Tuesday, October 6, 2009

SUNNAH 'WAHHABIY' DI PERLIS

Artikel ini secara jelas membuktikan : asri menuduh ulamak kita sebagai ulamak 'konservatif' dan 'takut' lakukan perubahan. Padahal bahtera perubahannya itu sebenarnya 'bahtera fitnah'

Saya tersenyum sendirian apabila membaca artikel 'Bekas mufti: 'Imam Wahabi pun diberhentikan' yang disiarkan oleh saudara Jimadie Shah Othman di http://www.malaysiakini.com/news/113826 pada : Sep 29, 09 3:09pm lalu.
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pertukaran atau pemecatan imam di negeri itu dibuat bukan berdasarkan aliran agama mereka, tetapi sebaliknya mungkin kerana masalah sikap."Dulu di zaman saya, Imam Sunnah (Sebenarnya Wahhabiy) pun pernah diberhentikan kerana terlalu kuat, keras dan garang dengan pandangannya. "Masalahnya (mengenai) sikap,"
Ulasan :
Berdasarkan kenyataan di atas, Dr asri sendiri mengiktiraf bahawa seorang Imam Wahhabiy pernah dipecat kerana terlalu kuat, keras dan garang. Tetapi Dr asri tidak melabelkan imam tersebut sebagai Wahhabiy. Sebaliknya dijenamakan sebagai imam Sunnah. Soalnya, sunnah siapa tu.?Sunnah Rasulullah SAW ke? Sunnah imam ke? Atau Sunnah Wahhabiy yang menyebabkan Imam tu terlalu kuat, keras dan garang. Kalau Imam tu benar2 mengamalkan Sunnah Nabi SAW...nescaya sikapnya tidak begitu. Anda boleh andaikan bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan fahaman ini. Manusia jenis ini jika dipecat pun suka memberi musibah pada masyarakat. Termasuklah tuan punya kenyataan di atas.- intaha


Malaysiakini melaporkan, Dr Mohd Asri turut didakwa menjadi pemula usaha pengembangan tersebut, yang kemudiannya diteruskan oleh penggantinya, Dr Juanda Jaya. Dua imam terbabit - yang tidak mengamalkan fahaman Wahabi - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu, yang didakwa bertujuan memberikan tekanan kepada mereka supaya melepas jawatan tersebut. Sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga imam masjid itu bertindak meletakkan jawatan sebagai pada 31 Ogos lalu.
Ulasan :
Sememangnya terdapat banyak bukti kukuh mengaitkan Asri dan Juanda dengan penyebaran pemikiran Wahhabiy. Kami mempunyai bukti-bukti yang jelas hasil tulisan mereka. Anda juga boleh menganalisis secara bebas jika anda mengenal metodologi pemikiran kontemporari. Kita bukan menuduh. Tetapi, setiap dakwaan..pasti ada buktinya. Insya Allah, kami telah paparkan dan akan paparkan satu persatu sebagai penjelasan bahawa kedua mereka cuba menghidupkan pemikiran Wahhabiy atas nama Sunnah@Salafi-intaha.

