Wednesday, December 17, 2008

PROTAZ PROMOSI BABI


Fahaman ekstrem Wahhabiy tanahair semakin ketara apabila salah seorang dari pendakwah yang mendakwa dirinya bermanhaj Salafi begitu mudah memberikan fatwa berkaitan dengan kepenggunaan barangan dari babi. Buktinya, di dalam emailnya, ketika menjawab soalan dari forumer berkaitan babi, beliau menukilkan kata-kata seperti berikut :


"Ya , saya ada guna produk khinzir..." Kemudian Juruterbang Salafi ini berkata lagi : "..saya tak tahu betul atau tidak. Kalau betul tak mengapa." Seterusnya, beliau berkata lagi : "Demikian juga saya pernah makan menggunakan pinggan Noritake Bone White. Orang kata ia dibuat dari tulang khinzir...."



Ulasan :


1) Melalui keterangan diatas jelas kepada kita bahawa protaz yang mendakwa dirinya bermanhaj Salafi ini rupaya tidak tahu (jahil) hukum hakam agama berkaitan dengan najasah. Ketahuilah bahawa Babi dan anjing merupakan najis mughallazah (najis berat). Rujuklah kitab-kitab Feqah muktabar.


2) Beliau bukan sekadar tidak mengetahui status najasah berkenaan. Tetapi beliau turut jahil dengan kulit babi dan pinggan Noritake Bone White berkenaan. Jika kita mengikut paparan JAKIM anda akan jawapan seperti berikut :


KEMUSYKILANNYA: Adakah pinggan mangkuk bone china ini tergolong sebagai najis memandangkan bahan buatannya mungkin daripada habu tulang babi dan habu haiwan yang tidak disembelihkan. Adalah menjadi mustahil untuk samakkan pinggan mangkuk ini..


Jawapan : Panel berpendapat adalah lebih baik tidak membeli dan menggunakan pinggan atau mangkuk dan barangan yang diperbuat daripada bahan-bahan tersebut kerana jelas diperbuat daripada tulang babi atau tulang binatang yang tidak disembelih.. Status : Selesai - Paparan Web. . Nombor Rujukan : PANEL SJAI 220807 Tarikh Selesai : 22/08/2007 11:46 AM


Kesimpulannya, seorang protaz yang jahil perlu bertanya untuk menyelesaiakan urusan agama yang berkaitan dengan dirinya. Keadaan ini lebih baik bagi beliau dari terus mengeluarkan fatawa yang mengelirukan tentang kepenggunaannya sendiri. Apatah lagi sewenang-wenangnya menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah. Saya bukan hendak menuduh, tetapi menghalal apa yang diharamkan Allah yang boleh diketahui secara ma'lum min al-din bid dharurat. Ia tidak boleh dijahili oleh sesiapapun. Kejahilan kpd perkara asas ini tidak dimaafkan syarak.


3) Paling malang terhadap protaz ini ialah dengan kejahilannya dia ingin menetapkan hukum. Hal ini terbukti dengan katanya : "Kalu betul, tak mengapa." Perkataan ini secara dilalah nasnya menerbitkan hukum. Hukum yang diterbitkan dari istilah 'tak mengapa' adalah harus. Ertinya menggunapakai kulit babi dan pinggan mangkuk yang diperbuat dari tulang babi @ binatang tidak disembelih adalah harus mengikut pendapatnya. Masya Allah. Bukankah tulang binatang yang tidak disembelih @ ain khinzir itu diharamkan secara ijmak utk diambil manfaatnya.


4) Kesan dari 'keharusan' pada produk babi ini juga menjustifikasikan kpd kita bahawa beliau secara selamba mengaku terlibat dengan kepenggunaan yang haram. Bahkan turut mempromosi kepenggunaan sedemikian dalam emailnya itu. Masya Allah. Inikah metod perjuangan Salafi yang dilaungkan. Bukankah anda sebelum ini bertugas sebagai juru terbang yang membawa pramugari yang bertelanjang dan arak ke serata dunia. Apakah dunia ini masih belum menginsafkan anda? Sepatutnya, anda sedar akan kesalahan ini. Kembalilah kepangkuan Allah dengan bertaubat serta mentahzirkan ummat ini dari terlibat.


