Tuesday, March 16, 2010

WAHHABIY TERRORIS

Keratan akhbar NSTP yg membuktikan 10 tahanan asing adalah berfahaman Wahhabiy

Saya tidak terkejut selepas membaca berita penangkapan 10 orang warga asing di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. Sebenarnya, latarbelakang suspek telah lama dihidu pihak keselamatan kita. PDRM menjustifikasikan suspek terlibat dengan organisasi pengganas antarabangsa. Menariknya, apabila kesemua suspek dipercayai berfahaman Wahhabiy. Bukan sekadar Wahhabiy biasa atau Wahhabiy Taqlid, tetapi kesemua suspek adalah terdiri dari kalangan Wahhabiy Jihadi. Yakni Wahhabiy Tegar. Tuan-puan boleh telusuri isu ini melalui keratan akhbar yang discan di atas dan capaian : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm



Syeikh Aiman al-Dakkak. Khabarnya beliau mengidap kencing manis kronik dan berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan dalam tahanan ISA sebelum dihantar pulang ke negaranya.
Aiman Dakkak bersama kroninya yang sedang berpeluk tubuh berjubah kelabu ialah Us Arif Nadzri, tutor Jabatan al-Qur'an dan al-Sunnah, FPI - UKM. Foto ini membuktikan fahaman dan metod pemikiran mereka sehati sejiwa.


Ketua organisasi Wahhabiy Jihadi yang berjaya ditangkap dalam operasi sepadu itu ialah Syeikh Aiman Yusuf al-Dakkak dari Syiria (gambar di atas). Beliau bermastautin disini sejak sekian lama dengan pembiayaan dari hartawan Arab Saudi untuk mengwahabikan rakyat Malaysia. Beliau mempunyai kenalan rapat dengan tokoh-tokoh Wahhabi Melayu. Sebelum dihantar pulang ke negara asal, Pihak polis perlu menyiasat hubungan beliau dengan Wahhabiy Melayu melalui panggilannya, usrah, kelas dan ceramah serta pergerakannya. Antara kroni dan murid-muridnya yang turut ditahan ialah :

-Azzahari bin Murad (warganegara Malaysia)
- Mohamed Hozifa (warga Syria)- anak kepada Aiman Al Dakkak
- Kutiba Al-Issa (warga Syria)


- Khalid Salem (warga Yaman)
- Luqman Abdul Salam (warga Nigeria)
- Hassan Barudi (warga Syria)
- Hussam Khalid (warga Jordan)
- Abdul Alhi Bolajoko Uthman (warga Nigeria)


Saya mengalu-alukan tangkapan yang dibuat oleh Bahagian Counter Terrorisme dan Bahagian Logistik Bukit Aman. Buktikan pada mereka bahawa Malaysia tiada tempat untuk fahaman ekstrem dan sebarang kegiatan Terroris.



Dengan penangkapan ini Pihak PDRM juga boleh membuat rumusan bahawa punca gejala terrorisme agama adalah berakarkan kepada fahaman ekstrem dan radikal. Dan fahaman ekstrem Wahhabiy merupakan salah satu sayap radikal Islam kontemporari. Justeru, jika kita ingin membendung gejala terroris, fahaman ekstremis dan radikal perlu terlebih dahulu dibendung secara total. Falsafahnya, jika tidak dibendung akar mana bisa mungkin dapat dibendung dahan, ranting dan buah Terroris agama. Tahniah PDRM kerana proaktif dalam berjihad membendung Terroris. Katakan Tidak pada Terroris.

1 comment:

Generasi Pejuang Bangsa said...

Salam Ustaz ,


Sy pertama kali masuk ke blog Ustaz dan melihat blog ini baik untuk saya mendalami tentang Islam yang mengikut mazhab Imam Shafie Al Sunnah Wal Jamaah ..

lebih dahulu sy minta Ustaz kupas sikit mengenai dari sudut pandangan Islam adakah salah kita mempejuangkan bangsa ?? Ramai orang keliru dengan menyatakan tiada pejuangan bangsa dalam Islam , yang ada hanya lah perjuangan islam ..

Adakah mempertahankan hak-hak bangsa sendiri salah di sisi Islam ??

Visit Bil.