Monday, May 19, 2008

MURTAD DIIKTIRAF?


Walaupun terlewat, izinkan saya mengulas sedikit kes murtad melibatkan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang baru-baru ni. Berdasarkan hujjah yang diutarakan peguambela Si Murtad (Ahmad Jailani Abd Ghani) akhirnya, bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Othman Ibrahim membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah untuk keluar dari Islam. Ia diantara kes utama di negara kita melibatkan muallaf yg masih hidup sejak Mahkamah Syariah diberi kuasa mengendalikan kes berkenaan. Perisytiharan itu bermakna, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) perlu membatalkan sijil memeluk Islam wanita berkenaan.


Antara alasan yang dikemukakan dalam perbicaraan itu ialah :


1) CT Fatimah tak pernah yakin dengan Islam. Kononnya beliau memeluk Islam hanya semata-mata untuk berkahwin dengan Ferdoun seorang lelaki warga Iran. Akhirnya, beliau ditinggalkan.


Ulasan saya : Apakah dengan alasan ini...sesiapa sahaja boleh murtad. Betapa ramai rakyat Msia yang beragama Islam berada dalam keadaan tidak yakin dengan Islam. Khususnya remaja. Cuba dekati mereka.Tanyakan mereka : Adakah anda yakin dengan Islam? Ada yang jawab tak tahu. Ada pula yang jawab 'kurenngg' dan ada juga yang takleh nak jawab. Identiti yang jelas ialah kerana mak bapak mereka Islam dan lahir dalam Islam. Berasaskan situasi ini, jika ada pihak yang 'push' mereka di mahkamah (mahkamah tak tahu pun) supaya 'murtad'...gamaknya..hakim kita boleh buat keputusan sama kot. Manakala loyar2 kita yang kekurangan 'client' pasti sanggup membela mereka. lebih2 lagi jika dijanjikan dengan yuran 'masyuk yang banyak'. Fuuuhhh..tentu bahaya kan?



Si Ferdoun pula satu hal. Saya difahamkan beliau berfahaman syiah. Dan berkahwin dengan Siti Fatimah atas dasar nikah mut'ah sahaja. Siti Fatimah pula..dok tahu kalo. Tup2..Ferdoun cabut lari meninggalkannya. Sepatutnya, MAIPP follow-up perkara ni. Datang..jumpa..berbincang dan berikan bantuan sewajarnya kepada Siti Fatimah. Ataupun berusaha untuk menjejaki Ferdoun samada melalui Kedutaan Iran ke..Wisma Putra ke..dan lain-lain. Yang penting, status isterinya perlu diperjelaskan. Tapi, kalau setakat..nikah..ghaib..nikah ghaib..buat malu kompeni sahaja. Akhirnya, Islam juga yang 'dapat nama'. Patutnya orang Islam jaga jatidiri mereka.



Dalam kes Siti Fatimah, sudah tibanya masanya, kaedah pendaftaran, penjagaan dan kebajikan muallaf digubal bagi membantu kehidupan mereka. Agar mereka tidak dibiarkan lemas sendirian atau sekadar hidup bagaikan bernafas di dalam lumpur. Apa salahnya, duit zakat banyak kan? Kutip banyak-banyak..belanja kurang. Tak luak-luak pun. Lagipun, muallaf terdiri dari asnaf yang lapan. Justeru, pergunakanlah peruntukan berkenaan untuk mengatasi kelompangan akidah yang berlaku. Atau membiayai sebarang aktiviti pemuliharaan akidah muallaf. Jika tidak...sampai kiamat pun..kes-kes seperti ni pasti berulang lagi.