5) Cuba saudara cari ayat-ayat al-Qur'an @ hadis, atsar mahupun amalan Salafus Soleh yang mengharuskan kita mengambil manfaat dari ain babi. Jika tiada, ternyata saudara sebenarnya bukan memperjuangkan prinsip salafi. Sebaliknya cuba mengelirukan ummat ini dengan jenama Salafi kerana saudara secara terang-terangan mengharuskan penggunaan ain babi. Sekaligus mempromosi sesuatu ketentuan yang bertentangan dengan Islam. Dan cuba melarikan ummat ini dari aperaturan jelas agamanya. Oleh itu, Saya kira, saudara masih tidak cukup syarat dari seorang juruterbang ingin menjadi Ustaz. Dan saudara tidak pula bermetod salafi sebenar dalam hal ini. Para pembaca pula perlu menjauhi pandangan ekstrem sebegini kerana ia bertentangan dengan prinsip kebenaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.


6) Saya sudah lama ingin bertemu secara langsung bagi membicarakan beberapa pertuduhan saudara ke atas saya. Jika saudara berkesempatan, hubungilah saya untuk kita berbincang dalam kes-kes yang saudara anggap saya sebagai syiah yang sesat, menyeleweng, wahhabiy dan sebagainya. Hubungi : Zamihan al-Ghari : 012 2465518.

26 comments:

hanifsalleh said...

Salam utk. Tuan Blog.Bukan pilot Hafiz Firdaus sahaja yg. menghalalkan pemakaian barangan dari kulit babi malah Tok Guru Wahabi Rasul Dahri juga menghalalkannya.Dalam video "Hukum Babi Menurut Syarak" oleh Rasul Dahri (U-Tube)beliau mengatakan babi hanya haram dimakan dan tidak najis hingga perlu disamak.Malah Rasul Dahri mengatakan ada kitab tafsir dan juga Al-Quran menggunakan kertas yg. dicampur dengan unsur babi supaya tidak kembang terkena air.Kalau pegang babi tak perlu samak sebab tiada hadis sahih menyuruh kita menyamaknya.Malah Rasul Dahri juga meminta sesiapa yg. tak mahu pakai kasut atau beg dari kulit babi, berikan kepada beliau utk. dipakai.Rasul Dahri Wahabi juga mengatakan mimbar masjid dicat dengan berus dari unsur babi,duit yg. kita pakai juga kertasnya dari unsur babi.Beliau juga menuduh umat Islam di Malaysia bertaklik buta dgn. Imam Shafi'i.Ceramah beliau diadakan di Tok Guan Road Singapura.Apa nak jadi dgn. Tok Guru Wahabi ni sehingga menghalalkan bahan dari unsur babi digunakan.Rosak umat islam dek fahaman Rasul Dahri Wahabi.

mamah said...

Babi ada kat malaysia nihhhh, harammmmm lahhhh kita semuaaaaa. Oh Malangnya Tuhan jadikan kauuu babiiiiiiiii. Tolol nya aku. Oh satu lagi, laman rumahku dilalui babiii, aku kena samak seluruh laman rumahkuuuuuu, lagi tolol aku

fizi said...

Salam. Saya ada baca dalam kitab Fiqhus Sunnah `ala mazhab SYAFI`I. Kitab itu menerangkan bahawa babi tidak najis. Malah bulunya boleh dibuat sebagai berus kerana ianya bukan najis.

Oleh itu, kalau ada hadis yang sabit dari Nabi tentang kenajisan mughallazah haiwan ini, maka baru kita kata najisnya mughallazah.

Kalau kitab feqah mazhab Syafi`i pun kita tak percaya, maka kita mazhab mana? "Mazhab Wahabi" ke?

mamah said...

salm, aku pergi pasar, beli sayur kat melayu, bagi duit ringgit, lepas tu aku tengok melayu tu pulak pergi ke kedai cina, ambil sayur yang dah habis, diapun ambil baki duit cina tu, petang tu lagi aku nampak cina tu jual daging babi. Dalam ati aku duit ringgit cina yang ada sentuhan babi itu dah beralih tangan kepada tauke melayu tu, dan sekarang beralih tangan kepada aku, sekarang AKU HARI-HARI SAMAK ANGGOTA BADAN AKU. he he BODOH BANGANG nya AKU

IbnuNafis said...

Assalamu'alaikum wbth,

Fizi - fiqhus sunnah tuh karangan dari sayid sabiq, dia bukan ulamak syafi'ieyyah.

Jika anda berpegang bahawa babi tidak najis, silalah bela babi di rumah anda. Mungkin selepas ini boleh kata babi dijadikan peliharaan.

