Monday, November 14, 2011

Teguran Ke Atas Aizam Mas'od atas penyelewengan fakta Akidah



Assalamu'alaikum.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya memohon agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM memintan Mohd Aizam Bin Mas'od agar bertaubat kepada Allah kerana ;

1- Aizam Mas'od telah mendakwa Allah itu bersifat KAKI dan Allah itu BERKAKI. Sedangkan perkataan "Qodam" apabila disandarkan bukanlah ia bererti Allah itu bersifat kaki atau berkaki. Maha suci Allah dari bersifat makhluk berkaki. Malangnya Aizam Mas'od dengan jelas mendakwa sifat bagi diri dan zat Allah itu adalah KAKI.

Mantan Ketua Pengarah Jakim Dato Wan Mohamed dengan jelas menyatakan sesiapa yang mendakwa Allah itu berkaki maka ketahuilah bahawa itu bukan Allah kerana KAKI itu bukan sifat bagi Allah. Kenyataan Mantan KP JAKIM ini amat sesuai dengan displin ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia juga dapat menjawab tohmahan orang kafir kononnya umat Islam menyembah sama seperti mereka berhala berkaki cuma ia tiada/tidak nampak.

Kenyataan Aizam bahawa sifat bagi zat Allah itu berkaki boleh didengari sendiri dengan jelas dalam tazkirahnya di surau-surau seperti dalam rakaman bertarikh 12.5.2011 pada minit 22:00 - 22:30 ketika mana dia (Aizam) mengajar sebuah kitab yang jelas cenderung kepada pemikiran TAKFIR dan Wahhabi berjudul Al-Iman Arkanuhu Haqiqatuhu Nawaqidhuhu karangan Muhammad Naim Yasin yang jelas didalamnya mengkafirkan sesiapa yang mentakwil istawa bagi Allah itu sebagai menguasai dan juga mengkafirkan takwilan ayat-ayat lain walaupun secara hak.
Sedangkan ulama Salaf sendiri seperti Ibnu Mubarak mentakwilkan istawa bagi Allah dengan erti Menguasai. Mengapakah sampai terlalu MELAMPAU mengkafirkan pula sesiapa yang mentakwilkan ayat mutasabihaat tersebut. Nah! buku inilah yang diajar oleh Aizam di surau-surau disamping disana terpadat banyak penyelewengan yang amat jelas.

2- Aizam Mas'od juga mendakwa Allah bersifat MENIPU secara mutlak tanpa di'qaid'kan dengan membalas tipu daya orang musyrik ke atas orang Islam. MAKAR itu bukanlah sifat bagi Allah yang boleh diitlaqkan begitu sahaja sehingga menampakkan MENIPU & TIPU itu adalah sifat mutlak bagi Allah. Yang dimaksudkan dalam ayat bukan menetapkan sifat MAKAR itu bagi Allah tetapi dengan makna Allah membalas mereka orang kafir di atas tipu daya mereka kepada umat Islam.

Aizam MAs'od juga mendakwa sifat Allah itu adalah TERTARIK HATI, TURUN, DATANG, BERSEMAYAM  secara HAKIKI. Sedangkan jika disebut semua tadi sebagai sifat Allah secara HAKIKI maka ia jelas boleh membawa kepada TASHBIH menyamakan Allah dengan makhluk.

Aizam Mas'od juga setuju dengan kenyataan bahawa Allah itu BERSIFAT SAMSENG. Semua ini boleh didapati dalam tazkirahnya ketika menyebarkan ajarannya di surau-surau bertarikh rakaman 12.5.2011 bermula pada minit 33:00 - 45:10.



3- Aizam Mas'od juga dengan mempergunakan nama Pegawai Penyelidikan Akidah JAKIM telah membuat banyak majlis-majlis sulit tersembunyi dikumpulkan pegawa-pegawai agama lalu menebarkan fitnah dalam pembentangan tersebut bahawa ulama Islam dan ramai umat Islam sebagai sesat dan sebagainya. Aizam Mas'od dalam program2 tertentu itu menuduh kononnya ulama-ulama Islam menghalalkan riba, menkafirkan sahabat Nabi dan pelbagai tohmahan palsu tanpa bukti. Sudahlah ulama-ulama Islam itu dihina dan dituduh dalam majlis2 tersebut kemudian tuduhan itu pula tiada bukti bahkan hanya sekadar fitnah mahu memburuk-burukkan ulama Islam. Inilah Aizam Mas'od yang kini menjaja jawatannya sebagai orang besar JAKIM tetapi menghina dan menuduh ulama Islam TANPA BUKTI.

Kenyataan Aizam tersebut boleh didapati pada file kajian akidah JAKIM dan saya amat sedih apabila kajian dikaji atas nama Penyelidikan JAKIM tetapi TANPA BUKTI kukuh kemudian menuduh/memfitnah pula.

Dan banyak lagi penyelewengan pegawai JAKIM ini yang sering menjaja dirinya sebagai orang besar JAKIM. Saya memohon agar orang yang benar-benar besar dalam JAKIM terutama Ketua Pengarah JAKIM agar meminta Aizam Mas'od ini bertaubat dengan taubat nasuha atas kenyataan-kenyataannya yang bahaya pada akidah dan menghina ulama dan umat Islam dengan tuduhan tanpa pembuktian sehingga apabila ditanya dimana bukti2nya maka dijawab bukti memang tiada yang ada cakap-cakap orang sahaja.

