True Blue al-Israeli
Peminat Manchester United tentunya lega apabila pasukan pujaan mereka berjaya mengatasi Chelsea dengan tendangan penalti 6-5 setelah seri 1-1 di saringan mula dan kedua. Episod mendebarkan itu menamatkan kehangatan saingan Liga Juara-Juara Eropah beberapa bulan sebelum ini. Nampaknya, United sekali lagi berjaya melakar sejarah tersendiri. Wira-wira sanjungan mereka seperti Ronaldo, Tevez, Rooney, Ferdinand dan lain-lain tentunya dijadikan ikon pasukan. Sebaris dengan legenda mereka terdahulu.Alex Ferguson pula dinobatkan pengurus United yang paling berjaya.
Nampaknya, ramai yang 'berqiyamul bola' malam semalam bermula 2:30 - 5:40 pagi. Uaarrghhh...kerana bola..mengantuk pun takpa. Tapi kerana Qiyamulail..hanya beberapa kerat sahaja yang mampu menunaikannya. Jika MU dapat menggondol kejuaraan EPL dan Liga Juara..apa yang anda dapat sebenarnya? Kalau tengok bola sambil qiyamulail pun..niat dihati sudah berbahagi dua. Antara cinta dunia dan cinta agama. Mana boleh hati yang satu ingin menyimpan dua cinta dalam masa yang sama.
MU gah dengan gelaran 'Red Devils'. Bermaksud Setan Merah. Ertinya, jika anda menyokong Red Devils..anda terpaksa juga setuju dengan gelaran berkenaan. Sedangkan gelaran berkenaan amat dimusuhi al-Qur'an. Baca betul2 surah Yaasiin tu ayat 60, al-Baqarah 168, 208, al-An'am 142, an-Nur 21 dan lain-lain. Paling kurang pun, kita pakai jersi tu. Atau beli souvenir MU yang nyata ada lambang setan tu. Baguslah..jika muslim sendiri bangga atau memperagakan lambang Setan tu.
Ada orang kata, come-on la brother...ni bola je. Saya jawab balik..come-on la brother..ini berkaitan dgn agama. Agama tak memusuhi bola. Tapi bola perlu menurut perspektif agama. Saya pun minat juga bola ni. Masih aktif bermain. Sikit-sikit boleh la. Walau minat dan aktif, kita perlu ada sempadan sendiri dalam menentukan mana yang baik dan buruk atau sia-sia dengan subsidi Allah.
Pemain Chelsea tentu hampa dengan kekalahan demi kekalahan. Lebih-lebih lagi 'asyik' kalah dengan musuh setempat. Anelka dan John Terry seolah 'pemusnah' kepada impian tunggal Chelsea. Lukisan kecewa juga amat jelas terbayang pada peminat mereka. Terutamanya buat Abramovich 'Towkay Chelsea' yang bertindak sabagai JPP (Jong Perabih Pitih). Awram Grant al-Israeli nampaknya tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Apatah lagi nak menandingi kehebatan Jose Maurinho mantan jurulatih Chelsea. Namun begitu, kedudukan Awram dijangka utuh memandangkan beliau bersahabat baik dengan Abramovich.
Pada hemat saya, Chelsea lebih berhak kalah. Kalau menang..tentu kemenangan itu menjadikanya lebih gah bila datang Malaysia Julai nanti. Jika tiada ada 2 rakyat Israel saya tak kisah. Tapi..apabila 2 rakyat Israel turut bersama ke Malaysia..hati ini sedikit terluka. Terluka kerana kita yang tiada hubungan diplomatik dengan Israel menyambut kedatangan rakyat Israel di saat 'penjajahan' dan kekejaman mereka terhadap saudara kita di Palestin. Lagipun kedatangan mereka bertujuan hanya mengaut keuntungan sahaja. Banyak mana manfaatnya terhadap FAM dan FA Negeri. Mungkin juga kedatangan mereka merupakan hadiah sempena 60 tahun Palestin dijajah.
Berdasarkan coretan ini, Tuan-tuan tentu tahu, apa sebenarnya yang kita dapat dari bola. Keuntungan tiada. Kerugian ada : masa, tenaga, harta dihabiskan begitu sahaja. Sabda Nabi : "Sebahagian dari kejelitaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya." nampaknya dipersia. Nafsu pula merajalela. Nafsu mata.. ingin melihat, nafsu akal.. ingin tahu, nafsu mulut.. ingin bercakap...akhirnya terlepas saat munajat. Hilang pula kemanisan makrifat. Hidup begini..tentu sukar dalam perjalanan menuju akhirat.Justeru, berhati-hati dengan nikmat dunia yang menipu daya.
No comments:
Post a Comment
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)