Tuesday, December 23, 2008

FAHAMAN TAJSIM MODERN




Kita perlu berhati-hati dengan sikap sesetengah penulis yang cuba mengetengahkan pemikiran Tajsim ke dalam masyarakat. Di peringkat permulaan penulisan, sememangnya mereka membicarakan isu agama berbentuk umum. Namun, apabila sudah mendapat nama dan menjadi terkenal, mereka mula mengorak langkah untuk menyampaikan fikrah akidah yang berbentuk Tajsim pula. Iaitu dengan membicarakan nas-nas mutsyabihaat yang menunjukkan Allah SWT zahirnya menyerupai makhluk. Mereka menerimapakai ketentuan zahir itu tanpa sebarang pertimbangan dengan nas-nas atau melalui kaedah bahasa arab yang sepatutnya. Atau tidak merujuk ulamak muktabar. Mereka juga mendakwa nas-nas mutasyabihhat (ayat @ hadith) yang memaksudkan erti yang zahir perlu diimplementasi secara zahir juga walaupun zahirnya nas berkenaan menujukkan Allah bersifat seperti makhluk. Seperti Allah berjisim, beranggota, duduk di atas Arasy dan lain-lain. Mereka mendakwa inilah sebahagian dari sifat Khabariyyah.

Lihatlah dengan mata hati yang suci terhadap apa yang diutarakan oleh Dr Aidh Abdullah al-Qarnie dari Arab Saudi yang popular dgn bukunya : Jangan Bersedih dalam hal ini. Buku asal diterjemahkan di Indonesia. Tetapi menyusup masuk ke negara kita dengan judul baru. Khulasahnya, walau judul baru boleh diterima tetapi isinya pula satu kelainan dari akidah Islam. Bukankah ini seni tajsim yang halus untuk merosakkan akidah umat ini.

Jika tuan/puan membuat kajian terhadap kepercayaan yahudi, kristian atau hindu sememangnya mereka percaya bahawa Tuhan mereka duduk diatas langit (Arasy), ada muka, tangan, kaki, telapak tangan, telapak kaki, betis, paha, kepala, mulut, bibir DLL. Subhanallah dari apa yang mereka sifatkan.

Soalnya, apakah intisari akidah yang diutarakan penulis diatas adalah akidah SalafusSoleh. Ternyata, tidak sama sekali. Sebenarnya, akidah Para Nabi A.S , para sahabat, tabi-ien dan para ulamak jelas merupakan akidah tanzih. Ia jelas berbeza dgn doktrin Yahudi, kristian mahupun hindu. Justeru, para ulamak muktabar sudah melarang kita dari bertindak memvisuallisasikan Allah dgn zahir nusus mutasyabihaat. Buktinya, Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim, hlm 19 juz 3, Cet Dar Ihya Thurath al-Arabiy, Bayrut mengatakan : "Sesungguhnya Maha Suci Allah daripada berjisim, berpindah, mengambil ruang @ bertempat. Ini kerana Maha Suci Allah dari menyerupai makhluk."

Imam al-Bajuri di dalam Tuhfatul Murid Syarh Jaurah Tauhid hlm 98 menjelaskan : "Adalah menjadi pegangan Ahl Sunnah dari kalangan Salaf dan Khalaf bersepakata bahawa wajib mentakwil nusus mutasyabihaat yang zahir bagi menjauhkan Allah dari maksud nusus zahir tersebut. Kaedah ini disepakti oleh Ahli Haq dan lain-lain. Maka sebaiknya bagi kita ialah menggunakan pendekatan ulamak muktabar ketika berinteraksi dengan nusus mutasyabihaat agar kita tidak terlibat dengan budaya mentajsimkan Allah mengikut tafsiran bebas tanpa ilmu. Hindarkan diri anada dari pemikiran Tajsim modern. Allah yahdina ila sawa' al-Sabiil. Barakallahu fikum.

