Friday, May 30, 2008

AKIDAH IMPORT LAGI PELIK

no 1 : Muka depan Kitab Bada'i al-Fawa'id, Ibn Qayyim al-Jauziyyah w 751H, juz 4, Cet Maktabah Nizar Mustafa al-Baaz : Makkah






No : 2 Dakwaan Ibn Qayyim : Nabi SAW duduk di atas Arasy nukilan secara makzub (dusta) dari Ibn Jarir Thabari, Mujahid, Abi Hasan DarQuthni dan lain-lain.








No : 3 Inilah muka depan Kitab : Sawa'iq al-Mursalah ala al-Jahmiyyah Wa al-Mua'thilah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah -murid Ibn Taimyyah al-Harrani- Juz 2, Matbaah al-Salafiyyah : Makkah




No : 4 Garisan ini menandakan teks Ibn Qayyim al-Jauziyyah yang mendakwa Allah duduk di atas Kursi, hlm 217



Terdapat ramai para ulamak mengingatkan kita tentang beberapa pandangan syadz dari Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Antaranya Imam Taqiyyuddin al-Subki, Imam Ibn Hajr al-Haitsami, Imam al-Ikhmimi dan lain-lain. Ulamak melayu juga tidak ketinggalan mentahzirkan kita. Antaranya Syeikh Abdullah Fahim, Dato' Syeikh Tohir bin Alawi al-Haddad, Tok Kenali, Syeikh Abdullah Tahir, Pak Da Eil dan ramai lagi.

Termasuklah para ulamak kontemporari. Antaranya Syeikh Wahbiy Sulaiman Ghawaji, Syeikh Syed Yusuf Hasyim, Dr Umar Abdullah al-Kamel, Syeikh Abd Rahman al-Khalifah, Syeikh Ahmad al-Kuwaiti, Syeikh Mahmud Said Mamduh, Syeikh Ali Jumaah dan lain-lain. Apakah sebabnya. Sebabnya ialah, Syeikh Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengetengahkan pandangan yang syadz. Iaitu pendapat yang bertentangan dengan pandangan sahih lagi benar.

Buktinya, Ibn Qayyim al-Jauziyyah secara jelas mendakwa Allah duduk di atas Kursi. Dakwaan ini terdapat di dalam kitabnya " SOWAIQUL MURSALAH 'ALA AL- JAHMIYAH WAL MU'ATTILAH " PADA JUZUK 2, hlm 217, CETAKAN MATBA'AH AS-SALAFIYAH DI MEKAH :Lihat pada paparan scan no: 3 dan 4.



Dalam kitab ini, Syeikh Ibn al-Qayyim mendakwa : Allah duduk atas kerusi sambil menjenguk hamba-hambanya dari arah atas dan Allah turun pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW. Lantas berlaku pertemuan antara Allah dengan Nabi Muhammad sekadar dua jarak sahaja.


Dalam kitabnya yang lain, Ibn al-Qayyim pula mendakwa : "Nabi Muhammad pula duduk di atas Arasy" Buktinya melalui Kitab Bada'i al-Fawa'id. Lihat paparan scan no : 1 & 2 di atas.


Sebenarnya, jika diperhalusi...dakwaan Syeikh Ibn Qayyim al-Jauziyyah ini lebih kurang sama dengan akidah golongan Yahudi. Persamaan ini seiras melalui Safar Al-Muluk Al-Ishah 22 nom 19-20 dan dalam Safar Mazamil Al-Ishah 47 nom 8). Tidak syak, ini merupakan ajaran Tajsim (memvisualisasikan) Allah. Subhanallah.


Bukan setakat itu sahaja. Inilah intipati akidah yang diperjuangkan oleh Pelampau Wahhabiy seluruh dunia. Dan mereka begitu taksub dengan Syeikh Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah. Tak kitra..Samada Wahhabiy melayu, Cina, India, Jawa atau bangla. Pelampau tetap melampaui batasan al-Kitab, al-Sunnah dan ijmak. Turunkan temperature anda. Kembalilah ke jalan yang benar.


Oleh itu, Jika anda benar2 Ahli Sunnah Wal Jamaah cubalah mencari satu ayat yang membuktikan ALLAH DUDUK DI ATAS ARASY. Datangkan ketentuan al-Sunnah yang sahih lagi mutawattir yg menyokong pandangan anda itu. Atau apakah akidah Allah duduk di atas Arasay itu merupakan akidah umat Islam. Ternyata...TIDAK SAMA SEKALI. BAHKAN, ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT dan TIDAK BERHAJAT KEPADA TEMPAT. SEBALIKNYA DIALAH PENCIPTA KEPADA TEMPAT.


Tuesday, May 27, 2008

KENALI SIMPTON WAHHABIY

Simpton Wahhabi 1 : Kangkang luah-luah
Simpton ke 2 : Wajibkan Jubah atas buku lali
Simpton ke 3: Wajib letak Tangan ataih dada (letak lain dikira tidak sunnah, bid'ah DLL)
Simpton ke 4 : Hanya serban Mandili sahaja, serban 'Imamah (putar) dikira tiada hadis sahih. Dianggap bid'ah sesat, tiru singh DLL.

Ada pihak tertanya-tanya. Bagaimana caranya untuk kita mengenali individu atau jamaah yang menganut aliran fahaman Wahhabiy Ghuluw secara paling mudah?. Jawapannya ialah dengan melihat fahaman, pegangan atau amalan individu atau jamaah itu sendiri. Antara simpton Wahhabiy yang termudah dikesan ialah dengan memerhatikan cara mereka mendirikan solat.



Sewaktu hendak melakukan solat, mereka melipat seluar mereka melebihi paras buku lali. Begitu juga bagi mereka yang memakai jubah. Jubah tersebut pasti disingkatkan. Menurut mereka, jika kaki seluar atau jubah berada diparas buku lali dikira bid'ah dholalah.



Sewaktu qiyam, mereka mengangkang agak luas. Bertakbiratul ihram di paras dada dan meletakkan kedua tangan di atas dada menghampiri leher. Lihatlah kedudukan mereka sebagaimana yang disertakan pada paparan di atas. Hairannya, golongan Wahhabiy Ghuluw ini membid'ahkan sesiapa yang meletakkan kedua tangan (lps takbiratul ihram) atas perut bawah dada sebagaimana amalan dalam mazhab al-Syafi'ie kita. Sila lihat anjuran bersolat letak tgn atas dada oleh Syeikh al-Albaani dalam Sifat al-Solat Nabi m/s 88.



Dalam mazhab al-Syafi'ie, Hal ini telah diperjelaskan para ulamak al-Syafi'iyyah. Antaranya, al-Hafiz Ibn Hajr al-Asqalani mengatakan : "Ibn Khuzaimah meriwayatkan hadis dari Wail b Hujr bahawa Nabi SAW meletakkan kedua tangannya pada dadanya ('ala sadrihi: bukan di atas dadanya). Sedang menurut riwayat al-Bazzar( 'inda sadrihi), pada dadanya." (Fath al-Bari m/s 224 juz 2)



Ulasan : Yang dimaksudkan di atas dada bukan secara zahirnya. Tetapi maksudnya ialah berhampiran dada. Kenyataan zahir ini boleh difahami dgn lafaz ('inda sadrihi) pada riwayat al-Bazzar. Kata ulamak : "Menghimpunkan riwayat lebih baik jika ia memungkinkan."



Imam al-Tirmidzi menjelaskan ketika membicarakan riwayat Wail bin Hujr, Ghatif al-Harith, Ibn Abbas, Ibn Mas'ud dan Sahl bin Saad r.a : "Hadis ini menjadi amalan para ulamak dari kalangan sahabat Nabi SAW, Tabiin dan golongan sesudah mereka. Mereka melihat seseorang melakukan solat dengan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri semasa (qiyam dlm solat). Sebahagian mereka meletakkan kedua tangannya di atas pusat. (mazhab al-Syafi'ie & Hambali) Manakala sebahagian yang lain meletakkan tangan mereka di bawah pusat. Dan kesemua itu (dilakukan secara) terbuka dikalangan mereka". (mazhab Hanafi dan Maliki)



Kesimpulannya, Sunat meletakkan tangan kanan atas tangan kiri di atas pusat (melepasai pusat) di bawah dada selepas takbiratul ihram. Ia bukanlah bid'ah dholalah sebagaimana di dakwa pelampau agama. Golongan yang memaksa kita meletakkan kedua tangan di atas dada sebenarnya mengambil pemahaman hadis secara zahir. Dan pemahaman zahir ini keluar dari ketentuan mazhab Empat yang muktabar. Justeru, tidak sepatutnya mereka memaksa kita mengikuti pendapat mereka.