Berbalik pada MAIPP, bila kes meletup..baru gubra. Tu pun, pada peringkat permulaan..MAIPP tidak menunjukkan minat terhadap kes ini. Hal ini terbukti bila MAIPP tidak hadir pada prosiding awal kes berkenaan walaupun diberi surat saman. Sebaliknya hanya mengemukakan hujjah dihujung perbicaraan sahaja. Nampaknya MAIPP tidak bersikap profesional dalam hal ni. Bahkan tidak sudi belajar dari negeri lain yang telah matang dalam mengendalikan beberapa kes murtad. Justeru, amat wajar MAIPP memerhatikan segala kelemahan dalam kes ni dan melakukan penambahbaikan terhadapnya.



2) Siti Fatimah mendakwa setelah memeluk Islam dia masih menyembah berhala, mengikut ajaran budhha dan memakan daging babi.


Ulasan : Bagi saya, ni pun bukan alasan yang kuat untuk murtad. Ini kerana Siti Fatimah tidak didedahkan dengan ajaran Islam yang sebenar. Samada oleh Ferdoun, MAIPP ataun NGO Islam. Jika dia tidak mendapat gambaran yang tepat tentang Islam beerti dia seorang yang tidak mengetahui (jahil). Apakah perlakuan seorang yang jahil yang menyembah berhala, ikut agama budhha, memakan babi, meminum arak DLL itu boleh dikategori sebagai terus murtad. Atau amalan berkenaan merupakan lesen kepada murtad. Bukankah kaedah ada mengatakan : Man jahila aslan, Lam Yusbibil far'an abadan. (Sesiapa yang jahil secara usul tidak menganjakkan keadaan furuknya."


Kalau amalan yang dilakukan kerana kejahilan seseorang mengenainya boleh dijadikan alasan untuk murtad maka saya percaya bahawa..ramai anak2 muda kita dan golongan dewasa boleh murtad bila-bila masa sahaja. Cuba bayangkan, betapa ramai melayu yang beli dan minum arak kat 7 Eleven, makan kat kedai orang cina yang tak halal, meninggalkan solat-puasa-zakat, puja barang lama, main ibu duit..fuyyoo..banyak lagi. Tentu Lagi bahaya chheekk!!! Justeru, ni..bukan alasan sebenarnya.



Ada orang kata : 'Eleeeh..kes dah berlaku. Apa pulak nak pertikai mahkamah'? Bagi saya, jawapan balas ekspress ialah : sesiapa sahaja boleh dipertikaikan termasuk mahkamah. Mahkamah bukan suci. Walhal, al-Qur'an yang suci dan sabda Nabi yang maksum pun selalu dipertikaikan dek orang. Yang penting, Agensi Agama, Mahkamah, Hakim Syar'ie, peguambela, MAIPP, Jabatan Agama, NGO Islam perlu mengkaji punca permasalahan dan profesional dalam menyelesaikan kes berkaitan. Mudah-mudahan kes seperti ini tidak memeritkan kita semua. Hairan jugak saya, bila timbul kes murtad..Ketua Agama Islam khususnya Raja-raja Melayu tidak bersuara. Tapi bila melibatkan kes politik cepat pulak walaupun kes berkenaan melibatkan pertukaran jawatan biasa dalam sesuatu negeri.


Lebih pelik lagi, bila ada Mufti yang memuji secara terbuka tindakan Hakim dan penguambela yang mengendali dan membenarkan murtad. Keseluruhannya, apakah kronologi ini menggambarkan murtad sudah diiktiraf? Ish-ish ish..tentunya situasi ini memberi kesan yang negatif dan tamparan yang hebat kepada Umat Islam di Malaysia. Paghak Nisse pade gulo...paghak-paghak.


1 comment:

Ibnu Muslim said...

Mungkin lepas ni tiada lagi ajaran sesat tapi ajaran orang murtad sebab tiada tindakan boleh diambil jika kumpulan sesat ni istihar awal-awal keluar dari Islam. Harap-harap jangan pulak banyak ajaran sesat di Perlis sebab Muftinya tak kisah orang keluar Islam camtu je...kan pelik & bahaya jadinye.

Visit Bil.