Monday, October 26, 2009

BLOG SESAT LAGI MENYESATKAN


Pendahuluan :
Di Negara kita, perbuatan merekacipta agama semakin menjadi-jadi. Selepas tamatnya riwayat Nabi Palsu Hj Kahar, timbul pula ajaran Rasul Melayu Mariam di Ampang. Walaupun ajaran ini pernah diisytihar sesat oleh Jabatan Agama Islam Perak, beliau tak serik2 dengan dakwaannya sebagai utusan Tuhan : mendapat wahyu, solat 5 waktu tak wajib & dianggap agama dajjal, Kaabah rumah segala Jin, alim ulamak dituduh sbg dajjal dan lain-lain. Penulis juga pernah mendedahkan ajaran 'sesat' ni beberapa tahun lalu. Sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. Lembab betul para sahabat kita bertindak. Ketua Agama pula selesa dengan nikmat 'dunia' yang ada ditangan mereka. Haji Kahar dikenakan denda 21,000 sahaja (bayar Kancil pun tak lepas), penjara dan beberapa sebatan (Akta Kesalahan Syariah 559-1997). Kalau nak jaga talian 999, buat panggilan palsu..sabit kesalahan, anda dikenakan rm100,000 @ setahun penjara @ kedua-duanya sekali (Akta 233 Telekomunikasi/Mutlimedia). Jaga talian 999 lebih bernilai dari jaga akidah ummah. Ni, salah satu contoh undang2 koboi..Aduuh..leetiiih. Sebab tu, di negara kita banyak ajaran sesat.


Raja Kita Selamat Bertahta...



Seringkali Muncul :
Kini muncul pula ajaran songsang utk menyesatkan umat ini dari landasan yang benar. pada mulanya, ajaran ini muncul dengan capaian : layarbahtera.com. Kemudian disekat oleh SKMM. Hilang seketika. Lepas tu, mereka muncul pula dengan : manatuhanallah.wordpress.com. Apabila 'penyelewengan' mereka didedahkan...mereka berpindah pula ke capaian : manadajjalalmasih.wordpress.com. Lepas ni..bertukar dan berpindah lagi..sifat mereka persis 'makhluk atasan' yang suka bergayut atas pokok. Sekali sekali turun ke bawah untuk mencari makan dan mengambil peluang. Kemudian lari bertempiaran dan menyembunyikan diri dari pihak berkuasa. Jika kamu benar dalam berdakwah, kenapa harus bersikap pengecut? Mahu debat..hubungi : Zamihan : 012 246 5518 talian 24jam.


Subjek mengelirukan :
Subjek : 'mana tuhan' yang menjadi identiti kumpulan ini melambangkan kedhaifan mereka dalam ilmu usuluddin. Mereka mengemukakan persoalan yang mereka sendiri tiada jawapannya. Dalam tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah, persoalan mana Tuhan Allah bukan sesuatu yang syar'i? Yang disyariatkan ialah kalimah syahadah! Iaitu Islam menuntut kita untuk menyakini bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. jika lafaz ini diucap, syariat dihayat dan disemat dalam hati seseorang itu dikira sempurna keimanannya. Dia tidak perlu memikirkan 'dimana Allah' secara hissi. Iaitu sesuatu yg dpt dirasa dgn pancaindera. Ini kerana akalan seseorang tidak mampu memikirkan tentang hakikat Dzat lantaran keterbatasan akal berkenaan. Jika difikirkan dan dikahayalkan ia akan membawa kepada tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk) atau tajsim (mengkhayalkan Allah beranggota tubuh). Kedua aktiviti ini adalah haram dengan ijmak ulamak. Lantaran itu, jika disebutkan 'kedudukan @ dimana Allah' maka ulamak memaksudkannya dengan makna yang layak dengan kebesaran Allah SWT. Dimana Allah beerti dimana kebesaran dan keagungan Allah SWT.


Dasar Ajaran :

Setelah melayari blog ini beberapa bulan lepas, meneliti dan melakukan sedikit soal selidik dengan Ustaz Ahmad berdasarkan no hp yang diberi, saya membuat beberapa kesimpulan mudah :

1)Ajaran ini cuba mengelirukan umat Islam tentang Ketuhanan Allah, Nubuwwat dan Sam'iyyat.


