Tuesday, October 13, 2009

HATI-HATI DGN AUTAR

Memiliki sarjana Hadith bergelar Doktor @ bekas Mufti bukanlah boleh dijadikan lesen untuk menipu masyarakat. Menipu tetap haram sekalipun ia dilakukan secara profesional. Jika menggunakan nama agama..ia boleh diistilahkan sebagai 'haram jadah'. Demikianlah situasi tipu daya yang dilakukan Dr MAZA.

Buktinya, bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah mendokong fahaman Wahabi seperti tanggapan umum terhadapnya selama ini. Oleh itu, beliau menolak tanggapan bahawa beliau terbabit dalam usaha untuk mengembangkan fahaman tersebut ketika menjadi mufti Perlis. Sebaliknya, kata tokoh agama yang sering mengundang kontroversi itu, Wahabi tidak pernah bertapak di Perlis. Menurutnya, fahaman juga tidak sama dengan "Sunnah Perlis" yang diamalkan oleh sebahagian penduduk Perlis sekarang."'Sunnah Perlis' bukanlah Wahabi, sebaliknya satu aliran pembaharuan bagi memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang," katanya kepada Malaysiakini hari ini."Perlis tidak pernah menjadi Wahabi. Buku-buku (tokoh Wahabi) Muhammad Abdul Wahab tidak pernah diajarkan di Perlis. Pandangannya tidak pernah timbul dan dirujuk. Lihat: http://www.malaysiakini.com/news/113886
Sanggahan :
1) Semua alim ulamak dan cerdik pandai dulu dan kini mengakui bahawa Perlis mengikuti metodologi Wahhabiy hasil usaha gigih Bekas MBnya dan Dr MAZA. Lihatlah bukti dibawah. Jika Perlis bukan Wahhabiy, kenapa perlu dipromosi pemikiran Muhammad Abdul Wahhab ke seluruh negara? Kenapa diundang tokoh-tokoh Wahhabiy sedunia utk membentangkan kertas kerja pada seminar berkenaan. Tambahan pula, seminar ini dibuat sewaktu 'penjajahan' beliau sebagai Mufti Perlis. Bukankah dakwaan Dr MAZA satu pembohongan?


2) Kenyataan 'Sunnah Perlis' adalah 'kaum muda' dan bukan wahhabiy juga satu kekeliruan untuk memerangkap masyarakat. Memandangkan Dr MAZA tidak menguasai disiplin ilmu akidah & pemikiran Islam, maka beliau tidak mampu menjustifikasikan ketiga-tiga istilah berkenaan. Sebenarnya, istilah berkenaan membawa satu maksud sahaja. Hal ini boleh dibuktikan dgn kenyataan bekas MB Perlis sendiri yang mendakwa 'Perlis tidak mengamalkan bacaan yasin mlm jumaat, tahlil, kenduri arwah, doa qunut, talkin, wirid & berdoa beramai2 selepas solat DLL...kerana didakwa bid'ah sesat' kerana ia bukan dari amalan Nabi SAW. Sedangkan bila diteliti secara akademik amalan diatas mempunyai dalil-dalilnya. Ia telah dibincang para ulamak muktabar di dalam kitab2 mereka dlm permasalahn furuk. Cumanya mereka berkhilaf pandangan dan berlapang dada mengenainya. Namun, bila wujudnya golongan ini, terus dihukum bid'ah sesat bagi sesiapa yang melakukannya. Sunnah apa ni? Inilah metodologi Sunnah Wahhabiy. Tak mengaku takpa. Tapi justifikasi dibuat berdasarkan metodologi. Ternyata, ada persamaan kan?


3) Jika tuan/puan meneliti buku yang ditulis Dr MAZA (dibawah) ini, tuan/puan akan mendapati bahawa metod pemikiran Dr Asri sama dengan Wahhabiy dalam 'menyesatkan' umat Islam menyambut hari Keputeraan Nabi SAW. Bahkan beliau menganggap umat Islam 'sama' dengan kristian kerana menyambut hari kelahiran berkenaan. Na'uzubillah.

Buku ini sebahagian dari bukti pemikiran Dr MAZA = pemikiran Wahhabiy.

4) Satu lagi bukti antara bukti Wahhabiy aktif di Perlis ialah tentang :Kuliah Akidah yang disampaikan oleh Ustaz Abu Islam Fathul Bari;Tempat: Masjid Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis, Muslimin dan muslimat dijemput hadir. Masa: 11.30 pagi - 1.00 tgh hari, Tarikh: 4 Julai 2009 (Sabtu). Kuliah ini akan memanfaatkan ilmu dari kitab Tiga Landasan Utama (Usul Tsalasah) karya Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Apa semua ini?

Kesimpulannya, berdasarkan bukti2 yang dikemukakan di atas maka sahlah dr Asri dan pengikut2nya mengembangkan fahaman Wahhabiy di Perlis. Untuk ...tidak dituding kesalahan dengan fahaman keras dan sejarah hitam Wahhabiy yang membunuh umat Islam, maka istilah 'Sunnah' @ Salafi diketengahkan. Hakikatnya, walau tampil dengan jenama yang berbeza, doktrin ini gemar membid'ah dan menyesatkan ummat Islam walau hanya berkhilaf isu-isu kecil agama. Paparan ini juga membuktikan bahawa beliau seorang yang tidak boleh dipercayai, mereka-reka cerita dan kesaksiannya perlu ditolak sama sekali.

Apatah lagi untuk menjawat jawatan sebagai YDP YADIM yang baru. Menurut sumber terdekat, Dr MAZA menggunakan orang politik bagi melobi dirinya sebagai YDP YADIM bg menggantikan Dato Nakhaei. Khabarnya Menteri Agama dah setuju. Dan surat melapor diri pada 15hb Okt lalu telahpun dikeluarkan. Namun, perlantikan ini dibantah hebat hampir keseluruhan NGO Islam kecuali NGO Wahhabiy dan Liberal. Khabar sahih juga disebutkan bahawa YD Agung juga murka dengan situasi ini. Bagi saya, jika Dr MAZA dilantik untuk penambahbaikan umat ini tidak mengapa. Tetapi, jika beliau masih berkeras dengan metod pemikirannya..bencanalah umat ini. Beliau tidak sepatutnya melobi. Beliau juga bukanlah seorang yang berkelayakan untuk jawatan itu kerana biografinya berada dikoordinat Jarh. Orang yang mempunyai rekod Jarh (buruk) tidak layak diberi jawatan @ menerima jawatan. Maka berhati-hatilah dengan penipuan atas nama agama dan jawatan. Sedarlah wahai kaum bangsaku. Selamatkanlah akidahmu.

64 comments:

Arif Omar said...

PEGANG PADA TALI ALLAH SUDAHLAH. LAILAH HAILALLAH, MUHAMMAD DAN RASULALLAH.
SUDAH. BAB CABANG-CABANG KECIL INI JANGAN DI CARI PERBEZAANNYA. AHLI SUNNAH WALJAMAAH PUN DALAM 4 MAZHAB PUN ADA PERBEZAAAN. INI SEMUA BAB CABANG AJE. TAK TERKELUAR DARI ISLAM PUN. BELAJAR LE LEBIH SIKIT. JANGAN NAK MENGECILKAN LAGI ORANG ISLAM DAN MENGATAKAN ORANG ISLAM LAIN SESAT DAN TERPESONG. CUKUP LE. INILAH HIKMAH DAN BESARNYA ISLAM. ALLAH NAK TENGOK SEJAUH MANA BIJAKNYA KITA MENGURUSKAN PERBEZAAN INI. KALAU BAB INI PUN NAK GADUH MAKA TAK BIJAK LE KITA. BELAJAR LAGI DIK . JANGAN CEPAT MEGHUKUM.

anaknogori said...

Dr MAZA harus memberi sebarang kenyataan agama yang tidak mengelirukan umat islam di negara ini.Di MAlaysia,fahaman seperti dr Maza memang xdterima,malah ditentang oleh golongn yang pakar di dalam agama dan cbg2 ilmu yg lain...ustaz zamihan ad hujah yang tersendiri dan konkrit untuk menangkis segala taqiyyah dan pnipuan dlm wahabiyy..beliau mahu membela nasib umat islam yg rata2 amat krg faham mengenai agama,jika fahaman yang mgelirukan seperti ini terus menular,maka umat islam di malaysia semakin bengong dan tongong,kerana fahaman agama yang baik dan asas serta yang sekian lama diamlkan di Malaysia....Wallahu'alam...

Along said...

SAYA SETUJU DGN SAUDARA ARIF OMAR. BENDA NI PERKARA FURUK. SEPAKAT ULAMAK BAHAWA AL MATURUDIYAH, ASSYA'IRIYAH DAN SALAFY (BAIK WAHHABIYAH MAHUPUN MAZHAB IMAM IBNU TAIMIYAH YANG SEBENARNYA MERUPAKAN KESINAMBUNGAN DARIPADA FAHAMAN IMAM AHMAD BIN HANBAL)ADALAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. SEMUA IMAM MAZHAB BESAR YANG EMPAT PUN PEGANG FAHAMAN SALAFY.
PADA PENDAPAT ANA, KERJA-KERJA NI SEMUA BUANG MASA, DUIT DAN TENAGA ORANG ISLAM. ADA MUSUH ISLAM YANG LEBIH BESAR DI LUAR SANA. PERKARA FURUK NI DAH DIBINCANG BERATUS TAHUN DAN TAK AKAN HABIS PUN.
BERLAPANG DADA LAH DAN BERSEDIA MENERIMA PERBEZAAN PENDAPAT. ADA ORANG YANG LEBIH SENANG DAN MUDAH MENERIMA FAHAMAN YANG DIBAWA OLEH MAZHAB SALAFY SEBAB IA JELAS DAN SENANG NAK FAHAM. TAK DINAFIKAN SEMUA ORANG ADA KELEMAHAN, DR MAZA PUN MANUSIA. TAPI ANA TAK BOLEH TERIMA BILA ORANG HENTAM MENGHENTAM ULAMAK TANPA AKHLAK NI. CUKUP LAH. YANG PENTING SEMUA AKIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH SEPAKAT, BAHAWA ZAT ALLAH WUJUD TAK BERTEMPAT TAK BERJISIM DAN TIDAK SAMA DENGAN SEGALA YANG BARU (MAKHLUK). HABIS CERITA. BAB AYAT2 MUTASYABIHAT, SEMUA PUAK ADA HUJJAH SENDIRI YANG KUAT. HABIS CERITA. BAIK GUNA TENAGA PULIHKAN AKIDAH ORANG2 ISLAM YANG MURTAD, YANG BERCADANG NAK MURTAD DAN BELIA2 ISLAM YANG BANYAK HANYUT. WALLAHUA'LAM.

JomFikir said...
This comment has been removed by the author.
JomFikir said...

assalamu'alaikum,

Menghukum SESAT, KAFIR dan Musyrik kepada umat Islam yang berbeza pendapat darihal pendapat imam mujtahid itu yang dibuat oleh Dr Asri dan golongan wahhabi salafi di Malaysia ini. Ini bukan yang dinamakan berlapang dada.

Dr Asri mengatakan selawat syifa' itu adalah bercanggah dengan aqidah - sedangkan dr asri itu tidak menguasai bahasa arab dengan baik. Kemudian dia jugalah yang mengatakan Kalimah ALlah boleh digunakan di Malaysia ini, tanpa melihat pada waqi' (keadaan) di Malaysia ini.

Haih... mudah benar mengeluarkan fatwa. Ada ka patut nak banding dengan negara arab sana..

apa yang berlaku di negeri perlis - mengapa imam-imam yang mengikut mazhab syafie perlu ditukarkan? Adakah ini dinamakan berlapang dada? Jika ikutkan Imam Syafie sendiri bila berada di tempat mazhab hanafi, beliau bersolat mengikut mazhab hanafi. Tetapi apa yang berlaku pada orang yang kononnya kata KAMI MENGIKUT MAZHAB SYAFIE TULEN ?

Tak habis selepas itu yang katanya mengikut al Quran dan Sunnah itulah juga yang melekehkan ulamak. Menghukum syirik dan sesat sebebas-bebasnya. Hingga lahir pula satu golongan yang berani mengeluarkan fatwa walaupun tidak cukup disiplin ilmu.


Dr Yusof al qardhawi pun pernah menyatakan bahawa talfiq mengikut hawa nafsu itu hukumnya haram. Kerana bermudah-mudah dengan hukum Islam.

Imam 4 mazhab itu sendiri adalah salafussoleh dan patutnya lebih layak dinamakan MAZHAB SALAF. Dan anak-anak muridnya menyebarkan mazhab tersebut berdasarkan kaedah-kaedah yang disusun oleh imam-imam 4 terbabit bahkan dengan ada sanadnya.


Nak ikut al quran dan sunnah, ikut betul-betul. Bukan ambik sikit-sikit kendian buang pulak yang lain ikut selera sendiri.

Ini sampaikan majlis zikir, berzikir beramai-ramai lepas solat pun dikatanya sesat. Padahal ada dalil dari hadith yang sahih tuh...

Ibnu Muslim said...

Setuju dgn Jomfikir & anaknogori.

Siapa yg sebenarnya menuduh & tak berlapang dada? Berdasar tulisan & kenyataan memang Dr MAZA & Bekas MB Perlis ni yg suka buat tuduhan yg tidak rajih pada amalan2 di Malaysia ni.

Arif Omar & Along kena tegur jugak Dr MAZA & pengikut2 nya - Mohd Yaakub, Kpt Hafiz majalah I. Mereka ni lagi suka menghentam sesama Islam. Mengapa mereka juga macam tak tumpukan persoalan musuh yg lebih besar? Asyik tulis isu nak cari salah amalan di Malaysia pada pandangan mereka je?

Hamba Allah. said...

