Wednesday, March 25, 2009

AKIDAH FIR'AUN

Nasib Fir'aun : Si Kufur yang Mati Kering

Apabila anda mengkaji al-Qur'an, jelas didapati bahawa di antara makhluk Allah yang berpegang dengan akidah yang bathil ialah Fir'aun Laknatullah. Antara teras kepercayaan Fir'aun ialah Allah berada di atas langit. Hal ini sebagaimana yang diterangkan oleh Allah SWT sendiri melalui ayat 36-37 Surah al-Mukmin :


36. Dan Firaun pula berkata: "Hai Haman! binalah untukku sebuah bangunan Yang tinggi, semoga Aku sampai ke jalan-jalan (yang Aku hendak menujunya)"


37. "(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya Aku dapat melihat Tuhan Musa; dan Sesungguhnya Aku percaya Musa itu seorang pendusta!" Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya Yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan Yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke Dalam kerugian dan kebinasaan."


Pencerahan :

1) Imam al-Thabari mengatakan : "Telah berlaku perselisihan pendapat dikalangan ahli takwil (tafsir) tentang maksud 'al-Asbab' kpd beberapa pendapat. Al-Sudiy dan Abi Soleh mengatakan : Jalan-jalan ke langit. Sebahagian lain mengatakan : pintu-pintu langit. Sebahagian lain pula berpendapat : tempat kediaman dilangit. Yang lebih utama kepada benar ialah pendapat yg pertama. Iaitu maksudnya : Supaya aku dapat ada sesuatu jalan/sebab-sebab yg boleh menyampaikan aku untuk melihat Tuhan Musa a.s. Samada ia bermaksud jalan, pintu, tempat kediaman atau lain-lain."- al-Thabariy, Jamek Al-Bayan Fi Takwil al-Qur'an, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Cet ke-3, 1999, jld 11, hlm 61


2) Imam al-Qurtubiy (ketika menghurai maksud ; 'Supaya aku boleh melihat Tuhan Musa..')mengatakan : "Fir'aun mengesyaki secara waham bahawa Tuhan Musa (Allah) adalah terdiri dari jenis jisim yang menduduki tempat/ruang tertentu. Dan adalah Fir'aun itu mendakwa dirinya Tuhan. Dan Dia melihat sifat ketuhanan pada dirinya itu secara pasti dengan menduduki tempat yang tinggi/mulia."-al-Qurtubiy, al-Jamek Lil Ahkamil Qur'an, Cet 1, 2000, Jld 8, hlm 205



3)Imam Ibn Katsier mengatakan: "Allah SWT berfirman tentang sikap kesombongan dan bangkangan Fir'aun yang mengada-ngadakan pendustaan terhadap Nabi Musa A.S, bahawa dia memerintahkan menterinya Hamaan utk membina sebuah istana yang tinggi, indah lagi pencakar langit. Bangunan ini diperbuat dari batu yang mana bahan bakunya terdiri dari tanah liat yang cantik. Sebagaimana firman Allah SWT menerusi surah al-Qasshah ayat 38..."

Ketika menafsirkan ayat : "Supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta..." Imam Ibn Katsier mengatakan : "Ini merupakan ungkapan kekufuran dan penentangan Fir'aun dimana dia menganggap Musa A.S berdusta bahawa dia (Musa) telah diutus oleh Allah SWT."


Ketika menafsirkan ayat seterusnya, Imam Ibn Katsier mengatakan : "Dengan perbuatan ini ia eolah memberi maksud kepada rakyatnya bahawa dia (fir'aun) telah melakukan sesuatu yang sampai kepada pendustaan Musa A.S. Untuk itu, Allah berfirman : "Dan tipu daya Fir'aun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian. Ibn Abbas dan Mujahid berkata :"Kecuali hanya membawa kerugian."- Ibn Katsier,Tafsir al-Qur'an al-Azhim, Pustaka Imam al-Syafi'ie, Cet 1, 2004, jld 7, hlm 166


Berdasarkan kepada sorotan pandangan mufassirin di atas kita boleh membuat beberapa Kesimpulan:

1) Fir'aun bukan sekadar tidak beriman dengan Nabi Musa A.S. Malah ditentangnya habis-habisan dakwah Nabi Musa A.S dgn melabelkan Nabi Musa A.S sebagai pendusta. Sedetikpun Fir'aun tidak pernah beriman. Oleh itu, mana bisa mungkin Fir'aun hendak dikatakan bertauhid Rububiyyah diakhir hayatnya. Bahkan dia sebenarnya kafir yang ori dan lambang kekafiran sejati.