Dalam kenyataan kepada malaysiakini, Dr Asri cuba mengalih isu. Asri berkata :"Mungkin masalah peribadi, macam-macam boleh jadi. Takkan majlis agama nak cerita perkara itu kepada media," katanya yang kini dilantik sebagai ahli mesyuarat MAIPs."Selama ini pun kita tidak ambil tindakan apa-apa. Ada imam buat (solat) tarawih 20 rakaat pun tidak ada apa-apa. "Cuba kalau di Selangor, saya dengar dulu ada yang dikenakan tindakan apabila tidak buat (solat) tarawih 20 rakaat. (Negeri mana) yang mana lebih jumud?" soalnya.
Ulasan :
Jika imam berkenaan ada masalah peribadi. Menurut prinsip perkhidmatan, jabatan boleh mengarahkan imam berkenaan : 1) Mengemukakan surat tunjuk sebab. 2)Memberi amaran. 3) Mengenakan surcaj. 4) Mengenakan tindakan tataertib. Ini tidak.. terus arahkan bertukar, pressure..akhirnya terpaksa 'letak jawatan'. Seterusnya bawa imam yang dibenci jamaah. Pada hemat saya, langkah ini bukan sekadar tak islamik, tetapi langsung tak profesional.
Sebenarnya Imam berkenaan tak perlu letak jawatan. Kekal dengan amalan biasa je. Tunggu pemecatan dan ambil tindakan mahkamah. Kenapa, sebabnya..arahan Sunnah tu sekadar arahan luar. Sunnah di Perlis sebenarnya bukanlah sesuatu yang telah diperkanunkan dalam mana-mana akta @ enakmen. Tak percaya, cuba dapatkan enakmen Negeri Perlis dan analisa! Jika imam berkenaan sudah meletak jawatan...kami syorkan imam berkenaan memohon jawatan Imam di JAKIM @ MAIWP. Berhijrahlah untuk kondisi yang lebih baik.-tamat
Iktiraf Salafi Wahhabiy :
Bagaimanapun, menurut Dr Mohd Asri : oleh kerana Perlis mengamalkan fahaman tersebut sejak daripada sebelum merdeka lagi, maka imam-imam terbabit dinasihatkan mengikutinya bagi tujuan penyelarasan. Berliau berkata, masalah perbezaan aliran di Perlis selama ini berpunca daripada sikap fanatik terhadap mazhab Shafie yang diamalkan secara meluas di negara ini."Masalahnya bermula apabila ada imam yang bersikap fanatik terhadap mazhab Shafie," jelasnya. Walaupun negeri-negeri di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie dalam pengamalan fekah masing-masing, tetapi Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab, sebaliknya menggunapakai hujah yang terkuat daripada keempat-empat mazhab utama bagi mengeluarkan sesuatu hukum.
Ulasan :
Memang benar Fahaman Wahhabiy telah bertapak sebelum merdeka menerusi seruan Syed al-Hadi dan pengikut2nya. Tapi ketika itu mereka minoriti sahaja. Sekarang pun, mereka masih minoriti. Tetapi disebabkan mereka menguasai pentas politik dan pemerintahan negeri. Maka senario "pengwahabian" semakin membesar dan membarah. Apabila ada pihak yang tampil memperjelaskan 'Siapa sebenarnya Salafi' dan 'siapa sebenarnya Wahhabiy'. Maka, mulalah golongan Salafi @ Sunnah Perlis melenting dan menggelarkan pengkritik berkenaan sebagai 'musuh sunnah' @ syiah, sesat @ seumpamanya. Awass!
Sebenarnya, tidak timbul masalah aliran pemikiran dalam sesebuah negeri @ negara jika ia diurus tadbir dengan cekap dan baik oleh pemerintah. Namun jika pemerintah cuba menukar arus aliran secara drastik...inilah akibatnya. Ketaksuban mazhab bukan masalah besar. Ini kerana kes ketaksuban mazhab hanyalah peratus kecil dari masalah perbezaan aliran pemikiran dalam Islam. Masalah besarnya adalah berpunca dari mereka yang cuba menafikan metodologi mazhab dan mengetengahkan metod pemikiran yang baru. Bahkan menyalahkan mereka yang berpegang dengan mazhab. Termasuk menyalahkan pihak autoriti agama Negeri Selangor dalam kes solat terawih 20 rakaat yang merupakan pandangan terkuat mazhab al-Syafie.

Kes imam dikenakan tindakan kerana mengabaikan terawih 20 rakaat tak berbangkit di Selangor. Dengan kata lain, tiada Imam yang dipecat di Selangor dalam kes ingkar solat terawih 20 rakaat. Malah, berlambak imam2 masjid dan surau menunaikan solat terawih sebanyak 8 rakaat. Mereka tak dikenakan tindakan pun. Asri hanya mendengar dari seorang perawi yang tidak boleh dipercayai. Dia cuba mencipta mitos. Lalu mengecop Selangor sebagai negeri yang jumud. Sebenarnya, beliau seorang yang tidak sedarkan diri. Bahkan tidak tahu berterima kasih atas ruang yang diberikan kepadanya. Beliau berulang alik dari utara ke Selangor/KL hampir tiap minggu menyampaikan kuliah di surau al-Muhajirin dan rumah persendirian tanpa tauliah pun, masih dibenarkan JAIS. Padahal, menurut enakmen...beliau boleh ditangkap dan didakwa. Saya harap, para sahabat di JAIS perlu proaktif dalam kes ini. Mari kita serbu pembuat huru-hara atas nama 'Sunnah' dengan segera. Supaya mereka tidak mengucar kacirkan fahaman umat ini.

