Wednesday, December 3, 2008

BAHAYA FIKRAH TAKFIR!


Bekas Mufti Perlis, Dr MAZA di dalam artikel Bicara Mufti yang disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 9/9/2007 pernah menulis :


"Dunia Islam yang sepatutnya menerajui tamadun pembangunan insan dan kebendaan telah mundur dan hilang peranan. Hasil dari hilangnya identiti diri iaitu akidah yang murni yang menjadi asas tamadun umat, maka hilanglah tamadun kita yang pernah dibina. Bahkan sebahagian masyarakat Islam hidup dalam kesyirikan dan khurafat yang tebal. Lihat sahaja apa yang wujud di Indonesia, Mesir dan Morocco dan seumpama mereka. Mereka bukan sahaja ketinggalan zaman, mereka juga ketinggalan Islam yang tulen. Kepercayaan kepada tangkal-mangkal, bomoh, tahyul, khurafat wali-wali dan seumpamanya menguasai sebahagian masyarakat umat ini. Walaupun mereka mendakwa diri mereka Muslim, namun benteng akidah telah pun mereka hancurkan." rujukan : my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0909&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive



Ulasan :


1) Jika anda mengamati tulisan ini secara teliti anda akan dapati satu kenyataan berbahaya dari beliau dengan katanya: "Bahkan sebahagian dari masyarakat Islam hidup dalam kesyirikkan dan khurafat yang tebal (samada) di Indonesia, Mesir dan Morocco. Mereka bukan sahaja ketinggalan zaman. Mereka juga ketinggalan Islam yang tulen." Dalam kenyataan ini, Dr Maza secara jelas mengklasifikasikan 'sebahagian' dari umat Islam di negara berkenaan hidup dlm keadaan syirik dan khurafat yang tebal. Secara tidak langsung, beliau mengkafirkan umat Islam yang dimaksudkan. Jika tuan/puan menghitung bilangan umat Islam dari negara berkenaan. Entah berapa juta umat Islam yang dikafirkan oleh Mufti Glamour ini atas tuduhan mengamalkan syirik dan khurafat yang tebal. Pendek kata, mudahnya kita hendak mengeluarkan umat ini dari keislaman mereka. Wana'u zubillah.



2) Benarkah 'sebahagian' umat Islam di Indonesia, Mesir dan Morocco berada dlm keadaan syirik dan khurafat yang tebal dan menghancurkan 'benteng' akidah mereka. Atau dek kerana mereka tidak semetodologi memahami agama sebagaimana metodologi permikiran yang diperjuangkan Dr MAZA dan kroninya.? Saya kira, jika pembaca ingin mengkaji tuduhan ini Dr Asri, saudara pembaca boleh mendapatkan data-data yang berkaitan dari kedutaan negara berkenaan. Jika tuduhan ini disampaikan kepada kedutaan Indonesia, Mesir atau Morocco..agak berpeluh juga Wisma Putra nak menjawabnya. Dan dikhuatiri Dr MAZA sendiri boleh didakwa atas kenyataan 'takfirnya' itu.



3) Walau menulis MA dan PHD dalam bidang hadis, mantan Mufti Perlis tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam di bidang akidah. Namun begitu, beliau agak 'galak' menulis dalam pelbagai bidang. Silakanlah. Tetapi beliau nampaknya tidak berhati-hati dalam soal ini. Malahan begitu selesa menulis dan menuduh sebahagian besar umat Islam berada dalam keadaan syirik dan khurafat yang tebal. Sebenarnya, jika kita menelusuri sejarah teknik seperti ini adalah lahir dari metodologi Khawarij. Dan diakhir zaman ia diwarisi pula oleh golongan Wahhabiy Ekstrem.



4) Sememangnya, unsur pencemaran dan penyelewengan akidah itu ada di negara umat Islam dan masyarakatnya. Tetapi peratusan agak sedikit dan peranan pembendungannya dimainkan oleh pemerintah di bawah agensi agama. Merekalah yang bertanggungjawab membasminya.Tidak semestinya jika ada perbuatan syirik, khurafat, sesat DLL dlm masyarakat ..ia terus diletakkan keatas 'sebahagian' umat Islam pd sesebuah negara berkenaan. Sebagai contoh : Kemunculan ajaran sesat di Malaysia spt Ajaran Amad Laksamana, Ayah Pin, Hj Kahar, Mariam Nabi Palsu...tidak bermaksud 'sebahagian' rakyat Msia berada dlm kesesatan. Sebabnya kalimah sebahagian itu memaksudkan jumlah bilangan yang ramai. Bayangkan ia sebahagian dari 26 juta rakyat Muslimnya 60%. Berapa juta pula bilangan Muslim yang hendak dituduh sebagai sesat dan khurafat? Bukankah ini satu kenyataan yang amat ekstrem.


5) Jika anda sedar bahawa DR MAZA berasalah dalam tuduhan takfir umat Islam ini, anda sewajibnya tidak berpegang kepada pendapatnya yang batil ini. Kerana jika anda masih fanatik dgn pendapat ini.. beerti ..anda juga setuju dengan pentakfiran yang dipromosinya. Na'u zubillah min zalik.


6) Saya juga seorang yang menentang perkara bid'ah dholalah, syirik, khurafat dan sesat. Dan bukan untuk menotali kempen Dr MAZA 100%. Tetapi paparan ini menuntut kita supaya bersikap teliti dalam mengeluarkan kenyataan berhubung perkara syirik, bid'ah, sesat, khurafat DSB. Kerana ia berkait rapat dengan penentuan akidah umat Islam. Dikhuatiri, anada menganggapnya sebagai malan syirik beradasarkan metodologi anda. Tetapi tidak dianggap sedemikian pada pandangan ulamak @ pemerintah yang lain. Maka berhati-hatilah saudara.Bukankah sikap berhati-hati itu lebih baik, lebih warak dan lebih bertaqwa. Wallahu'alam.

56 comments:

aryna said...
This comment has been removed by the author.
aryna said...

salam tuan...
teringat kpd salah satu ceramah sheikh nuruddin menjawab dr.asri berkaitan hal2 bid'ah dan kafirkan orang2 Islam Indonesia..
beliau mengatakan (lebihkurang), umat Islam yang paling ramai di dunia adalah dari Indonesia.. kalau semuanya bid'ah dan masuk neraka, begitu neraka akan penuh sesak, makanya syurga akan kosong!!

saya tetap tak faham kenapa pengikut2 dr.asri masih mempertahankan beliau meski banyak kata2 dan fatwa dr.asri banyak yg berselirat dan ditentang majoriti (bahkan hampir kesemua) ulamak2 nusantara..

dan... saya berharap sesiapa yang mahu pertahankan dr.asri, moga keluarkan hujah tentang kata-kata dr.asri sendiri dan tidak hanya tunjuk jari kepada penulis blog ini saja seperti selalu..

ikhlas,
aryna

shahril said...

Salam ..

Sangat kecewa dengan Zamihan .. Masih tak habis2 pasal Dr.MAZA.. Boleh juga dikatakan zamihan mempunyai sifat ghuluw dlm dirinya..
Satu sikap yg melampau2 hasad dengki nya..

Dr.MAZA dah pun ke UK.. Dr.MAZA jadi Mufti pun tak lagi .. Benar, tentu zamihan akan kata takkan tak boleh hentam/kritik walau tak jadi mufti lagi?

Memang betul lah, blog ini penuh dgn hanya kisah pembantaian Dr.MAZA.. Di sini, kita boleh lihat sendiri akhlak Dr.MAZA.. Walau begitu banyak zamihan membantai, Dr.MAZA yg juga mempunyai blog sendiri tidak membalas setiap pembantaian Zamihan..

Benarlah kata2 UZAR, sikap inilah yang betul2 merugikan umat Islam.. Sikap yg masih kurang matang, hasad dengki dan bersikap ghuluw. Mengambil prinsip perjuangan sebagai alasan..

Secara peribadi, petikan Dr.MAZA yg zamihan letakkan itu, bagi saya, tiada apa2 masalah pun.. Yg timbul masalah hanya perkataan "sebahagian" .. "Sebahagian" ini bukan semestinya banyak .. "Sebahagian" ini boleh juga merujuk kpd sebilangan.. Dalam kaedah matematik, 1/10 pun boleh dikatakan sebahagian.. kecil jer jumlahnya 1/10 ..

Lagipun, kita kadang2 sendiri pun menggunakan perkataan "sebahagian" utk merujuk kpd sesuatu bilangan yg kecil tanpa kita sedari..
Zamihan sepatutnya memastikan apakah maksud sebenar kata2 Dr.Maza dengan bertanya kpd beliau sendiri.. Membuat telahan, tohmahan ini, hanya membawa dosa kpd diri sendiri dan juga mempengaruhi insan2 lain terutama pengikut setia zamihan spt aryna itu terhadap perkara yg tidak benar..