9 comments:

aryna said...

mengenai buku yang diutarakan oleh Dr Aidh Abdullah al-Qarnie dari Arab Saudi yang popular dgn bukunya : Jangan Bersedih..

saya memang dah lama nak tanyakan hal ini kepada Ust.Zamihan..
tapi, saya belum ada masa untuk mendapatkan salah satu dari buku yang tajuknya berlainan dari isinya yang rata2 menyebut tentang fahaman Ibnu Taimiyyah..

saya ada memiliki salah satu dari buku tersebut, yg tak dinafikan sebahagian darinya amat bermanfaat, cuma kebanyakan orang awam sukar utk mengenalpasti yang mana benar, yang mana tidak boleh diambil pakai..
yang sahnya, dalam mukadimah buku2 tersebut ada menyebut penentangan kepada kitab Ihya Ulumuddin yang ditulis Imam Al-Ghazali..
mungkinkah ini sebabnya tujuan buku2 Jangan Bersedih ditulis dan disebarkan..

Yang menyedihkan buku2 ini sangat mendapat tempat di merata-rata di kalangan orang2 awam terutama golongan muda..dan best selling kerana dijual dalam pelbagai saiz termasuk saiz poket yang senang dibawa.

soalan saya: apakah perlu pihak berkuasa lakukan?!

wallahualam..

Ibn Salleh. said...

Salam.Saya pernah menyemak dan membaca 2 buah buku yang ditulis oleh Dr Aidh Abdullah al-Qarnie bertajuk,"Jagalah Allah...Allah Menjagamu" dan juga buku "Malam pertama Di Alam kubur".Memang benar banyak juga manafaatnya dari kedua-dua buku yg. ditulis oleh beliau.Cuma ada beberapa penulisan beliau yg. saya kurang setuju dalam buku "Jagalah Allah....Allah Menjagamu".Dalam mukasurat 319 beliau membida'ahkan zikir "Ya Lathif...Ya Lathif...Ya Lathif" dan mengatakan ia tidak termasuk dalam zikir yg. diajar oleh Islam.Sedangkan zikir ini telah saya amalkan sewaktu pengajian di pondok dahulu sehingga sekarang dan tidak pernah sesiapa pun membida'ahkannya.Dalam mukasurat 402, penulis buku ini telah menolak amalan bertawasul dengan mengatakan pengamalnya termasuk ke dalam orang2 yg. musyrik.Apabila ini saya rujuk kepada beberapa guru,maka mereka kata, ambil saja yg. baik dan hindarkan yg. mana bersalahan dgn. amalan kita.Walaubagaimana pun saya masih lagi membaca penulisan beliau yg. selari dengan amalan kita di Malaysia tanpa menolak secara total.

Anonymous said...

Salam..

" Laisabi maksum "..

kita kena faham tiada manusia yg sempurna..Hanyalah Muhammad S.A.W yg paling sempurna antara manusia..

aryna, hanya kerana Dr Aidh menyebut tentang fahaman ibnu taimiyyah maka kita telah beranggapan bahawa buku tersebut ada cacat celanya...Apakah jenis penentangan kepada kitab Ihya Ulumuddin yg ditulis..cuba bgtau sikit..jika benar pun,adakah buku ihya ulumuddin tidak boleh dikritik jika ada benar kesilapannya..sebab manusia tidak sempurna..jgn menilai dengan berat sebelah..

Apa nk disedihkan kerana buku itu mmg banayk manfaatnya, sebab itu mendapat tempat di hati pembaca..

Apa yg perlu pihak berkuasa lakukan ialah membiarkannya shj..kerana tiada masalah di situ..

Hanifsalleh..

Cuba enta check dengan pakar hadith atau muhadith, pakar Al-Quran dan Mufassir adakah tercatat atau pernah diajar oleh Rasulullah..jika tiada buat aper nk buat..bnyk lagi zikir yg telah diajarkan baginda, buat jer lar yg tue..

Ana tanya enta secara jujur..Enta rasa bertawassul itu boleh atau tidak..perlu atau tidak,ada di ajar dari rasulullah ker tidak..

Jangan kita mengamalkan islam ikut cara kita..kita kena ikut cara yg Rasulullah ajarkan kepada kita...

" Apabila ini saya rujuk kepada beberapa guru,maka mereka kata, ambil saja yg. baik dan hindarkan yg. mana bersalahan dgn. amalan kita "

Apakah yg bermaksud dengan amalan kita..adakah amalan Rasulullah..

sila jawab yer..