Jenama Salafi hanyalah nak mengaburi mata orangramai sahaja.Lihat bagaimana egonya Asri bilamana beliau mengatakan Syeikh Jaafar Baezanji bukanlah seorang yang hebat sangat.Amalan membaca kitab barzanji diperlekahkan oleh Asri bersama-sama dengan geng-geng Wahabi yang lain,kononnya kita mempertuhankan Muhammad s.a.w.Cuba dengar pula video Asri mempermain-mainkan kalimah Lailahhaillallah bila bertahlil dengan mengatakan bacaan yang dibuat ada gearnya, mula-mula perlahan kemudian laju dan kembali perlahan semula.Tidak cukup dengan itu golongan Syed juga dihina oleh Asri denga berkata mereka ini cuma kerja tebang kayu aja di Arab tetapi disanjung oleh orang Melayu bila datang ke Tanah Melayu.Apakah kita tidak membuka minda kita dengan segala tohmahan yang dilakukan oleh Asri?Bekas MB Perlis adalah orang yang kuat menyokong Asri sehinggakan bersama Asri bila di Lampeter.Asri tidak pernah mengkaji sejarah pengajian ulama-ulama yang mengajar di pondok-pondok.Ulama-ulama pondok tidak pernah mendabik dada, ego apabila menyampaikan ilmu mereka.Kebanyakan tulisan Asri adalah spesis tulisan Astora Jebat yang sering memperlekahkan amalan-amalan umat Islam.

Pakaian Muslimah said...

katakan tidak pada wahabi - tolongla pihak2 yang ada kuasa, hapuskan wahabi yang berselindung disebalik 'islam'.

JomFikir said...

ralat : Kalimah Allah yang dimaksudkan adalah apabila Kristian hendak menggunakan kalimah ALlah di Malaysia ini - maka dr asri adalah orang yang bersetuju Kristian di Malaysia ini menggunakannya.

Patutnya dia ini belajar lagi betapa bahaya dakyah yang dilakukan oleh missionari kristian :

Lihat link ini :

1. http://jarumemas.blogspot.com/2008/05/mereka-hendak-gunakan-nama-allah.html

2. http://jarumemas.blogspot.com/2008/06/penggunaan-kalimah-allah-bukan-isu.html

3. http://jarumemas.blogspot.com/2009/03/isu-kalimah-allah-salahkan-kita-berhati.html

Silalah baca, apa kerja dr asri ini. Bagaimana kefahamannya tentang waqi' di Malaysia sampai membuta tuli mengeluarkan pendapat.

JomFikir said...

Antara laman web yang ada unsur-unsur wahhabi :

1. An nawawi da blog, fiqh-sunnah.blogspot.com. bahaya-syirik.blogspot.com - budak uitm menghukum syirik selawat syifa', membawa aqidah tajsim. Gurunya adalah Rasul Dahri.

2. lobaitampin.blogspot.com - penulisnya seorang budak uia bidang ekonomi. Nick yang digunakan masri, mujahid, muslimz87 - pernah menghukum sesat kepada imam nawawi dan ibnu hajar.

3. al-fikrah.net - tempat berkumpulnya ramai user terpengaruh dengan wahhabi. Panel-panelnya termasuk masri tersebut.

4. drmaza.com

5. abusalma.wordpress.com

6. soaljawab.wordpress.com - dipunyai oleh masri sendiri. Menyebarkan fahaman wahhabi dengan jawapan yang ada diambil dari ulamak wahhabi salafi. Menghukum syirik juga kepada selawat syifa'

Along said...

Assalamu'alaikum tuan.
Kan dah kata dah. Syeikh...buang masa. Sampai kiamat tak habis. Nak carik keburukan orang memang senang. Ana bukan penyokong Dr.MAZA, Rasul Dahri dll. Cuma rasa sedih dok tengok hangpa yang memakai pakaian Ulamak ni dok bergaduh hari2 pasal perkara furuk. Buruk benar orang luar tengok. Masalah pentadbiran Perlis dan peribadi Asri tu itu ikut hangpa lah nak cerita yang buruk shj. fitnah ke apa benda ke...Sebab dah jadi makanan dan daging. Muhasabah diri lah tuan. Anggap aja teguran ikhlas ana ni macam anjing yang menyalak. Anjing hina...tapi perati halus2 lah apa yang disalak. Nak bagi baik umat Islam shj. Mungkin hangpa betul tapi cara hangpa ni betul ka? betul2 ikut akhlak Islam ka??? Wallahu'alam.

nobody said...

TAK BETOL TU ARIF OMAR & ALONG, MEMANG FAHAM KAUM WAHABI/MUDA/DAKWA DIA SALAFI PERLU DIPERANGI DGN HEBATNYA. MEREKA INILAH YG MENYEBABKAN KECELARUAN PEMIKIRAN ORG AWAM TTG AGAMA INI. MMG NENAR TDPT PERBEZAAN DLM PERKARA FURU' DLM MAZHAB YG EMPAT, TP TDKALH SAMPAI MENYESATKAN, MENBIDAAHKAN AMALAN MAZHB YG LAIN. INI BARU NAMA PERBEZAAN PENDAPAT,DGN BERLPG DADA, TTP KAUM WAHABI INI LAIN, MEREKA HDK MENYESATKAN, MEMBIDAAHKAN,BAHKAN SAMPAI KETINGKAT MENGKUFURKAN ORG2 YG MENGUCAPKAN LAILAHAILLAH DGN BGTAU MUDAH SEKALI. INI DH BUKAN PERBEZAAN PENDPT, INI DAH BENAR2 MENGARUT, INI NAK MEMAKSA ORG MENGIKUT FATWA KARUT MARUT TAMPA ILMU DIORG NI, INI KERJA NAK MEMECAHBELAHKAN UMAT INI, INI KERJA NAK MEMESONGKAN UMAT INI, INI KERJA NAK MENYESAT UMAT INI. MEREKA INILAH YG MENYEBABKAN BILANGAN UMAT ISLAM MAKIN MENGECIL, KERANA SIKIT2 KUFUR, SIKIT2 KAFIR, SIKIT2 BIDAAH.MEREKA INILAH YG MENGATAKAN BERZINA DIDLM MASJID ITU LEBIH BAIK DR MEMBACA TAHLIL? MEREKA INILAH YG SUKA MENGHINA, MELECEHKAN PARA ALIM ULAMA, BAHKAN ALIM ULAMA YG MUKTABAR PUN DIPELECEHKAN, SEDANGKAN ILMU KAUM INI TAK LEBIH PUN DR LIDAH MEREKA JIKA DIBANDINGKAN DGN ULAMA2 MUKTABAR ISLAM DR DULU SMPAI SEKARANG, JAUH PANGANG DR API. MEREKA INI PENFITNAH2 ULAMA. GERAK KERJA MEREKA SAMA MCM YAHUDI & NASARA YG BERTUJUAN 'MEMUTUSKAN' & "MENGHILANGKAN" KEPERCAYAAN UMAT KPD ULAMA2 YG TSIQAH INI. BILAMANA UMAT HILANG 'KEPERCAYAAN'& MMDG LECEH KPD ULAMA2 YG TSIQAH INI, MAKA NNT DPT LAH MEREKA MENYUNTIK 'RACUN'2 AKIDAH KARUT MEREKA INI KDLM JIWA UMT BG MELEMAHKANYA. KECEMBURUUAN GOLONGAN INI TERHADAP WARISAN 'BERSANAD' UMAT INI AMAT NYATA. SEKIRANYA MEREKA DPT 'MEMUTUSKAN' SANAD2 INI DGN 'MELECEHKAN', MERENDAHKAN, MENGKONDEMKAN PARA2 ULAMA2 YG MENJADI RANTAI KPD SUMBER ILMU2 ISLAM YG SUCI INI, MAKA DPTLAH MEREKA MENERJAH KEDLM AKAL UMAT2 DGN FAHAM2 PENTAFSIRAN ALQURAAN & SUNNAH MENGIKUT 'KEPALA' DIORG/HAVA NAFSU DIAORG DGN 'IKUT QURAAN & SUNNAH' KONON! JADI USAHA USTAZ ZAMIHAN INI & DAN PARA ALIM2 ULAMA ASWJ DR DULU HINGGA DSELURUH PELUSOK DUNIA INI ADALAH SATU USAHA MURNI YG PATUT DIALAUKAN DAN DITERUSKAN!..MASYARAKAT MESTI DISEDARKAN AKN BAHANYA ANCAMAN YG DIBAWA OLEH KAUM INI WLAU APA GELARAN SEKALIPUN, SUNAH PERLIS KE, WAHABI KE, KAUM MUDA, MENGAKU SALAFI KE(KERANA SALAFI YG SEBENAR MULIA)..HARUS DITTG SEKERAS2NYA DR MEREBAK & MENJADI BARAH MEMECAH BELAHKAN UMAT INI.SEMOGA ALLAH SWT MELINDUNGI KITA SEMUA DR FITNAH INI!AMIN!

pendekartua said...

Tak payahlah orang sibuk nak marah kerajaan Perlis tak mahu taklid pada mazhab syafie.

Perlembagaan Malaysia dah beri kebebasan pada setiap negeri menentukan amalan agama masing-masing.

Lagi pun JAKIM tak cakap pun amalan orang Perlis ni sesat.

Setiap amalan dalam Islam ni memang mengelirukan kalau tak ada dalil. Sebagai contoh tahlil kenduri aruah, tak ada pun dalam kitab-kitab muktabar mazhab Syafie yang membolehkannya. Jadi tentu masyarakat keliru kerana usataz-ustaz di Malaysia ni yang mengaku bermazhab syafie pun tak dapat berikan dalil dari kitab-kitab Syafieyah tentang bolehnya tahlil kenduri aruah.

Apatah lagi ustaz-ustaz yang mengaku bermazhab Syafie di Malaysia ni tentulah tak sehebat dan semuktabar para pengarang kitab-kitab mazhab Syafie yang tak membenarkan kenduri aruah ni.

muslim said...

betul sangat2 tu nobody..
pasal wahabi yang tegar ni bukan perkara furu' lagi.

muslim said...

bila aku mati nanti, aku nak org buatkan tahlil,baca yasin, sedekah bacaan al-quran dll untuk aku...
aku juga nak org ziarah kuburku..dan baca2 untuk ku..
mudahan aku ditempatkan bersama orang2 yang beriman golongan aswj.

p/s: kalau nak cerita pasal tahlil ni dah banyak dikupas, mudahan allah beri hidayah.

Along said...

Assalamu'alaikum tuan2 semua.
Nampaknya kebencian tuan2 kepada puak Salafy/Wahahaby/Kaum Muda ni dah tak boleh dibendung lagi.
Tidak dinafikan golongan yang digelarkan wahhaby ini agak kasar, keras dan agak kurang halus akhlak mereka. Ini mungkin disebabkan mereka2 ini golongan muda yang agak bersemangat. Tak boleh kah maafkan mereka? Kata ikut aliran sufi?
Maksud ana berlapang dada itu adalah menerima perbezaan pendapat yang telah disepakati oleh Ulamak2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kenapa taknak ikut? Tuan2 buat fatwa sendiri kah?
Ada ramai lagi ustaz2 beraliran salafiy ini yang lebih lunak seperti yang senang dikenal sekarang, seperti Ustaz Hasrizal, Ustaz Uda Kassim, Ustaz Zahazan dll.
Tetapi ana rasa yang menjadi masalah sekarang ialah sikap dan cara antum semua termasuk Ustaz2 aliran tradisional dari dulu hingga sekarang yang suka memperkecil2kan pandangan orang lain. Contoh nya ayat2 biasa Ustaz tradisional "Awak kena belajar lagi dalam Ilmu Hadith ini dsb" tapi tak pulak diberikan hujjah, dalil dan kaedah yang lebih friendly, mesra dan lunak kepada orang2 ramai terutama anak2 muda. Kalau tuan2 perasan, golongan muda lebih senang mendekati aliran Slafiy/Wahabiy ini, cuba kaji kenapa.

Ana rasa ana lebih banyak dan mudah faham agama bila dengar kuliah Dr Asri, Ustaz Zahazan, Ust Uda Kassim dll dan tidak pula rasa bercelaru fikiran macam yang Tuan nobody kata.
Sepatutnya tuan2 bagi penerangan kepada orang ramai seperti yang dibuat oleh Tn Guru Hj Hadi yang dihormati, bahawa pendapat Wahabiy/Salafy/Kaum Muda ini adalah masalah furuk.
Bak kata Tn Guru Hj Hadi, belajar dahulu Sejarah bilamana timbul aliran2/firqah2 ini di dalam Sejarah Islam supaya kita semua ummat Islam tidak berbalah seperti yang berlaku dalam kerajaan Ottoman dll. Yang akhirnya membawa kepada kerosakan dan kerugian kepada Islam.
Pada pendapat ana kaedah yang tuan2 bawa lagi menyebabkan haru biru orang ramai seolah2 Malaysia ni nak jadik Perang Siffin dah.
Lagi pun nak risau apa, Salafiy dalam dunia Islam ni lebih kurang 10% sahaja, selebihnya majoriti aliran Asya'iriah dan Al Maturidiyah ibarat kata As Syeikh Yusuf Al Qaradawi.

Wallahu'alam.

PakLongChup said...

Kenapa kita perlu tolak wahabi?

Kerana mereka mirip kepada akidah tajsim. Mereka berpegang kepada Allah bertangan, berkaki, bermata, duduk diatas arasy dll.

Sebahagian dari mereka menolak akidah aliran Al'Asyairah dan mencerca dan menghina kaum sufi.

Kesimpulan...Asri tu confirm wahabi cuma dia pandai berlakun dengan org2 berkuasa untuk mengelak dikenali...

JomFikir said...

