Kitab : al-Takrif Bi Auhami Man Qassama al-Sunan Ila Sahih Wa Dhaif Karangan Allamah Syeikh Mahmud Said Mamduh, Pegawai Penyelidik, Institut Penyelidikan, UAE
Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albaani yang dipuja oleh golongan Salafiyyah al-Wahhabiyyah
Antara karangan beliau yang terbaru ialah : al-Ta’rif bi Awham Man Qassama al-Sunnan Ila al-Sahih Wa al-Dhaif (Satu pengenalan bagi mereka yang mendatangkan kesamaran dgn membahagikan al-hadith kepada Sahih dan Dhaif). Kitab ini berjumlah enam jilid bermula bab Taharah (bersuci) sehingga bab kelebihan Makkah. Di dalam kitab ini Allamah Syeikh Mahmud Said Mamduh berjaya menjelaskan metodologi songsang al-Albaani satu persatu. Beliau telah mengesan hampir 1000 hadis yang telah ditashih dan ditad’ifkan mengikut selera hawa nafsu Syeikh al-Albaani. Penjelasan ini membuktikan Syeikh al-Albaani tidak memiliki konsistensi kukuh dalam pentashihan hadis.
Walaupun menceburi bidang hadith, Syeikh al-Albaani sebenarnya tidak mempunyai silsilah perguruan dalam bidang hadis secara bersanad. Jika dikaji secara teliti dalam terjemahan biografi Syeikh al-Albaani, tidak diketahui siapakah gurunya yang meriwayatkan hadis kepadanya. Ajaib sekali jika seseorang yang menceburi bidang hadis tidak memiliki guru hadis yang memiliki silsilah yang sampai kepada Rasulullah SAW.
Disamping itu, Syeikh al-Albaani juga bertanggungjawab merungkai metodologi ilmu hadis yang telah sekian lama disusun rapi oleh para ulamak hadith. Contohnya : Para ulamak hadis telah sepakat membahagikan hadith kepada empat bahagian utama : Iaitu Hadith Sahih, Hadis Hasan/Maqbul (yg tidak menepati spesifikasi sahih dan tidak pula dhaif), Hadith Dhaif dan Hadith Mauduk (Rekaan). Tetapi bila hadirnya Syeikh al-Albaani, beliau merombak metodologi berkenaan. Lalu membahagikan hadis kepada dua bahagian sahaja. Iaitu Hadis Sahih dan Hadith Dhaif/Mauduk (rekaan).
Bukan sekadar itu, Al-Albaani juga turut menjelaskan bahawa tidak boleh beramal dengan hadis dhaif berkenaan. Sedangkan para ulamak menaskan : ”Para Ulamak Hadis, Feqah dan selainnya menjelaskan : Diharuskan dan disunatkan beramal dengan hadis dhaif di dalam kelebihan-kelebihan perkara ibadah, galakan terhadap janji-janji baik Allah dan larangan terhadap janji-janji buruk Allah selagi mana hadis tersebut tidak mencapai tahap hadis rekaan,”-Imam al-Suyuthi di dalam Kitabnya Tufah al-Abrar dan Imam al-Nawawi di dalam al-Azkaar, hlm 14, Cet Dar al-Makrifah, 1996
Oleh itu, tidak pelik jika ada pihak yang membicarakan ilmu hadis, secara sombong menolak keberhujahan hadis-hadis hasan atau hadith dhaif dalam bidang dan kelasnya sebagaimana yang dibenarkan para ulamak hadis, feqah dan selainnya. Dakwa mereka, hadis berkenaan tidak sahih. Atau hadis berkenaan adalah hadis dhaif. Ternyata sikap begini tidak mencerminkan metodologi Ahl Hadis yang sebenar. Sebaliknya, mencerminkan sikap penolakan terhadap hadis secara halus. Inilah salah satu hasil dari pegangan Ijtihad al-alBaani yang perlu ditolak secara jujur.
Selain itu, alAlbaani juga begitu gigih ingin menilai semula hadis-hadis Nabi SAW yang telah dinilai sahih oleh para ulamak muktabar sebelumnya. Dalam kes ini, perlu dipertanyakan Siapa al-Albaani dan siapa gurunya? Dimana sanadnya @ silsilah periwatannya? Dimana Standard beliau dalam disiplin ilmu hadis? Apakah beliau al-Hafidz, al-Hakim, al-Hujjah, Pakar Ilal al-Hadis? Pendek kata, Syeikh al-Albaani juga perlu dinilai secara Jarh dan Ta'dil oleh para ulamak yang layak menilai penghadisannya. jadi, mengapa harus ada pihak yang menuduh kita ekstrem bila kita ingin mengadili beliau berdasarkan metodologi Ahli Hadis yang silam? Sepatutnya, ia bukan isu yang perlu dipertikaikan.
Jika kita membuka lembaran fatwa yang melibatkan al-Albaani, khususnya bab feqah, disana terdapat beberapa fatwa syadz al-Albaani yang bertentangan Ijmak ulamak. Contohnya masalah wajibnya dipindahkan maqam Nabi SAW dari masjid Nabawi al-Syarif kerna maqam tersebut dianggap sebagai berhala. Nauzubillah. Ummuhatul Mukninin didakwa beliau harus utk berzina dengan lelaki lain selepas kewafatan Nabi SAW. Umat Islam Palestin wajib keluar dari Palestin kerana tidak berkuasa melawan Yahudi dan macam lagi fatwa pelik tapi benar2 berlaku. Dan direkodkan dalam kitabnya. Apakah kita harus berdiam diri sahaja dan terus menyanjunginya. Tanpa menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan beliau. Masya Allah.
Kini sudah 10 tahun Syeikh al-Albaani bersemadi di Tanah Perkuburan Jabal Nasir, di Amman, Jordan . Namun fikrah dan metodologi hadis modern yang dirintisnya mendapat tempat dalam masyarakat disebabkan beliau pernah menjawat Mahaguru Hadis di Universiti Islam Madinah. Memandangkan metodologi hadisnya bertepatan dengan aliran Salafiah Wahhabiyyah, maka namanya dijulang dan beliau diberi penghargaan serta dimasyhur ke tahap Amir Mukminin Fi al-Hadis. Muncul pula murid-murid yang mengagung-agungkan al-Baani ke serata dunia, dengan sokongan wang ringgit yang banyak menyebabkan fikrah al-Albaani mudah tersebar dengan cepat. Berbanding karya ulamak yang hebat dalam pelbagai bidang tetapi kurang diberi perhatian sesetengah pemerintah. Akhirnya, karya berkenaan terkubur begitu sahaja.
Apapun kesalahan al-baani dalam bidang hadis perlu diperjelaskan. Bukan bermaksud bila kita membicarakan kesalahan seseorang ulamak beerti kita mencela keperibadiannya. Tidak sebegitu, namun tujuannya ialah ingin diperbetulkan kesilapannya. Dan memberi ingatan kepada umat ini agar tidak tersalah faham dengan pendapat yang sememangnya salah. Apatah lagi untuk mengambil manfaat dari metodologi songsang yang diperjuangkannya.
Dalam posting terdahulu, saya telah menulis tentang Siapa Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albaani?. Saya melihat artikel ini banyak dimuatkan beberapa website yang lain. Ia disusuli dengan komentar yang kebanyakkannya tidak ilmiyyah. Bahkan banyak pula yang berlandaskan perasaan berbanding hujjah. Sekarang, mari kita ikuti kenyataan Murid Kanan al-Allamah al-Imam al-Muhaddith Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari iaitu Allamah Syeikh Mahmud Said Mamduh tentang kesilapan metodologi hadis yang diperjuangkan al-Albaani dan para muridnya. Beliau telah mengarang banyak kitab untuk mendedahkan beberapa kesilapan metodologi Syeikh Muhammad Nasiruddin dalam ilmu hadith.
Antara karangan beliau yang terbaru ialah : al-Ta’rif bi Awham Man Qassama al-Sunnan Ila al-Sahih Wa al-Dhaif (Satu pengenalan bagi mereka yang mendatangkan kesamaran dgn membahagikan al-hadith kepada Sahih dan Dhaif). Kitab ini berjumlah enam jilid bermula bab Taharah (bersuci) sehingga bab kelebihan Makkah. Di dalam kitab ini Allamah Syeikh Mahmud Said Mamduh berjaya menjelaskan metodologi songsang al-Albaani satu persatu. Beliau telah mengesan hampir 1000 hadis yang telah ditashih dan ditad’ifkan mengikut selera hawa nafsu Syeikh al-Albaani. Penjelasan ini membuktikan Syeikh al-Albaani tidak memiliki konsistensi kukuh dalam pentashihan hadis.
Walaupun menceburi bidang hadith, Syeikh al-Albaani sebenarnya tidak mempunyai silsilah perguruan dalam bidang hadis secara bersanad. Jika dikaji secara teliti dalam terjemahan biografi Syeikh al-Albaani, tidak diketahui siapakah gurunya yang meriwayatkan hadis kepadanya. Ajaib sekali jika seseorang yang menceburi bidang hadis tidak memiliki guru hadis yang memiliki silsilah yang sampai kepada Rasulullah SAW.
Disamping itu, Syeikh al-Albaani juga bertanggungjawab merungkai metodologi ilmu hadis yang telah sekian lama disusun rapi oleh para ulamak hadith. Contohnya : Para ulamak hadis telah sepakat membahagikan hadith kepada empat bahagian utama : Iaitu Hadith Sahih, Hadis Hasan/Maqbul (yg tidak menepati spesifikasi sahih dan tidak pula dhaif), Hadith Dhaif dan Hadith Mauduk (Rekaan). Tetapi bila hadirnya Syeikh al-Albaani, beliau merombak metodologi berkenaan. Lalu membahagikan hadis kepada dua bahagian sahaja. Iaitu Hadis Sahih dan Hadith Dhaif/Mauduk (rekaan).
Bukan sekadar itu, Al-Albaani juga turut menjelaskan bahawa tidak boleh beramal dengan hadis dhaif berkenaan. Sedangkan para ulamak menaskan : ”Para Ulamak Hadis, Feqah dan selainnya menjelaskan : Diharuskan dan disunatkan beramal dengan hadis dhaif di dalam kelebihan-kelebihan perkara ibadah, galakan terhadap janji-janji baik Allah dan larangan terhadap janji-janji buruk Allah selagi mana hadis tersebut tidak mencapai tahap hadis rekaan,”-Imam al-Suyuthi di dalam Kitabnya Tufah al-Abrar dan Imam al-Nawawi di dalam al-Azkaar, hlm 14, Cet Dar al-Makrifah, 1996
Oleh itu, tidak pelik jika ada pihak yang membicarakan ilmu hadis, secara sombong menolak keberhujahan hadis-hadis hasan atau hadith dhaif dalam bidang dan kelasnya sebagaimana yang dibenarkan para ulamak hadis, feqah dan selainnya. Dakwa mereka, hadis berkenaan tidak sahih. Atau hadis berkenaan adalah hadis dhaif. Ternyata sikap begini tidak mencerminkan metodologi Ahl Hadis yang sebenar. Sebaliknya, mencerminkan sikap penolakan terhadap hadis secara halus. Inilah salah satu hasil dari pegangan Ijtihad al-alBaani yang perlu ditolak secara jujur.