Waallahualam..

Anonymous said...

Salam..

Soalan ini sy tujukan khas buat tuan punya blog..

" Jika tuan/puan membuat kajian terhadap kepercayaan yahudi, kristian atau hindu sememangnya mereka percaya bahawa Tuhan mereka duduk diatas langit (Arasy), ada muka, tangan, kaki, telapak tangan, telapak kaki, betis, paha, kepala, mulut, bibir DLL "

Saya tnya pada tuan merujuk kepada ayat tulisan tuan diatas...apakah tuan tahu bahawa agama yahudi, kristian dan hindu berasal dari agama islam yg telah diselewengkan..jadi tidak kita nafikan jika masih ada sisa2 kepercayaan yg wujud dalam agama2 itu sekarang yg menyamai aqidah islam....

Bukan bermaksud membenarkan agama2 mereka..

Tetapi tuan tidak bersifat adil dalam hal sebegini..sedangkan ulama'2 terdahulu tidak menjadikan perkara ini sebagai isu..

Ibn Salleh. said...

salam utk tempayanbudu.Zikir Ya Latiff adalah salah satu daripada 99 nama Allah.Begitu juga kita berzikir dgn.Ya Alah,Ya Allah tetapi golongan Pak Wahab menolaknya.Begitu juga dengan tawassul,tabarruk dan istighatah dgn. para ambia dan solihin dihukumnya sesat oleh geng Pak Wahab.Bertawassul dgn. peribadi Rasullullah s.a.w banyak diriwayatkan dlm. hadis2 baginda di antaranya disebut dlm. kitab Al-Majma'Az-Zawaid.Dlm. hadis yg.lain,At-Thabrani dlm. Mu'jam ash-Shaghir,al-Hakim,Abu Nu'aim dan al-Baihaqi dlm. ad-Dalail,Ibnu 'Asakir dlm. Tarikhnya,As-Sayuthi dlm.Ad-durr Mantsur daripada Umar bin Al-Khatab menukilkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda,"Ketika Adam melakukan dosa, dia mengangkat kepalanya ke arah langit dan berdoa"Wahai Tuhan, Aku memohon kepadaMu dengan hak Muhammad agar engkau mengampuniku".Panjang kalau nak tulis.Dalam hadis Muslim yg. diriwayatkan oleh Umar al-Khatab, Rasullullah s.a.w menyuruh Umar mencari Uwais utk. berdoa minta diampunkan.Dlm.kitab Al-Azkar berkata An-Nawawi bertawassul dgn. berkata "Ya Allah, aku bermohon kepadaMu dan aku bertawassul kepadaMu dgn. Malaikat Jibrail,Israfil,Mikail dan Muhammad s.a.w" membuktikan bahawa tawassul memang wujud asalkan kita beriktiqad dengan betul.Apakah tuan geng Pak Wahab juga maka akan menolak apa yg. saya huraikan dgn. panjang lebar?Kalau nak lagi huraian tentang tawassul sila beri e-mail address, sebab terlalu banyak hadis nak saya buktikan.Yang saya kata baik tulisan Dr.Aidh kerana berbicara dgn. apa yang diajar oleh ulama terdahulu.Yang kita tolak ialah apabila tidak selari dengan Ijma' ulama dan itulah yg. saya maksudkan amalan kita kerana berpegang dgn.Al-Quran, Hadis,Ijma'Ulama.Qiyas dan sebagainya.Tuan mengatakan kita kena ikut cara Rasullulah ajarkan, tetapi takkan tak pernah baca Hadis bagaimana Rasullullah ajar cara bertawassul?Cuba check Hadis riwayat At-Thabarani dlm kitab Al-Kabir & Al-Awsath.Begitu juga dengan Syarah Al-Azkar karangan Ibnu 'Allan juz 2 m/s 139.Kalau Tuan tak ada kitab ni pergilah perpustakaan Masjid Wilayah dan cari sendiri.Jangan sewenang-wenangnya mengatakan Rasullullah s.a.w tak ajar cara bertawassul.Penat saya bongkar kitab dalam bilik sebab nak jawab soalan Tuan.Kalau tak faham lagi tak tahulah.

