
Saya agak terkejut apabila membaca artikel "Syukran Geert Wilders" oleh Us Mohd Aizam Mas'od dari Bahagian Penyelidikan JAKIM. Artikel ini masih disiarkan di website JAKIM hingga kini. Seolah-olah direstui Jabatan dan merupakan suara rasmi JAKIM. Saya tidak berpendapat begitu. Mungkin, artikel ini tidak ditapis terlebih dahulu. Atau pengurusan tertinggi terlepas pandang mengenainya.
Secara keseluruhan, isi kandungannya baik. Tetapi tidak menjustifikasi tajuk yang ditulis. Jika dianalisa, tajuknya AMAT BERTENTANGAN dengan kandungan yang ditulis. Jika penulis ingin menjelaskan kejahatan Wilders yang menghina Islam sepatutnya beliau menulis : "Kufran ya Wilders" bukannya Syukran Geert Wilders".
TIDAK REALITI
Jika diamati dengan mendalam. Tulisan pegawai JAKIM ini tidak berpijak dibumi realiti. Beliau kelihatan syok sendiri apabila menampilkan tulisan dengan tajuk bombastik tetapi tidak sedar tajuknya menentang arus realiti.
Realitinya, Geert Wilders seorang tokoh kuffar yang menghina Islam. Takkan kita nak ber 'Terima Kasih' kepadanya di atas penghinaannya terhadap kita. Jika kita berterima kasih kepada Wilders yang menghina Islam. Kita pun sama sehati sejiwa dengannya. Iaitu sama-sama redha dengan penghinaan terhadap Islam. Inilah wajah tasybih (keserupaan) yang boleh diterjemahkan hasil kepenggunaan kalimah 'Syukran' terhadap Wilders. Masya Allah.
PENYAMAAN:
Diawal perenggan, Us Mohd Aizam menyamakan Wilders dengan tokoh2 Jahiliyyah yang lain yang menghabiskan sisa hidupnya utk menghina Islam. Ya..saya setuju. Malangnya, penulis berterima kasih dengan lafaz Syukran. Tindakan ini terlalu berat untuk diterima umat ini. Ucapan ini zahirnya, seolah2 olah merangkumisatu penghargaan kepada Wilders atau tokoh2 jahiliyyah yang menghina Islam.
BAHASA AL-QUR'AN & AS-SUNNAH :
Jika kita membuka lembaran suci al-Qur'an, Allah secara jelas mengkritik keras usaha mereka. Lihatlah kes Abu Lahab, Ubay & Umayyah bin Khallaf, Walid bin Mughirah DLL. Tidakkah Allah menyifatkan daya usaha mereka dengan 'Tabba" atau "Wail". Bahkan dijanjikan kepada mereka dengan azab yang pedih/berat @ sengsara. Kalimah ini menandakan Allah SWT amat memurkai sikap dan tindak tanduk mereka yang memusuhi Islam. Kenapa pula saudara memandai-mandai mengucapkan 'Syukran' kepada penghina Islam. Apakah saudara ingin mendahulukan gaya bahasa yang dipergunakan al-Qur'an al-Karim. Masya Allah!
VERSI YANG LAIN :
Dalam versi yang lain, ada ke Allah SWT bersyukur (berterima kasih) kepada Fir'aun yang menentang Nabi Musa dan Harun. Walaupun semakin ramai orang yang mengikuti ajaran Nabi Musa, Allah SWT sesekali tidak bersyukur kepada Fir'aun. Malah Nabi Musa juga tidak 'berterima kasih kepada Fir'aun yang kejam itu.
Di sudut lain, cuba anda teliti, Allah SWT juga tidak berterima kasih kepada Qarun, Haamaan, Namrud, Kaum Aad, Kaum Tsamud, Kaum Tubba' DLL. Bahkan realiti berlaku sebaliknya. Dimana, Allah membalas kritikan dan makar mereka dengan siksa yang teramat pedih. Justeru, jika Allah tidak bertindak memuji si kafir.. jangan pula ada orang yang beriman hendak memuji mereka. Bukankah kalam Allah itu lebih benar dari segala makhlukNya?
Demikian juga ketentuan al-Sunnah. Jika kita mengkaji kedudukan Sunnah atau atsar didapati tidak pernah Nabi SAW, para sabahat dan tabi'in menghamburkan pujian kepada golongan yang mencerca atau menghina Islam. Jika tiada penjelasan terhadap perbuatan sedemikian, maka kita tidak perlu mereka-cipta pujian-pujian terhadap mereka yang mentohmah agama kita tercinta.
KABUR :
Saya rasa, Us Aizam masih kabur tentang lafaz ' syukur' dan maksudnya. Melalui Mu'jam al-Mufahras Lil Alfaz al-Qur'an didapati kalimah 'Syukur" dipergunakan dengan pelbagai sighah. Perhatikan disana-disana.