Kenyataan 'Perlis tidak terikat dengan mana-mana mazhab' dan 'memilih pandangan yang terkuat dalam mazhab' adalah kenyataan yang amat dangkal. Ia tak sepatutnya diungkapkan oleh seorang sarjana. Kenyataan pertama membuktikan Perlis ingin lari dari metodologi ulamak muktabar yg bertaraf mujtahid mutlaq dalam berinteraksi dengan nas dan aqal. Sebaliknya, cuba mengetengahkan pandangan ulamak mujtahid mazhab @ mujtahid fatwa untuk menilai ulamak mujtahid mutlaq. Padahal, ulamak mujtahid mazhab dan mujtahid fatwa hanya mengikuti metodologi mujtahid mutlaq ketika berinteraksi dengan nas. Apabila dikatakan tidak terikat kepada mazhab..ia bermaksud tidak menggunakan metodologi ulamak mujtahid mutlaq. Maka kaedah mana yang anda gunakan jika anda bukan seorang mujtahid?

Kenyataan kedua menunjukkan Perlis juga merujuk kepada mazhab. Iaitu mazhab kelima. Hal ini jelas melalui kenyataan Asri kononya Perlis memilih pandangan yang terkuat dari empat mazhab. Maknanya..mazhab kelima la tu. Hairannya..siapa pula yang mentarjihkan keempat2 pandangan mazhab muktabar berkenaan. Setahu saya, Ahli Fatwa dan ahli MAIPs itu bukanlah terdiri dari ulamak mujtahid.
Antara bait sajak Dr Asri yang membuktikan ketaksuban beliau kepada Syeikh Ibn Taimiyyah
Tuntas, metod mana yang dipergunakan mereka dalam menilai pandangan mazhab? Lebih sadis lagi, Asri khususnya, dilihat lebih suka berpegang kepada metod Syeikh Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan al-Baani dibidang hadis. Dari sudut akademik, siapa mereka ini berbanding Imam al-Hanafi, Imam Malik, Imam al-Syafie, Imam Ahmad, Imam al-Laithi, Imam at-Thabari dan lain-lain. Ringkasnya, Perlis tak konsisten alam urustadbir agama. Sekejap tak ikut mazhab. Sekejap.. nak tarjih mazhab. Sekejap ikut pandangan Ibn Taimiyyah, Sekejap lagi ikut Muhammad Abdul Wahhab..sekejap lagi ikut Asri...mana satu ni. Akhirnya, muncullah yang dikatakan 'pertelingkahan agama' dalam satu daerah @ negeri. Lalu merancukan ummat. Jadi, semua yang berlaku ini hasil dari metodologi terjah. Untuk itu, lu pikiiiirlah sendiri.

8 comments:

  1. Salam, dulu ada fatwa dari Perlis oleh Abu Bakar As-Syaari, katak boleh makan.Nak tanya Asri, pernah makan katak ke?Asri ni kerjanya memfitnah ulama pondok,fitnah Negeri Selangor dan macam2 lagi.Itulah kerja Asri kalau berhujah.Asri kata tak pakai kitab Muhammad Ibn Wahab.Perlis anjurkan Seminar Antarabangsa mengenai Syeikh Muhammad Ibn Wahab pada 16 & 17 Mac 2006 di Dewan 2020 Kangar Perlis.Kita sambut Maulidur Rasul bidaah, tapi dia mengagung-agungkan Muhammad Ibn Wahab boleh pulak ya.Asri sebenarnya tak layak jadi mufti kalau bab-bab bida'ah pun masih tak faham-faham.Orang potong getah kat kampung lagi pandai tentang bab bidaah membidaahkan ini.Kalau tak nak ikut Mazhab Syafie habis tu nak ikut Mazhab Asri.Mana lebih 'alim antara Syafie dan Asri?Kalau kita tak dapat nak bezakan juga maka terjerumuslah kita dengan kebatilan yang diwar-warkan oleh Asri.Kalau mereka kata tarawikh 20 rakaat tu bidaah, maka mereka juga melakukan bidaah kerana Rasulullah tidak pernah mengekalkan Tarawikh berjemaah.Asri asyik pakai songkok hitam, zaman Rasulullah dan sahabat ada pakai songkok hitam ke?Kira bidaah jugalah tu tak ikut sunnah.Inilah dia Asri kerjanya bidaah membidaahkan orang lain.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    bagi saya laa ustaz.. masalah wahabi kat tanah melayu ni dh makin parah sgt dh.. dah terlampau teruk sangat kekeliruan yang mereka buat. hairan saya kenapa mereka ni tak bleh nak berfikir logik, mereka kata tak bermazhab tak bertakliq pada mana2 mazhab, dan dia mengajar pengikut2 dan anak2 murid dia kaedah2 mengenai kefahaman agama kepada merera, dan kemudianya pengikut2 dan anak2 murid dia mengikut apa yang dia ajarkan dan dia fatwakan, dan itu jelas menunjukkan anak2 murid dan pengikut2 dia bertakliq kepada beliau, bukankah itu keliru gila babi namanya.