Selain itu, alAlbaani juga begitu gigih ingin menilai semula hadis-hadis Nabi SAW yang telah dinilai sahih oleh para ulamak muktabar sebelumnya. Dalam kes ini, perlu dipertanyakan Siapa al-Albaani dan siapa gurunya? Dimana sanadnya @ silsilah periwatannya? Dimana Standard beliau dalam disiplin ilmu hadis? Apakah beliau al-Hafidz, al-Hakim, al-Hujjah, Pakar Ilal al-Hadis? Pendek kata, Syeikh al-Albaani juga perlu dinilai secara Jarh dan Ta'dil oleh para ulamak yang layak menilai penghadisannya. jadi, mengapa harus ada pihak yang menuduh kita ekstrem bila kita ingin mengadili beliau berdasarkan metodologi Ahli Hadis yang silam? Sepatutnya, ia bukan isu yang perlu dipertikaikan.
Jika kita membuka lembaran fatwa yang melibatkan al-Albaani, khususnya bab feqah, disana terdapat beberapa fatwa syadz al-Albaani yang bertentangan Ijmak ulamak. Contohnya masalah wajibnya dipindahkan maqam Nabi SAW dari masjid Nabawi al-Syarif kerna maqam tersebut dianggap sebagai berhala. Nauzubillah. Ummuhatul Mukninin didakwa beliau harus utk berzina dengan lelaki lain selepas kewafatan Nabi SAW. Umat Islam Palestin wajib keluar dari Palestin kerana tidak berkuasa melawan Yahudi dan macam lagi fatwa pelik tapi benar2 berlaku. Dan direkodkan dalam kitabnya. Apakah kita harus berdiam diri sahaja dan terus menyanjunginya. Tanpa menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan beliau. Masya Allah.
Kini sudah 10 tahun Syeikh al-Albaani bersemadi di Tanah Perkuburan Jabal Nasir, di Amman, Jordan . Namun fikrah dan metodologi hadis modern yang dirintisnya mendapat tempat dalam masyarakat disebabkan beliau pernah menjawat Mahaguru Hadis di Universiti Islam Madinah. Memandangkan metodologi hadisnya bertepatan dengan aliran Salafiah Wahhabiyyah, maka namanya dijulang dan beliau diberi penghargaan serta dimasyhur ke tahap Amir Mukminin Fi al-Hadis. Muncul pula murid-murid yang mengagung-agungkan al-Baani ke serata dunia, dengan sokongan wang ringgit yang banyak menyebabkan fikrah al-Albaani mudah tersebar dengan cepat. Berbanding karya ulamak yang hebat dalam pelbagai bidang tetapi kurang diberi perhatian sesetengah pemerintah. Akhirnya, karya berkenaan terkubur begitu sahaja.
Apapun kesalahan al-baani dalam bidang hadis perlu diperjelaskan. Bukan bermaksud bila kita membicarakan kesalahan seseorang ulamak beerti kita mencela keperibadiannya. Tidak sebegitu, namun tujuannya ialah ingin diperbetulkan kesilapannya. Dan memberi ingatan kepada umat ini agar tidak tersalah faham dengan pendapat yang sememangnya salah. Apatah lagi untuk mengambil manfaat dari metodologi songsang yang diperjuangkannya.
Justeru, diperingatkan kepada para pendakwah, penceramah @ sesiapa sahaja yang melibatkan diri dalam bidang hadis supaya berpegang kepada metodologi yang telah disepakti ulamak hadis. Dan usah mengambil jalan pintas untuk menghukum hadis jika anda tidak mengetahui disiplinnya. Dikhuatiri, jika anda menukil tashih dan tashih al-Albaani, anda akan dikenali se kapal dgn metodologi songsang ini. Dan tidak hairanlah jika anda dituduh Wahhabiy. Atau di gam oleh negeri-negeri tertentu.
Bagi mereka yang tidak tahu apa-apa akan hal ini...dia pasti berkata : al-Albaani pun ulamak jugak... zamihan tu siapa? Masalahnya bukan siapa saya, kita dan mereka...Tetapi permasalahannya ialah metodologi songsang, tiada disiplin ilmu dan kesalahan seseorang perlu diperjelaskan supaya tidak berlaku kerancuan dan salah faham sesama Islam. Lebih-lebih lagi dalam sesuatu bidang yang melibatkan sumber perundangan Islam iaitu al-Hadith. Wallahu'alam.
Bagi mereka yang tidak tahu apa-apa akan hal ini...dia pasti berkata : al-Albaani pun ulamak jugak... zamihan tu siapa? Masalahnya bukan siapa saya, kita dan mereka...Tetapi permasalahannya ialah metodologi songsang, tiada disiplin ilmu dan kesalahan seseorang perlu diperjelaskan supaya tidak berlaku kerancuan dan salah faham sesama Islam. Lebih-lebih lagi dalam sesuatu bidang yang melibatkan sumber perundangan Islam iaitu al-Hadith. Wallahu'alam.
46 comments:
Assalamu'alaikum..
Antara buku terbitan karangkraf iaitu karya bestari mengenai wudhuk dan solat mazhab syafie - kerangan abu ruwais as syurbawi. Bila ditelek di dalamnya, saya ingatkan memang semuanya dari ulamak mazhab Syafie yang mensyarahkan. Tetapi diambil juga dari sifat solah nabi oleh Albani. Pengarang yang menulis buku ini rupanya dalam diam ingin membawa fahaman wahhabi dan tidak jujur dalam penulisannya. Berhati-hatilah.
Albani ini sendiri bersetuju dengan sheikh khajandi di dalam mengharamkan mazhab. Sila rujuk dalam Kitab Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syariiata Al Islamiyyah karangan Dr Said Ramadhan al Buthi.
Assalamu'alaikum..
sudahkah ustaz mengkaji kitab silsilah al-Ahadith al-Sahihah wa syai'un min fighiha wa fawaidihi dan kitab2 syeikh al-Albani yang lain sebelum ustz megkritik beliau?
sudahkah ustaz membaca kitab Tanbihat al-Malihah yang dihasilkan oleh Syeikh Abdul Basit bin Yusuf al-Gharib yang menjawab kritikan2 terhadap syeikh al-Albani dan mempertahankannya?
Cuba kita renungi kata2 Syeikh al-Albani di dalam kitabnya Silsilah Al-Ahadith al-Sahihah,"membetulkan kesilapan adalah satu kewajipan dan ia telah menjadi amalan biasaku seperti yang deketahui oleh para pembaca kitabku"
dalam bukunya yg lain beliau menegaskan" semoga Allah merahmati seorang hamba yang menunjukkan kepadaku kesalahanku dan menuntun aku kembali kepada cacat celaku.ssugguhnya tdak berat bagiku dengan izin Allah untuk kembali dari kesalahan mnuju kebenaran......."
amat menyedihkan, kita sangat jahil dalam banyak perkara tetapi kita begitu ghairah memburuk-burukkan ulama yang banyak memberi sumbangan terhadap keilmuan islam dan diaggap sebagai pengabdi kepada sunnah nabi S.A.W.
lelaki yang baik..
Anda nih baca artikel ustaz zamihan dengan buruk sangka?(saya harap tidaklah).
Mana perkataan yang memburuk-burukkan beliau (sheikh albani)? dan kenyataan yang menghina? Sila berikan bukti.
Bila diberikan kritikan untuk membetulkan kesalahan anda pandang ia sebagai memburuk-burukkan. Bagi anda bila sudah salah maka tidak perlu diperbetulkan?
Sudahkah anda membaca Kitab : al-Takrif Bi Auhami Man Qassama al-Sunan Ila Sahih Wa Dhaif Karangan Allamah Syeikh Mahmud Said Mamduh, Pegawai Penyelidik, Institut Penyelidikan, UAE pula? Dan anda juga perlu membaca kitab yang telah saya sebutkan di atas iaitu karangan dari Dr Said Ramadhan Al Buthi.
Semoga anda ini bukan seorang pentaqlid buta dan taksub.
Salam, sekadar nak berlaku adil. Ustaz, saya dimaklumkan bahawa dalam kitab al-Albani terdapat juga hadis-hadis yang berstatus hasan.
Ini bertentangan dengan kenyataan ustaz berikut:
"Tetapi bila hadirnya Syeikh al-Albaani, beliau merombak metodologi berkenaan. Lalu membahagikan hadis kepada dua bahagian sahaja. Iaitu Hadis Sahih dan Hadith Dhaif/Mauduk (rekaan)."
Mohon penjelasan. Memang benar, tiada manusia biasa yang maksum, termasuklah para 'alim ulama'... Wallahu'alam...
Salam semua;
1) Albani memang nama yg sangat kontroversi di dalam sejarah Islam kerana adanya 2 golongan yg berpendirian sangat jauh berbeza berkenaan beliau.
Ana kukuh pada pegangan bahawa Albani mempunyai niat & usaha yg baik namun beliau (seperti kata Ust Zamihan) bukanlah maksum & selalu tersalah menempuh jalan.
2) Ana juga setuju dengan kenyataan Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'di, tokoh ulama terkenal Iraq yg berkata bahawa KESILAPAN UTAMA Albani adalah kerana campur tangan dalam bidang yg beliau bukan ahlinya iaitu Fiqh & Ushul Fiqh.
Petikan kenyataan beliau;
'Saya bersyukur kepada Allah apabila mendapati Syeikh Ali At-Thantawi juga sependapat dengan saya mengenai Syeikh Al-Albani & beliau juga menasihatkan Syeikh Al-Albani supaya membiarkan persoalan Fiqh kepada ahlinya.
Tidaklah pelik bila kita lihat kebanyakan para muhaddithin terdahulu,antaranya Imam Muslim, At-Tirmidzi & An-Nasai menyerahkan persoalan Fiqh kepada para fuqaha. Mereka hanya mengemukakan dalil2 Fiqh dalam masa mereka berkecimpung dalam mengumpulkan hadith.
Sikap mereka dengan para fuqaha jelas tertera dalam satu ungkapan yg masyur yg mereka tujukan kepada para fuqaha iaitu : 'KAMI PENYEDIA UBAT, KAMU ADALAH DOKTOR'.
3) Tentang method pengkelasan Albani, beliau memasukkan Hadis Hasan Lighairihi dalam kitab Shahihnya & berpegang kepada method Imam Ahmad. Namun ISU SEBENARNYA adalah kritikan beliau terhadap sebahagian taraf Hadith yg dikeluarkan oleh muhaddithin yg terdahulu & 'tendency' untuk mendhaifkan hadith yg dianggap shahih oleh muhaddithsin lain apabila hadith tersebut membuktikan wujudnya bidaah hasanah dalam ibadah atau takwil dalam aqidah contohnya untuk menyokong aliran salafi beliau.