Tetapi sebelum tu nak tanya juga, zaman RasuluLLah memang rasuluLlah ajar kita pegang babi, pakai baju dan kasut dari kulit babi? Begitu juga dengan para sahabat? Nih berkaitan dengan najis nih syeikh.

Kemudian sebagaimana merokok dijatuhkan hukum haram oleh ulamak (bukan majoriti) dengan sebab banyak mudaratnya dibanding dengan manfaatnya.

Apa kelebihan babi sehingga anda beriya-iya menyokong pendapat hafiz firdaus? Sedangkan kajian saintifik serta pergaulan babi (yang tiada perasaan cemburu) itu serta banyak lagi keburukannya menjadikan ia jijik.

Terima kasih.

fizi said...

Saudara IbnuNafis - Anda bertanya ada tak zaman Nabi dan sahabat diajar memakai pakaian berkulit babi. Kenapa anda tidak tanya ada tak diajar memakai baju dari kulit kuda, kuda belang, badak sumbu mahupun binatang lain?

Apa yang nak dikatakan di sini ialah, dalam hal sebegini kita perlu mencari ada tak LARANGAN dari Nabi tentang memakai pakaian berkulit babi, sebab kalau nak kira satu-satu binatang Nabi nak ajar boleh ke tak pakai kulitnya, maka tak habislah topik memakai kulit binatang.

Yang patut ditanya ada tak Nabi AMALKAN ialah hal-hal ibadah kerana ibadah dalam Islam sudah lengkap dan tak perlu tokok-tambah lagi.

Saya percaya dalam hal-hal sebegini kita tidak perlu berbalah. Jika ada pendapat, sila kemukakan nas dan dalil. Tak ada siapa nak cari kesalahan orang lain, sebaliknya kita hanya mencari kebenaran dalam beragama.

IbnuNafis said...

Tidak menjawab persoalan tu :)

IbnuNafis said...

Patutlah beriya-iya membela hafiz firdaus :) Bila dijenguk blog rupanya anda satu geng dengan al-ahkam. al kautsar dan yang sewaktu dengannya. (Alla mazhabiyah) Tak mengapalah jika begitu. Mungkin anda ini mazhab lain. Dan bukan dari mazhab Syafie yang berpegang pada kenajisan babi ini.



Maaf lah ye :)

IbnuNafis said...

Boleh saya tanya fatwa ben baz ni :

Adapun takbir berjama`ah maka ia tidaklah disyari`atkan, bid`ah, keadaan mereka berkata-kata dengan satu suatu inilah yang bid`ah, tidak disyari`atkan.

- ada dalilnya yang qot'ie mengharamkan?. Jadi umat Islam yang bertakbir hari raya aidiladha ramai-ramai semuanya masuk neraka ke fizi?

fizi said...

IbnuNafis-Saya bermazhab Syafi`i dan mengamalkan talfiq. Mengenai fatwa Bin Baaz, ianya adalah selari dengan hadis Nabi iaitu "kullu bid'atin dhalalah". Bertakbir beramai-ramai adalah bid`ah dalam agama. Kita tidak menghalang bertakbir, malah kita menggalakkannya berpandukan nas-nas kerana ianya adalah disunnahkan demikian.

Mengenai orang yang melakukan bid`ah (eg bertakbir secara jam`i) maka kita katakan tiada yang mengetahui siapa yang masuk syurga atau neraka melainkan Allah.

Kalau tak tutup `aurat, mencaci, membunuh dan berzina hukumnya haram, tetapi adakah pembuat dosa itu masuk neraka atau tidak bukanlah sesuatu yang boleh kita putuskan. Masuk neraka atau tidak adalah urusan-Nya.

IbnuNafis, jika ada mereka yang mengakui sebagai mengikut salaf tetapi menghukum seseorang itu masuk neraka kerana perkara bid`ah yang dibuatnya, katakanlah bahawa dia bukannya Tuhan.

Saya memang `ala manhaj salafi, tetapi saya tak suka mengatakan seseorang itu mubaddi`. Hanya katakan bahawa amalan dia tidak menepati sunnah atau bid`ah, tetapi mungkin dia tiada ilmu jadi tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum seseorang.

Ada banyak lagi aliran lain yang perlu kita tentang demi pelihara Islam. Khalaf dan Salaf adalah dalam Sunnah wa l-jama`ah (menurut Al-Qaradawi) kerana kita masih ikut Nabi dan para sahabat. Marilah kita membanteras Syi`ah dan aliran sesat lain dalam Islam. Tak perlu sesama kita nak bertegang leher dalam urusan "kau buat bid`ah" dan "kau puak Salafi Wahhabi ekstrem". Moga urusan kita dimudahkan-Nya.

