Sunday, December 27, 2009

Saranan Dr. Al-Qaradhawi Agar Aqidah Al-Asy'ari Terus Dijaga Di Malaysia

Disebutkan dalam islamonline.net di bawah tajuk:“القرضاوي يدعو ماليزيا للتمسك بشخصيتها الإسلامية” (Maksudnya: Al-Qaradhawi mengajak Malaysia agar Berpegang dengan Jati Diri/Peribadi Keislamannya) antaranya:

الدوحة- دعا العلامة الشيخ يوسف القرضاوي ماليزيا إلى المحافظة على شخصيتها الإسلامية المتمثلة في مذهبها الشافعي وعقيدتها الأشعرية للوقوف أمام أي تسلل فكري من الخارج.

Maksudnya:

Dhoha- Al-Allamah As-Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada negara Malaysia agar menjaga syakhsiyyah (peribadi, jati diri atau ciri-ciri) keislamannya yang terzahir daripada mazhabnya As-Syafi’e dan aqidahnya (masyarakat Islam Malaysia) yang Al-Asy’ari untuk berdiri menghadapi dan mendepani serangan pemikiran dari luar.


وخلال لقائه أمس مع رئيس الوزراء الماليزي نجيب تون رزاق، دعا الشيخ القرضاوي رئيس الوزراء والعلماء للتكاتف من أجل المحافظة على الشخصية الإسلامية الماليزية "أشعرية العقيدة شافعية المذهب" لمواجهة أي تسلل فكري ومذهبي وافد من الخارج يشتت وحدتهم ويفسد عقيدتهم.


Maksudnya:

Pada pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia semalam iaitu (Dato’ Seri) Najib Tun Razak, Sheikh Al-Qaradhawi mengajak Perdana Menteri dan para ulama’ agar bersatu padu untuk menjaga jati diri keislaman (Syahksiyyah Islamiyyah) Malaysia yang bersifat “Asy’ari dari sudut aqidah dan Syafi’e dari sudut mazhab” untuk menghadapi segala ancaman pemikiran dan mazhab dari luar yang memecah belahkan kesatuan mereka dan merosakkan aqidah mereka.

Kemudian disebutkan:

وعقب رئيس الوزراء الماليزي على كلام الشيخ القرضاوي، مؤكدا حرص حكومته على أن تبقى الشخصية الإسلامية الماليزية بعيداً عن الخلافات المذهبية التي تشتت ولا تجمع.

Maksudnya:

Perdana Menteri memberi ulasan terhadap perkataan Sheikh Al-Qaradhawi dengan menegaskan bahawasanya kerajaan akan terus mengekalkan jati diri (syakhsiyyah) keislaman negara Malaysia agar jauh daripada perselisihan mazhab yang memecah-belahkan umat dan tidak menyatukan mereka.

Rujukan:

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1260258249444&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout

2 comments:

  1. Assalamu alaikum wrt. Itulah kata putus dan tuntas dari syeikh Yusuf Al-Qaradhawi yg selama ni, geng Geng Wahabi dan mutasalsifah (pendakwa salaf) pergunakan namanya. Wahai saudara2ku pejuang haraki. Tarbiyah haraki anda janganlah jauh drp kitab2 tarbiyah Almarhum Said Hawwa.

    ReplyDelete
  2. Harapan ana selepas ini jangan lagi ada yg menyesatkan golongan Asy'ari yg sudah sebati di Malaysia & tiada lagi kenyataan2 merendah-rendahkan kaedah tauhid Sifat 20 maupun golongan tasawuf.
    Nasihat ana, kaji & belajarlah ilmu agama secara jujur & tenang (bukan rasa bongkak aku je betul - anti-establishment)disamping pasang niat bahawa kita sangat kurang ilmu & berlapang dada dengan amalan & pegangan orang lain dengan sangkaan bahawa kita mungkin belum memahami sepenuhnya hujah2 mengapa sesuatu ibadah itu diamalkan..banyakkan berguru jangan ceduk buku-buku ringkasan agama terutama dari Rasul Dahri, Albani, Al-Baz, Dr MAZA, Azwira, Hafiz pilot, Mohd Yaakub atau Sheikh Uthaimin je;
    Kalau benar ikhlas, kaji juga ilmu2 dari Sheikh Ramadhan Al-Buti,Sheikh Alawi, Al-Ghumari, Sheikh Fuad Kamaluddin, Uthman al-Muhammady dsbnya baru kita dapat buat pertimbangan yg seadilnya..

    ReplyDelete

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)