Ternyata, pendapat ini lebih merupakan PENDAPAT BEBAS al-Albaani yang digunapakai secara ghuluw. Sedangkan al-Albaani bukan dari kalangan mujtahid. Dan sesekali tidak berhak untuk membatalkan pandangan Mujtahid Muthlaq.



Akhirnya, ketahuilah bahawa jika tuan-puan melihat petanda seperti di atas, jelaslah bahawa individu atau jamaah tertentu sudah dijangkiti virus Wahhabiy Ghuluw. Awas, Jauhilah.

Sunday, May 25, 2008

PULAU PUTEH MATA




Berakhir sudah debar penghakiman Pulau Batu Puteh. Hakim Awn Shawket al-Khawasaneh dari ICJ memutuskan Pulau Batu Puteh milik Singapura. Manakala Pulau Terumbu Karang Tengah dimiliki Malaysia. Kelihatan isu sudah selesai. Tetapi kemelut perasaan takkan selesai sampai ke bila-bila. Ini kerana tuntutan bertindih terhadap Pulau ini mempunyai nilai sejarah, kedaulatan dan moral negara kita. Terutamanya ikhwa kita al-Jauhari. Realiti yang sukar diterima.


Apa tidaknya, Pulau Batu Puteh yang berukuran kurang separuh dari keluasan padang bola sepak hanya terletak 7.7 batu nautika diluar pantai Tanjung Penyusoh Johor. Kalau tengok dalam peta..amat jelas ia berhampiran dgn tanah besar Johor. Pertikaian ini bermula tahun 1980 lagi apabila Singapura membantah tindakan Malaysia menerbitkan sebuah peta pada tahun 1979 yang menunjukkan pulau itu berada dalam wilayah negara. Maka, pada tahun 1993, Singapura mula meluaskan tuntutan ke atas Pulau berkenaan. Kes berlarutan hampir 28 tahun.


Walau disokong dengan fakta, solat hajat dan doa..Akhirnya, Pulau Batu Puteh berjaya dimiliki Singapura. Namanya terhapus sama sekali dari muka bumi ini dan secara automatik bertukar kepada "Pedra Branca" dlm bahasa Portugis.


Segelintir pemimpin kita menyifatkan penghakiman kes ini sebagai menang-menang. Namun bagi saya, kita kalah teruk. Apa lagi dengan kiraan 12-4 terhadapnya. Kes pemilikan Terumbu Karang Tengah tok sah ceghita laa. Itu memang hak kita. Yang difokus ialah Pulau Batu Puteh tu. Bila kalah teruk, kita akhirnya puteh Mata. Elok sangat la..pulau tu dikenali dengan "Pulau Puteh Mata.' Biar Putih mata, jangan putih tulang.'


Pulau ini terlepas lantaran sikap kita sebenarnya. Ketika berada ditangan kita..kita tidak mempedulikannya. Tetapi bila dimajukan dan terserlah kepentingannya..baru kita gelabah. Baru sedar bahawa orang lain sentiasa memerhati dan ingin memiliki sesuatu dari kita. Islam sentiasa meletakkan sikap waspada. Dan bersyukur dengan apa yang ada. Serta tidak mudah lupa tentang apa yang ada ditangan kita. Ini pulau. Bagaimana dengan hartanah dan monopoli projek lain di Johor? Berapa riyal yang masuk dalam kantung Kerajaan Negeri dan banyak mana pula mampu dimanfaat oleh rakyat marhaen.

Pendek kata, para pemimpin harus jujur dan telus dalam menjalankan amanah Allah. Menjalankan amanah Allah bermakna menjalankan amanah rakyat. Ketepikan kepentingan diri. Fokuslah secara syumuli. Utamakan ukhrawi. Laut dan darat semuanya milik Allah. Setiap penjuru bumi kita masih merindukan pembangunan bersepadu sebagaimana dicetuskan Rasulillah SAW.


Hentikanlah kecintaan terhadap dunia. Dunia ini... walau selaju mana dikejar... tidak akan dapat. Sebanyak mana harta.. tidak akan cukup. Sepanjang mana umur.. tidak akan lama. Dan sebanyak mana nikmat tidak akan habis. Kecuali Allah 'menghabiskan' umur dunia dengan kiamat. Masa tu, harta, kuasa, rupa semuanya tidak berguna. Kecuali mereka yang mendatangi Allah dengan hati yang sejahtera.

Thursday, May 22, 2008

APA YANG ANDA DAPAT?

Red Devils al-Rajiim


True Blue al-Israeli


Peminat Manchester United tentunya lega apabila pasukan pujaan mereka berjaya mengatasi Chelsea dengan tendangan penalti 6-5 setelah seri 1-1 di saringan mula dan kedua. Episod mendebarkan itu menamatkan kehangatan saingan Liga Juara-Juara Eropah beberapa bulan sebelum ini. Nampaknya, United sekali lagi berjaya melakar sejarah tersendiri. Wira-wira sanjungan mereka seperti Ronaldo, Tevez, Rooney, Ferdinand dan lain-lain tentunya dijadikan ikon pasukan. Sebaris dengan legenda mereka terdahulu.Alex Ferguson pula dinobatkan pengurus United yang paling berjaya.


Nampaknya, ramai yang 'berqiyamul bola' malam semalam bermula 2:30 - 5:40 pagi. Uaarrghhh...kerana bola..mengantuk pun takpa. Tapi kerana Qiyamulail..hanya beberapa kerat sahaja yang mampu menunaikannya. Jika MU dapat menggondol kejuaraan EPL dan Liga Juara..apa yang anda dapat sebenarnya? Kalau tengok bola sambil qiyamulail pun..niat dihati sudah berbahagi dua. Antara cinta dunia dan cinta agama. Mana boleh hati yang satu ingin menyimpan dua cinta dalam masa yang sama.


MU gah dengan gelaran 'Red Devils'. Bermaksud Setan Merah. Ertinya, jika anda menyokong Red Devils..anda terpaksa juga setuju dengan gelaran berkenaan. Sedangkan gelaran berkenaan amat dimusuhi al-Qur'an. Baca betul2 surah Yaasiin tu ayat 60, al-Baqarah 168, 208, al-An'am 142, an-Nur 21 dan lain-lain. Paling kurang pun, kita pakai jersi tu. Atau beli souvenir MU yang nyata ada lambang setan tu. Baguslah..jika muslim sendiri bangga atau memperagakan lambang Setan tu.


Ada orang kata, come-on la brother...ni bola je. Saya jawab balik..come-on la brother..ini berkaitan dgn agama. Agama tak memusuhi bola. Tapi bola perlu menurut perspektif agama. Saya pun minat juga bola ni. Masih aktif bermain. Sikit-sikit boleh la. Walau minat dan aktif, kita perlu ada sempadan sendiri dalam menentukan mana yang baik dan buruk atau sia-sia dengan subsidi Allah.


Pemain Chelsea tentu hampa dengan kekalahan demi kekalahan. Lebih-lebih lagi 'asyik' kalah dengan musuh setempat. Anelka dan John Terry seolah 'pemusnah' kepada impian tunggal Chelsea. Lukisan kecewa juga amat jelas terbayang pada peminat mereka. Terutamanya buat Abramovich 'Towkay Chelsea' yang bertindak sabagai JPP (Jong Perabih Pitih). Awram Grant al-Israeli nampaknya tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Apatah lagi nak menandingi kehebatan Jose Maurinho mantan jurulatih Chelsea. Namun begitu, kedudukan Awram dijangka utuh memandangkan beliau bersahabat baik dengan Abramovich.


Pada hemat saya, Chelsea lebih berhak kalah. Kalau menang..tentu kemenangan itu menjadikanya lebih gah bila datang Malaysia Julai nanti. Jika tiada ada 2 rakyat Israel saya tak kisah. Tapi..apabila 2 rakyat Israel turut bersama ke Malaysia..hati ini sedikit terluka. Terluka kerana kita yang tiada hubungan diplomatik dengan Israel menyambut kedatangan rakyat Israel di saat 'penjajahan' dan kekejaman mereka terhadap saudara kita di Palestin. Lagipun kedatangan mereka bertujuan hanya mengaut keuntungan sahaja. Banyak mana manfaatnya terhadap FAM dan FA Negeri. Mungkin juga kedatangan mereka merupakan hadiah sempena 60 tahun Palestin dijajah.


