Notis tuntutan peguam Asri yang mahu menyaman Us Zamihan kononnya menuduh beliau berfahaman Wahhabiy Ekstrem. Jika surat ini tidak dijawab dalam masa 48jam, Us Zamihan akan disaman 10 juta.
Membaca sesuatu tulisan atau mendengar sesuatu ceramah umum tidak semestinya menunjukkan seseorang itu menguasai disiplin ilmu atau layak digelar ulamak. Gelaran Doktor Falsafah @ Bekas Mufti juga tidak menjamin seseorang itu memiliki gelaran ulamak. Apatah lagi jika 'trend' menyerang Jabatan Agama, mentohmah ulamak sbg konservatif, para mufti dan menuduh umat Islam dinegara ketinggalan Islam yang tulin, melakukan bid'ah sesat, hidup dalam khurafat dan syirik yang tebal, fahaman Islam kita sempit, jumud..hanya beliau yang bersikap Tajdid dan mengemudi "Bahtera Perubahan Minda'..turut membuktikan seseorang yang bersikap begini hanya layak digelar sebagai 'ekstremis agama'. Pada dasarnya, pemikiran beliau berteraskan prinsip Salafi Wahhabiy. Namun, takut digelar Wahhabiy dek sejarah hitam Wahhabiy sendiri, lalu beliau menjenamakan pandangannya sebagai Muslim Progresif. Bagi saya, kita jangan hanya terpesona dengan sesuatu jenama yang dibawa. Sebaliknya kita perlu memfokus terhadap metodologi pemikiran dan intisari fahamannya.
Apabila fahaman Wahhabiy dibongkar menerusi buku Salafiyyah Wahhabiyah Satu Penilaian oleh Us Zamihan Mat Zin al-Ghari pada 2001. Dr Mohd Asri kepanasan. Lalu beliau membuat pembelaan kepada fahaman Wahhabiy menerusi dua artikel di Berita Harian pada 30-31 Julai 2001. Dalam tulisan berkenaan, Dr Asri secara jelas membela fahaman Wahhabiy serta menuduh Us Zamihan berfahaman syiah. Diikuti pula, oleh beberapa pelampau Wahhabiy yang lain. Zamihan kemudiannya membalas kritikan Asri melalui bukunya MENJAWAB KRITIKAN TERHADAP FAHAMAN WAHHABIYYAH DI MSIA. Tetapi sampai sekarang tiada respon daripada Asri. Setelah beliau menjadi Mufti, beliau berceramah di Taman Sri Ukay membuat tuduhan yang sama.
Ditambah lagi dengan beberapa tuduhan bahawa Us Zamihan mengkafirkan Ibn Taimiyyah, mengkafirkan ulamak Saudi dan mengkafirkan penduduk Makkah dan Madinah. Rakaman ceramah berkenaan ada di dalam simpanan Us Zamihan. Asri sesekali tidak boleh menyelamatkan dirinya dari pembohongan besarnya terhadap Us Zamihan. Jelas beliau seorang pereka cerita. Atau layak diistilahkan sebagai 'Waddhau' al-hadith'. Takutlah balasan dari Allah SWT!
Apabila beliau menulis sesuatu yang bersifat kontroversi di dada akhbar, Us Zamihan tampil menjelaskan keraguan yang dicetuskannya. Apabila beliau ditangkap JAIS, beliau menyalahkan JAIS. Padahal, terdapat beberapa siri ceramahnya menghentam JAIS dan mencabar JAIS agar menangkapnya pada tahun 2007 lagi. Bahkan beliau berjanji utk membuat roadshow seluruh negara jika JAIS menangkapnya dalam siri ceramahnya di Tmn Sri Ukay pada tahun 2007 lagi. Siapa pula yang berkali-kali menggunakan pendekatan politik : menghantar surat kepada Menteri Agama supaya Zamihan dipecat dari JAKIM. Anda sendiri telah mengaku melakukankan. Dan Malaikat mencatit semua perkataan dan perbuatan anda? Lihatlah, siapa sebenarnya yang bersikap samseng atas nama agama. Lihatlah nanti uqabah dari Allah ke atas penghuru-hara agama. Bi iznillah.
