Saturday, October 3, 2009

FITNAH DI MASJID



Fitnah di Masjid

Penduduk Behor Temak bantah Wahabi imam solat Jumaat
Jimadie Shah Othman Sep 29, 09 12:56pm

Selain membuat pertukaran imam, usaha memperluaskan fahaman 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' - yang pada masyarakat umum, dikenali sebagai Wahabi - juga didakwa dilaksanakan dengan membawa masuk imam khas pada hari Jumaat. Seorang anak kariah di Masjid Al-A'la, Behor Temak, Perlis memberitahu Malaysiakini, pada 14 dan 21 Ogos lalu, Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) telah menghantar iman dari luar bagi mengimankan solat Jumaat di masjid tersebut.

Menurut Adnan Saad, tindakan itu mendapat bantahan penduduk setempat memandangkan masjid berkenaan sudah pun mempunyai tiga orang imam."Kita hendak bela maruah imam kita. Kita sudah ada imam. Apa tujuan hantar iman dari luar?" katanya. Semalam, Malaysiakini difahamkan, terdapatnya usaha mengembangkan aliran Wahabi - yang juga dirujuk sebagai "Sunnah Perlis" atau Salafi - melalui pertukaran imam Masjid Al-A'la, Behor Temak baru-baru ini. Dua imam terbabit - yang tidak mengamalkan fahaman Wahabi - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu, yang didakwa bertujuan memberikan tekanan kepada mereka supaya melepas jawatan tersebut. Sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga imam masjid itu bertindak meletakkan jawatan sebagai pada 31 Ogos lalu. Bantahan pada MAIPs ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Adnan, 60, yang berkata, beliau mengambil inisiatif dengan mengadukan perkara itu Setiausaha MAIPs, Malik Hussin pada 24 Ogos lalu."Dia kata (perkara) biasa. Mana boleh biasa, mesti ada sesuatu," tambah Adnan.


Ulasan :
Nampaknya dalam kes ini, MAIPs sendiri tidak berpegang kepada konsep Sunnah utk bermusyawarah berhubung pertukaran dan pelantikan Imam dengan ahli qaryah. Bukankah Imam itu semestinya terdiri dari kalangan yang disukai jamaah. Nabi SAW bersabda : "Tiga golongan yang solatnya tidak diangkat oleh Allah dari kepala mereka : salah satunya ialah seorang lelaki yang menjadi imam kepada satu kaum sedangkan mereka benci kepada imam itu." (Hr Ibnu Majah). Lagipun, Nabi SAW sendiri bertindak bijak apabila diajukan kes Sayyidina Muaz bin Jabal yang memanjangkan bacaan ketika mengimamkan solat subuh dan Sydna Muaz menuduh Hiram (sahabat yg bersolat mufaraqah) dibelakangnya itu sbg munafiq. Setelah bertemu dgn kedua-dua sahabat berkenaan. Nabi SAW menasihati Sydna Muaz supaya tidak menjadi 'fitnah' dengan bacaan panjangnya itu kerana di belakang Sydna Muadz terdiri dari pelbagai makmum : org tua, pekerja, orang sakit, ibu menyusu dan anak kecil. Lalu Baginda SAW menasihatkan Sydna Muaz supaya membacakan surah2 yang sederhana seperti : al-Layl, al-Syams dan seumpamanya. Bukankah ini sunnah yang shahihah dan menjadi dalil dikalangan ulamak muktabar. Kenapa tak nak ikut sunnah di 'darul sunnah'. Akibatnya, timbulnya fitnah di rumah Allah - intaha.

Selepas peletakan jawatan ketiga-tiga iman masjid terbabit, pesara tentera itu mengutip lebih 200 tandangan penduduk bagi memohon pembatalan peletakan jawatan ketiga-tiga iman terbabit. Tandatangan sokongan itu diedarkan dari rumah ke rumah bermula awal bulan ini, jelas Adnan. Surat yang dialamatkan kepada Malik yang juga pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) bagaimanapun tidak mengaitkan bantahan mereka dengan usaha mengembangkan fahaman tersebut, sebaliknya mendakwa wujudnya politik dalaman dalam pengurusan masjid di kawasan itu. Malik ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya masih belum menerima surat tersebut yang dipos Sabtu lalu ke alamat pejabatnya di Kangar.


Ulasan :
Antara jawapan selamat yang diberikan majlis @ jabatan agama ialah pertukaran biasa. Namun, jawapan ini sukar diterima penduduk memandangkan kronologi kes sudah ada. Iaitu ditukar kerana 'tidak sunnah' ikut depa. Mungkin kes ini ada kaitan dgn politik dalaman. Tetapi politik berkenaan telah dianyam dengan doktrin pemikiran 'Sunnah' berkenaan. Mahu atau tidak, setelah surat bantahan penduduk diterima Majlis @ jabatan Agama buat senyap je. Walau dah seminggu..Tanpa sebarang penyelesaian. Situasi ini sebenarnya sebahagian dari pemahaman Sunnah yang jumud.

Sebelum ini, Dr asri mencanangkan 'pentadbiran agama lembab, jumud, konservatif, masjid kaku, tak mesra pelanggan...dan macam-macam ada. Takdir Allah, semua ini berlaku di negeri yang pernah melantik beliau sebagai Mufti. Negeri Sunnah pulak tu. Nah..terbukti kepada kita bahawa Sunnah yang diamalkan oleh mereka sebenarnya Sunnah Picisan @ Sunnah Tempelan. Hakikatnya sunnah yang diperjuangkan dilihat bermetodologi Wahhabiy. Tak habis-habis bergaduh isu khilafiyyah furu'iyyah. Kenapa???Sebabnya, doktrin Wahhabiy tiada disiplin khilafiyyah. Bagi mereka...hanya mereka sahaja yang Sunnah. Pihak yang tidak sependapat dengan mereka dianggap tidak sunnah. malah dilabel dengan : syirik, sesat, khurafat, bid'ah, tahyul dan sebagainya. Pada hal isu khilafiyyah. Masya Allah!

