Sunday, June 27, 2010

Wahhabi Bukan Militan Tetapi Esktrim ?

Alhamdulillah, segala pujian hanya Bagi Allah semata-mata. KepadaNyalah kita bergantung harap dan belas ehsan.

Kali ini al faqir ingin mengajak pencinta kebenaran untuk berfikir dan mengkaji.

Terdapat pendapat menyatakan fahaman Wahhabi tidak boleh dikaitkan dengan pengganas. Tetapi apabila melihat kepada hukum Ahli Bid'ah Sesat dan Ahli Neraka serta hukuman Syirik Kafir sebagaimana yang telah didedahkan di dalam blog ini (untuk pencari kebenaran silalah layari). Nyatalah.. fahaman Wahhabi boleh membawa pemikiran dan tindakan yang ekstrim bukan sahaja kepada sesama manusia yang tidak bersalah malahan kepada Umat Islam yang lain.

Bukankah tindakan menghukum umat Islam sebagai KAFIR, Syirik juga adalah tindakan ekstrim dan pelampau ? Lihat sahaja kemunculan blog-blog yang menulis fatwa dari ulamak wahhabi menghukum SESAT kepada ulamak-ulamak Islam antaranya yang terkena hukum ini adalah Dr Yusof al Qardhawi, Dr Muhammad al Ghazali, golongan Asya'iroh, Ikhwanul Muslimin, Jemaah tablighiyyah.

Sila klik bukti yang telah didedahkan di bawah :



Di dalam facebook ada sedikit pendedahan bagaimana seorang individu yang pro Wahhabi telah menghukum seorang tokoh agama sebagai Ulamak Sihir :



Dan jangan pelik, individu ini jugalah yang mempertahankan Wahhabi. Mengapa ya ?






Di bawah ini pula adalah tulisan blogger dari Malaysia yang disiarkan kepada orang awam (seluruh dunia pun dapat membacanya) bahawa Selawat Syifa' adalah SYIRIK.

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html

Dan ada pula yang mengatakan mengamalkan selawat syifa' hukumnya adalah BERCANGGAH DENGAN PRISIP-PRINSIP AQIDAH.


Selawat ini diamalkan oleh Ulamak dan Umat Islam di Malaysia. Adakah majoriti umat islam di Malaysia Kafir dan Musyrik ? Hujjah dan jawapannya sudah dijawab di sini :


Masalah Dr Asri

Masalah Dr Asri bukan sahaja dengan saya, bahkan juga dengan Umat Islam dan Mufti-mufti di Malaysia, Lihat sendiri tulisan berbentuk hasutan dan memfitnah mufti ini :


Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang 'sukar hendak dilepaskan. - Al Islam April 2009, m/s 28-29. Juga di laman web DrMaza:


Sudahkah beliau meminta maaf kepada mufti-mufti di Malaysia ? Padahal dari tulisan inilah timbulnya perasaan merendah-rendahkan kewibawaan Mufti sebagai tempat rujukan di Malaysia ini.

Mufti Perak juga menjawab isu-isu yang ditimbulkan oleh Dr Asri sebelum ini:



Bukankah selama ini negara kita hidup dalam keadaan harmoni dan tiada permusuhan. Mengapa dengan adanya gerakan TAJDID, BAHTERA PERUBAHAN, hanya menghilangkan KESATUAN dan PERPADUAN Umat Islam ?

Wahai pemimpin-pemimpinku... tidakkah kita sedari perkara ini ?

4 comments:

  1. saya menyokong penuh jika segala kesesatan wahabi ini disusun dengan teratur dan tertib siap dengan bukt buktinya.

    mereka sudah melampau..

    terbaru saya ada menjawab isu status ibubapa Rasulullah s.a.w yang dianggap musyrik.

    Hasya Lillah...

    ReplyDelete
  2. Dr Yusof Al Qardhawi bukan ke tokoh yg di minati oleh dr asri ke?

    http://drmaza.com/home/?p=885#more-885

    kate wahabi sesat kan dr yusuf ni kenapa asri minat plak? kalau asri tu tuan lebel kan wahabi semestinye die akan membenci Dr yusuf kan?

    saya kadang2 pelik dengan label wahabi ni, kenapa ada label sebegini? bukan wahabi tu label untuk mengutuk Muhammad ibn Abd-al-Wahhab serta pengikut die ker? label yg di perkenalkan oleh penentang si muhammad ibn al wahhab nih, dah le gune nama bapak die,

    perkataan wahabi tu macam saya mengutuk tuan jadi mat zainist atau mengutuk dr asri jadi zainulism! macam org bodo jer bile saye dengar org asik mengata org lain wahabi dan saya tau label tu berasal dari nama bapak org..

    macam kes raja saudi berdoa tu, bukan memang salah ke kalau berdoa meminta sesuatu kat kubur? saya tak tau le ape yg raja saudi tu doa dan sy harap die doa bende elok la bukan meminta dari kubur...(sila betul kan kalau saya yg salah) dan raja saudi tu pon bukan org yg dikecualikan dari membuat dosa kan? jadi ade kemungkinan die buat salah.. mungkin mengkafir kan tu agak keterlaluan tapi kalau die meminta sesuatu or ada ajaran salah yg die terikut then?

    saya tengok blog tuan memang anti dengan wahabi ni tapi betul ke sifat anti-wahabi ni? betul ke 'wahabi' yg tuan label kan ini adalah 'wahabi' yg sesat?

    ReplyDelete
  3. Kadang-kadang manusia ni bila dah terlampau pandai sehingga diangkat menjadi mufti sebab ada master, phd dan sebagainya maka unsur insan dalam dirinya makin hilang sedikit demi sedikit sehingga akhirnya dia tak berupaya untuk mengenali tuhannya sendiri.

    Pelik2.....ini baru betul2 pelik. Malah lebih pelik dari manusia yang pelik2.

    ReplyDelete
  4. apa dia wahabi ni?tlg bagi contoh-masih keliru lagi..setakat tahlil,qunut..kat mekah pun tak dak benda cam tu...mereka wahabi gak ke?cadangkan jakim keluarkan satu garis panduan perbezaan wahabi vs sunnah berserta dalil...jadi org ramai tak keliru lagi.

    ReplyDelete

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)