2)Fir'aun berakidah dgn akidah kufur dengan mempercayai bahawa Allah itu terdiri dari jisim. Sedangkan jisim, jirim adalah suatu yang bersifat baharu. Mustahil Allah SWT bersifat sbgmana makhluk yg baharu berdasarkan firmannya pada surah al-Syuura ayat 11 dan al-Ikhlas ayat 4.


3) Fir'aun juga percaya bahawa Allah SWT menetap diatas langit. Lantaran itu, dia memerintahkan Hamaan utk membina istana tinggi menjulang kononnya untuk melihat Allah SWT. Walhal, ini semua merupakan akidah khayalan beliau sahaja. Dan sebarang khayalan berkaitan dgn Dzat Allah adalah Tajsim. Untuk itu, adalah wajar jika dikatakan bahawa akidah tajsim adalah akidah kufur Fir'aun Laknatullah. Bersama kita jauhi akidah tajsim lagi kufur sbgmana Fir'aun. Jangan jadikan akidah anda sebagai Fir'aun zaman modern.


4) Pihak berkuasa agama perlu memantau dan bertindak ke atas penyebaran akidah tajsim. Ini kerana akidah yg sesat lagi kufur menghalang ibadah seseorang dari diterima oleh Allah SWT. Sekaligus menyebabkan seseorang itu keluar dari Islam dalam keadaan dia tidak menyedarinya. Selamat memeriksa akidah anda. Semoga Allah menunjukkan kita akidah yang benar. Aamiin.

13 comments:

Ibn Salleh. said...

Salam, Keterangan mengenai Tauhid Rububiyyah,Uluhiyyah dan Tauhid Asma' Wa Sifat telah diperjelaskan dengan rapi sekali oleh Al-Fadhil Ust Mahfuz dan Tokoh Ulama' Dr. Uthman Muhammadiy.Ia boleh diikuti dlm Utube tokoh2 ini membentangkan perihal Tauhid 3 yg telah saya uploadkan.Semoga kita dijauhi daripada golongan Salafiyyah Wahhabiyyah yg mempromosikan Tauhid 3 ini.

Ibnu Muslim said...

Salam sdr Hanifsalleh & semua yg lain;

Sebenarnya, ana sesekali ada juga rasa patah hati nak jelaskan masalah Tauhid 3 ni kerana pihak yg kita tujukan seperti tak nak buat kajian langsung tentang kebenaran penjelasan kita (macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan).

Namun demi kecintaan sesama muslim, ana yg tak maksum ni berpegang pada sabda Nabi saw “ Akan sentiasa ada kumpulan dari kalangan umatku menjelaskan kebenaran dan menjawab kesamaran sehinggalah hari kiamat ”. R.Muslim.

Hakikatnya, umat Islam dari mula kerajaan di Madinah sehingga Perang Dunia pertama tidak pernah berpecah secara mutlak dari pimpinan khalifah & kemudiannya majoriti bersatu dibawah ushul fiqh mazhab yg 4 & aqidah Asyairah/Matudiriyyah sehinggalah golongan yg dipanggil Wahabi mula menyokong Bani Saud menentang kerajaan Islam sendiri (Othmaniah) dengan memainkan sentimen takfir & assabiyah untuk justify pemberontakan mereka dengan akibat terakhirnya umat Islam berpecah & kerajaan khalifah Islam terakhir hancur hasil pertolongan dari kerajaan British yg kafir. (fakta ini tidak boleh dibohongi oleh sesiapa pun!).
Setelah berjaya pada peringkat pemerintahan, maka agenda pemecahan umat Islam oleh British disambung dengan serangan bukan sahaja pada superficial level malahan dari segi pegangan tunjang iaitu aqidah & syariah supaya mengakibatkan budaya takfir menular & lebih memecahbelahkan umat Islam.
Golongan Wahabi secara tidak sedar sebenarnya telah dipergunakan oleh orang kafir supaya mengasingkan majoriti umat Islam (Asyairah/Matudiriyyah) sebagai diluar dari ASWJ.
Dengan itu umat Islam akan bercakaran sesama sendiri bukan sahaja dari segi aspek duniawi malah juga dari segi rohani sendiri -ibadah & tauhid.
Dengan jarum halus, British/Amerika mula mengorak langkah akibat umat Islam yg dah lemah sebab berpecah & berkelahi sesama sendiri dengan menyusun pelan perwujudan Israel untuk bangsa Yahudi yang akhirnya direalisasikan pada 1948 diatas persetujuan kerajaan Saudi(sila lihat fakta sejarah).

