Friday, May 2, 2008

BANTAHAN 'SYUKRAN GEERT WILDERS'


Saya agak terkejut apabila membaca artikel "Syukran Geert Wilders" oleh Us Mohd Aizam Mas'od dari Bahagian Penyelidikan JAKIM. Artikel ini masih disiarkan di website JAKIM hingga kini. Seolah-olah direstui Jabatan dan merupakan suara rasmi JAKIM. Saya tidak berpendapat begitu. Mungkin, artikel ini tidak ditapis terlebih dahulu. Atau pengurusan tertinggi terlepas pandang mengenainya.


Secara keseluruhan, isi kandungannya baik. Tetapi tidak menjustifikasi tajuk yang ditulis. Jika dianalisa, tajuknya AMAT BERTENTANGAN dengan kandungan yang ditulis. Jika penulis ingin menjelaskan kejahatan Wilders yang menghina Islam sepatutnya beliau menulis : "Kufran ya Wilders" bukannya Syukran Geert Wilders".



TIDAK REALITI


Jika diamati dengan mendalam. Tulisan pegawai JAKIM ini tidak berpijak dibumi realiti. Beliau kelihatan syok sendiri apabila menampilkan tulisan dengan tajuk bombastik tetapi tidak sedar tajuknya menentang arus realiti.


Realitinya, Geert Wilders seorang tokoh kuffar yang menghina Islam. Takkan kita nak ber 'Terima Kasih' kepadanya di atas penghinaannya terhadap kita. Jika kita berterima kasih kepada Wilders yang menghina Islam. Kita pun sama sehati sejiwa dengannya. Iaitu sama-sama redha dengan penghinaan terhadap Islam. Inilah wajah tasybih (keserupaan) yang boleh diterjemahkan hasil kepenggunaan kalimah 'Syukran' terhadap Wilders. Masya Allah.


PENYAMAAN:


Diawal perenggan, Us Mohd Aizam menyamakan Wilders dengan tokoh2 Jahiliyyah yang lain yang menghabiskan sisa hidupnya utk menghina Islam. Ya..saya setuju. Malangnya, penulis berterima kasih dengan lafaz Syukran. Tindakan ini terlalu berat untuk diterima umat ini. Ucapan ini zahirnya, seolah2 olah merangkumisatu penghargaan kepada Wilders atau tokoh2 jahiliyyah yang menghina Islam.



BAHASA AL-QUR'AN & AS-SUNNAH :


Jika kita membuka lembaran suci al-Qur'an, Allah secara jelas mengkritik keras usaha mereka. Lihatlah kes Abu Lahab, Ubay & Umayyah bin Khallaf, Walid bin Mughirah DLL. Tidakkah Allah menyifatkan daya usaha mereka dengan 'Tabba" atau "Wail". Bahkan dijanjikan kepada mereka dengan azab yang pedih/berat @ sengsara. Kalimah ini menandakan Allah SWT amat memurkai sikap dan tindak tanduk mereka yang memusuhi Islam. Kenapa pula saudara memandai-mandai mengucapkan 'Syukran' kepada penghina Islam. Apakah saudara ingin mendahulukan gaya bahasa yang dipergunakan al-Qur'an al-Karim. Masya Allah!



VERSI YANG LAIN :


Dalam versi yang lain, ada ke Allah SWT bersyukur (berterima kasih) kepada Fir'aun yang menentang Nabi Musa dan Harun. Walaupun semakin ramai orang yang mengikuti ajaran Nabi Musa, Allah SWT sesekali tidak bersyukur kepada Fir'aun. Malah Nabi Musa juga tidak 'berterima kasih kepada Fir'aun yang kejam itu.


Di sudut lain, cuba anda teliti, Allah SWT juga tidak berterima kasih kepada Qarun, Haamaan, Namrud, Kaum Aad, Kaum Tsamud, Kaum Tubba' DLL. Bahkan realiti berlaku sebaliknya. Dimana, Allah membalas kritikan dan makar mereka dengan siksa yang teramat pedih. Justeru, jika Allah tidak bertindak memuji si kafir.. jangan pula ada orang yang beriman hendak memuji mereka. Bukankah kalam Allah itu lebih benar dari segala makhlukNya?



Demikian juga ketentuan al-Sunnah. Jika kita mengkaji kedudukan Sunnah atau atsar didapati tidak pernah Nabi SAW, para sabahat dan tabi'in menghamburkan pujian kepada golongan yang mencerca atau menghina Islam. Jika tiada penjelasan terhadap perbuatan sedemikian, maka kita tidak perlu mereka-cipta pujian-pujian terhadap mereka yang mentohmah agama kita tercinta.