Berdasarkan coretan ini, Tuan-tuan tentu tahu, apa sebenarnya yang kita dapat dari bola. Keuntungan tiada. Kerugian ada : masa, tenaga, harta dihabiskan begitu sahaja. Sabda Nabi : "Sebahagian dari kejelitaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya." nampaknya dipersia. Nafsu pula merajalela. Nafsu mata.. ingin melihat, nafsu akal.. ingin tahu, nafsu mulut.. ingin bercakap...akhirnya terlepas saat munajat. Hilang pula kemanisan makrifat. Hidup begini..tentu sukar dalam perjalanan menuju akhirat.Justeru, berhati-hati dengan nikmat dunia yang menipu daya.




Tuesday, May 20, 2008

NAMA TIDAK SEPADAN?

Pekikan yang diiringi gelekan yang memukau hadirin.

Mungkin inilah aksi yang menyerlahkan kematangan hidup sbgmana yang disifatkan SS Mufti Perlis

Barisan artis yang sedang memekik dan melalak dengan aksi yang tak berapa senonoh.



Rakyat Darul Sunnah yang kemaruk dengan hiburan yang melalaikan. Masya Allah.Kesian mereka kerana tidak dipandu ke jalan Sunnah yang sebenar.

Mila : Artis yang ditunggu-tunggu di Darul Sunnah


Jay-Jay pun rambut panjang gak. Pakai cap dan petik gitar lagi..Islamik ke?


Ayu dan Mila berhibur sakan : Goyang Dik..jangan tak goyang


Ayu dan Mila sedang beraksi 'menghiburkan rakyat Darul Sunnah' dengan kata-kata yang indah dan bermakna. Lihatlah pakaian 'sopan' artis ini. Tentu tak sepadan dengan Darul Sunnah.


Industri hiburan tanahair kecoh seketika. Apabila Mufti Perlis menolak kehadiran penyanyi bergimik Superman, Faizal Tahir dari menghadiri konsert Sure Heboh di Perlis baru-baru ni. Antara alasan yang diberi Tuan Mufti Perlis ialah : "Apabila kita ingin mendengar nyanyian, kita sebenarnya hendak mendengar kata-kata yang indah dan bermakna. Bukan melihat pendedahan badan, atau gelagat liar, atau aksi yang pelik-pelik."


Ulasan Pertama : Dalam kes sure Heboh, seingat saya, SS Dato Seri Mufti Perak telah menyatakan bahawa Konsert Sure Heboh adalah haram. Pengharamannya tidakperlu dipertikaian lagi memandangkan kepada kandungan konsertnya yang bertentangan dengan Islam. Cuba Tuan-tuan perhatikan : Masa konsert, pakaian artis, lagu, senikata, alatan muzik, aksi penyanyi, ikhtilath (percampuran antara lelaki dan perempuan secara haram) dan kesannya kepada masyarakat muslim. Berasaskan kriteria di atas, maka jelaslah hukum yang diputuskan.


Tetapi, bila tiba 'turn' Sure Heboh buat Konsert kat Perlis. Tak haram pulak. Yang dilarang hanyalah Faizal Tahir sahaja. Bukan Konsert Sure Heboh tu.Sedangkan Faizal Tahir satu watak sahaja dalam Konsert berkenaan. Bagaimana dengan Mila, Ayu, Ramlah Ram, Jay-jay dan lain-laian yang beraksi pada malam tu. Adakah mereka berjaya memperagakan alternatif hiburan yang halal menepati konsep syarak. Paling kurang pun..kehendak yang diutarakan Tuan Mufti di atas tadi. Eleehh, kalau setakat menghidupkan drama 'Makkah Heboh al-Jahiliyyah..baik tak payah.



Soalnya, Kenapa larangan terhadap watak Faizal Tahir diwawarkan sedangkan 'Konsert' itu tidak dibantah sama-sekali oleh Tuan Mufti. Walhal, konsert berkenaan berimpak lebih besar dari watak Faizal Tahir? Sebabnya, nak bantah konsert...tak berani. Bantah individu..berani le. Huuuk oloooh..benda kecil (bersifat furuk) dibantah...benda besar (bersifat usul) diizinkan.Hidup budaya hedonistik! Astaghfirullah...Justeru, apa motif sebenar Tuan Mufti? Wallahua'lam


Ulasan Kedua : Apa maksud Tuan Mufti 'hendak mendengar kata-kata indah dan bermakna' tu? Jika dinilai zahir ayat..mana-mana senikata yang indah dan bermakna dalam nyanyian itu dikira 'halal' oleh Tuan Mufti. Dan nyanyian jenis inilah yang dibenarkannya. Nampaknya, begitu mudahnya beliau mengeluarkan sijil halal terhadap sesuatu nyanyian. Lebih mudah dari sijil halal JAKIM pulak. Maklumlah...beliau lebih terbuka. Hal ini diakui sendiri oleh Tuan Mufti dalam tulisannnya : "Ada wartawan bertanya saya : "Mengapakah SAYA YANG TERKENAL DENGAN PENDEKATAN TERBUKA mengambil tindakan memusuhi artis." waaaahhh...hebat kan? Tuan Mufti je yang terbuka. Orang lain tertutup, konservatif, lembab dan jumud. Yaa Salaaaammm. Oh ya, mana-mana komposer yang bijak menganyam kata-kata yang indah dan bermakna... sila jumpa Mufti Perlis untuk mendapat endorsement.
Ulasan Ketiga : Saya pun tak setuju dengan pendedahan badan, gelagat liar atau aksi-aksi yang pelik tu. Tapi sedihnya, fokus Mufti Perlis hanya pada Faizal Tahir sahaja. Dalam feqah, orang lelaki kalau setakat menonjolkan badannya pada khalayak masih dikira menutup aurat. Bahkan kalau solat tanpa berbaju pun masih dikira sah. Begitu juga kes Faizal Tahir.

Masalahnya, bagaimana dengan artis wanita kita yang berpakaian tapi bertelanjang. Tengok le sendiri aksi Mila, Ayu, Ramlah Ram DLL pada malam tu. Mufti Perlis tak tengok ke?kalau tak tengok..macamana nak bagi komen?Kalau senyap je lps konsert tu...Macamana nak perkenalkan hiburan yang berteraskan Islam supaya secocok dengan Perlis Darul Sunnah? Sendiri mau ingat maa..

Ulasan Keempat : Kotak kontrasi saya masih segar dengan tulisan Mufti Perlis : Jangan buka Aib orang satu waktu dahulu. Kini, beliau sendiri..bila tak setuju dengan seseorang dihentamnya individu berkenaan. Antara mangsa keganasan beliau ialah : Syeikh Abdullah Harari, Syeikh Nuruddin al-Banjari, Habib Anis al-Musawa, Syeikh Fuad Said, Dato Saleh Ahmad, Dr Uthman el-Muhammadiy, Us Zamihan al-Ghari, termasuklah Faizal Tahir. Sepatutnya, beliau berhubung dengan individu berkenaan. Bertanyakan khabar, minta penjelasan dan menyampaikan teguran atau nasihatnya dengan baik & berhikmah. Sesuai dengan perintah Allah SWT. Ni tidak..bila tak berkenan je..terus hentam dalam surat khabar, internet, youtube, ceramah dan lain-lain. Dalam masa yang sama, tak beri ruang kepada individu berkenaan untuk membela diri. Ni.. cara cowboy la brother!

Tengoklah tuan-tuan..bila Tuan Mufti ni tak setuju dengan Faizal Tahir..dia terus sebut dalam akhbar. Ya..la..kawan tu penyanyi, ada peminat..saya pun tak minat. Tapi..sekurang-kurangnya..hubungi dan beri nasihat kepadanya. Mungkin penyanyi berkenaan dalam keadaan jahil, terlanjur, terlupa, terover dan sebagainya.


Dalam dunia modern ni, pendekatan dakwah kita perlu dipelbagai. Hal ni penting supaya kedua pihak (da'ie dan mad'uu) masing-masing mendapat manfaat dari apa jua yang terhasil dari gerak diam tubuh badan manusia. Jika kita main cowboy..orang pun pandai main cowboy jugak. Dan ..semestinya teknik cowboy meng 'cowboy' ni bukan dari cara hidup kita. Bukan juga dari ajaran Islam. Nak kata 'Sure Heboh' Perlis halal..jauh panggang dari dapur gas. Tahniah Darul Sunnah..Hiburannya mampu menjana masyarakat yang punah ranah. Masya Allah.