Saya serahkan kepada orang ramai utk menilai sendiri siapakah zamihan yg sebenarnya.. Sekiranya dikumpul segala artikel di blog ini spt Dr.Maza lakukan dan dibukukan, nescaya terdapat 2 kualiti yg jelas perbezaannya..

Sebuah buku mengandungi pelbagai isu semasa dan dalil yang mantap..
Manakala sebuah buku lagi hanyalah dipenuhi artikel2 yg menjelekkan hasil sifat kedengkian..

Dari situ, kita boleh membandingkan akhlak dua org ini..

Sekian ..

tempayanbudu said...

Salam..

Sokongan buat shahril...

sumer sharil dh ckp...

so aku tambah sikit jer lagi...

Dah terang2 DR. Maza ckp mereka yg

duduk di indonesia, mesir, morroco

hidup dalam kesyirikan kepada

Allah berdasarkan Kepercayaan

kepada tangkal-mangkal, bomoh,

tahyul, khurafat wali-wali..

Adakah kepercayaan ini di benarkan

dlm islam...??

Berdasarkan kata2 Al-Ghari ni

maksudnya membenarkan perkara2 ni

dilakukan..so syirik dibenarkan

lar..Jgn berat sebelah lar..Ckp

Tak serupa bikin..ingat tuhan

menilai orang pada taqwa..bukan

dari berapa bnyk kata2 yg

ditaburkan..

Belajar jer tinggi, tapi ajar org

bukan2..aper lar..

hanifsalleh said...

Syirik berlaku di kalangan masyarakat Melayu kerana memercayai bomoh-bomoh yang menggunakan perantaraan jin.Apabila ada berlaku perkara ganjil maka dikatakan buatan orang.Maka masyarakat kita menghebahkan kepada yang lain tentang kehebatan bomoh2 tersebut.Kalau kita pergi ke kedai nombor ekor, rata-rata kedai ini dipenuhi oleh umat islam.Malah mereka mempercayai kepada nombor2 bertuah untuk menjadi kaya.Ada juga masyarakat kita mempercayai dengan menyimpan ikan2 peliharaan tertentu boleh membawa tuah.Ada juga yg.sealiran dgn. kaum Cina apabila mempercayai nombor 4 membawa sial maka mereka memilih nombor 8 utk.kaya.Perlu diberi perhatian kepada kesyirikan masyarakat kita sendiri.Kedai nombor ekor di seluruh negara perlu dipantau dan bukannya sekadar meletakkan papan tanda mengatakan judi haram di sisi Islam.Penguatkuasaan harus dijalankan dgn. lebih efisyen.Kini masyarakat kita telah mempercayai kepada memakai gelang bertuah yg. boleh menyembuhkan penyakit.Jauhkanlah kesyirikan ini dari melanda masyarakat kita.Apabila ada barang yg. hilang maka bomoh juga yg. menjadi rujukan masyarakat kita.Malah ada di kalangan ahli politik sendiri menggunakan khidmat bomoh utk. mendapatkan kedudukan.

Zamihan Mat Zin AL-GHARI said...

Syukran buat semua komentator, esp buat shahril dan tempayan budu yang lebih fokus kpd 'hujah' perasaan' berbanding fakta. Anda seharusnya faham dgn baik bahawa perkataan 'sebahagian' yg dimaksudkan disini diikat dgn rakyat dinegara berkenaan. Kononya mereka terlibat dgn aktiviti syirik dan khurafat yg TEBAL. Kalau dr MAZA mengambil sikap berhati2 : kenapa tidak dikatakan 'segelintir' dan memberikan fakta yg berkaitan dgn dakwaannya ataupun satistik dari Department Agama Negara berkenaan. Kalu sekadar dakwaan 'sebahagian' tanpa dalil..saya kira ini bukan hujjah yg boleh dinilai sbg akademik. Tambahan pula, justifikasinya merupakan isu takfir ummat! Beliau membuat dakwaan umum tetapi tersirat satu pengertian khusus. Situasi ini wajib diperjelaskan sesiapapun. Bawalah kenyataan Maza ni kpd ahli akademik Usuluddin yg mu'tadil utk dianalisa..anda akan tahu jwpannya. Terbukti nanti bahawa paparan ini bukannya soal dengki kpd jawatan Mufti @ tidak. Tetapi soal takfir ummat.

Akhie, jika kita menjelaskan perkataan bersifat Takfir..terus dianggap ghuluw ke? Sebenarnya, metod takfir beliau yg ghuluw kerana mengeluarkan umat ini dari agama Islam. Bagi saya, tak kira siapa,jika perkataan seseorg bertentangan dgn Akidah Sunniyyah,selagi itulah kita wajib menjelaskan kebejatannya. Dlm kes ini, Jika saudara gagal mendatangkan hujjah bela saya kira saudara gagal utk membela tulisan tokoh idola saudara.Syukran

Khairi Jalalluddin said...

Memang dr. Asri layak dikritik. Beliau pun kaki kritik. Bukan setakat itu, malah beliau ini sentiasa merasakan dirinya hebat, ujub dan orang lain semuanya jahil, bida'h dan sebagainya. Pemergiannya ke UK tidak membawa makna kerana akan menyebabkan perpecahan di kalangan student kita. Fahaman Wahabinya sangat menebal.

hisyam said...

Slm,

saya tertarik dengan kata-kata daripada Abdullah ibn Mas'ud r.a yang berbunyi:

“Apa akan terjadi kepada kamu nanti apabila fitnah (penyelewengan) membaluti kamu. Anak kecil membesar dalamnya, yang dewasa pula telah tua bersamanya, lalu fitnah dijadikan sunnah (kebiasaan) sehingga jika ia diubah maka dikatakan “ini tindakan yang munkar”. Ditanya beliau: “Bilakah hal itu akan terjadi?”. Jawabnya: “Apabila kurangnya mereka yang amanah dalam kalangan kamu, tetapi ramainya pemimpin (orang politik) kamu, kurangnya mereka yang faqih (memahami hakikat Islam) dalam kalangan kamu tetapi ramainya pembaca al-Quran, dan dipelajari ilmu bukan kerana agama (Allah) serta dicari dunia dengan amalan akhirat” (Riwayat ‘Abd al-Razzaq- lihat: al-Albani, Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, 1/26).

Secara peribadinya, saya tidak menemui sebarang masalah dengan tulisan Dr. MAZA itu(mungkin kerana diri ini yang lembap), bahkan saya merasakan tulisan itu memaparkan keadaan umat Islam yagn sebenarnya.

Saya hairan mengapakah kita hendak fokuskan kepada perkataan "sebahagian" daripada isu semasa yang menggambarkan kepada kita bahawa masih ada sebahagian umat Islam yang masih mengamalkan amalan bomoh, tangkal dan perkara karut-marut yang lain. Pada hemat saya, golongan "sebahagian" ini yang perlu difokuskan untuk diperbetulkan daripada kita sibuk2 nak menghentam atas nama memperbetulkan seorang individu a.k.a mufti glamour. Apatah lagi negara kita sendiri yang saya pasti masih belum lagi bebas daripada amalan bomoh sepertimana yang dijelaskan oleh akhi hanifsalleh.

Dan kepada Ust. Zamihan, tak payah lah hendak ust pening2kan kepala ust. dengan isu "sebahagian" itu. Saya pasti ust. ada isu2 yang lebih besar lagi hendak ditulis dan diperjelaskan kepada orang ramai. Susah2 pergi lah bertanya kepada Dr. MAZA sendiri tentang sebahagian itu adakah bermaksud banyak ataupun sedikit.

Nak hendak katakan penulisan ust. ini berdasarkan fakta, jauh sekali untuk mengklasifikasikannya sebagai penulisan yang berfakta kerana apa yang saya dapat lihat hanyalah andaian, melainkan ust. sendiri sudah bertanyakan kepada Dr. MAZA sendiri...

Segala salah dan silap harap dimaafi. May Allah bless us.
WaAllahua'lam

hanifsalleh said...