4) Tentang belajar hadith tanpa bersanad, ana tak berani nak komen lebih. Pembaca boleh nilai sendiri kenyataan dari penyokong beliau & kenyataan balas Sheikh Nuh Ha Mim Keller berkenaan ijazah tersebut.
Sila rujuk di bawah;
a) Kenyataan Penyokong Albani
'Shaykh Al-Albani has Ijaza in hadith from the late Allamah Shaykh Muhammad Raghib at-Tabaagh with whom he studied hadith sciences, gaining authority to transmit from him. The Shaykh himself refers to this Ijaza in Mukhtasar al-Uluw (p.72) and in Tahdir as-Sajid (p.63). He has a further Ijaza from Shaykh Bahjatul Baitaar(through whom his isnad stretches back to Imaam Ahmad Rahimahullaah). These are mentioned in the book Hayat Al-Albani (the Life of Al-Albani) by Muhammad ash-Shaibaani. This sort of Ijaza is given only to those who have excelled in hadith and can be trusted to accurately convey a hadith. A copy of the Ijaza is in the possession of his student, Ali Hassan al-Halabi. So it is not correct to say that the Shaykh is self-taught from books, without authority and without Ijaza'.
b) Kenyataan Balas Sheikh Nuh Ha Mim Kellar
'As for Albani ijaza or ‘warrant of learning,’ Sheikh Shu‘ayb tells us that it came when a hadith scholar from Aleppo, Sheikh Raghib al-Tabbakh, was visiting the Dhahiriyya Library in Damascus, and Sheikh Nasir was pointed out to him as a promising student of hadith. They met and spoke, the sheikh authorized him "in all the chains of transmission that I have been authorized to relate"—that is to say, a general ijaza, though Sheikh Nasir did not attend the lessons of the sheikh or read books of hadith with him. Sheikh Raghib al-Tabbakh had chains of sheikhs reaching back to the main hadith works, such as Sahih al-Bukhari, the Sunan of Abu Dawud, and hence had a contiguous chain back to the Prophet (Allah bless him and give him peace) for these books. But this was an authorization (ijaza) of tabarruk, or ‘for the blessing of it,’ not a ‘warrant of learning’—for Sheikh Nasir did not go to Aleppo to learn from him, and he did not come to Damascus to teach him.
This type of authorization (ijaza), that of tabarruk, is a practice of some traditional scholars: to give an authorization in order to encourage a student whom they have met and like, whom they find knowledgeable, or hope will become a scholar. The reason I know of such ijazas is because I have one, from the Meccan hadith scholar Sheikh Muhammad ‘Alawi al-Maliki, which authorizes me to relate "all the chains of transmission that I [Muhammad ‘Alawi al-Maliki] have been authorized to relate by my sheikhs," including chains of transmission reaching back to the hadith Imams Malik, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidhi, al-Nasa’i, Ibn Majah (Mecca: Muhammad ‘Alawi al-Maliki, 1412/1992).
Wallahualam
Assalamualaikum.
Selawat dan salam ke atas Rasullullah SAW, ahli bait, dan para sahabat serta alim ulama wali Allah.
Perihal Sheikh al-Albani, memang jika direnung kembali kebanyakan hasil karya beliau bertentangan dengan apa yang dibawa oleh alim ulama aliran mazhab terutama mazhab Syafie.
Bagi hampir kebanyakan umat Islam yang sudah sebati dengan aliran mazhab dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, amat susah untuk menerima aliran Salafi Wahabi yang dibawa oleh Sheikh al-Albani ini.
Dan tidak sepatutnya kita menerima terang-terangan hasil karya al-Albani kerana apa yang dibawa beliau bertentangan dengan apa yang telah lama berada di dalam aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah berasaskan mazhab.
Hanya al-Albani seorang yang mengubah pengkelasan hadith dan mengikut nafsu dalam meletakkan kedudukan hadith, yakni untuk kepuasan diri dan membenarkan aliran Salafi Wahabi.
Walhal, jumhur ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sudah bersepakat di dalam hal-hal berkaitan seperti pengkelasan hadith dan kedudukan sesuatu hadith.
Jadi sesiapa yang tiba-tiba memandai secara berseorangan mengubah pengkelasan hadith dan kedudukan sesuatu hadith, maka adalah ditolak pendapatnya dan pengajarannya, kerana sudah pasti perkara tersebut dilakukan mengikut hawa nafsu untuk kepuasan sendiri dan membenarkan pemikiran yang tidak selari dengan dakwah Islamiah.
Ustaz Zamihan, teruskan usaha dakwah.
Amat penting dimantapkan usaha Ustaz Zamihan untuk menegakkan Ahli sunnah Wal Jamaah berasaskan mazhab dan menolak fahaman sesat Salafi Wahabi.
Terima kasih.
Assalamu'alaikum.
Terima kasih buat Ust. Zamihan di atas pendedahan sebegini mengenai Syeikh al Albani.
Memang menjadi suatu kenyataan bahawa Syeikh adalah seorang tokoh kontroversi. Baik di dalam bidang Hadith mahupun Fiqh dan Usul Fiqh. Adapun mengenai sanad beliau dalam bidang hadith, sebenarnya beliau hanya menerima ijazah umum daripada Syeikh Muhammad Raghib al Tobbakh sebagaimana yang dinyatakan oleh murid beliau sendiri Ibrahim Muhammad al 'Aliy menerusi kitab beliau khusus tentang biografi Syeikh al Albani terbitan Darul Qolam, Damsyiq. Itu sahaja yang disebut tanpa menyebut senarai guru-guru beliau yang meriwayatkan hadith secara musyafahah. Ini adalah bukti bahawa Syeikh al Albani masih belum layak untuk menerima gelaran al Muhaddith apatah lagi al Hafiz kerana beliau tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh para muhaddithin. Cuba kita buat perbandingan antara beliau dengan al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani ataupun al Hafiz al Sakhawi yang memiliki seramai lebih kurang 1000 orang guru. Paling mudah pun kita bandingkan beliau dengan para ulama' daripada keluarga al Ghumari yang kita sedia maklum sering berlaku kritik-mengkritik antara dua belah pihak ini (al Ghumari & al Albani). Sayyid Abdullah Siddiq al Ghumari sendiri memiliki lebih daripada seratus guru. Al Albani? Berapa ramai?
Kesimpulan mudah: Jangan masuk campur dalam bidang yang anda bukan ahlinya.
Kemudian, kenapa hanya agungkan al Albani sehingga sukar menerima kritikan yang dilontarkan terhadapnya? Hebat sangatkah beliau sehingga mampu menenggelamkan tokoh-tokoh ulama' muhaddithin yang terdahulu dan yang sezaman dengan beliau? Benarlah kata ulama', taksub itu membutakan mata dan memekakkan telinga. La haula wala quwwata illa billah.
Ada sesiapa yang boleh beri ana info di mana ana boleh beli kitab tersebut?? yaitu kitab al-Takrif Bi Auhami Man Qassama al-Sunan Ila Sahih Wa Dhaif...Syukran...
Assalamualaikum,
Tahniah kepada Ustaz Zamihan, teruskan kajian ilmiyyah antum. Kami umat Moro berada di belakang antum. Kami senantiasa mengikuti kajian dan pendedahan dalam blog Ustaz Zamihan.
Teruskan perjuangan. Allahu akbar!
Dewasa ini tafsiran hadis terlalu banyak sehinggakan tidak dipastikan keshahiahn sesuatu hadis. Contohnya, wasiat nabi terakhir lebih kurang berbunyi" Aku tinggalkan dua perkara yg kamu tidak akan sesat klu berpegang dengan keduanya iaitu Al-Quran dan Haidis(Pegangan Sunnah Wal Jamaah). Akan Tetapi lagi byk hadis yg menyata dua perkara tersebut adalah Al-quran dan Itrahku(Ahlil Bait).Tafsiran amat penting kerana ia melibatkan akidah dan segala rujukan permasaalahn umat berpandukan pegangan dua perkara ini. Sekian
Blog video ceramah sila layari http://alsubki2.blogspot.com.
Ceramah Seminar Pemantapan Aqidah oleh Al-Fadhil Ust.Haji Mahfuz Al-Khalil.
Bidaah merupakan perkara baru yg x dilakukan dimasa Rasulullah. Bidaah yg lebih serius adalah bidaah dalam soal akidah. Termasuklah bidaah meletakkan fahaman tertentu dlm meyakini sesuatu kepercyaan akidah tertentu tanpa ada nas yang terang.
Sejarah bidaah akidah ini bermula setelah wafatnya nabi dan peralihan kuasa Saidina Ali dan Saidina Hasaan kepada muawiyah. lagi.
Dari sinilah timbul fahaman seperti khawarij, syiah. Sunnah wal jamaah juga termasuk dlm hal ini.
Nabi tidak pernah menyatakan ikutlah kamu syiah, ataupun Sunnah wal jamaah sebagai peganagan kamu.Akan tetapi baginda seringkali mengingatkan umat agar berpegang kepada jalan yang lurus.
Ini adalah soal penting kerana ia melibatkan akidah. Kerana akidah yang betul yg merupakan jalan yg lurus bagi mendekatkanNYA.
Jalan yg lurus adalah Risalah dr Nabi Rasulullah sendiri tanpa ada bidaah akidah tertentu.
Salam alitrah,
Tidak ada bidaah dalam akidah Asyariyah jika itu yg anta maksudkan. Ia adalah susulan evolusi method dari golongan salaf juga. Perkara ini telah dipersetujui ijmak ulamak sehinggalah Ibnu Taimiyah menyerang pegangan tersebut & kemudiannya diteruskan pula oleh aliran Wahabi. Semoga Allah mengampuni mereka atas kritikan terhadap Asyariyah.
Hakikatnya, method aqidah dari Imam Wahabi sendiri tidak ada nas jelas bersumber dari Nabi saw. Maksudnya, tiada ayat al-Quran/Hadis yg khas/khusus untuk WAJIB membahagikan aqidah kepada Tauhid Rububiyah, Asma wa Sifat & Uluhiyyah kemudian menyatakan method inilah yg asli dari Nabi saw.
Yang jelas, seperti method Sifat 20, pembahagian & nama-nama (Rububiyyah,Uluhiyyah etc) tersebut juga adalah ciptaan baru oleh ulamak Wahabi sendiri untuk memudahkan kefahaman orang awam.
Oleh itu, adalah tuduhan yg sangat terpesong jika golongan salafi mengatakan bahawa method mereka datangnya dari zaman salaf & yg lain tidak sedangkan sebenarnya ia terbit dari method pegangan Imam Muhd Wahab sendiri.
Yg benarnya, asalkan method tersebut tidak terkeluar dari asas sunnah wal jamaah (iaitu mendahului nas naqli dari aqli) maka ianya dibawah payung yg sama.
Ustaz Ibnu Muslim,
Jika method pembahagian kepada tauhid uluhiyyah, rubbubiyah dan asma wa sifat itu menyimpang bagaimana method ini diajar dalam sukatan sekolah menengah agama?.