Saya tidak berniat untuk menyakitkan hati sesiapa. Tapi sekadar ingin berkongsi maklumat, kesan ketidakpintaran, mencungkil kesedaran dan penambahbaikan untuk kita semua. Bersamalah kita nasihat menasihati sesama kita. Tindakan dan kesan,,biarlah sepadan dengan apa yang kita laungkan.Syukran


Monday, May 19, 2008

MURTAD DIIKTIRAF?


Walaupun terlewat, izinkan saya mengulas sedikit kes murtad melibatkan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang baru-baru ni. Berdasarkan hujjah yang diutarakan peguambela Si Murtad (Ahmad Jailani Abd Ghani) akhirnya, bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Othman Ibrahim membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah untuk keluar dari Islam. Ia diantara kes utama di negara kita melibatkan muallaf yg masih hidup sejak Mahkamah Syariah diberi kuasa mengendalikan kes berkenaan. Perisytiharan itu bermakna, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) perlu membatalkan sijil memeluk Islam wanita berkenaan.


Antara alasan yang dikemukakan dalam perbicaraan itu ialah :


1) CT Fatimah tak pernah yakin dengan Islam. Kononnya beliau memeluk Islam hanya semata-mata untuk berkahwin dengan Ferdoun seorang lelaki warga Iran. Akhirnya, beliau ditinggalkan.


Ulasan saya : Apakah dengan alasan ini...sesiapa sahaja boleh murtad. Betapa ramai rakyat Msia yang beragama Islam berada dalam keadaan tidak yakin dengan Islam. Khususnya remaja. Cuba dekati mereka.Tanyakan mereka : Adakah anda yakin dengan Islam? Ada yang jawab tak tahu. Ada pula yang jawab 'kurenngg' dan ada juga yang takleh nak jawab. Identiti yang jelas ialah kerana mak bapak mereka Islam dan lahir dalam Islam. Berasaskan situasi ini, jika ada pihak yang 'push' mereka di mahkamah (mahkamah tak tahu pun) supaya 'murtad'...gamaknya..hakim kita boleh buat keputusan sama kot. Manakala loyar2 kita yang kekurangan 'client' pasti sanggup membela mereka. lebih2 lagi jika dijanjikan dengan yuran 'masyuk yang banyak'. Fuuuhhh..tentu bahaya kan?



Si Ferdoun pula satu hal. Saya difahamkan beliau berfahaman syiah. Dan berkahwin dengan Siti Fatimah atas dasar nikah mut'ah sahaja. Siti Fatimah pula..dok tahu kalo. Tup2..Ferdoun cabut lari meninggalkannya. Sepatutnya, MAIPP follow-up perkara ni. Datang..jumpa..berbincang dan berikan bantuan sewajarnya kepada Siti Fatimah. Ataupun berusaha untuk menjejaki Ferdoun samada melalui Kedutaan Iran ke..Wisma Putra ke..dan lain-lain. Yang penting, status isterinya perlu diperjelaskan. Tapi, kalau setakat..nikah..ghaib..nikah ghaib..buat malu kompeni sahaja. Akhirnya, Islam juga yang 'dapat nama'. Patutnya orang Islam jaga jatidiri mereka.



Dalam kes Siti Fatimah, sudah tibanya masanya, kaedah pendaftaran, penjagaan dan kebajikan muallaf digubal bagi membantu kehidupan mereka. Agar mereka tidak dibiarkan lemas sendirian atau sekadar hidup bagaikan bernafas di dalam lumpur. Apa salahnya, duit zakat banyak kan? Kutip banyak-banyak..belanja kurang. Tak luak-luak pun. Lagipun, muallaf terdiri dari asnaf yang lapan. Justeru, pergunakanlah peruntukan berkenaan untuk mengatasi kelompangan akidah yang berlaku. Atau membiayai sebarang aktiviti pemuliharaan akidah muallaf. Jika tidak...sampai kiamat pun..kes-kes seperti ni pasti berulang lagi.



Berbalik pada MAIPP, bila kes meletup..baru gubra. Tu pun, pada peringkat permulaan..MAIPP tidak menunjukkan minat terhadap kes ini. Hal ini terbukti bila MAIPP tidak hadir pada prosiding awal kes berkenaan walaupun diberi surat saman. Sebaliknya hanya mengemukakan hujjah dihujung perbicaraan sahaja. Nampaknya MAIPP tidak bersikap profesional dalam hal ni. Bahkan tidak sudi belajar dari negeri lain yang telah matang dalam mengendalikan beberapa kes murtad. Justeru, amat wajar MAIPP memerhatikan segala kelemahan dalam kes ni dan melakukan penambahbaikan terhadapnya.



2) Siti Fatimah mendakwa setelah memeluk Islam dia masih menyembah berhala, mengikut ajaran budhha dan memakan daging babi.


Ulasan : Bagi saya, ni pun bukan alasan yang kuat untuk murtad. Ini kerana Siti Fatimah tidak didedahkan dengan ajaran Islam yang sebenar. Samada oleh Ferdoun, MAIPP ataun NGO Islam. Jika dia tidak mendapat gambaran yang tepat tentang Islam beerti dia seorang yang tidak mengetahui (jahil). Apakah perlakuan seorang yang jahil yang menyembah berhala, ikut agama budhha, memakan babi, meminum arak DLL itu boleh dikategori sebagai terus murtad. Atau amalan berkenaan merupakan lesen kepada murtad. Bukankah kaedah ada mengatakan : Man jahila aslan, Lam Yusbibil far'an abadan. (Sesiapa yang jahil secara usul tidak menganjakkan keadaan furuknya."


Kalau amalan yang dilakukan kerana kejahilan seseorang mengenainya boleh dijadikan alasan untuk murtad maka saya percaya bahawa..ramai anak2 muda kita dan golongan dewasa boleh murtad bila-bila masa sahaja. Cuba bayangkan, betapa ramai melayu yang beli dan minum arak kat 7 Eleven, makan kat kedai orang cina yang tak halal, meninggalkan solat-puasa-zakat, puja barang lama, main ibu duit..fuyyoo..banyak lagi. Tentu Lagi bahaya chheekk!!! Justeru, ni..bukan alasan sebenarnya.



Ada orang kata : 'Eleeeh..kes dah berlaku. Apa pulak nak pertikai mahkamah'? Bagi saya, jawapan balas ekspress ialah : sesiapa sahaja boleh dipertikaikan termasuk mahkamah. Mahkamah bukan suci. Walhal, al-Qur'an yang suci dan sabda Nabi yang maksum pun selalu dipertikaikan dek orang. Yang penting, Agensi Agama, Mahkamah, Hakim Syar'ie, peguambela, MAIPP, Jabatan Agama, NGO Islam perlu mengkaji punca permasalahan dan profesional dalam menyelesaikan kes berkaitan. Mudah-mudahan kes seperti ini tidak memeritkan kita semua. Hairan jugak saya, bila timbul kes murtad..Ketua Agama Islam khususnya Raja-raja Melayu tidak bersuara. Tapi bila melibatkan kes politik cepat pulak walaupun kes berkenaan melibatkan pertukaran jawatan biasa dalam sesuatu negeri.


Lebih pelik lagi, bila ada Mufti yang memuji secara terbuka tindakan Hakim dan penguambela yang mengendali dan membenarkan murtad. Keseluruhannya, apakah kronologi ini menggambarkan murtad sudah diiktiraf? Ish-ish ish..tentunya situasi ini memberi kesan yang negatif dan tamparan yang hebat kepada Umat Islam di Malaysia. Paghak Nisse pade gulo...paghak-paghak.


JAKIM BERGERAK MAJU



JAKIM sekali lagi mengorak langkah bergerak maju ke hadapan apabila mengambil inisiatif mengiktiraf Maahad Tahfiz Darul Qur'an Wa al-Qiraat di Kuala Kubu Baru sebagai kolej Universiti.


Asalnya ia dikenali dengan Unit Pengajian Menghafaz al-Qur'an Masjid Negara pada tahun 1984. Kemudiannya diperbesarkan menjadi salah satu Cawangan di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS). Apabila aktiviti semakin berkembang cawangan ini dikenali pula dengan Maahad Tahfif al-Qur'an Wal Qiraat. Kini, ia diiktiraf sebagai Koleh Universiti. YAB Menteri Jab Perdana Menteri akan membentang kertas kerja berkaitan kepada Kabinet untuk mendapat kelulusan pada tahun ni juga. Manakala peningkatan taraf infrastuktur dan latihan kakitangan akan mengambil masa selama 3 tahun.


Pengiktiran ini sekaligus membolehkan DQ melahirkan penghafaz al-Qur'an berkelulusan sarjana muda, sarjana dan Phd. Tentu ada kelas kan? Berbanding program pensijilan sebelum ini diusahakan bersama UIAM. Dan terbukti, alumni DQ dah ramai berkhidmat di sektor2 kerajaan terutamanya di JAKIM sendiri.