Memang ada di kalangan masyarakat kita melakukan perkara syirik seperti yg. saya sebutkan,namun ada puak yg. menjatuhkan syirik kepada seseorang, itu lebih bahaya.Cuba lihat tulisan Nawawi Bin Subandi dalam blog http//bahaya-syirik.blogspot.com.Beliau telah mengatakan umat Islam melakukan syirik apabila mengamalkan Selawat Syifa dan Selawat Nariyah.Beliau yg. sealiran dgn. Wahabi Rasul Dahri tergamak mengatakan bacaan selawat2 ini sebagai syirik.Saya takut jika Dr. Maza juga akan sependapat dengan Nawawi maka dihukumnya ramai umat islam melakukan syirik dgn. berselawat Syifa dan Nariyah.Memang kita menentang syirik dan ajaran khurafat yg. telah lama terbendung di pemikiran masyarakat kita tetapi sikap melampau Nawawi Bin Subandi seharusnya ditentang habis-habisan.Selawat Syifa & Nariyah terkandung beberapa fadhilat utk. kita amalkan tetapi sesedap mulut Nawawi Subandi mensyirikkannya.

sUpEr bUnNy said...

salam...

syukran ustaz zamihan di atas komen 'lain daripada yg lain' anta terhadap article drmaza...
tapi kenapa yek anta ambil article tahun 2007?
yg baru-baru sikit dah takde ke?
harapnya bukan lah kerana anta dah ketandusan isu yek...

syeikh al-ghari: Dalam kenyataan ini, Dr Maza secara jelas mengklasifikasikan 'sebahagian' dari umat Islam di negara berkenaan hidup dlm keadaan syirik dan khurafat yang tebal. Secara tidak langsung, beliau mengkafirkan umat Islam yang dimaksudkan.

syeikh, ana nk tanya anta...
apakah hukum seseorg yg melakukan perkara syirik & khurafat?
syahadah dia masih dikira ke?
adakah salah drmaza mengatakan 'benteng akidah telah pun mereka hancurkan' kepada golongan-golongan ini?

syeikh al-ghari: Walau menulis MA dan PHD dalam bidang hadis, mantan Mufti Perlis tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam di bidang akidah. Namun begitu, beliau agak 'galak' menulis dalam pelbagai bidang. Silakanlah. Tetapi beliau nampaknya tidak berhati-hati dalam soal ini.

syeikh, ana ada terbaca article anta mengenai 'kegerunan hadith najd'...
persoalannya, anta ada pengetahuan yg mendalam ke dalam bidang hadith ni?
harap anta berhati-hati dlm soal ini yek...

aryna: beliau mengatakan (lebihkurang), umat Islam yang paling ramai di dunia adalah dari Indonesia.. kalau semuanya bid'ah dan masuk neraka, begitu neraka akan penuh sesak, makanya syurga akan kosong!!

ish2, anti nak buat lawak ke apa ni...
jangan lah terpengaruh dgn golongan2 yg mentakwil agama menggunakan AQAL...
syurga takkan kosong, orang akan masuk syurga dlm bentuk rombongan lagi adela (az-zumar:73)...
anti, kalau ramai yg buat dosa ramai lah yg masuk neraka...
bila masa allah atau nabi kata kalau suatu perkara itu RAMAI yg buat (tak kira la kalau nenek moyang kita buat pun)dikira betul???

aryna: banyak kata2 dan fatwa dr.asri banyak yg berselirat dan ditentang majoriti (bahkan hampir kesemua) ulamak2 nusantara..

emm, majoriti ni 'sebahagian' la yek???
mungkin syeikh al-ghari boleh 'basuh' sikit ukhti aryna ni...
tiada fakta atau statistik yg diberikan, hujjah yg sungguh akademik...

khairi jalaluddin: Memang dr. Asri layak dikritik. Beliau pun kaki kritik.

ana sgt bersetuju dgn anta, dr.asri tidak ma'sum...
tapi ana harap anta ubah mind-setting anta, seseorang itu dikritik BUKAN kerana dia kaki kritik tapi kerana dia telah melakukan kesilapan...

hanif salleh: Selawat Syifa & Nariyah terkandung beberapa fadhilat utk. kita amalkan tetapi sesedap mulut Nawawi Subandi mensyirikkannya.

ana tidak menyokong sesiapa tapi ana nak bertanya...
1) adakah amalan ini warid dari nabi saw? adakah nabi pernah melakukan atau mengajarkannya kpd sahabat??
2) bila masa nabi saw kata amalan ini ADA fadhilatnya??

dlm sebuah h.r bukhari (ana boleh carikan nombornya kalau anta mahu), nabi saw ada mengajarkan zikir sblum tidur kpd para sahabat...
termasuk dlm bacaan zikir itu perkataan 'wabinabiyyik' (dan juga dgn nabi engkau), dan ada seorang sahabat telah membaca zikir tersebut tetapi ditukarkan kalimah 'wabinabiyyik' kepada 'wabirosuulik' (dan juga dgn rasul engkau)...
bila nabi dengar je, nabi terus menegur sahabat tersebut serta melarang beliau daripada menukar perkataan tersebut...

kalau ikut logik ataupun HASANAH, rasul lagi mulia & terhormat jika hendak dibandingkan dgn nabi...
ternyatalah ketepatan kpd sunnah itu lebih penting daripada suatu yg dianggap 'HASANAH' disisi manusia...
jadi, berselawat lah sepertimana yg diajarkan kepada kita oleh nabi saw...


ana mohon maaf jika ada terkasar bahasa...
allahu taala a'lam...

hanifsalleh said...

Salam buat super bunny,sekali lagi anta telah menolak amalan Ijma' Ulama.Banyak selawat2 yg. telah diajar oleh ulama'-ulama' muktabar seperti Selawat Sayyidina Ali.r.a,Selawat Sayyidina Fatimah r.a,Selawat Nuril Anwar,Selawat Thibbil Qulub(Selawat Syifa),Selawat Ghiyatsah,Selawat Khatmil Quran,Selawat Ulil Azmi dan macam2 lagi.Tentang fadhilat Selawat Syifa anta bertanyalah sendiri kepada Tuan Guru Dato'Dr.Haron Din di Darussyifa (Tel: 03-89250443).Mungkin jika ana yg. jawab banyak pula sanggahan tetapi untuk mensyirikkan amalan ini adalah jauh sekali.Kesian kpd. Tuan Guru Haron Din dan beberapa pengamal perubatan Islam dituduh syirik kerana mengamalkan Selawat Syifa utk. perubatan.Tidak semua perkara yg. tidak dilakukan oleh Rasullullah s.a.w terlarang contohnya Rasullullah s.a.w tak pernah berdoa dlm.bahasa Melayu,apakah mereka yg. tak boleh berbahasa Arab tidak boleh berdoa?Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg. terkandung di hati hambaNya.

ibnyaacob said...

salam syeikh

jujur kepada diri sendiri,jujur kepada Allah

syeikh ini org terpelajar

apakah bezanya:

1: seseorang menuduh satu pihak kafir dgn

2: seseorg menuduh satu pihak melakukan perbuatan syirik?

apakah syeikh yg bijak ini mahu mengatakan kedua2 ayat ini 100% sama maknanya?

Hiz said...

Salam.
Syukur ke hadrat Allah di atas rahmanNya dan rahimNya.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW dan ahlul bait.
Doa kita agar roh sekalian muslimin dan muslimat dicucuri rahmat oleh Allah.
Juga doa kita agar sekalian muslimin dan muslimat yg masih hidup senantiasa diberi berkah oleh Allah.
Setinggi penghargaan kepada Al-Ustaz As-Sheikh Zamihan Al-Ghari di atas keteguhan di dalam melaksanakan amar makruf nahi munkar.
Apa yg ingin saya sampaikan di sini ialah kesinambungan dalam meneruskan pendedahan tentang perkara2 yg boleh menimbulkan salah tafsir dan salah faham di kalangan rakyat beragaman Islam yg bermazhab syafie.
Sudah ditegaskan oleh majlis agama Islam di seluruh Malaysia kecuali Perlis bahawa umat Islam di Malaysia mengikut mazhab syafie dalam melaksanakan hukum-hakam dan amalan harian.
Mana-mana mazhab selain mazhab syafie boleh diamalkan tetapi tidak melampaui batas.
Seperti yg kita semua sedia maklum, perkara ini telah jelas lagi bersuluh.
Tapi sejak kebelakangan ini, terdapat sebilangan pihak yg tidak bersetuju dengan keputusan yg telah dicapai sehingga menuduh majoriti umat Islam di Malaysia terlalu fanatik dgn mazhab syafie.
Ada di antara mereka yg menuduh golongan tertentu sebagai sesat, kafir dan macam2 lagi.
Jadi menjadi tanggungjawab kita yg mengetahui sedikit sebanyak tentang Islam berprinsip Al-Quran dan As-Sunnah berasaskan mazhab syafie untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.
Sebagai contoh terdekat, mereka (Wahhabi) yg tidak gemar kpd mazhab2 yg muktabar kerap kali menuduh majoriti umat Islam sebagai sesat dan kafir terutama terhadap muslim yg bermazhab syafie.
Jadi, saranan saya ialah Ustaz Zamihan perlu teruskan usaha menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan terutama yg dibawa oleh golongan Wahhabi.
Salam.
Allahu Allah.
Allahu Allah.
Allahu Allah.

Hasbullah said...

Salam... untuk semua,

Apalah kalut sangat ustaz ustaz semua. Biarlah individu itu sendiri memilih mazhab ahlus sunnah wal jamaah (kecuali syiah) yang mereka suka nak pilih. Biar mereka amalkan dengan dipandu oleh ulama pilihan mereka. Jangan terlalu berbalah dalam masalah masalah furu' (sapu muka lepas solat, basuh kepala sekali dengan telinga, zikir ke tak nak zikir jahar lepas solat, salam selepas solat). Jangan paksa orang lain mengikut perkara furu' yang kita amalkan. Harmonilah, bijak dan dewasalah dalam berfikir. Semua mazhab yang 4 dan juga mazhab Salaf benar dalam aqidah dan amalan mereka.