Bagaimana dengan akidah seorang professor dalam bidang al quraan da hadist ((bukan wahabi dan tak perlu saya nyatakan dari universiti mana pastinya bukan USM)yang mengunakan method ini dalam pemahaman akidah dan juga dalam memberi kefahaman akidah kepada masyarakat?.
Apa 'PETAKA' yang yang akan timbul jika method ini digunakan dalam memberi kefahaman akidah kapada masyarakat dan ianya tidak sama seperti yang anda fahami?.
Adakah method ini akan menjadikan umat islam lebih mudah memahami akidah islam akan suatu hari nanti akan menjadi tersesat?.
Mungkin ustaz boleh simplified method sifat 20 agar lebih mudah difahami dan tidak terlalu penuh falsafah. Orang awam menjadi mengantuk dam penat mendengar penerangan yang terlalu berjela dan sukar difahami. Jangan katakan mereka malas nak dengar dan malas nak mengaji. Itu pun syukur kalau ada yang sangup duduk dan mendengar.
Ustaz perlu mempertimbangkan kejahilan umat islam di Malaysia kini semakin serius. Kalau terlalu kompleks mereka akan tinggalkan anda cakap seorang seorang.
Jangan terkejut jika ada yang telah lanjut usia tetapi pemahaman akidah masih tidak jelas. Berapa ramai yang masih percaya perkara khurafat, tahyul, bomoh dan sebagainya. Ada yang tak percaya rezeki dari Allah sehingga sanggup mendatangi bomoh untuk pelaris akhirnya menjadi mangsa bomoh (lihat Harian Metro minggu lalu).
Dalam blog ini dan yang melayari apa juga blog yang berdiskusi tentang islam, mereka sedikit sebanyak cinta kepada ilmu dan mencari petunjuk dari mereka seperti anda untuk panduan.
Tolong huraikan.
salam semua,
Pegangan umat skrg sebenarnya hanya menurut ulamak dalam fahaman masing2 dengan pelbagai nama saintifik masing2 yang x pernah didengar dlm Alquran dan Hadis spt ULUhiyah, Rububiyah dan sebagainya.
Apakah tepat fahaman ini sedangkan tiada nas yg menyatakan secara langsung. Ulamak bukannya maksum dan tidak terpelihara segala tindak tanduk mereka spt kata2 dan pemikiran mereka.
Mereka hanya mengeluarkan pendapat dan fahaman mereka sahaja bukan untuk kita mengambil ia sebagai perkara yang shahih untuk pegangan kita selama-lamanya.
Tiada salah untuk menolak fahaman mereka kerana mereka bukannya nabi untuk umat. Memang Wahabbi menyalahi pegangan akidah Islam, akan tetapi jangan pula menganggap Assyariah adalah betul. Dimana nasnya nabi membawa fahaman asyariah?
Yang saya tahu Nabi membawa risalah Islam yang lurus spt firman Allah "Ikutlah kamu di jalan yg lurus". Jadi kita sebagai umat perlu mencari jalan yg lurus itu, bukan melebelkan asyariah itu yang benar dari yang lain.
wasalam.
assalamu'alaikum saudara alitrah,
boleh saya bertanya, anda fahaman syiah atau bagaimana? dan aliran syiah yang mana?
syiah? Saya x pernah tahu fahaman syiah tu? Kenapa ya? beranggapan saya fahaman tu?
maaf alitrah - saya bertanya dan bukan menuduh.
Boleh saya tahu adakah anda adalah dari keturunan rasuluLLah? Sebab ramai keturunan rasuluLlah dari aliran asya'irah.
salam ibnu nafis,
Saya bukan berketurunan Rasulullah dan bukan dikalangan asyaraiah atau mana2 aliran pun.
Saya asalnya mengikut segala ajaran asy`iah kerana biasalah di Malaysia mengiktiraf pegangan itu.
Setelah bertahun2 semenjak kecil kita semua diajar dlm tradisi asy`iah ini, tp tak tahu sejarah kewujudan asy`iah ini.
Pegangan turun temurun sampai sebati dlm masyarakat dan sehingga kita mengaggap hanya ini jalan yg benar. alangkah pelik sejarah kewujudannya kita sendiri pun x tau tp masih mengatakan hanya asya`iah ini jalan yg benar.
Saya bukan mengatakan segala ajarannya x benar, tetpi perlu ada penilaian semula terutama pegangan akidah dan sumber hukum.
Ada Banyak yg saya rasa tidak selari dengan nas hadis dan Al-quran malahan logik akal disamping fakta sejarah yang tak jelas menunjukkan segala pengiktirafan asy`iah tentang sesuatu.
Antaranya rujukan hadis kita. Tak banyak riwayat hadis bersumberkan dr keluarga Rasulullah sendiri terutamanya Saidina Ali dan Fatimah. Sedangkan mereka yg paling rapat dengan Nabi. Malahan rasulullah sendiri mengandaikan dlm sabda " Aku adlah kota ilmu, dan Ali adalah pintunya".
Ini menunjukkan Saidina Ali sepatutnya menjadi rujukan umat Islam. Bahkan dikalangan para sahabat, Saidina adalah satu2 sahabat yg terpelihara melakukan dosa syirik menyembah bahala. Ini menunjukan umat Islam patut mengambil lebih banyak ajaran darinya.
Pertikaian hadis mengenai wasiat nabi di waktu haji juga widak menimbulkan tanda tanya. Ada banyak hadis mengatakan umat Islam hendaklah berpegang kepada dua perkara iaitu Al-quran dan Keturunanku. Sedangkan Asya`iah hanya mengambil hadis riwayat yg minoriti iaitu Al-quran dan Sunnah.
Ada ayat Al-Quran juga yg menjelaskan perkara ini. Tp kita mengambil sambil lewa.
Tentu saudara menyangka ini fahaman syiah kerana mengagungkan saidina Ali. Tetapi marilah kita buang seluruh fahaman masing2 dan buat kajian semula hadis dan buat analisa sejarah kembali terutamanya sejarah para sahabat dan nuzul wahyu. Dan semestinya berdoa kepada Allah yang kita hendak mencari jalan menujuNYA.
Bukhari dan Muslim pun pernah berkata bukan semua hadis mereka yg shahih, tetapi ada banyak lagi diluar himpunan mereka yg shahih. Bahkan mereka bukan maksum.
Saya sebagai orang biasa yg tak berpendidikan agama yg tinggi hanya memberi saranan kepada saudara2 semua kerana harapan umat Islam terletak diatas bahu saudara sekelian kerana berpendidikan agama yg tinggi.
wasalam..
terima kasih kepada alitrah kerana menjawab persoalan.
Walaubagaimanapun saya lebih cenderung dengan mengikut ulamak asya'iroh yang terdiri dari ulama muktabar. Untuk mengkaji sendiri dengan hanya melalui sumber-sumber yang kita sendiri tidak pasti - apatah lagi dengan kata lain (KAJI SENDIRI)lebih baik sya bertanya dengan mereka yang lebih arif berpengetahuan sebagaimana firman ALlah yang bererti :
"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui" - (Surah an Nahl:43)
Dan saya tidak akan menyerahkan urusan agama kepada mereka yang bukan ahlinya. Apatah lagi berkenaan aqidah.
Hanya berkata tidak semua dalam Bukhari dan Muslim adalah hadith sahih - itu bukanlah alasan untuk menolak apa yang direkodkan oleh mereka serta kitab sunan yang lain (tanpa ada kelayakan di dalam ilmu hadith). Adakah selepas ini tanpa ada kelayakan ilmu hadith yang mantap terus nak cakap ulamak hadith yang anda ikuti pula pasti sahih sahaja hadithnya?
Bagi saya dan ahlu sunnah wal jama'ah kami berpegang Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan sahabat RasuluLlah yang beriman kepada ALlah mereka semuanya adalah utama.
Perkataan :
Sedangkan mereka yg paling rapat dengan Nabi. Malahan rasulullah sendiri mengandaikan dlm sabda " Aku adlah kota ilmu, dan Ali adalah pintunya".
Saya tidak tahu tentang hadith ini. Mungkin ada penjelasannya.
Dan hujjah yang anda bawakan Ini bukan merupakan hujjah qot'ie yang menunjukkan bahawa beliau menjadi tempat utama rujukan umat Islam. Sudah sampai taraf mutawattirah ke?
Ibnu Muslim cuti ke?
Salam saudara Hasbullah/alitrah/IbnuNafis yg dikasihi serta jujur dalam berdiskusi.
Seperti juga IbnuNafis, ana berpegang bahawa Asyariyah adalah pegangan yg benar tetapi ana masih hormati pandangan lain selagi individu2 tersebut tidak menyerang & menyesatkan Asyairah.
Namun sebelum berdiskusi lebih lanjut, ana utarakan beberapa points yg perlu kita persetujui bersama dahulu iaitu;
1)Golongan Asyairah jelas bukanlah Muktazilah, Jahmiyah maupun Khawarij bahkan sangat berjasa dalam memerangi hujah2 golongan tersebut.
*(ramai dari golongan WAHABI yg membuat tuduhan karut mengenai Asyariyah).
2)Fakta sejarah jelas menunjukkan bahawa Golongan Wahabi yg MEMULAKAN TUDUHAN/SERANGAN terhadap Asyariyah dan bukan sebaliknya.
Maka bukanlah kesalahan untuk golongan Asyariyah mempertahankan dengan membalas serangan.
*(maknanya Wahabilah yg mula memecahkan perpaduan di dalam pemerintahan dunia Muslim).
3)Mengaitkan Asyariyah sebagai punca berbagai kesyirikan di dunia Islam sebenarnya satu simplifikasi yg berniat buruk, sangat tidak matang & lebih kepada mengambil kesempatan oleh golongan Wahabi untuk membenarkan aliran mereka.
Perkara yg sama juga berlaku pada serangan terhadap aliran bermazhab dalam syariat di mana contohnya demi untuk menghapuskan pertelingkahan mazhab, Sheikh Khadanji memberi solusi bahawa setiap individu haram bermazhab. Cara penyelesaian ini sangat tersasar & sangat membahayakan umat.
*(Hakikatnya masalah kesyirikan & pertelingkahan mazhab lebih merupakan kesalahan2 individu dari mana-mana aliran pun & ianya tidak bersangkut paut dengan Asyariyah atau Mazhab yg 4 yg sangat berjasa kepada umat Islam. Ianya ibarat perumpamaan 'MARAHKAN NYAMUK, KELAMBU DIBAKAR').
4)Cara penulisan kitab2 lama adalah berdasarkan bahasa Melayu klasik.
Maknanya bukan salah method tapi memang keadaan bahasa zaman dahulu berunsurkan sastera & berbunga-bunga.
Maka apabila kitab tersebut diajar secara musyafahah, ianya menjadi sangat mudah,jelas & mantap kerana ada guru yg menjelaskan.
*(sifat 20 sangat mudah, ringkas & jelas untuk difahami jika kita teliti tulisan buku-buku bahasa Melayu moden berkaitan method tersebut).