Tak boleh kah maafkan mereka? Kata ikut aliran sufi?
Maksud ana berlapang dada itu adalah menerima perbezaan pendapat yang telah disepakati oleh Ulamak2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

-----------------------------------

Assalamu'alaikum along. Patutnya anda baca dari atas sampai bawah apa yang telah dibuat oleh golongan wahhabi salafi.

Patutnya anda lihat bagaimana yang telah dibuat oleh wahhabi salafi terhadap majoriti ulamak Islam. Golongan Asya'iroh bagi mereka adalah sesat. Jemaah tabligh sesat total, jemaah ikhwan sesat, jemaah hamas sesat, dan majoriti umat Islam adalah sesat bagi mereka.

Adakah ini namanya berlapang dada?

Terpulang pada anda nak kata penyampaian Dr Maza mudah faham. Bagi saya lain pula,mudah faham untuk mempermudah-mudahkan agama, dan juga menghukum sesat serta takfir kepada ulamak islam sebagaimana pendapatnya tentang selawat syifa' itu adalah bercanggah dengan AQIDAH.

Boleh along terangkan, sunnah RasuluLlah yang membolehkan hukum sesat, kafir dan syirik dijatuhkan dengan mudah? Adakah para sahabat bermudah-mudah menjatuhkan hukuman sesat kepada umat Islam ? begitu juga para salafussoleh?

2. Along menyebutkan begini :

Contoh nya ayat2 biasa Ustaz tradisional "Awak kena belajar lagi dalam Ilmu Hadith ini dsb" tapi tak pulak diberikan hujjah, dalil dan kaedah yang lebih friendly, mesra dan lunak kepada orang2 ramai terutama anak2 muda. Kalau tuan2 perasan, golongan muda lebih senang mendekati aliran Slafiy/Wahabiy ini, cuba kaji kenapa.

-----------------------------------

Tuan guru yang mana berkata begitu? Dan mengapa tidak pula anda sendiri tidak mengkaji mengapa mereka perlu berkata begitu? Dan apa kesan yang dapat dilihat kononnya pendekatan wahhabi salafi lebih lunak?

Melainkan lebih ramai yang semakin berani membuat hukum tanpa disiplin ilmu? Bibir dah mudah mengatakan itu haram, itu bid'ah sesat tanpa hak?

3. Along kata begini :

Sepatutnya tuan2 bagi penerangan kepada orang ramai seperti yang dibuat oleh Tn Guru Hj Hadi yang dihormati, bahawa pendapat Wahabiy/Salafy/Kaum Muda ini adalah masalah furuk.
-----------------------------------

Anda faham tak apa itu perkara furuk? adakah bila sudah mengkafirkan umat Islam itu dinamakan perkara furuk lagi yang boleh berlapang dada? Adakah menghukum syirik (menyegutukan ALlah itu boleh dinamakan perkara furuk lagi ?

wahhabi salafi mana yang patut diikut sebagaimana kata anda? Rasul Dahri itu? Dr Maza yang menghukum selawat syifa' itu kafir/syirik ? (bercanggah dengan AQIDAH) ?

yang mana sebenarnya rugi? siapa dahulu yang membawa perbalahan kepada umat Islam ?

JomFikir said...

Mengapa ramai pula ulamak yang menolak wahhabi salafi? Dan mengapa ramai pula ulamak dihukum sesat oleh Wahhabi salafi? Ini yang anda kata tidak menimbulkan perbalahan dan permusuhan?

Jika anda menyatakan 10% itu wahhabi, tetapi 90% itulah yang DIHUKUM SESAT OLEH WAHHABI SALAFI.

Cuba lihat apa yang disebutkan oleh ulamak-ulamak wahhabi ini :

Dalam risalah berjudul Minal Itsnain Wasab'iina Firqotan tulisan dari SHEIKH BEN BAZ, NASHIRUDDIN AL BANI, SYEIKH SOLEH FAUZAN dan SYEIKH BAKAR ABU ZAID cetakan 2001 halaman 14 : DI ANTARA FIRQAH-FIRQAH SESAT YANG MUNCUL PADA KEBELAKANGAN INI :

1. Firqah Hassan al banna (Al Ikhwaniyyah)

2. Firqah hasan al Turabi ( at Turabiyyah)

3. Firqah Sayid Qutub ((al Qutubiyyah)

4. Firqah Muhammad surur (as Sururiyyah)

5. Firqah Abdurrahman Abdul Khaliq (at Turatsiyyah)

6. Firqah Muhammad Ilyas (at Tablighiyyah)

7. Firqah Mahmud al Haddad (al haddadiyyah)

8. Firqah al Habsyi (al-Habasyiyyah)

9. Firqah Ahmad Yasin (al Hamasiyyah)

Bukankah ulamak-ulamak wahhabi salafi di atas selalu digunakan perkataannya dalam perkara hukum?


Haih... memang dalam perkara agama tidak dimudah-mudahkan untuk dibuka sekiranya bukan diajar secara berdepan dan mendalam. Apatah lagi tanpa ada disiplin ilmu.

Kelakar pula Along ni kata perkara ini adalah perkara furuk. Sedangkan masalah besar di sini adalah HUKUM SESAT, SYIRIK dan KAFIR dalam perkara furuk itu sendiri yang dilakukan oleh WAHHABI SALAFI. Adakah anda ini penyokong kepada mereka yang suka menghukum tanpa hak ini?

Ini namanya ikut al Quran dan Sunnahkah?

Bila ditegur dan kritik agar berubah dikata pula orang lain tiada akhlak? Peliknya...

JomFikir said...

Memang boleh dimaafkan perbuatan mereka yang mengkafirkan, menghukum syirik dan sesat inikah?

baiklah.. sekiranya dimaafkan. Saya nak juga tanya, perbuatan mereka mengkafirkan, menghukum sesat dan syirik ini yang masih berterusan anda hendak hentikankah? Atau anda hendak buat bagaimana Along?

Adakah mereka ini sudah meminta maaf kepada majoriti umat islam dan ulamak yang dihukum sesat tersebut? Bahkan kepada imam 4 mazhab yang diperlekehkan sekali ?

abdullahbukhari said...

Assalamualaykum!

Kumpulan Islam di malaysia ada 4:

1-kaum muda atau yg dilabel wahabi
2-Kaum tua
3-Islam Liberal
4-Islam jahil (masyarakat awam yang memang x faham apa yg kita bincang ni)

Masalahnya, kaum tua & muda ni pula masing2 pecah 2,kaum muda moderate & ekstrem, begitu juga kaum tua moderate & ekstrem.

Nampaknya yg galak bertempur menghentam sana sini ialah ekstremis kaum muda & ekstremis kaum tua.

Yang kena tempiasnya ialah kaum muda & tua yang moderate.

Yang pening kepala pula ialah Islam jahil..

Yang pandai mengambil kesempatan pula ialah Islam liberal..mereka kata..tengoklah para ustaz..dok bergaduh dengan isu yg x pernah selesai nun,..ayuhlah ikut kami, kami bawa Islam yang sesuai dengan zaman..tidak jumud & terbuka..

Secara tidak langsung, pergaduhan yg tidak berkesudahan ini akan merugikan semua pihak terutama sekali islam jahil.

Anda sekelian di mana? saya yang berada di kem islam jahil memang terasa pening kepala,satu ustaz kata bid'ah & ke neraka,dia bawa hujah & dalil, satu ustaz pula kata bukan bid'ah, bahkan sunat,dia pun bawa dalil..

Anda sepatutnya membantu kami,bukan merosakkan otak kami,banyak lagi isu dlm islam!

Hasbullah said...

Assalaumu 'alaikum kepada umat Melayu Muslim yang sedang berhujah,

Pendedahan apa juga kesalahan atau keterlanjuran mana mana golongan umat islam memang
sangat sangat dituntut kita semua melakukannya. Namun, setiap langkah dan kata kita mestilah
mengambarkan keikhlasan kita dalam meleraikan kekusutan sesuatu masalah yang kita hendak selesaikan.

Bangsa Melayu yang terkenal dengan lemah lembut akhir akhir ini
terdapat orang orang Melayu (siapa makan cili rasalah pedasnya) dari pemimpin hingga rakyat yang rendah, Berpendidikan tinggi (akedemik / Agama) hingga yang paling tidak berpelajaran@ jahil, mempunyai masalah masalah berikut

1. keras hati,

2. degil dan tak suka dengar atau terima pendapat orang lain,

3. pantang kesilapannya ditegur,

4. iri hati@PHD,

5. tahu sikit tunjuk macam pandai sangat contoh: lihat dan baca apa apa yang ditulis dalam chat box laman ni,

6. kalau memang banyak tahu suka nak orang tahu dia memang pandai (menulis / bercakap / berhujah),

7. gemar berhujah dengan orang orang bodoh dan bertelagah atas perkara perkara tidak penting

8. makan rasuah dan makan dari sumber haram

9. banyak terkibat dengan kerja kerja haram

Semoga kita bukanlah dari golongan ini.

CUBA ANDA ANDa SEMUA (belah sana dan sini) CHEK SENDIRI.
KALAU ADA BERTAUBATLAH DAN BERSIHKAN DIRI KITA DARIPADANYA.

Wassalam

JomFikir said...

Assalamu'alaikum AbduLlahBukhari :

Islam mengajar kesederhanaan, dalam menghukum perlu diselidiki, jangan mudah menghukum bid'ah tanpa hak, jangan mudah menghukum syirik dan kafir.

Memang sudah dijelaskan sejak dahulu lagi akan kesan daripada wahhabi salafi yang datang dan kemudian terus menghukum sesat, kafir dan syirik tanpa hak. Sebab itu ramai ulamak menolak fahaman yang dibawa oleh Wahhabi salafi ini sebab mereka melampau-lampau dalam berhukum.


Nak ikut yang mana? Saya mengikut majoriti ulamak. Itulah yang lebih selamat.

JomFikir said...

Anda sepatutnya membantu kami,bukan merosakkan otak kami,banyak lagi isu dlm islam!

-------------------------------------

Benar! memang banyak lagi isu dalam Islam yang perlu diperhatikan. Sudut perekonomian, parti politik, gejala sosial, soal pendidikan.

Inilah yang selama ini sudah diperhatikan dan cuba untuk diselesaikan dengan baik, bahkan sudah berjalan dengan lancar!. Dari segi hukum yang berkaitan bioteknologi, cell stem, perniagaan dan sebagainya sudah banyak dibawa perbincangannya oleh mufti-mufti di negara ini.

Tetapi apa yang terjadi bila golongan yang mengaku merekalah pejuang sunnah tulen? apa yang mereka bawa? isu-isu furuk inilah yang dipersoalkan kembali. Hingga para ilmuwan dan ulamak 'terpaksa' memberikan masa yang sepatutnya untuk memperbaiki masyarakat kepada menjawab tuduhan-tuduhan wahhabi salafi ini.

Inilah realiti yang berlaku sekarang.

Mufti-mufti di Malaysia diperlekehkan kerja siapa ? Lihat apa orang ini kata :

Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang 'sukar hendak dilepaskan. - Al Islam April 2009, m/s 28-29.

Sudah banyak kali perkara ini diperingatkan. Tetapi yang terjadi bekas mufti inilah juga yang terpapar dalam tv dan media. Membawa isu yang sama juga iaitu perkara furuiyyah. Sesambil menyinggung perkara politik (seolah-olah beliau adalah neutral) yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia dan akhirnya terpengaruh dengan mudah.

fikir-fikirkan bagi yang mahu berfikir.

abdullahbukhari said...

memang takkan habis!

Khairul Rrijal said...

Assalamualaikum...

Ustaz JomFikir

Saya ingin mengatakan kpada ustaz bahawa kewajipan kita berpegang kpda sunnah NAbi SAW X de kena mengenapun dengan Peribadi SHEIKH BEN BAZ, NASHIRUDDIN AL BANI, SYEIKH SOLEH FAUZAN, SYEIKH BAKAR ABU ZAID, DR MAZA dan sebagainya

Kewajipan kita mengikut sunnah adalah kerana Allah SWT yg mewajibkn kepada kita. kalau pun memag benar sheikh ben baz, nashiruddin al bani, syeikh soleh fauzan dan syiekh bakar abu zaid menghukum kafir dan sesat kepada org islam yg lain,ini semua tdak menggurkan kewajipan kita berpegang kepada sunnah,ini semua tdak memberi lesen kepada kita untuk mencipta amalan2 bid'ah yg karut marut bagi mengantikan sunnah nabi SAW.

saya juga ingin mengigatkan kepada ustz bahawa sblum ustz mengatakan bahawa SHEIKH BEN BAZ, NASHIRUDDIN AL BANI, SYEIKH SOLEH FAUZAN, SYEIKH BAKAR ABU ZAID menghukum muslim lain sesat, ustz hendaklah terlebih dahulu mengkaji secara mendalam apakah bahawa ulama'2 ini benar2 menghukum org lain sedemikian,apakah benar tulisan2 mereka dlm karya masing memaksudkan bahawa mereka menyesatkan Hassan al banna,Sayid Qutub dan sebagainya.

Kalau benar sya ingin mengucpkan trima ksih kpada ustz kerana memberi peringatan kpada kita smua tgtng bahaya org2 ini,ttapi klau tdak benar mereka mnyestkn org lain,ustz akn dipertagungjawab kn di hadapan Allah SWT kelak,mereka akn bangkit mendakwa ustz yg ustz menuduh mereka menyesatkan muslim lain.