2) Menyifatkan Allah SWT sama seperti makhluk.


3)Ajaran ini mempersendakan kesucian Islam : kalimah syahadah diletak atas kepala tengkorak.


4) Menggambarkan Islam dengan rupa lanun yang ganas.


5)Menghina para ulamak dengan menganggap tafsiran mereka tidak betul dengan mengetengahkan tafsiran mereka secara bebas ISA (Ikut Suka Aku).


6) Mencipta pelbagai teori karut-marut agama (bid'ah dholalah) dan banyak lagi.


7)Meninggalkan beberapa kewajipan yang menjadi rukun Islam (sumber : Jab Agama Johor)



Berdasarkan kepada pemerhatian diatas, tidak syak bagi saya untuk menyatakan bahawa ajaran ini sesat lagi menyesatkan.Pihak berkuasa perlu bertindak segera bagi membendung fahaman ini. Manakala orang awam wajib menjauhkan diri. Bahkan perlu memberi kerjasama dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa. Semoga Allah SWT menghancurkan apa jua bentuk kesesatan yang ada di negara kita. Negara kita tanggungjawab kita.

4 comments:

Dr. Hasbullah Ahdar, MD. said...

Ini kes belajar dan dapat ilham sesat dari jin jin kafir. Puak pendokong Freemason cukup 'happy'dengan kehadiran mereka menjadi salah satu dari anak anak catur yang dimainkan di atas 'jackered floor'mereka.

Ambil tindakan segera pihak PIHAK BERWAJIB.

'ORANG MELAYU ISLAM'sesat ni dah menuju kearah kehancuran.

Teguhkan dan Istiqamah dengan Shahadah KITA bersama dan satukan 'BARISAN KITA'.

Ghulam said...

ustaz, saya nak mintak tolong ustaz jelaskan tentang claim dari pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai salafi yang mengatakan Syeikh Abu Hasan al-'Ash'ari bertaubat dari aqidah yang dipegangnya selama 40 tahun iaitu aqidah aliran muktazilah kepada aqidah salaf lalu mengarangkan kitab Ibanah. Dan dikatakan dalam kitab tersebut Imam Abu Hasan al-asy'ari menyeru umat Islam supaya kembali kepada aqidah salaf.
Bila tak ustaz tolong perjelaskan sekiranya ustaz ada pengetahuan tentang hal tersebut...

Pak Tua Jaga said...

Salam Ustaz,

blog ini mmg saya dah baca n saya tak truskan sebab mengikut kefahaman sy yg jahil ini, ini bukan la sesuatu yg terus perlu dibaca oleh org yg lemah ilmu macam sy, ada sy ceritakan pada mastika sebenarnya tp xda cerita yg keluar dan melalui kawan sy seorang wartawan dah lebih dr bulan rasanya baru ada keluar metro,

2) Saya rasa Jabtan agama perlu ada bahagian risikan sumber internet utk memantau hal2 ini. kadang2 terlalu lama dibiarkan tanpa ada apa tindakan. jabatan Agama kena mencari profesional2 maklumat utk menangkis hal2 begini. Terima Kasih

Unknown said...

assalammualaikum en zamihan,
bagaimana pula dgn kenyataan Dr Mashitah bahawa majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman wahabi sebagai sesat??jika wahabi sesat...maka setiap org yang pernah solat berimamkan imam di mekah tidak sah...habislah lepas ni toksah solat jemaah kut imam di mekahlah?(ikuti statement Dr Mashitah dalam berita harian)adakah Dr mashitah ini wahabi?adakah beliau ini mempunyai tauliah dr JAIS sewaktu beliau aktif menyampaikan ceramah di seluruh selangor??
kalau begitu Dr Mashitah ini bahaya orangnya....silalah En Zamihan periksa sijil beliau pula...

sila klik link ini untuk iuti statement dr mashitah..
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20091106005145/Article/

Visit Bil.