Maka tidaklah menghairankan apabila tuduhan suka mengkafirkan umat, jumud, punca perpecahan & kesesatan dipalingkan kepada golongan Asyairah & bermazhab sedangkan PEMULA KESEMUA PERKARA TERSEBUT adalah dari golongan mereka secara sedar atau tidak!
Dan tidak hairanlah apabila baru2 ini Gaddafi menyelar kerajaan Saudi sebagai dicipta oleh British & dijaga oleh Amerika.

Namun, mahukah golongan ini & penyokongnya menerima kenyataan?.. atau seperti kebiasaannya bagai mencurah air ke daun keladi..wallahualam.

xxx said...

Saya sedikit terkesan dengan komentar Ibnu Muslim...

Tapi bagi saya, kelahiran mazhab-mazhab (sama ada dalam akidah mahupun fiqh) adalah suatu rahmat, seperti mana kiat selalu dengar: "Khilaf itu adalah suatu rahmat."

Namun, sudah menjadi resam dalam adat berkumpulan, pasti ada yang ekstrem, yang enggan menghormati kepelbagaian pendapat. Mereka sudah lupa bahawa Allah telah menjadi umat Islam sebagai umat 'Wasatan' (pertengahan, sederhana).

Oh ya, Ustaz. Boleh tak Ustaz tolong jawab dua persoalan(yang saya temui di dalam blog seorang sahabat maya saya) yangd ilontar oleh golongan Kristian:

1. berkenaan tafsiran yang seolah-olah dibuat manusia sendiri. macam kat dalam buku teks kita, ada maksud al-quran yang dibubuh dalam kurungan biarpun dalam pemahaman literal tiada maksud sedemikian.

2. berkenaan al-quran yang dikatakan belum sempurna tetapi sering di banggakan orang islam.

Saya sudah jawab soalan ini, tetapi saya inginkan dalil dan fakta daripada orang alim seperti Ustaz. Tolong, ya...

Syukran, Ustaz.

Ummu Waheedah said...

Salam,

saya tunggu juga jwpn dr ustaz2 berkaitan solan sdr lokman. TTp bgi sayalah, kristian dah ler sesat , mengata pula org sesat. Mereka ini seperti yg dikatakn oleh Allah dalam firmannya surah al-baqarah ayat 6: Innal lazina kafaru sawa-un 'alaihim, a-anzartahum am lam tunzirhum la yukminun.."

kpd mereka ni tak perlu bg hujjah apa2 pun, sama shj sebab mrk tak akan beriman. Allah dah tutup (seal) mata hati mereka.. so kalau nak jwp dgn org kafir pakai logik shj. Logik pun depa kantoi.

Kalamullah adalah dalam bahasa Arab, tafsiran/terjemahan adalah makna dalam bahasa lain..kalu itu pun mrk tak boleh faham , lupakan shj untuk berhujjah dgn mrk. Allahuakalam.

Dr. Hasbullah Ahdar, MD. said...

Saudara luqman al yusufi,

ada banyak penerangan yang anda perlukan dalam youtube oleh syeikh Ahmad Deedat, sheikh Abdullah Hakim Quick dan ramai lagi. Cara mereka menerangkan tentang isu isu orang kristian dengan lebih baik dan mudah difahamai.

Semoga anda memperolehi apa anda cari. Wassalam.

Khairi Jalalluddin said...

Akidah Firaun ini dah tersebar, marilah kita sama2 membendungnya.

Admin said...

Assalamu'alaikum,

Jemput masuk ke : Http://Jomfaham.Blogspot.Com

razi70 said...

Ust Aizam Mas'od dari JAKIM melebelkan Al-Ghari sebagai Syiah.Betul ke?Sebenarnya Ust Aizam inilah yg memperjuangkan fahaman Muhammad Ibn Wahab maka difitnahnya Al-Ghari sebagai Syiah utk menutup keWahabiannya.Sesiapa yg memperjuangkan Aqidah Ahli Sunnah dan membenteras Wahabi akan dituduh seperti tuduhan Ahbash,Syiah dan lain2 lagi.Inilah kerja Wahabi dari dulu sampai bila2pun.

acik said...