Tinggalkan mereka yang ghuluw bersendirian tanpa dilayan. Ikut nasihat imam syafie: bila orang bodoh bertanya soalan yang bodoh, diamkan saja jangan dijawab. Hal ni samalah kita mendiamkan saja orang ghuluw berbicara hal hal yang furu'.

Anda semua ustaz ustaz yang bijak berdamailah. Ustaz Z. hentikan provokasi terhadap saudara anda. Aryna kamu jangan suka meniup api provokasi. Contohi ustaz Ibnumuslim, ustaz hanifsalleh dan ustaz Shahril, mereka lebih matang dan berhemah.

Wassalam.

aryna said...

salam..
saya provok?! huhuhu...
saya ancaman besarkah bagi anda wahai penyokong2 dr.maza?
saya sampaikan apa yg saya dengar..
sepatutnya anda yg nak selar saya, pegilah dengar sendiri dan fahamkan sendiri.. barulah katakan saya salah.. kalau saya nak jelaskan panjang lebar, tak bolehlah di sini..
nak marah tu, pergi marah Sheikh Nuruddin Al Banjari.. tu kata2 dia.
bagi saya, antara Sheikh Nuruddin dan dr.Maza sangat jauh berbeza bagai langit dan bumi... dari segi ilmu dan akhlak mereka, apalagi fikrah.Nak marah, silakan marah. ini pendapat peribadi saya.

sudah diberitahu kesalahan dr.asri secara terang dan telah menjadi tanggungjawab ust.Zamihan untuk meluruskan yang bengkok, maka tak mau terima dan kalau tak suka, tak payahlah baca, tak perlu peduli..

siapa pula yg banyak mengatakan itu salah- ini tak benar, itu bid'ah, ini bid'ah??! kalau bukan Maza yang mulakan..
maka, salahkah kata2 dan pernyataan mengelirukan dan sebahagian fatwa yang dikeluarkan tidak dikeluarkan dgn perbincangan bersama rakan2 sejawatan?!
kenapa pula dr.maza dihalang berceramah di negeri2 lain?
kenapa mufti2 negeri2 lain juga dikatakan tidak senang dengan dr.maza?! tidak senang bagaimana?!
dr.maza bukan sebarang orang!
kata-kata dari seorang mufti bukan perkara kecil..

maka, bila seorang MUFTI tergelincir dari jalan, atau bengkok dari yang lurus, maka tanggungjawab siapa yang termasuk dalam fardhu kifayah untuk menegur dan meluruskan beliau?!

Alhamdulillah...

ikhlas,
aryna

samudera said...

Assalammualaykum Warahmatullah,
Ust. Zamihan,
Saya seorang yang sering mengikuti ceramah-ceramah ust. dan terpegun dengan cara dan kaedah ust berceramah. Malah ust. adalah antara senarai teratas para ulama yang saya sanjungi di tanahair

Hari ini saya sedih, kerana ini kali pertama saya menemui Ust. di alam maya ini dan nampaknya persepsi saya dan rasa hormat saya terhadap ust makin terpadam.

Saya terkilan dengan ilmuan-ilmuan Islam yang ada di negara kita.
Sorang kate sorang tak betul sorang lagi kate sorang lagi tak betul.

Yang menjadi mangsa adalah hamba seperti kami ini yang dahagakan ilmu Ilahi. Tidakkah Allah berfirman:

13. Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama Yang ia tetapkan hukumNya - apa Yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan Yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), dan juga Yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) Yang Engkau seru mereka kepadaNya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa Yang dikehendakiNya untuk menerima ugama Tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamanya itu sesiapa Yang rujuk kembali kepadanya (dengan taat).
14. dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran Yang memberi mereka mengetahui (Apa Yang disuruh dan apa Yang dilarang); berlakunya (perselisihan Yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa Yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab Dengan serta-merta kepada mereka. dan Sesungguhnya orang-orang Yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada Dalam keadaan syak Yang menggelisahkan terhadap Kitab itu. (Surah As-Syura:13-14)

Mungkin Ust. lebih arif dalam mengupas ayat tersebut.

Kita hanya hamba dan sebagai hamba kita tidak maksum. Masing-masing buat silap yang silap itu perlulah ditegur dengan cara yang terhormat dan beradab disertakan dengan ilmu. Yang baik itu dimuliakan dan dihormati.

Agama itu bukan memberi kekecewaan tetapi pengharapan. Sekiranya ramai lagi ust-ust berilmu agama yang belajar luar negara balik dengan master atau phd bersikap macam budak-budak dan tidak membudayakan keilmuan yang dia ada, saya khuatir isu murtad akan menjadi-jadi di atas kejelekan terhadap institusi ulama Islam di negara kita dan mungkin kerana itu ajaran-ajaran sesat di Malaysia wujud seperti dilaporkan oleh JAKIM baru baru ini.

Kalau saya tersilap dalam komentar ini saya mohon maaf terhadap ust dan Allah SWT. Moga-moga Allah memberi hidayah terhadap ilmuan-ilmuan Islam.

Hasbullah said...

Salam... untuk semua pengomentar,

saya sering hadir untuk mencari ilmu dan sukakan perdamaian. Sering saya kecam sikap keterlaluan oleh pengomentar yang agak keterlaluan, kekanak kanakan dan terlalu agressive. selalunya saya dikecam kembali dan dikatakan memihak kepada seteru kepada pemilik dan teman pendokong pendokong pemilik blog ini. Tapi tak apa niat saya baik untuk anda semua.

Selalunya pada sekitar umur umur anda (awal 30's) - Ustaz Z. Dr. maza, aryna dan beberapa yang saya dapat kesan dari gaya bahasa yang menyerlahkan sikap dan corak anda berfikir,- memang begitulah agak agresif dan sering melenting.

Berilah prioriti dalam isu yang lebih membina ummah yang kita sama sama boleh berbincang bersama. Jangan jadi seperti kanak kanak kecil yang bertengkar hanya sebab perkataan 'sebahagian'. Jika merasa sudah matang dan dewasa tetapi bertengkar tentang perkataan 'sebahagian' itu maka jadilah macam masyarakat jahilah yang bergaduh turun temurun hanya kerana perkara yang kecil.

Jika aryna anggap saya memihak, tentu saya tak perlu menghargai teguran dan pandangan dari ustaz ustaz yang saya nyatakan dalam komen saya sebelum ini.

abu huzairi said...

Assalamualaikum...Dikritik dan mengkritik adalah perkara yang lumrah dan tak boleh dielakkan sejak zaman berzaman. Tapi apa yang saya sedihkan, kita sering bertelagah sesama sendiri tanpa berpenghujung. Kita umat Islam, ada ahklak, ada disiplin ilmu. Cuba terapkan dalam semua aspek..Memang aqidah adalah suatu perkara yang SANGAT PENTING. Tapi bagaimana kita KEDEPANKAN kepada awam..Adakah kita anggap apa kita faham orang lain mudah faham ? akal manusia berbeza2. Cepat atau lembat juga pemahamannya sgt berbeza2.Konflik sebegini sebaiknya tidak berapa elok kalau kepada orang2 yg baru HENDAK TAHU TENTANG APA ITU ISLAM YANG SEBENAR.
Agama kita bukan logik akal yg boleh diputar belitkan. Berbincangah secara ilimiah. Benda yg keruh jgn dikeruhkan lagi...wallahu'alam..

sUpEr bUnNy said...
This comment has been removed by the author.
sUpEr bUnNy said...

salam...

syukran kpd akhi hanif salleh di atas penerangan yg telah diberikan...
tapi ana ada beberapa kekeliruan sedikit, mohon pencerahan...

1) dari kitab muktabar manakah yg mengatakan selawat yg direka oleh ulama' (spt selawat syifa') ini ialah amalan ijma' ulama'??? anta perlu tahu bahawa sangat sukar untuk mendapatkan ijma' ulama hatta nas qat'i dari al-quran sekalipun masih ada lagi yg dikhilafkan...
inikan pula amalan yg tiada sandarannya dari nabi saw...