Kita selalunya pernah mendengar bahwa syeikh Al-albani mensahihkan hadis yag daif dan mendaifkan hadis yg sahih,tetapi kita tdak pernah ingin mengambil tahu bahawa apakah hadis yg disahihkn atau didaifkn oleh al-bani ini bahawa dia seorg shajakah yg mendoifkan atau mengsahihknya,apakah sblum ini tidak ada ulama muktabar lain yg mengsahihkn atau mendaifkn terlebih dahulu dari al-bani.

ini satu cabaran kepda org yg suka memburuk2 kn al-bani..buktikan bahawa terdapat hadis yg al-bani sahaja yg mensahihkn atau mendaifkan dia,buktikn bahawa tdak ada seorg ulama pun yg sblum al-bani mensahihkn atau mendaifkan hadis yg disahihkn dan didofkan oleh al-bani..

diharaf ustz berfikir dan mengkaji

syukran

anis al-faqiir said...

Assalamu'alaikum

Apa yang saya nak kongsi ialah, macam mana keadaan antum kalau kehormatan keluarga dicarik. mesti antum akan pertahankan hak antum. yang jadi masalha sekrang ni, orang dah tak tau nak bezakan orang yang mencoroboh hak dan orang yang pertahankan hak.

kita di Malaysia ini turun temurun bermazhab Syafi'ie dalam fiqh dan bermazhab Asya'irah/al-maturudiyyah dalam aqidah. Datang pulak kaum yang menolak amalan2 yang ada sandaran yang diamalkan oleh para ulama salaf yang soleh lagi mu'tabar. jadi yang ada di sini dok pertahankan lah.

kepada saudara seislamku along dan arif omar, kalau amalan yang sudah teramal di malaysia dah betul, dok apa lagi nak perbetulkan?

bagi mereka yang berhujjah yang amalan tu takda nas, ada tak nas yang melarang amalan tersebut? kalau takda, adakah bermaksud haram? kalau nak ikut sunnah nabi s.a.a.w, tak larat kita!

teraweh nabi dibuat lewat malam, habisnya hampir nak subuh! tahajud Baginda s.a.a.w sampai bengkak kaki. adab nabi menegur dan akhlak nya, tu antara sunnah yang terbesar! kalau mereka klaim yang mereka pengikut sunnah yang tulen, tengok macam mana mereka menempelak orang yang tak sealiran.sunnah ke tu? belakang2 berani, diajak berdiskusi tak mau.

seperti Barzanji, anta tau tak sapa tu? dari segi nasab dah tak terlawan. dahlah zuriyyah nabi s.a.a.w, mufti syafi'ie madinah pulak. al-muhaddits (hafal >20000 hadits dengan sanad dan matan dan menguasai segala ilmu riwayah dan diriwayah), al musnid lagi (pengemban sanad keilmuan), al 'allamah pulak (betul2 alim, guru para alim). mungkin ke dia bawak amalan syirik? piker cket... ni tak,phD yang dari universiti tempatan yang baru setahun jagung jadi mufti di support sampai buta mata untuk menilai yang mana kaca yang mana permata.

mana taknye orang yang haknya tercabul, bangkit mempertahan hak. jadi, tolonglah faham antara menceroboh hak dan mempertahan hak. jangan senang2 dok cakap kita suka provoke dan suka berkelahi dengan perkara khilaf.

pada yang awam seperti aku ni, kalau dengar macam2, jangan membabi buta emo dan ikut, perhatikan, dengar cerita dari kesemua pihak, berdoa banyak2 pada ALLAH untuk ditunjukkan jalan, pastu nilai pakai akal yang dibagi Tuhan. jangan bersandar vdengan hawa nafsu semata2.

wallahua'lam

Along said...

Assalamu'alaikum ,
1.Hampir sudah ana rasa ana buang masa disini dan hampir2 ingin bersetuju dengan saudara Hasbullah. Sebab, apa yang ingin ana sampaikan di dalam ruangan ini masih tidak dapat difahami oleh ramai orang. Mungkin tulisan dan nukilan ana ini kurang tepat bahasanya sehingga sukar difahami atau mungkin ada faktor2 lain yang tak perlu ana sebut disini.

2.Secara peribadi ana tidak kenal Dr Asri, tetapi zaujah ana mengaji di Jordan dan kenal dengan Dr Asri. Kalau nak kata dia tak faham bahasa Arab tak tahu lah sebab setahu ana di ambil Lughah di Jordan. Mungkin saudara ‘jomfikir’ lebih kenal dengan Dr Asri.

3.PakLongChup said...
Kenapa kita perlu tolak wahabi?
Kerana mereka mirip kepada akidah tajsim. Mereka berpegang kepada Allah bertangan, berkaki, bermata, duduk diatas arasy dll.
Along: Pandangan PaklongChup ana malas nak ulas sebab ana dah bgtau ini masalah furuk, dah dibincang beratus tahun oleh para Ulamak yang ‘alim dalam bidang ini. Ijma’ Ulamak: Salafiy, Asy Syairiah dan Al Maturidiyah adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Besa Cuma pada penafsiran ayat2 mutasyabihat. Dan Ulamak2 Salaf juga tidak menolak bulat2 ta’wil.
Cuma ana nak tanya PaklongChup, berani kah anda mengatakan bahawa ijtihad Salafiy baik Salafiy tulen seperti imam Mazhab yang empat mahupun Salafiy Wahhabiy yang tuan gelarkan ini sesat? Semata-mata diatas keengganan golongan Salaf /Salafiy menta’wilkan ayat2 mutsyabihat dan menyerahkan maksudnya kepada Allah. Atau PaklongChup berani jamin saya di hadapan Allah bahawa maksud ayat2 mutasyabihat yang PaklongChup ikut itu betul? Ini kan khilaf ulamak. Yang penting bila kita ikut kita tahu nas dan dalil dan bukan hanya bertaklid buta.

4. Kepada tuan jomfikir, nampaknya anda masih tak faham2 maksud masalah furuk yang ana tuliskan di atas. Minta maaflah kalau ana yang tak faham makna furuk. Tapi yang ana maksudkan bahawa : Akidah Salafiy, Asy Sya’iriah dan Al Maturidiyah adalah akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Masalah furuk adalah pada pentafsiran ayat2 Mutasyabihat.
5. Ana mengaku ana ikut aliran Salafiy Insya Allah, tetapi tidak pernah pula ana mengkafirkan orang lain, mahupun menyesatkan orang lain, wal’iyazubillah. Tuan jomfikir janganlah pukul rata semua golongan Salafiy adalah Wahhabiy.
Walaubagaimanapun, kalau ada nas yang lebih sahih dan kuat, mengapa masih nak ikut nas2 yang lemah.

Along said...

6. Ana melihat keadaan yang berlaku sekarang ini berdasarkan 4 senario berikut:

SENARIO 1 : Seorang pemuda A datang kepada pemuda B dan dengan lantang dan keras dia berkata: Hey B, kamu ni sesat!! Kamu tahu tak ini bid’ah?! Sambil Pemuda A membacakan nas2 yang sahih baik dari Al Quran mahupun Hadith. Lantas, pemuda B yang berang tadi memukul Pemuda A sambil berkata kamu ni kurang ajar dan jahil! Dan Pemuda B pun mengeluarkan nas dan dalil juga bahawa dia juga benar. Aku berpegang dengan pandngan Ustaz ni lah bo*oh! Dan pergaduhan berterusan.

SENARIO 2: Seorang pemuda A datang kepada pemuda B dan dengan lantang dan keras dia berkata: Hey B, kamu ni sesat dan bid’ah?! Sambil Pemuda A membacakan nas2 yang sahih baik dari Al Quran mahupun Hadith. Pemuda B dengan tenang mengeluarkan nas dan dalil yang sahih juga dan berkata dengan lembut, aku berpegang dengan pandangan dan ijtihad Ulamak ini. Jadi terpulanglah kalau kamu nak ikut pandangan kamu asalkan kita ada ijtihad masing2 dan bukan bertaklid buta.

SENARIO 3: Seorang pemuda A datang kepada pemuda B dan dengan nada yang lembut dan berhemah dia berkata: Tuan B, ‘amalan yang tuan buat ini tiada di dalam Sunnah, baik dari Al Quran mahupun hadith. Ana rasa lebih baik tuan tinggalkan dan ikutlah amalan2 yang lebih sahih dari Nabi SAW. Lagipun sebaik2 sunnah adalah sunnah Nabi SAW. Sambil Pemuda A membacakan nas2 yang sahih baik dari Al Quran mahupun Hadith. Pemuda B dengan marah memukul Pemuda A sambil berkata kamu ni kurang ajar dan jahil! Sambil Pemuda B pun mengeluarkan nas dan dalil jugak dan berkata dengan lantang, Aku berpegang dengan pandngan Ini lah bo*oh!

SENARIO 4: Seorang pemuda A datang kepada pemuda B dan dengan nada yang lembut dan berhemah dia berkata: Tuan B, ‘amalan yang tuan buat ini tiada di dalam Sunnah, baik dari Al Quran mahupun hadith walaumacamanapun ini perkara furuk. Tapi, ana rasa lebih baik tuan tinggalkan amalan ini dan ikutlah amalan2 yang lebih sahih dari Nabi SAW. Sambil Pemuda A membacakan nas2 yang sahih baik dari Al Quran mahupun Hadith. Pemuda B dengan tenang mengeluarkan nas dan dalil jugak yang sahih dan berkata dengan lembut, aku berpegang dengan pandangan dan ijtihad Ulamak ini. Jadi terpulanglah kalau kamu nak ikut pandangan kamu asalkan kita faham ijtihad masing2.

Agak2 tuan2 nak ikut SENARIO yang mana, tuan2 fikirlah sendiri.

Along said...

Ana rasa cukup di sini posting ana, supaya kita dapat fokus kepada kerja-kerja dan usaha-usaha lain yang lebih membina ummat.

Sebelum berundur Ana ingin menegaskan bahawa apa yang ingin ana bawa bukanlah untuk menunjukkan siapa yang benar dan siapa yang lebih benar apatah lagi menunjuk pandai tetapi ingin meminta supaya:
i) Jangan lah kita berbalah lagi tentang masalah furuk yang telah dibahaskan pun beratus2 tahun.
ii) Jangan mudah memperkecilk2kan Ulama’ dari firkah2 lain baik Salafiy mahupun Khalaf.
iii) Jangan mudah menuduh dan menggelar orang lain dengan gelaran2 seperti Wahhabiy hanya semata-mata kita berbeza pandangan pada perkara2 furuk.
iv) Jangan mudah menyesatkan orang lain dengan gelaran Tajsim dsb.
v) Apabila berkata2 dan memberikan pendapat, takutkanlah akan Allah kerana yang membezakan kita hanyalah Takwa dan kita akan dihitung dengan segala amalan kita.
vi) Jangan terbawa2 dengan senario As Syairiah vs Wahhabi di tempat2 lain di dunia ini, kerana situasi kita di sini berbeza insyaAllah.
Ana berharap Ustaz Zamihan yang ana hormati supaya meneruskan usaha penjernihan ini dengan berterusan dan berusaha untuk menukar strategi dan pendekatan dengan cara yang lebih baik. Bukan cara sekarang tidak baik tapi tak perlulah ana spesifikkan di sini, Ustaz lebih maklum.
Mudah2an kita semua termasuk di dalam 1 golongan iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan bukan 72 golongan lain yang akan diazab di dalam neraka kelak. Dan ana berdoa dan berharap agar Ustaz Zamihan dan Dr Asri serta pengikut2 masing2 dapat duduk berlapang dada, duduk semeja dan menjernihkan keadaan ini dalam suasana penuh akhlak dan mahabbah.
Akhir kalam Ana yang jahil lagi dhaif ini, ingin mohon maaf daripada semua dan mudah2an Allah ampunkan ana jika ada kekhilafan disini. Wallahu’alam.

admin_surau said...

Sebagai orang awam saya dapati pengikut wahhabi amat taksub dengan tokoh tokoh mereka. Sebaliknya tokoh tokoh mereka kata jangan taksub dengan mazhab dan jangan bertaklid. Kalau nak bertaklid juga maka bertaklid lah dengan ajaran wahhabi.

Mereka anggap hanya fahaman wahhabi yang mengikut sunnah, dan pengikut mazhab tidak ikut sunnah. Betulkah? Sekali lagi sebagai orang awam saya tak mampu nak keluarkan hukum daripada sejuta hadith dan juga daripada al quran. Kalau saya tak ikut fiqh mazhab Shafie, bagaimana cara nya saya nak ambil wuduk. Perlukah saya ikut mazhab wahhabi atau mazhab Asri. Saya tak faham bahasa Arab dan tak mampu pula mengeluarkan hukum daripada hadith yang bertentangan.

Pengikut wahhabi saya perhatikan menganggap tokoh mereka adalah lebih hebat dalam ilmu jika dibandingkan dengan imam Shafie. Mereka kesemua nya bolih berijtihad.

Saya juga perhatikan pengikut awam wahhabi pandai menggunakan istilah furuk dan khilafiah. Tetapi bila kita ingin ikut ibadat solat mengikut fiqh imam Shafie maka mereka kita tak boleh, kerana itu adalah bida'ah. Kata mereka kita mesti ikut solat nabi. Kata mereka kita jangan lah bergaduh kepada perkara khilafiah.

Pengikut wahhabi ini apabila mereka dapat kuasai pentadbiran surau maka mereka tidak benarkan amalan qunut dan baca bismillah dengan nyaring. Kata mereka ini adalah bidaah. Ini terjadi di surau al muhajirin,Taman Sri Ukay/Hillview, markas wahhabi di Selangor tidak berapa lama dahulu.Oleh itu siapa cuba kuasai siapa didalam hal ini. Mereka sanggup mengenepikan fahaman yang diterima oleh Mufti Negeri Selangor dan juga arahan ulul amri.

Daripada ceramah ceramah yang disampaikan oleh tokoh tokoh wahhabi, ianya banyak memperli dan memperlekehkan amalan pengikut mazhab. Tetapi tulisan Asri pula selalu terbalikkan cerita yang ulama pondok selalu memperlekehkan mereka.