Yang syoknya, Kolej ini diletakkan di bawah Jab Perdana Menteri bertaraf Institut Pengajian Tinggi Kerajaan (IPTK). Bukannya dikelolakan oleh Jabatan Pengajian Tinggi. Lebih manis lagi, DQ mula menerima kemasukan OKU - yakni golongan kurang daya penglihatan bagi program hafazan menggunakan kaedah braille. Kira-kira... kami ni 'mesra pelanggan' jugak la kan?


Paparan ni membuktikan bahawa JAKIM sedang bergerak maju ke hadapan dalam semua bidang. Kami dalam proses tajdid! Insya Allah. Tak la jumud sangat kan? Ia bukan sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab! Tahniah Warga DQ, Tahniah Dato' KP dan syabas buat YB Menteri. Ni bukan bodek..tp realiti. Gracias buat semua!


Thursday, May 15, 2008

PELAMPAU MEMVISUALISASIKAN ALLAH!

Kitab : Aqidah Ahl Iman Fi Khalqi Adam 'Ala Surah al-Rahman (Akidah Orang yg Beriman dalam menjelaskan Penciptaan Adam Mengikut Gambaran Allah yang Maha Penyayang)
Oleh : Syeikh Hamud bin Abdullah bin Hamud al-Tuwaijiri, Cetakan Dar al-Liwa', KSA

Perakuan dari Ibn Bazz bahawa pegangan Allah menciptakan Nabi Adam berasal dari Pegangan Ahl al-Kitab terdahulu. Khususnya Yahudi.


Perakuan dari Syeikh Ibn Bazz terhadap Kitab Syeikh Hamud al-Tuwaijiri


Sambungan Perakuan dari Syeikh Ibn Bazzterhadap kitab Hamud al-Tuwaijiri


INILAH SEBAHAGIAN BUKTI EKSKLUSIF DARI KITAB PELAMPAU WAHHABIY YANG BERJUDUL: "AQIDAH AHL IMAN FI KHOLQI ADAM 'ALA SURATIR RAHMAN".(AKIDAH ORG YG BERIMAN DLM MENJELASKAN PENCIPTAAN ADAM MENGIKUT GAMBARAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG) OLEH SYEIKH HAMUD BIN ABDULLAH BIN HAMUD AL-TUWAIJIRI.



DALAM KITAB INI SYEIKH HAMUD MENDAKWA BAHAWA RUPA BENTUK, GAYA DAN DIRI ALLAH ITU SAMA DAN SERUPA DENGAN RUPA BENTUK NABI ADAM. NA'UZUBILLAH.


Sebenarnya, ini merupakan roh akidah Yahudi. Ini kerana Yahudi juga mendakwa Allah Berbentuk dan Allah mencipta manusia seperti rupa parasNya. Na’uzubillah min zalik. Akidah Yahudi boleh dilihat : http://www.arabicbible.com/bible/ot/gen/1.htm



Dalam kitab Yahudi berjudul Muqaddas Awwal Safar Takwin Al-Ishah Awwal 26 Yahudi mendakwa فخلق الله الانسان على صورتهdan Yahudi juga mendakwa على صورة الله خلق
Kedua-dua akidah yahudi diatas amat jelas menyatakan Allah mencipta manusia seperti rupa bentuk Allah. Sayangnya, Pelampau Wahhabiy juga berakidah sedemikian. Subhanallah.



KANDUNGAN INI MEMBUKTIKAN KEPADA KITA BAHAWA PELAMPAU WAHHABIY SEMEMANGNYA MEMVISUALISASIKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK. SEDANGKAN TIADA SATU PUN AYAT @ HADITH YANG MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK.
BAHKAN TIADA SATUPUN NAS YANG SAHIH MENYATAKAN "RUPA BENTUK ALLAH SERUPA DENGAN RUPA BENTUK NABI ADAM".

TAJUK KITAB TERSEBUT AMAT MENGGERUNKAN SESIAPA SAHAJA YANG MEMBACANYA. KECUALI WAHHABIY TOTOK SECARA JELAS MENYOKONG DAN MENDOKONG DOKTRIN BERKENAAN.
PERHATIKAN PADA LINE YANG TELAH DIMERAHKAN. AMAT JELAS KESEMUA PELAMPAU WAHHABI MENDAKWA ALLAH MENCIPTA MANUSIA SERUPA DENGAN ALLAH SENDIRI. KEMUDIANNYA MEREKA MEMPERAKUI BAHAWA DAKWAAN INI SAMA DENGAN AKIDAH MUJASSIMAH AL-YAHUDIYYAH. PELIKNYA, MEREKA PULA YANG MENGIKUTI YAHUDI. PELIK..TAPI BENAR!


Hakikatnya, pegangan ini bertentangan dengan akidah Sebenar Islam yang menjelaskan Allah tidak menyerupai makhlukNya (SURAH Syuura ayat 11). Atau diterangkan DALAM firmanNya : "Tiada sesuatupun yang menyamaiNya (al-Ikhlas 4). Imam al-Tohawiy al-Salafiy pula mengatakan : Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat-sifat manusia, Sesungguhnya dia telah menjadi Kafir.” Nau’zubillah min zalik.


Malangnya, Ulamak Wahhabiy turut ‘memperakui’ kitab Syeikh Hamud al-Tuwaijiri di atas. Buktinya : Syeikh BIN BAZ PADA KITAB TERSEBUT TELAH MEMUJI AKIDAH TAJSIM YANG MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK.


DI ATAS ADALAH COP DAN PENGAKUAN DARI SYEIKH ABDUL AZIZ BIN BAZ SENDIRI BAHAWA KITAB DIATAS TERUS TERANG MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK. BUKAN ITU SAHAJA, MEREKA MENDAKWA BAHAWA RUPA BENTUK ALLAH SAMA DENGAN RUPA BENTUK NABI ADAM. DOKTRIN INI KEMUDIANNYA DIBAWA PULA OLEH PELAMPAU WAHHABI NUSANTARA. TAKKAN..KITA NAK KELIH JE...AKIDAH YANG BENAR MESTI DIPERJUANGKAN. MANAKALA AKIDAH YANG SALAH MESTI DIHANCURKAN.



Justeru, apa pandangan anda? Sukar menerima hakikat? Adakah Ini fitnah? Atau tokok Tambah? Atau ... anda masih simpati pada Wahhabiy? Jangan marah Tuan Blog. Sabar, Tenang..dan jangan gabra. Fikirkan dengan baik. Jauhi Pelampau Agama. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua terhadap pegangan yang disukai lagi diredhaiNya.

Monday, May 12, 2008

TARBIYAH DARUL SUNNAH?



Semenjak dua menjak ni, kita disajikan dengan pelbagai kes yang menyayat hati. Terbaru, kes Hatib Leman, seorang buruh kasar diseret oleh 20 sekumpulan penduduk ketika menonton Televisyen bersama isteri dan anak-anak di rumahnya di Kuala Perlis. Kononnya, beliau dituduh mengintai anak dara jiran dan cuba mencabulnya. Lalu beliau dibelasah bertubi-tubi didepan mata isterinya. Isterinya yang masih dalam pantang juga dipukul ketika cuba mempertahankan suaminya itu. Hamba Allah yang malang itu akhirnya mati syahid.


Tragisnya, tindakan ganas yang dilakukan atas sangkaan semata-mata terbongkar apabila anak dara (yang diintai) tampil mengesahkan bahawa mereka tersilap orang. Manakala isteri mangsa memberitahu bahawa suaminya berada bersama beliau dan anak-anak sewaktu kejadian pengintaian itu. Jika benar sekalipun, seseorang yang mengintai @ cuba mencabul tidak sepatutnya dikenakan hukuman mati mandatori. Demikian, penjelasan yang boleh difahami secara umum menurut perspektif Al-Qur'an dan al-Sunnah.


Fenomena ini menyerlahkan kepada kita beberapa pengajaran :

1) Manusia yang bertindak sedemikian sudah tidak lagi berpedoman kepada al-Kitab Wa al-Sunnah. Sebaliknya menurut sangkaan hawa nafsu yang kejam. Situasi ini memperlihatkan kepada kita bahawa Darul Sunnah tak 'matching' dengan rakyatnya. Ni, baru kes pukul. Tak campur lagi kes dadah, penyeludupan beras, curi motor, rempit, gangster, peras ugut, rompakan DLL. Dalam konteks Semenanjung, Saya kira, Kelantan lebih mengaplikasi Sunnah berbanding Perlis.