5) Tafwidh atau Takwil terhadap ayat2 mutasyabihat (pegangan Asyariyah) sudah merupakan pegangan jumhur jemaah Islam sejak sekian lama sehinggalah Ibnu Taimiyah & madrasah beliau(Wahabi) mendakwa Itsbat adalah pegangan salaf(dakwaan yg terpesong).
*(fakta ini turut disokong oleh Dr Yusof Qaradawi didalam bukunya 'Aqidah Salaf & Khalaf')
6) Bahayanya method Wahabi (ana tak kata salah) ialah kerana orang kafir juga dianggap percaya kepada Allah namun cara sembahan shj yg salah.
*(bererti ketinggian darjat ucapan kalimah syahadah sudah tidak bermakna lagi dalam membezakan muslim & kafir).
7) Kaedah yg mengatakan bahawa pelaku bidaah dalam ibadah (berdasar kefahaman mereka) adalah lebih rendah darjatnya dari pelaku dosa besar adalah sangat terpesong dari kaedah ushul fiqh Mazhab yg 4 & ianya tiada asas qothie dari Al-Quran & Hadis.
*(akan/telah menerbitkan golongan yg selesa melakukan maksiat & dosa besar asalkan masih beriman tetapi merendahkan martabat serta menggusarkan keyakinan golongan yg kuat beribadah yg melakukan bidaah hasanah).
8) Sejak diperkenalkan sukatan method Wahabi ini didalam pelajaran sekolah, remaja di negara kita nampaknya lebih teruk keadaannya dari zaman kita dahulu, dan masalah kesyirikan tidak juga kurang.
OLEH ITU, BAGAIMANA PULA BOLEH DIITSBATKAN BAHAWA KAEDAH AQIDAH WAHABI DAPAT MEMBERIKAN JALAN PENYELESAIAN TERHADAP MASALAH2 TERSEBUT SEDANGKAN KEADAAN MAKSIAT ADALAH LEBIH TERUK DARI WAKTU ZAMAN ANA YG MEMPELAJARI & MENYAKINI METHOD ASYARIYAH?
*(Adakah mungkin kerana fahaman bahawa pelaku dosa besar lebih tinggi darjatnya dari pelaku bidaah yg taat beribadah mengakibatkan remaja tidak malu untuk melakukan dosa disamping pula budaya yg suka mencari-cari pelaku bidaah di kalangan individu yg taat beribadah?).
Hakikatnya, sesiapa pun boleh mendakwa kaedah mereka yg terbaik namun data & fakta tidak pernah menipu.
Fikir-fikirkanlah.
Wallahualam.
Salam,.. Ibnu Muslim,
Dalam perkara 8, saya tidak bersetuju dengan anda. Secara umumnya di Malaysia ini, pelajaran sifat 20 diajar dalam sukatan sekolah rendah agama dan kebangsaan; ’method wahabi’ yang anda maksudkan diajar dalam sukatan sekolah menengah agama , kebangsaan dan juga di institusi pengajian tinggi. Jadi, yang banyak terdedah secara umum dan secara ’superficial’nya dan tidak mendalam adalah pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Yang paling mendalaminya adalah pelajar pelajar aliran menengah agama dan pengajian tinggi agama.
Isu pertama, siapa autoriti yang meluluskan sukatan ini?. Tentu mereka adalah agamawan dan terdidik dengan akidah yang benar . Di mana fungsi agamawan yang benar akidahnya?. Adakah majoriti mereka adalah wahabi?. Ataupun method akidah ini benar dan boleh memudahkan pengajaran akidah?. Adakah ini dipandang serong hanya keran a ’wahabi’ mengunakan method yang sama?.
Isu kedua, dari kenyataan anda secara umum akan mengena kepada golongan yang mendalami agama semasa di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Adakah agamawan selepas zaman anda telah rosak akhlak dan akidah mereka sehingga terjebak kepada fahaman wahabi dan Ahbash?. Lebih menarik,fahaman ini di ’import’ dari timur tengah. Mengikut data dan fakta anda berapa peratus ’wahabi’ , ’Ahbash’ dan yang benar tulin akidahnya yang balik dari timur tengah setiap tahun?. Ahbash pun telah di diisthihar sesat. Apa akan jadi dengan institusi agama negara kita?. Berapa ramai agamanwan negara kita yang menyanjung kehebatan pengasas Kumpulan Ahbash ni?. Termasuk tok guru pondok kat Malaysia ni.
Maksiat yang bermaharajalela kini, memang benar ada kaitan langsung dengan ceteknya penghayatan akidah islam dan juga ibadah dalam islam. Ada yang tak mendalam pun pengetahuan mereka dengan ’ method wahabi ’ itu, namun mereka pun teruk juga. Atau kedua dua method akidah ni pun mereka memang tak faham. Method yang salah atau individu muslim yang salah belajar atau tak mahu belajar?.
Sebenarnya masalah itu berpunca dari individu islam itu sendiri yang majoritinya orang Melayu. Menjadi seorang Islam sebab ’keturunan’nya islam. Rata rata yang rosak (ambil rasuah/makan rasuah, buang bayi, bunuh bayi, sumbang mahram, rogol, arak, judi, sabung ayam, pelacuran, you name it, macam macam ada) majoriti orang melayu islam diikuti kaum lain yang beragama islam mengikut nisbah populasi mereka jika ada.
Jadi semua agamawan yang benar akidahnya kena usul method yang benar untuk mengembalikan kilauan akidah islam yang benar di Malaysia.
............................................................................................................
Dalam perkara no 7. Kedua dua perlakuan dosa besar dan bidaah Dolalah saya tak setuju untuk dibuat. Bidaah hasanah yang disandarkan dengan kesaksian Rasulullah dan perkara baruHasil ijtihad para sahabat tetap kita terima sebagai amalan.
Tafsiran saya dengan kenyataan anda itu ialah pendosa besar jika telah sedar tentang dosanya dan bertaubat ’nasuha’ masih mempunyai peluang yang besar untuk mendapat keampunan Allah dan dibersihkan dari dosanya, insyallah. Tetapi para pembidaah akan merasa bidaah (dholalah) sebagai benar dan terus melakukanya sehingga matinya maka matilah dia tanpa bertaubat.
Kenyataan anda seolah olah mereka ’wahabi’ mengalakkan dosa besar. Saya tak pernah terbaca pun mereka mengalakkan membuat dosa besar. Kalau pun anda tak suka ’wahabi’, anda tak boleh mengatakan seolah mereka mengalakkan dosa besar. Kita tunjuk mereka jalan yang benar semoga mereka kembali ke jalan yang benar.
............................................................................................................................
Dalam perkara no. 6. Percaya dengan beriman tu kan tak sama. Mengikut kefahaman saya yang miskin ilmu ni, semua makhluk percaya adanya kuasa yang maha berkuasa. Kita panggil Allah serta nama nama lainnya yang mulia. ’Manusia’ lain tu percaya je tapi tak tahu namanya dan tak tahu siapa Allah, mungkin risalah wahyu tak sampai lagi kepada mereka. Yang telah menerima risalah wahyu, mereka mestilah beriman kepada Allah mengikut syarat syarat dan tuntutan tuntutannya. Jika ingkar kan kita panggil ’Kafir’. Adakah ini dikatakan merendahkan ketinggian ucapan darjat kalimah syahadah?.
Akhir sekali saya mohon maaf jika ada kata kata saya yang tidak saya bermaksud menyinggung hati anda. Wassalam.
Salam saudara Hasbullah;
Alhamdulillah point 1 hingga 5 tidak di sentuh maka boleh ana katakan bahawa anda tidak menyesatkan Asyariyah & mengakui masalah bidaah hasanah adalah salah satu cabang ijtihad shj(furu).
Point 8 - terima kasih atas penjelasan anda.
Sebenarnya ana sedih kerana pernah keluar artikel dari mantan Mufti di Utara yg mudah menyimpulkan aqidah Asyariyah menyebabkan kerosakan umat di Malaysia di samping hampir menuduh puncanya kerana kaedah tauhid Sifat 20 yg membosankan. Oleh kerana nada anda hampir seirama kerana itu ana jelas & buktikan bahawa ianya adalah simplifikasi yg sangat jahil & mungkin berniat buruk.
Point 7 - Ana setuju dengan maklumbalas anda kecuali berkenaan Ahbash.
Yg sebenarnya, tiada ulamak yg menyesatkan mereka kecuali ulama Wahabi(sila rujuk & kaji kembali kenyataan Yusuf Qaradawi, Ramadhan Al Buti ,Wahbah Al Zuhaily atau Univ. Al-Azhar).
Kenyataan mereka yg paling kuat hanyalah mereka berlepas diri dari golongan Ahbash itu shj. Golongan Ahbash pada Asyariyah adalah sepertimana golongan Wahabi pada Salafi.
Mereka dipinggir yg kuat mempertahankan pegangan sehingga adakalanya hampir nampak ekstrim seperti juga Wahabi.
Jika Wahabi ada pendokong ekstrem seperti Sheikh Muqbil Hadi maka Asyariyah ada Sheikh Abdullah Hariri.
Mereka bukanlah spt Muktazilah, Jabariah,Qadariah yg jelas kesesatannya.
Sepertimana ada Mufti yg mengambil sumber dari Sheikh Wahabi maka begitulah juga ada Mufti yg bersama Sheikh Ahbash, tiada bezanya.
Perlu dingatkan bahawa segala kenyataan/kitab ulamak2 salaf berkaitan sesatnya maksud golongan ahlul bidaah ataupun yg tenggelam dalam ILMU KALAM SEBENARNYA DITUJUKAN KEPADA GOLONGAN YG SESAT AQIDAH SEPERTI MUKTAZILAH, QADARIAH DSBNYA namun telah diselewengkan oleh pendokong Wahabi dengan menisbatkan kpd Asyariyah serta pendokong ijtihad bidaah hasanah sedangkan pada Asyariyah, dalil naqli diutamakan & dalil aqli sebagai pendokong bukan pokok aqidah (maknanya tidak tenggelam dalam falsafah yg karut marut seperti Muktazilah)
Inilah satu tuduhan yg sangat menyedihkan ana oleh golongan Wahabi terhadap Asyariyah.
Sila rujuk kenyataan berikut;
'Pembahagian bid'ah kepada bid'ah iktiqadiyah membawa maksud iktiqad yg fasad yg bertentangan dengan apa yg diutuskan kepada Rasulullah saw seperti iktiqad golongan Khawarij, Syiah, Muktazilah Murjiah, ASYAIRAH dll'(ms 435).
Buku Manhaj Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah oleh Ismail bin Omar terbitan Access Infotech(M) Sdn Bhd. Masyaallah.
Alhamdulillah kita sama2 faham maksud pelaku dosa besar yg tahu dia berdosa & BEZA BIDA'AH HASANAH & DHALALAH tapi Wahabi menggolong ahlul bid'ah secara keseluruhan.