Terus terang saya katakan bahawa Dr asri tidak mempunyai metodologi yang jelas dalam mengetengahkan pemikirannya. Asasnya Wahhabiy, kemudian berkongsi bahtera dengan golongan Liberalisme Agama. Tidak hairanlah jika pemimpin Liberalis Agama tampil memberi sokongan padu kepada beliau ketika di Mahkamah Syariah Gombak Timur hari tu.
Apabila Us Zamihan membuat sedikit ulasan pada latarbelakang ijazah pertama beliau yang berteraskan Bahasa Arab dan Kesusasteraan, beliau kepanasan dan menjadi kan isu 'syahadah' sbg modal untuk menagih simpati pihak2 tertentu. Lebih nilai dari itu, beliau akhirnya menyaman Us Zamihan sebanyak 10 juta. Dokumen di atas membuktikan kepada kita bahawa..apabila beliau kehabisan hujjah..maka beliau menggunakan pula laras periwayatan dari mahkamah. Sama seperti Dr Azwira yang mencela habis-habisan Us Zamihan dan menyaman pula 1 juta. Dua beradik agaknya. Patutla mereka seangkatan dalam Majlis Fatwa Negeri Perlis.
Jangan sesekali anda berfikir Us Zamihan takut dengan kehadiran notis sebegini. Jika anda bersikap pengecut untuk bertarung di medan ilmiyyah. Zamihan juga tidak pernah gentar untuk berdepan hujjah di mahkamah. Kalau tidak bertemu di mahkamah dunia. Elok kita bertemu di Mahkamah Allah. Hanya Allah yang lebih mengetahui siapakah yang memporak peranda umat Islam. Dan siapa pula yang memperkasakan mereka. Semuanya akan dibongkar Insya Allah.
salam..
ReplyDeletekpd ust.Zamihan, bersabarlah.. kami sekeluarga tetap bersama-sama mendoakan ust.Zamihan dilindungi dan dipelihara ALLAH dari segala kejahatan makhluk yg diciptakanNYA..
ada seorang yg sangat dicintai (tuan tahu siapa dia) mendatangi saya untuk mengingatkan kepada tuan berkaitan perjuangan tuan atas orang2 ini dgn ayat berikut:-
"Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui."
surah Al-Nahl; ayat 95
pesannya lagi buat tuan dan rakan2 seperjuangan agar ingat kepada surah Al-Nahl (saya khususkan kepada) ayat 125-128
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
wallahualam...
bahawa, sebenarnya,Firman ALLAH,
"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?"
Surah Al-Ankabut:ayat 2)
semoga ust. tabah dan berjaya, kerana bak kata ust kepada saya pagi tadi, ALLAH bersama orang yang benar..InsyaALLAH..
InsyaAllah ustaz, semoga Allah sentiasa memberkati ustaz di kuatkan semangat bagi menjernihkan keruh hasil tangan Dr. Asri and the geng...
ReplyDeleteAssalam...
ReplyDeleteUstaz, doa kami senantiasa bersama ustaz...saya suggest kepada ustaz dan kawan2...mungkin kalau sampai perkara ini masuk court dan nantinya ustaz seumpama kalah, marilah semua golongan Sunni membuat seperti yang telah dilakukan oleh orang yang teraniya di Indonesia yaitu Prita. Kita buat macam coin prita
http://www.kompas.com/read/xml/2009/12/05/17342021/sehari.koin.untuk.prita.mencapai.rp.700.000.
Dia dibawa masuk court dengan tuduhan telah menyebar fitnah, dan kalah...
Teruskan Perjuangan Yaa Ustaz, kerana mereka menyangkakan tipu daya mereka hebat sedangkan perancangan Allah itu MAHA hebat..