Malahan AJK wahhabi surau al muhajirin menyifatkan Jabatan Agama Islam bukan maksum, tetapi wahhabi maksum kerana mereka ikut sunnah.

JomFikir said...

Assalamu'alaikum along,

Jika senario yang anda berikan itu saya bersetuju perkara tersebut yang berlaku. Tetapi realitinya ? Apa yang dibuat oleh Dr Asri sendiri dalam Bahtera Perubahan Astro Oasis? Masih juga memperlekehkan ulamak lain. Dibuka juga topik yang lama.

Bahkan dalam artikelnya juga ada yang beliau sudah rujuk kembali dan perbetulkan ? Sudahkan dia meminta maaf keterlanjuran kata-katanya itu? Melainkan semakin teruk perbuatan yang dilakukannya seolah-olah perbuatannya itu halal.

Sudahkan dia meminta maaf kepada mufti, guru-guru pondok, pelajar pondok, ulamak-ulamak di negara ini yang dhukumnya kafir/syirik (kes selawat syifa') ? Bila kata mengikut al quran dan sunnah - maka akhlak pun termasuk juga dalam al Quran dan Sunnah, jadi jangan dipalitkan sahaja kepada ahli tasawuf. Yang berkobar-kobar menobatkan diri membawa ISLAM TULEN (seolah-olah Islam orang lain palsu) itu pun perlu menjalani Al Quran dan Sunnah yang sebenar. Jangan ambik bahagian HUKUM SAHAJA, tetapi bab AKHLAK letak di telapak kaki.

Senario yang tuan sebutkan itu benar-benar berlaku, Itu realitinya. Tetapi saya ingin menambahkan senario lain.

Perkara sebenarnya adalah begini :

Iaitu golongan A datang di dalam golongan B yang hidupnya sudah memang harmoni dan selesa dengan menjalankan kehidupan al Quran dan Sunnah yang sahih dari pemahaman ulamak (bukan memandai-mandai) dan mengatakan 'ENGKAU SESAT, TAK IKUT SUNNAH, SYIRIK".

Yang pertama yang dibuat golongan B adalah berdiam diri kerana tidak mahu masuk ke dalam kancah perkelahian. Tetapi golongan A tetap juga meneruskan ucapan-ucapan itu berterusan. Kali ini bukan sahaja dengan ucapan, malahan tulis juga dalam akhbar, dalam penerbitan buku dan menyebarkan fahaman dari ulamak yang menghukum KAFIR, SESAT dan SYIRIK tanpa hak pada majoriti ulamak dan umat Islam. Habis guru-guru dikatanya kolot, mundur. Mufti pun diperlekehkan, dituduhnya taksub mazhab (sedangkan yang bercakap itu sendiri lupa bahawa dia sedang taksub dengan pendapat dirinya dan ulamak yang diperdistujuinya), diperlekehkan pembelajaran sifat 20 bahkan ada pengikut golongan ini menghukum kafir pada asya'iroh, dan kemudian membuat fatwa yang tidak mengikut waqi' di tempat terbabit . Hinggalah menimbulkan kekeliruan dan pecah belah.

Mana-mana pendapat tidak ada lapang dada langsung. Walaupun golongan B seringkali mengatakan "BERLAPANG DADALAH, BERTOLERANSILAH". Malangnya saranan ini telah ditolak mentah.

Akhirnya golongan B tidak mendiamkan diri, setelah banyak tuduhan liar yang dibuat. Seolah-olah golongan A ini pasti dijamin masuk syurga. Dan golongan B pula dijamin masuk neraka.

Lalu mereka pun menjawab di dalam buku, terbitan bahkan dalam medium internet untuk membetulkan keadaan. Hinggalah golongan A semakin melampau-lampau. Dan akhirnya inilah yang terjadi.
-----------------------------------

Suka saya ingin menyatakan kepada anda Along, ulamak yang mengamalkan selawat syifa' itu terdiri dari Profesor seperti Dr Haron Din yang hebat dalam bahasa arabnya juga. Dan sudah dijelaskan dalam Darussyifa' Online, begitu juga Ustaz Azhar Idrus.

Yang lebih kenal siapa Dr Asri tentunya Ustaz Zamihan sendiri dan mereka yang sepengajian dengan Dr Asri antaranya Dr Asmadi : Http://drasmadinet.blogspot.com

JomFikir said...

Jika anda benar-benar mengikut salaf. Maka betulkan pengikut dan mereka yang mengaku ikut salaf itu sendiri tetapi berani memperlekehkan ulamak, menghukum takfir, sesat dalam perkara furuk. Cakap juga dengan mereka agar bertoleransi dalam perkara ini yang banyak merugikan masa.

Sepengalaman saya melihat tindak tanduk golongan yang mengaku SALAFI. Bila timbul musim tertentu seperti maulid nabi. Pasti akan bangkit lagi isu menghukum sesat. Belum masuk lagi bab solat.

Jika anda mengatakan ikut SALAF. Kami juga pengikut salafussoleh iaitu bermazhabkan Imam Syafie yang memiliki jalur anak murid, dan ulamak-ulamak yang diiktiraf mujtahid dalam mazhab dan fatwa bahkan terdiri dari muhaddith-muhaddith yang hebat.

Maaf cakap. Masalah Wahhabi Salafi ini bukan sahaja berlaku di Malaysia. Bahkan berlaku di seluruh dunia.

Lihat sahaja fatwa ulamak-ulamak wahhabi di atas yang telah disebutkan.

----------------------------------

Kepada khariulRijal. Saya bertanggungjawab ke atas apa yang saya sebutkan. Bahkan kita semua bertanggungjawab apa yang kita tulis ini. Bahkan kepada yang membela Sheikh Albani tersebut.

Silakan anda baca sendiri dari fatwa mua'ssaroh yang ditulis oleh Dr Yusof Al Qardhawi yang jelas menerangkan sendiri bagaimana Sehikh Albani terkadang ia mensohihkan hadith dhoief, dan terkadang beliau mendhoiefkan hadith sahih (nak tanya khairul rijal, perkara ini pernah atau tidak dibuat oleh muhaddith yang lain ? )

Buat khairulRijal - pendedahan yang saya dapat itu adalah dari pendedahan Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayali (dihukum sesat juga oleh golongan wahhabi salafi). Beliau merupakan bekas Ketua Lembaga Pengawasan Dakwah Di Dubai. Mengapa beliau mendedahkan perkara ini dan memberikan penjelasan-sejelas jelasnya siapakah Firqatun Najiah yang sebenar-benarnya?

Tidak lain kerana umat Islam di DUBAI dan ABU DHABI dihukum KAFIR oleh wahhabi salafi.

Mengenai Sheikh Albani juga didedahkan oleh Dr Said Ramadhan al Buthi yang pernah bermuzakarah dengan Albani sendiri dan kemudian menulis kitab yang menerangkan dengan penuh ilmiyyah penulisan dan tuduhan Albani dalam mentakfirkan IMAM HANAFI dan pengikut MAZHAB HANAFI.

Bila kita kritik dan nak betulkan. Apa yang dikata oleh golongan yang taksub ini? Mereka berbalik kata dengan menyebut tujuannya adalah untuk mengajak agar tidak TALIQD BUTA DAN TAKSUB MAZHAB.

Dari sunnah RasuluLlah yang manakah mengajar untuk mengajak orang lain tetapi dengan cara menghukum KAFIR? Dan menggunakan ayat al Quran yang diturunkan ALlah kepada orang Musyrik tetapi digunakan untuk ORANG ISLAM YANG BERIMAN ?

Hakikatnya? golongan inilah yang sebenarnya TAKSUB DAN TAQLID BUTA pada ulamak yang mereka persetujui sendiri.

Bukan sedikit pendedahan yang dibuat. Terlalu banyak sehinggalah jika perkara ayat mutasyabihat ini diselongkarkan. Rupa-rupanya SECARA TIDAK LANGSUNG mereka yang mengaku golongan merekalah sahaja yang selamat itu telah menghukum kafir sendiri kepada IBNU TAIMIYYAH, dan PARA SALAFUSSOLEH serta IMAM BUKHARI sendiri kerana memang diakui dan dengan bukti yang sahih para salafussoleh, ibnu taimiyyah dan Imam Bukhari ada melakukan takwil dalam ayat mutasyabihat.

JomFikir said...

Untuk Khairul Rijal, ini fatwa dari Sheikh Soleh Fauzan menghukum sesat kepada golongan Asya'iroh yang anda boleh baca secara langsung dari laman web SALAFI sendiri :

http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=715

10. S: Apakah orang yang menamakan dirinya salafi dianggap hizbiyah?

J: Menamakan diri dengan salafiyah jika secara hakiki tidak mengapa, tapi kalau hanya sekedar akuan semata, tidak boleh dilakukan..., tidak boleh menamakan diri salafiyah kalau tidak berada di atas manhaj salaf. Misalnya Asy'ariyah, mereka berkata: "Kami adalah ahlus sunnah wal jamaah", sebetulnya pernyataan ini tidak boleh diucapkan oleh mereka, karena yang mereka jalani bukanlah manhaj Ahlus sunnah wal jamaah demikian pula halnya firqah-firqah yang lainnya.

Khairul Rrijal said...

Assalamualaikum

Jom Fikir

YA ustz, rmai org yg mengatakn terkadang al-bani mensahihkn hadith daif dan mendaifkn hadith sahih.

Persoalanya adkah ada sesebuah hadith yg semua muhaddith lain menilai sahih tapi al-bani sorg je yg menilai daif?adkh ada sesebuah hadith yg dinilai daif oleh smua muhaddith lain tetapi al-bani sorg je menilai sahih?ini soaln yg perlu dijawab oleh org yg suka memomokkn al-bani.

jawapanya tidak ada ustz,klau kita telitikn smua hadith yg dinilai sahih dan dinilai daif oelh al-bani sebenarnya hadith itu telah lama disahihkn dan didaifkan oleh muhaddith lain seperti al-tirmizi dan sebagainya.

persoalanya knapakh apabila ulama lain menilai hadith yg nilaianya berbeza dgn kebnyakan ulama,kita terimanya sebagai perkara biasa terjadi kpada setiap org yg mencari ilmu...tetapi knapakh kita tdak menerimanya ini semua apabila ia berlaku kepada al-bani?tidakkh tindakan kita itu sesuatu yg tdak tepat dan tdak bersikap ilmiah?

Didalam sunan Abu Daud terdapat 9 buah hadith yg dinilai palsu oleh al-Hafiz ibn al-Jauzi tetapi tdak dinilai palsu oleh Abu Daud,nilaian yg berbeza oleh dua org ulama ini kita dapat terima sbgai perkara biasa dan sedikitpun tdak memberi kesan terhadap nilai kitab sunan Abu Daud sebagai rujukan utama seperti kutubul sittah yg lain...saya tdak dapat bygkn kalau ini terjadi kepada al-bani,apakah org yg suka memomokkn al-bani menerimanya sbgai perkara biasa juga atau mengambil kesempatan untuk memburuk2 muhaddith ini.

kesimpulanya untuk kita mengenal sesorg itu,bgaimana peribadinya,apakh dia pernh mengkafirkn org lain atau tidak. kita harus menkaji fakta sejarahnya sendiri. klau kita hanya membacanya dari org lain.org lain akn menghuraiknya dengan pelbagai huraian...sorg yg pro terhadap sesorg individu dia akn memujinya..seseorg yg enti dia akn mengutuknya,cara terbaik ialah kita mengkaji sendiri fakta sejarah seseorg,kerana fakta itu tdak bersifat pro dan kontra,kalau kita tdak ada msa untuk ini semua lebih baik kita mendiamkan sahaja dan berbaik sangkalah..kerana segala perbuatan kita akan dipertagungjawabkan kelak..

syukran

JomFikir said...

Insya ALlah, di dalam ini tiada siapa pun mengutuk Sheikh Albani.

Khairul Rijal berkata seolah-olah pakar hadith juga ya. Dan sebenarnya perbincangan telah jauh dibawa tersasar dari artikel yang ditulis oleh Ustaz Zamihan iaitu berkenaan Dr Asri.

Dalam perkara sheikh Albani

Terpulang pada anda Khairul Rijal, dalam perkara hadith saya amat berhati-hati. Kerana ia berkenaan RasuluLlah dan perlu dilihat siapa yang merawikannya. Dan kemudian siapa pula ulama yang meletakkan darjat ke atas hadith tersebut.

Dalam Kitab sahihain (Imam Bukhari dan Muslim), sheikh albani ini sendiri pernah mendhoiefkan hadith kedua-dua imam ini. Padahal sumber perundangan yang paling kuat dan digunakan selepas al Quran adalah sahihain. Maka saya berhati-hati mengambilnya dari beliau. Nak tanya Khairul Rijal - ada tak muhaddithin yang muktabar pernah mendhoiefkan hadith dari sahihain ini? Mengenai Sunan Abi Daud, Sunan Tirmidzi, Sunan Ibnu Majah dan lainnya kita akan dapati muhaddith memang tidak sependapat. Yang itu kita serahkan kepada muhaddith yang pakar mengenainya.

Dalam isu Sheikh Albani :

Contohnya :

Di antara fitnah Albani ialah dia telah merobek ijmak apabila dia mendhaifkan beberapa hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Sedangkan para ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah telah sepakat dalam ertikata telah ada ijmak ulama sejak kurun ke-7 hijrah bahawa sesahih-sahih selepas al-Quran ialah kitab al-Bukhari dan Muslim. Ini adalah ijmak ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ibnus Sholah dalam kitabnya “Muqaddimah fi ‘Ulumil Hadits”.