Anonymous said...

Salam..

terima kasih kerana menjawab persoalan yg saya tanyakan..

Divine love said...

Salam.

Akidah yang ingin diterapkan oleh ajaran sesat Wahhabi wajib ditentang dan dihapuskan.

Akidah ajaran sesat Wahhabi al-Mujassimah sama sekali tidak boleh diterima dan sudah lari daripada akidah Islamiah yang syumul dan benar.

Ada satu pendapat yg diutarakan oleh seorang pendatang blog, katanya ajaran Kristian, Yahudi, dan Hindu itu adalah ajaran Islam yg diselewengkan.

Pada firasat saya, tidak boleh mengata bahawa ajaran Kristian, Hindu, dan Yahudi itu adalah ajaran Islam yg diseleweng sebab ajaran yang terkandung di dalam agama itu tidak selari dengan ajaran Islam.

Lagipun ajaran agama Kristian, Hindu, dan Yahudi tidak mengiktiraf Nabi Muhammad SAW dan mereka tidak mahu menerima Nabi Muhammad SAW.

Jadi ajaran Kristian, Yahudi, dan Hindu sama sekali tidak ada kaitan dengan ajaran Islam yang syumul dan benar yang dibawa oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Ajaran sesat Wahhabi al-Mujassimah kini sering diberi perhatian oleh media massa sebab tidak ada penguatkuasaan untuk menghapuskan ajaran sesat itu.

Lagipun banyak juga pendokong-pendokong ajaran sesat Wahhabi al-Mujassimah yang kerap muncul di televisyen dan stesen radio menyampaikan ilmu-ilmu sesat Wahhabi.

Jadi harap, Ustaz Zamihan dapat memberi penekanan secara meluas di Malaysia untuk menghapuskan ajaran sesat Wahhabi al-Mujassimah.

Jangan biar nasi jadi bubur, ya Ustaz Zamihan.

Moga perjuangan menegakkan kalimah tauhid diberkati Allah.

Salam.

tuner said...
This comment has been removed by the author.
Ibnu Muslim said...

Salam semua,
Ana sependapat dengan Ust Z/Hanifsalleh/aryna dalam hal ini.
Kesilapan Mazhab Muhd Wahab seperti juga Ibnu Taimiyah adalah kerana berpegang pada itsbat dalam menetapkan ayat2 mutasyabihat. Bahayanya adalah kerana ditakwilkan secara literal sedangkan jumhur ulamak salaf adalah tafwidh membuktikan itsbat bukan pegangan golongan salaf.
Komen Dr Aidh tentang perbezaan Arsy & Kursy tersebut membahayakan kerana boleh menyebabkab beliau terlintas di hati memahami tuhan sebagai berjasad.Kerana itulah pegangan yang paling selamat adalah tafwidh.
Dalam kes ibadah pula, kesilapan Mazhab Muhd Wahab adalah menafsirkan bidaah sebagai sebarang ibadah yang tidak dilakukan oleh Rasullullah saw sedangkan makna sebenarnya adalah setiap ibadah yang tidak mempunyai asas dari Rasulullah saw. Maka berzikir dengan menyebut kalimah yang mulia berulang-ulang mempunyai asas dalam agama sedangkan mengingati Allah dengan cara bermain biola contohnya adalah bidaah yang dibuat-buat & jelas sesat.
Jika pegangan Wahabi diambil kira, maka tiada satu doa pun yang boleh diamalkan kecuali doa yang berasal dari Rasulullah saw. Maka adalah bidaah setiap mereka yang berdoa mintak lulus periksa atau mohon dapat naik pangkat atau dapat anak lelaki contohnya kerana Nabi tak pernah ajar doa tersebut. Sekiranya Wahabi berhujah bahawa umum ayat Quran Allah perintah manusia memohon kepadaNYa mesti akan diperkenankan maka sebaliknya mengapa dalam bab Zikir pula mesti hanya yang dibuat oleh Nabi sedangkan Allah juga secara umum dalam ayat Quran menyatakan supaya selalu mengingatiNya? Ini menunjukkan bahawa hujah Wahabi dalam bab bidaah tidak rajih dan silap.

Visit Bil.