ReplyDeleteKentalkan semangat saya doakan Ustaz berjaya dan diredhai Allah s.w.t, insya Allah
Bersabarlah ustaz dan jgn patah semngat serta teruskan perjungan membanteras akidah sesat wahabiyah...
ReplyDeletekami semua sentiasa menyokong padu usaha ustaz n berusaha semampu mungkin untuk berjuang memartabatkan akidah ahlul Haq!
ustaz jgn sesekali berpputus asa...teruskan berjuang...sesungguhnya kebenaran pasti akan terserlah dan kebatilan akan lenyap dgn sekelip mata dgn Izin Allah Yang Maha KUasa...
Allahuakbar!
tak diragui lagi ustaz mmg berani sy penah dngr ustaz bg tazkirah subuh mase ramadan taun 2008..mmg bersemangat (ustaz k utromen ni??) hehehe...ana sokong anta lah...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKalau perlu saya menjadi benteng pertama ustaz, rela la saya demi menjaga kesucian Islam ASWJ,
kalau sy menjadi benteng terakhir ustaz,saya dahulukan dengan doa kehadrat Allah melindungi Ustaz selagi mana Ustaz Iklhas dan benar di Jalan Allah. InsyAllah.
- Bila dtg kebenaran, kebatilan pasti hancur!
Mahkamah dunia; apa2 keputusan pun tidak akan dapat menghapuskan kebenaran di mahkamah akhirat nanti.
ReplyDeleteTeruskan perjuanganmu wahai Ust Zamihan.
Semoga tabah menempuh ujian. Saya setuju dgn cdagan akitiano...InsyaAllah sekiranya ditakdirkan ustaz kalah, kita pakat2 kutip derma sikit seorang InsyaAllah!...
ReplyDeleteSalam ustaz.
ReplyDeletePerkemaskan hujjah dan jgn takut berdepan dengan helah para ilmuwan plastik yang sedang menangguk di air keruh.
Mereka cuma ada MULUT saja. Tidak lebih daripada itu.
nk tnye pendapat tentang link ni...mungkin ade benar nye..moga tradisional islam seperti kita amalkan terpelihara amin..selamat berjuang ustaz
ReplyDeletehttp://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/pope-roman-peter-ii-cantus-benedictine.html
salam
ReplyDeleteuntuk sheikhuna ust zamihan al -ghari : ustaz, masukkan HTML kt bawah ni di HEADER (atas) sebelum ustaz nak masukkan maklumat dalam blog ustaz ni.. insyaAllah, ia akan bergerak ke atas.. k.. -masjid bangsar.
KULIAH MAGHRIB SETIAP BULAN.
Salam
ReplyDeleteTabahkan hati ustaz... teruskan perjuangan.
InsyaAllah kami akan bersama2 ustaz.Doa kami sentiasa mengiringi Ustaz.
salam...
ReplyDeleteBersabarlah ustaz kerana kesabaran itu mengangkat martabat dan itu yang lebih baik insyaallah kebenaran akan terbukti dan kesombongan mereka itu akan dibayar di dunia dan di akhirat walaupun segunung hujjah didatangkan sekalipun
sememangnya dia dan pengikutnya yang telah berjaya diikat fahaman mereka terlalu mendabik dada sejak dari awal kemunculan mereka lagi
kenyataan mencerca menghina dengan sinis seolah2 mereka mempunyai ukuran ilmu yang sampei ke langit sana dan ucapan2 yang bercanggah serta kenyataan munafik mereka jelas dipertontonkan dalam mereka sendiri tidak sedar mereka ditipu oleh ilmu mereka sendiri dan mempamerkan kebodohan dalam displin ilmu dalam mereka tidak sedar malah sikap bangga takjub pada diri sendiri begitu zahir
ingatlah ustaz dalam menegakkan kebenaran kita tidak keseorangan malah ada bantuan dariNYA yang kadang2 kita tidak sedar....kuatkan pegangan ustaz insyaallah kemengan berpihak pada yang hak
Dulu pejuang Islam diejek, dimaki, dikhianati, dipulaukan, dilontar batu, dan akhirnya diperangi. Sekarang disaman pula.Dunia semakin tua, kaedah pun jadi berubah.