*mencari titik perpaduan ummah.

Hasbullah said...

Ustaz Z, perengan No. 6 tu bagus. Paling gentleman jika ustaz Z jemput je dia ke pejabat ustaz Z dan bincang empat mata. Boleh bincang habis habis. Adalah tidak baik dan kurang manis kalau diluahkan dalam blog ni dan dijadikan medan berhujah yang tidak berpenghujung.

Semua Mu'alim dalam blog ni mesti mengemukakan nas nas fiqh syarak untuk menjelaskan isu isu ini,terutama kepada orang awam yang memang jadi 'confuse'.

mamah said...

saya setuju dengan Hazbullah, jangan hentam belakang, dulu ada satu forum, Ust Zamihan kenapa tak ambil peluang itu?

hanifsalleh said...

Jumhur fuqaha'(Syafi'i,Maliki,Hanbali dan Hanafi) telah mengharamkan kulit babi walaupun sesudah disamak atau tanning process kerana ia tergolong dlm. najis berat (mughalazzah).Ini terdapat dlm. fatwa Prof.Mutawalli Sya'rawi-anta tasal wa Islam yujib.Manakala Fatwa Majlis Tertinggi Urusan Keislaman Mesir dlm. kitab al-Muntakhabu minas Sunnah jilid 9, menjelaskan haram menggunakan kulit babi kerana haramnya babi ialah pada lafaz umum ayat Al-Quran iaitu hukum haramnya babi kerana zatnya ('ain).
Fuqaha' yg. membolehkan ialah Imam Syaukani (Nailool Awthor),Zahiri(Ibn Hazm alMuhalla dan Imam Abu Yusof dari mahzab Hanafi.Disebabkan kita bermahzab Syafi'i, maka kenapa harus kita menolak pandangan Imam Besar ini malah menuduh umat Islam bertaklik buta dengannya.Namun ada kebodohan di sini hinggakan nak samak halaman rumah,duit drp. tokey babi sedangkan yg. disuruh samak ialah apabila kita menyentuh binatang tersebut dan bukannya tempat laluan babi ataupun duit yg. disentuh oleh tokey babi.Apakah kita sanggup memakai dompet dari kulit babi kemudian dibawa ke masjid utk. solat?Jika kita bermahzab Syafi'i, kenapa harus dipertikaikan hukum yg. telah diputuskan olehnya.Ini disebabkan kita cuba melawan arus yg. hanya akan menjadikan satu kekeliruan dikalangan anak muda yg. cetek ilmu agama.Malah ada ada muda yg. meminum arak mengatakan ianya tidak haram sebab belum mabuk lagi.Sekiranya dia dah mabuk baru jatuh hukum haram.Apakah ini yg. mahu kita didik kepada generasi muda kini?Terpulanglah pada anda yg. berhujah memikirkannya.

hisyam said...

Slm,

Ini merupakan kali pertama saya terserempak dengan isu ini. Oleh itu sebagai seorang yang tidak fakih dalam agama,saya ada satu soalan yang ingin saya tujukan kepada para muallim semua.

So, basically tiada ayat Quran yang specifically mengharamkan babi selain daripada dimakan dagingnya. Walaupun demikian, bolehkah kita katakan bahawa pengharamannya boleh timbul melalui kaedah penghukuman syara' iaitu kaedah saddu zarai' di mana kita mengharamkan khinzir secara kesuluruhannya kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah dan kekeliruan di dalam masyarakat kita?

Sebagaimana buah anggur yang tidak haram pada asalnya namun dikhuatiri akan menggalakkan pembuatan arak, maka kita mengambil langkah berjaga-jaga di dalam isu penanaman anggur.

Harap sesiapa boleh tolong jelaskan hal ini kepada diri ini yang kekurangan ilmu. Kalau salah tolong betulkan...

Terima kasih. WaAllahua'lam.

tempayanbudu said...

Salam..

Ada kebenaran pada kedua-dua hujjah megikut pembacaan ana..

Yg mengikut mazhab imam syafie sudah tentu berpegang pada haramnya babi secara keseluruhan..

Yg mengatakan hanya makan shj haram mengikut fatwa ulama' yg mengambil nas secara zahir ayat spt ibnu al-Qayyim..

persoalannya, perbahasan ttg masalah ini telah selesai..dan kita di malaysia telah menetapkan bahawa mengikut mazhab imam syafie'..Jadi ikutlah..