MENGAPA WAHABI MENDAPAT SAMBUTAN DAN BERKEMBANG BIAK SEPERTI YANG DIKATAKAN? AYUH KITA SAMA-SAMA DENGAR DAN IKUTI KULIAH-KULIAH WAHABI, KERANA MENDENGAR TAK MENJADIKAN KITA KAFIRKAN? KITA BUAT PENELIAN SENDIRI, BARU ADIL.

Admin said...

Assalamu'alaikum,

Banyak sebab jika nak diikutkan. Terutamanya yang baru berjinak dengan agama dan kemudian terus terjumpa laman yang seperti itu.

Ya, terima kasih di atas ajakan, bagi diri saya - saya sudah melawat, pernah juga hampir terikut seperti wahhabi. Dan alhamduliLlah bila kita sudah mengkaji bagaimana pemikiran wahhabi dan fahamannya. Tak ikut dah.

Khairul Rrijal said...

sya pernah prgi ke rmah seorg ustz yg di cop wahhabi,sya mendapati di rmah beliau amat bnyak sekali kitab2 muktabar sperti kitab imam syafie,imam malik,al-nawawi,al-bukhari,muslim dan bnyak lagi kitab yg di akui oleh ulama', malah tdak ada pun dalam rmah beliau kitab muhammad abdul wahhab.

Apabila sya bertnya kpda beliau tgtng msalah khilafiah, beliau menjelaskan dgn memberi pendapat dari ulama2 ini dan menunujukkan kpada sya pndapat dlm kitab2 mreka

apa yg sya dpt simpulkan bhawa org yg suka melabel org lain sbgai 'wahhabi' ini adalah org yg x fham tgtng pendapat2 iman mazhab,ulama hadith dan ulama2 semasa sperti dr Wahbah Zuhaili dan Dr Yusof Qaradawi.

oleh itu sya ingin mengajak tuan2 semua,kita ketepikan dulu soal 'wahhabi:.kita pelajari dulu secara mendalam kitab2 ulama2 ini,kita tgok smaada pendapat yg dikeluarkan oleh org2 yg digelar wahhabi ini sma ke x dgn pendapat ulama yg muktabar.

kepada org yg suka mengelar org lain sebagai wahhabi,hentikan lah fitnah,klau kita malas belajar dan mengkaji,jagan membenci org2 yg gigih dan berusaha ke arah ini,buang lah sifat yg suka mengada2 bnda yg Rasuluallah S.a.w tdak buat.kembalilah kepada sunnah,islam sudah sempurna.

sekian

razi70 said...

Salam utk Khairul rijal,anta berkunjung ke rumah ustaz yg dicop Wahabi dan melihat banyak kitab2 di rumahnya.Sewaktu saya di university Madinah juga banyak terdapat kitab2 spt apa yg saudara katakan.Namun apakah saudara membaca dan meneliti siapakah pentahqiq kitab2 tersebut?Ada juga kitab spt Fathul Bahri yg ditahqiq oleh Bin Baz maka ia tidak sesuai utk dibaca.Begitu juga dgn hadis yg ditahqiq oleh Syeikh Nasaruddin al-Bani maka berhati2lah.Jika anda faham tentang Wahabi ini mungkin anda akan cuba menjauhinya.Soal khilafiyyah masih ok tapi kalau aqidah Tauhid 3 yg dibawanya amat merbahaya sekali jika anda faham.Sejarah telah membuktikan kerajaan Uthmaniah ditawan oleh puak Wahabi dan seramai lebih 70 ribu umat Islam telah dibunuh.Ini termasuk keluarga Rasulullah sendiri.Kini kerajaan Arab Saudi telah merombak kabinetnya dgn meletakkan 4 Mazhab.Khabar terbaru juga diterima dimana Imam Masjidil-Haram telah ditukar.Ini satu perkembangan yg amat baik sekali.Insya'allah saya akan ke sana minggu hadapan utk bertemu sendiri Imam baru berkulit hitam yg dikatakan itu.

pakoz.com said...

assalammu'laykum wali keramat.

Ada apa-apa yg tak kena ttg syiah? ana tekankan syiah imamiyah..

Visit Bil.