2) Undang-undang sekular yang sedia ada sudah tidak diyakini lagi. Disebabkan itu, manusia suka mengambil undang-undang rimba sebagai jalan penyelesaian. Akhirnya, insan yang tidak bersalah menjadi mangsa. Allyarham Hatib sudah 'selamat' kembali. Tetapi bagaimana dengan nasib isterinya dan 5 orang anak yang masih kecil. Tentu zalim kan? Siapa yang zalim itu? Kerajaan @ rakyatnya? Atau kedua-duanya sekali.


3) Tindakan ini juga membuktikan kepada kita bahawa Kerajaan Darul Sunnah gagal mentarbiyah rakyatnya secara bersepadu dan menyeluruh. Sebab itulah, mereka mudah bertindak secara 'cowboy' dalam menyelesaikan sesuatu masalah.


Nasihat saya buat Mufti Perlis, islahkan dahulu hamba rakyatmu. Didiklah mereka dengan rukun Islam, Iman dan Ihsan. Bawakan mereka kepangkal jalan. Biarlah mereka hidup dengan benar-benar mengenal Tuhan Sekalian Alam. Tak payahlah Tuan Mufti 'menyibuk-nyibuk' dengan urusan persekutuan, masjid Cina, Faizal Tahir, Sunnah Wahhabiy, menyerang peribadi tertentu...renunglah pada bidang tugas Mufti. Mufti sepatutnya membimbing dan mentarbiyah masyarakat. Bukannya meragukan mereka dengan pelbagai permasalahan agama. Atau menjadi jaguh secara SS ( syok sendiri). Dimana tajdid yang dilaungkan? Fikirkanlah.


MUFTI PERLIS DIKESALI


KENYATAAN AKHBAR: PISANG KESAL KENYATAAN MUFTI PERLIS

6 Mei 2008


Kami amat kesal dengan kenyataan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, kerana membuat kenyataan melulu yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang mufti.



Harian Metro keluaran hari Isnin 3 Mei 2008 melaporkan Dr Mohd Asri memperlekehkan kemampuan Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) dengan menggunakan ungkapan “dua tiga” hari berada di United Kingdom (UK). Kami ingin menegaskan bahawa PISANG bekerjasama dengan Melayu UK yang sudah lama bertapak di UK. PISANG bukanlah badan yang ditubuhkan di Malaysia tetapi ia adalah satu pertubuhan yang sekarang di dalam proses pendaftaran di UK.



Saya, selaku Pengerusi PISANG telah menetap di UK selama 32 tahun. Oleh itu kami lebih mengetahui keadaan sebenar dan mampu bergerak secara professional di UK berbanding dengan pengalaman Dr Mohd Asri.



Dr Mohd Asri juga menyatakan yang beliau lebih berminat untuk mendengar apa yang dikatakan oleh persatuan Islam yang sudah lama bertapak di UK. Kami mencabar Dr Mohd Asri supaya menyatakan nama persatuan Islam yang mengambil berat hal Sufiah Yusof dan apa kenyataan serta tindakan yang mereka ambil. Dr Mohd Asri sepatutnya berusaha memperbaiki diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain.



Hamidi Abdul RahmanPengerusi PISANGPresiden Melayu UK
7 Falcon MeadBicesterOxfordshire OX26 6XE Hamidi Tel: 07717 654144
Editor : Memang Mufti Perlis seorang yang 'hyperaktif'. Pendek kata, semua isu hendak diulasnya. Dia akan mengulas tak kira apa jua skop dan siapa sahaja yang berkaitan dengannya. Tentu hebatkan? Masa kat Jordan dulu, beliau sememangnya diakui sebagai orang yang suka menonjolkan diri. Dah balik ke Malaysia, jadi Mufti..perangai nakal dulu-dulu masih ada lagi. Kalau dulu-dulu, dia bolehlah diibaratkan seperti Profesor Serba Tahu dalam Majalah Gila-gila. Woow..kelas gitu?

Thursday, May 8, 2008

WAHHABIY DI PARLIMEN



SINOPSIS :


Petang Isnin- Selasa (5-6hb Mei) lalu, Parlimen bergegar lagi. Kali ini isu Wahhabiy pula mencuri tumpuan. Ia diutarakan oleh YB Zulkifli Nordin, YB Hamim Samuri dan lain-lain. Ringkasnya, para YB meminta penjelasan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Zahid Hamidi tentang kedudukan fahaman Wahhabiy. Dan saya tak terkejut dengan jawapan yang diberikan Menteri.


Sememangnya, Majlis Fatwa sudah 6x bersidang berkaitan fahaman Wahhabiy ni. Walau tiada fatwa rasmi mengenai kesesatan Wahhabiy, keputusan Majlis Fatwa adalah jelas untuk menghalang Fahaman ini dari disebarkan di negara kita. Tak percaya, cuba dapatkan penjelasan dari JAKIM : 03 - 88864000. Penjelasan itu semestinya berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Bukannya, ulasan pegawai tertentu.


Apabila tiada kajian tentang metodologi dan implikasi fahaman Wahhabiy, maka tiada sebarang hitam putih mengenainya. Lagipun, di cawangan Akidah, masih terdapat beberapa individu yang bias kepada fahaman Wahhabiy. Saya bukan menuduh. Tapi, ini satu hakikat yang perlu diperjelaskan. So, macamana nak keluar fatwa? Akhirnya, senyap je laa. Tapi, bila ada isu berbangkit..mula lah semua pihak tertanya-tanya. Ada juga yang menggelabah.


CARA KITA :


Secara mudahnya, negara kita mempunyai metodologi tersendiri dalam menunjangi Isu Agama mahupun isu pengurusan Islam di Malaysia. Dasarnya diputuskan oleh Majlis Kebangsaan Islam (MKI) yang dipengerusikan YAB PM dan dianggotai oleh EXCO Agama Negeri. Ia diuresetia oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Semenjak dari merdeka sampai sekarang, dasar ini masih releven. Bahkan menampakkan perkembangan yang efektif dalam memartabatkan agama Islam di negara kita. Cuba bayangkan...dulu..kita hanya ada UNIT AGAMA JPM. Kini, JAKIM dan pelbagai ajensi agama.Rasanya, tak perlu seinci pun untuk mengambil pendekatan menurut gaya Wahhabiy.


KLASIFIKASI WAHHABIY :


Ketahuilah bahawa Fahaman Wahhabiy kini terbahagi kepada tiga kelompok utama : Golongan Wahhabiy Muqallid, Wahhabiy Sederhana dan Wahhabiy Ekstrem (Ghuluw). Kelompok Wahhabiy Muqallid dan Sederhana hanya mencetuskan beberapa permasalahan biasa sahaja. Kebanyakkannya bersifat feqhiyyah. Tapi, kadang2 menjalar kepada masalah akidah. Walaupun Wahhabiy ni kategori biasa @ sederhana, namun.. Wahhabiy tetap dari latarbelakang sejarah yang satu.


Di sudut yang lain, terdapat kelompok Wahhabiy Ekstrem. Atau dengan istilah lain dikenali dengan Wahhabiy TOTOK. Kelompok ini dikesan memberi masalah besar kepada umat Islam sedunia. Samada dari sudut akidah, syariah, akhlak, perpaduan ummat (sosial), politik dan keselamatan negara.



WAHHABIY M'SIA :


Gejala ekstremis Wahhabiy di Malaysia bermula 1930an lagi. Di zaman penjajah mereka mengetahkan fahaman baru ala 'modernisme' agama menurut tafsiran Muhammad Abdul Wahhab. Kemudiannya obor Wahhabiy ditiupkan pula oleh Muhammad Abduh, Jamaluddin Afghani, Rasyid Ridha dan lain-lain di timur tengah. Penuntut agama yang terkesan dengan 'revolusi' ini pula cuba menerapkan perjuangan yang sama di Tanah Melayu waktu itu. Muncullah watak2 'reformis agama' seperti Syekh Syed al-Hadi, Us Abu Bakar Asya'ri (Perlis) Ibrahim 'Aqidi (P Pinang) Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falaki, Zaaba DLL.

Perjuangan mereka dilihat berbeza dengan fahaman arus perdana kerana cuba mengetengahkan metodologi baru. Akhirnya menerbitkan pendapat yang pelik2 seperti tupai, biawak, labi2 boleh dimakan, dibolehkan 'bercina-buta'. Mempraktikkan nusus mutasyabihat secara zahir. Kononya, itulah mazhab al-Salaf @ akidah al-Salaf. Akhirnya, mereka dikenali sebagai golongan Kaum Muda. Nak tahu kenapa mereka ini dipuji oleh Dr Asri dlm Mingguan Utusan 11 Mei lalu. Sebabnya mereka satu metodologi.