ReplyDeleteDr. Asri nampaknya sangat yakin. Dia selalu bertawassul dengan title Phd, status mantan mufti, dan juga sokongan ahli2 politik.Ini sedikit sebanyak boleh juga mempengaruhi Hakim sebagai insan biasa.Memang nampak kuatlah.
Cukuplah kita dengan solat hajat, beberapa jenis wirid, selawat dan doa restu beberapa orang Ulama Sufi yang dianggap sebagai Amalan Bidaah Dholalah oleh "Kaum Muda". Kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita, insya Allah.
Salam kepada semua pembaca blog al-ghari.Insya'allah semua pembaca akan dapat mengikuti rakaman ceramah Al-Fadhil Ustaz Zamihan di paparan Youtube dalam sehari dua ini.Al-Fadhil Ust. Zamihan telah mengupas dengan panjang lebar berkenaan Wahabiy di Masjid As-Salam, Puchong Perdana dengan hujah2, bukti2 tentang kebathilan puak2 Wahabiy.Sama-sama kita doakan agar Al-Fadhil Ust Zamihan beserta dengan semua rakan2 seperjuangan beliau diberi kekuatan oleh Allah swt untuk terus berjuang demi memertabatkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari terus diracuni dengan pemikiran2 ekstrim Wahabiy.Allahhu Akbar!!!Allahhu Akbar!!!!Allahhu Akbar!!!!!
ReplyDeleteALHAMDULILLAH,ceramah perdana semalam mendapat sambutan menggalakkan.
ReplyDeleteMenurut AJK MAsjid AsSalam hampir 1200 orang yg hadir..SUBHANALLAH.
Benarlah kata yg menyatakan bahawa pengikut wahabbi ini penakut,bijak berkata2 di media arus perdana.
Tiada seorang pun yg bertanya/memperteguh aqidah tajsim lagi tasybih mereka berdepan Al-Fadhil Ustaz. Mana pergi pengikut wahabbi yag memaki,menghina Al-Fadhil Ustaz di dalam "cbox" di blog ini.
ALLAHU ALLAH,smlm berkali2 Al-Fadhil Ustaz mencabar pengikut wahbbi tam[pil memberio hujjah.sorang pun tiada mengangkat muka.
selepas ceramah perdana tersebut, tiada pula pengikut wahabbi yg mendekati Ustaz berbahas scr ilmi.
ALHAMDULILLAH...sama-sama kita menyokong Al-Fadhil Ustaz terhadap dugaan yg dihadapi beliau. gerakkan bantuan KEWANGAN dan MORAL bagi membantu Al-Fadhil Ustaz demi Aqidah ALLAH SWT WUJUD TIDAK BERTEMPAT!
http://almukminun.blogspot.com/
Salam mihan.... Insyaallah selamat.
ReplyDeleteUstaz,
ReplyDeleteinnalaha ma'as sobirin.
sabar adalah senjata, jgn habiskan usia melayan kerenah puak2 yg mencari populariti murahan.
kalau dia ada PHD syari'ah sekali pun, itu bukan jaminan dia tu ulama. Byk rencananya hanya ckp tak serupa bikin. Peminat dia memang rajin 'bertepuk sorak', jgnlah gusar.tong kososng mmg lebih riuh bunyi.
inilah masanya ustaz membanyakkan istiqfar krn syaitan juga akan mencari jalan untuk mesongkan hati, na'uzubillah.
saya doakan ustaz diberi kekautan, amin.
salam ustaz saya nak tanya kenapa kita mengamalkan satu mazhab sahaja apakah 3 mazhab lain tu berbeza tidak sama dgn mazhab syafie.. dan mengapa kita mengamalkan mazhab sya fie sahaja tidak kempat4nya...
