Sunday, August 17, 2008

BUKU WAHHABIY/LIBERAL DIHARAMKAN

KDN haram dua buku seleweng fakta Islam

KUALA LUMPUR 14 Ogos — Kementerian Dalam Negeri mengharamkan dua buah buku kerana mengandungi fakta yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenarnya.Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Abdul Razak Abdul Latif berkata buku yang diharamkan itu bertajuk “Pelik Tapi Benar Dalam Solat” karya Ustaz Abdul Rahman Mohamed terbitan Telaga Biru Sdn Bhd, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur dan dicetak oleh FDZ Design & Communications, beralamat Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur.

Sebuah lagi buku yang turut diharamkan bertajuk “Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism” oleh Norani Othman, terbitan Sisters in Islam, Petaling Jaya dan dicetak oleh Vinlin Press Bandar Baru Seri Petaling.
“Kedua-dua buku ini dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan mana-mana individu yang didapati menghasilkan semula, mencetak, mengeluar atau memiliki bahan larangan tersebut boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya,” kata Abdul Razak dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata sekiranya penerbitan berkenaan dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat. - Bernama


Ulasan : Al-hamdulillah KKDN bertindak tegas keatas buku-buku yang menyeleweng fakta dan ilmu Islam. Tahniah KKDN kerana mengambil langkah yang bijak mengharamkannya. Us Abd Rahman Mohammed tu terkenal dengan fahaman Salafi Wahhabiynya di Singapura. Sekurang-kurangnya ia memberi peringatan kepada penulis, penerbit dan pencetak agar tidak menerbitkan fahaman, amalan @ pegangan yang pelik-pelik di negara ini.
Manakala buku Muslim Women and The Challenge of Islamic Extremisme tu adalah bersifat Liberal. Tak syak SIS adalah agen Islam Liberal di negara kita. Fahaman Islam Liberal pula telah diharamkan pada Mei 2006 yang lalu.
Sebenarnya banyak lagi buku-buku yang perlu diharamkan. Insya Allah, kami bersedia membantu KKDN dalam hal ini. Apapun, Tahniah KKDN, teruskan perjuangan mempertahankan kesucian Islam. Semoga anda semua diredhai Allah SWT.

2 comments:

ajim said...

buku ikut sunnah nabi pun menyeleweng ke wahai ustaz hebat?

The Stranger said...

zamihan mmg gitu. lain pendapat dgn dia jer salah.

dia ingat dia hebat sgt.

saya baca buku 'pelik tapi benar dalam solat', ia berdasarkan sunnah Rasullulah. Ada dalil2 dan hadith2 nya.

Seolah-olah zamihan nak cakap siapa ikot sunnah Rasullulah tapi dia tak pernah dengar maka orang itu wahabi.

Apedah...

Visit Bil.