Apa tujuan sebenar sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan dan pemahaman yg mengatakan babi tidak najis mughallazah..

Jika perkara ini di ceritakan atau di pelajari oleh org yg mencari ilmu maka itu tidak menjadi masalah..masalahnya akan timbul apabila perkara ini diketahui umum dan masyarakat..

Ini akan menimbulkan mslh dan kekeliruan..kerana bukan semua org ada ilmu ttg perkara2 mcm ini..

Jadi sy harap tidak dijadikan isu umum perkara sebegini..cukup disini shj..

Waallahualam..

Hasbullah said...

Tempayanbudu, anda BENAR. Pendekatan anda harus diterima oleh semua orang. Mempelajari dan mengambil pengetahuan untuk mereka mereka yang baru tahu atau baru nak tahu adalah sangat digalakkan untuk menambahkan ilmu agar tiada kemushkilan di dalam hati.

Semoga Allah memberkati anda.

IbnuNafis said...

Assalamu'alaikum wbth,

saya ada membuat blog baru bagi menjawab persoalan khilafiyyah, sumbernya diambil dari kitab dan buku terjemahan yang ditulis oleh ulamak muktabar, seperti Prof Dr Muhammad Alawi Al Maliki, Sheikh Siddiq Al Ghumari, Mufti Mesir, Bekas Mufti Iraq dan ramai lagi serta laman web yang dipunyai oleh mereka yang arif di dalam bidang feqh, tasawuf etc.

Silalah layari :

Http://jomfaham.blogspot.com

IbnuNafis said...

Terima kasih di atas jawapan fizi. Saya harap isi blog anda juga tidak menimbulkan kontroversi sebagaimana yang anda nyatakan di dalam blog ini ya.

Terima kasih.

WaLLahua'lam

Asyraf said...

Ayat 173 Surah Al Baqarah:

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang ketika disembelih disebut nama selain Allah**. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa memakannya sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Asyraf said...

Ayat 3 Al Maidah:

Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah*, daging babi, daging haiwan yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya**, dan yang diharamkan bagimu yang disembelih untuk berhala. Dan diharamkan juga mengundi nasib dengan anak panah itu)*** adalah kefasikan. Pada hari ini **** orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan Ad-Din mu,sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Ku, Pada hari ini telah Ku Sempurnakan bagi mu AdDin mu, dan telah Ku cukupkan kepada kamu ni’matKu, dan telah Ku ridhai ISLAM itu jadi AdDin mu. Maka barangsiapa terpaksa***** kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


*Ialah darah yang keluar dari tubuh, sebagaimana tersebut dalam surah Al An’am ayat 145.
**maksudnya ialah : binatang yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang diterkam binatang buas adalah halal jika sempat disembelih di atas nama Allah sebelum mati

***Al Azlam ertinya anak panah yang belum pakai bulu. Orang Arab jahiliah menggunkan anak panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak.
Ayat 145 Surah Al-An’am
Katakanlah: Tiada aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya kecuali kalau makanan itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya semua itu kotor, atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha pengampun lagi Maha Penyayang.
Hadis sahih Muslim jilid 1 No. 127.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa Ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi Hakim yang ADIL, akan dihancurnya salib, dibunuhnya babi/khinzir, dihapuskannya pajak, dan kekayaan akan melimpah ruah (ma’mur) sehingga tidak seorang pun lagi bersedia menerima pemberian”
Hadis No. 1550 sahih muslim jilid 2
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda di tahun penaklukan Makkah dan ketika itu dia berada di makkah, sabdanya “sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan jual khamar/arak, bangkai, babi dan berhala” lalu ditanya orang akan baginda “Ya, Rasulullah, bagaimana hukumnya lemak yang terdapat dalam bangkai? Kerana lemak itu digunakan orang untuk gemuk perahu, untuk meminyaki kulit, dan untuk menyalakan lampu.” Maka bersabda baginda, “Tidak buleh, itu haram, kemudian bersabda pula baginda “Kerana lemak itulah Allah taala mengutuk orang yahudi. Allah telah mengharamkan atas mereka lemak bangkai, tetapi mereka mengolahnya jua. Kemudian mereka menjual, dan hasilnya penjualannya itu mereka makan”
Hadis no 2127 sahih Bukhari jilid 5
Jabir r.a berkata “Nabi saw. Mengharamkan menjual babi”
No.2128 hadis sahih bukhari jilid 5
Dari Qutaibah bin said , katanya “kami diberitahu oleh al Laits dari Ibnu Syihab dari Ibnu Musayyab bahawasanya ia mendengar Abu hurairah r.a berkata “Rasulullah saw. Bersabda “Demi Dzat Allah yang jiwaku ada di dalam gengamanNya, niscayalah pasti hampir sekali bahawa putera Maryam (yakni Nabiyullah Isa Al masih) turun dikalangan kamu semua. Ia bertindak sebagai Hakim (pemberi keputusan segala macam persoalan) lagi pula bersifat ADIL. Ia akan mematahkan palang salib yangdianggap suci oleh kaum nasrani), membunuh babi (yakni menyuruh seluruh pengikutnya agar melenyapkan semua babi, juga babi hutan sampai habis sama sekali, membebaskan pajak gadai untuk seluruh kaum muslimin, sebab suatu Negara yang berasaskan Islam memang tidak memberi beban yang berupa pajak dalam bentuk apapun kepada umat Islam) dan meluaplah harta kekayaan (sebab mendapatkan keberkahan dari Allah Taala) sehingga tiada seorangpun yang suka menerimanya (sebagai sedekah)

