Monday, July 6, 2009

WAHHABIY BUKAN MISTERI

Mengklasifikasi Istilah Wahhabiy sbg Misteri adalah sesuatu yang batil. Apatah lagi utk menyamaratakan Misteri Wahhabiy dgn Misteri Nusantara. Jenama Wahhabiy umumnya sudah diketahui lebih 200 tahun lalu. Manakala Misteri adalah sesuatu yang kabur, keliru, tiada sebarang penjelasan @ kesudahan.


PENDAHULUAN

Saya tidak terkejut apabila diberitahu seorang sahabat bahawa Dr Mohd Asri bin Abdul Talib @ Zainul Abidin ada menulis MISTERI ISTILAH WAHHABI di ruangan rencana di Mingguan Malaysia pada 05/07/2009. Beliau memang terkenal dengan minda lacut dalam mengkritik dan tidak jujur dalam menganalisa fakta. Bahkan sering dilihat sentiasa mempertahankan sesuatu dengan sentimen perasaan walaupun tidak berasaskan kepada hujjah yang kukuh.


MERUJUK SUMBER ORIENTALIS

Adalah tidak bijak bagi seseorang bekas mufti memulakan tulisan dengan merujuk kpd penulis barat dalam membuat penilaian tentang aliran pemikiran Islam. Nampaknya beliau lebih mempercayai sarjana barat dari ulamak Islam itu sendiri. Al-maklumlah, baru bari dari UK katakan. Disebalik teoritikal ini, beliau sebenarnya menjelaskan pekungnya yang tidak mengindahkan firman Allah SWT pada surah al-Hujuraat ayat 6. Beliau juga tidak berpegang dengan tradisi ilmu hadis yang menekankan kepentingan Isnad. Sebagaimana kata Ibn Mubarak : Isnad itu sebahagian dari agama. Jika tanpa isnad nescaya seseorang boleh berkata (mendakwa) apa sahaja yang dikehendakinya.” Nampaknya, beliau (yang pernah mendabik dada dengan ilmu hadis) sendiri menodai ilmu hadis yang dipelajarinya.


Nasihat saya, janganlah kita bersikap takabbur dengan kajian orientalis yang tidak beriman berbanding ulamak Islam yang lebih memahami ayat-ayat Allah. Apatah lagi ingin menggunakan kajian orientalis untuk membicarakan tentang aliran pemikiran dalam Islam. Hayhata – hayhata.


JAHIL TENTANG ‘MISTERI’

Saya tersenyum sendirian mengenangkan tajuk artikel bekas Mufti Perlis MISTERI ISTILAH WAHHABI. Pada pemerhatian saya beliau sendiri tidak memahami apakah yang dimaksudkan dengan lafaz misteri itu sendiri. Menurut Kamus Dewan : Misteri bermaksud peristiwa, fenomena, dll yg tidak dapat diterangkan. Misteri juga merujuk kepada cerita, filem, dll yg menimbulkan rasa ingin tahu dan saspens oleh sebab fakta-faktanya tersembunyi. Misteri juga bermaksud orang atau benda yg menimbulkan rasa ingin tahu atau saspens oleh sebab tidak diketahui, kabur, atau membingungkan. Contoh ayat berbunyi : Banyaklah ~ yg tidak pernah dapat dicari jawapannya (Kamus Dewan, 2007, Edisi ke 4, hlm 1037)

Kesimpulannnya, perkataan ‘misteri’ hanya layak digunakan untuk sesuatu unsur yang tidak dapat diterangkan, tidak diketahui, mempunyai saspens lantaran kedapatan fakta-fakta kabur, membingungkan @ tersembunyi.

Sedangkan istilah Wahhabi sudah sekian lama terpahat dalam sejarah Islam. Ia bermula dengan kemunculan fahaman Muhammad bin Abdul Wahhab hingga kini. Ditambah pula dengan penjelasan demi penjelasan alim ulamak itu sendiri. Ikuti penjelasan kami tentang istilah Wahhabiy dalam posting yang akan datang.

7 comments:

  1. Salam, yang jadi misteri ialah bila Wahabi membicarakan tentang perlakuan buruk Wahabi sendiri.Banyak soal2 furu' yg diutarakan tanda tidak bersetuju dgn Wahabi tetapi dalam masa yg sama menjisimkan zat2 Allah.Hadis jariah ditafsir secara total maka ayat2 mutasyabihat dizahirkan maksudnya.Ibn Taimiyah dan Syeikh Nasaruddin al-Bani dijadikan sandaran utk berhujah,namun menentang Wahabi dlm bab khilafiyah sahaja.Yg mendengar jadi tambah keliru.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya ustaz zamihan masih tak serik-serik walaupun sekarang ni terpaksa berdepan dengan saman fitnah daripada Dr.Azwira. Semoga Allah Ta'ala memberi kita semua hidayah dari sisiNya.

    -al-

    ReplyDelete
  3. Abe AI,

    Apakah asri dah terlalu maksum disisi kaum wahabi sehingga tidak boleh lagi dikritik oleh orang lain. Semoga Allah memberi taufik kepada kaum wahabi supaya kembali kepada fahaman ASWJ yang sebenar. Amin.

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Orang yg guna saman ni mereka yg sudah mati hujjah..mereka sudah tersepit..buat malu je..orang kafir hina Nabi, cela, cederakan nabi lagi berat..kita baru kena ckp skit dah melenting..kata nak ikut Nabi..retorik semata2..

    Takpe Ust Zamihan,,teruskan dakwah Ustaz..ini ujian bg pejuang ahlisunnah waljamaah..kita ada satu lagi mahkamah iaitu mahkamah Allah yg tidak ada manusia boleh memutarbelitkan fakta sepertimana kelakuan wahabi..

    Kalau orang kata wahabi mereka marah..kalau kita kritik wahabi mereka sanggah..gunala jenama apa pun, bagi mereka yg mengerti akan menyedari barang golok ke barang ori..

    Apa2pun sejarah telah membuktikan jangka hayat wahabi tidak lama..mereka akan luput ditelan zaman..hanya mereka yg jahil murakkab sahaja akan mengutipnya..

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Disaman fitnah tak semestinya membuktikan Ustaz Zamihan bersalah.

    ReplyDelete
  6. Ustaz Zamihan... Saya sokong perjuangan Ustaz... Hapuskan puak wahhabi ni... Hapuskan segala fitnah mereka ke ats seluruh Ulama' dunia... Hapuskan segala penipuan dan pendustaan yang mereka lemparkan ke ats Ulama' Nusantara seperti Syeikh Ahmad Fathoni, Tok Kenali, Syeikh Daud Fathoni...

    Semoga Allah merahmati Ustaz dan semua Umat Islam yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan jauhkan dari Fahaman Wahhabi, Syiah dan 72 puak sesat yang lain... Insya Allah... Amin...

    ReplyDelete
  7. tidak patut ada soal saman menyaman hanya disebabkan kritikan terhadap seseorah tokoh...sya pernah hadir seminar ustz zamihan..beliau agak berani dlm melontarkan pandangan..sikap belia harus dipuji..bg saya situasi memburuk-buruk ahli agama ada tidak baik selagi hujahnya disandarkan al-quran dan sunnah...Konflik pandangan harus diterima dgn positif dan dimurnikan secara hikmah...

    ReplyDelete

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)