Wednesday, November 9, 2011

Jawapan Untuk Aizam Mas'od.

Tawhib Bukan Sebarang Tawhib Tapi Berbukti!!!


Dalam blog yang menggunakan nama Abu Haseef yang sebenarnya
 ditulis  oleh Aizam Mas'od, salah seorang Pegawai Aqidah di JAKIM,
 beliau menulis  tentang "Fenomena Mentawhibkan Orang dengan 
erti kata melabelkan  seseorang dengan fahaman Wahabi.Hairan
 juga saya,kenapa Aizam  Mas'od tidak suka dengan gelaran Wahabi 
yang dilemparkan kepadanya  sedangkan dalam masa yang sama 
beliau begitu gigih dalam mempromosikan  kebaikan pengasas 
Wahabi  Muhammad Ibn Wahab kepada masyarakat.Aizam  Mas'od
 juga begitu tidak selesa apabila persoalan Wahabi disampaikan
kepada masyarakat  sedangkan terlalu banyak kitab-kitab yang 
ditulis oleh Wahabi sendiri  yang terang-terangan menjisimkan Zat
 Allah.Ini bab aqidah yang wajib kita  terangkan kepada masyarakat 
umum.Lihat sahaja kitab Wahabi Al-Dhiya' al-Shariq di bawah 
bagaimana  biadapnya golongan Wahabi bila berkata-kata  tentang
 Zat Allah swt. Apakah Aizam Mas'od tidak pernah membaca kitab-kitab
 sebegini??? Bagaimana pula dengan naskah terbaru Al-Quran dan
 terjemahannya  yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi dengan
 kerjasama Kerajaan Indonesia yang terdapat pada Surah Al-Baqarah 
ayat 255 ketika mentafsirkan ayat ini dengan mengatakan Kursi itu 
ialah TEMPAT LETAK KAKI ALLAH!!! 
Apakah peranan Aizam  Mas'od sebagai Pegawai Cawangan Akidah
 JAKIM bagi membendung fahaman Tajsim Dan Tasybih ini???
.Aizam Mas'od juga mungkin sengaja tidak memperdulikan 
tentang kerakusan  golongan Wahabi apabila kekejaman
 demi kekejaman yang dilakukan oleh Wahabi sewaktu 
menakluki Kota Mekah dan Madinah sehingga mengobankan 
 ribuan nyawa umat Islam termasuklah  keturunan Baginda
 Rasulullah s.a.w.  Apakah Aizam Mas'od selaku Pegawai 
Cawangan Aqidah di JAKIM rela apabila Wahabi begitu 
celupar dengan sewenang-wenangnya mangkafirkan 
ulama-ulama  muktabar dalam kitab-kitab tulisan mereka. 
Di bawah ini saya sertakan dua  kitab yang ditulis sendiri 
oleh tangan-tangan golongan Wahabi agar  Aizam Mas'od 
dapat menelitinya kerana sikap Aizam Mas'od yang begitu
 baik, malah  turut menjadi promoter kepada fahaman Wahabi 
sehingga  mengaggong- agongkan Muhammad Ibn Wahab 
dalam satu tulisannya. (lihat bukti gambar di bawah sekali)

Dua Kitab Wahabi mengkafirkan Ulama-Ulama Muktabar.


Mari kita lihat pula bagaimana Aizam Mas'od memahami 
konsep  Nur Muhammad dalam tulisannya sendiri dalam 
tajuk "Bida'ah dan Kurafat".Petikan di bawah membuktikan
 bahawa pemikiran yang  dianuti oleh Aizam Mas'od amat
 sinonim dengan apa yang dibawa  oleh golongan Wahabi 
dalam membicarakan konsep Nur Muhammad.
Berkenaan persoalan Zikir Munajat. Penulis perturunkan 
di sini keputusan daripada Panel Kajian Aqidah Bah. Hal 
Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM)
 kali ke-7/1996 yang bermesyuarat pada 24 dan 25 Ogos 
1996. Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir 
berkenaan mengandungi kalimah-kalimah yang 
bertentangan dengan konsep Islam. Di antaranya
 mengenai konsep Nur Muhammad. Mesyuarat 
bersetuju zikir berkenaan tidak diamalkan dan 
tidak disiarkan di media massa.
Oleh yang demikian mesyuarat bersetuju supaya rangkap 
zikir berkenaan diubahsuai seperti berikut:-
حسبي ربي جل الله ما في قلبي غير الله
kepada

حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم
نور محمد صلى الله

kepada
نبي محمد صلى الله

dan dibuang
ليس لها من دون الله كاشفة
Ulasan dari Aizam Mas'od: Penulis berpandangan Panel 
Aqidah berpendapat bahawa terdapat nas yang lebih 
baik yang ma'thur untuk diamalkan berbanding ucapan 
yang ada di dalam Zikir Munajat. Oleh kerana itu 
'hasbi rabbi..' ditukar kepada 'hasbiyallah...' kerana 
'hasbiyallah..' zikir yang dianjurkan oleh al-Qur'an dalam
 surah al-Taubah ayat 129.
Ucapan 'Nur Muhammad Sallallah' juga didapati tidak jelas 
kerana menisbahkan salawat kepada 'nur' bukan kepada 
nabi. Ia dibimbangi mempunyai unsur-unsur doktrin 
'Nur Muhammad' yang menyeleweng daripada aqidah 
Islam. Oleh itu, ditukarkan kepada 'Nabi Muhammad Sallallah'.

Inilah dia petikan dari tulisan Aizam Mas'od sendiri dalam memahami 
 konsep Nur Muhammad sedangkan para ulama memanggil Nabi 
Muhammad s.a.w. dengan "Nur" berdasarkan firman Allah swt dalam 
Surah Al Maaidah ayat ke 4 yang bermaksud,"Sesungguhnya telah 
datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w.) 
dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya".
Sebahagian ulama mengatakan maksud "Nur" di dalam ayat tersebut 
ialah Nabi Muhammad s.a.w. dan ia dinyatakan di dalam Tafsir al Tabarani, 
Ibnu Hatim dan Al Qutubi.Juga ketika Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan,
 bondanya Aminah melihat cahaya, dan keluar bersama Baginda s.a.w. 
dan menerangi istana-istana Syam.

Selaku Pegawai Aqidah di JAKIM, sepatutnya Aizam Mas'od mestilah 
hormat  dengan apa yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JAKIM 
sendiri,  Datuk Mustafa Abdul Rahman dalam satu kenyataannya
 tentang Wahabi  di akhbar Bernama. Sebaliknya Aizam Mas'od 
dilihat seperti cuba menyembunyikan agendanya sendiri apatah lagi 
pemikiran Wahabi yang dipromosikan oleh Aizam Mas'od dibongkar 
oleh Ustaz Zamihan Bin Mat Zin al-Ghari dalam bukunya "Siapa 
Sebenarnya Wahhabiy"?. Demi untuk  menyelamatkan dirinya dari 
diketahui oleh orangramai tentang kegiatannya mempromosikan 
Wahabi di JAKIM, maka Aizam Mas'od bertindak pula melabelkan 
Ustaz Zamihan sebagai pembawa ajaran Syiah tanpa ada 
buktinya. Yang jelas bagi kami pendukung Ahli Sunnah Wal Jamaah 
yang  mencintai Ahli-Bait dan merayakan Sambutan Hari Asyura
akan dituduh oleh Aizam Mas'od sebagai Syiah. Dari beberapa 
sumber yang sahih dari JAKIM sendiri, saya menerima maklumat 
bahawa Aizam Mas'od kini  sedaya upaya cuba menyekat dakwah 
yang dibawa oleh Ustaz Zamihan  al-Ghari dengan mentohmah beliau 
agar dakwahnya dapat disekat. 
Salah satunya ialah tentang konspirasi yang dilakukan oleh Aizam
 Mas'od untuk menyekat Ustaz Zamihan untuk menyampaikan 
dakwahnya  di seluruh Sabah baru-baru ini. Oleh itu saya amat 
berharap agar pihak tertinggi di JAKIM dapat melihat tentang
 bahayanya apabila adanya Pegawai Aqidah seperti Aizam Mas'od 
terus berkhidmat dengan JAKIM dan  dalam masa yang sama secara 
halus ingin mempromosikan fahaman Wahabi  yang diasaskan oleh 
Muhammad Ibn Wahab kepada masyarakat umum
.Artikel di bawah sudah cukup bagi saya bahawa fahaman Wahabi
 adalah  ditolak oleh JAKIM tetapi bukannya oleh Aizam Mas'od.