KABUR :


Saya rasa, Us Aizam masih kabur tentang lafaz ' syukur' dan maksudnya. Melalui Mu'jam al-Mufahras Lil Alfaz al-Qur'an didapati kalimah 'Syukur" dipergunakan dengan pelbagai sighah. Perhatikan disana-disana.


Imam al-Thabbari di dalam Tafsirnya berpendapat Syukur dan Puji sebgai satu makna. Tetapi tidak dipergunakan lafaz itu untuk memuji golongan yang menghina Islam. Mufassir yang lain pula membezakan lafaz Puji dan Syukur. Walupun begitu, mereka juga tidak pernah mempergunakan lafaz ini (syukur) untuk diucapkan kepada golongan yang menghina atau memusuhi Islam. Tetapi Us Aizam ternyata keliru dan mengelirukan.



PEPATAH ARAB :


Dalam kes ini, Penulis juga tidak boleh menggunakan pepatah : "Rubba Syarrin yajlibu Khayran". Maksudnya : Kemungkinan kejahatan menempah kebaikan." Ini kerana pepatah berkenaan hanya ungkapan biasa. Bukannya dari lisan al-Syari'. oleh itu, ia tidak layak untuk dijadikan hujjah dasar bagi memuji orang yang memfitnah Islam. Tambahan pula pepatah di atas dipergunakan untuk memujuk seseorang yang telah ditimpa musibah. Supaya individu berkenaan tidak memprotes takdir Allah dan mengambil sikap berputus asa. Kesimpulannya, pepatah ini sesekali tidak boleh dijadikan hujjah untuk menjustifikasikan pujian terhadap mereka yang menghina Islam.



MAKSUD TERSIRAT:


Ya..ada maksud tersirat dari apa yang ditulisnya. Namun, secara asasnya, kita perlu memulakan dengan maksud yang tersurat terlebih dahulu. Maksud tersurat dlm penulisannya ialah...Wilders adalah satu watak jahat yang menghina Islam...Manakala maksud tersirat pula ialah..perbuatan Wilders menyebabkan orang barat berminat untuk mengkaji tentang Islam...dan memeluk Islam. Manakala maksud yang terhayat : Islam sentiasa dicemburui oleh musuh-musuhnya. Namun, setiap kali musuhnya mengancam..Allah tampil membela agamanya walaupun si kafir, munafiq dan zalim tidak menyukainya. Pendek kata, jika ada maksud tersirat bertentangan dengan realiti tersurat dan terhayat didahulukan realiti tersurat dan terhayat berbanding tersirat. Sebabnya maksud tersirat bukan dari keputusan manusia. Sebaliknya ia satu ketentuan dari Allah yang menerbitkan hikmah. Justeru, kita hanya menghukum secara zahir. Wallahu yatawalla bil sarayir.



Ingin saya pertanyakan penulis. Berapa sen sangat orang berminat mengkaji tentang Islam hasil tindakan Wilders?. Berapa peratus pula orang masuk Islam kerana Wilders. Kalau ada..mungkin peratusannya amat kecil. Sebaliknya, orang berminat dengan Islam ialah kerana faktor kajian, faktor kebenaran, faktor keinginan, faktor kesukarelaan, dakwah dan faktor ketuhanan yang sebenar.


Artinya, bukan kerana Salman Rushdie, Taslima, Wilders, Orientalis atau mana-mana penjahat pun yang menyebabkan manusia berduyun-duyun memeluk Islam. Tetapi atas fitrah agama Allah. Jika anda inginkan ketenangan, mari kita telusuri bersama Surah al-Nasr. Ternyata, kemasukan bangsa arab dan 'ajam ke dalam Islam disebabkan oleh pertolongan Allah dan kebenaran risalahNya. Justeru, tidak hairan jika Islam semakin difitnah maka kebenarannya menjadi semakin terserlah. Bukan kerana dek fitnah atau pemfitnah..tetapi kerana Sunnatullah. Jadi...AMAT tidak kena jika kita bersyukran kepada pemfitnah. Malah tindakan itu AMAT-AMAT salah. Sebaliknya, bersyukurlah pada Allah! Dialah pemelihara kepada agamaNya yang Maha Benar.



Secara peribadi, saya telah menasihati pihak yang posting artikel ini ke website JAKIM,Bahagian Penyelidikan serta KP JAKIM sendiri. Tetapi, sampai sekarang artikel Terima Kasih kpd Si kafir masih ada. Maka artikel ini akhirnya ditulis. Ia bukanlah satu provokasi terhadap individu. Tetapi hanya sekelumit usaha untuk menghapuskan kesamaran yang berlaku. Lebih-lebih lagi menggunakan paltform rasmi JAKIM untuk berterima kasih kepada si kafir Laknatullah. Bagi saya, Kebenaran itu sentiasa ditegakkan walaupun melibatkan periuk nasi sendiri. Aku kerja dengan Allah. Allahu Allah!