Asyraf said...

Surah Al Maidah 5:3

Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah dan daging khinzir


http://pokding.blogspot.com/

Asyraf said...

Perihal Pendebungaan:
"“Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya”"
(al-Hijr 15: 22)

fizi said...

IbnuNafis, anda silap jika anda sangkakan saya akan terus membiarkan perkara bid`ah dan sebagainya yang direka oleh khalaf dibiarkan secara berterusan. Namun apa yang saya utarakan kita tidak patut mencaci dan berkelakuan luar dari akhlaq Islam dalam mempertahankan pendirian masing-masing. Cukuplah kita dengan menyatakan hujah masing-masing tanpa menjatuhkan maruah diri sendiri.

IbnuNafis said...

Fizi - minta maaf jika ada perkataan yang mencerca anda. Sebab permasalahan babi ini amatlah besar, mungkin anda tidak bertindak begitu. Tetapi ia akan menjadi berlainan jika orang awam pula yang menerima pendapat hafiz firdaus ini.

Saya mengajak anda untuk mengikuti laman ini : Http://jomfaham.blogspot.com

Jangan bermudah-mudah menuduh menghukum bid'ah tanpa hak. Nanti akan terpalit ke muka orang yang menuduhnya.

WaLlahua'lam

fizi said...

Saya pun minta maaf kalau terkasar bahasa. Mengenai perkara bid'ah, ada juga yang merupakan khilaf antara `ulama dan ada perkara yang tidak disepakati oleh sahabar sendiri. Perkara yang sebegitu tak boleh sewenang-wenangnya kata bid`ah.

Namun jika hal yang memang Nabi tak buat, maka kenapa kita nak pertahankannya? Cukupkanlah amalan kita dengan apa yang diajar Nabi, tak payah nak pergi lebih dari itu.

Mengenai hal babi, rasanya kita kena tengok balik. Mazhab Syafi'i kata najis mughallazah, namun tidak pada Malikiy. Dan Syafi`iy qiyaskan antara jilatan anjing kepada babi. Tetapi tidak Malikiy kerana ianya tidak berasaskan nas yang hanya menyuruh 7 kali basuhan (dan ada nas 8 kali basuhan dalam riwayat Muslim jika saya tak salah) ke atas jilatan anjing, tidak ke atas babi. Maka saya ambil pendapat tersebut atas hujjahnya yang lebih kuat. WaLlahu `a'lam.

IbnuNafis said...

Kerana itu maka belajar lebih lanjut tentang fikh, usul feqh.

Kenali juga dengan siapa kita berhukum, kat mana kita berhukum. Apa yang terjadi kepada hafiz firdaus ialah beliau mengeluarkan hukum kepada orang awam dengan tidak memikirkan latarbelakang sehingga timbul fitnah.

Bagaimana kita nak tahu mana pendapat yang lebih kuat kecuali kita ini adalah mujtahid tarjih? Cuba anda rujuk hujjah yang dikeluarkan oleh saudara asyraf mengenai babi. Mana yang lebih kuat pula hujjahnya?

Lihat apa yang berlaku di sini :

http://groups.yahoo.com/group/alFikrah/message/4170

Tu baru sorang sheikh, tuh sebab pendakwah kena bijak dan cerdik.

Visit Bil.