Imam al-Thabbari di dalam Tafsirnya berpendapat Syukur dan Puji sebgai satu makna. Tetapi tidak dipergunakan lafaz itu untuk memuji golongan yang menghina Islam. Mufassir yang lain pula membezakan lafaz Puji dan Syukur. Walupun begitu, mereka juga tidak pernah mempergunakan lafaz ini (syukur) untuk diucapkan kepada golongan yang menghina atau memusuhi Islam. Tetapi Us Aizam ternyata keliru dan mengelirukan.
PEPATAH ARAB :
Dalam kes ini, Penulis juga tidak boleh menggunakan pepatah : "Rubba Syarrin yajlibu Khayran". Maksudnya : Kemungkinan kejahatan menempah kebaikan." Ini kerana pepatah berkenaan hanya ungkapan biasa. Bukannya dari lisan al-Syari'. oleh itu, ia tidak layak untuk dijadikan hujjah dasar bagi memuji orang yang memfitnah Islam. Tambahan pula pepatah di atas dipergunakan untuk memujuk seseorang yang telah ditimpa musibah. Supaya individu berkenaan tidak memprotes takdir Allah dan mengambil sikap berputus asa. Kesimpulannya, pepatah ini sesekali tidak boleh dijadikan hujjah untuk menjustifikasikan pujian terhadap mereka yang menghina Islam.
MAKSUD TERSIRAT:
Ya..ada maksud tersirat dari apa yang ditulisnya. Namun, secara asasnya, kita perlu memulakan dengan maksud yang tersurat terlebih dahulu. Maksud tersurat dlm penulisannya ialah...Wilders adalah satu watak jahat yang menghina Islam...Manakala maksud tersirat pula ialah..perbuatan Wilders menyebabkan orang barat berminat untuk mengkaji tentang Islam...dan memeluk Islam. Manakala maksud yang terhayat : Islam sentiasa dicemburui oleh musuh-musuhnya. Namun, setiap kali musuhnya mengancam..Allah tampil membela agamanya walaupun si kafir, munafiq dan zalim tidak menyukainya. Pendek kata, jika ada maksud tersirat bertentangan dengan realiti tersurat dan terhayat didahulukan realiti tersurat dan terhayat berbanding tersirat. Sebabnya maksud tersirat bukan dari keputusan manusia. Sebaliknya ia satu ketentuan dari Allah yang menerbitkan hikmah. Justeru, kita hanya menghukum secara zahir. Wallahu yatawalla bil sarayir.
Ingin saya pertanyakan penulis. Berapa sen sangat orang berminat mengkaji tentang Islam hasil tindakan Wilders?. Berapa peratus pula orang masuk Islam kerana Wilders. Kalau ada..mungkin peratusannya amat kecil. Sebaliknya, orang berminat dengan Islam ialah kerana faktor kajian, faktor kebenaran, faktor keinginan, faktor kesukarelaan, dakwah dan faktor ketuhanan yang sebenar.
Artinya, bukan kerana Salman Rushdie, Taslima, Wilders, Orientalis atau mana-mana penjahat pun yang menyebabkan manusia berduyun-duyun memeluk Islam. Tetapi atas fitrah agama Allah. Jika anda inginkan ketenangan, mari kita telusuri bersama Surah al-Nasr. Ternyata, kemasukan bangsa arab dan 'ajam ke dalam Islam disebabkan oleh pertolongan Allah dan kebenaran risalahNya. Justeru, tidak hairan jika Islam semakin difitnah maka kebenarannya menjadi semakin terserlah. Bukan kerana dek fitnah atau pemfitnah..tetapi kerana Sunnatullah. Jadi...AMAT tidak kena jika kita bersyukran kepada pemfitnah. Malah tindakan itu AMAT-AMAT salah. Sebaliknya, bersyukurlah pada Allah! Dialah pemelihara kepada agamaNya yang Maha Benar.
Secara peribadi, saya telah menasihati pihak yang posting artikel ini ke website JAKIM,Bahagian Penyelidikan serta KP JAKIM sendiri. Tetapi, sampai sekarang artikel Terima Kasih kpd Si kafir masih ada. Maka artikel ini akhirnya ditulis. Ia bukanlah satu provokasi terhadap individu. Tetapi hanya sekelumit usaha untuk menghapuskan kesamaran yang berlaku. Lebih-lebih lagi menggunakan paltform rasmi JAKIM untuk berterima kasih kepada si kafir Laknatullah. Bagi saya, Kebenaran itu sentiasa ditegakkan walaupun melibatkan periuk nasi sendiri. Aku kerja dengan Allah. Allahu Allah!