WAHHABIY KINI :

Kini, gelombang ekstrem Wahhabiy kembali lagi. Berselindung di sebalik NGO Islam, Ajensi Agama dan parti politik. Mereka mendakwa hanya mereka satu-satunya golongan yang memperjuangkan Islam @Sunnah yang sebenar. Menjenamakan diri mereka sebagai 'Salafiyyah" (pengikut kpd golongan Salaf = generasi awal umat Islam). Selain itu, mereka turut memperaga beberapa nama : Ittiba' al-Sunnah, Ansar al-Sunnah, Tajdid Agama, Modernisme Agama, Salafi DLL. Kalau Salafi sebenar eloklah. Tapi, Hakikatnya, mereka memperjuangkan tafsiran Agama menurut metodologi Muhammad Abdul Wahhab sahaja. Justeru, walau apapun jenama, mereka tetap Wahhabiy. Kalau Wahhabiy biasa, tak kisah sangat. Tetapi, mereka memperjuangkan metodologi Wahhabiy yang ekstrem. Berikut merupakan sebahagian metodologi Wahhabiy ekstrem :


1) Fanatik kepada Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad Abd Wahhab, al-Albaani DLL



2) Membid'ah, mensyirik @ mengkafir umat Islam dengan masalah furuk



3) Memecahkan Tauhid kepada 3 bahagian



4) Memvisualisasikan Allah dgn Nusus Mutasyabihat secara zahir



5) Menolak pendekatan Mazhab Muktabar



6) Mentajrih ulamak yang tidak sealiran



7) Beranggapan hanya mereka sahaja yang benar



8) Mentahrif khazanah ulamak



9) Menghapus sumber dan nilai sejarah umat Islam



10) Melahirkan ekstremis (al-Qaedah, Taleban, JI Dll)



Jika anda mempunyai ciri di atas. Sah..anda salah seorang Wahhabiy TOTOK. Sedarlah, anda berada di tahap kritikal dan memerlukan rawatan kecemasan. Tetapi, jika ciri di atas sedikitpun tidak berkaitan dengan anda...bertenanglah..kita semua dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Seseorang tidak perlu mengkafirkan seseorang yang lain selagi ia terdiri dari ahli Qiblat. Kecuali Mujassim dan sesiapa yg ingkar ilmu juz'iyyat. Demikian keterangan Imam al-Syafi'ie di dalam al-Asybah Wa al-Nazha'ir hlm 441 juz 2, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Bayrut, 2005.


Sebenarnya, ketika kemunculan Wahhabiy dan sebelum gerakan ini mendapat kuasa politik dan pemerintahan Jazirah Arab, para ulamak tampil dengan pelbagai fatwa terhadapnya. Antaranya : Ibn 'Abidin, Imam al-Showi al-Maliki, Syed Ahmad Zaini Dahlan, Imam Ibn Humaid al-Hanbali DLL telah memfatwakan Gerakan Wahhabiy sebagai golongan Khawarij. Nantikan...paparan kami dari kitab-kitab mereka secara eksklusif.



Malahan, jika tuan-puan menelusuri fatwa negeri Johor, Dato Syed Alawi al-Haddad telah memfatwakan Fahaman Wahhabiy juga sebagai fahaman Khawarij. Fatwa ini senada dengan apa yang diungkapkan oleh Syeikh Abdullah Fahim (Datuk kpd PM) dalam muqaddimah Kitab Senjata Syariah yg ditulis oleh Abu Qaniah dan Abu Zahidah. Dan ramai lagi ulamak melayu yang tampil memperjelaskan kedudukan Wahhabiy.Namun, bila gerakan Wahhabiy mendapat kuasa politik dan pemerintahan, kelihatan tidak ramai ulamak & negara yang berani membuka mulut.

REALITI :

Justeru, apabila seorang Menteri diasak bertubi2 berkaitan fahaman Wahhabiy, maka itulah jawapannya. Jawapan yang mengambil kira faktor politik tempatan, politik antarabangsa, perpaduan melayu Muslim, mengelak tanggapan negatif non Muslim DLL. Bahkan saya amat bersetuju dengan jawapan YB Menteri bahawa..kita memerlukan forum yang lain bagi membicarakan tentang fahaman ini secara mendalam.


Kesimpulannya, secara umum, golongan Wahhabiy terbahagi kepada 3 golongan. Selagi mana mereka mengamalkan Rukun2 Islam/Iman mereka masih layak bergelar Muslim Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tetapi jika fahaman dan pegangan mereka melampaui batasan syarak (ghuluw) dan aktif dengan teori takfir Umat Islam, secara automatik..mereka tidak layak di gelar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka terus melancarkan provokasi kepada siapa sahaja yang mengkritik mereka. Tengoklah kandungan Majalah I bulan ni. Terbaru, kononnya Syeikh Abdullah Harari mengkafirkan Imam Hassan al-Banna dan Syed Hassan al-Saqqaf mengkafirkan Muawiyah r.a. Sebenarnya, kedua-dua Syeikh berkenaan berlepas diri dari tohmahan mereka. Itu sebenarnya sebahagian dari seni fitnah Wahhabiy Ghuluw. Wallahua'lam.


Wednesday, May 7, 2008

APA NAK JADI?


Harapkan pagar, pagar tak makan padi. Tetapi harapkan Saudi, Saudi jejas maruah Muslimin lagi. Kali ni, mereka gagal menangani penyeludupan Kunci Kaabah pada abad ke-12 ke luar negara. Menyebabkan Kunci Kaabah itu dilelong di London beberapa minggu lalu dengan harga RM57 juta.


Pewaris penjaga Kaabah, Saleh al-Syaibi kesal dengan situasi yang berlaku. Beliau merayu semua pihak agar kunci tersebut dipulangkan ke tempat asalnya. Manakala sejarahwan Arab Saudi Hani Fairouzi hairan bagaimana kunci berkenaan boleh dicuri. Beliau seterusnya menyeru semua pihak (kerajaan Saudi, Pertubuhan Islam dan jutawan) berusaha untuk mengembalikan khazanah umat Islam itu.


Eleeehhh, isu kunci kecik je. Biarkanlah mereka seludup dan jual. Dapat duit berjuta-juta. Masyyuuuk Syeikh. Masalahnya, kalau dibeli Jutawan Islam dan untungnya untuk manfaat umat Islam tak pe lah. Tapi.. yang seludup tu.. tentu orang kenamaan jugak kan? Untungnya pun untuk individu tertentu sahaja. Itu tak adil, kejam, zalim dan adik beradik yang setaraf dengannya.


Paling tragis, pelelongan ini mencalar maruah dan identiti umat Islam. Kaabah tu mulia. Kunci Kaabah tu pula sebahagian dari Kaabah yang mulia. Dibuat secara khas dibawah penyelenggaraan Kerajaan Arab Saudi. Kalau anda seorang muslim..terasa jugak kan? Kunci Kaabah yang mulia berada ditangan orang kafir. Macam takde benda lain nak dilelong. Ingat sekal..sedih. Ingat dua kali..geram. Ingat sekali lagi..kelakar jugak dgn Bani Saud ni. Dah la minyak disedut Amerika Yahudi. Kini, kunci Kaabah pulak... Bila ada duit..lupa diri. Bila takdak duit semua benda bernilai hendak dilelong. Sikit masa lagi..semua akan dilelong Saudi. Apa nak jadi? Perasaan kita ditutup bercampur-campur...macam bursa Saham Kuala Lumpur.

Friday, May 2, 2008

BANTAHAN 'SYUKRAN GEERT WILDERS'


Saya agak terkejut apabila membaca artikel "Syukran Geert Wilders" oleh Us Mohd Aizam Mas'od dari Bahagian Penyelidikan JAKIM. Artikel ini masih disiarkan di website JAKIM hingga kini. Seolah-olah direstui Jabatan dan merupakan suara rasmi JAKIM. Saya tidak berpendapat begitu. Mungkin, artikel ini tidak ditapis terlebih dahulu. Atau pengurusan tertinggi terlepas pandang mengenainya.


Secara keseluruhan, isi kandungannya baik. Tetapi tidak menjustifikasi tajuk yang ditulis. Jika dianalisa, tajuknya AMAT BERTENTANGAN dengan kandungan yang ditulis. Jika penulis ingin menjelaskan kejahatan Wilders yang menghina Islam sepatutnya beliau menulis : "Kufran ya Wilders" bukannya Syukran Geert Wilders".