2) kita MESTI ingat bahawa setiap perkara ghaibiyyat itu hanya dapat diketahui melalui jalan wahyu (al-quran & as-sunnah)...
fadhilat suatu amalan juga termasuk dlm perkara ghaib kerana kita tidak akan tahu fadhilat suatu amalan itu kecuali jika diberitahu oleh nabi saw...
sebelum itu, ana nak beritahu yg ana amat-amat menyanjungi dan menghormati keilmuan dan kewarakan ss dato' dr.haron din dari dulu sehingga sekarang...
tapi, manusia tetap manusia...
tidak semestinya suatu perkara yg dilakukan oleh ulama' atau orang ramai atau nenek moyang kita itu betul...

anta beri ana no. tel darussyifa supaya ana boleh bertanyakan fadhilat suatu amalan yg direka oleh manusia???
cuba anta fikir, macam mana seorang manusia dapat mengetahui suatu fadhilat amalan (seperti pahala) yg direka oleh manusia juga?
adakah dia mendapat wahyu?
disebabkan itulah ada sebilangan manusia terutamanya 'anak pak wahab' begitu anti dgn suatu amalan IBADAT yg tidak dilakukan oleh nabi saw...
kerana, apabila suatu amalan itu telah direka, fadhilatnya juga perlu direka untuk menarik perhatian orang ramai supaya mengamalkannya...
mungkin dari situ ada wajarnya saudara nawawi mengkritik amalan tersebut...

sekarang ni cuba anta beramal dgn amalan yg diajarkan oleh nabi saw, amalan itu confirm betul & insyallah akan diterima allah (berdasarkan niat)...
tapi, amalan yg tak diajarkan oleh nabi saw itu mungkin diterima atau mungkin ditolak oleh allah kerana:

a) allah kata agama Islam dah lengkap (al-maidah:3)
sebagaimana yg ana belajar dulu, ustaz ana kata agama kita ni macam air yg penuh dalam cawan...
kalau ada apa-apa penambahan ia akan melimpah keluar (ditolak)...

b) nabi kata amalan yg direka dalam urusan agama (fi amrina) ia tertolak (h.r bukhari & muslim)

jadi, mengapalah kita nak 'memperjudikan' diri kita dgn melakukan amalan yg tidak tahu lagi akan diterima oleh allah atau tidak sedangkan amalan yg telah diajarkan oleh nabi kita pun kita tak buat...

insyallah, kita sama-sama menghidupkan sunnah nabi saw...


hiz : Sebagai contoh terdekat, mereka (Wahhabi) yg tidak gemar kpd mazhab2 yg muktabar kerap kali menuduh majoriti umat Islam sebagai sesat dan kafir terutama terhadap muslim yg bermazhab syafie.
Jadi, saranan saya ialah Ustaz Zamihan perlu teruskan usaha menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan terutama yg dibawa oleh golongan Wahhabi.

syeikh, anta jgn menghukum wahabi itu hanya dengan membaca blog2 anti-wahabi sahaja...
cuba buka al-ahkam.net ke, al-fikrah.net ke...
mungkin wahabi ni nak cuba memperbaiki pendapat mazhab yg kurang bertepatan dgn sunnah...
lagi 1, anta boleh jamin ke semua amalan yg dikritik oleh wahabi ni betul-betul wujud dalam mazhab syafie???
atau ia amalan orang melayu???
kalau anta baca al-umm anta akan tahu beberapa amalan org melayu yg sebenarnya tidak diajar pun dlm mazhab syafie...

allahu taala a'lam...

hanifsalleh said...

salam utk. super bunny, sekali lagi ana katakan bahawa jika ana yang beri penjelasan tentu banyak sanggahan.Baiklah, kalau anta tidak mahu talipon darussyifa, anta dengar penjelasan TG Dr. Haron Din dalam http://annaqshy.blogspot.com/2007/05/selawat-syifa.html.
Penerangan berbentuk audio dari TG Haron Din sendiri tentang pengertian selawat syifa dan fadhilatnya serta rujukan yang digunapakai.

Ibnu Muslim said...

Salam Superbunny/hanifsalleh;
Selawat syifa ni panjang ceritanya. Cuma sebenarnya pegangan & mindset anda yg akan menentukan penerimaan/penolakan sesuatu amalan. Jika superbunny tidak mengakui adanya bidaah hasanah, memang takkan berjumpa titik pertemuan hatta penjelasan dari Dr Harun Din pun mungkin tiada kesan pada anta.
Satu perkara lagi yg selalu golongan Mazhab Muhd Wahab yg mungkin tak habis ngaji terlepas pandang adalah perbezaan antara pandangan Imam Syafie dan pandangan Mazhab Syafie atau apa yg dipanggil sebagai golongan Syafi'iyah. Geng Mazhab Muhd Wahab ni pun mengakui bahawa tak 100% pandangan Imam2 Mazhab diikuti oleh anak murid2nya oleh kerana adanya masalah2 baru atau sumber hukum yg belum dijumpai sebelum itu.
Namun ianya hanya melibatkan masalah ranting sahaja contohnya masalah sampai atau tidak pahala yg hidup untuk yang mati(arwah tahlil), sembahyang sunat qibliyah Jumaat dsbnya bahkan Imam Syafie sendiri mengakui adanya bidaah hasanah (cuma yg sedihnya telah diputar belit kenyataan beliau oleh golongan Mazhab Muhd Wahab dengan memasukkan elemen 'maksud dari segi bahasa shj' sedangkan jelas Imam Syafie tidak mengatakan demikian).Maka dengan itu, ada perbezaan dari segi fatwa-fatwa yg ada selepasnya di dalam Mazhab Syafie dibanding dengan yg terkandung di dalam kitab induk (Al-Umm contohnya).
Yg penting jangan la kita bertelagah hal kecil begini ya akhie bunny; anta tak mahu amal tak pe la akhie Bunny namun lapangkanlah dada anta untuk berkemungkinan bahawa Allah akan membalas amalan selawat syifa Hanifsalleh dengan pahala.
Yg dah tentu musuh kita semua adalah kafir Harbi yg menentang Islam.
Dari segi Fiqh Awlawiyah, lebih baik kita tumpukan tenaga untuk menentang golongan ini dari bertelagah sesama Islam hal yg furu' begini (Itulah harapan ana sebenarnya terhadap Dr MAZA. Jika ada kesalahan beliau adalah kerana terlalu menumpukan permasalahan antara sesama Islam, bukannya terhadap isu yang jelas lebih penting seperti murtad & ajaran sesat).Wallahualam.

Hasbullah said...

salam...,

Superbunny, anda benar dari segi prinsip amalan ibadah untuk menghindar amalan bidaah.

Hasbullah said...

syukran.. ustaz Ibnumuslim, kehadiran tuan sering mendamaikan permasalahan.

antusabun said...

Sebahgian yang kita faham apa pun ia tetap tuduhan yang berat terhadap umat Islam. Tak perlu kita label melabel dan hipokrit. Jelas sudah ASRI buat kesilapan besar ats pendapatnya yang boleh mencelarukan pemikiran umat ISLAM. Kenal dahulu ASRI. Adakah dia tidak pernah bantai Zamihan? Anda belum cukup kenal akan ASRI kalau begitu.

Pendapat2 yang kadangkala mengelirukan umat ISLAM juga datangnya dari ASRI. Isu perkara sunat yang ada khilaf kenapa perlu diperbesarkan? Kenapa tidak fokus hal-hal yang lebih utama. Takkan perlu diketuk baru berjalan?

Pedulikan isu ghulluw dalam diri Zamihan. Itu soal hati. Tetapi isu ASRI ia lebih memeningkan kita yang dangkal agama ini.

Untuk tempayabbudu "ingat tuhan
menilai orang pada taqwa..bukan
dari berapa bnyk kata2 yg
ditaburkan.." Saya punyai jawapannya.. Bukankah ASRI yang lebih terkehadapan dalam hal ini?

Hal syirik? syirik mana yang dibenarkan oleh Zamihan?

hisyam said...

Slm,

akhi antusabun,

"Jelas sudah ASRI buat kesilapan besar ats pendapatnya yang boleh mencelarukan pemikiran umat ISLAM. Kenal dahulu ASRI. Adakah dia tidak pernah bantai Zamihan? Anda belum cukup kenal akan ASRI kalau begitu."

Ya, saya mungkin tak kenal betul dengan Dr MAZA dan saya juga setuju dengan pendapat akhi ibnu muslim di dalam hal di mana Dr MAZA mungkin terlalu menumpukan dalam perkara-perkara furu' dalam sesetengah perkara, namun setidak-tidaknya beliau mengemukakan hujjah-hujjah beliau dengan fakta-fakta yang boleh diterima akal dan lantas mampu membuat kita semua berfikir untuk meneliti sejauh mana kebenaran di dalam kata-kata beliau.

Bukan sekadar dengan andaian di dalam berhujjah dan harapan supaya orang lain akan menerima kata-katanya.

Dan mengenai pembantaian sesama mereka, jika benarlah terdapat penyakit hati yang berunsurkan kedengkian sesama mereka dan bukannya atas dasar keilmuan, sesungguhnya kita bersedih kerana ulama hari ini melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berperanan sebagai role model kepada masyarakat.

"Pedulikan isu ghulluw dalam diri Zamihan. Itu soal hati. Tetapi isu ASRI ia lebih memeningkan kita yang dangkal agama ini."