PUTRAJAYA 27 Nov. – Fahaman wahhabi jika tidak disekat amalannya
 boleh  menjejaskan perpaduan umat Islam di negara ini, kata Ketua
 Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa
 Abdul Rahman. Beliau berkata, Jakim berpandangan serius mengenai 
penyebaran fahaman ini yang boleh menyebabkan umat Islam bertelingkah 
dan tidak sealiran pendapat mengenai sesuatu  amalan sunat yang sudah 
diketahui ia biasa diamalkan di negara ini. Fahaman itu yang dikenalpasti 
diamal dan disebar di kalangan orang Islam oleh segelintir pensyarah tidak 
wajar diikuti kerana ia boleh membantutkan semangat kesederhanaan
 dan ukhwah dalam Islam yang dibawa dan diamalkan sejak Islam bertapak 
di Malaysia, menurutnya.
Katanya Jakim sedang mengawasi golongan pangamal Wahhabi ini dan 
sedang memantau  kegiatan dan cara fahaman ini disebarkan oleh 
pengamalnya,  katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Mustafa berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar Mingguan Malaysia
 hari ini mengenai fahaman wahhabi yang dikatakan sedang tersebar meluas 
di negara ini  terutamanya di kalangan golongan intelek Islam.
Menurut laporan itu, universiti tempatan difahamkan telah dijadikan pangkalan 
dan pusat bagi aliran yang disifatkan sebagai ultrakoservatif itu.
Beliau berkata fahaman Wahhabi pada mulanya diikuti secara `sendiri-sendiri’ 
oleh pengamalnya  tetapi bagaimanapun ia telah disebar kepada orang lain kerana
 memikirkan ia `wajar’ dikongsi bersama.
Secara ringkasnya fahaman wahhabi ditakrifkan sebagai amalan yang menyifatkan
 kebanyakkan amalan sunat golongan ahli sunnah wal jamaah yang diamalkan orang
 Islam di negara ini tidak perlu, katanya. Amalan-amalan sunat ahli sunnah wal-jamaah
 adalah di`pantang’kan daripada dilakukan oleh pengikut fahaman wahhabi.
“Tapi bagi kita (Jakim) dan orang Islam yang lain amalan-amalan seperti tahlil arwah,
 membaca surah Yasin pada malam Jumaat, membaca qunut dan talqin misalnya) 
tiada apa salahnya daripada segi Islam.” “Daripada segi Islam, amalan yang diamalkan 
orang Islam adalah sama ada termasuk di dalam  `bid’ah Hassanah’ atau
 `bida’ah Sayyi’ah` maknanya (amalan) baik dan juga tidak baik.”
“Yang kita buat hari ini (amalan sunat) baik-baik belaka, tiada apa salahnya,
” kata Mustafa. Katanya Jakim akan bertegas untuk menyekat daripada tersebarnya 
fahaman ini bagi  mengelakkan daripada perpaduan Islam terancam.
Beliau berkata Jakim telah mengadakan kajian mengenai fahaman ini dan boleh
 mengambil tindakan mengikut undang-undang kepada sesiapa terbukti menyebarkan
 fahaman ini. – Bernama



BUKTI!!! Aizam Mas'od "PROMOTER" kepada pegasas WAHABI
 MUHAMMAD IBN WAHAB!!!
Dipetik dari http://www.hanifsalleh.blogspot.com.

No comments:

Visit Bil.