Kenyataan no 3 yg ana dapati dari buku yg sama adalah seperti berikut -
'Dosa perbuatan bid'ah adalah lebih berat dari perbuatan maksiat yg menanggung dosa2 besar kerana
(3) Pembuat dosa besar sedar ia membuat maksiat (SOALANNYA APAKAH SEMUA PEMBUAT MAKSIAT SEDAR? SEDANG ADA YG BANGGA & TAK MAHU BERHENTI SAMPAI MATI; MENGAPA TIDAK DIBEZAKAN ANTARA KEDUANYA SEKADAR AYAT UMUM SHJ? ADAKAH GOLONGAN BANGGA DOSA INI JUGA LEBIH DARJAT DARI AHLUL BIDAAH WALAU TAK SEMPAT TAUBAT?)tetapi pembuat bid'ah (TIDAK DIBEZAKAN ANTARA HASANAH ATAU DHALALAH ATAU IKTIQAD HANYA DINYATAKAN SECARA UMUM JUGA!)merasakan bahawa ia adalah benar & tidak bersalah.
Kalau orang awam baca buku ini beliau boleh kata 'kalau gitu baik aku bedal buat apa je kat dunia ni nanti aku kut-kut boleh sedar ia dosa besar pun dah cukup & ia lebih baik darjat dari aku tak tinggal shalat tapi amal zikir beramai lepas habis shalat sampai aku mati(bidaah dari segi Wahabi SEBAB MEREKA TAK BEZAKAN!). Kan sangat bahaya kaedah tersebut terhadap iqtikad umat Islam? HAKIKATNYA SELAGI PEMBUAT DOSA BESAR TIDAK BERTAUBAT HANYA SEKADAR SEDAR SHJ TAK LAYAK DIANGGAP LEBIH DARJAT DARI AHLI BIDAAH! Mana mungkin begitu saudara Hasbullah kecuali jika kita tafsirkan maksud ahli bidaah itu adalah bidaah aqidah barulah tepat namun mula-mula lagi telah dinyatakan Asyairah SESAT jadi kami dicap ahli bidaah ditambah pulak mengamal bidaah hasanah yg tak dikitiraf oleh mereka maka secara tidak langsung golongan Asyairah telah ditakfirkan. Masyaallah!
Point 6 - Sila saudara baca balik hujah mereka berkaitan tauhid rububiyah.
Bagaimana mereka menafsir Surah Yunus ayat 31? Dan dalam hujah mereka dalam bab ini tidak dikemukakan satu hadis shahih pun untuk mendokong kefahaman mereka tersebut.
Hingga akhirnya menyebabkan dibenarkan nama Allah digunakan sewenangnya oleh agama lain untuk tuhan mereka.
Akibatnya bila keluar nyanyian Agnes Monica tentang tuhan beliau yg dipanggil Allah Jesus barulah ulamak menggalabah bila nampak masalah yg akan timbul.
Wallahualam.
Ibnu Muslim,
Anda berkata saya membuat simplifikasi bersifat jahil dan berniat jahat. Sedangkan anda juga membuat simplifikasi yang mengatakan 'method wahabi' menjadi punca remaja selepas zaman anda menjadi teruk. Apa niat anda?. Saya tidak bermaksud saya membela mereka.
Apa yang saya tulis bermaksud untuk menjelaskan BUKAN method yang salah, tetapi kecenderungan individu Muslim itu sendiri yang mungkin kebetulan mempelajari salah satu dari method method tersebut atau tak belajar langsung keduanya. Sebab yang belajar sifat 20 dan 'method wahabi' pun kini sama teruk.
Saya tahu anda memang berniat baik dan tidak jahil. Bagaimana anda membuktikan mereka adalah berakidah 'method wahabi'?.
Nada yang sama tidak semestinya dijadikan ukuran untuk melebelkan seseorang. Apa tidak boleh kita berbeza pendapat untuk berdiskusi. Saya hanya sekadar mengeluarkan pandangan saya. Maaflah, kalau salah.
Saya sangat mengharapkan agar generasi hari ini yang sedang membesar diajar dengan akidah yang benar dan mudah difahami semua lapisan masyarakat umur mereka. Jangan ustaz yang mengajar seorang saja yang faham.
..................................
Baca balik tulisan saya tentang bidaah tu. Orang jahil je yang main tangkap muat bidaah hasanah sebagai berdosa. Isu furu' biarlah tak payah nak bertelagah. Nak zikir lepas solat, nak baca doa beramai ramai dan sebagainya buatlah. Jika nak buat memang ada contoh dari Rasulullah. Tak buat tak jadi dosa tapi rugi pahala kerana meninggalkan sebahagian dari sunnah. Jangan pula yang tak nak buat tu mereka dilebel yang bukan bukan contohnya 'wahabi lah tu!. 'Extrimist wahabi' pun jangan melebel juga. Selesai maslalah.
Kenyataan anda ...
(SOALANNYA APAKAH SEMUA PEMBUAT MAKSIAT SEDAR? SEDANG ADA YG BANGGA & TAK MAHU BERHENTI SAMPAI MATI; MENGAPA TIDAK DIBEZAKAN ANTARA KEDUANYA SEKADAR AYAT UMUM SHJ? ADAKAH GOLONGAN BANGGA DOSA INI JUGA LEBIH DARJAT DARI AHLUL BIDAAH WALAU TAK SEMPAT TAUBAT?)
Hal menaik taraf pendosa besar lebih mulia dari pembuat bidaah dholalah mungkin atas kejahilan. Tentang pendosa tu sedar ke tak sedar ke kemudian bertaubat bukan kerja kita, tu kan kerja Allah. Allah memberi dan menahan hidayah mengikut kehendaknya + ada niat nak berhenti buat dosa.
..............................
Orang kristian di timur tengah dah lama guna nama Allah. Kat Malaysia dan Indonesia mungkin baru. Ummat manusia sebelum Rasulullah (Yahudi, Nasara, kaum nabi nabi sebelum ni termasuk kaum jahiliah) pun panggil tuhan semesta alam tu Allah. Orang Budha, Hindu dan Cina tak panggil Allah sebab tuhan mereka manusia dan mereka tak boleh namakan manusia tu Allah sebab Allah bukan makhluk.
Pada pandangan saya jika mereka 'guna juga'nama Allah. Allah tetap maha tinggi dan maha suci dari sebarang sekutu yang mereka sekutukan. Allah tak akan jadi hina. Malah sangat mudah kita nak kilas balik kesesatan mereka. Al Quraan kitab yang penuh dengan hujah tentang kesesatan mereka. Adakah islam akan menjadi hina? atau umat islam menjadi hina kerana menjauhi islam dan Allah sehingga mereka menjadi keliru dengan agama sendiri?.
Maaf kalau ada kata kata yang tak manis. Wassalam
Mungkin pada pandangan saudara HasbuLlah begitu, tetapi lagu ini yang telah diharamkan :
ALLAH PEDULI
Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkannya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yang kita hadapi
Tak akan pernah di biarkannya ku bergumul sendiri
Sbab [b]Allah Yesus ku mengerti[/b]
Nyanyian : Agnes Monica
-----------------------------------
ALlah tetap Maha Tinggi, Maha Mulia - sebab itu adalah aqidah umat Islam yang benar. Masalahnya yang sedang dibicarakan sekarang ini orang Kristian menggunakan kalimah ALlah untuk menyamakan dengan aqidah mereka. Itu yang perlu anda faham.
Apa anda tidak lihat agenda mereka yang mengelirukan dan cara mereka untuk memesongkan? Ini baru satu pendekatan. Selepas ini kita tidak tahu lagi, mungkin nantinya jika bible mereka yang ditulis dalam bahasa arab pula adanya istilah solah, taqwa, dan yang kita gunapakai. Jika dibaca oleh mereka yang tidak kuat pegangannya? Kita nak berlepas diri? atau kita kata : 'tak mengapalah, zaman sekarang kita tak boleh nak halang, baca je apa yang nak dibaca'.
Kesannya pada umat Islam, remaja Islam yang tidak kuat pegangan aqidahnya?
Salam...,IbnuNafis,
Saya dah dengar lagu tu.
Rangkap terahkir tu haram dan penuh dengan keshirikkan - 'blended' nama Allah dan yesus. Mereka mengatakan 'Allah itu yesus / yessus itu Allah'. Bagi yang goyah akidahnya, mungkin tak faham atau mereka ingat macam sama saja, sebab bunyinya hampir sama.
Pokok pangkalnya ialah pengukuhan akidah dan ilmu ummat islam. Galakan demi galakan perlu kita buat. Remeja perlu dipujuk hati mereka dengan program program agama yang sesuai dengan perengkat umur mereka. Ibu bapa perlu beramai ramai megumarahkan masjid dan ajak ahli rumah bersama sama mengumarahkan masjid dan surau. Hadiri majlis ilmu dimana jua ia diadakan. Kanak kanak sukakan 'makan' dan 'games', raikan mereka.
Terkadang pendekatan dakwah kita (Malaysia) terlalu sempit. Mesti pakai kopiah, jubah dan baju melayu. Kebanyakkan masjid kurang meraikan kanak kanak yang bakal mengantikan ibu bapa yang dah semakin hampir kepada 'kubur'. Jadilah kanak kanak dan remaja yang terbiar dan menghabiskan masa di cybercafe dan merempit.
Saya merasa bahagia dengan perkembangan terkini di masjid dan surau di tempat saya setelah pentadbirannya dikembalikan kepada penduduk tempatan sendiri. Campurtangaan politik di'cairkan'. Alhamdullah.
Soalan saya yang terakhir semoga ianya tidak menyinggung perasaan anda. Berapa orang arab di Mesir, Saudia atau negara timur tengah yang menjadi kristian akibat pengunaan nama 'Allah' dalam kitab mereka?. kalau ada statistik bagus juga, boleh kita share information.
Salam Hasbullah,IbnuNafis.
Terima kasih IbnuNafis kerana mendokong pandangan ana dalam masalah ini.
Perlu dinyatakan bahawa keadaan di Timur Tengah berbeza dengan Malaysia.
Disana agama Islam sudah seperti agama hakiki sebahagian besar yg berketurunan Arab, hakikat bahawa Nabi saw juga dari keturunan mereka & bahasa asli Al-Quran, Hadis & kitab2 agama adalah dalam bahasa ibunda mereka, contohnya mudah mereka faham segala bacaan semasa shalat.
Namun di Malaysia lain ceritanya, masalah murtad menjadi isu besar.
Ramai yg shalat tapi tak faham pun apa yg dibaca maka mudah unsur lain nak masuk & kacau.
Solusi utama memang la proses pemantapan aqidah diusahakan dikalangan orang Islam kita tetapi unsur undang-undang seperti penguatkuasaan larangan juga jangan diabaikan kerana kuasa ada ditangan kita orang Islam sendiri.
RAMAI ORANG ISLAM KITA YG DAH NAK MURTAD & SUDAH PUN MURTAD SECARA SENYAP-SENYAP.