Bertaubatlah Wahai Aizam Bin Mas'od ! Apalah nak jadi dengan kau nih!

Sekian.

Oleh: PENGARAH PENYELIDIKAN BERBUKTI. Untuk bacaan sebelum klik SINI

3 comments:

Krongthip Mahalakorn said...

Perlu dibuat lapuran polis dan juga JAKIM segera kerana manusia yang bernama Aizam Mas'od mengajar ajaran sesat dan menimbulkan ketegangan. Perkara ini kalau dibiarkan akan menimbulkan pula permusuhan dan pergaduhan.

Jai CeMara said...

kalo pegawai jakim sendiri membawa pengetahuan yang bercanggah degn fahaman ahli sunni,bagaimana org awam yg kurangnye ilmu nak tau ane benar mana salah..saya lihat fahaman wahabi ini sudah bertapak KUAT dalam mahasiswa2 ipta2 ..pihak JAKIM harus adakan kempen/ceramah besar2an bagi membendung masalah ini..

Wan Solehah al-Halbani said...

Salam,

Ajaran Wahabi adalah kafir kerana akidahnya adalah kafir. Ajaran Wahabi bukan perbezaan pendapat tetapi kerosakan akidah. JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan bahawa Wahabi adalah bahaya tetapi tidak boleh diharamkan kerana isu Wahabi adalah isu perbezaan pendapat bukan akidah. Ini adalah satu pandangan yang salah.

DI ANTARA AJARAN-AJARAN SESAT WAHABI MENGENAI ALLAH ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1. Wahabi menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Lihat buku mereka : انظر كتاب ابن باز الوهابي: "تنبيهات في الرد على من تأول الصفات" ص 19، الرئاسة العامة للإفتاء، الرياض

2. Mereka mengatakan bahawa Allah menciptakan manusia yang menyerupai Allah . Lihat buku mereka yang berjodol “Aqeedat Ahlul-Iman muka surat 40, 90” انظر كتابهم المسمى "عقيدة أهل الإيمان" للتويجري.

3. Mereka mengatakan Allah mempunyai bahagian-bahagian badan.
Sila lihat buku mereka muka surat: راجع كتاب ابن باز: "تنبيهات في الرد على من تأول الصفات" ص 19

4. Mereka mengatakan Allah berjisim.
Sila lihat : انظر كتابهم "حلقات ممنوعة" لحسام العقاد، ص/26 دار الصحابة، طنطا.

5. Mereka mengatakan Allah mempunyai kaki, tangan, badan, bentuk, saiz dan Allah bergerak seperti makhluk. Sila lihat :
انظر كتابهم "نظرات وتعقيبات على ما في كتاب السلفية" لصالح الفوزان ص/40 دار الوطن الرياض.

6. Mereka mengatakan Allah memiliki kaki yang besar dan meletakkannya di atas kerusi. Sila lihat :
انظر كتاب العثيمين "تفسير ءاية الكرسي" ص/19، مكتبة ابن الجوزي

7. Mereka mengatakan Allah meminta pertolongan daripada malaikat. Sila lihat muka surat: (كتابه (مجموع الفتاوى) المجلد الخامس صفحة (508)

8. Mereka mengatakan Allah turun dan naik seperti makhluk-Nya setiap tahun. Sila lihat : كتاب " شرح حديث النـزول وشرح الطحاوية للمجسم ابن أبي العز ص286 الطبعة التاسعة عام 1988.

9. Mereka mengatakan bahawa Allah duduk di atas singgahsana (Arasy) sama seperti mana yang diakui oleh Yahudi.
Sila lihat : انظر كتابهم "فتح المجيد" لعبد الرحمن بن حسن ابن محمد بن عبد الوهاب ص/356، مكتبة دار السلام. الرياض.

10. Mereka mendakwa bahawa Allah bersifat terhad dan berada di tempat-tempat yang luas dan sempit.
Sila lihat : انظر مجلة الحج سنة 49 جزء 11 عام 1415هـ، مكة ص/73-74.

11. Mereka mendakwa bahawa Allah tinggal di atas langit beristirehat di atas singgahsana.
Sila lihat : انظر كتابهم "نظرات وتعقيبات على ما في كتاب السلفية" لصالح الفوزان ص/40 دار الوطن الرياض.


Dalam banyak tulisan Wahabi dalam buku-buku mahupun risalah-risalah seperti di atas ini, mereka menyebarkan ajaran kafir. Apakah bukti-bukti ini belum lagi kuat dan konkrit dalam pandangan JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengisytiharkan ajaran Wahabi sebagai menyeleweng dan rosak?

Umat Islam hendaklah mendesak kerajaan terutama sekali JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mengharamkan Wahabi segera bagi menyelamatkan akidah umat Islam.

Sekian, Terima kasih.

Wan Solehah al-Halbani
Lubok Terua, Temerloh, PAHANG DM.

Visit Bil.