TIDAK REALITI


Jika diamati dengan mendalam. Tulisan pegawai JAKIM ini tidak berpijak dibumi realiti. Beliau kelihatan syok sendiri apabila menampilkan tulisan dengan tajuk bombastik tetapi tidak sedar tajuknya menentang arus realiti.


Realitinya, Geert Wilders seorang tokoh kuffar yang menghina Islam. Takkan kita nak ber 'Terima Kasih' kepadanya di atas penghinaannya terhadap kita. Jika kita berterima kasih kepada Wilders yang menghina Islam. Kita pun sama sehati sejiwa dengannya. Iaitu sama-sama redha dengan penghinaan terhadap Islam. Inilah wajah tasybih (keserupaan) yang boleh diterjemahkan hasil kepenggunaan kalimah 'Syukran' terhadap Wilders. Masya Allah.


PENYAMAAN:


Diawal perenggan, Us Mohd Aizam menyamakan Wilders dengan tokoh2 Jahiliyyah yang lain yang menghabiskan sisa hidupnya utk menghina Islam. Ya..saya setuju. Malangnya, penulis berterima kasih dengan lafaz Syukran. Tindakan ini terlalu berat untuk diterima umat ini. Ucapan ini zahirnya, seolah2 olah merangkumisatu penghargaan kepada Wilders atau tokoh2 jahiliyyah yang menghina Islam.



BAHASA AL-QUR'AN & AS-SUNNAH :


Jika kita membuka lembaran suci al-Qur'an, Allah secara jelas mengkritik keras usaha mereka. Lihatlah kes Abu Lahab, Ubay & Umayyah bin Khallaf, Walid bin Mughirah DLL. Tidakkah Allah menyifatkan daya usaha mereka dengan 'Tabba" atau "Wail". Bahkan dijanjikan kepada mereka dengan azab yang pedih/berat @ sengsara. Kalimah ini menandakan Allah SWT amat memurkai sikap dan tindak tanduk mereka yang memusuhi Islam. Kenapa pula saudara memandai-mandai mengucapkan 'Syukran' kepada penghina Islam. Apakah saudara ingin mendahulukan gaya bahasa yang dipergunakan al-Qur'an al-Karim. Masya Allah!



VERSI YANG LAIN :


Dalam versi yang lain, ada ke Allah SWT bersyukur (berterima kasih) kepada Fir'aun yang menentang Nabi Musa dan Harun. Walaupun semakin ramai orang yang mengikuti ajaran Nabi Musa, Allah SWT sesekali tidak bersyukur kepada Fir'aun. Malah Nabi Musa juga tidak 'berterima kasih kepada Fir'aun yang kejam itu.


Di sudut lain, cuba anda teliti, Allah SWT juga tidak berterima kasih kepada Qarun, Haamaan, Namrud, Kaum Aad, Kaum Tsamud, Kaum Tubba' DLL. Bahkan realiti berlaku sebaliknya. Dimana, Allah membalas kritikan dan makar mereka dengan siksa yang teramat pedih. Justeru, jika Allah tidak bertindak memuji si kafir.. jangan pula ada orang yang beriman hendak memuji mereka. Bukankah kalam Allah itu lebih benar dari segala makhlukNya?



Demikian juga ketentuan al-Sunnah. Jika kita mengkaji kedudukan Sunnah atau atsar didapati tidak pernah Nabi SAW, para sabahat dan tabi'in menghamburkan pujian kepada golongan yang mencerca atau menghina Islam. Jika tiada penjelasan terhadap perbuatan sedemikian, maka kita tidak perlu mereka-cipta pujian-pujian terhadap mereka yang mentohmah agama kita tercinta.



KABUR :


Saya rasa, Us Aizam masih kabur tentang lafaz ' syukur' dan maksudnya. Melalui Mu'jam al-Mufahras Lil Alfaz al-Qur'an didapati kalimah 'Syukur" dipergunakan dengan pelbagai sighah. Perhatikan disana-disana.


Imam al-Thabbari di dalam Tafsirnya berpendapat Syukur dan Puji sebgai satu makna. Tetapi tidak dipergunakan lafaz itu untuk memuji golongan yang menghina Islam. Mufassir yang lain pula membezakan lafaz Puji dan Syukur. Walupun begitu, mereka juga tidak pernah mempergunakan lafaz ini (syukur) untuk diucapkan kepada golongan yang menghina atau memusuhi Islam. Tetapi Us Aizam ternyata keliru dan mengelirukan.



PEPATAH ARAB :


Dalam kes ini, Penulis juga tidak boleh menggunakan pepatah : "Rubba Syarrin yajlibu Khayran". Maksudnya : Kemungkinan kejahatan menempah kebaikan." Ini kerana pepatah berkenaan hanya ungkapan biasa. Bukannya dari lisan al-Syari'. oleh itu, ia tidak layak untuk dijadikan hujjah dasar bagi memuji orang yang memfitnah Islam. Tambahan pula pepatah di atas dipergunakan untuk memujuk seseorang yang telah ditimpa musibah. Supaya individu berkenaan tidak memprotes takdir Allah dan mengambil sikap berputus asa. Kesimpulannya, pepatah ini sesekali tidak boleh dijadikan hujjah untuk menjustifikasikan pujian terhadap mereka yang menghina Islam.



MAKSUD TERSIRAT:


Ya..ada maksud tersirat dari apa yang ditulisnya. Namun, secara asasnya, kita perlu memulakan dengan maksud yang tersurat terlebih dahulu. Maksud tersurat dlm penulisannya ialah...Wilders adalah satu watak jahat yang menghina Islam...Manakala maksud tersirat pula ialah..perbuatan Wilders menyebabkan orang barat berminat untuk mengkaji tentang Islam...dan memeluk Islam. Manakala maksud yang terhayat : Islam sentiasa dicemburui oleh musuh-musuhnya. Namun, setiap kali musuhnya mengancam..Allah tampil membela agamanya walaupun si kafir, munafiq dan zalim tidak menyukainya. Pendek kata, jika ada maksud tersirat bertentangan dengan realiti tersurat dan terhayat didahulukan realiti tersurat dan terhayat berbanding tersirat. Sebabnya maksud tersirat bukan dari keputusan manusia. Sebaliknya ia satu ketentuan dari Allah yang menerbitkan hikmah. Justeru, kita hanya menghukum secara zahir. Wallahu yatawalla bil sarayir.



Ingin saya pertanyakan penulis. Berapa sen sangat orang berminat mengkaji tentang Islam hasil tindakan Wilders?. Berapa peratus pula orang masuk Islam kerana Wilders. Kalau ada..mungkin peratusannya amat kecil. Sebaliknya, orang berminat dengan Islam ialah kerana faktor kajian, faktor kebenaran, faktor keinginan, faktor kesukarelaan, dakwah dan faktor ketuhanan yang sebenar.


Artinya, bukan kerana Salman Rushdie, Taslima, Wilders, Orientalis atau mana-mana penjahat pun yang menyebabkan manusia berduyun-duyun memeluk Islam. Tetapi atas fitrah agama Allah. Jika anda inginkan ketenangan, mari kita telusuri bersama Surah al-Nasr. Ternyata, kemasukan bangsa arab dan 'ajam ke dalam Islam disebabkan oleh pertolongan Allah dan kebenaran risalahNya. Justeru, tidak hairan jika Islam semakin difitnah maka kebenarannya menjadi semakin terserlah. Bukan kerana dek fitnah atau pemfitnah..tetapi kerana Sunnatullah. Jadi...AMAT tidak kena jika kita bersyukran kepada pemfitnah. Malah tindakan itu AMAT-AMAT salah. Sebaliknya, bersyukurlah pada Allah! Dialah pemelihara kepada agamaNya yang Maha Benar.



Secara peribadi, saya telah menasihati pihak yang posting artikel ini ke website JAKIM,Bahagian Penyelidikan serta KP JAKIM sendiri. Tetapi, sampai sekarang artikel Terima Kasih kpd Si kafir masih ada. Maka artikel ini akhirnya ditulis. Ia bukanlah satu provokasi terhadap individu. Tetapi hanya sekelumit usaha untuk menghapuskan kesamaran yang berlaku. Lebih-lebih lagi menggunakan paltform rasmi JAKIM untuk berterima kasih kepada si kafir Laknatullah. Bagi saya, Kebenaran itu sentiasa ditegakkan walaupun melibatkan periuk nasi sendiri. Aku kerja dengan Allah. Allahu Allah!


Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo