr azwira menjadi permualaan terserlahnya kebenaran perjuangan kita dlm memartabatkan akidah ASWJ dr terus di cemuh dan dirosakkan oleh manusia sebegitu..

i.Allah pertolongan Allah sentiasa bersama ustaz dgn berkat RasulNya yg mulia Saidina Muhammad S.A.W

Teruskan berjuang ustaz!

Allahuakbar!

Ibn Salleh. said...

Salam, teringat cerita Dr Uthman sewaktu di USIM, bagaimana pelampau Wahabi menyuruh pelajar perempuan masuk semula ke dalam sebuah pondok yg terbakar kerana tidak memakai tudung.Akibatnya pelajar2 perempuan tersebut mati hangus terbakar.Mereka tidak sempat memakai tudung dlm keadaan kelam-kabut lari kerana pondok mereka terbakar tetapi puak Wahabi tidak peduli itu semua.Cerita beliau amat menyayat hati.

Anonymous said...

assalamualaikum...

rasulullah ada sebut..cukuplah seseorang tu jadi pendusta bila dia sampaikan apa yg dia dengar..

samalah dengan geng2 anti-wahhabi ni..kerja mereka menfitnah..cerita2 tak masuk akal pun percaya..mcm mana la nk bawak islam..

Unknown said...

perjuangan mesti diteruskan...ana yakin ASWJ terus menjadi pegangan kita di malaysia dengan adanya pejuang2 seperti anta dll seperti syeikh dr uthman muhammmadi dan ust mahfuz al-khalil from penjara kajang

AyKay said...

salam Ust,

ana ada terbaca berita Ust disaman oleh seseorang, cukup tinggi samannya.

banyak2 bersabar dan insyaAllah, DIA Mahamengetahui dan akan sentiasa melindungi jika kita di pihak yang benar

Ibn Salleh. said...

Salam utk al-Ghari.Sama2 kita bincang isu saman menyaman ini dalam SAFWAH.Minta Setiausaha dan Presiden SAFWAH adakan mesyuarat dalam masa terdekat ini.

binwan said...

wahai ustaz..Syiah mana yang dikaji? Kami Macam tak percaya..."Sesungguhnya Allah bermaksud untuk membersihkan kamu hai AhlulBait dari segala kekotoran dan menyucikan kamu sesuci-sucinya"Al-Ahzab 33

Abu Said al-Khudri meriwayatkan
"Ahlul Bait adalah orang yang telah dihapuskan dosanya dan telah disucikan dengan sesuci-sucinya,Kemudian Rasullullah saww mengira dengan tangannya dengan mengatakan Rasullullah,Ali,Fatimah,Hassan dan Husain."

Dan Abu Said berkata,"Ayat ini diturunkan di rumah Ummu Salamah,"
(Hadis riwayat ath-Thabrani)
"Para Khalifah (Imam AhlulBait) setelahku berjumlah 12 orang dan semuanya berasal dari Quraisy"

Teruskan mengkaji-kaji-kaji-kaji

Lukhman Taib said...
This comment has been removed by the author.
Lukhman Taib said...

Salam, ustaz.

Ustaz kena saman??? (Nampaknya ketinggalan zamanlah saya ni)... berpeganglah dengan apa yang kita percaya seandainya kita percaya bahawa ianya benar...

la_abwa said...

Mudah2an pelajar wanita yg mati terbakar tu diberi ampun dan syahid, amin.

DZULASREE @ Asree Sug said...

Kami anak-anak Tausug MORO (MNLF) di Malaysia dan di Sulu menyokong perjuangan Ust. Al-Ghari dll.

Buku kegemaran: "Salafiyyah Wahhabiyyah satu Penilaian" oleh Ust. Zamihan Al-Ghari

http://tausug-global.blogspot.com

Tuk Aki said...

Ketika PM baru dilantik...

Di hati saya habislah orang melayu...
PM ni pro cina .. semasa jadi menteri pelajaran .... banyak kolej dan universiti orang cina diluluskan..

Nasib baik pada zaman Datuk Musa mewujudkan banyak kolej universiti milik kerajaan.

Dan hari ini terbukti dengan pemansuhan:-

1. Kementerian yang menjaga hak istemewa dan orang melayu.
2. Dihapuskan hak istemewa orang melayu/bumiputra dalam biasiswa kerajaan.
3. Dihapuskan pemilikan ekuiti 30% oleh bumiputra.

Saya mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat multi nasional yang diketuai dan dipunyai oleh bangsa cina ini.

Orang melayu jangan harap nak dapat apa-apa kecuali betul2 dia boleh dipergunakan untuk dapatkan keuntungan.

Orang melayu dah kalah teruk disebabkan oleh orang melayu sendiri.

Malaysia akan jadi seperti Singapore dan terlaksanalah konsep malaysia malaysia dalam konsep 1 malaysia.

Tahniah kepada pejuang-pejuang bangsa melayu.

Inilah yang anak cucu anda dapat dan jangan di masa akan datang anda akan diludahi oleh anak cucu sendiri

s u n n i k h o l i s said...

assalamualaikum...

My-Ansarullah berkata:

rasulullah ada sebut..cukuplah seseorang tu jadi pendusta bila dia sampaikan apa yg dia dengar..

samalah dengan geng2 anti-wahhabi ni..kerja mereka menfitnah..cerita2 tak masuk akal pun percaya..mcm mana la nk bawak islam..

Jawapan saya:

Kalau geng anti-wahabi menulis diaggap fitnah..yang wahabi duk buat fitnah dalam masyarakat tu apa kebenda?sehingga ada yg bebalah dan bercerai..enta faham ke apa makna fitnah ni??

Beginilah geng2 wahabi..habis hujjah mereka akan mefitnah org lain sbg syiah,ahbash dan sebagainya..

Padahal merekalah pembawa fitnah ke dalam masyarakat Islam..Semoga Allah hapuskan fitnah qarnul syayathin yg disebutkan oleh Nabi mengenai najad..

Visit Bil.