Maka apa sahaja cara jalan, wasilah,usaha, ikhtiar yg dapat mengatasi masalah ini perlu disokong bukan dikritik.
Takkan nak jadi macam Indonesia yg dah lama biar Kristian pakai nama Allah, perkara murtad dah jadi macam tak ada apa-apa, Muslim boleh kahwin dgn Kristian tanpa tukar agama, kubur Islam Kristian pun boleh campur aduk dsbnya hingga akibatnya berbagai musibah diturunkan oleh Allah swt kepada mereka? Na'uzubillah.
Perlu diingat, Allah Maha Suci dari segala bentuk penyerupaan - MEMANG TAK DE KESAN WALAU SEBESAR ZARAH PUN ORANG KAFIR KALAU GELARNYA DENGAN NAMA YANG SAMA - HAKIKAT NI UMUM MENGETAHUI.
Yg menjadi masalahnya,sudah maha tentu bukanlah Allah swt tapi iktiqad orang awam Muslim (muqallid)yg ramai di Malaysia sangat mudah terpengaruh.
Ibarat kanser kalau setakat dibedah & dibuang tempat barah tanpa rawatan chemo & ubat susulan akibatnya barah akan merebak kembali malah lebih teruk!
Bukankah Islam sendiri menyuruh supaya proses mencegah kemudaratan dari merebak diutamakan dari proses merawat?
Takkan kita tak hairan langsung mengapa golongan kafir ni beriya-riya sangat nakkan nama Allah dalam kitab mereka di MALAYSIA?
Apakah niat mereka sangat baik & tiada langsung niat buruk yg tersembunyi?
Wallahualam.
1. Terkadang pendekatan dakwah kita (Malaysia) terlalu sempit. Mesti pakai kopiah, jubah dan baju melayu. Kebanyakkan masjid kurang meraikan kanak kanak yang bakal mengantikan ibu bapa yang dah semakin hampir kepada 'kubur'. Jadilah kanak kanak dan remaja yang terbiar dan menghabiskan masa di cybercafe dan merempit.
...................................
Ulasan saya :
Saya bersetuju tentang perkara ini. Dan dalam masa yang sama tidak perlu memandang kepada pakaian yang penting ia sudah menepati tuntutan menutup aurat dalam Islam. Dan jangan pula melebarkan pandangan sehingga menyebabkan orang memandang sempit pula pada pakaian jubah, kopiah.
Dalam keadaan umat Islam di Malaysia, kita memandang hormat pada mereka yang memakai pakaian jubah. Begitulah juga para ulamak dan mufti kebanyakan mereka memakai pakaian seperti ini.
-----------------------------------
2. Soalan saya yang terakhir semoga ianya tidak menyinggung perasaan anda. Berapa orang arab di Mesir, Saudia atau negara timur tengah yang menjadi kristian akibat pengunaan nama 'Allah' dalam kitab mereka?. kalau ada statistik bagus juga, boleh kita share information.
Ulasan saya :
Berapa ramai pula yang anda pasti tidak terpengaruh dengan penggunaan nama 'ALlah' jika digunakan di Malaysia. Dan anda pasti pihak Kristian tidak mempunyai agenda tertentu?
Saya membaca dari ulasan Ustaz Farhan iaitu bapanya seorang paderi Besar di Sabah dan beliau sendiri adalah seorang bekas penganut Kristian yang dilatih untuk menjadi paderi telah mendedahkan usaha missionari Kristian di Malaysia ini yang dilihat mempunyai agenda tertentu untuk mengelirukan umat Islam.
Menurut beliau penganut Kristian Ortodoks yang berpegang kepada Injil Perjanjian Lama (The Old Testament), memang menggunakan nama ALLah sebagai Tuhan mereka, tetapi tidak di dalam Injil Perjanjian Baru (The New Testament) yang menjadi pegangan penganut Kristian Katolik, Lutheran, Anglikan dan lain-lain.
Kita menggunakan kalimah ALlah sebagai Rabbul Jalil, ALlah itu satu dan tiada Tuhan melainkan ALlah
Berbeza dengan Kristian yang menyebut Tuhan tetapi Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Ruhul Qudus.
Jadi di sinilah yang kita hendak bicarakan penggunaan kalimah ALlah tersebut. Jika pihak Kristian menggunakan kalimah ALlah iaitu ALLah itu Esa, bagi saya ia tiada masalah, yang benar-benar mengikut al Quran dan Hadith.
Masalahnya sekarang anda perlu semak sendiri di dalam bible yang ada (terjemahan Melayu pun dah banyak) tentang penggunaan ALlah itu jika digunakan untuk Yesus seperti Agnes Monica itu sendiri dan kemudiannya jika disebarkan secara meluas. Walaupun bukan dalam bentuk bible tetapi mungkin dalam bentuk karangan dan penceritaan atau risalah kecil untuk mengelirukan umat Islam yang kurang asas aqidahnya dalam agama.
Ada satu buku yang didedahkan oleh Ustaz Farhan tunjukkan iaitu di tulis dengan permulaan muka depan risalah itu dengan kalimah Basmalah dan tajuknya RAHSIA JALAN YANG LURUS, Al Mustaqim. Buku ini tersebar di Johor Bahru di dalamnya adalah pengisian tentang Kristian.
Yang ini dibuat secara haram tuan. Apatah lagi sekiranya mendapatkan kelulusan dari mahkamah!. Anda fikir apa yang berlaku?
Untuk membetulkan aqidah remaja satu perkara, kita jangan hanya pandai bercakap sahaja tanpa pernah turun dan cuba merawat aqidah remaja ini. Nanti ditunding-tunding juga jari jemari kepada orang lain tapi lupa menunding ke muka sendiri.
Mencegah Lebih Baik Dari Berubat.
salam semua.,
Masalah kerohanian adalah punca murtad dikalangan orng melayu Islam kita. Biarpun namanya Islam dan dari kecil diajarkan khalimah tauhid "LA ila Ha illah " namun tidak menusuk kedalam hati mereka.
Oleh itu ajaran kerohanian kini perlu dikaji agar lebih lebih berkesan kerana mungkin pengajaran agama kini hanya lebih menumpukan permasmalahan hukum-hukum yang sangat mendalam dan hanya akan membosankan orang atau lebih penting lagi kepada murid2 sekolah.
Saya juga perhatikan para paderi kristian kini sebenarnya mengambil cara orng Islam lampau dengan menarik orang melayu masuk kristian dengan mempamerkan sifat2 bersopan dan ajaran2 yang bersifat lembut.
Saya pernah pergi mengikuti kwan ke gereja (untuk ambil tahu saje) dimana paderi mereka amat mengalu2kan kedatangan pengikut mereka dengan senyuman dan cara mereka amat sopan. Mungkin sbb itulah orang kita mudah terikut dengan dakyah mereka. Perbezaan amat ketara jika melihat dengan keadaan masjid surau kita. Kekadang pak Imam pun tak ambil tau akan jemaah kariah. Ini berlaku dekat surau taman kediaman saya.
Assalamu'alaikum
IbnuNafis
Ustaz menyatakan bahawa : Saya membaca dari ulasan Ustaz Farhan iaitu bapanya seorang paderi Besar di Sabah dan beliau sendiri adalah seorang bekas penganut Kristian yang dilatih untuk menjadi paderi telah mendedahkan usaha missionari Kristian di Malaysia ini yang dilihat mempunyai agenda tertentu untuk mengelirukan umat Islam.
soalan saya:
Paderi tu kan kita semua tahu bahawa x boleh kawin,jadi macam mana dia boleh ada anak siap dengan nama ustaz farhan lagi,pelik kan?
ustaz x siasat dulu ke maklumat ni betul ke x,atau ustaz terus ambik buat hujah?
sama lah kalu kita menbicarakan tengtang al-Albani ke atau sesiapa sahaja,baca dulu kitabnya secara mendalam,siasat dulu biodatanya,perjalanan hidupnya dan apa sahaja hal berkaitan dengannya secara terperinci....
syukran.
Salam..,Ibnu Nafis,
Tentang risalah yang cuba mengelirukan itu, saya pernah menerima dan mambacanya ketika itu saya masih remaja. Ternyata ia tidak memberi kesan kepada saya dan jika anda membaca kandungan apa yang mereka sampaikan memang mereka cuba untuk memesongkan, tetapi ia kembali kepada anda sendiri yang membaca tulisan itu. Apa akidah kita?, Islam adalah agama yang diredhai Allah dan Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah.
..............................
Janganlah main perli perli kat saya cakap pasal tuding tuding jari. Kita masing masing ambil peranan dan tegas dalam hal akidah ini. Segala segalanya bermula dari diri kita, kemudian mendidik ahli keluarga kita (anak, isteri dan saudara mara) dengan didikan akidah yang benar dan kemudian kita sampaikan kepada orang lain yang kita kenal atau tidak kenal.
.................................
Apa yang Altirah kata tersangatlah benarnya. Tak tahulah statistik masjid atau surau yang kurang meraikan kanak kanak dan remaja. Alhamdulillah masjid dan surau tempat saya dah semakin berubah dan lebih mesra kepada kanak kanak dan remaja.
Mungkin imam imam, bilal bilal dan ustaz ustaz kena lebih tawaduk. Apa kita nak kata jika agamawan (tak lah semua) kita tak se sopan dan lemah lembut seperti paderi paderi di gereja gereja yang sesat dan kafir itu?.
Salam utk semua komentar.
Saya bersetuju dgn kenyataan alitrah tentang tiadanya kemesraan para Imam2 dan bilal2 masjid terhadap ahli kariah.Kemesraan yg ditunjukkan oleh paderi kristian lebih menonjol drp mereka.Malah Ust Farhan sendiri pernah ditempelak sebagai "masih baru" oleh seorang agamawan apabila beliau menyatakan pendapatnya dlm satu muzakarah.Maka Ust Farhan hampir keluar semula dari Islam namun dipujuk oleh seseorang.Ini satu contoh bagaimana kurang mesranya agamawan kita.Lihat saja berita di Harian Metro betapa ramainya mualaf yg murtad akibat tidak dibimbing atau disisihkan.Maka mereka mencari perlindungan di rumah ibadat bukan Islam.Ini kisah benar yg dipaparkan.Di tempat saya Imam/Bilal tidak boleh ditegur kesalahan mereka maka mereka akan memandang serong terhadap kita.Pihak berwajib perlu adakan kursus kesedaran kpd Imam2/Bilal2/AJK Masjid utk mewujudkan suasana kemesraan di Masjid.Nak senyum bila bersalam pun payah mereka2 ini.Tahniah alitrah kerana membawa isu ini.
Assalamu'alaikum
Kepada saudara lelaki yang baik,
Saya pernah bertemu dengan ustaz farhan sendiri, dan pernah bersama rakan menjemputnya memberi kuliah mengenai pergerakan kristian sementelahan semasa belajar dahulu kami terlibat di dalam dakwah orang Asli. Hujjah beliau yang dikeluarkan itu sama sahaja dengan buku-buku dialog dengan Kristian dan Islam.
-----------------------------------
Saudara HasbuLLah, saya tidak memerli anda. Kita hanya bermuhasabah diri untuk diri saya sendiri khususnya dan orang Islam yang lain. Kita membaca (ITU DIRI KITA YANG MEMBACA) jangan pula disamakan dengan orang lain. Yang terpengaruh dengan anti hadith pun kerana bacaannya juga, pluralism, liberalism pun dari bahan bacaan juga. Yang terpengaruh nak jadi mujtahid walaupun tak cukup syarat pun terpengaruh dengan hujjah yang mengatakan Hadith Sahih adalah Mazhabku. Begitulah juga dengan gerakan punk, black metal dan banyak lagi yang ada di sekeliling kita ini yang sedar atau tidaknya.
Itu belum lagi terpengaruh dengan dakyah-dakyah politik kotor.
Yang tidak terpengaruh biasanya ada asas adalam disiplin ilmu, yang berfikiran jauh, kuat pendidikan agamanya.
Masalah yang kita bicarakan ini melibatkan umat Islam yang ramai di Malaysia, dan bukan hanya diri kita yang tidak terpengaruh dengan bacaan risalah tersebut.
Saya setuju pernyataan saudara itu mengenai dakwah, diri, KELUARGA, ORANG LAIN. Mengapa kita berdakwah? Banyak juga sebabnya :
1. Amar ma'ruf, nahi mungkar
2. menyebarkan Islam
3. Sebab ramai yang tidak tahu mengenai Islam - cthnya : JAHIL
4. dan banyak lagi sebab-sebabnya.
WaLlahua'lam
Salam... utk smua,
Cuba anda anda semua buat pemerhatian, pada hakikat sebenarnya mu'alim mu'alim dalam senerio masyarakat Malaysia yang majoritinya orang melayu-islam lebih berakhlak 'Melayu' berbanding berakhlak 'Muslim mengikut sunnah Rasulullah'.Jika mereka tak bersifat riak, sekurang kurangnya 'ujub' tu mungkin ada. Bukan su'u zhan, tetapi itu lah yang terserlah. Kalau debat pasal akhlak ilmu tasawuf memang hebat. Kalau ilmu tasawuf dikritik merekalah yang melenting dulu.
Perhatikan cara mereka menjawab sesetengah pengomentar dalam blog ini dan juga dan 'chat box'. Tak kira mereka di pihak mana pun. Niat mereka baik untuk berdiskusi, tetapi emsosi mereka secara tak sengaja 'terlahir' dalam tulisan mereka. Lihat kat 'chat box'- Banyak 'ulamak ulamak' ayat ayat mutashabihat kat cat box ni. Kata kata yang tak sesuai terlalu banyak dihamburkan. Kalau anda baca mereka saling menuduh satu sama lain. Ruang perbincangan mulia menjadi medan perbincangan 'lagha'. Maaf lah saya terpaksa tegur Al Gahri; Al Ghari pun joint sekali, beliau sepatutnya berada di ruang ini bukan kat 'chat box', kalau nak jawab soalan kat 'caht box', jawablah yang tersangat penting sahaja. Ada satu dua je tulisan beliau yang mengunakan bahasa bersopan dan beretika dan tidak menyerang peribadi terutama individu bernama 'ustaz Asri'. Ntah bengang sangat anta kat indivdu ni. Maaf lah Al Ghari, ini komen jujur saya.
Saya sendiri pernah ditempelak dengan perkataan ' psychology murahan', 'jahil', 'berniat jahat'. Ada pengomentar yang dituduh 'malas membaca'. Menyindir, tak kiralah. Ini mungkin baru sebahagian saja. Di mana inti pati akhlak yang dididik dalam ilmu tasawuf anda wahai Mu'alim mu'alim Melayu.
Dalam satu komen; petikan jawaban dalam bahasa ingeris oleh seorang Mu'alim timur tengah yang dihantar oleh saudara Hisyam dalam isu yang lalu, jawaban beliau begitu penuh etika serta dengan kelembutan bahasa. Kita tak pandang beliau pun, cukup dengan membaca tulisan itu menunjukkan betapa beliau begitu tawadhu orangnya. Cuba lihat video ceramah oleh ustaz Zaharuddin Abd. Rahman bertajuk 'kepentingan ilmu bagi mufti & hakim- apa jawaban Yusuf Al Qardawi kepada pertanyaan beliau (ustaz Zaharuddin) tentang perkataan 'Jamaah' dalam suatu hadist merujuk kepada konteks masyarakat islam masa kini.
Cuba buka video video atau ceramah ceramah oleh ustaz Hussien Yee tentang seneraio umat islam di Malaysia. Apa komen beliau tentang orang Melayu-Islam di Malaysia?. Salah satu perkataan beliau dalam satu kuliah beliau yang saya hadiri - 'Orang Melayu-Islam di Malaysia lah yang merosakan emej Islam di Malaysia', meMelayukan islam bukan menjadikan Islam sebagai Adeen untuk semua bangsa beragama islam. Tak hairan jika isu murtad setelah memeluk agama islam dalam harian metro. Itu baru sikit dikalangan orang cina, bagaiman dengan bangsa lain - orang asli, india, native Sabahan dll.
Re enginered akhlak Mu'alim Melayu suatu kemestian. Wallahu'alam. wassalam
HasbuLLah, bukankah perkataan anda sudah menunjukkan su'uzzhon?
Apa kata mengajak kebaikan itu bermula dari diri sendiri?
Boleh saya bertanya :
Bagaimana nak berikan komen di laman web dr maza. Saya ingin penjelasan dari beliau mengenai pernyataan pengajian sifat 20 menyusahkan (pendapat dari beliau)dan pembelajaran pembahagian tauhid kepada 3 lebih mudah. (yang ini pun sama juga tiada dalil qot'ie Tauhid perlu dibahagi kepada 3 bahagian).
Saya mencari ruangan untuk register tapi tidak menjumpainya. Tetapi sebarang komen perlu diberikan kepada editor website terlebih dahulu.
Jika di sini kita boleh komplen, kritik ustaz zamihan, tetapi susah pula kita nak mengkritik dr maza dan penulisannya. Dan tiada pula apa2 komen di ruangan komen. Mengapa ya?
salam.. ibnunafis,
Saya mohon maaflah kalau anda tersinggung dan jika anda salah seorang yang secara kebetulan dalam kumpulan yang saya komen dalam tulisan saya. Bukan su'uzhan. Don't to be very defensive. Anda bukalah mata dan mata hati anda, pasangkan telinga - dengarlah keluhan masyarakat. Altira dan saya mengulas perkara yang benar. Ia tidak ditujukan kepada orang dal blog ni saja, tetapi kepada sesiapa yang berkenaan. Tak kira wahabi ke tak wahabi ke, saya memang tujukan komen kepada yang berkenaan. Kalau teguran beginipun tak boleh terima, susahlah orang melayu-islam.
Akhir Sekali mohon maaf kalau anda anda semua tersinggung. Wassalam.
:)
Bagi saya takda masalah jika anda nak kritik pun ustaz zamihan. Memang perlu regenerate akhlaq masing-masing. Yang kata nak ikut al Quran dan Sunnah betui2 jangan cakap ja, tapi praktikal tak buat. Begitu juga yang mengikut tasawuf.
Dalam soal hukum pun cara bercakap tentangnya pun ada adab-adabnya. Begitulah seterusnya.
Untunglah juga ada chatbox kat depan tu, lebih telus nak menyoal jawab. Begitu juga dalam ruangan komen ini.
Mungkin boleh masuk dalam laman web www.majelisrasuluLLah.org lihat bagaimana soal dan jawapan yang diberikan oleh habib.
WaLLahua'lam
Salam... IbnuNafis,
Terima kasih kerana seorang yang berlapang dada. Sama sama kita melaksanakan seperti yang anda saran kan.
Wassalam.
salam,
Laku betul blog ustaz zamihan. Ruang komen sampai dah 42 komen kat atas tu.. entah apa yang depa diskus tak tahu lah. Ingat ulas pasal rencana methos hadis songsang rupanya macam2 cerita. Tak habis2 lagi duk menyerang golongan asyriyah. Tak nak ker rujuk surah al-baqarah ayat 134 dan 141?
Lagi satu, puak wahabi nak ker baca laman2 sejuk macam http://www.majelisrasulullah.com tu? setahu saya mereak tak akan mahu membaca sesuatu yg akan terkena batang hidung mereka.... ini sikap wahabi.
Salam....la_abwa,
Lain macam je tulisan anda ni. Nobody attacking others at this moment.
Kalau anda ada 'major' dalam bidang hadist atau pernah menganalisa tulisan tulisan para pengumpul dan penulis kitab kitab hadist, anda boleh lah membuat ulasan yang 'constructive' agar dapat membina minda kita pembaca blog ini.
Ulasan secara ilmiah secara berlapang dada dan minda yang terbuka, boleh memberi manafaat kepada kita bersama. Saya secara peribadi tak suka cara 'tajuk' itu diberi, ada perkataan 'songsang', mungkin boleh di're phrase' kepada tajuk yang lebih baik secara ilmiah.
Ulasan tentang kelemahan method penyusunannya mungkin lebih layak diulas oleh muhadissin.
wallahu'alam.
blog terodoh dunia , blog zamihanlah
Saya berpendapat Ahli sunnah dan Wahhabi ini adalah dr jalan atau susurgalur yang sama. Wahabbi bermula selepas penyerahan kuasa dr Imam hassan kepada Muawiyah yang berkeras mengambil kuasa pemerintahan
Akhirnya disebabkan Imam Hassan tiada kekuatan selepas berlaku beberapa pertempuran mempertahankan kerajaan khalifahanya (ahlul Bait) beliau terpaksa menyerah kekuasaan kepada Muawiyah dengan meletakkan syarat iaitu polisi pemerintahan mestilah berasas dr Al quran dan Hadis.
Pada mula Muawiyah bersetuju menyelaksanakan perundangan berasaskan sumber tersebut, akan tetapi permusuhan terhadap ahlil bait ini terus berlaku sehingga mereka mengambil hadis2 yang tidak dipastikan keshahihannya.
Mereka juga menganggap Nabi Muhammad hanya manusia biasa dan hanya maksum dalm penurunan wahyu sahaja.
Ini bertujuan untuk menghapuskan apa ajaran ahlil bait ajaran yang ada mempunyai Imam yang maksum untuk meneruskan risalah Nabi selepas kewafatan Nabi.
Malahan dimimbar Jumaat pun dijadikan tempat untuk memaki ahlil Bait ini. Namun setelah bebarapa puluhan tahun pemerinthan Muawiyah itu baru ujud dikalangan fahaman ahli sunaah wal jamaah yang agak lebih lembut yang tidak memusuhi ahlil bait. Namun masih tidak mengaktirafkan fahaman Ahlil Bait yang mengambil sepenuhnya ajaran ahlil bait ini.
Assalamu'alaikum,
JOm masuk ke sini untuk jumpa ahlul bait.
http://www.majelisrasulullah.org/
Post a Comment