Subhanallah, ghuluw merupakan antara perkara yang paling dibenci di dalam perjuangan dakwah. Takkan lah Dr MAZA tak boleh ghuluw, tetapi pendakwah yang lain boleh melakukan ghuluw?

Segala salah dan silap harap dimaafi. May Allah bless us. WaAllahua'lam.

Hasbullah said...

salam....,

Pepatah melayu berkata;

Bapak borek anak rintik,

Kalau bapak kencing berdiri, anak kencing berlari,

Role model rumahtangga ialah ibu bapa.

Role model ummah ialah para Mu'alim. Semoga semua mu'alim kita berakhlak seperti rasulullah; akhlak al-quraan. Mereka mesti pragmatik, dapat membezakan permasalahan peribadi (terutama sekali yang kekkanak kanakkan dan yang penuh dengan akhlak mazmumah) dengan permasalahan Ummah yang lebih utama. Anda semua akan dipandang tinggi setiap waktu dimana sahaja.

Semoga kita mendapat rahmat dan berkah dari Allah.

Wassalam

IbnuNafis said...

Assalamu'alaikum wbth

Sedikit respon walaupun dianggap kecil. Perkataan yang ditulis, diperkatakan apabila melibatkan penilaian ia akan menimbulkan kesan yang besar kepada orang yang dinilai.

Sebahagian

Sesetengah

Sebilangan

Terdapat

Kebanyakan

Segelintir

Ini semuanya akan menimbulkan persepsi pada perkara yang dinilai. Contohnya jika kita sebut : Kebanyakan orang asli suka memancing ikan - ini menunjukkan bilangan yang ramai.

Sebilangan orang asli suka menyumpit - ini menunjukkan jumlah yang sedikit atau beberapa.

Sebahagian dari orang asli suka mencari rotan di hutan - ini menunjukkan setengah, separuh.

-----------------------------------

Berhati-hati apabila menulis, apatah lagi melibatkan satu pernyataan berbentuk tuduhan dan tanpa bukti melalui penyelidikan. WaLLahua'lam

hanifsalleh said...

Perkara2 furu' telah lama menjadi perbincangan yang tak sudah-sudah.Bagi mereka yg. nak mengamalkannya dan tak terkeluar dari syariat Islam tidak menjadi kesalahan.Namun kegalakan puak-puak yg. membida'ah dan menghukum syirik kepada beberapa amalan harus ditentang.Kalau tak nak buat pun tak berdosa tapi menghukum sesuatu dengan bida'ah dhololah dan syirik,itu sudah kira tuduhan yang amat berat.Yang kami tentang ialah tuduhan-tuduhan liar puak-puak yang kononnya berfahaman salafi ke atas kami.Bila diajak mengikut Ijma' Ulama mereka kata ulama juga manusia biasa, tak lepas dari dosa.Bila diberi rujukan orang yg. lebih arif, mereka kata nabi tak pernah buat.Jadi tak berkesudahan dengan alasan nak menghukum seseorang dengan bid'ah dan syirik tanpa merujuk kepada ulama yang lebih arif.Itulah sebenarnya penentangan kami kepada puak-puak sebegini.Kita cama panggil dia wahabi, dia marah.Tapi bila hukuman yg. berat dilemparkan kepada kita,apakah kita harus berdiam diri?Lihat bagaimana ucapan2 dan tulisan puak2 ini diblog dan youtube.

Hasbullah said...

salam...,

saya membenarkan apa yang ustaz hanifsaleh kata. Jika semua ummat islam bersikap seperti yang ustaz hanifsaleh kata, tentu tak timbul sikap sikap atau kata kata yang melampau.

Khairi Jalalluddin said...

Ana fikirkan Ahbash yang kafirkan orang tetapi rupa-rupanya wahabi yang gila takfir. Itulah paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Hafiz said...

imam syafii, al hafiz ibn hajar, imam al -subki, imam abu hanifah

mereka semuanya ahbash sebab kafirkan mujassimah dan musyabihah?

Hasbullah said...

salam...,

HENTIKAN TUDUH MENUDUH, TAKFIR MENTAKFIR!!!!!.

Tumpukan usaha dan fikiran kepada isu siu yang lebih bermanafaat.

Kalau anda mengikut rentak mereka mere yang jahil saling tduh menuduh dan takfir mentakfir, maka anda yang dianggap Mu'alim mualim pun buat kerja yang sama malah lebih teruk dari yang jahil, maka semua akan ke dalam 'LUBANG' yang sama.

HENTIKANLAH.!!!!

Ibnu Muslim said...

Salam semua;
Ana sangat setuju dengan kenyataan Hanifsalleh/Hasbullah.
Kita janganlah memulakan. Kita hanya perlu mempertahankan apabila di kritik atas perkara yg sepatutnya membawa kepada berlapang dada sesama umat Islam.
Wassalam.

Hafiz said...

berlapang dada atas perkara akidah yang boleh menyebabkan jatuh murtad ??
sungguh dikesali ....

susahnya nak cakap kat geng tasamuh tak tentu hala ni..

Ibnu Muslim said...

Salam Hafiz;
Ana sebenarnya tak mahu terjebak dalam fikrah takfir itu sendiri takut kekafiran itu kembali kepada diri ana sendiri.Ana dah kaji tentang pegangan Ibnu Taimiyah misalnya maka pada pandangan ana adalah sukar untuk menetapkan secara jitu (conclusive) bahawa beliau berfahaman mujassimah dan musyabihah. Nampaknya yang lebih tepat, beliau lebih dekat kepada itsbat yang dipegangi oleh segelintir ulamak. Namun kebanyakan ulamak salaf mengambil sikap tafwidh & ulamak terkemudian lebih mendekati takwil terhadap ayat2 mutasyabihat. Kesemuanya masih dalam lingkungan pegangan ahlul sunnah waljamaah.
Ana juga antara yg berpegang pada pendapat bahawa adanya bidaah hasanah, namun tidak sampai mengikut perangai mereka yg melabelkan ana sesat dengan mencari bukti/sebab untuk mensesatkan mereka pula.
Ana reserve authority kepada Allah sahaja untuk melabel takfir sesama manusia kecuali jelas lagi bersuluh penyimpangan pegangan sesuatu golongan tersebut.Walaupun ana lebih cenderung untuk menyokong pegangan ahbash, ana tidak mahu bersifat & merendahkan akhlak ana seperti golongan wahabi ghuluw.
Wallahualam.

Hafiz said...
This comment has been removed by the author.
Hafiz said...

Assalamualaikum,

Benar Tafwid dan Takwil keduanya disepakati ulama Khalaf dan salaf.Sebaiknya jangan terkeliru dengan method wahabi.Manakala mujassimah seperti wahabi tidak pula tafwid atau takwil,malah mentahrif ayat mutashyabihat dengan makna yang tidak layak bagi Allah seperti bertempat, berjisim, anggota badan, dan mempunyai had.


Dalam hal ini, kita patut tahu apabila kita mengkafirkan seseorang ,apabila orang itu tidak kafir, maka kekafiran itu akan jatuh kepada kita.

Tapi satu benda yang kita perlu tahu ,apabila seseorang itu sudah tahu seseorang itu jelas kafir tetapi dia tidak mengkafirkannya , maka seseorang itu akan jatuh kafir.

contohnya apabila Ahmad berjumpa Ramasami (hindu) tetapi mengatakan"Aku tak mahu mengkafirkan Ramasami kerana kafir mengkafir itu kerja Alah"
Secara tidak langsung Ahmad telah jatuh murtad kerana tidak mengkafirkan Ramasami.

Ramai dikalangan orang Awam masih tidak mengetahui bahawa Ibn Taymiyah telah dihukumkan kafir oleh 4 qadi dari 4 mazhab .Bahkan beliau juga telah dihukumkan kafir oleh Imam Al Subki dan Syekh Ibn Hajar Al Haitami .

Terlalu banyak penyelewengan Ibn Taymiyah.Terutamanya mengatakan Allah "duduk" atas Arasy,mengatakan Allah duduk atas kerusi, mengkafirkan Saidina Alidan banyak lagi permasalahan akidah yang menjerumuskan kepada kekufuran.

Bahkan Adz-Dzahabi ,bekas murid Ibnu Taimiyah, dalam risalahnya Bayan Zaghal al Ilmi wa ath-Thalab, m.s. 23 (cetakan al-Taufiq 1347H, Damsyik) mengatakan :“Sesungguhnya aku telah melihat sesuatu yang telah menimpa Ibn Taimiyah. Beliau telah disingkir, dihukum sesat dan kafir serta tidak dipercayai antara kebenaran dengan kebatilan. Sebelum beliau menceburi bidang ini (falsafah), beliau merupakan cahaya yang menerangi kehidupan, lebih-lebih lagi tentang al-salafnya. Kemudian cahayanya itu menjadi gelap-gelita."


Dalam kitab yang sama halaman 17 berkata tentang Ibnu Taimiyah: “ Saya sudah lelah mengamati dan menimbang sepak terajangnya (Ibnu Taimiyah), sehinggalah saya merasa bosan setelah bertahun-tahun menelitinya. Hasil yang saya peroleh adalah; ternyata bahawa penyebab tidak sejajarnya Ibnu Taimiyah dengan ulama’ Syam dan Mesir serta beliau dibenci, dihina, didustakan dan dikafirkan oleh penduduk Syam dan Mesir adalah kerana beliau seorang yang sombong takabbur, terlena oleh diri sendiri dan hawa nafsunya (‘ujub), sangat haus dan cenderung untuk mengepalai dan memimpin para ulama’ serta sering memperlekeh para ulama’ besar.


saya harap ini sedikit sebanyak dapat membantu sahabat sahabat sekalian dalam permasalahan akidah Ibn Taymiyah.

hisyam said...

Slm,

Al-Imam Ibn Salah telah menyatakan di dalam kitabnya Ulum Hadith:

"Entah berapa ramai di kalangan ulama yang telahpun melangkah ke dalam syurga sejak seratus atau dua ratus tahun yang lalu, sedangkan kamu mengumpat mereka."

WaAllahua'lam.

Ibnu Muslim said...

Wlkmssm Hafiz;
Pada pendapat ana, ada elemen ketidakjituan & kekeliruan (inconclusive derivation)dalam memahami pegangan sebenar Ibnu Taimiyah sebagaimana juga kekeliruan di pihak Wahabi ghuluw dalam memahami pegangan golongan Asyariyah atau Ibnu Arabi contohnya. Malah ana juga sangat tidak bersetuju dengan Wahabi yang menyesatkan golongan tersebut.
Maka ana reserve my judgement atas tahap ilmu ana yg tidak layak untuk menentukan tahap aqidah sesuatu individu atau golongan.
Wallahualam.

Hasbullah said...

Salam....

Saudara Hafiz, contoh kes Ahmad dan Ramasami tu jelas. Hanya mereka yang terlalu lalu lalu jahil kta yang seperti anda tulis itu.

Tentang Ibnu Taimiyah tu, saya sependapat dengan Ustaz Ibnu muslim. Cadangan saya agar saudara sendiri membaca dan menilai kitab kitab Ibnu Taimiyah tanpa bergantung kepada ulasan sesiapa jua yang dikatakan telah meng......kan Ibnu Taimiyah. Saya pun dah tengok senarai yang amat panjang itu. Kalau saudara ingin berlaku 'adil terhadap diri anda sendiri lakukan yang saya sarankan.

Adakah suatu yang mungkin golongan 'Wahabii' yang ghuluw telah keterlaluan dalam mentafsirkan apa yang beliau tulis dalam kitab kitabnya. Wallahu ta'ala 'alam

santalia said...

sekarang baru saya paham kenapa org arab tak boleh bersatu padu w/pn nama islam....rupanya kat malaysia pun org islam (esp. melayu) dok berperang sesama kita sama cuma tak sembelih dengan pisau jer,sembelih dengan blog. tuan2 bijak pandai,ketahuilah org2 muda yang sedang mencari jalan yang benar makin konfius dengan kesarjanaan tuan2 yang berperang 'blog'. org kata ustaz 'A' tak betul. pegi cek blog ustaz 'B' tengok gaya nak menegur macam tak akhlak islam pun. tapi ustaz 'B'pun ada tahap keilmuan jugak.wallahualam...

Hafiz said...

hisyam said...

Slm,

Al-Imam Ibn Salah telah menyatakan di dalam kitabnya Ulum Hadith:

"Entah berapa ramai di kalangan ulama yang telahpun melangkah ke dalam syurga sejak seratus atau dua ratus tahun yang lalu, sedangkan kamu mengumpat mereka."

WaAllahua'lam.

_______________________________
Saya kata:
terima kasih, kata kata tersebut tidak boleh dijadikan hujah kerana tiada fakta dan hanya menceritakan sesuatu yang saudara sendiri tidak pasti dan tidak diketahui.

________________________________
_____________________________
Blogger Ibnu Muslim said...

Wlkmssm Hafiz;
Pada pendapat ana, ada elemen ketidakjituan & kekeliruan (inconclusive derivation)dalam memahami pegangan sebenar Ibnu Taimiyah sebagaimana juga kekeliruan di pihak Wahabi ghuluw dalam memahami pegangan golongan Asyariyah atau Ibnu Arabi contohnya. Malah ana juga sangat tidak bersetuju dengan Wahabi yang menyesatkan golongan tersebut.
Maka ana reserve my judgement atas tahap ilmu ana yg tidak layak untuk menentukan tahap aqidah sesuatu individu atau golongan.
Wallahualam.

_________________________________
saya kata:
ketidakjituan &kekeliruan itu hanyalah bagi tuan sahaja dan bagi mereka yang gagal memahami.

Saudara juga keliru kerana mengatakan" wahabi tidak memahami Asya`irah dan Ibnu Arabi".

Hakikat yang sebenarnya ialah perbezaan dari perkara asas sendiri iaitu masalah akidah sehinggakan wahabi mengkafirkan Asyairah kerana tidak mahu menyembah jisim yang duduk atas arsy.

Saya pasti saudara juga masih keliru membezakan akidah Nabi dengan akidah wahabi .Berdasarkan posting yang lepas saudara juga terkeliru dalam membezakan kaedah tafwidh dengan mengambil zohir ayat.

Saya rasa tak perlulah saya tulis panjang lebar kerana saudara jelas telah terkeliru .
tq.

__________________________________

Blogger Hasbullah said...

Salam....

Saudara Hafiz, contoh kes Ahmad dan Ramasami tu jelas. Hanya mereka yang terlalu lalu lalu jahil kta yang seperti anda tulis itu.

Tentang Ibnu Taimiyah tu, saya sependapat dengan Ustaz Ibnu muslim. Cadangan saya agar saudara sendiri membaca dan menilai kitab kitab Ibnu Taimiyah tanpa bergantung kepada ulasan sesiapa jua yang dikatakan telah meng......kan Ibnu Taimiyah. Saya pun dah tengok senarai yang amat panjang itu. Kalau saudara ingin berlaku 'adil terhadap diri anda sendiri lakukan yang saya sarankan.

Adakah suatu yang mungkin golongan 'Wahabii' yang ghuluw telah keterlaluan dalam mentafsirkan apa yang beliau tulis dalam kitab kitabnya. Wallahu ta'ala 'alam

________________________________
saya kata:
Saudara suruh saya membaca dan menilai kitab kitab Ibnu Taimiyah tanpa bergantung kepada ulasan ulama.Sauadara ingin saya berlaku adil .
Soalan saya .Adakah saudara sendiri sudah membaca kitab ibn taymiyah?
Pada saya ada salinan majmuk fatwa ibn taymiyah yang jelas mengatakan Allah duduk bersama nabi Muhammad.Kalau tanpa ilmu dan peringatan dari ulama muktabar seperti sezaman dengan ibn taymiyah dan sezaman dengan salafussoleh bagaimana saudara mahu mengatakan akidah "Allah Duduk" tu tak jatuh hukum murtad?
jawapan:______________

Adakah seseorang itu mahu menghukum sendiri sesuatu perkara yang dia sendiri jahil sebagai sesuatu yang benar? Ulama mana yang suruh menilai sesuatu tanpa ilmu dan mengikut hawa nafsu?

kesimpulan saya ,
tuan Hasbullah, Ibn Muslim,Hisyam ini mungkin termasuk golongan yang tasamuh dengan akidah wahabi.Mungkin pada antum kedua dua Ahl Sunnah Waljamaah Asya`irah dan wahabi adalah betul . Saya tak mahu memaksa kerana itu antara antum dengan Allah.

Nasihat saya ,
dalamilah ilmu akidah,
menuntut ilmu itu wajib keatas setiap muslim.Maaflah kalau saya terkasar bahasa atau menulis seuatu yang sukar diterima oleh antum sekalian.Saya tidak bermaksud menyakiti hati sesiapa.

sekian.wassalam

ALLAH MAUJUD BI LA MAKAN

Jihad Wahabi said...
This comment has been removed by the author.
Jihad Wahabi said...

Ikui isu tasamuh WAHABI disini

wali keramat said...

salam utk. pengomentar semua. Banyak hujah2 dan pendapat yg. semakin diutarakan dan diharap menjadi satu perbincangan mulia.Banyak juga rujukan2 yang diketengahkan untuk membuktikan kebenaran hujah2 tuan-tuan sekelian.Ana berharap biarlah hujah2 ini dengan kita berguru dan mengaji kitab dari kulit ke kulit.Ada yang mengatakan confuse sebab tak mengaji.Bukanlah semua ustaz tak betul tetapi penyebaran ilmu itu biarlah disepakati oleh para ulama.Orang Arab tidak bersatu kerana mereka berkabilah dan berpuak-puak.Ini tidak ada kena mengena dengan Islam.Orang Melayu yg. tak bersatu kerana ada yang menolak hukum Allah tetapi hanya menggunakan akal yg. sempit tanpa ilmu agama.Blog ini menjadi satu wadah perdebatan dan bukannya untuk memporak-porandakan penyatuan.Bagi yg. berilmu maka hujah2 dan rujukan2 diketengahkan utk. mencari titik kebenaran.
Wallah hualam.

Hasbullah said...

Syukurlah. Saudara Hafiz telah memiliki ilmu dan aqidah yang mantap. Alhamdulillah.

Ibnu Muslim said...

Salam saudara Hafiz & sahabat yg lain,

Perlu ana jelaskan bahawa kekeliruan yg dinyatakan bukanlah sebab tak ngaji tapi kerana kita yg meneliti tidak sampai ke maksud yg sebenarnya yg ingin disampaikan oleh ilmuan itu sendiri (salah anggapan).Untuk itu, pegangan ana adalah lebih baik tafwidh & diam dengan menyerahkan maknanya kepada Allah sahaja.
Sangat selari dengan kenyataan Sheikh Al-Qaradawi dalam kitabnya 'Aqidah ulamak Salaf & Khalaf' yang ana petik seperti dibawah. Semoga jujur membacanya.

Berkaitan tuduhan Wahabi ghuluw terhadap golongan Khalaf.
'Saya berpendapat bahawa polemik dlm masalah ini tidak perlu menyebabkan untuk menuduh dosa,fasik & bidaah. Hal yg paling jauh, polemik yg terjadi adalah polemik antara yg benar & keliru, atau yg benar & lebih benar . Bagaimana mungkin seorang ilmuan yg tinggi berani untuk menfasikkan, menuduh dosa atau membid'ahkan ulama umat. Padahal merekalah yg memikul syariat, membela akidah dan melawan musuh2 dakwah.Sepanjang hayatnya mereka hidup sebagai dai,pembaru,ulama & pelaksana Islam seperti Al-Baqillani,Al-Isfirayini,Al-Maturidi,Al-Ghazali,Ar-Razi,Ibnu Abdissalam..An-Nawawi..Ibnu Hajar,As-Suyuthi..'

Berkaitan tuduhan terhadap pendokong salaf.
"Saya sependapat dengan Syaikh Syuaib Al-Arnauth dalam mukaddimah tahqiq beliau atas karya Sheikh Mar'i, 'Aqawil Ats-Tsiqat'.Dalam mukaddimahnya dia memberikan nasihat ikhlas terhadap orang yang menghabiskan waktunya dalam membaca dan mengaplikasikan karya2 kaum khalaf.'Mereka tidak pernah memberikan sedikit pun waktu untuk membaca karya2 yg menjelaskan tentang kaum salaf dengan amanah,jujur serta boleh memberikan dalil akal & naqli yg sah. Sehingga mereka boleh membandingkan antara 2 mazhab tersebut serta memilih jalan yg lebih selamat. Jika mereka melakukan hal itu, pasti menjadi lebih baik bagi mereka.Serta jika mengikuti hal itu, mereka pasti akan berhenti untuk menuduh ulama yg melakukan itsbat serta menempuh,menulis dan membela manhaj salaf dengan perkataan yg tidak pernah mereka katakan. Tuduhan tersebut mereka sandarkan kepada ulama seperti itu. Mereka menghukumi ulama tersebut dengan kufur, menyimpang dan sesat'.

Kesimpulan beliau dalam polemik aqidah: 'Namun, disini saya pun meminta kita untuk berhenti mengafirkan orang2 yg memiliki perbedaan pendapat dengan mereka dalam permasalahan itsbat mutlak. Mereka yg lain pula jangan menganggap takwil yg dikuatkan oleh qarinah sebagai kesesatan, penyimpangan,kekufuran & keluar dari agama'.

Wallahualam.

hanifsalleh said...

Dalam setiap perselisihan dan perpecahan, maka jalan terbaik ialah kembali merujuk kepada Al-Quran dan Al-Hadith.Firman Allah dlm. Surah Asy-Syura:10 bermaksud,"Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka putusannya (terserah) kepada Allah".Jadi jalan keluarnya adalah kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Rasullullah s.a.w pernah berdoa,"Ya Allah,Tuhan Jibril,Mikail dan Israfil.Zat yg. menciptakan langit dan bumi,Zat Yang Maha Mengetahui yg. ghaib dan yg. terlihat.Engkau memberikan hukum kpd.hambaMu dlm. permasalahan yang mereka perselisihkan,maka tunjukilah kami dlm. setiap perkara yg. kami perselisihkan menuju kebenaran dengan seizinMu,sesungguhnya Engkau memberikan petunjuk kepada jalan yg. lurus".(Muslim,no 770,Ahmad, no.24699 dan Abu Daud,767).

Panglima Perang Cyber said...

last sekali baca baik2 kata kata asri wahabi tu : khurafat wali wali..

Asri nak berperang dengan Allah ?

hebat betul otai wahabi ni.. bukankah wali tu kekasih Allah. adakah khurafaat direka oleh wali ?

dia memang tahu pendokong sunnah ramai dari mesir morocco dan indonesia..

jangan dikira yang pelik ( sesat ) kerana AnnAdir La Hukma Lahu..

Buat apa dia di UK tu ? rasa tak dengar ada ulama Islam di sana.

yang ramai orientalis..Macam Zaharudin sedang berguru sekarang dan akuinya di blog beliau www.zaharudin.com

hanya munafiq sahaja akui wali itu manusia biasa.

tapi orang beriman akui mereka golongan terpilih..

yang dipilih Allah.

Taat kepada mereka sama dengan Taat kepada Rasulullah. Sama dengan Taat kepada Allah.

Kerana mereka pewaris Nabi..

Innama Yakhsyallaha Min Ibadihil Ulama.

Tahniah tuan blog...

lawan tetap lawan wahabiyin ini.

Hasbullah said...

Para wali wali, para ulama memang mulia dan merekalah yang sanga taqwanya dan takutkan Allah.

Yang tak taqwa tu sesetengah orang awam; mengumpat, mengeji, orang lain semua tak betul, cari gaduh kat orang lain dan macam macam lagi

mamah said...

apa yang marah sangat dgn dr asri tentang pendapatnya ttg banyak orang kafir dan melakukan syirik syirik, bukan kah itu kenyataan? Atau tuan-tuan turut sama dalam golongan itu, kerana sering memuja tok2 syeikh yang dah mati dan mintak syafaat mereka. Kalau begitu tak hairan laaa.

Khairi said...

telah byk berselirat kamu telah terkeliru,

rungkai, kembali kepada yang 1.

insyaAllah.

Abdul Hakim Lukhman al-Yusufi said...

Salam...

Laa... tak sangka, dalam nak menjelaskan keburukan Wahabi, ada yang 'menganiaya' saudara sendiri. Na'uzubillah min zalik.

Ust. Zamihan: 'sebahagian' tak bererti semua. Kalau ustaz tanya dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, mereka pun akan menjawab apa yang saya katakan (dan juga yang lain-lain). Banyak lagi hujah-hujah ustaz yang menjurus kepada penganiayaan dan penyelewengan fakta. Saya perhatikan betul-betul, hujah-hujah Dr. MAZA berteraskan dalil-dalil yang sahih.

Panglima Perang Cyber dan geng-geng yang 'sewaktu dengannya': Hentilah cari masalah hanya disebabkan sikap melampau... orang lain jadi keliru disebabkan sikap anda... saya sendiri pun keliru pada mulanya, siapa yang betul, siapa yang salah... bab wali ni, mereka bukannya rasul yang maksum, mereka tetap tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Orang kita sahaja yang terlampau mengagung-agungkan mereka sampai ke tahap mengagungkan Rasul.

Hanifsalleh, Ibnu Muslim dan geng-geng yang 'sewaktu dengannya': Syabas, kerana anda menegakkan hujah dan kebenaran, saya tahu anda tidak berpihak dengan mana-mana pihak (pada pandangan sayalah)... teruskan mem'bantai' dan membanteras sikap melampau dalam masyarakat kita dan sama-samalah kita cari penyelesaian bagi masalah-masalah yang lebih penting.

Wasalam.

Abdul Hakim Lukhman al-Yusufi said...
This comment has been removed by the author.
Abdul Hakim Lukhman al-Yusufi said...

Ust. Zamihan: "4)Hindari pelampau agama".

Ustaz jelaskan hal ini. Kenapa Ustaz dakwa blog Ustaz ini bertujuan hindari pelampau agama, sedangkan menerusi tulisan Ustaz ini jelas, terang dan nyata sifat melampau dalam diri Ustaz...?

Saya bukan nak kritik tahap melampau, tapi nampaknya apa yang saya perhatikan adalah 'indah khabar dari rupa'.

Visit Bil.