7 comments:

  1. Ingin saya pertanyakan penulis. Berapa sen sangat orang berminat mengkaji tentang Islam hasil tindakan Wilders?. Berapa peratus pula orang masuk Islam kerana Wilders. Kalau ada..mungkin peratusannya amat kecil. Sebaliknya, orang berminat dengan Islam ialah kerana faktor kajian, faktor kebenaran, faktor keinginan, faktor kesukarelaan, dakwah dan faktor ketuhanan yang sebenar.

    Ingin saya komen petikan di atas..Jgn pandang mudah berapa peratus org masuk Islam krn Wilders.. Kerana fitna lah,membuatkan ramai org bukan Islam lebih membuat kajian ttg Islam.. Mencari kebenaran ayat2 al Quran spt yg wilders letakkan tu .. Jika mereka mengkaji dgn lebih mendalam,mereka tentu akan dapati siapa di pihak yg benar .. Sekurang2nya, faktor wilders membuatkan lebih ramai tertarik utk mengkaji ttg Islam..

    Dalam kes wilders, faktor kajian yg ustaz sentuhkan itu,ianya dicetuskan oleh wilders sendiri.. ramai org bukan Islam tidak akan mengkaji ttg Islam jika wilders tidak membuat pendedahan ttg fitna..
    Jadi,faktor wilders mmg memainkan peranan mmbuatkan org bukan Islam lbh berminat mngkaji ttg Islam..Dlm kes ini,faktor kajian tak akan wujud tanpa faktor dari wilders..

    ReplyDelete
  2. BAgi saya pula - bercakap biar jangan sampai timbulnya keributan pada masyarakat, menimbulkan fitnah, adu domba.

    Jika wilders itu dijadikan sandaran untuk orang masuk Islam - itu sebenarnya adalah kekuasaan ALLah yang memberi hidayah.

    Bukan atas dasarnya kita boleh kata SYUKRAN pada wilders tersebut. Jika nak ramai orang masuk Islam, peristiwa 9/11 pun ramai peluk Islam. Bahkan lebih dari itu adalah dari usaha penyebaran dakwah. Dan pelbagai lagi..

    ReplyDelete
  3. Akh kemabaik..Berpijaklah dibumi yang nyata. pihak orientalis semakin deras memainkan rentak mereka untuk memastikan minda orang2 islam semakin lemah. Jika anda berdepan dengan si jarum wilders dan anda melontarkan ucapan terima kasih kepadanya diatas tindakannya yang anda fikir memberi impak yang baik kepada islam, nescaya beliau semakin ligat dan berminat untuk mengulangi benda yang sama ataupun meneruskan sesuatu yang lebih hebat untuk menjatuhkan islam kerana beliau sendiri lebih nampak pro dan kontranya berbanding anda. Jika keadaan ini berlaku,adakah anda mahu untuk bertanggungjawab??

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya, orang awam yg baca,x nampak apa2 keganjilan atau kesalahan pun artikel itu .. Sebab apa? Sebab org faham maksud tersiratnya@faham terminologi bahasa yg disampaikan..kena la faham konteks keadaan artikel tersebut..

    Itu bukanlah berterima kasih dlm erti kata yg sebenar.. Come on la.. takkan pasal ini pun nak berdebat dan memanjangkan lagi perkara nih.. org awam x nampak apa2 yg salah pun bila baca..

    Cth situasi:

    Wilders terang2 mencemuh Islam.. dan kerana cemuhannya itu, menyebabkan ramai org bukan Islam mula mengkaji kandungan al quran.. dan mereka mendapati al quran adalah benar dan mereka memeluk Islam hasil kajian mereka itu..
    Kemudian Ustaz X di belanda mengatakan kpd wilder: "Terima Kasih la Wilders sebab krn anda ramai org bukan Islam mula memeluk Islam"..

    Ok.. ucapan terima kasih itu sebenarnya membawa maksud apa? :)

    Kalau x faham juga,x tahu la..

    Hairan,krn artikel sebegitu pun nak berdebat panjang ..
    Sememangnya sukar kalau seseorang itu dah punyai persepsi yg buruk terhadap seseorang .. ada saja yg tak kena di pandangan org itu .. hanya nak cari kesalahan ...

    Tak heranla bila Mufti kata Jabatan Agama ni lembab..

    Dan,marah btl dan terasanya bila dikatakan sebegitu..katanya kena menegur secara hikmah ..

    Tapi bila kata org tu x cukup baligh bila memberi pandangan,takpe pula kan :)
    Tak nampak pula kata2 berhikmah di situ ..

    Sanyuroh,sekiranya wilders semakin ligat sebab artikel itu, ianya akan membuatkan lebih ramai mengkaji ttg Islam dan memeluk Islam ..Pro nya lebih bnyk dari kontra ..takkah begitu? Lama2 kelamaan, org makin tahu siapa yg bercakap benar ..

    Tapi,rasanya takkan berlaku sebegitu sebab jika wilders sendiri pun mmbaca artikel ust aizam,beliau akan faham sendiri bahawa ustaz aizam menyindir dirinya :)

    ReplyDelete
  5. Syukran buat semua forumer.

    Isu ini perlu berpijak kpd disiplin ilmu dan hujjah yg jelas. Bukan sekadar mainan akal.Iaitu tajuk tulisan Aizam Mas'od adalah salah dr beberapa sudut.

    1) Menggunakan lafaz "syukur' kpd org kafir yg hina Islam. Pernahkah..Allah menyindir dgn ucapan Syukran kpd Fir'aun DLL.

    2) Gaya bahasa sindiran tidak boleh dpergunakan jika bertentangan dgn hakikat.Hakikat Wilders menghina Islam..Kita pula bersyukur kpdnya secara menyindir.Bolehkah bersyukur secara menyindir?Tak ngaji balaghah ke?

    3) Gaya bahasa spt ini tidak dpergunakan al-Qur'an, al-Hadis dan bukan amalan para sahabat. Justeru, Mana2 manusia tidak boleh mendahului nas dalam kes ini. Siapakah yg lebih benar kata2nya selain Allah?

    4) Perlu dibezakan antara 'Makar' dan Hikmah. Makar dari Manusia..Hikmah dari Allah. Bila bersyukur kpd si makar dgn makaran yang jahat.Ertinya berterima kasih kpd kejahatannya. Hikmah dari kejahatannya pula..itu kerja Allah.


    Kalau kita dok fikir..sbb Wilders..ramai orang kaji tentang Islam. Kenapa tak nak fikir..sebab Wilders...ramai semakin salah faham dgn Islam.

    Justeru, tak perlulah sapa2 nak pertahankan benang yang basah. Atau pergunakan otak di tahap kualiti rendah dlm menjustifikasikan kes ni. Kesalahan penulis sudah terang lagi bersuluh. Wallahu'alam.

    Malip Zackaria

    ReplyDelete
  6. Ana terkejut gak bila baca komen anta pasal syeikh aizam tu.Anta ni kenal ke dgn aizam tu.Setau ana budak aizam ni kuat talaqi masa kat jordan dulu.Aarab nya pun strong jugak tu.Kalo debat takut tak lps anta.Hujah anta nak tolak tajuk dia pun tak sekuat mana pun.Drpd anta jwb mcm ni lbh baik anta call dia & dia cari tajuk yg lbh ssuai dr anta rad camni sbb ana lihat lbh menampakkan kejahilan anta sndiri tntg bhs arab &balaghah.Lgpun bukan anta sorg yg mngaji arab kot..Lg satu anta pun sama mcm aizam jgk sindir dia dgn menambah2 lagi syukran iblis la apa la...maknanya anta pun guna jgk uslub tu..
    Ana nak tanya jgk..knapa artikel aizam je yg slalu kuar kat jakim tu,mana anta punya...ke anta punya ke reject sbb tak artikel 3 suku mcm yg byk2 kat blog ni..
    Lg satu blog anta ni hanya MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI.. awat lagu tu gahri oiii...
    Sekian

    Alahai zamihan...

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya ana lama reserve my judgement until dok tengok banyak komen pasal artikel ni.
    Ana harap udah latu..buang yang keruh ambik yg jernih. Ingat, kita akan disoal di akhirat kelak atas komen-komen kita ni.Saya nampak Us Zamihan ambik kaedah matlamat tidak menghalalkan cara. Mungkin niat saudara Aizam Mas'od baik tapi teknik tak betul maka perlu ditegur. Itu je..Tak de kena mengena dengan orang awam sebanarnya faham ke atau orang awam tak nampak keganjilan dsbnye kerana itu isu lain..kalau yang kena tegur berlapang dada ana harap kita sama-sama balik bersatu menentang musuh yang sebenarnya. Dan musuh tersebut bukanlah sesama kita & sudah tentu bukan Sheikh Aizam Mas'od atau Sheikh Zamihan.
    Wallahua'alm.

    ReplyDelete

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)