    bagi saya inilah jenis manusia yang ditipu oleh hawa nafsu semata2 maka syaitan dan iblis pon gelak ketawa guling2 tepuk tangan sebab berjaya menipu kepala otak mereka.

    terlebih malang lagi takut2 ahlul bait kat perlis sana pon sokong dia org jawapnya naya laa, padahal ahlul bait kat tarim yaman siap pesan lagi supaya berpegang dgn asya'irah dan bertasawwu, tapi dia org ni nak si dr. Maza tak habis2 dia duk mencela ajaran tasawwuf, sebab tu tak hairan kalo kita tgk sikap asri ni kalo time die mengajar, jelas nampak perwatakan angkuh dan sombong dia mengkritik orang lain dgn riak wajah yang arogant, nak2 time kat astro bukan main syok sendiri lagi dia melayar bahtera. seingat saya masa zaman saya sekolah kalo tengok tv ustaz hussin yee tu pon takde laa angkuh sombong dan bongkah mcm asri ni walaupon dia wahabi gak, tambah pula si rasul dahri siap cakap besar nak lapurkan kepada kerajaan arab saudi sekiranya jabatan agama ambil tindakan kepada mereka, pasal ape die berani cakap macam tu, kononya arab saudi banyak bagi projek2 kat malaysia, pergh angkuh dan bongkak sungguh.

    ReplyDelete
  3. Salam untuk semua.Imam Baihaqi yang begitu warak dan 'alim, malah boleh mengasaskan mazhabnya sendiri kerana beliau dianggap sebagai mustahid mutlak pun mengikut fahaman Imam as'Syafie.Kalau setakat keluar dari UIA atau jadi pensyarah di USM,atau dapat pengajian dari Jordan, tak nak ikut mazhab, tak payahlah.Gelaran Phd oleh sarjana hari ini hanyalah mengikut golongan orientalis yg cuba menghadkan ilmu orang2 Islam, sedangkan ilmu Islam ini terlalu luas tanpa hadnya.Yang sedihnya bila dengar aja ceramah golongan yang bergelar "Dr", maka ramai yang tertipu, kononnya golongan sarjana ini hebat2 belaka.Bab-bab khilafiyah sudah diselesaikan oleh ulama-ulama terdahulu dan janganlah sarjana yg baru keluar dari pusat pengajian ini cuba nak membangkitkannya lagi.Berapa ramai ulama2 masyur terdahulu yang berpegang kepada mazhab as-Syafie kerana ketelitian beliau dalam menghukumkan sesuatu.Golongan sarjana hari ini, sejuta dalil pun tak mampu nak menghukumkan sesuatu sedangkan ulama dahulu, hanya dengan satu dalil boleh mengeluarkan sejuta hukum.Kalau ia pun hebat sangat sarjana hari ini, mana dia amal mereka kalau nak dibandingkan dengan Imam as-Syafie.Berapa banyak hadis yg mereka hafal?Baca Quran, suruh mereka baca 14 Qiraat kalau dah hebat sangat.Jangan kita mendabik dada dengan "Minda Tajdid", kononnya membawa pembaharuan dalam agama.

    ReplyDelete
  4. Didalam Mingguan Malaysia 11 Okt 2009 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm, Asri menyebut perbalahan pertama umat Islam bermula dengan kumpulan Khawarij. Kata beliau Khawarij ini asyik guna nas untuk mengaburi orang lain yang mereka ini orang yang kuat agama.Kemudian beliau menyebut Riwayat Bukhari yang mengatakan orang yang macam ini halal dibunuh, malahan ianya memberi pahala pada pada pembunuh pada Hari Kiamat.