Situasi ini seolah-olah menggambarkan Islam meninggalkan pusaka ilmu yang tak selesai sampai kiamat. Ulamak kita pula seolah gagal menyatukan kefahaman ummat. Ummat keliru. Sebenarnya sunnah tidak menimbulkan fitnah. Fitnah timbul kerana antum gagal mengaplikasi sunnah. Akhirnya, semua jadi punah ranah. Inilah padahnya pabila bermetodologi fahaman yang bertentangan dengan arus perdana negara. Kepada Imam masjid dan surau..Awas...giliran anda. selesaikan isu ummat secara berhikmah. Sayangi ummat ini. Jauhkanlah mereka dari musibah dan fitnah.

8 comments:

Khairul Rrijal said...

Assalamualaikum...

DAri Abu Najih al Irbadi bin Sariyah RA. berkata: Rasuluallah SAW telah memberi suatu nasihat kepada kami di mana nasihat itu mampu mengertarkan hati dan mencucurkan air mata, kemudian kami berkata: Wahai Rasuluallah, nasihat itu seakan akan satu nasihat yang disampaikan kepada orang yang akan ditinggalkan, kemudian berilah kami nasihat : baginda bersabda " Saya berwasiat kepada kamu sekalian agar selalu bertakwa kepada Allah serta selalu mendengar dan taat walaupun yang memmimpin kamu adalah seorang budak dari Ethiopia. Dan sesungguhnya siapa saja diantara kamu sekalian yang dilanjutkan usianya niscaya mereka akan melihat banyak perselisihan, oleh kerana itu, kamu sekalian harus berpegang kepada sunnahku dan sunnan khulafaur rasyidin yang mendapat petunjuk. gigitlah dengan gigi gerhammu(peganglah teguh2 sunah-sunah itu) dan janganlah kamu sekalian mengada-ada dalam urusan agama kerana sesunguhnya setiap bid'ah itu sesat". (hadis hasan sahih yg diriwayatkan Abu Daud dan Al Turmudzy)

Antara pengajaran yg dapat kita ambil dari pesanan Rasuluallah SAW ini ialah. suatu masa umat islam akan ditimpa penyakit 'perpecahan'.Ubat kepaada perpecahan ialah kembali kepada sunnah baginda dan sunnah khulafaur rasiyidin....

tatapi malangya dizaman kita ini apabila ada individu tertentu yg mengajak masyarakat kembali kepada sunnah, beliau akan dituduh mencetuskan perpecahan dan ingin memecahbelahkn masyarakat.

ubat kepada penyakit disangka punca terjadinya penyakit, sampai bila pun penyakit tidak akan sembuh....

Zamihan Mat Zin AL-GHARI said...

Assalamualaikum, syeikh, hadis benar. Tetapi enta membuat kesimpulan yang salah apabila tidak mengetahui asbab wurudul hadith. Ringkasnya, kalau tidak tahu punca kepada semua huru hara ini...jgn buat kesimpulan berdasarkan al-Hadith. Dikhuatiri, anta meyimpulkan hadith bukan pada tempatnya. Banyakkan mempelajari hadith secara berdisiplin. Syukran

Khairul Rrijal said...

Assalamualaikum...

boleh ustz bgtau asbab wurudul hadith ini dan pengajaran yg kita boleh ambil daripadanya...syukran

JomFikir said...

Assalamu'alaikum

berani pula pelajar ini menggunakan hadith. Anda dah khatam hadith ke khairul rijal?

Boleh pulak gunakan hadith untuk membenarkan tindakan yang tidak betul tersebut.

Berani pulak tu berfatwa.

JomFikir said...

Mengajak kembali pada sunnah cara Rasulullah atau cara wahhabi?

Kejap kata nak ikut sunnah RasuluLlah, kemudian salafussoleh kemudian khulafa' ar rasyidin.

Bila ditunjukkan para sahabat sendiri lebih faham tentang sunnah, mereka pun ada berbuat bid'ah yang baik, golongan yang mengaku konon ngajak pada sunnah pun menolak.

Gunakan tasbih pun dikata sesat, doa qunut pun dikata sesat, zikir secara berjemaah pun dikata sesat. Padahal semuanya itu ada dari sunnah rasuluLlah, para sahabat dan salafussoleh.

Mana satu sunnah yang anda ikuti sebenarnya?

Panglima Perang Cyber said...

fahaman wahabi adalah fahaman boleh menjejaskan negara kita.

perlu dihentam habisan2 agar ia tidak memudaratkan kita semua nanti.

Ibnu Muslim said...

Adakah amalan umum di Malaysia sekarang ni tidak kembali kepada Al-Quran & Sunnah??
Mintak Khairul Rrijal sendiri la syarah hadith tu untuk maksud 'setiap bida'ah tu sesat'.
Perkataan 'kul'(setiap) tu adakah umum atau ada bahagian2nya?
Silakan..kalau masih cetek kena kaji & belajar lagi..tanya ulamak sunni pulak jangan taksub kat ustaz wahabi je..

AZIE DESIGN said...

Maafkan saya kerana mencelah....bagi memastikan pendapat anda tidak berlandaskan emosi semata-mata, silalah berikan hujah yang bernas bagi setiap pendapat anda.....jangan membuat tuduhan 'ikut sedap rasa' sahaja. ini aka menjejaskan silaturrahim kita sesama Islam.

Visit Bil.