Contohnya dalam “Dha`if al-Jami’ wa Ziyadatuhu”, Albani dalam komentarnya bagi hadis:-

*

Allah s.w.t. berfirman: “Ada 3 orang yang akan menjadi lawanKu pada hari kiamat:- (i) orang yang diberi amanat keranaKu kemudian dia khianat; (ii) orang yang menjual orang lain yang merdeka, lalu makan harga jualannya itu; dan (iii) orang yang mengupah pekerja yang melakukan kerja tersebut dengan sempurna, tetapi tidak diberi upahnya.”

mengatakan bahawa: “Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Bukhari daripada Abu Hurairah, dhaif”.

Begitu juga, Albani telah mendhaifkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim daripada Sayyidina Abu Hurairah :-

*

Apabila salah seorang di antara kamu bangun malam, maka bukalah shalatnya dengan dua rakaat yang ringan.”


Ini sebagai contoh. Bukan apa, dok sibuk ada golongan yang mengatakan jangan taksub pada ulamak. Golongan nih mengata dulang paku berkarat - mengata orang golongan ini sendiri yang buat.

Contoh lain :

Hadits : Mahmud ibn Lubayd berkata; ‘Rasulallah saw. telah diberitahu mengenai seorang yang telah mencerai isterinya 3x dalam satu waktu, oleh karena itu dia berdiri dengan marah dan berkata; ‘Apakah dia bermain-main dengan Kitabullah, sedangkan aku masih berada dilingkungan engkau ? Yang mana berdiri seorang untuk berkata ; Wahai Rasulallah, apakah dia tidak saya bunuh saja ? (Al-Nisa’i).

Al-Albani menyatakan hadits ini lemah menurut penyelidikannya dari kitab ‘Mishkat Al-Masabih 2/981 cet.ketiga, Beirut 1405 A.H. de Maktab Al-Islami ‘ yang mengatakan “ Perawinya bisa dipercaya tapi isnadnya terputus atau tidak komplit, karena dia tidak mendengar langsung dari ayahnya”. Al-Albani berkata berlawanan dengan dirinya sendiri dalam buku Ghayatul Maram Takhreej Ahadith Al-Halal wal-Haram, nr. 261, hal. 164, cet.ketiga Maktab Al-Islami, 1405 A.H" telah mengatakan bahwa hadits itu Shohih !!

Di satu kitab ia mengatakan hadith ini dhoief, dalam kitabnya yang lain beliau mengatakan ia adalah sahih? bagaimana tuh Khairul Rijal? Hadith boleh dibuat main-main ? Adakah ia perkara kecil?

Walaupun ada yang mengatakan Shiekh albani telah merujuk kembali. Tetapi bagaimana pula yang berpegang dengan pendapat beliau yang salah tersebut? Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan?

Mungkin anda agaknya nak bertanggungjawab..

JomFikir said...

Pelik ya, dalam perkara begini yang mengaku pendokong sunnah mempertahankan habis-habisan ulamak yang ditaksubinya.

Tetapi ulamak lain boleh pula diperlekehkan. Amalan umat Islam yang sudah lama ada hujjah dan dalil dikata sesat dan syirik.

Bila ada khilafiyyah ditekankan juga itu adalah bid'ah sesat. Padahal ulamak yang dikatanya itu adalah bertaraf mujtahid malahan ilmu yang mereka ada amat besar jurangnya dengan orang yang melekehkan tersebut.

Lalu mereka akan kata pula KAMI IKUT HADITH SAHIH lalu digunakan kalam Ulamak Mujtahid HADITH SAHIH ADALAH MAZHABKU! Bila dikaji lagi rupanya kalam ulamak mujtahid itulah yang disalahgunakan. Kalam ulamak yang sebenarnya untuk MEREKA YANG BOLEH BERIJTIHAD DENGAN DISIPLIN ILMU dikatanya boleh digunakan untuk sesiapa sahaja walaupun baru belajar al quran dan hadith.

suluk said...

Assalmualaikum
Antara tanda2 qiamat dalam kitab Aqidatunnajin karangan Tok Sheikh Tuan Mina (Sheikh Zainal Abidin).
Lama doh Tok Sheikh nampak...puak2 wahabi ni.Kita lening gelap hati doh... banyak makan ajinomoto banyak sangat.Kena pakat2 cari ubat penyuci hatilah.

Syabas ustaz Zamihan.. ana sokong ustaz!

nobody said...

SALAM, WAHABI/MEHGAKU SALAFI/KAUM MUDA NI MMG PANDAI PUTAR AYAT, KONONYA KATA MEREKA.." HENTIKANLAH..NI PERKARA KHILAFIYAH..BUANG MASA KITA, BANYAK PERKARA LG YANG KENA FIKIR"..NI ANTARA AYAT2 YG POPULAR..JD KITA NAK TANYA, SIAPAKAH YG MEMBANGKITKAN & MEMAINKAN ISU2 KHILAFIYAH INI DR DULU..SEHINGGA SEKARANG..HINGGA MENYEBABKAN PARA2 ALIM ULAMA UMAT INI TERPAKSA BERTUNGKUS LUMUS MENJWB PERSOALAN2 KHILAFIYAH YG DIBIDAAHKAN/DISESATKAN OLEH KAUM INI ATAS KEJAHILAN & SOMBORONO DIORG,WLUPUN PERKARA2 FURU INI TELAH SELESAI SEJAK BERZAMAN DULU. YE! PARA ALIM ULAMA2 INI MMG BNYAK LG NAK KENA FIKIR & SELESAIKAN MASALAH UMAT!..JD WAHABI KENA BERHENTI MEMAINKAN PERKARA2 KHILAFIYAH INI. WAHABI KENA BERHENTI DARI MEMAKSA, MEMBIDAAHKAN, MENYESATKAN, MEMECAH BELAHKAN UMAT INI.WAHABI KENA BERHENTI DR MENYESATKAN & MENGELIRUKAN PEGANGAN UMAT2 INI DGN FATWA2 KARUT MARUT & SOMBORONO(MCM YG DR. ASRI SERING LAKUKAN.BERENTI DARI MEMPERLECEHKAN,MERENDAH2KAN MARTABAT PARA ALIM ULAMA DR DULU SAMPAI SEKARANG YG TELAH 'MAKLUM' DAN DISEPAKATI OLEH UMAT INI SBG ORG2 YG TSIQAH DLM ILMU & AMALAN MEREKA.PENGIKUT KAUM INI PERLU SEDAR DIRI!SEDAR DIRI! SEDAR DIRI! DR. ASRI KENA SEDAR DIRI!.. ..RASUL DAHRI KENA SEDAR DIRI!& USTAZ2 WAHABI NI KENA SEDAR DIRI! DIAORANG NI SIAPA?...APA DARJAT ILMU & AMALAN DIAORANG NI SEHINGGA DIORG BOLEH MELECEHKAN HASIL KERJA & AMALAN2 IMAM2 MUKTABAR NI! DIORG NI BENAR2 TAK SEDAR DIRI..TAK TAU NAK UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI..ILMU 'TIN KOSONG', CKP BERDEGAR2, TP HABUK PUN TARAK...(KERANA SIFAT MENGUTUK & MEMPERLECEHKAN & MERENDAH2 PARA ALIM ULAMA ITU SENDIRIPUN DAH MENUNJUKAN XDANYA ILMU!)...JADI SEKIRANYA PELOPOR WAHABI MALAYSIA NI & DUNIA NI X BERHENTI DR MEMBUAT PERKARA2 DIATAS SLAGI ITULAH PARA ALIM ULAMA UMAT INI AKAN TERUS MENJAWAB FATWA2 SOMBRONO & SEDAP MULUT KAUM INI. APAKAH WAHABI AKN BERHENTI? JAWAPANYA "TIDAK"! KERANA MEREKA INI, BENAR2 MEMPERCAYAI, INI MERUPAKAN 'AKIDAH' DIORG...YG ASYAIRAH/MATURUDIYAH NI KARUT, BELAJAR SIFAT 20 ITU KARUT, KUNO, AMALAN2 BERZANJI, TAHLIL, ZIARAH KUBUR DLL ITU BIDAAH,SESAT DSBGNYA...JD 'PEPERANGAN' INI AKAN BERTERUSAN...KPD ORG AWAM MCM KITA, APA NAK BUAT?..JGN RISAU, XDA APA NAK YG NAK KITA KELIRUKAN, ASAL KITA MENCINTAI 'KEBENARAN'..ASAL KITA TAK SOMBONG & SEDAR DIRI(TAU MELETAKAN DIRI/TDK MEMBESARKAN DIRI/EGO-IBLIS ITU SESAT KERANA SOMBONG & X SEDAR DIRI/EGO)& BELAJAR AGAMA BKN SB NAK JD USTAZ POPULAR ATAU MATA BENDA DUNIA, BUKAN NAK SENSASI.. TP SEMATA2 MENCARI REDO ALLAH, INSYAALAH! TUHAN PASTI TUNJUKAN JALAN..WAALLAHUAKLAM!MOGA2 KITA SEMUA DISELAMATKAN ALLAH!KEPADA-NYALAH TMPT KITA MEMOHON PERTOLONGAN..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR!LAHAULAWALAKUUWATAILLABILLAHILALIMYILAZIMM!..

akitiano said...

Khoirul Rijal....adanya al-Albani sebagai seorang yang lemah dalam hadis itu bukan ucapan satu ulama...tapi banyak sekali ulama...bahkan bukan hanya dari kalangan Ahli sunnah...malah dari kalangan Wahhabi sekalipun (atau mungkin dari redaksi yang lain disebut salafi or whatsoever)...tapi tak pe lah kalau kita nak tetap meneliti secara critical...tapi anta kene fair juga...ketika al-Albani memang ternyata nampak salahnya, mengapa anta tidak mau mengatakan bahwa dia salah dalam ilmu hadis...or i can say it as he is not a muhadditsin?

Banyak sekali riwayat dari orang yang masih hidup atau yang sudah meninggal, bahwa al-Albani bukanlah seorang yang hafal ribuan hadis...padahal syarat utama dalam menjarh-dan-ta'dil adalah haruslah orang tersebut hafal hadis...kalau anta tak percaya bacalah kitab-kitab seperti karangan syaikh Awwamah, Hasan bin ali al-Saqqaf...dan lain-lain...dan bandingkanlah kata2 mereka dengan kitab Asli al-Albani...

baru ini nama dia critical research...

akitiano said...

TANBIH!!!

Saya dah lama cari buku DR. MAZA tentang Bid'ah Hasanah tu...tapi tak dapat-dapat...ada sesiapa yang dapat bantu saya? Insya Allah Pon Pes Lirboyo siap mengeluarkan buku yang mengcounter buku Dr. Maza nie....Insya Allah...

ajim said...

SALAM..

SAYA MENCABAR USTAZ ZAMIHAN UNTUK MEMBUKTIKAN TUDUHAN YG MENYATAKAN DR ASRI MELOBI UTK MENDAPATKAN JAWATAN YDP YADIM!! BUKTIKAN JIKA USTAZ BERADA PADA PIHAK YG BENAR..

akitiano said...

Ajim....kalau Ust Zamihan tak dapat buktikan pun, bukan berarti hujjah yang lain tu salah dan menyesatkan...anta ada hujjah yang mengatakan bahwa Dr.MAZA bukan Wahhabi? atau lain-lain statement yang dikeluarkan Ust Zamihan?

Ini sebab bagi saya Masalah YDP YADIM bukan satu-satunya 'illat nak membuktikan kesesatan Dr. Maza...Masih banyak lagi...

IbnuNafis said...

Assalamu'alaikum Akitiano,

Buku Dr Asri itu ada dijual di Angsana. Badan Cemerlang Sdn Bhd.

Sekiranya enta hendak buku tersebut boleh berikan alamatnya?

ajim said...

sdr/i akiano..

apa yg saya tekankan bukan persoalan wahabi, tapi tuduhan yg muungkin menjadi fitnah.. sebab 2 saya tanya mana bukti.. kalaupun perkara arguement tentang persoalan wahabi, hujahkan sahaja tentang hal itu.. usah mengaitkan tentang hal2 yg 'pelik2', dan tiada kaitan.. jika gagal buktikan tuduhan yg mengaitkan dr asri melobi dirinya utk jawatan ydp yadim, delete sahaja ayat yg berkaitan.. mohon maaf, atas kesilapan..

JomFikir said...

Tak perlu cabar AJIM,

jumpa sahaja Ustaz Zamihan, no telefonnya pun ada. Dah lama pun nombot telefonnya sudah diletakkan dalam blog ini melalui profilenya.

telefon, adakan pertemuan dan cari bukti melaluinya. Mudah bukan?

anis al-faqiir said...

to saudaraku ajim,

jika saudara nak cari kebenaran, pergilah berjumpa dgn ustaz Zamihan di sana. saudara kena mujahadah sikit, baru dapat kebenaran. dah sampai nanti, tanyalah puas2. kadang2 ana secara peribadi malas nak melayan wahhabi yang keras kepala, sebab takda gunanya. betul lah kata2 bijaksana "orang yang sangat alim boleh menang berhujjah dengan 100 orang alim, tapi tak dapat menang berhujjah dengan seorang jahil"

Wallahua'lam

ajim said...

sdr/i jomfikir & anis,

hal yg telah didedahkan secara umum & public, kesilapan atau penjelasan lanjutan juga harus secara umum & public.. apakah kalian cukup sekadar percaya atas apa yg diperkatakan oleh ustaz zamihan semata tanpa bukti & penjelasan lanjut? inikah manhaj yg kalian perjuangkan?

saya tekankan sekali lagi, apa yg saya tekankan bukan persoalan wahabi.. tapi menuduh atas dasar 'gitu2' sahaja.. tanpa disertakan bukti.. c'mon la, jgn membutakan diri walaupun mmbenci fahaman wahabi..

JomFikir said...

Ajim, perlukah saya mengulangi lagi apa yang telah disebutkan. Saya jika hendak kepastian akan terus berhubung dengan Ustaz Zamihan sendiri, saya dah buat dan telefon. Bahkan tak cukup dengan itu bertanya lagi dengna pihak lain untuk mendapatkan kepastian.