ReplyDeleteSalam, untuk renungan agar pertubuhan2 agama lebih perihatin dan proaktif terhadap permohonan bantuan lebih2 lagi dari golongan yang ibu tunggal dan orang kurang keupayaan
ReplyDeleteGereja beri RM2,000
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
harzrul@hmetro.com.my
2010/03/03
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KLUANG: Dia wanita Islam yang layak digelar ibu tunggal malang apabila begitu memerlukan wang untuk belanja anak ke universiti, namun permohonan pada wakil rakyat dan banyak lagi badan kebajikan termasuk pertubuhan Islam sering mengecewakan, sebaliknya sebuah gereja menghulurkan bantuan RM2,000.
Selepas ditinggalkan suaminya 16 tahun lalu, ibu tunggal yang mahu dikenali sebagai Hanum, 40, terpaksa melakukan dua pekerjaan semata-mata ingin melihat anak tunggalnya berjaya dalam pelajaran.
Gaji RM900 sebulan tidak pernah digunakan sepenuhnya untuk diri sendiri, malah disalurkan untuk kegunaan si anak yang baru setahun melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di sebuah universiti tempatan di ibu negara.
Masalah bermula apabila kejayaan anak gadisnya yang berusia 19 tahun itu dipandang remeh sesetengah pihak termasuk institusi agama daerah, badan zakat negeri dan wakil rakyat yang pernah ditemuinya.
Menurut Hanum, anaknya itu sudah dua kali menolak tawaran melanjutkan pelajaran di dua universiti tempatan berikutan masalah kewangan dialami. “Selepas dua kali menyerah kalah terhadap tuntutan kewangan berkenaan, kali ini saya nekad mencari sumber kewangan.
“Saya berjumpa banyak pihak untuk meminta bantuan kewangan anak yang mahu melanjutkan pelajaran, tapi semua memberikan alasan tiada peruntukan serta saya tidak layak untuk memohon tanpa sebab munasabah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sehinggalah pada satu ketika dia didatangi seorang lelaki berusia lewat 30-an di sebuah hentian bas di daerah Batu Pahat yang menawarkan pertolongan daripada sebuah gereja sekitar kawasan berkenaan.
“Lelaki itu lihat saya menangis di hentian bas lalu bertanyakan masalah selepas mendengar rintihan saya dia terus membawa ke gereja berjumpa dengan seorang paderi yang boleh membantu,” katanya.
“Saya terus mengikut saja lelaki terbabit ke sebuah gereja lalu diperkenalkan dengan seorang paderi,” katanya.
Katanya, belum sempat dia menceritakan masalah yang dialaminya itu paderi terbabit terus mengeluarkan sekeping cek sumbangan bernilai RM2,000 untuk menaja pengajian anaknya.
Malah, cek itu diberikan paderi itu kepada Hanum yang beragama Islam tanpa sebarang syarat.
“Saya terus ambil cek itu dan beredar dari gereja itu. Terharu sangat kerana institusi agama dan wakil rakyat saudara seagama tidak boleh membantu saya. Malah, saya pernah dihalau beberapa kali ketika mengajukan masalah ini kepada pihak berkenaan,” katanya sambil mengalirkan air mata.
Hanum yang bekerja sebagai tukang sapu dan pengawal keselamatan di Parit Raja, di sini, tidak menggunakan cek sumbangan berkenaan, tetapi menyerahkannya kepada seorang individu yang bergelar ustaz.
Terkejut melihat perkara itu, lelaki berkenaan terus membawanya ke sebuah sekolah bagi mendapatkan sumber kewangan yang diperlukannya.
Hasil inisiatif sekolah di Kluang itu satu program derma kilat dilancarkan bagi membantu ibu malang terbabit.