    Kata Asri berdosa mengkafirkan umat Islam, tetapi bagaimana pula boleh halal jika kita bunuh Khawarij ini? Dr Maza pula secara kebetulan mempunyai ciri ciri yang tepat tentang siapa seorang Khawarij.Dapat pahala ke jika kita bunuh Asri, kerana dia seorang Khawarij?

    ReplyDelete
  5. SALAM,MMG DASAR PEMBELIT BETOL LA WAHABI NI, X PAKAI MAZHAB KONON, LEPAS TU PAKSA ORG PAKAI 'MAZHAB' DIA. ORG LAIN JUMUD, DIA AJE LER YG PANDAI.TAK SEDAR DIRI BETOL, ADA PHD DLM SATU CBG KECIK ILMU AGAMA JE, ALIM LER SIKIT DR SAYA YG MENOREH GETAH NI, DH TAK NAK PAKAI MAZHAB KONON...LPS TU KELUAR FATWA KARUT MARUT...SAMPAIKAN BERZINA KT DLM MASJID PUN DIKATA LEBIH BAIK DR BERTAHLIL?(RUJUK KES MASJID ALWI PERLIS, USTAZ MUDA WAHABI FATWAKAN)...NI APA PUNYA SUNAH NI...SUNAH YAHUDI DAN SETAN ADE LA. JADI BENARLAH,WAHABI NI RACUN YAHUDI YG DIKEMBANGKAN KPD UMAT INI UTK MEMECAHKAN UMAT. SELAMA INI, WLAUPUN UMAT ISLAM BERMAZHAB,TAK PERNAH ADA ORG MAZHAB SYAFIE KATA ORG MAZHAB HANAFI BUAT SESAT BUAT BIDAAH BGITU JG SBALIKNYA. BGTU JUGA DGN LAIN2 MAZHAB MUKTABAR DLM ISLAM. TP BILA DTG 'KAUM' INI SHJA(BACA KAUM MUDA/KAUM BIDAAH/ WAHABI)TIMBULAH FATWA AMALAN ITU BIDAAH, AMALAN TU SESAT & FATWA2 YG KARUT MARUT KPD UMAT INI.PERBEZAAN DLM PERKARA FURU DH X BOLEH, KENA IKUT DIAORG JE, DIORG JE BETOL. SAMPAIKAN TAHAP IMAM2 YG MAKLUM DIKALANGAN UMAT INI SBG MEREKA2 TSIQAH DLM ILMU PUN KENA KONDEM2 DEK DIORG, ...BETOL2 TAK SODAR DIRI LER...DR2.WAHABI NI.

    ReplyDelete
  6. Konsep buat dosa besar lebih baik dari buat perkara sunat yg nabi tak buat memang satu kaedah yg paling sesat yg di jaja oleh golongan Wahabi ni. Maka contohnya tak hairan la masalah remaja minum arak tidak diperjuangkan oleh golongan Dr MAZA ni tapi masalah buat tahlil di hentam sungguh-sungguh sampai sanggup buat buku untuk hentam pengikut bidaah hasanah. Pada mereka kaki minum arak tu lebih tinggi imannya dari kaki tahlil sebab tahlil tu bidaah.
    Bukanke sangat jahil hujah Wahabi ni sedangkan takkan diorang terlupa minum arak tu lagi la bidaah besar pasal dah le Nabi memang tak minum arak, malah digolong sebagai dosa besar lagi!
    Mana-mana yg mengikut fahaman Wahabi ni sila la kembali ke pangkal jalan, takut-takut nanti buat dosa besar lebih elok dari berfahaman Wahabi!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    sama-sama kita dengar masalah kenduri arwah dan tahlil oleh Tuan Sheikh Nuruddin di https://bahrusshofa.blogspot.com/

    kita ni... siapa ya nak dibandingkan dgn Imam 4 mazhab!stakat ngaji bahasa arab,belajar kat negara arab pastu heh ke para ulamak ariffbiLLah.Ulamak ramai lening tp yang ariff dok ramai doh.

    ReplyDelete
  8. ya Allah jauhkan la, ak menjadi seperti mereka yg komen ni. Hanya tahu mencela dan menabur fitnah.

    ReplyDelete

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)