Anda bagaimana? Apa manhaj anda sendiri? Tak perlu bawa provokasi di sini. Jika tak puashati lagi suarakan sendiri kepada JAKIM. Lepas nih kalau masih berdolak dalih nak nak mencabar (sebenarnya anda takkan dapat peluang mencabar dalam laman web DRMAZA.COM sebagaimana dalam blog Ustaz Zamihan ini kerana ruangan KOMEN di sana TAK WUJUD)tak perlu dilayan orang sebegini sebab dah diberi jalan. Cuma malas tak malas sahaja untuk berhubung dan dapatkan penjelasan.

Ibnu Muslim said...

Sdr ajim,
Sekurang-kurangnya blog ni bagi peluang untuk komen..tapi blog wahabi macam takut je atau memang tahu dari segi hujah memang tak rajih? Pasal tu tak boleh nak komen blog DRMAZA mahupun Hafiz pilot.

ajim said...

jawapan anda adalah picisan, langsung tidak menjawab arguement.. jawapan A yg saya perlukan, tiba2 C suruh pergi ke B.. lagipun, permasalah diutarakan kpd ustz zamihan.. bukan kpd penyokong2 yg begitu hebat menyokong.. oh, mungkin saya tersilap ruang bertanya.. maafkan saya jika apa yg saya tanya pada awal itu disifatkan provokasi, saya pun nak mengundurkan diri..

JomFikir said...

kepada ajim :

Itulah sebabnya saya rasa kelakar (maaf ya) anda sebut begini :

jawapan anda adalah picisan, langsung tidak menjawab arguement.. jawapan A yg saya perlukan, tiba2 C suruh pergi ke B.. lagipun, permasalah diutarakan kpd ustz zamihan.. bukan kpd penyokong2 yg begitu hebat menyokong.. oh, mungkin saya tersilap ruang bertanya.. maafkan saya jika apa yg saya tanya pada awal itu disifatkan provokasi, saya pun nak mengundurkan diri..
-----------------------------------

Sebab itulah tanya dengan Ustaz Zamihan sendiri secara live. Dah cakap pun sudah ada jalannya. Nak buat camane kalau dah tak nak ikut. Anda nak cabar dalam telefon pun silalah. Memang benar tempat anda bertanya nih salah ruangannya.

Kalau saya jadi anda, saya akan telefon sendiri (saya dah buat). Atau nak lebih bagus jumpa je kat ILIM (Institut Latihan Islam Malaysia). Jumpa bertentangan mata dengan beliau.

:)

Khairul Rrijal said...

Assalamualaikum

jomFikir

Ya ustz, al-Albani pernh mendaifkan hadis Bukhari dan Muslim.Tetapi seperti yg saya katakan sblum ni..al-Albani sorang sahaja kah yg pernah mendoifkan hadith bukahri dan muslim ini?? tdak adakah muhaddith muktabar lain yg pernah mendoifkannya sebelum al-Albani?

kalau ustz ckap tidak ada,bermakna ustaz kena mengkaji lagi ustz,sebab sblum al-Albani dah ada muhaddith lain yg juga mempertikaikn kesahihan hadith bukhari dan muslim(saya tidak dapat menyebutkan nama-nama muhadith itu kerana saya tdak punyai ilmu seperti ustz yg cukup tinggi...tgok tulisan ustz.ustz siap bagi cntoh hadith lagi,mantap ilmu ustz)

Sebenarnya al-Albani juga pernah mempertahankan hadith dalam bukhari dan muslim yg telah diragui oleh iman Al-dzahabi tgtang kesahihanya..tetapi ini tidak digembar-gemburkan oleh org yg suka memomokkan al-albani,dan tidak pernah pula saya dengar org ini mengheboh2 kan bahawa ada ulama lain termasuk al-dzahabi yg mempertikaikan kesahihan bukhari dan muslim....pelik ya..

akitiano

ya banyak org mepertikaikan al-Albani tetapi tdak kurang juga org yg mepertahankan al-Albani

anta menghukum al-Albani dengan membca kitab org lain seperti karangan karangan syaikh Awwamah, Hasan bin ali al-Saqqaf dan sebagainya..seperti yg saya katakan sblumnya klau seseorg itu pro al-albani dia akn memujinya,klau seseorang itu kontra dia akan memomokkanya..cara terbaik ialah kita mengkaji sendiri.baca dan fahami sndri tulisan dan karya-karyanya,fahami sendiri cara dia mentakrij hadith,barulah kita tahu bagaimana kah sebenarnya al-Albani..

Sebenarnya saya amat nantikan forum,diskusi atau apa-apa sahaja yg berbentuk perbincangan yg melibatkan org2 yg sering ustaz Zamihan ulaskan dalam blognya seperti Dr Asri,Hafiz Firdaus dan lain2 dengan pihak Jakim

perkara ini sebenarnya boleh dibingcangkan,ustz Zamihan sebagai org yg berada di JAKIM, ustz anjurkan lah program yg boleh menemukan org2 yg kontravesi ini dengan ulama2 yg ustaz iktiraf..buatlah ditempat terbuka yg boleh dihadiri oleh smua orang..alagkah indahnya saya rasa..ini lebih berkesan lagi dari ustaz mengkritiknya dalam blog tetapi dia tdak berpeluang untuk menjawabnya(entah2 dia x tau pun tengtang kewujudan blog ustz).

kepada ustz Zamihan,kalau ustz sayagkan perpaduan islam,ustz anjurkanlah forum yg boleh menemukan Dr Asri dengan ustz2 diJAKIM.Ustz sendiri mewakili JAKIM pun x pe...tolonglah ustaz

akitiano said...

Dear Khoirul Rijal,

Inilah yang menarik...sebutkan ana satu sahaja orang yang membela al-Albani tapi dia tergolong sebagai seorang al-Hafiz (bukan hafiz pilot tah pape tu).. Syarat kita nak mensahihkan atau mendaifkan harus lah hafiz. ana teringat pelajaran ana kelas 3 Aliyah tamatan di Madrasah ana yaitu pelajaran alfiyah Suyuthi tentang hadis:

"وخذه حيث حافظ عليه نص # أو من مصنف بجمعه يخص"...

Saya memang dah berusaha membandingkan semua penelitian orang yang pro dan anti al-Albani...tapi hasil dia apa, semua yang pro bukanlah hafiz...malah banyak yang bukan muhdis sekalipun...saya beri contoh, kat Indon Yang Pro al-Albani semua hafal hadis tak sampai 100 pun...contoh Dosen ana sendiri, Prof. Dr. Zainul Arifin... dia dah lah guru besar hadis...tapi ketika mengajar pelajaran hadis banyak riwayat hadis yang beliau tidak hafal...malah tasykil saja song sang mati2 ikut cetakan kitab hadis...

Tapi kalau yang anti al-Albani siapa mereka? banyak yang memang benar2 ahli hadis minimalnya...maksud saya hafal lah sekurang2nya bukhari ker...muslim ker...dan tentunya rawi2 tu dia hafal...Contoh: KH. Thoifur, Purworejo Jawa Tengah...Habib Shalih al-'Idrus, malang...

Well memang ana belum teliti semua kitab al-Albani..tapi apa yang pasti ada beberapa kitab yang ana sudah mendalaminya, tapi terlihat sekali kalau beliau adalah seorang yang mutasyadid tapi yang taqshir....mutasyadid sebab al-Jarh muqaddam ala al-ta'dil....tapi taqshir sebab kesalahan beliau dalam meliaht biografi rawi banyak sekali...jadi dia sangka rawi A ternyata B yang memang ada nama sama tapi orang berbeda...inikah ahli hadis yang nak menjarh dan ta'dil?

Masalah al-Dzahabi, itu minimal masih bisa ditoleransi sebab beliau seorang hafiz...Tapi kalau al-Albani? ni belum lagi yang ikut2 al-Albani macam Dr. Asri, Hafiz Pilot tu, kalau kat Indon yang paling lawak Mahrus Ali (Sidoarjo)...

Terus terang, Kalau dapatlah kesempatan membuat forum debat terbuka dengan orang2 nie, ana sangat mendukung...Biar Kyai ana yang datang Syaikh Nuruddin Marbu al-Banjari...terus terang rijal, kita dah berkali2 berusaha menghubung DR MAZA utk ajak debat tapi tak dapat2 pun...Lajnah Bahtsul Masail NU Jember juga siap ana bawa...Seperti apa yang Jomfikir sebutkan, kalau blog sunni masih terbuka utk bagi comment...tapi kenapa Dr. Maza web dia tak boleh bagi comment?? kecut??

JomFikir said...

Alang-alang berkata tu khairul rijal, sila berikan petikannya. Bab apa, dan apa syarahnya? Mungkin ada sahabat di sini yang arif dalam hadith boleh merujuknya.

Petikan-petikan yang mendedahkan mengenai sheikh albani bukan kerja saya khairul rijal, tapi mereka yang mengkajinya sendiri.

Dalam bab hadith satu perkara, dalam menghukum takfirkan umat Islam pun ada juga. :

Dalam Mukhtashar Muslim lil Hafiz al Munziri ketika berkomentar hadith no 2060 tentang turunnya al Masih alaihis salam di akhir zaman. Sheikh Albani berkata :

"Ini jelas menunjukkan bahawa Isa 'alaihissalam akan berhukum dengan syari'at kita dan memberi keputusan dengan al Quran dan Sunnah, bukan dengan selain keduanya iaitu Injil atau Fiqh Hanafi atau yang seumpamanya".



Pernyataan Albani ini telah dibidas oleh Dekan Fakulti Usuluddin Universiti al Imam Muhammad bin Su'ud al Islamiyah Riyadh iaitu Dr Ibrahim al Manshuri di Akhbar Harian 'Ukkaz dalam tiga makalah yang ditampilkan bersiri. Beliau berkata :

"Bagaimana anda menyamakan mazhab-mazhab dengan Injil yang sudah tidak asli dalam hal kebatilan? Dan bagaimana pula anda menggolongkan para pengikut mazhab yang empat berada dalam kesesatan seperti Yahudi dan Nasrani dan bahawa semua itu adalah pengikut kebatilan sebagaimana sangkaan anda?

*Sheikh Albani menyamakan Fiqh Hanafi yang dalil dan hujjahnya adalah dari Al Quran dan Sunnah dengan Injil yang terang jelas sudah terpesong.

Perkara ini ada didedahkan oleh Dr Said Ramadhan al Bouti juga. (beliau sendiri pernah bertemu dan berbahas dengan sheikh Albani)

WaLlahua'lam

Disebabkan Khairul Rijal lebih tahu tentang sheikh Albani dan banyak membelanya. (saya hormati sheikh Albani, tetapi tak berani nak ambil apa2 dari beliau)

Boleh berikan sanad-sanad dari guru-guru hadith sheikh Albani. Bukan apa.. ulamak muktabar, dan muhaddith yang hebat semuanya belajar dengan ada guru yang ramai, bukan seorang dua sahaja atau dari buku semata-mata. Bila ada yang kata apa masalahnya jadi ahli hadith dari buku ? Kita pun suka nak menyatakan, para sahabat itu pun riwayatkan hadith dari RasuluLlah, dan seterusnya diriwayatkan oleh sahabat dan seterusnya kepada salafussoleh sehingga kepada para ulamak muktabar.

Antara kepentingan sanad :

Dalam Muqoddimah Sahih Muslim, dari Mujahid bahawa beliau berkata: telah datang Basyir Al-'Adawi kepada Ibn Abbas r.a. lalu dia sering mengucapkan: telah berkata Rasulullah s.a.w., telah berkata Rasulullah s.a.w.". Lalu Ibn Abbas r.a. tidak mengizinkan untuk meriwayatkan hadith yang diriwayatkan olehnya dan tidak pula melihat kepadanya (tidak mengendahkannya). Maka, dia berkata: "Wahai Ibn Abbas. Kenapa engkau tidak mahu mendengar perkataanku (hadith yang ku riwayatkan). Aku menyebut hadith daripada Rasulullah s.a.w. namun kamu tidak mahu mendengarnya?" Ibn Abbas r.a. menjawab: "Sesungguhnya dahulu jika kami mendengar seseorang berkata: "telah bersabda Rasulullah s.a.w…" kami akan menumpukan perhatian kami kepadanya dan mendengar ucapannya. Namun, setelah manusia ditimpa malapetaka dan kesusahan (timbulnya banyak fitnah dan pendustaan dari kalangan manusia), maka kami tidak akan meriwayatkan hadith melainkan daripada orang yang kami kenal sahaja".

Manakala dari buku hadith pula - saya dah lihat terdapat bukti-bukti ada buku hadith yang telah dihilangkan matan-matan hadithnya. Jenayah yang amat keji telah berlaku.

Seterusnya : Jadi masalah yang kedua sheikh albani iaitu dalam satu kitab yang sahihkan hadith dan satu kitab yang lain mendhoiefkan hadith tersebut (kedua-duanya dikarang oleh sheikh Albani) Bagaimana pula ya?

Terima kasih.

Ahmad Naqiuddin bin Awaludin said...

salam, ustaz, saya sekarang berada di jordan dan saya telah berkali2 hantar emel kepada ustaz.. di manakah halaqah pengajian bersama Sayyid Hasan bin Ali Asseggaf, mudir Dar nawawi? saya dh tengok debatnya di YOUTUBE.. masyaallah... kebenaran ahli sunnah henya perlu pada adab dan hujjah yg kuat pada kata2 ja... wahhabi tiada naqal dari kitab mana2 bahkan mentakwil sana sini kata ibn taimiyyah...... harap ustaz dapat membalas

Khairul Rrijal said...

