Berakhir sudah debar penghakiman Pulau Batu Puteh. Hakim Awn Shawket al-Khawasaneh dari ICJ memutuskan Pulau Batu Puteh milik Singapura. Manakala Pulau Terumbu Karang Tengah dimiliki Malaysia. Kelihatan isu sudah selesai. Tetapi kemelut perasaan takkan selesai sampai ke bila-bila. Ini kerana tuntutan bertindih terhadap Pulau ini mempunyai nilai sejarah, kedaulatan dan moral negara kita. Terutamanya ikhwa kita al-Jauhari. Realiti yang sukar diterima.
Apa tidaknya, Pulau Batu Puteh yang berukuran kurang separuh dari keluasan padang bola sepak hanya terletak 7.7 batu nautika diluar pantai Tanjung Penyusoh Johor. Kalau tengok dalam peta..amat jelas ia berhampiran dgn tanah besar Johor. Pertikaian ini bermula tahun 1980 lagi apabila Singapura membantah tindakan Malaysia menerbitkan sebuah peta pada tahun 1979 yang menunjukkan pulau itu berada dalam wilayah negara. Maka, pada tahun 1993, Singapura mula meluaskan tuntutan ke atas Pulau berkenaan. Kes berlarutan hampir 28 tahun.
Walau disokong dengan fakta, solat hajat dan doa..Akhirnya, Pulau Batu Puteh berjaya dimiliki Singapura. Namanya terhapus sama sekali dari muka bumi ini dan secara automatik bertukar kepada "Pedra Branca" dlm bahasa Portugis.
Segelintir pemimpin kita menyifatkan penghakiman kes ini sebagai menang-menang. Namun bagi saya, kita kalah teruk. Apa lagi dengan kiraan 12-4 terhadapnya. Kes pemilikan Terumbu Karang Tengah tok sah ceghita laa. Itu memang hak kita. Yang difokus ialah Pulau Batu Puteh tu. Bila kalah teruk, kita akhirnya puteh Mata. Elok sangat la..pulau tu dikenali dengan "Pulau Puteh Mata.' Biar Putih mata, jangan putih tulang.'
Pulau ini terlepas lantaran sikap kita sebenarnya. Ketika berada ditangan kita..kita tidak mempedulikannya. Tetapi bila dimajukan dan terserlah kepentingannya..baru kita gelabah. Baru sedar bahawa orang lain sentiasa memerhati dan ingin memiliki sesuatu dari kita. Islam sentiasa meletakkan sikap waspada. Dan bersyukur dengan apa yang ada. Serta tidak mudah lupa tentang apa yang ada ditangan kita. Ini pulau. Bagaimana dengan hartanah dan monopoli projek lain di Johor? Berapa riyal yang masuk dalam kantung Kerajaan Negeri dan banyak mana pula mampu dimanfaat oleh rakyat marhaen.
Pendek kata, para pemimpin harus jujur dan telus dalam menjalankan amanah Allah. Menjalankan amanah Allah bermakna menjalankan amanah rakyat. Ketepikan kepentingan diri. Fokuslah secara syumuli. Utamakan ukhrawi. Laut dan darat semuanya milik Allah. Setiap penjuru bumi kita masih merindukan pembangunan bersepadu sebagaimana dicetuskan Rasulillah SAW.
Hentikanlah kecintaan terhadap dunia. Dunia ini... walau selaju mana dikejar... tidak akan dapat. Sebanyak mana harta.. tidak akan cukup. Sepanjang mana umur.. tidak akan lama. Dan sebanyak mana nikmat tidak akan habis. Kecuali Allah 'menghabiskan' umur dunia dengan kiamat. Masa tu, harta, kuasa, rupa semuanya tidak berguna. Kecuali mereka yang mendatangi Allah dengan hati yang sejahtera.
No comments:
Post a Comment
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)