Assalamualaikum

Akitiano

Antara ulama yg memuji al-Albani ialah : prof Dr Yusoff Qardhawi dalam ktabnya 'Al-halal Wal haram' pernah mengelar al-Albani sebagai 'Muhaddith Biladi Syam', bila berhujah dengan hadith beliau sering dilihat merujuk kpda kajian al-Albani. Antara ulama lain yg memujinya ialah Syeikh Muhammad Al-Ghazali, Dr Muhammad Lutfi, Syeikh Abdul Samad Sarifuddain(Muhaddith di India), Syeikh Muhammad b Ibrahim, Syeikh Abdul Aziz b Abdullah, Syeikh Abdullah b Sulaiman, Syeikh Zaid b Abdul Aziz, Syeikh Muhammad Ali Adam(penulis syarah sunan al-Nasa'ie), Dr Abdul Karim Zaidan dan ramai lagi...persoalnya berapa ramaikah ulama di zaman al-Albani dan zaman selepasnya yg bertaraf al-Hafiz dan siapakah tokoh yg mencapai taraf ini yg enti dan mengkritik al-Albani??

Untuk pengetahuan saudara Akitiano juga, semua buku kritikan yg dibuat oleh Syeikh Hasan bin ali al-Saqqaf terhadap al-Albani telah pun dijawab oleh murid2 al-Albani sendiri,dan kepada sesiapa yg pernah membaca bku kritikan al-Saqqaf dicadangkan agar membaca juga buku jawapan yg telah dijawab oleh murid2 al-Albani agar penilaian yg lebih adil dan lebih ilmiah dapat dibuat.

boleh anta bagi contoh rawi hadith yg disilap sangka oleh al-Albani(Rawi A disangka B)

JOmFikir

Anda cukup pasti ke yg al-Albani tidak punyai sanad dalam Hadith?anda pernh dgr x nama Syeikh Raghib al-Thobakhi?, anda thu x apa kaitannya dengan al-Albani?belajarlah meniliti ustz,jgn mudah menuduh org,lebih2 lagi tuduhan itu boleh menyerlahkan kemalasan kita dalam meneliti seseorang,tengtang guru al-Albani tidak perlu lah saya sebutkan kerana terlalu ramai,entah2 lebih ramai lagi dari guru jomFikir.

Syeikh Hasan bin ali al-Saqqaf pernah menuduh al-Albani melakukan kesilapan kerana al-Albani membuat penghukuman yg berbeza terhadap hadith Abu Said al-Khudri yg bermaksud " Sesunggunya kamu jadi ikutan manusia dan sesungguhnya para lelaki mendatangi kamu dari pelbagai pelusuk bumi untuk belajar agama,apabila mereka datang maka ajarkanlah mereka kebaikan"

Al-Saqqaf menuduh al-Albani menghukum Sahih Hadith ini dalam kitab Silsilah al-Hadith Sahihah dan mneghukum Daif dalam kitabnya yg lain, dakwaan yg mengatakan itu merupakan kesilapan al-Albani adalah fitnah kerana perbezaan hukum bukan disebabkan kesilapan tetapi disebabkan perbezaan riwayat.

al-Albani menilainya daif kerana terdapat seorang perawi yg bernama Abu Harun dan menghukum sahih berdasarkan riwayat lain samaada dalam bentuk Mutabaah dan Syawahid, Justeru apabila dilihat oleh al-Saqqaf sebagai kesilapan al-albani hanya membuka pekung kejahilan sendiri dalam selok belok ilmu hadith.

Sememangnya al-Albani pernah melakukan kesilapan dlm memberi hukuman yg berbeza terhadap hadith seperti Hadith yg diriwayatkan oleh Aisyah, al-Albani menghukumnya daif hadith ini dan menghukumnya sahih dalam kitab yg lain,namun kesilapan ini ditarik balik dan dibetulkan semula dengan menerangkan sebab2 penghukuman yg berbeza.

Hakikat seoarg ulama' yg berpegang dengan sesuatu pendapat dalam bukunya terdahulu, kemudian mengubah pendapatnya itu dalam bukunya yg terkemudian dgn disertai pengakuan dan penjelasan adlah fenomena biasa yg berlaku kpada mereka yg aktif berkarya, walaupun kdangkala pndapat yg terdahulu itu dilihat sbgai satu kesilapan,namun kejujuran membetulkan kesilapan tersebut adalah sesuatu yg terpuji dari kaca mata ilmiah,tambahan pula kesilan itu diperbetulkan sendiri oleh al-Albani...persoalnnya apakah kita mengatakn bahawa al-Albani meembuat penghukuman yg berbeza terhadap satu2 hadith dlam bukunya yg berlainan tnpa kita membaca sebab2 yg telah pun diterangkan oleh al-albani,boleh dianggap sesuatu yg terpuji dan sangat ilmiah??? apa pandangan kita terhadap Qaul Qadim dan Qaul Jaddid iman al-Syafi'e? tidakkah kita menggagap bahawa adalh menjadi kebiasan ulama berpendapat dengan sesuatu pendapat,kemudian mereka mengubah pendapatnya pada masa lain dengan menerangkan sebab pengubahan tersebut....kenapakah pandangan yg sama tdak kita zahirkan terhadap al-Albani??

JomFikir said...

Anda cukup pasti ke yg al-Albani tidak punyai sanad dalam Hadith?anda pernh dgr x nama Syeikh Raghib al-Thobakhi?, anda thu x apa kaitannya dengan al-Albani?belajarlah meniliti ustz,jgn mudah menuduh org,lebih2 lagi tuduhan itu boleh menyerlahkan kemalasan kita dalam meneliti seseorang,tengtang guru al-Albani tidak perlu lah saya sebutkan kerana terlalu ramai,entah2 lebih ramai lagi dari guru jomFikir.

-----------------------------------

Assalamu'alaikum khairul rijal,

Bahkan saya bertanya, anda baca pula dengan penuh emosi.

:) siapa lagi guru beliau khairul, sebutkan juga. Terima kasih.

Sudah saya sebutkan dari awal, Dr Yusof al Qardhawi pun memang memuji (saya tak sebutkan pun mengutuk - dan dalam persoalan sheikh albani ini pun saya tiada perkataan pun mengutuk)

Anda sebenarnya tak menjawab persoalan. Anda bawa cerita mengenai Sheikh as Saqqaf (beliau nih pun dituduh syiah oleh golongan Wahhabi Salafi)pulak.. Sepatutnya kamu jawab persoalan hadith yang didhoiefkan oleh Sheikh Albani tersebut di atas yang diutarakan. Nampak tak di mana yang anda terpesong ni?

Kan sudah saya katakan pada anda KhairulRijal, dalam persoalan sheikh albani memang akan dibela bersungguh-sungguh. Tapi dalam perkara khilafiyyah yang dituduh sebagai bid'ah sesat berani pula disodorkan pada ulamak muktabar yang lain walaupun itu perbezaan ijtihad.

Anda faham tak apabila anda berkata begini (harap anda nih bukan pentaksub dan taqlid buta) :

Sememangnya al-Albani pernah melakukan kesilapan dlm memberi hukuman yg berbeza terhadap hadith seperti Hadith yg diriwayatkan oleh Aisyah, al-Albani menghukumnya daif hadith ini dan menghukumnya sahih dalam kitab yg lain,namun kesilapan ini ditarik balik dan dibetulkan semula dengan menerangkan sebab2 penghukuman yg berbeza.

-----------------------------------

Ya telah membenarkan persoalan yang timbul dari masalah hadith sheikh albani sendiri.

Itulah sebab saya katakan kepada anda khairul rijal, adakah siapa yang nak bertanggungjawab pada mereka yang tersilap mengambil pendapat dari sheikh albani yang tersalah tersebut ?

Remehkah perkara hadith ini?

Anda sebut begini :

Apa pandangan kita terhadap Qaul Qadim dan Qaul Jaddid iman al-Syafi'e?

-----------------------------------


Apa kaitannya dengan hadith yang melibatkan perkataan, perbuatan RasuluLlah itu hingga anda perlu berpusing-pusing menyeret qaul jadid dan qaul qadim (yang berkaitan dengan ijtihad) Imam Syafie ? Anda faham perbezaan IJTIHAD dengan berkaitan HADITH yang dijarh atau dita'dilkan perawinya ?

Dikatakan bahawa kesalahan Sheikh Albani dalam mentakhrij hadith dalam 1000 buah hadith.. Bagaimana tu?

Siapa yang boleh mengesahkan perkara ini (soalan kepada sahabat yang arif mengenai hadith).

JomFikir said...

Ini ada jawapan dari Sheikh Syu'aib al Arnauth mengenai ijazah yang dimiliki oleh Sheikh Albani dan penjelasannya :

http://www.masud.co.uk/ISLAM/nuh/masudq6.htm

akitiano said...

Ini saya ambil dari kitab Hasan al-Saqqaf yang anta cakap tuduhan beliau terhadap al-Albani telah dijawab oleh murid-murid al-Albani:

عمران بن أبي ليلى
من أوهامه الشنيعة أنه قال في إرواء غليله عن سند هناك أخرجه الحاكم عن محمد بن عمران بن أبي ليلى أنبأ أبي عن أبي ليلى عن الشعبي ... إلخ ما نصه

"قلت : وابن أبي ليلى هو محمد بن عبد الرحمن وهو سيئ الحفظ"

(Kata al-Albani: Ibn Abi Laila adalah Muhammad bin Abd al-Rahman beliau adalah yang jelek hafalannya)..

Lalu Hasan al-Saqqaf berkata:

أقول ليس كذلك !! بل ابن أبي ليلى الذي في هذا السند هو عمران بن محمد بن عبد الرحمن بن أبي ليلى الذي قال عنه صاحب التقريب (رقم 5166): مقبول وهو من رجال الترمذي وابن ماجه

(Aku berkata: bukan seperti itu!! malah Ibn Abi Laila yang ada dalam sanad tersebut adalah Imran bin Muhammad bim Abd al-Rahman bin Abi Laila yang man telah disebut oleh pengarang kitab al-Taqrib dengan nomor 5166: [Imran] diterima beliau adalah termasuk perawi Turmizi dan Ibn Majah)

وليس كما توهمت أنه محمد بن عبد الرحمن بن أبي ليلى الأنصاري المترجم في التقريب (برقم 6081) الذي قيل عنه هناك صدوق سيء الحفظ جدا فاستيقظ فقد اختلط عليك هنا راو بآخر

(Dan bukanlah seperti apa yang kamu sangkakan bahwa dia adalah Muhammad bin Abd al-Rahman bin Abi Laila al-Anshari yang terbiografikan di dalam kitab al-Taqrib dengan no. 6081 yang mana dikatakan bahwa dia shuduq tapi sangat jelek hafalannya... maka sadarlah!! di sini engkau telah salah pilih rawi dengan rawi yang lain)...

Well, ya ana jujur saja ana blm baca radd anak murid2 al-Albani...tapi yang nie ana tak murni baca hasan al-Saqqaf...tapi ana dah buka juga kitab al-Albani langsung....dan ana menemukan kebenaran hasan al-Saqqaf...mungkin kerana terbatas literatur...kalau anta ada kitab2 yang counter hasan al-saqqaf baeri ke ana...mari ana bandingkan...

Tapi utk sementara, ana minta dari anta, bagaimana pendapat murid2 al-Albani dengan kesalahan yang diclaim Hasan al-Saqqaf nie??

anis al-faqiir said...

Assalamu'alaikum saudara2ku...
Ana ingin kongsi madah yang menarik kepada antum terutamanya yang berfahaman Wahhabi...
(nukilan ustaz Abu Muhammad)

Saudara,

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak berqunut Subuh;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertahlil arwah;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak wirid berjemaah lepas sholat;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak membaca Yaasin malam Jumaat;
kita bermusuh denganWahhabi,
bukan kerana dia tak nak bermawlid;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertawassul;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertalqin;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak berlafaz niat "usholli";
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak Tarawih 20 rakaat;
kita bermusuh dengan Wahhabi bukan kerana dia Wahhabi;

TAPI;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi memusuhi kita;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita sesat;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita ahli bid`ah;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita khurafat;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita syirik;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita tak ikut Qur`an dan Sunnah;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi halalkan darah kita kerana kita sudah syirik;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi biadap dengan ulama-ulama kita;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi tak biarkan kita beramal dengan aman tanpa cemohan;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi tak biarkan kita beramal dengan aman;

WAHAI WAHHABI, LANA A'MAALUNA WA LAKUM A'MAALUKUM.
WAHAI WAHHABI, BAGI KAMI AMALAN KAMI DAN BAGI KAMU AMALAN KAMU.

ibnuadnan said...

kepada pengkagum al-albaniy..
tlg buka mu'jam asami al-ruwah, cari nama perawi Muhammad bin Ziyad.lihat apa yg d hukum oleh al-albaniy..
dan buka pula tahzib al-kamal atau kitab jarh wa al-ta'dil yg ln, cari siapakah Muhammad bin Ziyad..
anda pasti dpt lihat apa yg berlaku..
tlg lihat

The Stranger said...

Apabila kita memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang dibuat oleh masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata: “awak wahabi”. Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya..perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut : Dar Uli al-Nuha). Apakah beliau juga wahhabi?!!

INNA AB said...

salam...semasa beliau memgang jwtn mfti perlis...mcm2 perubahan!
Pening kpala n jiwa jd kacau...dek perubahan n perbaharuan...tp ada yg ikut n ada yg tetap buat bnda yg sama sejak dlu.cuma..bca ysin tidak mlm jumaat..kita sematkan di hati..ysin di bca bila2 msa xdak penghususan..slps doa x blh di raup ke muka..ada yg pegang idung ...yg blh dterima kita akui..yg berlain ..kita tetap buat yg sbelumnya...hnya Allah yg tau...mudah2an amaln kita diterima..amin..

Visit Bil.